MIMPI SENJA |
- Pesawat papa terhuyung-hayang - Anak Allahyarham
- Siaran Akhbar MPF - Ancaman bunuh terhadap penganjur BERSIH
- Kit Siang dakwa kes trio Datuk T salah guna kuasa mahkamah
Pesawat papa terhuyung-hayang - Anak Allahyarham Posted: 24 Jun 2011 04:00 PM PDT KUALA LUMPUR: "Mama nampak pesawat papa terhuyung-hayang sebelum terhempas," kata Nur Ilyani Zakaria, 29, anak kedua Allahyarham Kolonel (B) Zakaria Salleh, 57, yang terkorban dalam nahas pesawat di Padang, Sumatera, Indonesia, kelmarin. Nur Ilyani yang juga anak kedua daripada lima beradik itu berkata, arwah bersama ibunya pergi ke Padang dari Melaka kira-kira jam 2 petang kelmarin. "Sebaik mama melihat keadaan pesawat yang dipandu papa itu, dalam hati mama terdetik akan kejadian itu kerana mama sering mendengar cerita daripada rakan mengenai keadaan pesawat sebelum terhempas. "Mama sangat terkejut dengan kejadian itu. Selepas terhempas saya difahamkan papa diberi bantuan kecemasan dan dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika ditemui di Surau Nur As-Sobirin, Bandar Tasik Puteri, Rawang, di sini. Nur Ilyani yang juga seorang setiausaha berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa bapanya selepas mendapat panggilan daripada ibunya pada hari kejadian. Sementara itu, anak ketiga Allahyarham, Hafedz, 27, berkata walaupun masih terkejut, mereka sekeluarga reda dengan pemergian arwah yang disifatkan sebagai seorang bapa penyayang dan sering memberi semangat kepada kelima-lima anaknya. Beliau yang bekerja di Kedah memberitahu kali terakhir bertemu bapanya pada minggu lalu ketika sambutan Hari Bapa. "Papa ajak kami sekeluarga makan bersama-sama di The Curve, Damansara. Pada hari itu papa gembira sangat, tetapi sedikit keletihan. "Papa juga tidak pernah memaksa kami jadi juruterbang dan menyokong apa saja cita-cita kami. Abang saya yang sulung seorang juruterbang. Saya akan mengambil lesen juruterbang dalam masa terdekat," katanya. Hafedz berkata, bapanya amat meminati dunia penerbangan dan dalam perancangan membangunkan akademi penerbangan di Rawang. Allahyarham selamat dikebumikan selepas solat Isyak, malam tadi di tanah perkuburan Bandar Tasik Puteri dan meninggalkan seorang balu, Leila Zurina Ahmad Nordin, 50 serta lima anak Muhammad Yamen, 30, Nur Ilyani, 29, Hafedz, 27, Eizat Hakim, 25, dan Farish, 17. Kejadian berlaku apabila pesawat ringan jenis Cristian Eagle yang dipandu arwah dalam pertunjukan aerobatik di Minang Aerosport 2011 jatuh di tanah lapang Kompleks Perundam III Tunggul Hitam, Padang, kira-kira jam 5.24 petang waktu tempatan. |
Siaran Akhbar MPF - Ancaman bunuh terhadap penganjur BERSIH Posted: 24 Jun 2011 10:40 AM PDT We the undersigned board members of MPF read with horror and disbelief the open threats to commit murder on proponents of BERSIH 2 March planned for 9 July 2011. Rhetorics and posturing are part and parcel of an active democracy, but any threat of violence is malicious and jeopardises the peaceful co-existence of all in this beloved country of ours Regardless of one's feelings about the correctness or otherwise of the planned gathering on 9 July 2011, nobody other than the insane or racial supremacist will be in agreement with the obnoxious wave of highly coordinated text messages aimed at Dato' Ambiga and her like minded colleagues. The inaction of the relevant authorities does not bode well for an otherwise peaceful and harmonious Malaysia. Failure to apprehend and charge the culprit with intent to murder will be dereliction of duty of the highest order. The silence of the national leaders in the face of this racist and deplorable death threat is also cause for concern. All Malaysians who love this country must unequivocally condemn this dastardly and cowardly act of extreme provocation. The royal houses whose existence depends on continued peace in Malaysia must also be in unison in unreservedly condemning this vicious threat to the very fabric of our pluralistic society. We, members of civil society have had enough of the escalating threats by individuals and groups who have increasingly upped the ante on pursuing their parochial and racist agenda. Unless genuine political will deals firmly with such racial supremacist provocations, the slogan 1Malaysia will paradoxically be long remembered as an era of "heightened racial tension" and "intense religious conflict". Dr Mazeni Alwi Dr Shaikh Johari Bux Haji Mohamed Ali Ghazali Dr Jeffrey Abu Hassan Dato' Dr Musa Mohd. Nordin |
Kit Siang dakwa kes trio Datuk T salah guna kuasa mahkamah Posted: 24 Jun 2011 06:29 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Jun — Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata prosiding kes melibatkan trio Datuk T di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi seolah-olah menunjukkan wujud salah guna proses mahkamah sehingga menggambarkan urusan kehakiman negara menjadi "bahan lucu." Justeru, Lim juga menyoal sama ada salah guna proses mahkamah itu sebahagian daripada konspirasi melibatkan Peguam Negara dan polis sehingga kes itu sudah lewat tiga bulan untuk dibawa ke mahkamah. "Misalnya, juga didakwa bahawa ada keterangan pakar bahawa lelaki dalam video seks itu 99.99 peratus adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya lagi. Lim juga menyoal tentang nilai dan kredibiliti bukti pakar sedangkan ia tidak dicabar atau diperiksa dengan keterangan-keterangan pakar lain, membawa kepada status akaun satu sebelah tidak lebih daripada dengar cakap. "Banyak persoalan bangkit daripada prosiding yang melucukan di Mahkamah Majistret pagi ini, di mana trio Datuk T menjustifikasikan jenayah mereka demi kepentingan negara," katanya. "Adakah Peguam Negara akan bersetuju bahawa sesuatu yang relevan untuk mengurangkan hukuman ke atas kesalahan yang dilakukan oleh sesiapa, sama ada mencuri dokumen atau melanggar Akta Rahsia Rasmi, jika jenayah itu dilakukan dengan tujuan murni mendedahkan rasuah besar melibatkan menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin dalam kerajaan?" kata beliau. "Soalan yang saya hendak kemukakan sama ada Peguam Negara dan polis sebahagian daripada konspirasi dalam salah guna kuasa proses mahkamah trio Datuk T, menyebabkan kelewatan tiga bulan dalam mendakwa mereka. "Jika begitu, kedua-dua Peguam Negara dan Ketua Polis Negara harus menjelaskan mengapa mereka kompromi dalam kebebasan, profesionalisme dan integriti pejabat mereka untuk melibatkan dalam permainan politik trio Datuk T dan ketua-ketua mereka dalam Umno?" kata Lim. Tengah hari tadi, trio Datuk T menegaskan walaupun dijatuhkan hukuman kerana menayangkan bahan lucah, namun mereka menyifatkan ia "satu kejayaan" apabila dapat menyampaikan kepada rakyat identiti sebenar Anwar. Ketiga-tiga Datuk T itu diijatuhkan didenda RM5,500 atas kesalahan menayangkan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa mirip Anwar. Ketika prosiding pagi tadi, kesemua mereka iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan. "Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong kes yang merupakan satu hipokrasi, walaupun saya tidak berapa gembira dengan hukuman (dikenakan), tapi demi rakyat kami sedia berkorban. "Hipokrasi yang berlaku ini harus dihapuskan dan kami yakin Anwar Ibrahim sebagai orang dalam video seks itu dan telah melakukan kemaksiatan," kata Abdul Rahim pada sidang media ringkas di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta di sini. Tegas beliau, pihaknya akur dengan keputusan yang dibuat Majistret Aizatul Akmal Maharani sambil menegaskan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video seks itu. "Anwar Ibrahim yang melakukan hipokrasi ini tidak layak untuk menjadi perdana menteri dan kami berharap selepas ini, rakyat dapat menghakimi perkara yang sebenar. "Tiada lagi kenyataan mirip-mirip Anwar... yang ada hanya Anwar Ibrahim," katanya. Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, telah menafikan bahawa beliau adalah si pelaku dalam rakaman video seks itu selain telah membuat laporan polis. Shazryl dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara. Sementara Abdul Rahim pula secara berasingan didakwa bersubahat dengan Shazryl dan Shuib. - TMI |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan