Muslimeen United |
- Bersih 2.0: Hadiah lumayan gambar provokasi terbaik
- Senarai Penuh Pengerusi Lajnah, Lembaga Dan Jabatan Pas Pusat Sesi 2011/2013
- Siapa Yang Rembat Tanah TUDM...??
- Lifeline for Gaza - betulkah terselit kelaku Hudoh UMNO/BN dalam program ini..???
- Nak bunuh? Bunuhlah!
- Himpunan Bersih: Haram Bagi Sesiapa Termasuk Polis Cetuskan Provokasi - Dr.Asri
- Skuad Olimpik Malaysia Benam Pasukan Lubnan 2-1
- Demo seluruh negara bantah Utusan esok
- Ugutan bunuh tindakan pengecut, kata BERSIH
- Video Pelancaran BERSIH 2.0 - KLSCAH
- Bongkar! Kos pembinaan masjid baru negeri Terengganu RM100 juta tak masuk akal
- Jual Baju BERSIH Macam Jual Barang "Salah"!
- Bazar Tok Guru: Peniaga mohon maaf
- Majlis Penyerahan Tugas SUK Negeri Kelantan Yang Baru
- Kementerian Shahrizat mohon RM459j untuk p’raya?
- Presiden PAS seru semua ahli sertai Bersih 2.0
- Apa yang ditakuti sangat pada BERSIH 2.0?
- Beza antara 'KATAK MELAYU' & 'KATAK CINA'
- Dalam Kenangan 9 Tahun Pemergian Almarhum Dato' Ust Fadzil Noor (Gambar Menarik)
- 'Datuk T' Didakwa Esok, Hairankah Kita Jika Mereka Dikenakan Hukuman Ringan?
- SMS ugut bunuh Ambiga, pemimpin Pakatan diedarkan
- Sama Seperti Dilakukan Terhadap Kelantan, Kini Putrajaya Rancangkan Kerugian Untuk Pulau Pinang
- SYABAS Gagal Selenggaran Loji, Punca Gangguan Bekalan Air
- Diperlakukan bagai burung tekukur
- Siapa menipu, Ketua Polis atau Utusan Malaysia?
Bersih 2.0: Hadiah lumayan gambar provokasi terbaik Posted: 23 Jun 2011 09:59 AM PDT Tawaran tersebut dibuat bagi memberikan semangat kepada setiap pihak yang ingin hadir pada himpunan itu agar tidak takut dengan ugutan pelbagai pihak yang berusaha menghalangnya. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berdasarkan pengalaman dalam himpunan-himpunan aman lalu, pihak berkenaan telah melakukan pelbagai tindakan provokasi bagi memburukkan PAS, penganjur dan para peserta. Menurut beliau, tindakan tersebut mungkin akan turut dilakukan oleh pihak-pihak terbabit pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, malah mungkin akan lebih ketara lagi. Katanya, bagi membolehkan tindakan tidak bertanggungjawab mereka itu diketahui umum dan diambil pengajaran oleh pihak-pihak terbabit, aksi-aksi mereka itu amat perlu dirakam untuk dijadikan tontonan semua pihak. "Aksi-aksi yang dirakam itu pula tentunya pelbagai. Ada yang menarik, agak menarik, kurang menarik dan tidak menarik. Jadi untuk membolehkan kita mendapatkan rakaman insiden-insiden provokasi yang menarik, PAS akan menyediakan hadiah lumayan bagi mereka yang berjaya merakam gambar terbaik," katanya pada sidang akhbar bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini. Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, katanya, tetap akan diadakan walaupun cuba dihalang oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai cara kerana ia adalah himpunan yang diadakan oleh rakyat untuk tujuan yang murni. "Ahli-ahli PAS dan orang ramai tidak perlu takut untuk menyertai himpunan itu kerana ia diadakan atas tujuan yang murni oleh Bersih. Walaupun begitu, jangan sekali-kali membawa senjata. "Himpunan itu adalah himpunan aman. Jika membawa senjata dibimbangi akan mencetuskan kejadian tidak diingini pula. Tujuan himpunan itu diadakan amat jelas, iaitu untuk mendesak kerajaan mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara kita dan desakan itu mestilah didengar oleh kerajaan," tegasnya. Mengulas dakwaan sesetengah pihak mengenai himpunan itu yang antara lain dikatakan akan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut datangnya dari mereka yang tidak faham tentang demokrasi. Dalam negara demokrasi, katanya, rakyatnya tidak dihalang dari mengadakan perhimpunan aman bagi mendesak kerajaan melakukan perubahan, apatah lagi setelah sistem pilihanraya di negara kita terbukti tempang sejak sekian lama. "Sesuai dengan perhimpunan aman yang diadakan, ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan negatif terhadap negara jika diadakan, malah ia akan menimbulkan penghormatan rakyat asing itu sendiri terhadap negara kita apabila mereka dapat melihat dengan jelas sikap rakyatnya yang sentiasa menjaga keamanan termasuk ketika berdemonstrasi. "Manakala pelancong pula bukan hanya terdiri daripada warga asing. Malah rakyat di negara ini yang berkunjung ke sesuatu destinasi itu juga adalah pelancong," jelasnya. Dakwaan seperti itu, katanya, adalah sebahagian dari usaha menghalang himpunan tersebut diadakan, tetapi Bersih dan rakyat negara ini sudah tidak akan berganjak dari keputusan untuk mengadakan dan menyertai perhimpunan itu, akibat sudah tidak tertahan dengan tindakan buruk yang dilakukan oleh kerajaan BN terhadap rakyat selama ini khususnya dalam pilihanraya. Bagi keselamatan diri, beliau menasihatkan mereka yang ingin menyertai himpunan itu agar membawa tuala basah, cuka dan garam untuk digunakan sekiranya diserang dengan gas pemedih mata oleh pihak berkuasa. | |
Senarai Penuh Pengerusi Lajnah, Lembaga Dan Jabatan Pas Pusat Sesi 2011/2013 Posted: 23 Jun 2011 09:51 AM PDT Pada mesyuarat AJK PAS Pusat kali pertama dulu, dah pun buat keputusan melantik pegawai-pegawai macam Setiausaha Agong, dan 3 orang Timbalan, Bendahari, Ketua Penerangan dan Pengarah pilihanraya dan jugak melantik AJK tambahan. Juga dibuat lantikan pesuruhjaya PAS negeri-negeri. Menyuarat penuh AJK PAS Pusat baru-baru ni pulak dah buat perlantikan pengerusi lajnah-lajnah dan jabatan PAS Pusat. Di bawah ni senarai yang aku salin dari Harakah cetak. Lajnah Politik dan Pilihanraya Pengerusi : TG Hj Hadi Awang Timbalan : Hj Mohamad Sabu Setiausaha : Hj Mustafa Ali Lajnah Penerangan dan Dakwah Pengerusi : Ust Tuann Ibrahim Tuan Man Timbalan I : Ir. Hj Nizar Jamaluddin Timbalan II : Ust Nuridah Salleh Lajnah Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Pengerusi : Hj Mohamad Sabu Lajnah Ekonomi dan Pengurusan Harta PAS Pengerusi : Ust Abdul Halim Abdul Rahman Timbalan: Dr. Hasan Ali Setiausaha : Mohd Apandi Mohamad Lajnah Pendidikan Pengerusi : Ust Abu Bakar Chik Timbalan I : Dr. Nik Amar Nik Abdullah Timbalan II : Dr. Halimah Ali Lajnah Tanah dan Wilayah Pengerusi: Mazlan Aliman Lajnah Alam Sekitar Pengerusi : Zulkifli Mohd Omar Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar Pengerusi : Hj Anuar Tahur Lajnah Teknologi Maklumat Pengerusi : Ust Abdul Ghani Shamsuddin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pengerusi : Dr. Mariah Mahmud Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pengerusi : Asmini Awi Timbalan : Hanipa Maidin Setiausaha : Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Pengerusi : Ust Nasharuddin Mat Isa Timbalan : Kamaruddin Jaafar Lajnah Asas Tani Pengerusi : Ir. Amiruddin Hamzah Lajnah Pengguna Pengerusi : Hj Mahfuz Omar Timbalan : Taufik abdul Ghani Lajnah Perpaduan Nasional Pengerusi : Dr. Mujahid Yusuf Rawa Lajnah Kebudayaan dan kesenian Pengerusi : Dr. Dzulkifli Ahmad Lajnah Hal Ehwal Parlimen Pengerusi : Hj Salahuddin Ayub Lembaga Pemerkasaan Parti Pengerusi : Hj Husam Musa Lembaga Pembinaan Kompleks PAS Pengerusi : Hj Husam Musa Jabatan Tarbiah dan Perkaderan Pengerusi: TG Hj Hadi Awang Pengarah : Ust Idris Ahmad Timbalan : Dr. Hasan Ali Jabatan Pilihanraya PAS Pusat Pengerusi : Dr. Hatta Ramli Pusat Penyelidikan PAS Pusat Pengerusi : Dr. Dzulkifli Ahmad Pengarah : Dr. Zuhdi Masjuki Jabatan Presiden Setiausaha Politik : Dr. Ahmad Samsuri Ahmad Setiausaha Akhbar: Nasaie Ismail Jawatankuasa Disiplin Parti Pengerusi : Hj Wan Mutalib Embong Timbalan : Muhamad Burok | |
Siapa Yang Rembat Tanah TUDM...?? Posted: 23 Jun 2011 09:47 AM PDT Dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 pada 20 Jun 2011, saya telah menggesa antara lain agar Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat transaksi pembelian dan penjualan pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited oleh 1MDB dengan PetroSaudi International Limited. Gesaan ini dibuat kerana berdasarkan laporan juruodit, transaksi pembelian dan penjualan pelaburan tersebut yang mencurigakan. Ia melibatkan pengumuman keuntungan RM425 juta untuk operasi tahun pertama yang berakhir 31 Mac 2010 oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB pada 8 Oktober 2010 dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Sharol Halmi pada 12 Oktober 2010. Keuntungan diperolehi antara lain hasil penjualan pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited iaitu syarikat usahasama diantara 1MDB dengan PetroSaudi International Limited. Dalam transaksi ini 1MDB melabur dalam 1MDB PetroSaudi Limited sebanyak RM3.5 billion yang dibuat secara tunai. Tidak sampai 5 bulan kemudian 1MDB menjual semula pelaburan ini kepada rakan usahasama mereka iaitu PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion dan memperolehi keuntungan sebanyak RM615 juta. Walaubagaimana pun bayaran untuk penjualan pelaburan ini dibuat samaada secara ansuran atau bayaran tertangguh selama 11 tahun. Ini bermakna perolehan RM4.1 billion ini hanya dapat diperolehi sepenuhnya menjelang 31 Mac 2023 berdasarkan transaksi penjualan ini dibuat pada hari akhir penutupan akaun 1MDB iaitu 31 Mac 2010. Keupayaan 1MDB memperolehi balik RM4.1 billion ini amat disangsikan berdasar nota khas yang dibuat oleh Juruodit KPMG dalam laporan oditnya keatas akaun 1MDB yang berakhir 31 Mac 2010. Nota khas ini berbunyi seperti berikut:- "The Group and the Company held notes receivable amounting to RM4,139,125,000 as at 31 March 2010. A valuation was performed by an independent financial advisory firm to support the assessment of the appropriateness of the carrying value of the notes receivable as at 31 March 2010. This valuation was carried out based on certain sets of assumptions. It should be noted that these assumptions are critical to the result of the assessment. The notes receivable are backed by a corporate guarantee issued by the ultimate holding company of 1MDB PetroSaudi Limited, PetroSaudi International Limited PSI). Management believes that PSI is in good financial standing and has the ability to meet all obligations required as documented in the Corporate Guarantee Agreement". Nota ini menjelaskan Juruodit KPMG semata-mata bersandar kepada perakuan pengurusan 1MDB bahawa PetroSaudi International Limited mempunyai kedudukan kewangan yang baik dan berupaya memenuhi kesemua tuntutan kewangan sepertimana yang terkandong dalam dokumen Perjanjian Jaminan Korporat nya. Juruodit KPMG sendiri tidak memberi kepastian samaada hutang tertunggak RM4.1 billion berupaya dibayar oleh PetroSaudi International Limited kerana ia bukan jaminan Bank atau Kerajaan. Susulan dari gesaan tatkala membahaskan Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan 2011 itu , saya telah menulis surat bertarikh 22hb Jun 2011, memohon Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat perkara berikut menurut peruntukan Peraturan Mesyuarat 77 (1)(d) : 1) Menilai kedudukan kewangan, pemegang saham, nominee, dan pengurusan PetroSaudi International Limited samada mempunyai keupayaan membayar hutang RM4.1 billion kepada 1MDB sepertimana yang didakwa oleh pengurusannya. 2) Menyiasat sumber 1MDB perolehi untuk membayar pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited sebanyak RM3.5 billion secara tunai. Adakah ia hasil penerbitan Bon yang dijamin oleh Kerajaan? 3) Menyiasat penilaian yang dibuat oleh pengurusan 1MDB keatas 1MDB PertroSaudi Limited apabila membuat keputusan melabur sebanyak RM3.5 billion dalam usahsama ini. 4) Menyiasat kegiatan perniagaan 1MDB PetroSaudi Limited sehingga 1MDB berupaya menjual pelaburannya dalam masa yang singkat tidak sampai 5 bulan dengan keuntungan RM615 juta daripada pelaburan sebanyak RM3.5 billion. Ini bermakna pulangan sebanyak 17.6% atau 42% berdasarkan kadar pulangan tahunan (annualized rate of return). Siasatan ini perlu agar 1MDB sebagai sebuah agensi pelaburan kerajaan tidak terlibat dalam kegiatan sindiket kewangan antarabangsa yang mencurigakan dan mungkin jenayah. 5) Menyiasat tempat atau lokasi PetroSaudi International Limited dan kumpulan syarikatnya termasuk 1MDB PetroSaudi Limited diperbadankan. Benarkah PetroSaudi International Limited di perbadankan di Cayman Islands atau British Virgin Islands dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan perusahaan petroleum dan individu atau organisasi dari Arab Saudi? 6) Menyiasat adakah kerajaan terdedah kepada jaminan atau pinjaman dalam pelaburan yang dibuat 1MDB? Saya menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat kes ini kerana ia melibatkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan penerbitan bon sebanyak RM5 billion yang dijamin kerajaan. Difahamkan bon sehingga RM15 billion akan diterbitkan untuk membiayai pelaburan 1MDB. Dalam pengamatan akaun 6 bulan pertama 2011 hingga 1 September 2010, saya dapati 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta. 1MDB dianugerahkan konsesi tanah paling berharga di Kuala Lumpur iaitu pengkalan TUDM di Sungai Besi seluas 196.6 hektar sementara Pengkalan TUDM akan dipindahkan ke Sendayan, Negeri Sembilan. Pembangunan Pengakalan TUDM di Sungai Besi ini melibatkan usahasama diantara 1MDB (30%), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (30%) dan Desmond Lim dari Malton Berhad (40%). Dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan hartanah ini akan dibangunkan sebagai Bandar Malaysia untuk memperkukuh daya saing Kuala Lumpur bagi menarik pelabur tempatan dan asing. Pembangunan yang diumumkan hanya melibatkan yang memberi pulangan besar kepada pelabur. Langsung tidak disebut atau disediakan dalam pelan induk pembangunan perumahan untuk warga kota yang berpendapatan rendah dan penyediaan perumahan untuk bekas tentera yang amat memerlukan perumahan di ibukota ini. ANWAR IBRAHIM KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA | |
Lifeline for Gaza - betulkah terselit kelaku Hudoh UMNO/BN dalam program ini..??? Posted: 23 Jun 2011 09:46 AM PDT Saya dihubungi oleh beberapa sahabat dari NGO Islam pada sekitar bulan Mei dan ditanya samada saya berminat untuk menyertai misi Life Line for Gaza ke-2. Saya diberitahu ianya akan seperti misi yang pertama dan kapal Mavi Marmara akan turut digunakan sepertimana sebelum ini. Ahli Parlimen dan NGO 'Islamist' dari seluruh dunia akan turut menyertainya. Tarikh yang dianggarkan adalah pada bulan Jun. Saya turut dimaklumkan bahawa penyertaan Ahli Parlimen PAS amat dialu-alukan. Program ini, seperti yang dahulu, dianjurkan LL4G, satu pakatan atau gabungan (coalition) NGO Islam yang telah lama istiqamah dengan perjuangan membela nasib dan hak rakyat Palestine seperti Haluan Palestine, Muslim Care, Yayasan Amal dan Aqsa Syarif. Pada masa yang sama, saya turut dimaklumkan bahawa NGO Turkey, IHH, akan memainkan peranan utama, sepertimana dahulu. Berdasarkan maklumat ini, maka saya telah menyatakan persetujuan saya untuk bersama. Penderitaan rakyat Palestine diketahui umum. Oleh itu tidak perlu saya ceritakan di sini. Mereka mengharapkan dunia, khususnya dunia Islam dan pencinta keadilan untuk membela nasib mereka. Kita tidak boleh membenarkan dunia lupa kezaliman yang sedang dialami rakyat Palestine. Misi yang seperti ini mampu menjadikan kezaliman Zionis berita muka depan akhbar seluruh dunia. Dengan itu, penyelesaian yang adil bagi rakyat Palestine akan diusahakan, termasuk membatalkan sekatan ke atas Gaza. Tergambar dalam pemikiran saya suasana yang diceritakan kumpulan sahabat yang telah bersama dengan misi LL4G pertama. Saya dimaklumkan bahawa siang dan malam semasa mereka berada di atas kapal Mavi Marmara telah dipenuhi dengan program-program tazkirah, dzikir serta solat sunnat, termasuk Tahajjud. Suasana sebegitu memberikan mereka kekuatan untuk menghadapi cabaran yang bakal dihadapi mereka dengan penuh keyakinan akan pertolongan Allah. Sehingga, apabila berlaku apa yang telah berlaku, mereka langsung tidak gentar, walaupun berhadapan dengan tentera Israel yang bengis dan lengkap bersenjata. Ini adalah berkat dari keikhlasan mereka itu. Pada 12 Jun, saya telah memohon restu pimpinan tertinggi PAS untuk saya mewakili parti dalam misi ini. Saya turut memaklumkan bahawa Timbalan Presiden telah dijemput berucap bersama Perdana Menteri dalam program pelancaran misi ini. Berdasarkan maklumat tersebut, permohonan saya itu telah dipersetujui dan saya merasa gembira di atas restu serta sokongan yang diberikan. Sehari selepas itu, saya diberitahu sahabat yang bergiat dalam sebuah NGO bahawa kapal Mavi Marmara dan dua lagi kapal besar telah menarik diri. Oleh itu, jumlah peserta dari seluruh dunia, termasuk Malaysia, terpaksa dikurangkan dari 20 (saya difahamkan pada asalnya) kepada 10 orang sahaja. Seterusnya saya juga dimaklumkan bahawa misi kali ini tidak akan seperti yang pertama. Beberapa NGO yang telah memainkan peranan utama sebelum ini tidak akan menyertainya. Saya mula kedengaran ketidak terlibatan Haluan Palestine, Yayasan Amal, Aqsa Syarif dan lain-lain. NGO Turkey yang ke depan dalam misi pertama, iaitu IHH juga tidak akan lagi memainkan peranan utama sepertimana dulu. Ini dikatakan ada kena-mengena dengan suasana pelarian dari Syria yang memasuki Turkey. Walaupun dalam suasana seperti itu, saya tetap meletakkan harapan misi ini akan dapat diteruskan dengan semangat yang sama seperti dulu. Pada masa itu, saya mengharapkan program pelancaran yang akan dilakukan pada 18 Jun akan meletakkan misi ini atas satu asas yang kukuh dari sudut keikhlasan perjuangan membela nasib rakyat Palestine. Hakikat bahawa program itu akan dilancarkan oleh PM dan Timbalan Presiden PAS akan turut berucap mewakili PR serta Khairy Jamaluddin mewakili BN adalah, bagi saya, bukti bahawa perkiraan politik diketepikan sama sekali dalam usaha ini. Pada 17 Jun, sehari sebelum pelancaran misi LL4G (2), saya dimaklumkan secara peribadi oleh pihak LL4G bahawa mereka dihubungi pihak PM dan diberitahu bahawa Timbalan Presiden PAS tidak dibenarkan berucap! Sekiranya terus ingin membenarkan beliau berucap, maka PM tidak akan hadir dan Aman Malaysia akan menarik diri dari menyertai misi tersebut. Pihak LL4G memaklumkan kepada saya, "sebagai NGO, kita amat memerlukan penglibatan PM dan Aman Malaysia serta kerjasama Wisma Putra dan sebagainya. Apa harus saya lakukan?" Saya hanya mampu menyebut bahawa ianya terpulang kepada dirinya untuk memutuskannya. Sebagai NGO, maka beliau harus berkecuali dan ucapan dari kedua-dua pihak akan membuktikan bahawa LL4G tiada affiliasi politik. Itulah sebabnya mengapa beliau menjemput kedua pihak pada asalnya. Saya seterusnya bertolak ke Perak pada petang itu kerana mempunyai program di Batu Kurau pada malam 17 dan di Bukit Gantang pada 18 Jun. Pada 18 Jun, semasa saya di Bukit Gantang, saya telah dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden telah tidak hadir kerana telah diberitahu bahawa dia tidak akan dibenarkan berucap. Malahan, sepanduk-sepanduk di tempat program pelancaran turut diubah-suai dengan meletakkan pita bagi menutup nama Tuan Haji Mohd. Sabu dan Khairy. Lencana NGO-NGO tertentu turut ditutup kecuali lencana LL4G dan Aman Malaysia. Kawan-kawan saya yang hadir ke program tersebut memaklumkan ianya berjalan bagaikan program UMNO. Ketidak-ikhlasan pihak PM dengan menuntut supaya Timbalan Presiden PAS tidak berucap amat menduka-citakan. Ianya jelas menunjukkan bahawa mereka mempunyai motif politik dan ini mencemarkan niat disebalik misi ini. Tindakan mereka untuk mendapatkan keuntungan politik dari penderitaan rakyat Palestine dengan percubaan menenggelamkan keterlibatan PAS dan hanya menonjolkan peranan mereka dianggap keterlaluan. Sejurus itu saya telah dihubungi beberapa rakan NGO dan ahli parti untuk menarik diri. Saya hanya mendiamkan diri. Namun ianya jelas bahawa UMNO ingin membersihkan nama mereka melalui misi ini setelah dipalitkan dengan Israel melalui perlantikan APCO sebagai penasihat kerajaan BN. Hakikatnya, UMNO TIDAK PERNAH menyokong perjuangan Hamas, parti politik pilihan rakyat Palestine. Sebaliknya, mereka bersama Fatah, parti Yasser Arafat. Sedangkan Gaza dikenakan sekatan kerana ianya dibawah Hamas. Sehingga hari ini kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf Hamas. Pada 20 Jun saya telah bertolak ke Saudi. Pada ketika itu, tarikh bertolaknya misi LL4G (2) masih tidak disahkan. Menurut sumber yang tertentu, mungkin 23 atau 26 Jun, tetapi mungkin ditangguh seminggu. Pada 21, setibanya saya di Saudi, saya telah dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah menafikan bahawa dia telah diberikan tekanan untuk menggugurkan Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohd. Sabu sebagai penceramah pada malam pelancaran misi. Saya terkejut dengan kenyataan beliau kerana beliau sendiri yang telah bercakap dengan saya mengenai tekanan tersebut! Kenapa dia perlu menipu? Tidak cukupkah dengan pengguguran tersebut, adakah perlu dirosakkan lagi suasana dengan penipuan demi membela Najib? Maka jelas, pada mulanya ditekan supaya menggugurkan Tuan Haji Mohd. Sabu dan kemudiannya ditekan sekali lagi untuk menafikan berlakunya ugutan serta tekanan! Dalam masa yang saman, penafian beliau menjadikan kenyataan Tuan Haji Mohd. Sabu seolah-olah tidak benar dan bermotifkan politik. Sedangkan merekalah yang berniat jahat dan mengugut penganjur demi kepentingan politik mereka dengan menipu membenarkan Najib serta menjadikan orang lain sebagai mangsa. UMNO membuktikan sekali lagi bahawa ianya parti yang sentiasa berusaha untuk menipu rakyat dan menghalang kebenaran dari terserlah. Saya masih ingin menyertai walaupun misi ini walaupun ketika ini dikelilingi dengan pemainan politik, penipuan serta ketidak ikhlasan. iAllah saya akan ke Mekah pada petang ini (22 Jun) dan di hadapan Kaabah saya akan beristikharah mengenai penglibatan saya dalam misi ini. Misinya penting seperti yang saya sebutkan di atas, namun tidak perlu saya terlibat sekiranya ia bermatlamatkan kepentingan politik UMNO dan untuk dijadikan hujjah untuk menipu rakyat. Kononnya mereka membela rakyat Palestine sedangkan sumbangan mereka kepada APCO sebanyak RM 147 Juta dalam tempoh dua tahun amat disyukuri Israel. Misi yang semulia ini tidak sepatutnya dicemari melalui putar-belit politik serta penipuan dan pembohongan seperti yang telah berlaku. Belum apa-apa lagi, ianya sudah jelas, misi LL4G (2) tidak akan seperti yang pertama. Sebenarnya, Flotilla pertama dahulu tidak diambil tahu pun oleh pihak kerajaan BN sehinggalah apa yang telah berlaku. Sekembalinya mereka, maka mereka disambut oleh Najib dan segala kepura-puraan bermula selepas itu. Cuma bezanya pada kali ini, ianya bermula dari awal lagi. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD | |
Posted: 23 Jun 2011 09:45 AM PDT Timbalan Ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata beliau tidak gentar meskipun menerima ugutan bunuh berhubung anjuran Perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai. Menurut Khairul atau Jonah, ancaman yang diterimanya tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berjuang bersama rakyat Malaysia yang lain bagi menuntut pilihan raya yang lebih bersih dan adil. "Saya akan tetap berpegang teguh dan tidak akan patah semangat untuk berhimpun 9 Julai ini. Ini demi masa depan negara," tegasnya ketika dihubungi Keadilandaily.com. SMS ugutan bunuh itu dihantar dari nombor telefon 601119732179 kepada Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dan juga beberapa pemimpin Pas dan KEADILAN. Jonah antara beberapa pemimpin yang menerima ugutan berkenaan, yang mengancam untuk membunuhnya jika perhimpunan itu diteruskan. Selain pemimpin Bersih dan Pakatan Rakyat, SMS yang dikirim pada malam dan awal pagi tadi turut diterima beberapa wartawan. Menurut Jonah beliau yakin rakyat tidak takut dengan sebarang ancaman dalam perjuangan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini. Ditanya samada beliau mengesyaki pihak yang mengirimkan SMS berkenaan, Jonah berkata beliau yakin pengugut adalah individu yang tebal dengan sifat perkauman dan anti demokrasi. "Ini jelas dengan kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang memetik perkataan kasar seperti 'kafir laknat' " katanya. | |
Himpunan Bersih: Haram Bagi Sesiapa Termasuk Polis Cetuskan Provokasi - Dr.Asri Posted: 23 Jun 2011 09:44 AM PDT Adalah haram bagi mana-mana pihak, tidak kira peserta demonstrasi ataupun polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Oleh itu, kata beliau, sesiapa yang mahu menyertai demonstrasi seperti Bersih 2.0 hendaklah berazam tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, mencederakan sesiapa, dan memaki hamun. Sebaliknya, kata Dr Asri, mereka harus melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati dengan cara yang aman. "Pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat. Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses itu berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera. "Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan, katanya. Dr Asri berkata, sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa. "Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak. Polis, rakyat dan golongan atasan," katanya. Beliau berhujah demikian dalam kolumnya di portal Malaysiakini hari ini berhubung isu perhimpunan rakyat yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0 yang dijadualkan 9 Julai depan. "Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh Perlembagaan. "Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti. Maka, saya tidak mempertikaikan BERSIH di sudut tujuannya,' kata Dr Asri lagi. Bagaimanapun beliau bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkan perhimpunan itu dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum, "sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya". "Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan mungkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara. "Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan. "Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan," kata beliau. Sehubungan itu, Dr Asri berkata, SPR hendaklah menunaikan tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turun ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai. "Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman," kata beliau. Bagaimanapun beliau menegaskan memelihara keamanan adalah syarat utama keharusan mengadakan demonstrasi, "jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak". Beliau mengemukakan hujah bahawa demonstrasi jalanan ini pernah berlaku di zaman Rasulullah. Katanya, Nabi Mohammad s.a.w. pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya membuat bantahan di jalan. "Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi: "Sesungguhnya jiranku menyakitiku". "Sabda Nabi: "Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan". "Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: "apa yang berlaku kepadamu?". Dia menjawab: "Jiranku menyakitiku". "Maka mereka berkata:"Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia". Dengan sebab itu, jirannya berkata: "Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi". Hadis berkenaan, kata Dr Asri, diriwayatkan oleh al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih. | |
Skuad Olimpik Malaysia Benam Pasukan Lubnan 2-1 Posted: 23 Jun 2011 09:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Skuad Olimpik Malaysia berjaya menundukkan pasukan Olimpik Lubnan 2-1 pada perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis. Dengan kemenangan ini bermakna pasukan Malaysia mara ke pusingan akhir kelayakan Olimpik peringkat kumpulan yang membabitkan 12 pasukan dalam usaha meraih tiket ke Sukan Olimpik 2012 di London. Pada perlawanan pusingan pertama di Beirut Ahad lalu, kedua pasukan terikat seri 0-0. Pasukan Malaysia pernah layak ke Olimpik pada 1972 dan 1980 (Moscow). | |
Demo seluruh negara bantah Utusan esok Posted: 23 Jun 2011 02:35 AM PDT "KUALA LUMPUR, 23 Jun: Ekoran sikap angkuh dan enggan memohon maaf, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan bantahan terhadap Utusan Malaysia di seluruh negara esok. Bantahan aman terhadap penyiaran karikatur "Kekeliruan Kes Rogol" yang didakwa menghina agama Islam itu akan dibuat selepas solat Jumaat. "Tempoh yang diberi Dewan Pemuda kepada Utusan telah tamat kelmarin. Dan sehingga tempoh itu Utusan tidak memohon maaf. "Jadi kita telah buat keputusan untuk membantah sikap angkuh Utusan di seluruh masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat esok," kata ketuanya, Nasrudin Hassan ketika ditemui di pejabat pembangkang di parlimen hari ini. Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di sini. Sebelum ini, Utusan Malaysia diberi tempoh tujuh hari agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan pada 15 Jun lalu. Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai "Miki." "Kita juga akan mulakan kempen boikot Utusan di seluruh negara," katanya. -Hrkh | |
Ugutan bunuh tindakan pengecut, kata BERSIH Posted: 23 Jun 2011 02:34 AM PDT "Ini tidak boleh diterima, SMS is bukan sahaja mengancam nyawa tetapi berbaur hasutan perkauman," kata Maria Chin Abdullah seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0. "Biarlah berani ke depan dan berbincang dan bukan menjadi pengecut dengan menghantar SMS ugutan bunuh dan berbaur perkauman, kata Maria kepada wartawan selepas membuat laporan polis di pejabat Travers di Kuala Lumpur petang ini. Maria juga mahu pengirim SMS itu memberhentikan tindakannya itu. Sekurang-kurangnya enam laporan polis dibuat berhubung ugutan bunuh SMS yang diterima lewat malam semalam dan awal pagi ini. Antara mereka yang membuat laporan adalah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat, timbalan ketua Pemuda PKR Khairul Annuar Ahmad Zainudin, Ambiga dan juga ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya. Ambiga yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berkata, beliau yakin pihak polis dapat menjejaki individu yang menghantar SMS itu. "Ugutan itu tidak akan menukar rancangan kita (untuk berhimpun)," kata Ambiga. Namun kata Ambiga beliau dan anggota lain akan berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan mereka tidak terancam. "Kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan saya percaya polis akan dapat mengenal pasti pihak yang menghantar SMS itu kerana ada nombor telefon,"kata Ambiga. SMS itu berbunyi: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia. "puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua. "kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti." Ahad lalu, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga membakar dan memijak gambar Ambiga pada satu perhimpunan dan memanggilnya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya".- M'kini | |
Video Pelancaran BERSIH 2.0 - KLSCAH Posted: 23 Jun 2011 01:24 AM PDT | |
Bongkar! Kos pembinaan masjid baru negeri Terengganu RM100 juta tak masuk akal Posted: 23 Jun 2011 01:22 AM PDT Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya. Kenyataan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudaham Awam negeri, YB Datuk Haji Za'abar Mohd Adib kepada blog yang berkaitan Kerajaan Terengganu, 'Teganukita' baru-baru ini. Artikel blog Teganukita dipetik, Za'abar berkata, kerajaan juga sedang melaksanakan pembinaan Masjid Negeri di Bukit Besar , Kuala Terengganu yang menelan belanja RM100 juta dengan kapasiti jemaah 1,500 orang pada satu-satu masa. Artikel berkaitan di sini. Apa yang menjadi tanda tanya bagi penulis WarkahDaily, kos pembinaan sebuah masjid yang menelan belanja RM100 juta yang hanya boleh memuat jemaah dalam satu-satu masa sekitar 1,500 orang sahaja. Ia jauh berbeza dengan kos pembinaan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) terletak di Presint 3, Putrajaya yang siap pada 2009 dan mula digunakan tahun tahun lepas (2010). Menurut portal 'Masjid Besi', masjid yang menggunakan 6,000 tan keluli (70%) dan baki (30%) menggunakan konkrit sebagai bahan binaan itu menelan belanja sebanyak RM200 juta dan boleh menampung 20,000 orang jemaah dalam satu- satu masa. Jumlah muatan jemaah itu dilihat beberapa kali ganda jauh lebih tinggi daripada Masjid Negeri yang akan dibina di Terengganu yang menelan belanja RM100 juta dengan kapasiti 1,500 orang jemaah sahaja berbanding 'Masjid Besi'. Masjid Besi boleh menampung 20,000 jemaah bersolat dalam satu-satu masa. Bagi penulis WarkahDaily, mereka dilihat tidak mahu mengambil iktibar daripada peristiwa itu dan mungkin ada segelintir yang cuba mengambil kesempatan untuk 'menggemukkan' poket dan kantung peribadi orang-orang tertentu. SPRM perlu bertindak dalam hal ini agar kejadian runtuh di Terengganu tidak akan berulang lagi akibat ada pihak-pihak tertentu yang suka mengambil peluang untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni atas projek yang diumum kerajaan dan wang rakyat tidak dibazirkan begitu sahaja oleh pemimpin perasuah dan suka songlap wang rakyat. | |
Jual Baju BERSIH Macam Jual Barang "Salah"! Posted: 23 Jun 2011 01:15 AM PDT Malaysia Kini melaporkan bahawa seorang ahli Pemuda PKR dicekup oleh polis dalam kejadian semalam ketika sedang menjual kemeja-T BERSIH 2.0. Mengulas kejadian itu, ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ahli jawatankuasa kawasan Gombak, Razali Ghafar ditangkap kerana menjual baju yang mempunyai logo BERSIH 2.0. Katanya, tindakan polis mengambil keterangan Razali kerana menjual baju-T berkenaan di sekitar Kajang malam semalam menyalahi undang-undang. Malah yang lebih menghairankan, soalan yang diajukan polis kepada Razali lebih kepada siapa yang bertanggungjawab di sebalik himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini. "Maklumat yang beliau beritahu saya, soalan polis lebih kepada siapa yang (lagi) jual, siapa yang beri baju BERSIH, siapa yang suruh jual. Pertanyaan polis lebih menjurus untuk mencari siapa di sebalik penganjuran BERSIH ini? "Ini satu perkara yang bercanggah dengan prinsip undang-undang dan perlembagaan kerana tidak ada satu kesalahan pun menjual baju dalam konteks undang-undang negara kecualilah kalau baju tersebut ada unsur lucah dan sebagainya," kata Shamsul. Sementara itu, ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie ketika dihubungi Malaysiakini berkata ahli AMK itu didekati oleh anggota polis semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Merab, Sepang. "Dia beritahu saya bahawa polis merampas dua kemeja-T dan mengheretnya ke balai dan bertanya di mana baju berkenaan diperolehi serta siapa yang menjualnya. "Dia hanya peniaga kecil yang ingin mencari wang tambahan. Nampaknya kita tidak boleh mengeluarkan perkatan BERSIH lagi dan juga memakai atau menjual kemeja-T berwarna kuning," katanya. P/s: Baru nampak baju sudha takut, belum lagi nampak ratusan ribu orang berarak tuntut pilihan raya yang BERSIH! | |
Bazar Tok Guru: Peniaga mohon maaf Posted: 23 Jun 2011 01:14 AM PDT KOTA BHARU: "Saya bagi pihak Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB memohon maaf kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan YAB Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mana silap laku saya itu saya mohon maaf," demikian pengakuan mohon maaf secara terbuka Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Abdul Salim Ahmad. Berucap pada sidang media sempena Majlis Pengundian Bazar Tok Guru oleh pada peniaga Majlis Perbandaranan Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di Dewan Jubli Perak MPKB di sini semalam, Salim mendakwa sekiranya beliau telah bertindak kasar dan agresif sebelum ini, maka itu adalah sebagai tuntutan daripada ahli persatuannya. Sehubungan itu beliau menyeru kepada ahli persatuan serta para peniaga umumnya agar berprasangka baik dengan pihak kerajaan negeri. Beliau berharap selepas ini, pihak persatuan dan para peniaga berbaik-baik dengan pihak kerajaan negeri dan para pegawainya. "Berbaik-baik dan jangan salah sangka kepada pimpinan kerajaan negeri dan para pegawainya yang telah banyak membantu kita khususnya dalam segi pemilihan lot-lot gerai di Bazar Tok Guru. "Kini ada jalan penyelesaian, dan kita pun jemu dah dengan keadaan semasa, berarak sana, berarak sini. Saya sebagai pengerusi persatuan, maka setakat inilah perjuangan saya bersama ahli-ahli saya. "Saya terimalah mandat kerajaan negeri, dan kita tidak akan bincang (memanjangkan) lagi cerita kita ini," katanya sambil menyifatkan keputusan pihak kerajaan negeri yang meluluskan dibuang sebanyak 26 gerai dengan nilaian lebih RM2 juta sebagai 'kebajikan laluan' di bazar itu adalah sebagai pengorbanan kepada para peniaga berkenaan. "Ini bermakna, tidak terkiralah pengorbanan kerajaan negeri kepada peniaga-peniaga kita, alhamdulillah," katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Sanusi Osman dalam satu kenyataan media berkata, seramai 230 peniaga telah diundang hari ini (22 Jun 2011) bagi menjalani proses pengundian petak perniagaan di tingkat bawah Bazar Tok Guru di Jalan Sultan Ibrahim di sini. Sementara proses menandatangani perjanjian jual beli akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 28 Jun ini dan serahan milikan kosong akan dilaksanakan sebelum 1 Julai. "Seramai 326 peniaga dijangka dapat memulakan perniagaan di Bazar Tok Guru pada 1 Julai 2011," katanya. | |
Majlis Penyerahan Tugas SUK Negeri Kelantan Yang Baru Posted: 23 Jun 2011 01:07 AM PDT Datuk Seri Setia Raja Datuk Mohd Aiseri Alias menyerah tugas kpd Setiausaha Kerajaan Negeri ke 16 disaksikan Menteri Besar dan exco negeri. .Satu Gandingan Mantap demi kesejahteraan rakyat Kelantan. SUK Negeri yang baru ialah Datuk Dr. Haji Zainuddin Haji Ibrahim, berkelulusan PhD ( Environment Planing) UPM 2008.. Lahir 7.12.1953. | |
Kementerian Shahrizat mohon RM459j untuk p’raya? Posted: 23 Jun 2011 12:57 AM PDT KUALA LUMPUR, : Wanita Pakatan Rakyat mendakwa bajet tambahan sebanyak RM459 juta yang dipohon Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah untuk menghadapi pilihan raya. Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) berkata, permohonan itu tidak relevan kerana laporan bidang keberhasilan utama negara (NKRA) menyatakan bahawa berlaku pengurangan sebanyak 118 keluarga yang menerima bantuan kebajikan. "Kalau pengurangan penerima bantuan sampai 118 ribu keluarga maknanya peruntukan untuk kebajikan sepatutnya makin kurang. "Tapi yang anehnya kementerian meminta bajet hampir RM500 juta katanya untuk sumbangan warga miskin. "Ini nampak terang bajet Umno untuk menghadapi pilihan raya dan saya yakin ini adalah program yang akan dibuat oleh wanita Umno untuk turun kepada rakyat," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Sementara itu, Zuraida Kamaruddin meminta menteri berkenaan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengkaji semula jumlah dan pengagihan peruntukan tersebut kerana ianya hanya akan memfokuskan kepada pembangunan sosio ekonomi secara "one-off" atau lebih spesifik, perancangan jangka pendek semata-mata. "Peruntukan belanjawan tambahan sebanyak RM459 juta yang dimohon turut menunjukkan peningkatan sebanyak 87 peratus dari jumlah peruntukan asal belanjawan 2011, sekaligus membawa kepada jumlah hampir RM1 billion peruntukan keseluruhan buat lima kategori perbelanjaan "one-off" ini bagi tahun 2011. "Ianya satu jumlah yang tidak relevan apatah lagi hanya untuk kegunaan bagi tempoh lima bulan sahaja, iaitu Ogos hingga Disember 2011. Ini bermakna kos perbelanjaan sebulan mencecah hampir RM92 juta," katanya yang juga ketua wanita PKR. Tambahnya juga, menurut analisis Dr Siti Mariah (PAS-Kota Raja) setiap 222 kawasan Parlimen akan mendapat agihan sebanyak RM2.07 juta, untuk diagihkan kepada 10,350 orang golongan miskin, OKU dan warga emas yang tertindas adalah amat serius di Malaysia. Katanya, Sharizat seharusnya sedar bahawa RM459 juta ini melibatkan dana awam, maka suatu sistem kewangan yang tersusun dan terancang perlu dilaksanakan, dan tidak berterusan melaksanakan program-program di saat-saat akhir. | |
Presiden PAS seru semua ahli sertai Bersih 2.0 Posted: 23 Jun 2011 12:50 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0. "Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, sebentar tadi. Perhimpunan Bersih 2.0 akan diadakan di Kuala Lumpur 9 Julai ini. Pengerusi Bersih 2.0 adalah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srenevasan. Anggotanya terdiri daripada para pemimpin NG0, manakala PAS, PKR dan DAP menyokong perhimpunan itu. Menurut Abdul Hadi, perhimpunan tersebut mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni. Sehubungan itu, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam. "Setiap ahli PAS yang menyertainya jangan sekali-kali membawa senjata. Saya juga suka mengingatkan ahli-ahli PAS agar jangan bermusuhan dengan pihak polis," katanya. Sesuai dengan nama perhimpunan itu sendiri sebagai himpunan aman, sekiranya berlaku perkara tidak diingini dalam pehimpunan itu, ia bukanlah didatangkan oleh ahli-ahli PAS dan mereka yang menyertainya. Sebaliknya, kejadian tersebut pasti dilakukan oleh pihak lain, termasuk oleh pihak Umno dan kerajaan BN, atau provokasi yang dilakukan oleh pihak polis sendiri seperti yang telah berlaku dalam siri perhimpunan-perhimpunan aman yang diadakan sebelum ini. "Oleh itu yang perlu dikawal oleh pihak polis dalam perhimpunan itu adalah pihak-pihak yang membuat provokasi dan bukan polis sendiri yang membuat provokasi," tegasnya. Umno dan Kerajaan BN, katanya, tidak perlu takut dengan perhimpunan tersebut kerana ia tidak sekali-kali terfokus kepada perkara-perkara tidak diingini, tetapi hanyalah terhadap pilihanraya di negara ini. Pilihanraya di negara ini seperti yang diketahui umum tidak pernah berlangsung dengan bersih dan adil, tetapi penuh dengan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN yang memerintah menerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Keadaan yang sama turut dilakukan oleh Umno dan Kerajaan BN terhadap media, apabila media yang menyokongnya diberikan kebebasan untuk disebarkan dan dibaca secara meluas di segenap pelosok negara, tetapi media yang menyokong pembangkang atau PAS serta Pakatan Rakyat pula dihalang dengan pelbagai cara. "Pilihanraya yang tidak bersih itu tidak boleh dibiarkan kerana ia pasti akan menimbulkan kemarahan rakyat. Itulah yang perlu dibantah dan itulah matlamat Perhimpunan Bersih 2.0. "Matlamat tersebut sememangnya sesuatu yang baik sebab itulah PAS menyokong langkah yang diadakan oleh Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil," katanya. Pihak Umno dan Kerajaan BN, tegas beliau, perlu faham perkara itu dan tidak sepatutnya menghalang perhimpunan tersebut diadakan kerana ia juga pasti memberikan kesan yang positif kepada pihak pemerintah sendiri. "Semua negara demokrasi yang maju di dunia ini tidak menghalang perhimpunan aman yang diadakan oleh rakyatnya. Malah ia akan dikawal dan diberikan kerjasama dengan baik oleh pihak keselamatan selagi perhimpunan itu tidak mengganggu ketenteraman awam. "Malah di negara-negara demokrasi maju di dunia ini, pihak pemerintah sendiri turut mengambil manfaat dari demonstrasi aman yang diadakan bagi mendengar suara rakyat untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Umno dan Kerajaan BN juga sepatutnya bersikap seperti itu demi kepentingan negara," ujar beliau. Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa perhimpunan tersebut akan mengancam mata pencarian para peniaga dan mencemarkan imej negara di mata pelancong, beliau berkata, dakwaan tersebut ternyata tidak berasas, malah perhimpunan itu sendiri akan mendatangkan keuntungan yang besar kepada para peniaga. "Mereka yang menyertai perhimpunan itu cukup besar jumlahnya dan mereka pasti akan berbelanja. Jadi, para peniaga sendiri pasti akan mendapat keuntungan besar dengan adanya perhimpunan itu. "Manakala sepanjang perhimpunan diadakan pula, para pelancong asing pasti akan turut tertarik melihatnya kerana ia dilakukan dengan baik dan aman sehingga mereka sendiri akan kagum dengan keamanan di negara kita. "Tetapi jika pihak polis sendiri yang membuat provokasi, suasana itu pasti berbeza. Jadi yang mengubah keadaan itu bukannya pihak penganjur dan pesertanya, tetapi pihak polis, pihak Umno dan pihak Kerajaan BN sendiri," tegas beliau. -Hrkh | |
Apa yang ditakuti sangat pada BERSIH 2.0? Posted: 22 Jun 2011 10:50 PM PDT Apakah salahnya membenarkan orang ramai, aktivis masyarakat, pemimpin pelajar dan pemimpin politik berkumpul sebelum berarak di dua tiga batang jalan utama Kuala Lumpur dan menyampaikan memorandum secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong? Jalan-jalan Kuala Lumpur pun kerap ditutup untuk acara marathon, lumba basikal, dan pelbagai perarakan lain. Tidak pula ada laporan polis atau aduan dibuat kononnya peniaga dan pemandu teksi hilang pendapatan. Kenapa Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai dianggap begitu berlainan sekali? Jangan lupa, jalan-jalan Putrajaya ditutup baru-baru ini untuk menghimpunkan sejuta belia yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menggunakannya bagi "mempertahankan" singgahsana kuasa politik negara daripada ditawan oleh Pakatan Rakyat. Kenapa Umno dan juak-juaknya begitu negatif terhadap BERSIH 2.0? Apakah perlunya polis memberikan amaran untuk "bertindak tegas' terhadap mereka yang menyertai perhimpunan ini? Apakah bezanya perhimpunan ini dengan puluhan himpunan-himpunan yang dianjur oleh PAS, Umno, PERKASA dan pertubuhan lain di kedutaan Amerika Syarikat, Britain setiap kali isu Palestin diperjuangkan. Gulingkan kerajaan
Tidak ada satu pun dalam tuntutan ini yang boleh dikatakan memihak kepada pembangkang mahu pun pemerintah. Banyak rungutan Amat mencurigakan Nama mereka hanya dikeluarkan daripada senarai pengundi pos setelah PAS membuat bantahan dan menuntut SPR menjalankan siasatan. Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik. | |
Beza antara 'KATAK MELAYU' & 'KATAK CINA' Posted: 22 Jun 2011 10:49 PM PDT Oleh Haji Abdul Subky Latif Sekalian pemimpin tertinggi PKR yang meninggalkan parti itu atas sendiri dan berbagai sebab mencerca parti itu dan pemimpinnya khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara mereka itu adalah pengikut Anwar sejak dalam Abim dan dapat rezeki dari Anwar. Dan antara mereka juga guru-guru universiti. Anwar itu seoleh-oleh tak elok langsung. Antara pemimpin PAS dulu begitu juga. Ustaz-ustaz belaka. Mereka cerca PAS secukup-cukupnya. Biasalah bagi setengah suami yang menceraikan isterinya, tak betul belaka jandanya. Tetapi tidak begitu pula bagi Lee Lam Thye, bekas pemimpin DAP yang dilihat pintar dan lincah apabila dia meninggalkan partinya menjelang pilihan raya umum 1990. Dia adalah seorang pemimpin yang seangkatan dengan Lim Kit Siang dan kehebatannya hampir menyamai Kit Siang. Ada pandangan kiranya Kit Siang berundur, Lam Thye salah seorang calon yang layak menggantikannya. Amat menggemparkan apabila dia meninggalkan DAP. Tetapi tidak pernah dia membuat kenyataan buruk tentang partinya dulu dan rakan-rakannya. Orang-orang DAP pun tidak pula memburuk-burukkannya. Semua tahu Lee Lam Thye mendapat banyak kemudahan dan peluang dari kerajaan. Kita tidak tahu apakah dia seorang yang kaya raya. Tetapi dipercayai dia adalah seorang hartawan yang tidak menonjol. Sekalian yang keluar PKR dan keluar PAS tidak keluar saja melainkan mereka dipeercayai mendapat sesuatu dari Umno dan kerajaan. Banyak mana mereka dapat itu adalah masalah mereka. Untuk mendapat semua itu mereka sanggup mencerca bekas partinya dan pemimpin yang mereka sokong dulu. Bahkan mereka sanggup menjadi jurucakap untuk memburukkan parti yang mereka pernah sertai dan pemimpin yang pernah mereka puja. Tetapi orang percaya Lee Lam Thye dapat jauh lebih banyak dari yang mereka dapat. Bahkan Lee Lam Thye mendapat kedudukan dan penghormatan yang jauh lebih baik dari sekalian yang mencerca parti dan rakan-rakannya. Pantang ada kegiatan kerajaan, mereka muncul di kaca TV memuji kerajaan begitu dan begini dan menjunjung tinggi semua pemimpin kerajaan dan parti yang memerintah yang mereka pernah tentang dan cerca semasa bersama pembangkang dulu. Tetapi Lee Lam Thye kalau muncul di kata TV dan membuat kenyataan dalam media, dia adalah bagi menyatakan sesuatu tentang kegiatannya dan kebaikan badan yang kerajaan amanahkan kepadanya. Dia diberi peranan dalam kegian PLKN. Kenyataannya tentang PLKN adalah tentang rancangan sudah berjalan dan apa yang perlu dijalankan baik menambah baik perjalanannya. Tidak pernah dia mengangkat melangit kerajaan yang mengatakan latihan itu dan tidak pula memuji-muji menteri yang memberi penghormatan kepadanya. Sehingga ini Lee Lam Thye adalah seorang yang dihormati oleh semua pihak dalam masyarakat. Malah dia lebih dihormati dari setengah menteri MCA. Menteri-menteri baik Melayu dan bukan Melayu tidak terlepas dari cacat celanya. Rakyat menilai prestasi dan penampilan mereka. Setakat ini tidak ada yang memberi pandangan negatif tentangnya, pada hal dia adalah seorang pembangkang yang banyak dan lama mengkritik kerjaan dan Umno. Tidak ada yang merasakan dia telah diperalatkan oleh pemimpin BN bagi memburukkan partinya. Inilah bezanya bekas pemimpin DAP ini dengan lain-lain bekas pembangkang yang meninggalkan parti. Tidaklah bererti meninggalkan pembangkang itu tidak betul belaka. Tetapi biasanya orang yang meninggalkan pembangkang dan menjadi penyokong tegas parti yang memerentah tidak diberi penghormatan tinggi oleh masyarakat bahkan mereka tidak dipercayai oleh setengah pemimpin dan penyokong kerajaan. Antara mereka diberi layanan menggalakkan selama mereka berguna bagi memburukkan parti yang ditinggalkannya. Mereka dapat merebut peluang kebendaan untuk sementara dan diberi jawatan baik, tetapi antara mereka ada yang tidak dikendaki lagi. Tetapi Lee Lam Thye terus diberi penghormatan. Dan dia terus tidak dapat digunakan untuk memburukkan parti dan bekas rakan-rakannya. Inilah yang orang politik perlu belajar dari Lee Lam Thye. Sesiapa yang hendak melompat dari pembangkang ke pihak kerajaan, contohinya sesuatu dari Lee Lam Thye.M/I | |
Dalam Kenangan 9 Tahun Pemergian Almarhum Dato' Ust Fadzil Noor (Gambar Menarik) Posted: 22 Jun 2011 10:33 PM PDT Salam untuk semua, moga dirahmati-NYA Isnin, 23 Jun 2011 ni genaplah 9 tahun pemergian beliau...tokoh politik dan tokoh agama yang sangat berjasa. 9 tahun lalu, aku baru berusia 14 tahun...ketika tu aku tinggal di asrama sebuah sekolah di daerah Baling, aku dapat berita pemergian Almarhum daripada seorang ustaz yang mengajar kelas aku ketika tu, kelihatan ramai guru mula bergegas ke Muasasah Darul Ulum, Pokok Sena. Usia aku masih muda, ketika itu aku belum memahami lagi dunia politik negara walaupun sudah mula diterapkan ideologi politik islam. Seingat aku, aku pernah hanya sekali dua sahaja mendengar ceramah Ust Fadzil...lagi pun tempat aku jauh dengan Madrasah Darul Ulum (sekolah agama yang dibuka oleh Ust Fadzil). Sekarang hanya video2 sahaja yang sempat dilihat, walaupun tidak bersama secara langsung..aku sendiri sangat terasa kehilangan seorang tokoh ilmuan yang hebat, beliau disegani kawan dan lawan...petah berkata2, lantang berhujah. Almarhum Ust Fadzil Noor...patah tidak lagi tumbuh...hilang tidak lagi berganti...Al Fatihah, moga ruhnya dirahmati Allah. Gambar ketika hari kematian Ust Fadzil Di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena Dalam Kenangan... Klik sini untuk membaca biodata lengkap Almarhum Ust Fadzil Noor | |
'Datuk T' Didakwa Esok, Hairankah Kita Jika Mereka Dikenakan Hukuman Ringan? Posted: 22 Jun 2011 10:29 PM PDT Tiga individu yang secara berkumpulan menggelarkan diri mereka sebagai 'Datuk T' yang menggemparkan Malaysia dengan menayangkan rakaman video seks yang kononnya didakwa mirip pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan didakwa di Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, esok. 'Datuk T - terdiri daripada ahli perniagaan Kedah, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; dan bekas bendahari agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim - telah menayangkan video tersebut para wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu. 'Datuk T akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta pada 8 pagi, 24 Jun 2011, harap maklum,' kata Datuk Shazryl, dalam satu khidmat pesanan ringkasnya (SMS) kepada laman berita The Malaysian Insider, semalam. Ditanya sama ada perkara itu benar, Datuk Shazryl mengesahkannya dengan jawapan ringkas: 'Confirm (sah).' Ketiga-tiga 'Datuk T' itu kemungkinan didakwa dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. Datuk Seri Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), telah menafikan pembabitan beliau sebagai pelaku dalam video seks itu dan membuat laporan polis berhubung dengannya. Datuk Shazryl pernah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dakwaan yang dibuatnya itu adalah benar dan Datuk Seri Anwar adalah pelaku dalam rakaman video tersebut. Polis juga telah mengesahkan bahawa rakaman video seks itu, yang kini tersebar luas di Internet, adalah tulen.
| |
SMS ugut bunuh Ambiga, pemimpin Pakatan diedarkan Posted: 22 Jun 2011 10:26 PM PDT Beberapa wartawan dan ahli Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung ugutan bagi membunuh pemimpin NGO itu dan Pakatan Rakyat lewat malam semalam dan awal pagi ini. SMS yang dihantar dari nombor telefon 601119732179 memuatkan ugutan bunuh ke atas pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan juga beberapa pemimpin PAS serta PKR yang akan terbabit pada perhimpunan 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara. Ambiga, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau menerima SMS itu. "Ya, saya juga terima dan akan buat laporan polis," katanya. SMS itu berbunyi: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia. "puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua. "kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti." Ahad lalu, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga membakar dan memijak gambar Ambiga pada satu perhimpunan dan memanggilnya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya".-M'kini | |
Sama Seperti Dilakukan Terhadap Kelantan, Kini Putrajaya Rancangkan Kerugian Untuk Pulau Pinang Posted: 22 Jun 2011 03:17 PM PDT Kuala Lumpur : Putrajaya 'mengakui' telah merancang kerugian bagi projek mendalamkan terusan utara di Pulau Pinang yang bernilai RM300 juta menurut Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi. Berdasarkan jawapan lisan yang dikemukakan Timbalan Menteri Pengangkutan di parlimen hari ini, kementerian itu menjelaskan telahpun mengambil kira penjejasan prestasi kewangan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), akibat kelewatan mendalamkan Pelabuhan Pulau Pinang. "Ini bermaksud kementerian mengakui kelewatan dan menyebabkan kerugian ialah sesuatu yang telah dirancang. Kerajaan telah merancang kerugian untuk melandasi Penang Port Sdn Bhd," kata beliau kepada media. Projek PPSB di bawah kelolaan Kementerian Kewangan itu kini berdepan dengan kerugian sebanyak RM100 juta akibat terbengkalai seraya menimbulkan keresahan tentang kos lebihan yang terpaksa ditanggung. Jeff menyifatkan kerajaan gagal memainkan peranan bagi memastikan projek yang melibatkan suku bilion ringgit itu siap pada jangkamasa yang ditetapkan bagi mengelak kos berlebihan ditanggung. "Saya rasa ini sikap transformasi yang terumbang-ambing. Mana transformasi kalau kerugian itu telah dirancangkan seperti mana yang disebut," jelasnya lagi. Terusan dengan kedalaman 15 meter itu dijangka siap pada 2013, terbengkalai sehingga kini berikutan kerja- kerja tersebut tidak dapat diteruskan. Sehubungan dengan itu Pengarah Pengurusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar pada Mei lalu menyatakan PPSB akan mengalami kerugian berjumlah RM100 juta sekiranya projek tersebut masih tergendala. PPSB sebelum ini telah menghubungi Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) beberapa kali, menuntut penjelasan mengenai perkara itu namun tidak mendapat respon. -tvsnews Kerajaan UMNO BN Pusat mmemang sejak dari dulu akan berusaha mencari jalan "menekan" kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Sewaktu Terengganu diperintah oleh PAS, bayaran royalti dinafikan, tetapi sebaik saja ianya diperintah UMNO BN, kerajaan Pusat telah membayar RM1 billion kepada kerajaan Terengganu. -GB Kelantan sehingga hari ini dinafikan bayaran royalti yang menjadi haknya itu. Kenyataan Tun Dr Mahathir sendiri merupakan bukti nyata dasar "binatang" kerajaan UMNO BN bersifat zalim dan kejam terhadap Kelantan: Q: In the recent state assembly sitting in Kelantan Datuk Mustafa Mohamad admitted he asked you to stop developing Kelantan when PAS took over Government... Berdasarkan kezaliman dan kekejaman UMNO BN tersebut, maka tiada pilihan lain: TUKARKAN KERAJAAN PUSAT DARI BN KEPADA PR | |
SYABAS Gagal Selenggaran Loji, Punca Gangguan Bekalan Air Posted: 22 Jun 2011 03:16 PM PDT SHAH ALAM : Kerajaan negeri Selangor menegaskan gangguan bekalan air yang berlaku dibeberapa daerah adalah disebabkan kerja- kerja penyelenggaran loji rawatan air Sungai Selangor, dan bukannya disebabkan bekalan air yang tidak mencukupi. EXCO Selangor, Elizebeth Wong berkata tindakan SYABAS menjadikan rundingan penstrukturan semula sebagai alasan gangguan bekalan air itu, amat dikesali. Walhal, ia adalah kegagalan SYABAS yang tidak menyelenggara loji rawatan itu itu sejak tahun 1997, sehingga berlakunya gangguan bekalan air itu. "Saya ingin menekan bahawa gangguan ini bukan disebabkan kekurangan bekalan air, tetapi kerja-kerja penyelenggaraan oleh Syabas. "Kenyataan pihak Syabas hari ini menyalahkan rundingan penstrukturan semula aset air langsung tidak tepat, penswastaan aset air telah dilaksanakan pada tahun 1997 dan sejak itu, Syabas tidak menjalankan kerja- kerja menaiktaraf kepada loji-loji perawatan air yang sepatutnya," katanya. Gangguan bekalan air yang diumumkan SYABAS dilaporkan akan berlanjutan selama tiga hari dan menjejaskan kira- kira sejuta penduduk di daerah Petaling, Hulu Selangor, Gombak dan juga Kuala Lumpur. Elizebeth turut menyeru kepada rakyat Selangor agar jangan terpedaya dengan khabar angin yang mengatakan negeri ini akan mengalami krisis air dalam masa terdekat berikutan kadar simpanan air masih mencukupi. Mengikut Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), kedudukan tahap simpanan air empangan pada 21 Jun 2011 adalah seperti yang berikut : - Empangan Sungai Selangor - 98.81% - Empangan Sungai Tinggi - 99.17%. - Empangan Sungai Batu - 100%. - Empangan Klang Gate - 100%. - Empangan Sungai Semenyih - 100% - Empangan Sungai Langat - 100%. - Empangan Tasik Subang - 96.88% Sehubungan itu, kerajaan Negeri Selangor menyeru Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau (KeTTHA) untuk menilai semula kecekapan dan keupayaan Syabas ini dalam pengurusan sistem bekalan air kepada penduduk negeri yang termaju di Malaysia. Elizebeth menambah, kerajaan negeri telah membuat persediaan untuk menangani masalah sekiranya jangkaan musim kering atau fenomena El-Nino melanda Malaysia. "Kerajaan Negeri Selangor akan tetap berusaha memastikan bekalan air yang mencukupi kepada semua. Pada tahun ini, kami telah memeriksa dan memastikan semua empangan dalam keadaan yang baik dan cukup untuk membekalkan sumber air kepada semua loji-loji pembersihan air di Selangor," jelas Elizebeth. | |
Diperlakukan bagai burung tekukur Posted: 22 Jun 2011 03:14 PM PDT "Perwakilan orang asli diperlakukan macam burung tekukur..." Meskipun ia bukan sesuatu yang terlalu asing, apabila ucapan dari kaum asli diselitkan ke dalam aturcara konvensyen PKR, namun ia tetap mencuit hati apabila Fatimah anak perempuan Bahsen, berketurunan Semai tampil untuk memberi ucapan 10 minitnya di depan kira-kira 4,000 penyokong PKR dalam Konvensyen Pilihan Raya, semalam. Bermula dengan mendakwa dirinya "berdebar", kerana "fisrt time" (kali pertama berucap), Fatimah (gambar) yang berusia 37 tahun telah mencungkil gelakan dari bawah pentas. Ucapan ringkasnya kemudian dicelah dengan sorakan dan tepukan yang tidak berhenti-henti. Fatimah mempersoalkan, "Saya sangat sangat terasa terkilan dan terharu. Satu, kami (orang asli) di Malaysia ini, dianggap sebagai bangsa 'lain-lain'! Adakah orang asli datang dari mana? Saya ingin bertanya kepada semua, orang asli datang dari mana? Mengapa orang asli dikategorikan ke dalam bangsa lain-lain? Diperlakukan bagai burung tekukur Fatimah kemudian menceritakan pengalaman dirinya yang pernah dilantik sebagai Ketua Wanita UMNO peringkat bawahan, semasa zaman Abdullah Ahmad Badawi menyandang jawatan Perdana Menteri. "...semasa pergi mesyuarat, perwakilan orang asli macam mana? Duduk di kerusi, diberi makan, lepas tu jadi macam burung apa?" "Ok, pandai, macam burung tekukur," Fatimah sekali lagi mengelakkan hadirin apabila meniru gerak-geri burung tekukur mengangguk. Beliau berkata, orang asli diajar agar tidak menyokong parti pembangkang, sebaliknya diberitahu bahawa "UMNO-lah yang membela masyarakat orang asli". Beliau sekali lagi mencetuskan sorakan, "Tetapi orang asli sekarang sudah sedar! Bukan jadi katak di bawah tempurung lagi! Orang asli sekarang nak duduk di atas sofa!" MerdekaReview - | |
Siapa menipu, Ketua Polis atau Utusan Malaysia? Posted: 22 Jun 2011 03:04 PM PDT "UTUSAN Malaysia sebelum ini menyiarkan sebuah berita yang mendakwa terdapat satu gerakan rahsia melatih para pelajar sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan untuk membenci, dan menumbangkan kerajaan dengan alasan jihad [Utusan]. Utusan Malaysia, akhbar milik United Malays No Otak, itu turut melaporkan kononnya para pelajar sekolah berkenaan diajar dan dilatih untuk menyertai perhimpunan haram. Rujuk screenshot di bawah. Kita semua sudah sedia maklum bahawa Utusan Malaysia hanyalah sebuah akhbar propaganda gerombolan songkok tinggi atau nama manjanya gerombolan penyebar video lucah untuk menanamkan dakyah-dakyah United Malays No Otak ke dalam fikiran rakyat Malaysia. Apa yang menarik di sini, akhbar milik MCA, The Star telah melaporkan berita bercanggah dengan laporan Utusan Merapu berhubung perkara ini. The Star telah menyiarkan kenyataan Ketua Polis Negri Sembilan, Datuk Osman Salleh yang menjelaskan bahawa tiada bukti terhadap dakwaan Utusan itu [TheStar] |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan