Khamis, 2 Jun 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Inkues kes Sarbaini cetus keraguan, kata pemimpin PKR

Posted: 02 Jun 2011 09:55 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Pengumuman polis semalam, yang disifatkan sebagai "secara tiba-tiba", agar diadakan satu inkues berhubung insiden kematian pegawai Kastam Ahmad Sarbaini Mohamed di pejabat SPRM dua bulan lalu, mencetuskan lebih banyak keraguan, kata pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.

"Kami menganggap keputusan polis dan Peguam Negara sebagai sesuatu yang meragukan, tidak wajar dan tidak betul," kata dua naib presiden parti itu, N Surendran dan Nurul Izzah Anwar dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan hari ini.

Pengumuman mengenai keperluan inkues itu dibuat sehari selepas kepimpinan PKR menyerahkan memorandum kepada Polis Diraja Malaysia meminta disegerakan siasatan berhubung aduan dibuat oleh balu Ahmad Sarbaini (gambar), bekas penolong pengarah Kastam yang ditemui mati di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan 6 April lalu.

Kata mereka, pendakwaan jenayah adalah lebih wajar daripada disyorkan agar diadakan satu inkues buat masa sekarang.

Malah kata mereka, Ahmad Sarbaini berada dalam keadaan sempurna dan seorang ketua keluarga yang sihat, yang pergi ke pejabat SPRM Wilayah Persekutuan untuk membantu siasatan di agensi pencegahan rasuah itu.

"Tiada bukti yang beliau bunuh diri dan dibuktikan bahawa beliau tiada kekayaan di luar kemampuan. Motif dia membunuh diri juga tidak wujud," kata kenyataan itu lagi.

Kedua-dua pemimpin itu berkata, jika benar wujud keraguan yang serius berkenaan punca kematiannya, polis dan Jabatan Peguam Negara seharusnya telah mengarahkan inkues dengan segera susulan insiden itu awal April lalu.

"Malah sejak kematiannya, polis memberikan gambaran bahawa siasatan berjalan dengan lancar dan orang ramai dan keluarganya akan terima penjelasan mengenai kematiannya secepat mungkin.

"Adakah gambaran ini diberikan hanya untuk memuaskan kemarahan orang ramai ekoran tragis ini?" kata kenyataan bersama ini.

Kata mereka, pada pertengahan April lalu, pihak polis juga ada mengatakan siasatan di peringkat akhir dan kini kelihatan ia tidak berguna sehingga satu inkues perlu diadakan.

"Mengapakah publik dikelirukan dalam hal ini? Malah, pengumuman mengejutkan ini datang sehari selepas PKR menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara mempersoalkan kurangnya tindakan (pihaknya) dalam kes Sarbaini," kata kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, kata kenyataan tersebut, perkembangan terbaru ini merumuskan tujuan inkues adalah untuk melengah-lengahkan kes Ahmad Sarbaini dan membiarkan orang ramai tertanya-tanya mengenai kemajuan insiden kematian Allahyarham.

Sebaliknya, kedua-dua pemimpin itu menggesa agar kerajaan mendedahkan hasil siasatan polis mengenai kematian Ahmad Sarbaini kepada umum.

"Rakyat dan keluarga Sarbaini berhak untuk mengetahui mengapa tiada jawaban lagi mengenai punca kematian Sarbaini.

"Polis dan Peguam Negara mesti menjelaskan sebab-sebab mereka mahu memanggil inkues dan mengapa siasatan gagal mengenal pasti punca kematian," kata kenyataan itu sambil menggesa tindakan tegas diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab atas kematian Ahmad Sarbaini. - TMI

Tazkirah pagi Jumaat oleh Dr Asri

Posted: 02 Jun 2011 07:41 PM PDT

Hello orang PAS, setakat sembang deras kami dah lama menyumpah!

Posted: 02 Jun 2011 10:54 AM PDT

Hari ni Jumaat. Orang PAS bermuktamar. Selamat bermuktamar orang PAS. Selamat pilih pemimpin. Siapa hampa sokong, hak demokrasi hampa.

Siapa menang pun, kami rakyat jembel tetap sama. Jangankan dua tiga biji kereta mewah walaupun tak ada kerja, duit empat lima puluh pun tak singgah lama dalam poket kami. Harga minyak naik. Harga barang naik. Harga barang makan naik. Harga ikan pun akan mengamuk (baca di sini).

Beban akibat bangang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno memerintah, makin ganas depa hempok atas kepala kami. Kami dah tak tahan tak habis-habis dihempok beban akibat kebongokan syaitan-syaitan yang menggila nak pertahan kuasa habis-habisan.

Siapa-siapa yang menang, setakat mana sanggup berkorban tolong perjuangkan nasib kami? Siapa bukan berjiwa ningrat yang menyelit-nyelit lari bila nampak polis ketika terpaksa tunjuk muka dalam gelombang membela nasib kami? Siapa bukan berjiwa ningrat yang cepat-cepat diangkut pengawal-pengawal peribadi atau pak yet-pak yet yang wala' atau yang makan upah bila nampak polis nak datang ketika terpaksa heret badan menumpang gelombang membela nasib kami? Siapa sanggup menderita kerana membela nasib kami, rakyat jembel?

Siapa yang bila jadi pemimpin kerajaan tidak akan sergah aktivis parti yang jembel dengan lagak bagak "hampa tau apa?" atau "aku menteri besaq"? Siapa yang tak akan jerkah aktivis parti yang jembel dan rakyat bawahan macam anjing kurap?

Siapa yang tak penakut menderita kerana membela rakyat? Siapa yang tak berlakon, benar-benar jujur menyantuni rakyat?

Setakat sembang deras kami dah lama menyampah, kami dah lama menyumpah

Video seks - Dewan Ulama PAS kecam kerajaan Najib

Posted: 02 Jun 2011 09:03 AM PDT

GOMBAK, 2 Jun – Dewan Ulama PAS Pusat tidak dikejutkan dengan saingan pemilihan hari ini, tetapi tetap menarik perhatian kerana memutuskan untuk membawa usul video seks yang didedahkan trio "Datuk T" Mac lalu ke Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang bermula esok.

Keputusan itu diluluskan sebulat suara hari ini.

Di bawah usul itu, Dewan Ulama PAS Pusat menolak pendedahan video seks, yang si pelakunya dikaitkan mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut usul itu, video tersebut disifatkan sebagai satu fitnah jahat yang dibuat pihak tertentu untuk tujuan politik.

Usul itu akan dikemukakan anggota Dewan Ulama PAS Kelantan Nik Razi Nik Mat iaitu adik bongsu kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Nik Razi, usul itu dibentang bagi membolehkan para perwakilan membahaskan motif sebenar ia disebarkan dan kaitannya dengan rancangan pihak tertentu untuk melemahkan pengaruh Pakatan Rakyat.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Dewan Ulama Hamdan Mohamad selepas mendapat persetujuan perwakilan dalam Muktamar Dewan Ulama yang berlangsung di Taman Melewar dekat sini.

Nik Razi yang mencadangkan usul tersebut berkata, beliau mengutuk kerajaan pusat kerana membenarkan pengeluaran dan menyebarkan video lucah secara bebas dan meluas.

"Kerajaan hanya berdiam diri berkenaan pendedahan video lucah tanpa beri sebarang pandangan mengikut perspektif Islam," katanya sambil meminta ulama agar berjihad untuk menggulingkan Barisan Nasional (BN).

"Jihad bukan dengan darah tetapi niat dalam hati, gulingkan BN. Selagi Umno memerintah negara, timbul bermacam-macam masalah.

"Masalah tidak akan selesai kecuali kita tumbangkan mereka dari Putrajaya.," ujar beliau.

Wakil Dewan Ulama PAS pusat Kubang Pasu ketika menyatakan sokongan penuh terhadap usul tersebut berkata, beliau menggelar ulama-ulama Umno sebagai 'syaitan bisu' kerana beranggapan pendedahan video tersebut akan mencetuskan huru-hara.

"Saya setuju usul yang dikemukan wakil DUPP Kelantan. Mereka (ulama-ulama Umno) adalah syaitan bisu. Tindakan mendedahkan video lucah dikatakan cuba menyesatkan masyarakat Islam," kata wakil itu.

Beliau yang menyifatkan ulama Umno sebagai 'syaitan bisu' ekoran tindakan mereka yang mendedahkan video seks dengan mendakwa Anwar.

Tambah wakil Kedah itu, BN sudah ketandusan cara untuk menghalang Pakatan Rakyat memiliki Putrajaya pada pilihan raya ke-13.

Katanya, BN sengaja membiarkan penyebaran dan pendedahan video tersebut semata-mata ingin memecahbelahkan PAS dari Pakatan Rakyat.

"Mereka mahu kita hilang kepercayaan kepada pimpinan Anuar Ibrahim. Bila PAS keluar dari Pakatan, Umno akan bermaharajalela," ujarnya.

Atas hasutan ini, beliau turut berkata, PAS terpaksa hadapi risiko kehilangan pengundi.

"Ini disebabkan kebanyakannya orang Melayu mempercayai pelaku video lucah itu.

"Justeru, PAS kehilangan undi memandangkan majoriti pengundi PAS, 65 peratus terdiri daripada orang Melayu," katanya lagi.

Hari Belia dan kemunafikan pentadbiran Najib

Posted: 02 Jun 2011 08:24 AM PDT

Hari belia 2011. Saya cuba untuk tidak sinikal dan bersikap non-partisan. Akan tetapi, tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan-perasaan tertentu. Di sebalik kemunafikan dan hipokrasi pemimpin. Apalah sangat Najib duduk bersama para belia menonton perlawanan bola di sambutan Hari Belia kelmarin dan ini bukan pertama kali. Sebelum ini, ada yang mengatakan, Najib "nampak cool" apabila turun ke bawah, hang out menonton bola di Bukit Bintang yang digambarkan sebagai tempat paling hip di Kuala Lumpur. Siapa peduli?

Najib, selaku Perdana Menteri Malaysia, menonton bola bersama belia-belia, membawa kita mengimbau kembali peristiwa berdarah beberapa ketika tidak lama dahulu. Tewasnya saudara kita Aminulrasyid di tangan Polis juga selepas menonton perlawanan bola. Kematian akibat ditembak Polis selepas menonton bola bukan sesuatu yang biasa di negara ini dan perkara ini amat mengejutkan. Malah, yang melakukan "pembunuhan" bukanlah penjenayah tetapi orang yang menerima amanah untuk menjaga keselamatan kita semua. ... SETERUSNYA

Saya tak pernah jumpa Husam di China - Kickdefella

Posted: 02 Jun 2011 06:31 AM PDT

 Husam berkata tuduhan beliau berbual telefon dengan Syed Azidi adalah palsu.

SHAH ALAM, 2 Jun — Pemblog Syed Azidi Syed Abdul Aziz menegaskan, beliau tidak pernah bertemu dengan Datuk Paduka Husam Musa sejak akhir 2009, lebih-lebih lagi di China sebagaimana didakwa blog-blog pro-Umno, malah tidak pernah menerima RM300,000 untuk berkempen membantu beliau pada pemilihan PAS kali ini.

"Dakwaan bahawa saya telah bertemu dan menerima wang sejumlah RM300,000 di Republik Rakyat China daripada YB Datuk Haji Husam baru-baru ini adalah tidak tepat," kata beliau dalam penjelasan yang disiarkan menerusi blognya malam ini.

Syed Azidi yang turut dikenali sebagai Kickdefella berkata, semenjak 9 November 2009, Husam dan beliau tidak pernah bertemu, melainkan berbual menerusi telefon dan bertukar-tukar pesanan ringkas.

"Pada 10 Novermber 2009, kontrak saya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dan semenjak itu saya tidak lagi berkhidmat secara rasmi dengan Datuk Husam," katanya.

"Pada 10 Novermber 2009, kontrak saya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dan semenjak itu saya tidak lagi berkhidmat secara rasmi dengan Datuk Husam," katanya.

Katanya, pada 18 November 2009, beliau telah bertemu dengan seorang individu yang mewakili pihak Husam di mana persoalan pampasan untuk dirinya telah dibincangkan.

"Saya memohon pihak Datuk Husam menjelaskan berberapa kos tertunggak yang berjumlah RM50,000. Tengah hari tersebut, saya dimaklumkan oleh individu itu bahawa Datuk Husam bersetuju untuk menyelesaikan kos tertunggak itu.

"Saya juga ditanya sekiranya saya bersetuju dengan pampasan berjumlah RM300,000. Dengan rasa bersyukur saya bersetuju," katanya lagi.

Kemudian, kata Syed Azidi, pada 15 Disember 2009 beliau telah berlepas ke Singapura dan terus ke China di atas urusan penggambaran.

"Saya pulang ke Singapura pada 22 Disember 2009. Itu adalah kunjungan terakhir saya ke China hingga ke hari ini," katanya lagi.

Kata Syed Azidi (kiri), beliau yakin maklumat itu yang telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu dan diolah menjadi satu cerita hebat untuk disalurkan kepada sahabat-sahabat sibernya kononnya telah bertemu dengan Husam di China dan transaksi dibuat di sana kononnya pada minggu lepas.

"Mereka yang menyalurkan maklumat ini adalah amat tidak bertangunggjawab dan dari sumber yang saya terima, ia datang dari seorang individu dari luar Kelantan yang berkait rapat dengan seorang calon yang bertanding bersama Datuk Husam bagi merebut jawatan Naib Presiden PAS.

"Saya tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan terhadap sahabat-sahabat siber saya. Saya juga tidak akan memohon mereka meminta maaf kepada saya. Sebagai seorang blogger, saya sentiasa sedar cabaran yang kita hadapi," katanya. lagi.

Sementara itu, Husam dalam kenyataan SMS kepada The Malaysian Insider lewat petang ini berkata, "mengenai kononnya saya ada berbual melalui telefon dengan beliau kebelakangan ini, juga adalah palsu."

"Rekod telefon saya dan beliau boleh disemak. Namun saya akui beliau ada menghantar beberapa mesej seminggu dua yang lalu memaklumkan beliau menulis mengenai kenaikan harga minyak dan saya membalasnya sekali dengan berkata tahniah.

"Syed Azidi telah beberpa kali menimbulkan sensasi tetapi setiap kali sensasi itu berlalu, kredibiliti beliau semakin pudar," katanya lagi.

Dalam penjelasan kepada The Malaysian Insider yang dibawa pagi tadi, Husam sendiri menafikan dakwaan kononnya beliau ada bertemu dengan Syed Azidi bagi mendapatkan bantuannya berkempen pada pemilihan PAS pusat yang berlangsung sekarang.

"Saya tak jumpa dia (Syed Azidi) di China, di Jepun atau di Antartika pun... itu (dakwaan) seratus peratus palsu, yang datang dari blog-blog picisan ," kata Husam.

Husam, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, yang bertanding semula kerusi naib presiden berkata, beliau sudah beberapa kali mengunjungi China sempena lawatan kerja tetapi tidak sama sekali bertemu dengan Syed Azidi.

Malah kata Husam, beliau juga tidak mendapatkan bantuannya menghadapi pemilihan parti kali ini.

Syed Azidi meletakkan jawatan pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akhir 2009.

Salah satu blog pro-Umno mendakwa pihaknya ada mendengar kononnya Syed Azidi menerima bayaran sebanyak RM300,000 daripada "orang Husam".

"Saya cuba juga risik sana sini tapi tiada siapa yang boleh mengesahkannya. Malam tadi perkara berkenaan mula kecoh di Twitter dan Facebook. Kalau dah kecoh, mungkinlah itu semua ada asasnya," kata blog rbfonline yang turut menyenaraikan lima persoalan bagi Syed Azidi.

Sambil melihat ia sebagai usaha jahat menjelang setiap kali pemilihan, Husam berkata, tindakan-tindakan seperti itu perlu ditangani

Umno hilang sokongan Melayu bandar : EIU ... hahaha mampuih pi kat dia

Posted: 02 Jun 2011 03:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat kajian antara bangsa, Unit Kecemerlangan Penganalisis Ekonomi (EIU) mendedahkan bahawa Umno semakin hilang sokongan daripada Melayu, khususnya Melayu bandar.

Laporan terbarunya menyebut bahawa kehilangan sokongan di kalangan Melayu kelas pertengahan terhadap Umno, disebabkan amalan rasuah dan politik intrik (kotor) yang dilakukan parti pemerintah itu.

Kelompok ini, dikatakan mendapat maklumat meluas dan pembacaan yang lebih terbuka dari media baru di internet.

"Meskipun pengundi di luar bandar di semenanjung Malaysia berterusan menyokong Umno, terdapat cadangan mengatakan parti itu hilang sokongan signifikan dari golongan berpendidikan, Melayu liberal kelas pertengahan," Kata cabang penyelidikan majalah mingguan, The Economist itu.

Sejak kebelakangan ini, Umno berterusan menggunakan sentimen Melayu dan agama, melalui media dan lidah rasmi mereka seperti Utusan Malaysia dan TV3.

Ia termasuk dakwaan jahat bahawa wujud usaha untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi dan melantik perdana menteri di kalangan penganut agama itu.

Meskipun pelbagai usaha dilakukan Umno, namun tindakan itu gagal menarik sokongan Melayu terhadap parti itu yang semakin berkurangan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14635

Misteri orang ke 3 : Najib didesak tunjuk pasport

Posted: 01 Jun 2011 11:27 PM PDT

KEADILAN mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendedahkan rekod perjalanannya bagi membuktikan dirinya bukan individu ketiga yang dikatakan bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibuu dalam penerbangan ke Malta.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, Najib perlu tampil memberi penjelasan, sebelum perbicaraan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene itu dimulakan di Mahkamah Perancis, Julai ini.

"Saya harap Jabatan Imigresen tidak memadamkan rekod itu. Najib bukan sahaja perlu dianggap bersih, tetapi dia perlu dilihat bersih," kata Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution pada sidang media di ibu pejabat Keadilan.

Misteri tersebut sebelum ini didedahkan Pengarah Uruseti Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel. Ia berikutan penemuan bayaran e-tiket penerbangan yang disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya.

Dalam sidang media hari ini, Saifuddin turut mendedahkan individu terbaru yang dipercayai berperanan dalam urusniaga pembelian kapal selam, iaitu pengarah Perimekar Sdn Bhd, Tan Sri Nordin Wok Kamaruddin.

Nordi juga dikatakan seorang pegawai di Kementerian Pertahanan yang turut mewakili kepentingan kerajaan Malaysia melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Saifuddin berkata, maklumat itu dibocorkan oleh kabel diplomatik Wikileaks melalui pendedahan Kedutaan Amerika Syarikat.

"Nordin adalah watak penting sewaktu Najib menjadi Menteri Pertahanan ketika urusniaga itu dilakukan pada tahun 2002.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14604

Tiada ulasan: