Isnin, 13 Jun 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Katak Dajjal

Posted: 13 Jun 2011 08:27 AM PDT


Bersih 2.0 mahu mengadakan himpunan untuk menuntut keadilan serta reformasi dalam pilihan raya. Tak salah, kan??

Cuma ada pihak yang khuatir akan berlaku keadaan tak terkawal yang mungkin menyebabkan berlakunya keadaan tidak ketenteram. Ketenteraman akan tergugat sekiranya ada unsur negatif yang mencetuskannya.

Bersih telah berulang kali memberi jaminan bahawa para peserta yang akan menyertai himpunan tersebut akan berhimpun secara aman. Tak masuk akai kalau Bersih yang akan menimbulkan huru-hara sedang itu satu perhimpunan yang berniat baik. Bersih tentu mahu menjaga nama baiknya. Rakyat mesti diyakinkan bahawa Himpunan Bersih tidak akan menggugat ketenteraman awam.

Sebaliknya, ada pihak yang cuba menghalang himpunan aman yang dianjurkan oleh Bersih. Siapa mereka??

Ha ha ha ha... Katak Dajjal!! Katak Dajjal and The Geng.

Kalau berlaku keadaan yang havoc... polis kena cari geng Katak Dajjal al- Menggong sebab mereka yang asyik-asyik dan beriya-iya nak halang himpunan aman Bersih ini. Haaa... cer perhatikan sedutan-sedutan yang dipetik dari dalam akhbar ini....

  • Ketuanya, Datuk Ibrahim Ali berkata PERKASA akan"lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan itu
  • Ibrahim, yang juga ahli parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah "kotor".
  • "Saya tak boleh bayangkan, bila ramai yang berhimpun, mereka akan baling batu, bakar kereta... PERKASA akan turun ke jalannan dan halang mereka (perhimpunan BERSIH)," katanya.

Fulaaamakk.... Semua ayat-ayat yang berhighlight tersebut, menunjukkan bertapa samsengnya sifat Katak Dajjal al-Menggong. Aku kata dia menggong, sebab dia mempunyai imajinasi yang brutal. Fuuuhhh...!! Baling batu.... bakar kereta... Gilerrr pandi betoi imajinasi si Katak Dajjal ni.!!

Sebab tu aku ulang sekali lagi... KALAU BERLAKU KEADAAN HURU-HARA, POLIS KENA CEKUP SI KATAK DAJJAL AND THE GENG!!

Terang-terangan mereka dah memberi jaminan akan bertindak jika Himpunan Bersih ini diteruskan sedang penganjur Bersih setia dengan jaminan yang ia akan berjalan dalam suasana aman dan terkawal.

[sumber]

Senjata bahaya. It'll backfire

Posted: 12 Jun 2011 08:30 PM PDT


Senjata semakin popular dewasa ini. Tetapi awas.... Sapa guna senjata tu.... hangpa boleh mampuih!!



KUALA LUMPUR, 13 Jun — Penganalisis-penganalisis politik meramalkan serangan video seks ke atas timbalan presiden baru PAS Mohamad Sabu, melibatkan pemimpin kedua dari Pakatan Rakyat (PR), akan memberi kesan buruk ke atas parti pesaing mereka.

Pengarah Centre for Policy Initiatives Dr Lim Teck Ghee berkata, lebih banyak taktik kotor dan usaha mengaibkan dari kedua-dua sebelah perikatan akan muncul memandangkan persekitaran politik semakin "panas" di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum semakin dekat.

"Ini satu lagi usaha kotor bertujuan merosakkan imej parti-parti politik khususnya seorang pemimpin PAS.

"Memandangkan parti yang memperoleh manfaat adalah Umno, publik akan meragui parti memerintah," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kata beliau, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah pasti akan menafikan mereka bertanggungjawab manakala media dikawal perikatan itu akan menggunakan isu berkenaan untuk terus melakukan serangan.

"Oleh itu, terserah kepada pemimpin-pemimpin dalam masyarakat untuk mengecam tindakan ini dan mendedahkan pihak-pihak yang mahu mendapatkan manfaat daripadanya," kata beliau.

Minggu lalu, Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin menerima satu VCD menerusi peti suratnya, yang tertera gambar Mohamad dengan kata-kata "Skandal Seks Mat Sabu", dan satu kepala surat palsu bersama logo PAS selain risalah berkaitan video seks didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemimpin-pemimpin PAS mendakwa Umno di belakang perkembangan terbaru itu.

Kata mereka, Umno kelihatan terdesak untuk menyerang PAS dan komponen Pakatan Rakyat susulan keputusan pemilihan pusat parti Islam itu.

Mohamad menewaskan Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Penganalisis politik James Chin dari Universiti Monash berkata, serangan terbaru menggunakan video seks tidak akan membawa impak sama sekali memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia sudah pun "penat" dengan taktik sedemikian.

"Strategi menjelang pilihan raya umum ialah ada kumpulan orang yang dibayar untuk menyerang Pakatan Rakyat," katanya.

Kata beliau, kebanyakan rakyat sudah membuat keputusan dan pihak yang belum berbuat demikian semakin mengecil.

Chin berkata beliau menjangkakan banyak lagi taktik murahan seperti itu, contohnya video seks Anwar, skandal melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan juga isu membabitkan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik akan dibangkitkan menjelang pilihan raya umum ke-13.

". . . tetapi ia akan membawa kesan buruk ke atas (makan diri) mereka," katanya.

Pandangan itu disetujui oleh penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian sambil berkata, pengundi atas pagar juga tidak berminat dengan isu-isu tersebut.

"Tindakan bergantung pada isu yang sama hanya akan merosakkan parti masing-masing dan dalam kes ini selepas Mat Sabu menang, kemungkinan mahu menghantar mesej bahawa beliau tidak layak secara moral memegang jawatan itu," katanya.

Beliau menjangkakan lebih banyak taktik akan digunakan untuk memikat persepsi dan sentimen pengundi kawasan luar bandar.

"Ia cara murahan untuk mendapatkan undi dalam landskap politik semasa," kata beliau sambil menambah, parti-parti politik perlu menggunakan pendekatan sofistikated untuk memenangi hati pengundi kawasan luar bandar. - MI

Vote UMporNO@BN out!!

Posted: 12 Jun 2011 06:00 PM PDT


UMporNO hopeless. Tak cekap memerintah dan tak pandai urus ekonomi negara.Everything asyik naik and naik sajer.

But, they're very cekap in melingkupkan negara dan very pandai membuncitkan perut mereka. Tang tu... mereka expert.

Lantaran itu, kita kena buat perubahan dalam PRU13 nanti. Tak kisah ler bila ia akan diadakan tetapi bulatkan tekad untuk nyahkan kerajaan UMporNO yang menerajui politik negara kita. Tanpa UMporNO rakyat akan lebih sejahtera dan kebajikan kita akan lebih terpelihara. Jadi, jangan was-was lagi. Kuburkan saja UMporNO!!

Kita takkan rugi apa-apa jika UMporNO mampuss. Jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya dan memerintah negara... akan ringanlah beban hidup yang dipaksakan ke atas kita oleh kerajaan durjana UMporNO. Sebab.... Anwar Ibrahim dah berjanji yang Pakatan Rakyat akan menurunkan semula harga bahan api. Have faith in their Buku Jingga. Kita pasti, mereka boleh lakukannya!! Just give them a chance and they can do it!!

Jangan kasi chance lagi pada UMporNO. Mereka mengamalkan double standard terhadap rakyat Malaysia. So.... this 1Malaysia thing is all bullshit. Bukan 1Malaysia tetapi 2 Malaysia. 1Malaysia untuk puak-puak elit mereka dan 1Malaysia lagi untuk rakyat terbanyak. Jangan biarkan diri kita dilayan sebagai rakyat kelas kedua oleh UMporNO.

Cer kita tengok.... Pemberian subsidi pun ada double standard. Subsidi yang mereka guna pakai, mempunyai dua istillah yang berbeza bunyinya, tetapi sebenarnya... 2X5. Tak sama tapi serupa... Semuanya untuk megaburi mata rakyat dan untuk memperbodoh kita. Ciitt!! What an insult!!

Insentif istilah untuk para kroni mereka dan subsidi untuk rakyat terbanyak. Pemberian insetif diteruskan buat para kroni mereka, tetapi subsidi dihentikan buat rakyat terbanyak. Jadi... yang kaya bertambah kaya, sebaliknya yang miskin semakin terhimpit kehidupan mereka.

Ha ha ha... Ini macam mereka boleh kata yang mereka mengamalkan negara berkebajikan. Orang guna pakai konsep negara berkebajikan, mereka pun dakwa mereka dah lama mengamalkan negara berkebajikan. Adey... poooraaahhh!! Dasar kerajaan 'copy-cat'!! Ha ha ha... 'kerajaan ciplak' lu orang.

Itulah antara petanda kerajaan yang tak cerdik memerintah. Tak dinamik... Tak pro-aktif dan tak mesra rakyat. Sebab tu, ekonomi negara jauh tercicir. Negara lain semakin maju ke depan, kita pulak semakin tertinggal ke belakang. Hutang pulak berlambak-lambak....

Yang syiuknya, setelah ada pihak-pihak lantang menyarankan agar perjajina dengan IPP didedahkan dan agar RCI ditubuhkan bagi menyiasat IPP yang diberi insentif lumayan, barulah Najib malu-malu alah dan buat kenyataan yang kononnyer mereka berada di pihak rakyat, dalam isu ini. Setelah terhimpit dengan asakan demi asakan dari pelbagai pihak, barulah dia kata yang kabinet dapurnya akan menubuhkan satu jawatan kuasa untuk mengkaji dan membincangkan isu IPP ini.

Nah ambik ini, another.... poooraahhh!!

Jangan hanya pandai berjanji dan main sandiwara jer. Walk what you talk, weh oi... Jadi, kita tunggu dan lihat apa kesudahannya isu IPP ini. Rakyat dibela atau mereka akan terus bersandiwara dengan pelbagai alasan bodoh.

Well... pada aku, tak usah harapkan sangat pada mereka. Lebih baik ler kita beri Pakatan Rakyat peluang untuk membuktikan kemampuan mereka. Sebabnya.... dalam tempoh masa paling cepat iaitu 24 jam, kita akan berpeluang, menikmati penurunan harga bahan api. Manakala dalam tempoh 100 hari pula, kita akan dapat menikmati janji-janji lain yang terkandung dalam Buku Jingga.

So... do not hesitate, vote UMporNO out. Jadikan Pakatan Rakyat pilihan kita semua.

[Sumber: sini, sini, sini dan sini]

Tiada ulasan: