Jumaat, 24 Jun 2011

bumiperak

bumiperak


KP JKR: PAS dakwa KSN bohongi Agong

Posted: 24 Jun 2011 02:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: CUEPACS bersedia untuk menemui Majlis Bersama Jabatan Pihak

Pekerja Jabatan Kerja Raya (MBJ-JKR) yang dianggotai lima kesatuan sekerja untuk membincangkan isu dua Ketua Pengarah di jabatan yang dilihat semakin serius kerana berlarutan hampir dua bulan.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya menerima memorandum MBJ-JKR, kelmarin yang secara terperinci menyatakan pandangan mengenai isu itu dan CUEPACS akan turut meneliti dokumen berkenaan. "MBJ-JKR ada menghubungi CUEPACS sebelum ini dan mahu kita mengambil tindakan susulan untuk memperbetulkan keadaan...

"Kita juga akan mengadakan pertemuan dengan bekas Ketua Pengarah JKR, Datuk Seri Prof Dr Judin Abdul Karim untuk mendapatkan perincian perkembangan semasa. Hanya selepas itu, CUEPACS boleh memutuskan apa tindakan yang boleh diambil," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat CUEPACS di sini, semalam.

Sementara itu, MBJ-JKR mahu kemelut berkenaan diselesaikan segera bagi mengelakkan wujud dua kumpulan dalam JKR.

Yang Dipertua Pertubuhan Profesional JKR (ProJKR), Zulkifli Ahmad, berkata ini kerana konflik itu kini sudah menjadi perbualan hangat dikalangan pegawai dan kakitangan di ibu pejabat JKR sehingga timbul soalan siapakah Ketua Pengarah JKR yang sah.

"Kami bukannya mahu melawan mana-mana pihak tetapi sebagai kakitangan kerajaan, kami mahu isu ini diselesaikan segera kerana kita risau akan menimbulkan pelbagai masalah di peringkat jabatan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat JKR di sini, semalam.

YANG Dipertua Pertubuhan Professional JKR, Zulkifli Ahmad bersama Setiausaha Bersama Pihak Pekerja MBJ-JKR, Hashim Mahmud (kiri) dan Feriz Omar (kanan) menunjukkan  surat dan keratan akhbar  di pejabat JKR, semalam.
YANG Dipertua Pertubuhan Professional JKR, Zulkifli Ahmad bersama Setiausaha Bersama Pihak Pekerja MBJ-JKR, Hashim Mahmud (kiri) dan Feriz Omar (kanan) menunjukkan surat dan keratan akhbar di pejabat JKR, semalam.

Tiada ulasan: