Addin |
- Panas!! Rupanya Kekasih Gelap Ryan Giggs Adalah Adik Iparnya
- Menarik.. Jambatan Terpendek Menghubungkan 2 Buah Negara
- Selepas KJ, Kini Wisma Putra Mengesahkan Pertunangan Anak PM
- Hakim Enggan Undur, Anwar Bakal Di Penjara
- Konsert " Selamatkan Merdeka Review"
- "Tiada Sebab Untuk PAS Minta Maaf"
- Facebook Umum Perkhidmatan Baru
| Panas!! Rupanya Kekasih Gelap Ryan Giggs Adalah Adik Iparnya Posted: 10 Jun 2011 09:29 AM PDT LONDON - Natasha, 28 tahun, ternyata tidak hanya berselingkuh dengan kakak iparnya yang merupakan pemain gaek Manchester United, Ryan Giggs. Ia seolah piala bergilir yang berpindah cumbuan dan satu lelaki ke lelaki lainnya. Hubungan gelap Natasha dan Giggs ini muncul tak lama setelah perselingkuhan lelaki 37 tahun itu dengan bintang televisi Imogen Thomas terbongkar. Natasha yang merupakan istri dari Rhodri Giggs, adik kandung Ryan Giggs, mengaku telah menjalin asmara dengan sang kakak ipar sejak 2003 hingga April tahun ini. Bukan hanya Giggs yang menjadi korban Natasha. Surat kabar the Sun melaporkan ibu dua anak itu juga pernah bercinta dengan tiga mantan pemain MU, klub yang sudah 19 kali menjuarai Liga Primer Inggris itu. Mereka adalah Dwight Yorke, Phil Bardsley, dan Danny Simpson.
Menurut the Sun, Natasha mengatakan kepada teman-temannya bahwa ia menjadi kekasih haram Yorke saat pemain berkulit gelap itu membela MU pada 1998-2002. Natasha juga disebutkan menjalin asmara bersama Simpson ketika pemain itu berusaha menembus tim utama skuad asuhan Alex Ferguson itu. Hubungan gelapnya dengan Bardsley dan Giggs berlangsung hampir bersamaan. Ia mengirim pesan-pesan menggoda syahwat kepada kedua pemain itu setelah menghadiri sebuah pesta pada musim panas. Seorang sumber menyatakan Natasha tetap bertukar pesan dengan Giggs yang menanyakan apa saja belanjaannya. "Namun, ia juga berkomunikasi dengan Bardsley yang lalu berlanjut dengan bermalam bersamanya di sebuah kamar hotel di Manchester malam itu," ujar sumber itu kepada the Sun. Bahkan, bulan lalu, Natasha membohongi suaminya lantaran bercinta dengan seorang pemuda bernama Lewis White, 21 tahun. Si pemuda mengaku tidak percaya bisa tidur dengan adik ipar Giggs. "Ia perempuan terhebat yang pernah saya tiduri. Kami bercinta dan bercinta lagi. Tak ada yang dapat menghentikan dia," kata Lewis./Tempo | ||
| Menarik.. Jambatan Terpendek Menghubungkan 2 Buah Negara Posted: 10 Jun 2011 08:18 AM PDT Dua buah pulau yang saling berdekatan ternyata berada dalam dua wilayah yang berbeza.Pulau yang besar berada dalam wilayah Kanada sedangkan pulau yang kecil berada di wilayah Amerika Syarikat. Yang menariknya dua pulau beza Negara ini dihubungkan oleh jembatan sepanjang 10 meter. Inilah jembatan antarabangsa terkecil atau terpendek di dunia.'Pasangan' pulau tersebur terketak dekat Rockport disebut Zavikon Island. Dua pulau ini termasuk kumpulan 'kepulauan seribu' yang berada di Saint Lawrence River di Teluk Alexandria,sempadan AS-Kanada.Persetujuan sempadan wilayah ini telah diperseujui antara kedua Negara,AS dan Kanada sejak 1793. Namun kedua Negara memutuskan tidak akan membagi dua pulau tersebut.Sekitar 2/3 pulau berada di wilayah kanada,dan 1/3 nya berada di Amerika.Amerika mahupun Kanada,menganggap kedudukan mereka setaraf dalam hal kepemilikan pulau. Namun bagi pemandu pelancongan ini merupakan 'keuntungan' kerana dari segi pelancongan kedudukan dua pulau ini menjadi sangat unik,menarik dan strategis untuk 'dijual'.Para pemandu pelancong ingin jembatan antarabangsa terkecil di dunia ini diketahui orang ramai. Pulau besar yang didakwa sebagai wilayah kanada dibangunkan rumah,sementara pulau kecil yg merupakan bahagian dari Amerika,berfungsi sebagai halaman belakang rumah.
Siasahkini | ||
| Selepas KJ, Kini Wisma Putra Mengesahkan Pertunangan Anak PM Posted: 10 Jun 2011 06:13 AM PDT Selepas KJ mengesahkan lawatan PM ke Kazakhstan 'sambil menyelam minum air', iaitu bertemu besannya. Kini Wisma Putra pula dalam sepucuk surat yang dihantar ke Malaysiakini, gagal membuat sebarang penafian bahawa Najib dan keluarganya ada menziarahi bakal besannya semasa lawatan rasmi di Kazakhstan. Sebelum ini Najib dan Rosmah telah membuat lawatan ke Amerika Syarikat, dikatakan kebetulan dengan konvokesyen anaknya di Universiti George Washington. Banyak betul kebetulan, lepas ini apa pulak.. mungkin kekalahan UMNO BN pada 11/11/11 iaitu pada tarikh keramat Najib. Wisma Putra: 'Risik kahwin anak PM' tak berasas -M'kini Wisma Putra menyifatkan laporan lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan bagi merisik perkahwinan anak perempuannya dengan menggunakan dana awam sebagai tidak berasas.Sebaliknya dalam sepucuk surat kepada Malaysiakini, Jabatan Penerangan dan Diplomasi awam, Kementerian Luar menegaskan bahawa lawatan itu adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Kazakh Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu. Menurut surat itu, lawatan itu juga kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-7 di Astana dari 7 hingga 9 Jun. Namun, paling ketara, surat Wisma Putra itu tidak membuat sebarang penafian bahawa Najib dan keluarganya ada menziarahi bakal besannya semasa lawatan rasmi di Kazakhstan. Sebelum ini dalam laporan Malaysiakini, ahli parlimen PAS Dzulkefly Ahmad mempersoalkan lawatan itu yang disifatkannya sebagai salah dari segi moral. Anak Najib - Nooryana Najwa dilaporkan akan bertunang dan berkahwin dengan anak seorang pembesar Kazakhstan. Wisma Putra dalam kenyataan medianya lewat petang semalam berkata lawatan Najib ke Kazakhstan pada 5 dan 6 Jun adalah juga lawatan rasmi pertama Perdana Menteri ke negara itu dan sebagai membalas lawatan Nazarbayev ke Malaysia pada Jun 2006. Rundingan dua hala Ia menyatakan semasa lawatan itu, Najib telah mengunjungi Nazarbayev dan mengadakan rundingan dua hala dengan Perdana Menteri Massimov Karim. "Lawatan itu tidak hanya meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara, tetapi juga menghasilkan banyak peluang perniagaan untuk komuniti perniagaan Malaysia," katanya. Ia menambah bahawa Kazakhstan adalah juga rakan dagang terbesar Malaysia di kalangan negara-negara di Asia Tengah. Keputusan bagi Kazakhstan menjadi hos WIEF ke-7 pada tarikh itu dicapai lebih setahun lalu, ketika Malaysia menjadi tuan rumah bagi siri keenam WIEF pada Mei, 2010, katanya. "Secara keseluruhan, kunjungi itu telah menghasilkan perkembangan besar dalam hubungan dua hala Malaysia-Kazakhstan yang saling menguntungkan. "Ia juga telah dapat memperkukuh hubungan erat antara kedua-dua negara serta memupuk kerjasama dan dialog yang bermakna antara negara-negara membangun terutama negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)," tambah kenyataan itu. Seperti surat yang dihantar kepada Malaysiakini, kenyataan media itu juga tidak merujuk sama ada Najib dan isterinya, datin Seri Rosmah Mansor ada menziarahi bakal besannya semasa lawatan rasmi di Kazakhstan itu. | ||
| Hakim Enggan Undur, Anwar Bakal Di Penjara Posted: 10 Jun 2011 01:00 AM PDT KUALA LUMPUR - Sejak hari pertama perbicaraan kes Fitnah II berlangsung, semua jentera kerajaan digunakan untuk memastikan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. Ini kerana sekiranya Anwar bebas, ia menandakan Barisan Nasional (BN) bakal tersungkur tidak lama lagi. Demikian dinyatakan, P Ramakrishnan, Presiden Aliran Kesedaran Negara (Aliran), sebuah gerakan pelbagai etnik berpusat di Pulau Pinang yang memperjuangkan reformasi dalam sistem keadilan, kebebasan dan perpaduan. Ramakrishnan menyatakan pendapatnya itu dalam rencana terbarunya berjudul "Anwar akan dipenjarakan – walau apa cara sekalipun" dalam laman web gerakan itu. Menurut Ramakrishan, perkara paling menghairankan setakat ini adalah keengganan Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada terus menghakimi perbicaraan itu walaupun diminta berbuat demikian sebanyak tiga kali oleh peguambela. "Perkara yang paling menghairankan adalah keengganan Hakim Zabidin menarik diri daripada terus menghakimi perbicaraan itu. Sebaik sahaja tertuduh merasakan dirinya tidak dihakimi dengan adil, itu sudah cukup untuk memastikan hakim ditukar bagi memastikan tertuduh memperoleh keadilan yang sewajarnya," kata Ramakrishnan. Satu lagi soalan penting yang masih belum terjawab sehingga kini, katanya, adalah persoalan mengenai DNA Anwar yang diperoleh pada tahun 1998, tidak digunakan polis untuk proses mengenalpasti DNA Anwar pada bukti yang diperolehi. Menurutnya, polis memerlukan bukti DNA baru untuk mensabitkan Anwar kerana jika DNA tahun 1998 digunakan, konspirasi untuk memfitnah Anwar akan terbongkar. Selain daripada polis, rakyat juga percaya bahawa mahkamah bersekongkol untuk menafikan akses Anwar kepada beberapa dokumen penting walau pun mahkamah sepatutnya memastikan tertuduh memperolehi perbicaraan yang adil. "Apabila seorang individu mendakwa menjadi mangsa rancangan jahat polis, mahkamah perlu memberikannya akses kepada dokumen penting yang diperlukan untuk mempertahankan dirinya. Berlawanan dengan amalan keadilan ini, mahkamah menafikan Anwar maklumat ini," kata Ramakrisnan. Beliau turut mempersoalkan sebab laporan perubatan daripada Hospital Pusrawi yang ditandatangani Dr Mohamed Osman tidak pernah digunakan di mahkamah sehingga ke hari ini. Laporan itu mengesahkan Saiful tidak pernah diliwat sesiapa pun sewaktu beliau membuat laporan polis kononnya diliwat Anwar. Menurut Ramakrishnan, orang ramai juga tertanya-tanya apakah penghakiman akhir yang akan disampaikan Hakim Zabidin kerana sekarang lagi beliau sudah menyimpulkan kononnya Saiful adalah saksi berwibawa dan boleh dipercayai. Zabidin juga membuat kesimpulan keterangan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan terdapat penetrasi menggunakan pelincir, serta tiada kemungkinan bukti telah diubahsuai dan kesemua bukti yang dikemukakan saksi juga amat kukuh. "Jika ada sebarang penemuan yang bercanggahan (dengan kesimpulannya), ia pasti menjejaskan kesimpulan dibuatnya yang membuatkan beliau memerintahkan Anwar untuk membela diri," kata Ramakrishnan./KD | ||
| Konsert " Selamatkan Merdeka Review" Posted: 09 Jun 2011 09:30 PM PDT Ahli parlimen Pantai Dalam, Nurul Izzah Anwar bakal menjadi tetamu dalam satu persembahan seni untuk "Selamatkan MerdekaReview". Antara pasukan muzik yang bakal terlibat dalam program "Rescue MerdekaReview to uphold independent Voice" ini termasuklah Fetus, Maharaja Commision, Seconds to Collide, Think! Tadpole! Think!, NAO, Carburetor Dung, Xerpent dan lain-lain lagi. Program ini akan diadakan pada 2 Julai 2011 (Sabtu), antara jam 3 hingga 6 petang di MCPA Theater, Dewan Perhimpunan Kuala Lumpur-Selangor - bertujuan mengumpul dana untuk melanjutkan kelangsungan media internet, MerdekaReview. Sebelum ini, MerdekaReview berdepan dengan masalah kewangan untuk meneruskan operasinya. Bagaimanapun, dengan sokongan yang diberikan pembaca, MerdekaReview kini mampu bertahan untuk sementara waktu, pada masa yang sama merancang untuk mencari pelabur yang baru.Sebagai media alternatif, MerdekaReview juga menerima sokongan daripada pertubuhan masyarakat sivil, malah media alternatif yang lain seperti Malaysiakini. Sebelum ini, Susan Loone, wartawan Malaysiakini telah menderma empat karya lukisannya untuk dilelong (auction) - tiga daripadanya dibeli oleh Encik Lee dengan harga RM10,000; sementara satu lagi dibeli oleh staf Malaysiakini sendiri dengan RM3,200 - kesemuanya diderma kepada MerdekaReview. "Rescue MerdekaReview" Badan bukan kerajaan (NGO) seperti jawatankuasa, pertubuhan dalam Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor juga mengambil inisiatif untuk mengadakan satu pertunjukan seni, dengan tujuan mengutip dana untuk MerdekaReview. Dalam satu kenyataan media, Pengerusi Jawatankuasa Hak Civil, Liau Kok Fah berkata, komplot antara kuasa ekonomi dengan kuasa politik telah menyempitkan ruang bersuara, sehingga masyarakat semakin berjauhan dari kebenaran. Bagaimanapun, media alternatif memainkan peranannya untuk menjadi pemantau yang terbaik.Beliau menambah, muzik yang independen bukan bermakna untuk memberontak, tetapi melambangkan pemikiran yang independen; bukan untuk menterbalikkan tradisional, tetapi untuk berkreatif. Ciri-ciri sedemikian seiring dengan MerdekaReview. Jawatankuasa Hak Civil ialah penganjur utama program ini, menganggap sokongan muzik independen terhadap media independen sungguh memberi makna. Muzik mempunyai pengaruhnya untuk mengkritik apa yang tidak benar dalam masyarakat arus perdana; dan kini mereka sanggup menyokong media independen untuk mengekalkan suara alternatif dalam masyarakat. Tiket program ini terbahagi kepada RM30 dan RM50 (T-shirt percuma), boleh dibeli melalui: 1. KL & Selangor Chinese Assembly Hall 1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur, Malaysia. Telefon: 03-2274 6645, Faks:03-2272 4089 2. Akaun Maybank Merdeka Review Sdn Bhd (Nombor: 514440123099) Sila menyimpan resit, dan faks kepada 03-7960 9916. Nyatakan nama, nombor telefon dan bilangan tiket yang ingin dibeli, atau email "resit dalam bentuk soft copy" kepada admin@merdekareview.com, dan nyatakan nama, nombor telefon dan bilangan tiket. 3. Perlu diberi perhatian bahawa tiket dituntut di pejabat KL & Selangor Chinese Assembly Hall, sama ada ia dibeli terus, mahupun melalui cara sebagaimana yang dicatat di atas. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Chia (012-6517282), atau Shane (0123778558)./Merdeka Review | ||
| "Tiada Sebab Untuk PAS Minta Maaf" Posted: 09 Jun 2011 08:31 PM PDT PETALING JAYA - PAS tidak akan meminta maaf kepada Umno seperti yang diminta oleh seorang pemimpin parti itu, tegas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. "Tiada sebab untuk PAS minta maaf. Tuduhan itu sudah ketinggalan zaman," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu. Beliau menjawab desakan ketua Umno bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mendakwa PAS telah membuat pelbagai tuduhan liar terhadap Umno. PAS, menurut menteri pengajian tinggi itu melabelkan Umno parti haram kerana tidak membentuk negara Islam. "PAS seharusnya meminta maaf kepada Umno kerana semasa memperjuangkan negara Islam menuduh Umno membuat pelbagai kesalahan tetapi ketika ini mereka tidak lagi berjuang membentuk negara Islam kerana tidak ada dalam al Quran tetapi negara berkebajikan," kata Mohamed Khaled di Kuantan hari ini. Manakala Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Syed Azman Ahmad Nawawi tuduhan atau kenyataan Mohamed Khaled itu tidak perlu dilayan. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam itu, negara kebajikan yang ditawarkan PAS bertujuan untuk menyelamatkan rakyat yang kini dibebani kos hidup yang tinggi, krisis ekonomi dan kenaikan harga barangan. "Tawaran ini bukan hanya untuk ahli PAS tetapi kepada keseluruhan rakyat Malaysia," katanya. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang , dalam ucapan di muktamar parti minggu lalu berkata, PAS memfokuskan kepada negara berkebajikan selaras dengan perjuangan pakatan pembangkang. Hadi juga berkata, negara Islam tidak disebut dalam al Quran./FMT | ||
| Facebook Umum Perkhidmatan Baru Posted: 09 Jun 2011 07:00 PM PDT PALO ALTO - Rangkaian sosial Facebook dilengkapi dengan perkhidmatan terbaru yang memberikan pengguna lebih banyak kawalan maklumat. Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg di ibu pejabat rangkaian sosial itu di sini.Perkhidmatan terbaru itu membolehkan pengguna-pengguna memuat turun semua maklumat mereka di Facebook ke komputer peribadi. Rangkaian sosial itu turut membenarkan 500 juta anggota Facebook untuk menempatkan rakan mereka dalam pelbagai kategori seperti keluarga, jiran, pekerjaan, pasukan sukan dan kolej. Pengguna-pengguna itu boleh memilih rakan yang boleh berkongsi maklumat dengan mereka./Kosmo |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan