Addin |
- Panas!! Anak MB BN Jadi Samseng..
- (Gambar) Sekitar Pelancaran BERSIH 2.0 Negeri Melaka
- Malaysia Boleh!! 90% Penggodam Rakyat Tempatan..
- Harold Camping, Peramal Hari Kiamat Kena Azab
- Pelik!! Kambing Jantan Hasilkan Air Susu
- FELDA Tipu Lagi, Peneroka Jengka Saman RM 344Juta
- Akibat Percayakan GPS, Kereta Terjun Tasik
Panas!! Anak MB BN Jadi Samseng.. Posted: 17 Jun 2011 10:35 AM PDT Seorang ahli perniagaan dan merupakan mantan rakan kongsi Ahli Parlimen Labuan, Datuk Haji Yusof Mahal, Hanizam Rasiol Bin Mohammad, 49, tidak menyangka akan melalui pengalaman pahit dibelasah dengan kejam sehingga patah tulang hidung oleh anak Yusof, Yusani yang bukan sahaja samseng, malah bertindak ganas merampas kad pengenalan beliau dan dua rakannya. Malangnya, walaupun Hanizam membuat laporan polis di Balai Polis Labuan pada hari kejadian iaitu 29 April 2009 melalui laporan bernombor Labuan/002254/09, namun polis seolah-olah melindungi Yusani. Buktinya, Mykad Hanizam bernombor 620811-07-5055, Zahrol Azhar Bin Zuhri @ Darmo bernombor 690613-08-6275, Muhammad Shukri Bin Abdullah bernombor 471004-12-5013 masih dalam simpanan Yusani sehingga mereka bertiga terpaksa membuat permohonan gentian kad pengenalan berdasarkan laporan polis berkenaan. "Selepas kad pengenalan kami dirampas, mereka mahu membawa kami ke gudang untuk dilupuskan (dibunuh). Mujur polis sampai dan membawa kami semua ke balai," kata Hanizam yang menjelaskan Yusani bertindak ganas setelah berang kerana beliau dan rakannya datang menghadiri mesyuarat tapak ekoran projek yang dilaksanakan Yusani menggunakan lesen PKK milik Hanizam, Utara Kita Sdn.Bhd tanpa pengetahuannya mahu disenarai hitamkan Perbadanan Labuan. Bagaimanapun Hanizam menyatakan kes pertikian dan jenayah yang dilakukan Yusani akan diceritakan kemudian. "Yang penting, saya tidak mahu MyKad saya dan dua orang rakan saya yang dirampas Yusani disalahgunakan untuk tujuan tertentu. Saya juga menggesa agar polis membuka kembali fail siasatan berhubung tindakan Yusani merampas kad pengenalan kami kerana beliau bukan Pegawai Pendaftaran," ujar Hanizam yang menunjukkan Mykad gantian yang telah diperolehinya. Hanizam turut mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein agar campurtangan dan tidak melindungi polis yang menyalahguna kuasa bersubahat dengan Yusani melindungi kegiatan jenayah yang dilakukannya. "Saya hairan kenapa polis tidak dakwa Yusani yang merampas Mykad kami atau mengarahkan dokumen peribadi kami dikembalikan sedangkan itu kesalahan jenayah berat," tegas Hanizam yang turut mencurigai Pegawai Pendakwaraya yang mengendalikan kesnya./Sabahkini Addin : Buat lah apa sahaja.. negara ni kan mak bapak ko orang yang punya.. |
(Gambar) Sekitar Pelancaran BERSIH 2.0 Negeri Melaka Posted: 17 Jun 2011 04:14 AM PDT |
Malaysia Boleh!! 90% Penggodam Rakyat Tempatan.. Posted: 17 Jun 2011 02:48 AM PDT Kerajaan persekutuan yakin sebahagian besar penggodam yang menyerang laman web kerajaan dan agensinya dilakukan oleh rakyat tempatan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili berkata hasil siasatan awal menunjukkan kira-kira 90 peratus serangan dikenalpasti dijalankan oleh penggodam tempatan. Katanya daripada jumlah 200 laman web di negara ini yang diserang sejak tengah malam Rabu lalu, 60 adalah milik kerajaan dan agensinya. Dakwa Ongkili lagi sebahagian besar daripadanya sudah berjaya dipulihkan.Beliau, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah yang terbabit dengan penggodaman itu dan berkata akan menyerahkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan polis untuk bertindak./MK Addin : Kalau betullah dakwaan ini, aku tabik spring.. kat mamat-mat ni.. kerajaan cakap dah perabih jutaan ringgit untuk membangunkan website-website kerajaan yang canggih manggih ini kononnya.. tapi dengan sekali serangan para penggodam ni, abih lingkup dan masuk longkang 51 website kerajaan. Lain kali jangan takabur.. jangan bongkak.. Allah marah.. ade yang lebih terror dari gerombolan songkok tinggi rupanya.. kah..kah..kah.. lepas ni diaorang sebat lagi duit kita semua untuk maintenance website-website yang masuk longkang..kah..kah.. padan muka yang undi UMNO Be Edd.. |
Harold Camping, Peramal Hari Kiamat Kena Azab Posted: 17 Jun 2011 01:00 AM PDT CALIFORNIA - Tiga pekan setelah prediksi kiamatnya tidak terbukti, peramal kiamat asal Amerika Serikat, Harold Camping, pekan lalu terserang stroke tingkat menengah. Lelaki 89 tahun ini dilarikan ke rumah sakit dekat rumahnya di Alameda, California. Camping yang mengkampanyekan datangnya Hari Akhir lewat Family Radio, memperkirakan kiamat datang pada 21 Mei. Setelah tidak terbukti, ia mengkoreksi ramalannya bahwa jadwal kiamat sebenarnya baru tiba lima bulan lagi. Itu merupakan kesalahan Camping kedua setelah sebelumnya memprediksi Hari Pembalasan datang pada 1994. Seorang tetangga Camping yang menolak disebut identitasnya membenarkan pendeta dari kelompok Kristen Evangelis itu dibawa dengan ambulans dari rumahnya ke rumah sakit terdekat. "Ia terkena stroke di bagian tubuh sebelah kanan," katanya kepada Oakland Tribune. Manajer Regional Family Radio Inc., Charlie Menut, meminta semua pihak berdoa bagi kesembuhan Camping. Ia memperkirakan bosnya itu bisa berkhotbah lagi Senin pekan ini. Namun hingga berita ini ditulis, belum ada laporan mengenai kondisi kesehatan peramal kiamat itu. Sehari setelah dibawa ke rumah sakit, istri Camping, Shirley, mengungkapkan suaminya mulai pulih. Hanya saja, suaranya masih terganggu. Sejumlah pihak menilai serangan stroke yang dialami oleh Camping itu merupakan azab dari Tuhan. "Tuhan dalam Injil menilai dan menghukum. Hukuman itu berlaku bagi para penentang," kata Erick Thoennes, professor ilmu Injil dan teologi dari Biola University kepada Christian Post. Ia menambahkan azab dari Tuhan juga bisa berlaku bagi sekelompok orang, bangsa, atau gereja./Tempo |
Pelik!! Kambing Jantan Hasilkan Air Susu Posted: 16 Jun 2011 11:00 PM PDT LONDON – Klon genetik membuat kambing jantan mampu menghasilkan susu serupa air susu ibu (ASI). Kambing ini sepertinya betina yang terperangkap ditubuh jantan. Seperti apa? AgResearch menjadi 'dalang' praktek ini. Kambing ini dibaptis 'goys' yang merupakan cantuman 'girl' dan 'boy'. Hingga kini, sudah ada 15 goys di .New Zealand . Banyak kritik dengan kemunculan menyatakan, program ini harus dihentikan kerana kekhuatiran ilmuwan 'berperanan sebagai Tuhan'. Para pengkritik juga mengkhuatirkan bahaya jika kambing-kambing ini lepas dan DNA-nya menyebar. AgResearch mengatakan, sebanyak 75% kambing rekaan 'dibuat' di Hamilton. Semua 'pejantan' telah disterilisasi agar kambing ini tak boleh berkembang biak. Sejauh ini, ke-15 goys itu mampu menghasilkan ASI di usia enam bulan. Pengembangan kambing ini pun mendapat reaksi di banyak blog dan internet. "Saya tak mengerti mengapa mereka melakukan ini, bunuh saja haiwan-haiwan tak berdosa ini," tulis Carol Hill pada blog miliknya. Manager biosains terapan AgResearch Dr Jimmy Suttie mengatakan, kambing ini tak mengalami rekayasa genetik. "Kami sangat memperhatikan etika haiwan di AgResearch," ujarnya. Semua eksperimen ini diawasi doktor haiwan dan dewan etika haiwan. "Mereka tak mengkhuatirkan apa pun", tutupnya./BK Addin : Bila manusia jahil ingin menjadi tuhan dan merubah ciptaan ALLAH S.W.T.. |
FELDA Tipu Lagi, Peneroka Jengka Saman RM 344Juta Posted: 16 Jun 2011 09:08 PM PDT TEMERLOH-Seramai 711 peneroka dari kawasan Felda Jengka, Pahang akan memfailkan saman terhadap Felda, menuntut ganti rugi sebanyak RM344 juta berikutan penipuan dan pecah amanah yang dilakukan agensi itu. Peneroka terbabit dari Felda Jengka 3, 4, 5, 6, 8, 9 , 12 dan 13, diwakili peguam Sivarasa Rasiah akan memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Temerloh pagi ini. Pengerusi Biro Felda Kebangsaan dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, saman itu berhubung penipuan Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG) yang diterima mereka sejak 15 tahun lalu. Menurut Suhaimi, peneroka terbabit menerima KPG yang rendah dari nilai sebenar iaitu antara 17 hingga 18 peratus. Beliau berkata, peneroka berkenaan sepatutnya memperoleh KPG yang lebih tinggi sehingga boleh mencapai ke tahap 32 peratus. Setiap 1 peratus KPG dianggar bernilai RM40. Sekiranya jumlah itu dikira sejak 10 tahun lalu, kata Suhaimi, setiap peneroka terbabit mengalami kerugian tidak kurang RM100,000. "Kerugian yang ditanggung peneroka dalam tempoh 10 tahun tidak kurang 1,000 sebulan. "Ini tidak termasuk kes buah kelapa sawit yang dibuang oleh kilang Felda dengan alasan buah kelapa sawit yang mereka hantar mengkal dan muda. Tetapi apabila dihantar ke makmal, ia boleh mencapai 21 hingga 22 peratus KPG," kata Suhaimi. Suhaimi berkata, saman tersebut sebagai peringatan kepada Felda kerana lebih banyak saman akan menyusul, ekoran keengganan agensi itu untuk berunding dengan peneroka. Tambah beliau, selain isu KPG, Felda kini berdepan ratusan saman peneroka berikutan kegagalan agensi itu membayar wang tabung tanam semula kepada sebahagian 25,000 peneroka Felda yang mengusahakan tanaman mereka sendiri. "Berdasarkan siri lawatan kita ke seluruh negara, dalam isu KPG dan dana tabung tanam semula, sekiranya Felda masih enggan berunding, beratus saman akan dikemukan peneroka kepada Felda," ujarnya. Pada 14 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada peneroka Felda Kemahang 1 dan 2, selepas gagal membayar semula wang caruman yang disimpan peneroka di bawah tabung wang tanam semula yang diurus agensi itu. Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Felda membayar 354 peneroka Kemahang 3, Kelantan sebanyak RM11 juta kerana menipu peneroka berhubung isu KPG. Sebelum ini, Felda Serting dan Gugusan Raja Alias di Negeri Sembilan juga memfailkan saman sebanyak RM200 juta ke atas lembaga tanah berkenaan dalam isu yang sama.Pada 12 Jun tahun lalu pula 654 peneroka Gugusan Felda Maokil, Labis memfailkan saman terhadap Felda bagi menuntut ganti rugi lebih RM80 juta./KD |
Akibat Percayakan GPS, Kereta Terjun Tasik Posted: 16 Jun 2011 08:27 PM PDT WASHINGTON - Sebuah kenderaan jenis SUV tenggelam di dalam sebuah tasik dekat Taman Mercer Slough di sini kelmarin selepas seorang daripada tiga wanita yang memandu kenderaan itu mengikut laluan yang ditunjukkan menerusi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS). Kejadian itu berlaku pada awal pagi semasa mereka tersesat dalam perjalanan untuk kembali ke sebuah hotel. Pemandu kenderaan tersebut menyangka dia memandu di atas jalan raya semasa mengikuti arah panduan menerusi GPS. Namun, kenderaan itu bergerak memasuki sebuah tasik. Ketiga-tiga wanita itu menggigil selepas mereka berjaya keluar dari kenderaan tersebut yang kemudian tenggelam ke dalam tasik berkenaan. Sebuah trak tunda tiba di tempat kejadian pada kira-kira pukul 5 pagi namun kenderaan tersebut sudah tenggelam ke dalam tasik. Ia kemudian ditarik keluar dari tasik tersebut dengan menggunakan trak penunda itu./Kosmo |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan