MiLo SuaM |
- Mesej ugutan bunuh dihantar kepada penganjur BERSIH 2.0
- Najib Razak dan Bik Mama Tunisia dipenjara 35 tahun
- Siapa menipu, Ketua Polis atau Utusan Malaysia?
- Dato T dilihat di Pejabat PM 11:40 pagi tadi, Apa cerita?
Mesej ugutan bunuh dihantar kepada penganjur BERSIH 2.0 Posted: 22 Jun 2011 11:31 PM PDT NAMPAKNYA perhimpunan BERSIH 2.0 "walk for democracy" yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 ini di ibu negara benar-benar menggerunkan gerombolan songkok tinggi dan penyokong-penyokong United Malays No Otak. Lepas satu, satu provokasi dicetuskan untuk membatalkan suara rakyat yang menuntut pilihanraya yang bersih, adil dan telus. Terbaru, mesej ugutan bunuh pula dihantar kepada penganjur perhimpunan tersebut menggunakan nombor 601119732179 seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini [Malaysiakini]. Gerombolan songkok tinggi cuba menggambarkan bahawa perhimpunan rakyat yang bakal diadakan ini sebagai satu perhimpunan yang ganas, perhimpunan yang buruk. Namun anda lihat sendiri dengan mata kepala anda, ternyata merekalah yang mencetuskan keganasan. Perangai mengalahkan yahudi, orang buat perhimpunan aman menuntut keadilan dia sebok nak cetuskan kekacauan, siap buat ugutan bunuh. Berikut kandungan mesej berbaur ugutan bunuh tersebut:
ReJaM© "Rakyat terus bangkit! Takkan heran dengan ugutan bodoh United Malays No Otak" |
Najib Razak dan Bik Mama Tunisia dipenjara 35 tahun Posted: 22 Jun 2011 12:46 PM PDT GUA terbaca tajuk berita akhbar Berita Harian semalam, gua terpandang berita pasal Perdana Menteri Tunisia dan isterinya yang digulingkan oleh rakyat baru-baru ini. Kalau lu orang tengok sebelum ni, PM Tunisia, Ben Ali dan bini dia Laila Trabelsi ni punyalah suci masa pegang kuasa dulu. Media Tunisia dia boleh kawal ikut suka macam bapak dia punya media, semua cerita yang bagus-bagus pasal dia je yang keluar kat media Tunisia. Bini dia si laila Trabelsi pulak berlagak baik, hari-hari keluar kat media, hari-hari bagi derma kat yayasan kebajikan. Kalau ikut pada laporan media Tunisia, Laila Trabelsi adalah wanita paling dermawan di Tunisia dan Ben Ali adalah Perdana Menteri yang mendahulukan rakyat. Namun hakikatnya, harga barang naik tak berhenti-henti, harga barang keperluan harian naik, harga gula, minyak, gandum dan sebagainya. Pengangguran semakin meningkat di Tunisia, namun kerajaan Tunisia di bawah pemerintahan Ben Ali memberikan pelbagai alasan untuk menyekat kemarahan rakyat. Akhirnya kerana seorang graduan penjual buah-buahan yang membuat protes dengan membakar dirinya, rakyat Tunisia bangkit menumbangkan Kerajaan Ben Ali dan Laila Trabelsi. Kini segala kelentong Ben Ali dan Laila Trabelsi (sebut Najib dan Bik Mama Tunisia) sudah terbongkar. Pencuri duit rakyat ini terpaksa merengkok 35 tahun dalam penjara. Di Malaysia pula sekarang ni media-media kawalan kerajaan menyiarkan berita-berita yang mengampu Najib dan Bik Mama seolah-olah mereka manusia suci dan bersih ditambah dengan maksum. Semua kebocoran duit tak mahu disiasat, semua kes yang melibatkan orang atas dilenyapkan begitu saja. Lu orang nak tengok orang-orang pangkat besar ni masuk penjara? Jom kita kasi tumbang Barisan Nasional. Satu-persatu menteri akan dipiat telinga untuk mereput dalam penjara. Tak percaya cubalah... RentaP© "Bik Mama punya beg tangan pun sampai beratus ribu harga lu nak kata dia bersih? Khak Ptuih!" |
Siapa menipu, Ketua Polis atau Utusan Malaysia? Posted: 22 Jun 2011 09:38 AM PDT UTUSAN Malaysia sebelum ini menyiarkan sebuah berita yang mendakwa terdapat satu gerakan rahsia melatih para pelajar sebuah sekolah agama di Negeri Sembilan untuk membenci, dan menumbangkan kerajaan dengan alasan jihad [Utusan]. Utusan Malaysia, akhbar milik United Malays No Otak, itu turut melaporkan kononnya para pelajar sekolah berkenaan diajar dan dilatih untuk menyertai perhimpunan haram. Rujuk screenshot di bawah Kita semua sudah sedia maklum bahawa Utusan Malaysia hanyalah sebuah akhbar propaganda gerombolan songkok tinggi atau nama manjanya gerombolan penyebar video lucah untuk menanamkan dakyah-dakyah United Malays No Otak ke dalam fikiran rakyat Malaysia. Apa yang menarik di sini, akhbar milik MCA, The Star telah melaporkan berita bercanggah dengan laporan Utusan Merapu berhubung perkara ini. The Star telah menyiarkan kenyataan Ketua Polis Negri Sembilan, Datuk Osman Salleh yang menjelaskan bahawa tiada bukti terhadap dakwaan Utusan itu [TheStar]. Nampaknya perisik Utusan Malaysia jauh lebih hebat daripada perisik Polis DiRaja Malaysia. Sampaikan berita yang tak wujud pun boleh masuk surat khabar kah kah kah... ReJaM© "Apa yang gerombolan mahu anda fikir, itulah yang menjadi berita Utusan..." |
Dato T dilihat di Pejabat PM 11:40 pagi tadi, Apa cerita? Posted: 22 Jun 2011 06:12 AM PDT MALAYSIAKINI hari ini melaporkan bahawa Dato T akan didakwa pada Jumaat ini di salah sebuah mahkamah di ibu negara berhubung kesalahan menyebarkan video lucah baru-baru ini [Malaysiakini]. Pagi tadi salah seorang anggota yang menggelarkan diri mereka sebagai Dato T, iaitu bekas ketua menteri Melaka Rahim Tamby Chik dilihat masuk ke pejabat Perdana Menteri di tingkat 3 bangunan parlimen pada jam 11:40. Tujuannya masih tidak diketahui namun dipercayai ada kaitan dengan kes dakwaan penyebaran video lucahnya di mahkamah Jumaat ini. Kalau dilihat, ada sesuatu yang "fishy" di sini, mengapakah Rahim Tamby Chik berjumpa Perdana menteri terlebih dahulu sebelum didakwa di mahkamah? Nantikan pendedahan seterusnya.... ReJaM© "Dato T mintak restu Perdana Menteri sebelum masuk mahkamah? kah kah kah" |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan