Biaqpila |
- Malaysia Ke Pusingan Akhir Kelayakan Olimpik Peringkat Kumpulan
- Demo seluruh negara bantah Utusan esok
- LIVE: MALAYSIA VS LUBNAN
- 4 KALI DIROGOL ADIK IPAR
- INI DIA PENGURUS BAHARU CHELSEA
- BERSIH dihalang, demokrasi atau kapitalis?
Malaysia Ke Pusingan Akhir Kelayakan Olimpik Peringkat Kumpulan Posted: 23 Jun 2011 03:00 PM PDT Malaysia layak tumpaskan Lubnan 2-1 2011/06/23 KUALA LUMPUR: Malaysia layak ke peringkat kumpulan kelayakan bola sepak Olimpik selepas menumpaskan Lubnan 2-1, pada perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Skuad negara membuka tirai jaringan pada minit ke-8 menerusi Mohd Irfan Fazali dan gol kedua oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-41. Pada pertemuan pertama di Beirut sebelum ini, kedua-dua pasukan terikat 0-0. Namun pada masa separuh kedua Lubnan mendapat gol menerusi Chandi Atie pada minit ke-6 selepas Malaysia terpaksa bermain 10 pemain. BH SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Demo seluruh negara bantah Utusan esok Posted: 23 Jun 2011 10:03 AM PDT KUALA LUMPUR, 23 Jun: Ekoran sikap angkuh dan enggan memohon maaf, Dewan Pemuda PAS akan mengadakan bantahan terhadap Utusan Malaysia di seluruh negara esok. Bantahan aman terhadap penyiaran karikatur "Kekeliruan Kes Rogol" yang didakwa menghina agama Islam itu akan dibuat selepas solat Jumaat. "Tempoh yang diberi Dewan Pemuda kepada Utusan telah tamat kelmarin. Dan sehingga tempoh itu Utusan tidak memohon maaf. "Jadi kita telah buat keputusan untuk membantah sikap angkuh Utusan di seluruh masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat esok," kata ketuanya, Nasrudin Hassan ketika ditemui di pejabat pembangkang di parlimen hari ini. Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat di sini. Sebelum ini, Utusan Malaysia diberi tempoh tujuh hari agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan pada 15 Jun lalu. Selain itu, Dewan Pemuda PAS Pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai "Miki." "Kita juga akan mulakan kempen boikot Utusan di seluruh negara," katanya. HD SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Posted: 23 Jun 2011 05:34 AM PDT Free video chat by Ustream Live Streaming: KELAYAKAN OLIMPIK PUSINGAN KE 2 MALAYSIA VS LUBNAN Thursday (23 June) 20:45 (GMT +8) SILA KLIK PADA LINK INI JIKA TV DI ATAS TIDAK BERFUNGSI. (((LIVE STREAMING FOOTBALL))) SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Posted: 23 Jun 2011 03:32 AM PDT SEGAMAT: Seorang ibu tunggal berusia 54 tahun mendakwa empat kali dirogol adik iparnya yang berumur 48 tahun sejak 2010 dan terbaru, berlaku di ruang tamu kediaman mangsa di Kampung Sungai Gatom, Labis di sini, pertengahan Mei lalu. Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa yang mempunyai empat anak mendakwa dia baru pulang dari majlis perkahwinan di Pahang bersama adik lelaki dan perempuannya. Menurut sumber polis, mangsa yang sudah 15 tahun hidup berseorangan mendakwa dia me-ngambil ubat darah tinggi se-belum tidur di ruang tamu. "Mangsa memaklumkan dia tersedar daripada tidur apabila suspek berada di atas badannya dan mangsa yang terkejut, mendapati dia sudah dirogol. "Mangsa turut mendakwa dia tidak sedar dengan kejadian dengan alasan mungkin akibat kesan ubat darah tinggi," katanya. Sebelum itu, menurut sumber, mangsa turut mendakwa lelaki terbabit pernah beberapa kali datang ke rumah dan menunjukkan kemaluannya. Sumber berkata, mangsa yang tidak puas hati dengan kejadian membuat laporan polis di Balai Polis Labis, Sabtu lalu. "Mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan perubatan manakala suspek yang bekerja sebagai pemandu lori dan tinggal di Bukit Pasir, Muar, ditahan sebelum direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, keesokan harinya," katanya, Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan. HM SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
INI DIA PENGURUS BAHARU CHELSEA Posted: 22 Jun 2011 09:00 PM PDT LONDON - Andre Villas-Boas (gambar) akhirnya dilantik menjadi pengurus ketujuh Chelsea dalam tempoh lapan tahun semalam. Bekas pengurus Porto yang meletak jawatan di kelab itu kelmarin akan menyertai kelab Liga Perdana England tersebut dengan kontrak selama tiga tahun. Villas-Boas, 33, yang seringkali disamakan dengan rakan senegara dan bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho akan memulakan tugas serta merta di kelab London itu. Villas-Boas akan menggantikan tempat Carlo Ancelotti sebagai pengurus di Stamford Bridge selepas penggendali dari Itali itu dipecat pada hari terakhir musim lalu. Ancelotti dipecat selepas dia gagal membantu Chelsea memenangi sebarang gelaran musim lalu meskipun berjaya merangkul gelaran berganda iaitu trofi Liga Perdana England dan Piala FA pada tahun sebelumnya. "Villas-Boas adalah calon terbaik untuk jawatan itu," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Chelsea semalam. "Dia adalah pengurus muda paling berbakat dalam arena bola sepak hari ini dan sudah berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam tempoh yang singkat. "Cita-cita, gaya dan keazaman yang dimiliki Villas-Boas selari dengan Chelsea dan kami yakin dengan kepimpinannya, pasukan ini akan memperoleh keputusan yang lebih baik, sekali gus mencapai kejayaan dalam liga domestik serta Eropah." Kontrak Villas-Boas bersama Porto telah ditamatkan selepas Chelsea membayar 15 juta euro (RM 65.4 juta) untuk membatalkan klausa daripada juara Portugal itu. Oleh kerana Villas-Boas tidak pernah merasai saingan Liga Juara-Juara, pelantikan itu mungkin berdepan risiko kerana pemilik skuad The Blues, Roman Abramovich sudah lama menyimpan hasrat untuk memenangi kejohanan kelab elit Eropah itu. Bagaimanapun, Villas-Boas dianggap sebagai calon yang paling sesuai kerana dia seringkali disamakan dengan Mourinho yang ketika ini membimbing Real Madrid. Ketika ini, Mourinho boleh dianggap sebagai pengurus paling berjaya di Eropah. Untuk rekod, Claudio Ranieri, Mourinho, Avram Grant, Luiz Felipe Scolari, Guus Hiddink dan Ancelotti pernah menduduki 'kerusi panas' itu sejak Abramovich mengambil-alih Chelsea pada tahun 2003. - AFP SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
BERSIH dihalang, demokrasi atau kapitalis? Posted: 22 Jun 2011 06:00 PM PDT Oleh Terumbu Karang Kami bukan mahu menumbangkan kerajaan. Tapi kami hanya mahu dan tuntut demokrasi. Jika pilihanraya di jalankan dengan bersih, tak akan wujud perhimpunan ini. Inilah hasrat dan destinasi perhimpunan bersih di wujudkan dan di anjurkan. Bersihkan dari media perdana di dominasi oleh BN sahaja ketika kempen pilihanraya. Bersihkan undi pos yang biasanya hanya berpihak 100 peratus kepada BN. Kenapa BN harus takut dengan perhimpunan ini sekiranya pilihanraya nagara kita benar-benar bersih? Jika benar negara kita demokrasi, kita di benarkan untuk berhimpun dan bersuara dengan bebas. Jika tidak, kita adalah sebuah negara sekular yang mendukung dotrin komunisma. Segala jenis perhimpunan yang di anjurkan oleh pihak BN, pihak berkuasa benarkan. Semua perhimpunan yang di sertai oleh pihak pembangkang, dikelaskan sebagai perhimpunan haram. Jadi apakah ini yang di katatakan demokrasi seperti yang sering di agungkan oleh pihak BN? Perhimpunan yang di rancang secara aman, akan menjadi ganas apabila pihak polis menangani secara kasar. Campurtangan dengan cara yang tidak menghormati hak kebebasan untuk bersuara ini yang menjadi faktor sesebuah perhimpunan menjadi ganas. Seperti ikan yang dipancing terkena umpan. Apabila ikan terasa sakit akibat tusukan mata kail, ikan akan bertindak ganas untuk melepaskan diri kerana ikan tersebut merasakan dia tidak patut ditangkap. Apakah kerajaan BN masih ingin menyifatkan mereka adalah pendukung demokrasi? Demokrasi yang dilaung tetapi kapitalis yang dilaksanakan. DD SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan