otaiblues |
| Pengedar Video porno melalui pos tak kena ape2 ke? Posted: 10 Jun 2011 11:04 AM PDT Pemandu bas tayang VCD lucah dijel 3 tahun10/06/2011 8:28pm MELAKA 10 Jun - Seorang pemandu bas dihukum penjara maksimum tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menayangkan cakera padat video (VCD) lucah kepada seorang penumpang wanita warga Indonesia di dalam bas yang dipandunya Isnin lalu. P. Kanapathy, 38, turut berhadapan dengan tuduhan cuba merogol wanita tersebut tetapi bagi pertuduhan kedua ini, dia mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Zaharah Hussain. Bagi tuduhan menayang VCD lucah, lelaki itu didakwa telah menunjukkan secara awam VCD lucah bagi maksud menawar atau mencuba melakukan sesuatu perbuatan yang menjadi kesalahan terhadap seorang wanita. Macam mana ni..pengedaran video sex yang konon nya mirip ketua pembangkang masih berleluasa..bukan sekadar di pasar pasar malam, malah telah di poskan kerumah rumah.. Pelik juga kan? Kami memang sedari bahawa video itu sedang diedarkan di negeri ini dan mengklasifikasikan kes itu mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedarkan barangan lucah," katan.Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah Trio datuk yang menayang kan video tersebut kebal ke sampai polis tak boleh mendakwa ke depa tu? Pasal pe pemandu bas tu boleh di dakwa. tetapi datuk2 tu tidak? |
| Prisiden pemikir kata Pas semakin terpesong..Tolong la jawab... Posted: 10 Jun 2011 10:35 AM PDT Pas semakin terpesongKUALA LUMPUR 9 Jun – Orang Melayu diminta agar tidak lagi menyokong Pas kerana perjuangan parti itu semakin terpesong dan mengetepikan Islam.Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, Pas kini bukan sahaja bersekongkol dengan DAP malah tunduk kepada ideologi parti itu. Menurut beliau, Pas sanggup diperkudakan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh semata-mata demi menjayakan agenda politik masing-masing."Nyata sekali Pas kini tidak lagi memperjuangkan Islam kerana bersekongkol dengan DAP yang lebih cerdik daripada mereka. Dahulu Karpal pernah kata langkah mayat dia dahulu kalau Pas mahu menubuhkan negara Islam. Sekarang belum apa-apa, Pas mahu jadi negara berkebajikan pula. "Di mana keikhlasan perjuangan Islam mereka? Saya menyeru orang Melayu jangan lagi menyokong Pas kerana mereka tidak lagi memperjuangkan Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Kamaruddin berkata, perjuangan terbaru Pas iaitu menumpukan kepada negara berkebajikan membuktikan parti itu sanggup mengetepikan perkara yang bertentangan dengan prinsip mereka hanya kerana mahu memerintah negara sedangkan UMNO sejak lebih 50 tahun lalu telah melaksanakan projek-projek kebajikan bagi membantu rakyat."Mereka ini suka putar-belit. Dahulu mereka kata macam-macam kepada Melayu dan UMNO termasuk kafirkan ahli-ahli parti itu. Sekarang mereka jilat balik kata-kata itu. Mereka bersekongkol dengan DAP. Orang Islam patut bercakap benar, ikhlas dan jujur. "Ini bukan perjuangan sebenar Islam. Tukar sahaja nama kepada Parti Amal Jariah Se-Malaysia kalau nak jaga sangat soal-soal kebajikan yang memang sudah lama kerajaan amalkan," katanya. |
| You are subscribed to email updates from otaiblues To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan