A Mum Of Three Mohd |
- Goodnite
- Kita Bakor!! Kita Bakor!!
- Padah buat kerja bodoh
- Dari Menteri yang kempunan nak jadi Ketua Menteri
- Kena toreh...
- Fuiyoooo!!! Caya la....
Posted: 17 Jun 2011 07:15 AM PDT Hari ini bizi.. bizi... Penat gilerr.. Esok pulak, is going to be another buzi and tiring day. Tak boleh nak elak. Kena laluinya juga. Redha jer ler. So, hari ini... malam ini.... nak masuk tidur awal sikit, agar dapat menghadapi hari esok dengan lebih cergas dan penuh bersemangat. Oleh itu... assalamualaikum and goodnite everybody. |
Posted: 17 Jun 2011 01:30 AM PDT Utusan Meloya... Akhbar penfitnah dan pengkhianat agama!! Jom 1Malaysia ... Tunjuk solidariti kepada Kempen Boikot Utusan Kita bakor jer!! Kita bakor!! Kita bakor!! Yooo... Utusan Meloya tumpor, agama Islam sejahtero!! Utusan Meloya tumpor, negara aman jadinyo!! [sumber] |
Posted: 16 Jun 2011 11:30 PM PDT Isu dua wanita warganegara Singapura yang diarahkan ketuk ketampi dalam keadaan bolen oleh pihak imigresen Malaysia, sebenarnya satu insiden gara-gara kerja bodoh. Kedua-dua pihak bodoh. Si pompuan Singapura tu tahu masuk negara orang tak ikut procedure tu salah tapi ngapa nekad buat juga. Takkan tak tahu kot?? Sebab tu aku kata bodoh. Aha... padan muka kena tangkap. Jangan nak buat negara orang, macam negara mak ayah sendiri. Peraturan kena ikut. Respek ler sikit undang-undang negara orang. Jangan pakai redah jer... Yang pegawai imigresen Malaysia pulak satu hal. Apa ke jadahnya ko suruh minah-minah tu ketuk ketampi bertelanjang bulat. Eh... malaun imigresen ni lelaki atau pompuan?? Kalau lelaki... sah hangpa gatai!! Tak da ke cara lain yang boleh diguna pakai untuk denda pompuan-pompuan tu, selain cara yang mengaibkan?? Ini namanya tindakan bodoh-gatai!! Haaaa... la ni cerita dah terdedah, satu dunai dah tahu, baru padan muka hanga. Bikin malu negara jer... Lebih padan muka lagi.... kena tahan kerja pulak hingga siasatan selesai. Tak ke naya.... Kalau kena diambil tindakan, bukan ke dah double naya?? Tu sebab... jangan buat kerja bodoh. Buat kerja bodoh, terimalah padahnya. KUALA LUMPUR, 17 Jun — Dua pegawai imigresen digantung tugas ekoran laporan bahawa dua wanita Singapura dipaksa melakukan ketuk ketampi dalam keadaan berbogel minggu lalu selepas ditahan kerana dipercayai memasuki Malaysia secara tidak sah. Akhbar Straits Times Singapura dalam laporannya hari ini berkata Kementerian Luar republik itu melihat perkembangan tersebut sebagai "sesuatu serius dan menimbulkan kebimbangan." "Kami mengalu-alukan pengumuman segera pihak berkuasa Malaysia bahawa siasatan segera akan diadakan," kata akhbar itu memetik jurucakap kementerian tersebut. Akhbar itu melaporkan kenyataan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad semalam bahawa pegawai-pegawainya telah digantung tugas sehingga satu inkuiri pelbagai peringkat selesai. Alias berkata panel tujuh orang itu akan menyerahkan laporannya kepada Jabatan Imigresen dan kemungkinan akan memanggil kedua-dua wanita itu jika perlu. Bagaimanapun kata beliau, tindakan menahan dua warga terbabit adalah sah di bawah Akta Imigresen. Akhbar itu juga berkata kedua-dua wanita berkenaan akan menyerahkan kenyataan bertulis kepada Kementerian Luar Singapura hari ini. Kementerian Luar akan menyerahkan kenyataan mereka kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura agar penyiasat Malaysia akan membuat rumusan dengan segera, lapor Straits Times yang memetik jurucakap kementerian itu. Menurut laporan media awal minggu ini, dua wanita warga berkenaan yang memandu ke Johor Baru untuk makan malam telah disoal oleh pegawai-pegawai Jabatan Imigresen Malaysia dengan digari, dihumban ke dalam pusat tahanan dan yang paling teruk diarah ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel. Dua wanita malang itu dikatakan memandu ke Johor Baru secara tidak sah dengan pasport masing-masing tidak dicap ketika melalui kaunter imigresen. Mereka dibenarkan pulang ke Singapura selepas 48 jam ditahan dengan turut diberikan amaran. Berang layanan yang tidak berperikemanusiaan itu, kedua-dua mereka berkata tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia walaupun dijemput berbuat demikian. - MI |
Dari Menteri yang kempunan nak jadi Ketua Menteri Posted: 16 Jun 2011 09:28 PM PDT Pembangkang TAKUT menghadapi PRU13?? OMG, Ya Allah... Ya Rabbi.... Not another moron... Statement bangang from.... Mat Pi Bedal al-Baghal, si kaki bedal Looks bangang... sounds bangang.... Indeed, he is very bangang!! Kah kah kah kah... Tak kosa aku melayannya... Not worth respon cakap si MORON ni Buang masa jer... Tak der faedahnya... Nak tahu kalu, komer refer sini. |
Posted: 16 Jun 2011 07:15 PM PDT Orang kata, bunga tak sekuntum, kumbang tak seekor. Kalau awek korang belah.... ko carikler yang lain. What's the big deal?? Hidup kena pro-aktif beb. Jangan pasif dan negatif sangat. Tapi... kalau perasaan dah terlalu marah dan hati dah sakit ya amat, macam-macam boleh jadi. Ketika perasaan telah mengawal fikiran, akai hilang kawalan dan natijahnya.... A Singaporean man was slashed in the face and stabbed in the body by his girlfriend's ex-boyfriend. Hendrix Goh, 25, told The Straits Times on Tuesday how he was stabbed by a love rival at the void deck of a block of flats. Goh, a hawker's assistant, said the 19-year-old, who had once dated his girlfriend, knifed him in the collarbone, left arm and back. He said he was hospitalised for a week after the incident in Bedok North earlier this month. The youth is understood to have been arrested. When he arrived, he asked to speak to Goh privately. Then, Goh said, the youth took out a jack-knife from his pocket and slashed his cheek. He said his girlfriend ran forward to help, but the youth pushed her away. Kerana cinta manusia bertindak gila, kerana cinta manusia kecewa dan kerana cinta ada yang tercedera.... emotionally and physically. Manusia di dunia akhir zaman ni sudah jadi semakin gilerrr!!! [sumber] |
Posted: 16 Jun 2011 05:30 PM PDT Syabas Pemuda PAS Perak!! Fuuuhhh.... dengor khabor 30 ribu akan menyertai Himpunan Aman Bersih 2.0 a.k.a. Walk for Democracy. Macam tu la semangat anak muda.... bersolidariti untuk keadilan. Pedulikan ugutan mereka. Berhimpun tetap berhimpun!! IPOH, 16 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyokong penegasan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan bahawa akan tetap menerus perancangan bagi menjayakan himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur. Ketua penerangannya, Mohd Akmal Kamarudin berkata, seramai 30 ribu akan bersama-sama untuk turun di dalam himpunan tersebut dan menyeru kepada rakyat Negeri Perak yang dinafikan hak mereka memilih menteri besar yang sah supaya dapat turut bersama. "Kami tegaskan bahawa apa yang akan dilakukan ini adalah satu jihad menegakkan keadilan dan kami ingin pastikan satu cara yang akan merubah sistem pilihan raya yang benar-benar bersih tanpa penyelewangan," katanya dalam satu kenyataan. Beliau mengulangi bahawa himpunan itu bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan, tetapi ianya bertujuan menuntut agar kerajaan akur dengan tuntutan rakyat supaya pilihan raya perlu bersih bagi memastikan Umno Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya yang akan datang kerana telah banyak menyusahkan dan menipu rakyat selama ini. "Kita hanya menuntut pihak Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia agar melaksanakan tuntutan penggunaan dakwat kekal (sebagaimana yang dilakukan di Indonesia dan India) untuk menghalang pengundian berganda, pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara. "Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan," katanya. Selain itu, ujarnya semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses yang sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio. Tambahnya, iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih sementara media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik. "Kami tidak gentar dengan pelbagai ugutan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memastikan kegagalan himpunan ini nanti tetapi kami pertegaskan bahawa himpunan tersebut adalah hak dan demokrasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara. "Kami bersama badan bukan kerajaan atas nama Bersih akan bersedia berdepan dengan Perkasa yang mengetuai Kotor (Badan Bertindak Pilihanraya Kotor) nanti," katanya- HD Tapi komer kena cari jalan macam mana nak menembusi halangan pihak polis nanti. Pasti akan ada banyak road block di sana sini, sepanjang jalan untuk menghalang rakyat daripada sampai ke destinasi tersebut. Jadi...komer kena plan baik-baik. Mesti ada plan A dan juga plan contigency. Rancang secara bijak agar matlamat ke sana tercapai untuk menjayakan Himpunan Bersih 2.0 tersebut. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kuasa rakyat boleh mengubah segalanya, insyaAllah. Good luck!! |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan