Khamis, 2 Jun 2011

Murai Anak Emas

Murai Anak Emas


Panduan Khas Kepada Perwakilan Muktamar Pas ke57

Posted: 01 Jun 2011 04:11 AM PDT

Buat tatapan generasi pelapis dan kepimpinan PAS. PAS Mesti Berubah Sekarang Demi Memastikan Kejayaan Berterusan Dan Kemenangan Kini Boleh Dipertahankan.

image

1. Mula-mulanya kami tidak mahu menyelusuri isu-isu dalaman PAS, mengharapkan ianya merupakan polemik dalaman di mana masing-masing kelompok dalam PAS sebenarnya ingin melakukan yang terbaik buat Islam melalui PAS. Itulah kerenah dalaman PAS yang kami kenali dulu terutama pada zaman arwah Tuan Guru Haji Yusuf Rawa dan arwah Ustaz Fadzil Noor. Benar, adakalanya ianya menjadi "counter-productive" dan banyak kerja-kerja jemaah terbengkalai. Kami melihat kini ada sedikit perubahan tetapi banyak lagi perlu dilakukan. Tapi kini telah mula ada unsur yang amat negatif di mana telah ada kekangan dalam PAS bukan sebab-sebab kekurangan sumber seperti kewangan, keupayaan dan teknikal tetapi lebih merupakan tindakan sabotaj yang timbul dari sifat iri hati, dengki dan khianat. Ini amat bahaya dan perlu dibendung segera. Sabotaj kronik dalaman tidak pernah ketara berlaku di zaman-zaman arwah Tuan Guru Haji Yusuf Rawa dan arwah Ustaz Fadzil Noor.

2. Ahli-ahli jemaah yang benar-benar ikhlas, sabar dan kuat staminanya akan dapat beristiqamah dengan perjuangan Islam melalui uslub dan manhaj yang dianjurkan PAS walau kuat mana badai melanda dan ancaman yang mendatang.

3. Maka ada ketika-ketika dapat dilihat sahabat perjuangan ada terus istiqamah di barisan hadapan sehingga kini dengan PAS, ada yang kecundang lari masuk dan bersama golongan munafik UMNO, ada yang syahid membenarkan janji mereka kerana Islam tercinta. Di saat-saat getirnya perjuangan PAS dahulu ramai di kalangan sahabat-sahabat dihambat dan dihimpit keselesaan hidup mereka samada disusahkan bagi mendapat hak mereka sekeluarga walau mereka adalah rakyat Malaysia berbangsa MELAYU, beragama ISLAM. Ada mereka dipindahkan dengan notis 24 jam kerana bergiat dengan dakwah Islam melalui PAS. Ada yang dinafikan kenaikan pangkat, subsidi, biasiswa anak-anak mereka, bantuan-bantuan dan peruntukan-peruntukan kerajaan yang layak bagi mereka sebagai rakyat Malaysia, berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM. Pelajar-pelajar universiti ditarik biasiswa, tidak mendapat hak tinggal di asrama dan dibuang universiti kerana aktif bersama kumpulan jemaah Islam. Ini semua berlaku dalam keadaan UMNO ketika itu amat kuat dan berkuasa dan bermaharajalela. Ada ustaz kita yang dibunuh di Sabah kerana beliau aktif di sana dengan dakwah dan berjaya menggerakkan PAS. Keluarga beliau telah di bawa keluar Sabah dalam tempoh 24 jam dan berita mengenainya digelapkan dari arus berita perdana. Ini semua sebahagian dari sejarah PAS yang telah dizalimi oleh UMNO sejak lebih dua puluh tahun dulu. Belum lagi kita cungkil sejarah sebelum merdeka dan awal merdeka di mana pejuang-pejuang Islam difitnah sebagai komunis, dibunuh dan disingkirkan oleh UMNO yang bersekongkol dengan British. Pondok Madrasah Ihya AsSyarif dan Hizbi Muslimin di Gunung Semanggol, Perak difitnah sebagai "musuh dari gunung", satu sindiran dari Dato' Onn kepada Tuan Guru Abu Bakar Al Baqir sebagai komunis yang terdapat dalam lipatan sejarah yang sudah pasti tidak dapat diselewengkan lagi kini. Kematian tiba-tiba Abdul Samad Gul yang dikapak kecil di Kelantan selepas tidak beberapa lama berucap dan mengusul di Parlimen agar dimasukkan dalam perlembagaan bagi menjelaskan Tanah Melayu adalah hak orang Melayu dan Perdana Menteri mesti dari orang Melayu. Begitu juga matinya Profesor Dr Zulkifli Muhammad dengan peristiwa kemalangan jalanraya yang amat misteri dan Dr Burhanuddin Helmi kembali kerahmatullah beberapa minggu dibebaskan dari kem tahanan Kemunting setelah ditahan beberapa tahun bawah ISA. Jemaah ketika itu mempercayai ada unsur khianat dan sabotaj tetapi tidak mudah dibuktikan kerana liciknya agen dan talibarut British dan "special branch (SB)". Kami yakin metod (seperti kemalangan, dibunuh tanpa dapat dicari pembunuhnya, sakit kronik seperti serangan jantung, kencing manis, kanser, fitnah adalah metod yang paling popular) sebegini masih berjalan dan perhatikan masih ada kalangan ahli jemaah yang mati secara tiba-tiba, mengejut dan tragis. Ada di antara yang kami yakin telah "dipadamkan" dengan metod-metod di atas tanpa dapat dibuktikan. Antaranya Ustaz Mansor Din, Hj Othman (Ketua Pegawai Hisbah Terengganu), Akbar Anang, Johor, Ustaz Abdul Razak Dawami, Selangor, Bendahari PAS Perak (Bekas Pegawai LHDN), AJK Muslimah dari Bangi yang amat aktif dan muda kemalangan dilebuhraya berhampiran UNITEN, Ketua Muslimah seorang guru yang aktif di Tanjung Karang/Sabak Bernam juga kemalangan, anak remaja Ustaz Nik Amar, Ustaz Nikmat Yusof (aktif ABIM Kedah dan mula secara terbuka bersama PAS selepas Anwar Ibrahim dipenjarakan), Dr Datu Bandira Datu Alang (Sabah) dan ramai lagi yang aktif menjadi penggerak dan berpotensi kepimpinan mereka "dipadamkan" awal agar ada "gap" dalam PAS di segi pemimpin pelapis (supaya perlaksanaan program dan "succession plan" hampir tidak ada dalam PAS). Mungkin ada yang masih ingat bagaimana TGHH pernah terlibat kemalangan di Kuantan pada awal pagi suatu ketika dulu yang melibatkan sebuah treler di satu sekatan jalanraya di Gambang, Kuantan. Yang berjawatan penting akan disakitkan samada darah tinggi, kencing manis atau sakit jantung supaya jadi kendur dan "slow". Sekarang ditambah pula dengan kelemahan peribadi dan keluarga, masalah pinjaman dan hutang, skandal wanita dan kesilapan-kesilapan pengurusan akan dikorek dan digunakan sebagai ancaman dan taruhan bagi menekan ahli jemaah yang aktif dan berjawatan penting dalam parti. Jadi mana-mana ahli jemaah PAS yang amat aktif, komited dan kuat kerja lebih-lebih lagi sekiranya jelas anti-UG, jaga-jagalah diri dan keselamatan, jangan tiba-tiba sakit tenat atau kemalangan atau ……...

4. Teringat kami pada pesanan naqib kami ketika itu "anta tak payahlah ke depan, jagalah penjuru anta sesuai dengan pesanan Rasulullah…." dan terus membaca hadis tersebut, dan pada sahabat yang seorang lagi dipesannya "anta dah duduk dalam kerajaan, teruskanlah…pesan Imam Hassan Al Banna, jangan mengharapkan jawatan dari kerajaan tetapi sekiranya mendapatnya jangan dilepaskan…", "anta yang di swasta patut terjun ke depan dan bagi lebih, gaji anta lebih sikit……" kata naqib berseloroh. Itu semua adalah kerana situasi ketika itu amat gawat bagi sahabat-sahabat yang berkhidmat sebagai penjawat awam baik sebagai guru, pensyarah, pegawai-pegawai kerajaan, kerani-kerani rendah hatta petani di kampong-kampong dan sebagainya, semua ditekan hebat oleh UMNO sekiranya diketahui terlibat dengan PAS dan lebih-lebih lagi aktif di kawasan-kawasan PAS. Naqib juga berpesan, "sekiranya kita dipindah (dibuang) kemana-mana pun, biarlah kita menjadi benih melahirkan pulau-pulau….istiqamahlah dalam perjuangan dan jemaah Islam…pastikan buat cawangan…!!!". Kedengaran di ceramah PAS, arwah Ustaz Fadzil Noor, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengingatkan dan mententeramkan ahli-ahli PAS supaya banyak bersabar dan terus duduk dalam jawatan kerajaan sebagaimana duduknya kalangan yang beriman di dalam Istana Firaun kerana ketika itu kerajaan UMNO BN banyak menyindir dan tegas mahukan sesiapa yang tidak menyokong UMNO BN supaya meletakkan jawatan mereka dalam kerajaan. Ketika itu terasa amat sempit dakwah ini sehingga ingin mendapat tempat untuk program pun susah melainkan di buat senyap-senyap di surau kampong-kampong pendalaman atau keluar belanja sewa dewan dan hotel milik swasta. Payahnya ketika itu ada terjadi pihak swasta tersebut membatalkan sewaan kerana ditekan pihak-pihak tertentu. Ketika berlaku keadaan begitulah lahir idea dari arwah Ustaz Hassan Shukri supaya setiap kawasan mendirikan pusat tarbiah supaya senang ahli jemaah PAS melaksanakan program.

5. Dalam tahun akhir-akhir 1970an dan 1980an; Johor, Sabah dan Sarawak adalah tanah paling gersang bagi PAS dan menjadi tempat buangan ahli-ahli PAS yang aktif di negeri-negeri yang benih-benih perjuangan PAS dilihat kuat dan mula berkembang seperti di Selangor, Perak, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang. Natijahnya kita dapat melihat kini PAS bercambah di Johor dan Sabah sehingga kini. Sarawak lebih berhati-hati dan PAS pernah mendapat perhatian hebat masyarakat Kuching ketika Allahyarham Ustaz Mansor Din dipindahkan ke sana. Kami masih ingat bagaimana hebat sambutan umat Islam Kuching ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat Kuching suatu masa dulu. Melihat keadaan demikian, arwah Ustaz Mansor Din dipindahkan kembali ke Semenanjung. Seingat kami mulanya arwah Ustaz Mansor Din berada di Wilayah Persekutuan, kemudian dipindahkan ke Pahang dan akhir sekali ke Terengganu. Beliau mendapat sakit dan meninggal dunia ketika bertugas di Terengganu. Itulah perjuangan para dai PAS ketika itu. Yang syahid pula seperti arwah Ustaz Othman Talib di Lubok Merbau diserang pemuda tahan lasak (PTL) UMNO ketika mendirikan bangsal panas setelah PTL UMNO diapi-apikan oleh Najib Abdul Razak di satu ceramah di Lubok Merbau ketika itu dan arwah Ustaz Ibrahim Libya di Memali, Baling kerana hasutan UMNO Kedah terutama UMNO Bahagian Baling. Setelah terjadi peristiwa Memali, jemaah ketika itu merasa amat gusar dengan kedudukan Tuan Guru Haji Hadi Awang yang diura-urakan sebagai sasaran seterusnya dengan isu-isu kafir mengkafir dan sembahyang dua imam digembar-gemburkan oleh pencacai UMNO. Seingat kami arwah Ustaz Fadzil Noor mengarahkan jemaah ambil sikap berhati-hati dari terjebak dengan rancangan kerajaan UMNO BN.

6. Selepas kemasukan Anwar Ibrahim pada 1982 ke dalam UMNO serta gerombolannya, telah berlaku kejutan terhadap gerakan Islam terutamanya ABIM. Di kalangan PAS juga merasa terkejut terutama Ustaz Nakhaie Ahmad yang amat kecewa kerana beliau merupakan orang ABIM pertama masuk PAS atas keputusan ABIM bawah kepimpinan Anwar Ibrahim selepas pertemuan dengan Pak Natsir dari Partai Persatuan Pembangunan, Indonesia (PPP). Rentetan-rentetan kemudiannya telah berlaku peristiwa pertemuan PAS dengan Dr Mahathir di Sri Perdana. Pertemuan itu menjadi tuba dan racun dan menampar hebat PAS di mana undi bukan Melayu merudum dan PAS hanya memenangi satu kerusi Parlimen kerana kononnya berlaku "deal" di antara PAS dan UMNO demi kepentingan Melayu atau Agenda Melayu. Dikhabarkan "power broker" dan yang menjadi macai-macai UMNO ketika itu adalah dari kalangan ABIM dan Institut Kajian Dasar (IKD) kumpulan "think tank" Anwar Ibrahim. Butir-butir pertemuan dibocorkan kepada parti komponen lainnya menjadi sebab utama kaum bukan Melayu menjadi curiga dengan PAS yang ketika itu hebat melancarkan Chinese Community Council (CCC) di bawah lujnah kelolaan Ustaz Nakhaie Ahmad. Dikhabarkan kegagalan teruk PAS dalam PRU tersebut dilonggokkan pada salahnya idea CCC dan Ustaz Nakhaie Ahmad dibantai teruk pada muktamar PAS tahun tersebut. Maka merajuklah Ustaz Nakhaie Ahmad dan larilah beliau serta gerombolannya seperti Puad Zarkashi, Johan Che Pa dan beberapa orang lagi meninggalkan PAS dan memasuki UMNO melalui arwah Tun Ghafar Baba. Maka jadi enak dan lunaklah Ustaz Nakhaie Ahmad bersama UMNO BN sehingga diberikan jawatan YDP Yadim sehingga ke tahun 2010…..dan kini YDP PERKIM. Arwah Ustaz Fadzil Noor sejak peristiwa Sri Perdana dan tahun-tahun berikutnya kami perhatikan amat berhati-hati dan seolah-olah menjadi seorang pendiam dan paling kurang berbicara ketika bersama ahli-ahli jemaah. Namun begitu, masih hebat dan amat petah arwah Ustaz Fadzil Noor berhujah ketika menyampaikan ceramah dan berucap di Parlimen. ADA SESUATU DIBENAK ARWAH USTAZ FADZIL NOOR YANG HANYA BELIAU MENGETAHUI. Contohnya, kami masih tertanya-tanya mengapa arwah Ustaz Fadhil Noor pernah mengelak berceramah sepentas Zulkifli Nordin (MP Kulim) di Taman Melewar suatu ketika dulu dengan mengarahkan kenderaan yang dinaikinya berpatah balik. Kematiannya juga mencurigakan bagi kami. Golongan ABIM seangkatan Anwar Ibrahimlah yang membrokerkan agar arwah Ustaz Fadzil Noor diterbangkan dari KL ke Alor Setar dengan kapalterbang tentera dan ingatkah atau tahukah kita siapa Menteri Pertahanan ketika itu dan Setiausaha Politiknya. Khabarnya bekas Setiausaha Politik tersebut adalah Pengerusi PWTC sekarang. Carilah sendiri siapa mereka dan fikir-fikirkanlah. Sekiranya mayat arwah Ustaz Fadzil Noor dibawa dengan kereta jenazah ke Alor Setar, pasti akan sesaklah Lebuhraya Utara Selatan hingga ke Alor Setar, yang pernah disebutkan oleh saudara Subky Latif.

7. Ketika Anwar Ibrahim di dalam UMNO, ramailah kalangan ABIM yang mendapat tempat dan peluang di dalam kerajaan terutama di IPTA dan sekolah-sekolah dan beberapa-beberapa jabatan-jabatan kerajaan. Ramai juga mendapat habuan-habuan projek dan menjadi jutawan-jutawan segera. Tak payahlah disebut siapa mereka itu, kerana kini ada yang menyendiri dalam kerajaan (kebanyakan dah pencen dan hampir nak pencen kini), yang kaya ada yang kini senyap sendirian dan ada yang duduk di luar negara contohnya di Australia, ada yang masuk PAS, ada yang masih dalam UMNO dan ada dalam PKR "thick and thin" dengan Anwar Ibrahim. Jelasnya kini Anwar Ibrahim sendiri nampak siapa sebenarnya lawan dan kawan sejati beliau dari ABIM itu. Khabarnya ramai yang "menjadi" sufi dan sibuk dengan tasauf atau ber-epistemologi, berbicara sufi dan ada juga yang ikut tabligh..!!!

8. Dr Hassan Ali adalah di kalangan mereka yang menjadi jaguh atau "champion" program "Bina Insan" dan mungkin "Jayawaris" juga. Beliau akhirnya menjadi rapat dengan geng-geng ABIM dan memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara (BTN). Beliau juga mendapat tempat dan publisiti mudah ketika Anwar Ibrahim dalam UMNO bersama ustaz-ustaz "Forum Hal Ehwal Islam" seperti Dr Harun Din, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Badrol Amin dll yang mendapat sambutan "prime time" di TV3 dalam tahun akhir 1980an dan tahun 1990an. Setelah berlaku krisis Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir, Dr Hassan Ali tidak beberapa lama kemudian bersara awal dan menjalankan program motivasinya sendiri yang seingat kami nama singkatan syarikatnya adalah AKRAB atau SABHA. Ada bisik-bisik menyatakan beliau dipaksa bersara awal kerana masalah peribadi di BTN. Mungkin juga sebab beliau dilihat rapat dengan Anwar Ibrahim, sampai satu ketika beliau menghadapi kesukaran mendapatkan program motivasi dari pihak kerajaan UMNO. Setelah Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO, ketika itulah mula Dr Hassan Ali dilihat berjinak-jinak dengan PAS dan diberi ruang oleh Allahyarham Ustaz Fadzil Noor melibatkan diri dalam PAS. Maka dapatlah juga Dr Hassan Ali mencari makan dari Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu melalui program motivasi beliau. Hatta kami mendapat tahu, program-program jemaah juga beliau dibayar agak lumayan. Tak tahulah kami apakah PAS mendapat manfaat dengan kehadiran beliau atau sebaliknya. Kita dengar sendiri di blog-blog bagaimana Dr Hassan Ali melahirkan rasa kecewanya kerana tidak dapat melancong bersama keluarganya sekurang-kurangnya dua kali setahun apabila beliau mula aktif dalam PAS. Perjuangan Islam perlu pengorbanan bukan tempat mencari dan mendapat habuan.

9. Bermulanya dengan kemelut terkini mengenai Kerajaan Perpaduan atau Unity Government (UG) yang menjadi polemik bertukar krisis kepada PAS yang masih tenggelam timbul, kami melihat unsur-unsur ala Sri Perdana zaman Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dengan Dr Mahathir timbul kembali. "Power Broker" atau macai-macai UG ini masih dari kalangan ABIM yang rapat dengan "Geng Ganu (GG)" dan lebih menakutkan sekarang mereka kini merupakan kumpulan terdesak dan melukut tepi gantang UMNO dan di masa yang sama berjinak-jinak dengan PAS. Pada kami GG adalah kumpulan yang berpotensi merosakan jemaah PAS kerana GG ini banyak berpolitik demi kepentingan sendiri dari melaksanakan maslahat dakwah Islamiah melalui platform politik. Mereka-mereka ini besar kemungkinan menjadi "penasihat" dan "informer" sampingan kepada PAS dan mungkin juga UMNO. Mereka ini mula dilihat kehilangan pengaruh dan kedudukan, samada dah pencen atau hampir pencen atau tak cukup "business". Sebelum 2008, mereka ini baik dengan pimpinan UMNO (ketika Pak Lah Perdana Menteri) dan PAS dan cuba rapat kembali dengan Anwar Ibrahim setelah dibebaskan. Dengar khabarnya ramai di kalangan mereka ini dah tidak berapa diambil tahu dan dirujuk oleh Anwar Ibrahim melainkan seorang dua, maka ramailah menenggek di PAS terutama di PAS Terengganu ketika PAS berkuasa. Bilamana Kerajaan PAS kecundang di Terengganu, mulalah puak "power broker" ini "membroker" UG di antara PAS dan UMNO setelah BN jatuh di lima buah negeri. Ada khabar ABIM GG ini dah mula berjinak dan "penetrate" dalam Kerajaan Negeri Kedah dan ada yang kononnya tolong buka "line" antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Harap Ustaz Azizan Razak tidak akan mudah di "cong" mereka-mereka ini semata-mata kerana latar belakang dan imej korporat dan haraki mereka. Percayalah "target" mereka adalah habuan semata-mata dan bukan membantu Kerajaan PAS Kedah melaksanakan dakwah Islamiah. Awas dengan umpan mereka jangan sampai satu keadaan terpaksa sampai bila-bila mendokong mereka seperti biawak hidup. Lihat apa jadi di Terengganu, TGHH nampaknya macam terpaksa mendokong biawak hidup hingga ke hari ini.

10. Kemudian terbongkar cerita Task Force 2010 dan kaitannya dengan UG. Task Force 2010 berpejabat di kawasan Jalan Aman, Kuala Lumpur dan berhampirannyalah, di sebuah kedai makanan nasi Arab Yemen pernah berkumpulnya pemimpin-pemimpin seperti Mustapha Ali, Nasaruddin Mat Isa dan puak-puak ABIM GG tersebut. Ada khabar mengatakan TGHH juga ada bersama di kedai makanan nasi Arab Yemen tersebut. Sungguh malang ia telah melibatkan kepimpinan tertinggi PAS, ini amat menakutkan. Sedikit nasihat ikhlas kepada Tuan Guru Haji Hadi (TGHH) dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA), berhati-hatilah hatta dengan yang amat selalu bersama dan paling dekat. Metod SB Malaysia tidak kurang hebatnya metod CIA, MI5, MOSSAD dan KGB. Kami yakin sudah ada kini ustaz-ustaz SB yang silap-silap lagi hebat dari ustaz-ustaz PAS. Kami menjangkakan ada di kalangan ustaz-ustaz SB yang hafiz dan kelulusan agama sampai Phd dan kebanyakan berumur di bawah 45 tahun. Kalau tidak menjadi musuh dalam selimut, talam dua muka atau menjadi "informer" atau menjadi "internal spinner" yang kerjanya "to misinform" supaya pimpinan silap langkah dan membuat keputusan yang mengkucar-kacirkan jemaah PAS. Tidak tahulah kami apa maklumat yang ada disampaikan oleh mereka ini (puak-puak ABIM GG) sehingga terasa tergugat PAS dan atau Melayu Islam sehingga mesti UG dengan UMNO itu mesti dilaksanakan. Kumpulan UG ini melihat TGNA dan arwah Ustaz Hassan Shukri adalah penghalang kepada hasrat mereka membawa PAS bersama UMNO. Pada tahun 23 Mei 2010 telah ditubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) tanpa melalui muktamar mengambil pandangan arwah Ustaz Hassan Shukri walau sebenarnya pihak UG amat tidak bersetuju dengan penubuhan DHPP yang mahukan ianya cukup dengan status Kelab Penyokong PAS sahaja. Setelah kembalinya Ustaz Hassan Shukri ke rahmatullah, berita yang keluar di blog di kalangan UG sengaja dibuat tajuk artikel dengan sindiran "Jenayah Ustaz Hassan Shukri selamat disemadikan". Walau kemudian mahu ditunjuk seolah-olah satu kesilapan dan mahu diperbetulkan tajuk artikel tersebut, tetapi disengajakan lagi dengan tajuk barunya"Jenazyah Ustaz Hassan Shukri selamat disemadikan". Inilah sikap bermuka-muka UG dan GG dan halusnya mereka cuba meracuni pemikiran pembaca terutama di kalangan ahli jemaah PAS. DPHH boleh membuat impak yang jitu dalam scenario politik Malaysia dan telah berjaya menukar persepsi golongan bukan Muslim. Anasir UMNO BN pasti gusar dan akan berusaha mengembalikan posisi PAS di takuk lama. Pembunuhan Saudara Siva, Ketua Pemuda DPHH di Perak dilihat sebagai usaha membantut perkembangan DPHH kerana beliau agak prominent di kalangan kaum India terutamanya dan boleh mengatasi HRP dan Makhal Sakhti pimpinan Uthayakumar dan Thinantheran.

11. Bermula akhir tahun 70an, Al-Arqam digunakan oleh UMNO BN dengan di "sponsor" arwah Tun Ghafar Baba dan Tan Sri Yusof Noor dengan peruntukan kewangan dari JAKIM (ketika itu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Malaysia) untuk meneutralkan ABIM dan PAS (ahli ABIM mula bersama PAS bermula dengan Ustaz Nakhaie Ahmad memasukki PAS) terutama di kampus IPTA dan pondok-pondok dan pelajar-pelajar luar negara. Al-Arqam ketika itu bebas menjalankan aktiviti di dalam mana-mana kampus IPTA di Malaysia dan berprogram dengan pelajar-pelajar di luar Negara dengan peruntukan yang banyak dan adakalanya bersama-sama pihak Menteri-menteri. Al-Arqam mula kendur dengan perbuatan sekongkol mereka bersama UMNO BN menentang gerakan Islam ABIM dan PAS bila arwah Ustaz Ashari mendapat kemalangan jalanraya dan patah kakinya dan masuk ke hospital kepunyaan jemaah Al-Arqam di Taman Minangkabau Gombak berhampiran Taman Greenwood sewaktu perjalanannya menemui tok guru-tok guru seluruh Malaysia. Arwah Ustaz Ashari kemudian ke selatan Thai bersama jemaah (cawangan Thai) Al-Arqamnya di sana dan ada mengkhabarkan beliau mempelajari bahasa Arab dan menambah pengajian ilmu Islam. Beliau tinggal di selatan Thai sehingga beliau di tangkap oleh pihak keselamatan Thai untuk di ISAkan oleh kerajaan Malaysia. Sejak selepas terjadi kemalangan jalanraya itu Al-Arqam tidak lagi kelihatan berkonfrantasi dengan PAS dan mengkritik manhaj politik PAS dan arwah Ustaz Ashari sendiri mula menunjukkan kecenderungan berpolitik dan menunjukkan minat sehingga ada penulisan pihak-pihak tertentu membuat tanggapan yang beliau ada peluang menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sejak pada itu juga ada ahli-ahli Al-Arqam mula bersama PAS dan menyokong PAS bila berlaku konflik dalaman dengan ada berlaku unsur-unsur penyelewengan dalam ajaran Al-Arqam terutama pengamalan dan kepercayaan terhadap Aurad Muhammadiyyah yang menjadi pegangan jemaah Al Arqam. Pihak kerajaan UMNO BN melihat beban Al-Arqam yang akan mereka hadapi maka dengan masalah Aurad Muhammadiyyah, Al-Arqam diharamkan dan pimpinannya di ISAkan. Sayang sekali Al-Arqam dileburkan semuanya yang telah membina kekuatan ekonomi yang besar dan ada menganggarkan asset mereka bernilai melebihi RM500 juta dan sebenarnya Al-Arqamlah yang sebenarnya menjadi perintis menyediakan makan halal secara komersial seperti mee, tauhu, bee hoon, kicap, sos cili, sos tomato, roti, biskut, kueh mueh dan lain-lain. Al-Arqam juga paling banyak menghasilkan bahan bacaan dan media Islam seperti majalah dan komik Islam dan melahirkan dan mempopularkan kumpulan nasyid-nasyid. Malang sekali kezaliman UMNO BN adalah menghancurkan segalanya yang senantiasa kuat berdendam kesumat dan itulah sikap mereka dulu kini dan selamanya terhadap mereka yang menjadi halangan kepada nafsu buas mereka. Sebenarnya pasti ada cara yang lebih baik menangani masalah Aurad Muhammadiyyah dengan tidak payah melumpuhkan seluruh aktiviti Al-Arqam dan menyusahkan jemaah mereka kerana kalangan mereka hilang mata pencarian dan rumah-rumah anak yatim mereka termangsa dengan keadaan tersebut. Apa yang pasti bagi kerajaan UMNO BN adalah sesuatu mesti dilakukan supaya Arwah Ustaz Ashari ditutup mulutnya bagi menjaga rahsia dan kepentingan UMNO BN. Walau bagaimanpun, alhamdulillah, masih ada di kalangan Al-Arqam yang masih dengan dakwah Islam dan meninggalkan ajaran salah Aurad Muhammadiyyah dan kita mestilah menghargai mereka yang telah menjadi perintis dan pemangkin kemasyhuran nasyid-nasyid di Malaysia dan adanya bahan bacaan dan media berunsur Islam kini. Di akhir tahun 70an dan 80an juga kita menyaksikan beberapa tokoh ugama yang ditonjolkan UMNO BN iaitu Tan Sri Dr Hamid Othman dan Tan Sri Yusof Noor dengan Phd yang boleh di "suspect" kerana ada yang menyatakan Phd itu adalah kerjasama pihak kerajaan dengan kerajaan ( G to G) bagi mendapatkan ijazah akademik tertentu bagi perancangan kerajaan untuk sesuatu perancangan kerajaan Malaysia. Kedua tokoh ini tidak dapat mengatasi ketokohan ustaz-ustaz yang pro PAS produk dari pondok dan kemudian meneruskan pengajian ke Timur Tengah. Berlakulah usaha meramaikan ustaz-ustaz kerajaan UMNO BN dari tahun-tahun berikutnya.

12. Sudah lebih dua puluh tahun berlalu, dipercayai kini sudah banyak ustaz-ustaz tajaan kerajaan sehingga peringkat Phd yang misi mereka adalah mengatasi ustaz-ustaz PAS dan tok guru-tok guru pondok PAS dengan berbagai strategi. Kalangan-kalangan ustaz demikian ramai menjadi pensyarah dan pendakwah bebas dengan membuat berbagai penulisan dan terjemahan buku dan mendapat tempat berceramah di media-media tempatan. Mereka ini akan mudah tanpa gangguan dapat berceramah di surau-surau dan masjid-masjid seluruh negeri di Malaysia walau tanpa tauliah dan mudah berceramah di negara-negara jiran seperti Singapura dan Brunei yang terkenal dengan penapisannya yang amat ketat. Ada juga ustaz-ustaz ABIM yang secara sedar dan tidak sedar dipergunakan bagi menghadapi ustaz-ustaz dan tok guru-tok guru PAS dengan secara halus melemahkan pendapat dan peribadi ustaz-ustaz dan tok guru-tok guru PAS. Ustaz-ustaz tajaan kerajaan ini sekarang lebih sofistikated dengan lebih halus pendekatan mereka dan ada di kalangan mereka sudah mendapat publisiti sebagai "tok guru" dan "mursyid" dan sudah ada pengikut yang ramai. Kepimpinan PAS harus peka dengan mereka ini kerana mereka juga selalu bersama pimpinan PAS dan tok guru-tok guru pondok yang boleh mengabui tanggapan masyarakat umum terhadap mereka dan menaikkan "saham" diri mereka yang boleh mengelirukan masyarakat dan ahli-ahli PAS. Ada di kalangan mereka terlibat dengan kumpulan-kumpulan tarikat dan ada juga kalangan ABIM yang mengepalai yayasan yang mendokong sesuatu tarikat. Malangnya ada di antara mereka ini kelihatan selalu bersama dengan Ezam Mohd Noor sehingga bersama membuat program bertemu pelajar di luar negara. Ada juga berita kami terima dari sahabat yang menghadiri satu majlis kerajaan yang dihadiri di kalangan ABIM yang seangkatan Anwar Ibrahim, yang pernah mendapat jawatan dan keselesaan menjadi orang atasan sebuah IPTA, kini sanggup menyatakan yang Anwar Ibrahim memang melakukan liwat dan seks zina. Begitulah kemelut dan cabaran gerakan Islam dalam menghadapi kumpulan-kumpulan munafik dan musuh-musuh dalam selimut. Marilah kita berdoa agar senantiasa berada dalam jemaah yang sahih dan memohon menapis keluar mereka-mereka yang munafik dan curang terhadap jemaah Islam. Di kalangan pelajar IPTA dan IPTS kini ada kedengaran pula dari kalangan "ABIM" kononnya "ABIM" adalah front dan platform bagi mengkader kepimpinan PAS. Tidakkah ABIM kini sedar betapa selepas kepimpinan Dr Sidiq Fadhil, kepimpinan ABIM pusat amat lemah dan lesu melainkan sesekali timbul dengan isu-isu semasa sehingga berlaku keadaan ahli-ahli ABIM negeri dan daerah tidak mengenali pimpinan ABIM pusat dan ianya masih berlaku. Ada pula lahir sekumpulan yang dikenali AsSunnah atau dilabel Wahabi yang mana mereka adakalanya bersama UMNO dan adakalanya bersama PAS berlandaskan mana-mana pandangan yang seiring dengan mereka. Telah berlaku kemelut mereka akan ditangkap ISA melainkan mereka bersama UMNO. Maka kini sudah ada di kalangan mereka yang masuk UMNO menjadi ulama muda UMNO. Maka senanglah PAS menghadapi mereka-mereka yang dari kumpulan AsSunnah yang sudah masuk UMNO kini. Walaubagaimanapun masih ramai dari kalangan kumpulan AsSunnah ini yang tidak masuk UMNO dan masih bersama PAS.

13. Lahir juga isu Wahabi (label tohmahan terhadap kumpulan AsSunnah/Salafi) dan baru disedari kini golongan ABIM GG ini rapat dengan golongan anti-Wahabi yang sejak 2008 lagi telah mentohmah dan menfitnah TGNA dan TGHH juga sebagai Wahabi (anak-anak Pak Wahab seperti yang ditohmah dan difitnah oleh Mahfuz Muhammad – AlSubki2.blogspot.com) sehingga Dr Asri membongkarkannya setelah beliau ditangkap JAIS. Kami mendapati ketika kemelut isu nama Allah terjadi, Mahfuz Muhammad dan beberapa orang ustaz lagi selalu menghangat anti-Wahabi entah hilang ke mana hingga ke hari ini. Sedang hangat isu memfitnah golongan Wahabi yang dilabel pengganas dan berbaik dengan kumpulan liberal Islam (SIS), berlaku pula isu penggunaan nama Allah. Tak semena-mena berlaku pengeboman gereja-gereja, surau-surau dan kepala babi dilempar ke masjid. Sentimen perkauman dan agama dihangatkan dan umat Islam "diajak" berdemontrasi oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Alhamdulillah keputusan jemaah PAS Pusat mengambil pendirian yang sederhana dan pendekatan dakwah yang sahih banyak menyelamatkan keadaan. Maka kekecohan dan kemungkinan ada pimpinan PAS menjadi mangsa tangkapan ISA dapat dielakkan setakat ini. Cuba telitikan siapa yang ada ciri-ciri "internal spinner" di kalangan pimpinan PAS yang hampir menjerat PAS terlibat dengan api konflik perkauman dan agama. Apakah Nasaruddin Mat Isa dan Ustaz Harun Din tersasul atau ada apa-apa sehingga sanggup atau terpaksa mereka membuat kenyataan yang membelakangi jemaah PAS…???? Atau ada sebab-sebab kelemahan tertentu yang memaksa mereka bertindak demikian. Pendokong PAS mesti mengambil tindakan merehat kepimpinan demikian demi kebaikan jemaah dan mereka yang terlibat itu. Dalam kekecohan ini nampaknya umat Melayu Islam paling kalut dan keliru dengan isu nama Allah dan mungkin memberi impak terhadap sokongan umat Melayu Islam kepada PAS. Walauapapun kami amat yakin dengan pendekatan dakwah dan menjelaskan Islam yang sebenar pasti akan membawa kejayaan dan diredhai perjuangan dan pengorbanan kita semua. Apakah tidak mungkin terjadi mereka yang kafir akan menerima Islam dan menjadi seorang Muslim sejati dari Melayu yang syirik dan munafik terhadap Islam seperti sikap kaum Yahudi dan Nasrani yang engkar dari menerima ajaran Nabi Muhammad walaupun mereka telah punya maklumat mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

14. Kedengaran berulang kembali dalam PAS isu IRC, Syiah dan akhir sekali Wahabi. Digembar-gemburkan kembali oleh puak-puak ABIM, sila perhatikan dan ikuti blog seperti Ali Zaidan, ibrahimbaba dan penulis-penulis samaran seperti songkok putih, batuapi, batuapi2, profesor, anaksengat, ulitmayang, tongkang pecah, beliung, cilipadi007, tukang beca, batu lada contohnya, perlu diambil perhatian. Memang wujud mereka-mereka dari firqah lain seperti IRC, ABIM, Suara Islam, tabligh dsbgnya yang memilih PAS sebagai wadah mereka kerana kecenderungan berdakwah melalui platform politik. Mereka semua disambut baik oleh arwah Tuan Guru Haji Yusuf Rawa dan arwah Ustaz Fadzil Noor dengan syarat memberi ketaatan kepada pimpinan PAS atau keluar meninggalkan PAS. Memang sejak dulu itulah pendekatan PAS terutamanya pendekatan yang telah diterapkan oleh arwah Ustaz Fadzil Noor dengan sebenar-benarnya ikhlas dan tidak mudah dipengaruhi mereka di sekeliling yang mempunyai agenda tersendiri. Kami yakin selepas peristiwa Sri Perdana arwah Ustaz Fadzil Noor beliau sudah dapat membaca betapa ada dikalangan penasihat-penasihatnya yang mahu mempengaruhi dan mengarah perjalanan dan keputusan PAS ke dalam kancah kekeliruan dan konflik dalaman. Ada sahabat mengkhabarkan beliau tidak mahu/mudah menerima apa-apa bantuan kewangan dari sesiapa pun selepas peristiwa Sri Perdana walaupun ketika menghadapi masalah kewangan membayar ansuran kereta bulanannya sehingga ke akhir hayatnya. Bila ditanya di mana sumber kewangan PAS, maka dijawab beliau ianya berada dalam saku-saku ahli PAS. Ingat tak betapa arwah Ustaz Fadzil Noor sanggup berkereta balik ke Kedah selepas muktamar 2002 di Putik, Kelantan walaupun semua tahu kesihatan beliau ketika itu kurang baik. Kami sering bertembung arwah Ustaz Fadzil Noor di Subang Airport dan selalu kami perhatikan beliau duduk di kelas Y=Ekonomi. Terharu hati kami melihat sikap beliau kerana ada ketikanya kami duduk di kelas C=First Class. Jelas berbeza setengah-tengah pemimpin kini, badan punya tegap dan sihat walafiat, mentang-mentang dah pegang jawatan Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan sebagainya dan pulak tu perjalanan kurang sejam pun nak duduk kelas C. Walaupun begitu kalau duit sendiri agaknya tak mengapalah. Tuan Guru Haji Yusuf Rawa adalah merupakan ahli jemaah wakil rakyat/parlimen yang tidak pernah tinggal membuat infak dari pendapatan wakil rakyat/parlimen walaupun sudah pencen. Ada juga yang kurang disiplin dan tidak memandang membuat infak dari pendapatan wakil rakyat/parlimen adalah "awla" sesuai dengan Fiqh Awliyat yang mereka ajari kepada ahli jemaah dan masyarakat demi menggerakkan program PAS Pusat suatu ketika dulu dan bagi menanggung belanja para sahabat yang berkorban sepenuh masa untuk jemaah.

15. Ramai di kalangan generasi awal IRC yang bergiat dalam PAS telah keluar atau "slowdown" seperti Mustafa Kadir, Dr Mustafa Kamal Shaharom dan ramai lagi kerana sebab-sebab peribadi atau tidak boleh "nak gi" dengan PAS. Khalid Samad yang dari Suara Islam nampaknya paling istiqamah dengan PAS dan paling terbuka nampaknya bersama jemaah PAS. Beliau pernah di ISAkan dan tetap bersama PAS waktu senang dan susahnya bergiat dalam PAS. Seorang yang kami perhatikan amat "selfless" dan memiliki perkiraan siyasi Islamiah yang tajam dan memiliki ciri-ciri kepimpinan seorang dai dan teknokrat Islami yang dapat memikat kumpulan profesional masakini dan kaum-kaum bukan muslim. Begitu juga beberapa peribadi seperti Dr Lo Lo Ghazali, Dr Siti Mariah Mahmud, Saari Sungip, Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Halimah Ali dan ramai lagi yang dicop IRC yang memiliki ciri dai dan teknokrat Islami yang berjaya membina jambatan di antara PAS dengan kumpulan profesional masakini dan kaum-kaum bukan muslim. Hampir semua mereka ini anti UG dan kelompok mereka digelar Erdogan oleh kumpulan UG. TGHH kami lihat membuat kesilapan yang amat besar dengan membiarkan dirinya dikelilingi GG dan kita boleh lihat bagaimana GG ini berada diposisi yang strategik dalam jemaah PAS. Kami melihat "lineage" kepimpinan pelapis di peringkat pemuda adalah GG bermula dari Timbalan Ketua Pemuda Azman Shapawi yang diteliti adalah sesuatu yang akan menyukarkan jemaah PAS di masa-masa akan datang kerana diterajui oleh mereka yang lebih banyak berpolitik peribadi dari mementingkan matlamat siyasah tuddakwah. Kami pernah mendengar dari kumpulan GG ini pernah menyamakan TGNA seperti Hassan Torabi di Sudan kini yang pandangannya sudah tidak diterima dan banyak yang mengarut dan secara halus cuba meracuni ahli jemaah PAS terhadap TGNA dengan pandangan negatif sedemikian. Berlaku polemik di kalangan pendidikan agama yang taksub bahawa kepimpinan PAS mesti dari kalangan mereka berpendidikan agama tetapi mereka tidak sedar betapa kepimpinan Ikhwan Muslimin ramai di kalangan teknokrat dan profesional dan kemudian sejahtera ilmu Islam mereka dan amat komited antaranya Syed Qutb, Mustafa Masyhur, dan ramai lagi dan yang sekarang ini pun yang prominent menggerakkan massa berdemontrasi di Mesir sehingga kejatuhan Hosni Mubarak adalah di kalangan profesional terutamanya jurutera-jurutera, muhasib-muhasib dan doktor-doktor. Bukannya tidak penting dan tidak boleh mereka dari kalangan berpendidikan agama boleh menerajui gerakan Islam tetapi realitinya siapa yang lebih berupaya dan berkebolehan menanggapi waqi semasa dan dapat menerobos halangan dakwah dengan pendekatan yang diterima oleh maddu' yang berbagai di Mlaysia serta kepimpinannya berciri NASIONAL. Setakat yang ada di kalangan agama yang memenuhi ciri-ciri bagi waqi' Malaysia kami lihat hanyalah arwah Ustaz Fadhil Noor. Ada pun yang lain-lain kalangan agama kebanyakkan hanya memiliki ciri-ciri sebagai "spiritual guidance" dan "reference point" yang boleh membantu memastikan tindakan jemaah selaras dengan syariat Islam.

16. Kami melihat peribadi-peribadi dari firqah-firqah seperti yang digambarkan di atas menyebabkan ada kalangan-kalangan PAS dan kalangan ABIM GG dalam PAS atau yang rapat dengan pimpinan PAS menjadi iri hati dan dengki. Maka lahirlah tohmahan Islam liberal, Syiah, Wahabi dari puak-puak ABIM GG ini terutama Ustaz Ismail Mina dan kumpulanya (power broker politik UMNO-PAS sejak zaman Anwar Ibrahim dan arwah Ustaz Fadhil Noor lagi). Kumpulan Mat Sabu pula ditohmah mereka sebagai Syiah dan ditohmah hanya pandai dan banyak cakap tetapi kosong dan tidak tahu buat kerja. Kumpulan Abang Mat kami lihat paling istiqamah dalam jemaah PAS, berani dan gigih bekerja. Salah mereka hanyalah berlaku persepsi yang mereka keterlaluan mengagumi kejayaan Revolusi Islam Iran dan mengambil sedikit sebanyak pendekatan pemikiran politik ulama-ulama Syiah terutama Imam Khomeini dan Imam Montazeri. Sehinggakan Dr Syed Azman Syed Ahmad, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Husam Musa yang bukan dari IRC ditohmah IRC kerana tidak cenderungnya dengan projek UG. Begitulah kalutnya puak-puak ABIM GG menggerakkan semua jentera mereka di dalam dan di luar PAS bagi merencana secara licik bagi menghimpit kalangan-kalangan tertentu dalam PAS disingkirkan. Semuanya kerana mereka merasa kehilangan pengaruh dalam PAS dan dalam kerajaan UMNO era Najib. Rasanya kalau "line" mereka "clear" dengan Najib, maka PAS akan dipandang sebelah mata sahajalah. Lihat bagaimana mereka mempertahankan Ustaz Nakhaie Ahmad sebagai YDP Yadim kerana agaknya ramai di kalangan mereka bergantung kedudukan dan peruntukan dari Yadim bagi meneruskan hidup setelah Anwar Ibrahim disingkirkan dari UMNO dan kerana Dr Asri (MAZA) yang dicadangkan mengganti Ustaz Nakhaie Ahmad di Yadim bukan dari kalangan mereka dan ditohmah golongan Wahabi. Khabarnya ada di kalangan ABIM GG pernah berkata "apa nak ditakutkan jemaah PAS berpecah, kerana dah memang berpecah pun". Kepimpinan PAS patut membina PAS sebagai wadah platform politik Islam sepatutnya mesti bersikap "accommodative" dan "inclusive" seperti yang dilakukan oleh arwah Ustaz Fadhil Noor dan mengambil cebisan-cebisan kekuatan dari segenap lapisan ahli jemaah. Atau agaknya panahan ghanimah telah membutakan mata dan hati kepimpinan sehingga kaburnya tidak dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana intan, dan yang mana tulen dan yang mana "plastik" dalam perjuangan dan pengorbanan Islam melalui jemaah PAS. Pada Kerajaan Negeri Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak berhati-hatilah…..dengan kumpulan ABIM GG ini. Kalau sudah tersangkut dan terhutang budi serba salah dibuatnya.....kemudian hari. Awasilah pelaburan yang dianjurkan kepada Kerajaan Negeri Kedah oleh puak-puak ABIM UG ini…bila jadi masalah dan hangus, siapa yang akan mendapat bahananya????

17. Kami menjangkakan elemen subversif PAS sudah semakin kuat "infiltrate" ke dalam PAS dan cuba mengambil alih PAS dari dalam atau dirosakkan dari dalam bagaimana telah berlaku kepada PPP di Indonesia dengan terajunya diambil John Naro. Sehingga kini PPP dilihat umat Indonesia tidak ada beza dengan Golkar, PDI-P dan PDI. Isu-isu yang dibangkitkan kini baik di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang telah berjaya membuat PAS (Pakatan Rakyat – PR) dilihat punya kelakuan seperti UMNO dan parti-parti komponen BN lainnya. Paling kurang matlamat UMNO BN ialah mengembalikan senario dan landskap politik Malaysia seperti dahulu iaitu "tri-party system competing":

i) Polilitk Malaysia yang dikuasai UMNO BN;

ii) Ada sebuah parti pembangkang Melayu yang dilihat kuat dan

iii) Ada sebuah parti pembangkang yang bukan Melayu yang juga dilihat kuat.

18. Objektif senario dan landskap politik "tri-party system competing" akan dapat dicapai dengan mengembalikan PAS kepada statusnya yang didokong oleh kumpulan "diehard" PAS sahaja dan umat Melayu menjadi fobia dan curiga terhadap parti kaum lain terutamanya DAP. Tidakkah isu-isu terkini seperti isu nama Allah menampakkan kejayaan kecenderungan ke arah senario tersebut di kalangan umat Melayu. Jemaah PAS hendaklah konsisten dengan isu tersebut dan program penerangan agresif mesti dilaksanakan segera bagi memahamkan umat Melayu Islam mengenai perspektif Islam sebenar dan menekankan kefahaman Islam sejati dan pendekatan dakwah yang menjadi kewajiban setiap muslimin dan muslimat. Kepincangan keikhlasan dan agenda jahat UMNO BN mengenai nama Allah mesti diperjelaskan dan didedahkan. Dalam situasi ini kita sudah boleh dapat menjangka dan mengenali anasir-anasir dalaman yang boleh menjadi talibarut kepada agenda UMNO BN. Sila perhatikan siapa yang latahnya mendekati UMNO BN, lebih-lebih lagi setelah Jawatankuasa PAS Pusat membuat pendirian rasmi. Kita bukan mahu sifat curiga mencurigai subur dalam PAS tetapi kita mahu kepimpinan PAS senantiasa berwaspada, hatta dengan mereka-mereka yang senantiasa dekat dengan kepimpinan.

19. Kembali kepada puak-puak ABIM GG ini di dalam dan di luar PAS, kami minta kepimpinan prihatin terhadap mereka-mereka ini yang kami fikir sedang bersarang dalam satu NGO berdaftar atas nama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) yang Presidennya Profesor Emeritus Datuk Osman Abu Bakar bekas TNC Universiti Malaya dan sekarang menjadi Deputy CEO International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS). Tak tahulah apa jasanya sehingga Pak Lah menganugerahkan satu institusi kepada beliau dan konco-konconya (fikir-fikirkanlah). Sila teliti siapa di kalangan mereka dan pasti ada di kalangan mereka talam dua muka. Kami mendapat tahu kumpulan ini tidak berjaya membawa Dato' Profesor Siddiq Fadzil yang telah menubuhkan NGOnya sendiri dengan senior-senior ABIM yang lain atas nama Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah). Perbezaan pendapat di antara kedua pendokong-pendokong NGO adalah kerana Dato' Profesor Siddiq Fadzil khuatir pendekatan Muafakat yang kononnya simpati Anwar akan menjejaskan Kolej Darul Hikmah dan sekolah ABIM di Sungai Ramal, Kajang. Muafakat dikhabarkan telah "claim" yang merekalah yang menjayakan pembebaskan Anwar Ibrahim melalui saluran mereka dengan Pak Lah terutamanya melalui Profesor Uthman El-Muhammady (PUEM). PUEM, apa yang kami mendapat tahu beliau adalah seorang bekas ketua kumpulan tasauf TAR 7 yang aktif di akhir-akhir tahun 1970an dan tahun 1980an yang telah menyesatkan ramai pelajar universiti terutama dari Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia supaya meninggalkan pelajaran di universiti yang dianggap sesat dan memondok bersama beliau di Kelantan. Tarikat anutan beliau telah difatwa sesat oleh pihak berwajib dan beliau bagaimanapun dapat melepaskan diri kononnya beliau hanya terlibat sebagai pengikut. Ada di kalangan kami yang saudara-mara mereka pernah terlibat dengan tarikat beliau yang sesat itu satu ketika dulu dan ramai masa depan terjejas tanpa apa-apa kelulusan universiti. PUEM kini kami dapati sangat lumayan kehidupannya yang dijadikan "pemikir" penting di ISTAC dan fellow di IKIM dan menduduki beberapa jawatan pengarah dalam beberapa badan kerajaan seperti Institut Integriti Malaysia dan banyak bergambar sana-sini. Bila melihat siapa mereka-mereka ini dalam NGO seperti Muafakat, maka tidak mustahil perasaan iri hati dan dengki mereka-mereka ini terhadap kumpulan-kumpulan IRC atau selain ABIM di dalam PAS ada asasnya. Ada di antara mereka dari ABIM GG ini amat dekat dengan kepimpinan atasan PAS melalui saluran PAS Terengganu.

20. Paparan dari kami ini merupakan pengamatan golongan akar umbi PAS yang amat peka dengan perkembangan jemaah PAS. Inilah pengamatan kami yang ikhlas yang selama ini senantiasa bersama jemaah PAS sejak zaman arwah Tuan Guru Haji Yusuf Rawa lagi. Kami yakin isu yang timbul kini baik di dalam dan di luar PAS melibatkan anasir-anasir seperti yang disebut di atas atau yang seiras dengan mereka. Kami mengharap pihak kepimpinan dan golongan pelapis PAS lebih peka menilai perbezaan pendapat dan perlumbaan sihat di kalangan ahli PAS berbanding kumpulan opportunis dalam parti yang tidak pun ke depan dalam parti dan "play safe" dan kononnya "non-partisan" tetapi bernafsu buas dalam mencari pengaruh jawatan dan kedudukan dan habuan-habuan kebendaan bak kata orang "makan keliling" secara halus. Ada kami dengar tentang kalangan PAS yang mempunyai masalah hutang di "bail out" oleh PAS Pusat dengan duit PAS (Harakah). Kami tidak rela sekiranya benar ianya diserahkan pada puak-puak UG terutamanya kerana kami yakin sedikit sebanyak punya saham sumbangan selama ini kepada kewangan PAS secara langsung atau tidak langsung. Kami haramkan tindakan tersebut dunia dan akhirat. Pada "ulama" dan pesuruhjaya yang sibuk masalah hutang dan perniagaan dan di "bail-out" janganlah bebankan jemaah dan, carilah penyelesaian sendiri dan hutang jemaah mesti dijelaskan. Jangan sampai seperti projek tanaman jati emas sepanjang Lebuhraya Utara Selatan yang melibatkan kepimpinan tertinggi dalam PAS yang dinikmati ketika Anwar Ibrahim dalam UMNO, sampai kini tidak membesar dan mengeluarkan hasil. Apakah itu merupakan ingatan terus dari Allah swt. Kami sedih mendengar kini ada ustaz kita dilabel ustaz "fees-sabilillah"dan ustaz "kamsen" terutama yang berjawatan tertinggi dalam PAS dan ada bertaraf ulama pula. PAS yang berkorban membuat "bail out" membeli tanah seorang pemimpin PAS di Selangor ketika berlaku krisis antara pemimpin tersebut dengan kerajaan Negeri di bawah pimpinan anak Toyo.

21. Ada khabar yang mengatakan bahawa pertembungan Khalid Samad dengan Dr Hassan Ali adalah kerana Khalid Samad banyak menolong kalangan mereka rapat dengannya dan membuat program PAS dengan mereka-mereka ini. Apa yang kami perhatikan kalangan yang disokong Khalid Samad adalah mereka yang memang "ahli" di bidang yang mereka ceburi dan yang disokongnya itu adalah ahli-ahli berdaftar PAS dan ada yang seangkatan dengannya dan telah lama banyak berkorban untuk jemaah dan tidaklah menenggek sahaja.

22. Kami mempunyai tanggapan akan ada ahli jemaah dimangsakan dan ditendang keluar parti, sekiranya puak UG dan GG berkuasa penuh, kononnya mengambil maslahat tindakan Ikhwan Muslimin sewaktu Al-Imam Hassan Hudhaibi memecat Sayyid Sabiq, Abdul Aziz Jalal, Saleh Asymawi, Hassan Al-Baquri dan Muhammad Al-Ghazali dan lain-lain. Ingatlah apakah tindakan tersebut benar-benar kerana maslahat yang akan menguatkan jemaah dan dakwah Islam atau kerana untuk menguatkan pengaruh dan kedudukan peribadi semata-mata. Apa yang kami lihat, puak-puak UG "fail to deliver" dan merealisasi "opportunity" uslub siyasah tuddakwah. Tindakan mereka menjauhkan kefahaman orang yang disasarkan dakwah menjadi keliru dan curiga terhadap Islam dan jemaah PAS. Lebih teruk lagi ialah di mana tindakan mereka telah dan sehingga kini mengkucar-kacirkan ahli jemaah PAS. Pihak UG dan GG sebenarnya kelaparan projek dan teringat selesanya ketika memerintah Terengganu. Apa yang jadi di Terengganu ketika PAS memerintah dulu sampai kerja angkut sampah dan projek-projek kecil-kecil seperti baiki longkang dan baiki balai raya pun tidak selesai dan terbengkalai dan buat ikut dan saja. Apa yang terjadi, kononnya hendak ambil hati pengikut UMNO, maka ada projek-projek diteruskan dengan kontraktor-kontraktor UMNO. Apa yang jadi di Terengganu dulu adalah teruk kena sabotaj dengan kerja tidak sempurna dan terbengkalai terutama projek-projek kecil-kecil yang melibatkan penduduk setempat seperti kerja kebersihan kawasan perumahan dan tempat-tempat awam. Lagi dekat pilihanraya, lagi banyak cekadaknya. Itu dah memang strategi puak-puak UMNO. Kami percaya perkara-perkara begini yang terjadi di Terengganu dulu, TGHH lebih mengetahui. TGHH pun bukan dibantu sangat pun oleh geng-geng Terengganu (GG) kerana masing-masing sibuk dengan habuan yang Mustapha Ali menjadi "gate keeper"nya. Masa PAS berkuasa di Terengganu masing-masing sibuk dengan agenda-agenda peribadi sehingga TGHH terkapai-kapai untuk memerintah secara berkesan. Peliknya TGHH takkan tidak nampak perangai mereka ini terutama pemimpin utama Terengganu ketika itu dan mereka yang sewaktu dengannya. Tindak-tanduk puak GG seperti beberapa ustaz-ustaz di sana semacam masih "reminisce" dengan nikmat duduk selesa di bilik hawa dingin dengan memiliki kuasa sebagai Exco kerajaan dan ahli lembaga pengarah syarikat negeri. Bak kata kawan seperjuangan kita yang sempat belajar di sekolah Ustaz ABC, taubatnya dia melihat sikap sebahagian yang kononnya ulamak amat memualkan. Masa berlaku peristiwa Institut Berakan hendak dirobohkan dengan jentolak oleh pihak berwajib, dia bersama beberapa sahabat yang masih remaja ketika itu bertaruh nyawa menahan jentolak dari bergerak dengan ada yang tidor di bawah jentolak, Ustaz ABC entah ke mana. Ketika itu semangat muda mengatasi kewarasan dan kabur terhadap sikap jelek mata memandang seorang ulamak. Tetapi setelah sedikit dewasa dan berlaku kemenangan PAS di Terengganu pada tahun 1999 mulalah lebih terserlah kejelekkan sebahagian ulamak ini. Mana tidaknya sampai kawan yang pak ciknya bekerja MAS menceritakan bagaimana Ustaz ABC menjeritkan pekerja MAS di airport KT hanya kerana tidak dapat duduk di kelas satu, kisah yang pernah menjadi buah mulut pekerja-pekerja MAS ketika itu. Kawan kita itu kata dia masih juga berhusnus dzan tetapi setelah berlaku peristiwa tunjuk perasaan di Wisma Darul Iman dengan isu di bawah portfolio Ustaz ABC dan dia berada di situ, dilihatnya sikap kepimpinan ulamak yang diharapkan amat menyedihkan, Ustaz ABC lari ikut pintu belakang Wisma Darul Iman dengan kereta Mercedehnya. Apa yang ingin dilihat oleh sahabat kita ketika itu ialah sepatutnya duduklah di pejabat dan arahkan orang menerima memorandum yang ingin diserahkan dan cuba tunjukkkan sikap sebagai seorang pemimpin Muslim. Lantas katanya kalau macam inilah gayanya, akan jatuh Kerajaan PAS di Terengganu. Memang sah jatuhnya Kerajaan PAS di Terengganu pada tahun 2004!!!

23. Kami semua adalah kalangan yang langsung tidak berkepentingan cari makan dari dan melalui jemaah PAS dan ramai di antara kami insyaAllah cukup redha dengan apa adanya pada kami dan kami tidak tergamak menagih habuan dari PAS. Kami bermohon pada Allah swt agar kami terus diberi kekuatan iman dan dijauhi pengaruh-pengaruh syaitan dan penyakit hubbu dunia demi tanggungjawab dan dakwah Islam semata-mata dan kami tidak pernah putus hubungan dengan jemaah dan akan terus berkorban semampu kami untuk dakwah Islam. Kami tidak akan membazirkan masa kami umtuk menukilkan pengamatan ini kalau tidak kerana kesedaran kami pada ancaman-ancaman yang mendatang yang mungkin tidak dilihat pihak kepimpinan dan golongan pelapis PAS pada situasi kemelut kini dan masa-masa akan datang. Pada kepimpinan harap jagalah kesihatan dan pastikan makanan yang diambil selamat dan keadaan kenderaan senantiasa di pastikan berkeadaan baik dan selamat. Tahap keselamatan peribadi mesti dijaga dan dipertingkatkan. Diharap PAS mengingatkan semua ahli PAS di semua peringkat terutama kepimpinan PAS di semua peringkat menjaga anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke kancah gejala sosial dan tidak mahu terlibat dalam pergerakkan Islam. Sememang ada usaha musuh-musuh gerakan Islam merancang memusnahkan generasi pelapis. Fenomena ini suatu ketika banyak dijalankan di tanah rancangan seperti Felda dan di kampung-kampung tetapi kini ianya berlaku di mana-mana, baik di kawasan-kawasan perumahan flet dan di semua kawasan perumahan bandar-bandar dan ibu kota contohnya seperti di Damansara, Shah Alam, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan lain-lainnya. Kami mengira ramai anak-anak ahli jemaah kini kalau tidak terlibat masalah sosial akan paling kurang tidak berminat beragama sehingga ada yang tidak menunaikan solat. Awaslah dengan ancaman musuh gerakan Islam sehingga boleh memusnahkan keturunan keluarga kita. Ini juga kelemahan yang akan digunakan UMNO BN mengendurkan kepimpinan PAS.

24. Pada Jawatankuasa Disiplin PAS, kami terkilan dengan keputusan yang dibuat dan jangan kami semua mahu diperbodohkan. Kepentingan dakwah sepatutnya menjadi teras manhaj parti bukan kepentingan politik peribadi. Kalau dianggap ini pandangan minoriti, teruskanlah sifat berbohong dan perbuatan keji kamu. Kebenaran pasti terserlah jua dan jawablah di akhirat nanti. Kepada Allah swt sahaja tempat kami memohon pertolongan ampunilah kami di atas sebarang kesilapan.

25. UG Tenggelam Timbul Setelah beberapa lama isu UG terbenam, tiba-tiba timbul lagi polemik UG yang ditimbulkan oleh Ustaz Nasaruddin Mat Isa sewaktu pelancaran buku peristiwa Natrah oleh TPM. Sila lihat No. 6 di atas dan pasti kita dapat lihat hubungkait Pengerusi PWTC dengan penulis buku peristiwa Natrah oleh Datin Seri Fatini Yaacob. Pengerusi PWTC adalah orang berkepentingan dengan UMNO dan Datin Seri Fatini Yaacob adalah isterinya…fikir-fikirkanlah. Kami mengira ini semua bukan kebetulan tapi adalah perancangan UG dan pihak-pihak tertentu UMNO. Kebangkitan umat Islam dalam peristiwa Natrah adalah atas dasar dan dorongan membela Islam dan bukannya atas dasar membela bangsa. Fakta sejarah peristiwa Natrah tidak memaktubkan UMNO mahu memperjuangkan Islam melainkan lebih bersekongkol dengan penjajah tetapi mereka pandai "play safe"dan memetik buah supaya dilihat juara penyelamat Melayu dengan menyelamatan mereka yang dihukum penjajah dengan hukuman mati. Sekiranya kita teliti fakta sejarah, ada kemungkinan telah ada PERJANJIAN DALAM GELAP di antara UMNO(Dato' Onn dan Hussein Onn)/David Marshall/Arthur Locke sehingga pejuang Islam (di kalangan Melayu (PKMM, KMM, AWAS dan API dan kumpulan pedagang India Muslim) dijadikan catur oleh UMNO supaya ditekan dan dilemahkan. Apakah kita tidak melihat fenomena peristiwa Natrah hampir-hampir sama urufnya dengan peristiwa kuil, kepala lembu, kepala babi dan nama Allah yang terjadi kini kalau silap langkah mungkin ramai pemimpin yang anti-UG dalam jemaah PAS di tangkap dan diISAkan. Fikir-fikirkanlah….UMNO BN berguru dengan siapa…

26. Sewaktu PRK Hulu Selangor, ada kedengaran khabarnya ada kalangan UG mengatakan kalau UG tidak "deal" dengan UMNO maka apa akan jadi kepada PAS sekiranya UMNO "deal" dengan DAP kerana akhir-akhir ini dilihat MCA semakin parah dan pengundi Cina masih tidak lagi mahukan UBN. Kalau benarlah apa yang dikatakan dan tidak mustahil bagi UMNO berbuat demikian, maka benarlah jalan Islam menuju syurga itu memang penuh onar dan duri. Pada puak-puak UG lupakah kamu janji syurga tidak semurah yang ingin kamu pertaruhkan sekadar beberapa jawatan dan kedudukan. Masih datang berita pertemuan UG masih berjalan hinggakan ke peringkat tertinggi ketika PRK Hulu Selangor. Dengarnya PAS buat kempen minima sahaja, confirm menangkan PRK... itukah DEALnya! Ketika itu juga ada dikhabarkan pemuda PAS duduk bincang-bincang dengan GPMS. Apakah taraf pemuda PAS sama dengan GPMS sahaja…kalau begitulah keadaannya NGO-NGO lain dan pemuda UMNO dan BN akan memandang pemuda PAS sebelah mata sahaja gamaknya!!! (Akhbar arus perdana dalam bulan Mei 2011 baru-baru ini terkeluar sudah bukti dan berita memang ada usaha UMNO BN melamar DAP (setelah usaha menarik PAS masih tidak berhasil agaknya????) Ada sampai maklumat kononnya pihak UG membuat syarat yang UMNO BN mesti membawa DAP bersama dengan PAS ke dalam BN???? (Kalau benar, pening….pening memikirkan apa sebenarnya maslahat dakwah puak UG ni).

27. Ingatlah apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim boleh terjadi kepada mana-mana pemimpin PAS sekiranya UMNO BN punya kuasa mutlak dan disokong rakyat kembali. Khianat politik pada UMNO BN adalah perkara biasa dan mungkin begitulah juga sikap mereka-mereka yang teringin bersama dalam gelap dengan UMNO. Ingatlah…jangan kita sia-siakan pengorbanan mereka-mereka yang pergi lebih dahulu dari kita dalam jemaah PAS terutama Ustaz Ibrahim Libya dan Ustaz Othman Talib dan sedarlah masih ada di kalangan ahli akar umbi yang ditekan UMNO BN di luar sini……Terkini PASTI Felda Umas, Tawau mahu disingkir keluar oleh UMNO, apa akan ada bantuan dari pimpinan pusat kepada kami di sini bah. Kami di Sabah masih ingat kata-kata Dr Hassan Ali ketika muktamar dulu menyuruh kami supaya pandai-pandailah jaga kawasan sendiri bila kami meminta pertolongan dan tunjuk ajar cara gerak dakwah terutama sewaktu PRU……jadi apa perlunya pemimpin sebegini…….. Sikap UMNO BN dengan pimpinan atasan PAS ajak bersatu berkrompomi tetapi di bawah ditekan dan ditakut-takutkan dengan berbagai cara. Mutaakhir seperti Melaka di mana mereka merasa amat kuat PASTI Bukit Katil di musnahkan. Itu tidak lagi surau dan masjid di Perak dan Terengganu yang dirobohkan yang didirikan jemaah PAS. Tengoklah di Perak kelas-kelas pengajian sudah mula sepi dan ustaz-ustaz pro PAS di Jabatan Agama di peti sejukkan ada yang ditukar kerja hanya duduk di perpustakaan negeri macam kayu. Apakah dengan bersatu dengan UMNO BN dakwah dan mesej Islam boleh sampai ke rakyat jelata. Kami mengharapkan semua ahli jemaah PAS di luar dan di dalam barisan pimpinan di semua peringkat agar peka dan kritikal dengan jenis pemimpin yang patut di pilih dan jangan wala' membuta tuli dan bersedia menyingkir mereka di pemilihan akan datang sebelum nasi menjadi bubur . Wahai ahli-ahli jemaah sekalian, perhati-hatikanlah selalu gelagat kepimpinan kita. Mana yang selalunya kurang pengaruh akar umbi atau sudah ada kelemahan-kelemahan tertentu, selalunya mereka ini "untouchable" dan hanya "dicubit-cubit" sahaja oleh puak yang berkuasa. Kalau yang kuat "grassroot"nya pasti akan difitnah dan diambil berbagai tindakan mana yang boleh sehingga dikendurkan dan sanggup membuat "deal". Perhatikan peribadi-peribadi pemimpin PAS yang sekejap mesra UMNO, sekejap bantai UMNO bagi mengaburi mata ahli jemaah PAS tentang sikap berpura-pura mereka. Pada kepimpinan jemaah yang ikhlas dan tegas dengan pendirian Islam dan dilihat tidak mudah buat "deal" dan aktif di semua peringkat jagalah keselamatan kerana apa-apa boleh berlaku pada bila-bila masa lebih-lebih lagi sekiranya PRU makin hampir. Cuba perhatikan peristiwa yang telah berlaku dahulu….ada yang mati kemalangan…ada yang mati sakit jantung..ada yang ditangkap….ada yang disaman dan ada juga yang difitnah oleh media.…..Allahu Akbar…Allahu Akbar…..Allahu Akbar.

Luahan Rasa Ahli-Ahli Akar Umbi Pendokong Jemaah Parti Islam SeMalaysia

Allahu Akbar…Allahu Akbar…Allahu Akbar. [sumber] ManjongMari.

Tiada ulasan: