Kelab Greenboc |
- Dungun Dilanda Tsunami Kecil
- Tugu 1Malaysia Di Pantai Klebang Melaka Berharga RM352K
- 'Datuk T' Didakwa Esok, Hairankah Kita Jika Mereka Dikenakan Hukuman Ringan?
- Karnival 1Malaysia Musnah Dipukul Ribut & Puting Beliung
- Bomoh Siam Sebabkan Kematian Pemuda Dicari
- SYABAS Dikecam Kerana Gagal Selenggara Logi Hingga Bekalan Air Terganggu
- Sama Seperti Dilakukan Terhadap Kelantan, Kini Putrajaya Rancangkan Kerugian Untuk Pulau Pinang
- Semua Jangan Cakap Banyak Lagi, 99% Sokong Himpunan Bersih Diteruskan
- Dalam Durian Ada Durian, Maha Besar Allah!
- Penguin Tersesat Sehingga 3,000 Kilometer
- Pasangan Tanpa Pakaian Dicekup Di Dungun
Posted: 23 Jun 2011 01:20 AM PDT Kejadian ribut disertai kilat sabung-menyabung melanda kawasan tepi pantai Dungun awal pagi semalam biarpun hanya setengah jam namun sudah cukup mencemaskan penduduk kampung. Tragedi ribut selepas melanda daerah Besut dan Marang sebelumnya yang disifatkan tsunami kecil oleh kaum nelayan itu sedikit-sebanyak meninggalkan trauma bagi mangsa dan penduduk yang mendiami kawasan pantai. Tinjauan Sinar Harian ke beberapa kampung berdekatan pantai pagi semalam mendapati kampung Nibong, Sungai Buaya, Teluk Lipat dan Sura antara paling teruk terjejas. Penduduk di Nibong, Rahmah Abdul Samad, 51, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu, dia baru hendak masuk tidur, namun tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi tiupan angin yang amat kuat menyebabkan dia ketakutan. Katanya, ketika hendak keluar dari bilik tidurnya untuk melihat dua anak lelakinya, Mohd Azlan Asri, 14, dan Mohd Azmi Asri, 11, yang tidur di ruang tamu, tiba-tiba dia terdengar bunyi dentuman yang amat kuat. "Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati sebatang pokok besar menghempap rumah kami menyebabkan atap rumah pecah dan bertaburan. "Atap yang pecah itu turut menimpa anak saya, namun dia bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan," katanya. Sementara itu, anggota Unit Khas Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dikejarkan ke lokasi terbabit untuk menjalankan kerja pembersihan selain turut membantu mangsa terbabit memindahkan beberapa peralatan penting ke lokasi lebih selamat. Mangsa ribut trauma "Saya lihat gerai makan bergoyang, kerusi di warung saya pula melayang hingga atas jalan, dalam keadaan cemas itu saya lari masuk ke dalam kedai untuk menyelamatkan diri. "Saya hanya mampu membaca ayat suci al-Quran dan tidak putus berdoa pada Tuhan," kata Nurjuliani Irdawaty, 29, pemilik gerai makan yang turut menjadi mangsa ribut awal pagi semalam. Nurjuliani Irdawaty yang masih trauma dengan kejadian mencemaskan itu berkata, ketika kejadian dia sedang berkemas selepas menutup kedainya yang terletak di Medan Selera Teluk Lipat. Menurutnya, ketika itu semua pelanggannya sudah pulang, yang tinggal cuma beberapa pembantu kedai termasuk adiknya. Bagaimanapun, suasana tenang di hadapan Laut Cina Selatan itu bertukar menakutkan sebaik sahaja angin mulai bertiup kencang menyebabkan beberapa peralatan di gerainya berterbangan. "Pada masa itu, saya tidak tahu hendak buat apa, dua gerai sudah menyembah bumi selepas ditiup angin. "Tiba-tiba dahan pokok besar berada di tepi kedai saya patah lalu menghempap sebuah kenderaan dan dua motosikal yang diletakkan di situ, kami semua lari lintang-pukang menyelamatkan diri dalam bangunan sehinggalah tiupan angin kencang berakhir," katanya. Adiknya, Norjuliana Irdawaty berkata, ketika angin kuat itu, dia sempat melihat sebuah kenderaan yang melalui sebatang jalan hadapan kedainya berpusing. "Bayangkanlah betapa kuatnya angin awal pagi itu, kereta bergerak pun boleh berpusing. "Kejadian itu benar-benar menakutkan saya, namun saya bersyukur kerana kami semua selamat, cuma peralatan kedai sahaja yang rosak," katanya. -SH |
Tugu 1Malaysia Di Pantai Klebang Melaka Berharga RM352K Posted: 22 Jun 2011 11:45 PM PDT Tugu: Pemuda PAS Melaka tuntut penjelasan MELAKA, 22 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menggesa kerajaan negeri memberikan penjelasan tentang pembaziran yang berlaku di dalam pembinaan tugu 1Malaysia yang ditempatkan di Pantai Klebang. Ketua penerangannya, Muhamad Aizat Bahrudin berkata, kos pembinaan tugu 1Malaysia tersebut bernilai RM352,000 iaitu semasa dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 4 Februari lalu. Katanya, os tersebut meningkat tiga kali ganda berbanding harga pasaran iaitu RM100,000. Tugu 1Malaysia tersebut dibina daripada tetulang besi dengan ketinggian 17.7 meter dan lebar 9.1 meter yang dibaluti dengan kanvas pada bahagian depan dan belakangnya dengan asasnya diperbuat daripada konkrit. Manakala pada bahagian kiri kanannya ditutup dengan menggunakan aluminium nipis dan lantai pentas kecil di hadapannya ditutup dengan kayu lapis nipis beserta 15 unit tiang bendera di tepi tugu tersebut. Pada waktu malam tugu tersebut diterangkan dengan cahaya lampu kalimantang yang jika dinilai secara kasar harganya tidak sampai RM5,000. "Ini suatu yang pelik bagaimana kos tugu tersebut boleh mencecah RM352,000," ujarnya. Beliau difahamkan pembaziran juga berlaku semasa majlis makan malam pelancaran tugu 1Malaysia tersebut di mana kos berjumlah RM600,000 telah digunakan semata-mata untuk menampung kos makan malam bersama Najib. Katanya, hasil tinjauan setelah 16 bulan tugu tersebut dilancarkan, ia berada dalam keadaan yang menyedihkan yang mana terdapat kesan koyak pada kanvas tugu tersebut, pada bahagian lantai pentas tugu tersebut yang diperbuat daripada kayu telah patah dan terdapat kesan-kesan karat pada kerangka besi tugu tersebut (gambar kiri). Ini, katanya suatu pembaziran yang ketara dilakukan oleh kerajaan negeri di saat rakyat negeri Melaka terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barang. "Bayangkan kos pembinaan dan kos makan malam tersebut sahaja sudah berjumlah RM952,000 iaitu satu jumlah yang mampu menampung orang-orang miskin di Melaka," katanya. Baru-baru ini rakyat Melaka juga telah dibebani dengan kenaikan 20 % harga air yang meningkat bermula 1 April lalu. Ia, ujarnya suatu lagi bebanan yang terpaksa ditanggung di saat kerajaan negeri sendiri mampu berbelanja besar untuk membina sebuah tugu yang tidak memberikan manfaat besar pada rakyat. Katanya, kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Rustam seharusnya memikirkan tentang nasib rakyat yang terkesan dengan kenaikan pelbagai barang. Sebelum ini, ujarnya pembinaan tugu 1Malaysia ini menjadi isu agama di mana pembinaan tugu tersebut dikhuatiri mengandungi unsur-unsur pemujaan. "Sebelum ini juga dewan pemuda PAS Negeri Johor telah membangkitkan isu ini dengan menggesa kerajaan persekutuan menyatakan pendirian berkenaan tugu tersebut," katanya. Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya juga berpendapat agar pembinaan tugu 1 Malaysia tidak di lakukan jika ia mengandungi unsur-unsur pemujaan yang membawa kepada syirik. Beliau berkata, adalah malang bagi rakyat Melaka dengan pembinaan tugu 1Malaysia tersebut kerana rakyat bukan sahaja terpaksa menanggung bebanan hidup yang tinggi atas pembaziran ketara kerajaan negeri malah terpaksa menanggung risiko kemungkinan tergelincirnya aqidah umat Islam disebabkan pembinaan tugu tersebut andainya mengundang unsur-unsur pemujaan. -HD |
'Datuk T' Didakwa Esok, Hairankah Kita Jika Mereka Dikenakan Hukuman Ringan? Posted: 22 Jun 2011 10:05 PM PDT Tiga individu yang secara berkumpulan menggelarkan diri mereka sebagai 'Datuk T' yang menggemparkan Malaysia dengan menayangkan rakaman video seks yang kononnya didakwa mirip pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan didakwa di Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, esok. 'Datuk T - terdiri daripada ahli perniagaan Kedah, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; dan bekas bendahari agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim - telah menayangkan video tersebut para wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu. 'Datuk T akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta pada 8 pagi, 24 Jun 2011, harap maklum,' kata Datuk Shazryl, dalam satu khidmat pesanan ringkasnya (SMS) kepada laman berita The Malaysian Insider, semalam. Ditanya sama ada perkara itu benar, Datuk Shazryl mengesahkannya dengan jawapan ringkas: 'Confirm (sah).' Ketiga-tiga 'Datuk T' itu kemungkinan didakwa dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah. Datuk Seri Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), telah menafikan pembabitan beliau sebagai pelaku dalam video seks itu dan membuat laporan polis berhubung dengannya. Datuk Shazryl pernah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dakwaan yang dibuatnya itu adalah benar dan Datuk Seri Anwar adalah pelaku dalam rakaman video tersebut. Polis juga telah mengesahkan bahawa rakaman video seks itu, yang kini tersebar luas di Internet, adalah tulen.
|
Karnival 1Malaysia Musnah Dipukul Ribut & Puting Beliung Posted: 22 Jun 2011 08:20 PM PDT Musnah sekelip mata TANJUNG GEMOK – Berpuluh-puluh peniaga di Tapak Karnival Ekspo 1Malaysia terpaksa lari bertempiaran menyelamatkan diri dalam kejadian hujan lebat disertai angin puting beliung, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 5 petang itu, angin kencang berwarna hitam membentuk corong berputar yang dikatakan dari Sungai Anak Endau itu sekelip mata meranapkan sebahagian besar kanopi di kawasan itu. Sebanyak 10 kanopi rosak teruk dan sebahagiannya runtuh, manakala 24 kanopi lagi di kawasan sama turut terkena tempias angin kencang mengakibatkan barang-barang perniagaan bertaburan di merata-rata tempat. Dianggarkan semua peniaga mengalami kerugian sebanyak RM500,000 setelah barangan perniagaan mereka musnah dan rosak teruk dalam kejadian paling dahsyat pernah berlaku di kawasan itu. Difahamkan semasa kejadian, kebanyakan peniaga sedang mengemas dan menyusun barang perniagaan, namun dikejutkan dengan hujan lebat disertai gegaran sebelum semua peniaga menyelamatkan diri ke premis perniagaan berdekatan. Bunyi dentuman kuat Penganjur karnival, Saharudin Ismail, 29, berkata, hujan lebat disertai angin kencang dipercayai puting beliung itu datang secara tiba-tiba dari arah Sungai Anak Endau menyebabkan peniaga terpaksa lari menyelamatkan diri. Saharudin berkata, kejadian itu terlalu pantas hingga meranapkan kanopi utama yang menempatkan pentas persembahan dan merosakkan peralatan elektronik audio (PA sistem). Menurutnya, kejadian itu adalah malapetaka paling dahsyat sejak dia menyertai karnival atau ekspo di negara ini dan menyifatkannya sebagai dugaan paling besar yang perlu ditempuhi semua peniaga di situ. "Dalam keadaan cemas itu, saya hanya mampu berdoa supaya selamat dan dijauhkan daripada sebarang kejadian tidak diingini akibat pukulan angin kuat," katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan sebahagian daripada kanopi yang didirikan di kawasan itu diterbangkan angin, malah terdapat sebatang tiang lampu berdekatan sebuah kanopi turut tumbang. "Kejadian ini sungguh dahsyat dan mengerikan. Apatah lagi ia berlaku dalam tempoh singkat hingga mengubah keadaan landskap ekspo ini serta-merta kerana ketika itu, peniaga bukan lagi sibuk melayan pelanggan, tetapi terpaksa mengutip barangan perniagaan yang bertaburan," katanya. Menurutnya, ketika kejadian, dia terdengar bunyi dentuman guruh yang kuat hingga menyebabkan peralatan sistem audio miliknya terhempas ke lantai disertai dengan kilat sabung menyabung. "Saya menganggarkan kerugian yang dialami mencecah RM150,000, bagaimanapun anggaran sebenar nilai kerosakan barangan dan peralatan masih belum dapat dibuat sehingga keputusan penilaian diperoleh," katanya. Seorang peniaga, Aswadi Mesnun berkata, dia mengalami kerugian hampir RM50,000 apabila tiga kanopi disewanya sejak empat hari itu musnah hingga menyebabkan barangan dan pakaian jualannya rosak teruk akibat basah. "Saya menyewa tiga tapak dengan menjalankan perniagaan menjual pakaian terpakai, baru serta aksesori lelaki dan wanita, namun malangnya, hampir semua barangan musnah dalam kejadian ribut itu," katanya. Aswadi berkata, ketika kejadian, dia sempat menyelamatkan diri ke gerai makanan berhadapan dengan tapak karnival itu. "Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati sebahagian pakaian yang hendak dijual basah dan kanopi ranap serta runtuh akibat rempuhan puting beliung," katanya. Menurutnya, bagi mengelak mengalami kerugian teruk, dia terpaksa menjual pakaian pada harga murah sepanjang lapan hari karnival berlangsung selepas kejadian itu. Peniaga kedai tudung, Rosidah Mohamad, 36, yang mengalami kerugian lebih RM8.000 berkata, bencana itu berlaku begitu pantas menyebabkan dia hanya sempat berdoa supaya semuanya selamat. "Tiada lebih penting selain nyawa dan saya tidak putus-putus berdoa supaya kami semua berada dalam keadaan selamat serta diberikan perlindungan oleh-Nya dalam saat-saat genting seperti ini," katanya. Rosidah berkata, kejadian itu tidak pernah memutuskan semangatnya, malah dia semakin kuat untuk terus mencari rezeki bagi menampung kos perbelanjaan keluarga. "Musibah ini tidak pernah sesekali saya kesalkan kerana ia sudah suratan dan kehendak-Nya. Sebagai hamba, saya menerima dugaan ini dengan reda dan yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya," katanya. Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Tanjung Gemok, Noor Azhar Abu Bakar berkata, kejadian bencana alam itu bukan pertama kali berlaku kerana kejadian sama pernah berlaku di kawasan tapak ekspo itu. "Ia merupakan kejadian ketiga sepanjang tempoh lima tahun dan kejadian ini berlaku tanpa dijangka," katanya. -SH |
Bomoh Siam Sebabkan Kematian Pemuda Dicari Posted: 22 Jun 2011 06:50 PM PDT Kuala Terengganu: Bomoh wanita berketurunan Siam dikenali Kak Yah (gambar), dipercayai dapat membantu siasatan kes pembunuhan seorang pemuda selepas menerima rawatan tradisional di sebuah rumah di Kampung Pulau Rusa, Marang, Khamis lalu. Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa, berkata bomoh berusia 43 tahun yang juga dikenali Kak Mah bersama suaminya, diperlukan bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. "Walaupun tidak mempunyai butiran lengkap pengenalan diri Kak Yah, kita, sudah menjejaki alamat tetap suaminya Norhisham Mustafa, 33, di Kampung Parit Air, Rantau Panjang, Kelantan," katanya di sini, semalam. Dalam kejadian Khamis lalu, seorang pemuda berusia 26 tahun yang dipercayai mengalami gangguan mental dihantar bapanya ke rumah bomoh itu untuk berubat kira-kira jam 8 malam dan bomoh wanita itu kemudian memaklumkan mangsa terkena sihir buatan orang. Dalam proses rawatan mengeluarkan penyakit mangsa, bomoh memasukkan air menggunakan salur paip getah menerusi mulut supaya mangsa memuntahkan penyakitnya tetapi sebaliknya mangsa lemas kerana ususnya dipenuhi air. Melihatkan mangsa tidak sedarkan diri, Kak Yah berhelah dengan meminta keluarga membawa pemuda itu ke Pusat Kesihatan Gong Balai, Marang, kononnya untuk menghilangkan keletihan akibat rawatan tetapi ketika tiba di klinik itu pada jam 12.30 pagi, pegawai kesihatan mendapati mangsa sudah meninggal dunia. Jamshah berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bomoh terbabit diminta menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, Asisten Superintendan Mohd Adli Mat Daud di talian 013-4398633 atau 09-6182222. -BH |
SYABAS Dikecam Kerana Gagal Selenggara Logi Hingga Bekalan Air Terganggu Posted: 22 Jun 2011 05:10 PM PDT SYABAS Gagal Selenggara Loji, Punca Gangguan Bekalan Air SHAH ALAM 22 JUN : Kerajaan negeri Selangor menegaskan gangguan bekalan air yang berlaku dibeberapa daerah adalah disebabkan kerja- kerja penyelenggaran loji rawatan air Sungai Selangor, dan bukannya disebabkan bekalan air yang tidak mencukupi. EXCO Selangor, Elizebeth Wong berkata tindakan SYABAS menjadikan rundingan penstrukturan semula sebagai alasan gangguan bekalan air itu, amat dikesali. Walhal, ia adalah kegagalan SYABAS yang tidak menyelenggara loji rawatan itu itu sejak tahun 1997, sehingga berlakunya gangguan bekalan air itu. "Saya ingin menekan bahawa gangguan ini bukan disebabkan kekurangan bekalan air, tetapi kerja-kerja penyelenggaraan oleh Syabas. "Kenyataan pihak Syabas hari ini menyalahkan rundingan penstrukturan semula aset air langsung tidak tepat, penswastaan aset air telah dilaksanakan pada tahun 1997 dan sejak itu, Syabas tidak menjalankan kerja- kerja menaiktaraf kepada loji-loji perawatan air yang sepatutnya," katanya. Gangguan bekalan air yang diumumkan SYABAS dilaporkan akan berlanjutan selama tiga hari dan menjejaskan kira- kira sejuta penduduk di daerah Petaling, Hulu Selangor, Gombak dan juga Kuala Lumpur. Elizebeth turut menyeru kepada rakyat Selangor agar jangan terpedaya dengan khabar angin yang mengatakan negeri ini akan mengalami krisis air dalam masa terdekat berikutan kadar simpanan air masih mencukupi. Mengikut Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), kedudukan tahap simpanan air empangan pada 21 Jun 2011 adalah seperti yang berikut : - Empangan Sungai Selangor - 98.81% - Empangan Sungai Tinggi - 99.17%. - Empangan Sungai Batu - 100%. - Empangan Klang Gate - 100%. - Empangan Sungai Semenyih - 100% - Empangan Sungai Langat - 100%. - Empangan Tasik Subang - 96.88% Sehubungan itu, kerajaan Negeri Selangor menyeru Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau (KeTTHA) untuk menilai semula kecekapan dan keupayaan Syabas ini dalam pengurusan sistem bekalan air kepada penduduk negeri yang termaju di Malaysia. Elizebeth menambah, kerajaan negeri telah membuat persediaan untuk menangani masalah sekiranya jangkaan musim kering atau fenomena El-Nino melanda Malaysia. "Kerajaan Negeri Selangor akan tetap berusaha memastikan bekalan air yang mencukupi kepada semua. Pada tahun ini, kami telah memeriksa dan memastikan semua empangan dalam keadaan yang baik dan cukup untuk membekalkan sumber air kepada semua loji-loji pembersihan air di Selangor," jelas Elizebeth. -tvsnews
|
Sama Seperti Dilakukan Terhadap Kelantan, Kini Putrajaya Rancangkan Kerugian Untuk Pulau Pinang Posted: 22 Jun 2011 03:30 PM PDT Kuala Lumpur, 22 Jun : Putrajaya 'mengakui' telah merancang kerugian bagi projek mendalamkan terusan utara di Pulau Pinang yang bernilai RM300 juta menurut Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi. Berdasarkan jawapan lisan yang dikemukakan Timbalan Menteri Pengangkutan di parlimen hari ini, kementerian itu menjelaskan telahpun mengambil kira penjejasan prestasi kewangan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), akibat kelewatan mendalamkan Pelabuhan Pulau Pinang. "Ini bermaksud kementerian mengakui kelewatan dan menyebabkan kerugian ialah sesuatu yang telah dirancang. Kerajaan telah merancang kerugian untuk melandasi Penang Port Sdn Bhd," kata beliau kepada media. Projek PPSB di bawah kelolaan Kementerian Kewangan itu kini berdepan dengan kerugian sebanyak RM100 juta akibat terbengkalai seraya menimbulkan keresahan tentang kos lebihan yang terpaksa ditanggung. Jeff menyifatkan kerajaan gagal memainkan peranan bagi memastikan projek yang melibatkan suku bilion ringgit itu siap pada jangkamasa yang ditetapkan bagi mengelak kos berlebihan ditanggung. "Saya rasa ini sikap transformasi yang terumbang-ambing. Mana transformasi kalau kerugian itu telah dirancangkan seperti mana yang disebut," jelasnya lagi. Terusan dengan kedalaman 15 meter itu dijangka siap pada 2013, terbengkalai sehingga kini berikutan kerja- kerja tersebut tidak dapat diteruskan. Sehubungan dengan itu Pengarah Pengurusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar pada Mei lalu menyatakan PPSB akan mengalami kerugian berjumlah RM100 juta sekiranya projek tersebut masih tergendala. PPSB sebelum ini telah menghubungi Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) beberapa kali, menuntut penjelasan mengenai perkara itu namun tidak mendapat respon. -tvsnews Ulasan GB Kerajaan UMNO BN Pusat mmemang sejak dari dulu akan berusaha mencari jalan "menekan" kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Sewaktu Terengganu diperintah oleh PAS, bayaran royalti dinafikan, tetapi sebaik saja ianya diperintah UMNO BN, kerajaan Pusat telah membayar RM1 billion kepada kerajaan Terengganu. Kelantan sehingga hari ini dinafikan bayaran royalti yang menjadi haknya itu. Kenyataan Tun Dr Mahathir sendiri merupakan bukti nyata dasar "binatang" kerajaan UMNO BN bersifat zalim dan kejam terhadap Kelantan: Q: In the recent state assembly sitting in Kelantan Datuk Mustafa Mohamad admitted he asked you to stop developing Kelantan when PAS took over Government... Berdasarkan kezaliman dan kekejaman UMNO BN tersebut, maka tiada pilihan lain: TUKARKAN KERAJAAN PUSAT DARI BN KEPADA PR |
Semua Jangan Cakap Banyak Lagi, 99% Sokong Himpunan Bersih Diteruskan Posted: 22 Jun 2011 08:15 AM PDT Reaksi positif yang diberikan rakyat Malaysia berhubung perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai depan jelas menunjukkan bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) kini semakin didesak untuk mengkaji semula sistem pilihan raya di negara ini, kata pemimpin Pakatan Rakyat. Malah menurut ahli parlimen Kubang Kerian, bancian portal dalam talian The Star Online mendapati 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyatakan sokongan supaya Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai diteruskan. "Saya yakin dan percaya ia sememangnya hasrat rakyat Malaysia untuk melihat wujudnya satu sistem pilihan raya adil dan bersih dan ia telah mencapai satu tahap yang begitu kritikal. Ini bermakna perjuangan BERSIH telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan ia telah melampaui batas-batas agama, kaum dan bangsa, " tegasnya ketika ditemui di sidang Parlimen semalam. Tegasnya lagi, himpunan besar-besaran pada 9 Julai itu akan berlangsung secara aman tanpa sebarang kekecohan mahupun ketegangan dan ia merupakan janji penganjur BERSIH 2.0 kepada kerajaan dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Bancian portal dalam talian The Star Online semalam mendapati 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyatakan sokongan supaya Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai diteruskan. Bagaimanapun, bilangan responden sebenar tidak dapat disahkan kerana tinjauan itu dihentikan sejak tengahari semalam. Berdasarkan paparan skrin yang disiar pengguna Facebook, bilangan responden mencecah 1.3 juta pada 12.25 tengahari, daripada 527,330 yang direkodkan pada 6.11 pagi semalam, yang dirakam dari google cache. Berdasarkan pertanyaan 'Apakah pandangan anda tentang cadangan perarakan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini', seramai 1,312,917 responden menjawab 'Ia patut dibenar diteruskan'. Manakala seramai 14,222 responden pula memilih untuk menyatakan "Ia patut dibatalkan'. Tinjauan itu dibincang secara hangat oleh laman kumpulan Facebook 'Curi-Curi Malaysia' yang diwujudkan untuk protes perbelanjaan Kementerian Pelancongan sebanyak RM1.8 juta untuk kempen dalam laman sosial berkenaan. Bagaimanapun mereka kecewa kerana tinjauan itu ditarik balik portal The Star. Dalam pada itu ahli parlimen Batu, Tian Chua yang ditemui diluar sidang parlimen memberitahu sungguhpun bancian seperti itu tidak dilakukan, beliau yakin bahawa rakyat tetap akan turun ke jalan biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai ugutan dan ancaman. Katanya, ini kerana rakyat Malaysia kini sudah sedar dan matang dalam memahami prinsip demokrasi yang menjadi tuntutan setiap masyarakat di negara ini. "Perhimpunan BERSIH 2.0 disokong oleh orang ramai sungguhpun ada pihak mengatakan ia tidak berapa tepat (ini online sahaja dan bukan pungutan suara saintifik) tapi secara amnya ia menunjukkan bahawa rakyat rasa BERSIH adalah satu perhimpunan yang aman dan perlu diteruskan." Manakala menurut ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dan ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hata Ramli pula, himpunan BERSIH 2.0 kali ini merupakan maklum balas rakyat kepada kerajaan dan pihak polis supaya memberikan kerjasama dan kelulusan kepada pihak penganjur agar perhimpunan itu dapat berlangsung secara aman. Tambah Dr Hata, rakyat tidak perlu gentar dengan ugutan-ugutan yang dilemparkan kerana apa yang lebih penting adalah hasil daripada himpunan itu nanti. "Saya melihat ini merupakan satu maklum balas ataupun signal daripada rakyat yang mahu melihat satu sistem yang adil, bebas dan bersih dalam negara kita. Dan kerajaan perlu menghormati kehendak rakyat serta memberi kerjasama untuk memberikan ruang mereka berhimpun dalam menyatakan pandangan mereka tentang kempen Bersih ini," katanya Anthony Loke kepada Tvselangor. "Rakyat sudah determine untuk turun, jadi kerajaan tidak perlu menimbulkan suasana kurang baik dengan menimbulkan kekecohan. Saya harap kerajaan dapat menghormati keputusan bancian yang dilakukan," tegas Dr Hata. -tvsnews |
Dalam Durian Ada Durian, Maha Besar Allah! Posted: 22 Jun 2011 06:30 AM PDT Bukit Siput, Segamat - Musim durian kali ini memberikan kejutan kepada seorang pengawal keselamatan di sini apabila menjumpai durian kecil di dalam sebiji durian yang ingin dimakannya, semalam. Nursina Munan, 58, berkata, durian Segamat sememangnya terkenal di serata daerah lain dan menjadi buah-buahan tempatan yang mempunyai ramai penggemarnya. "Keenakan buah durian Segamat diakui oleh pengunjung luar yang datang menikmatinya di sini. "Malah terdapat satu tugu durian gergasi dibina di Dataran Segamat sebagai simbolik durian popular di daerah ini. "Rasa durian ini tidak jauh berbeza dengan rasa durian lain, tetapi durian di Segamat masih mempunyai ramai peminat termasuk penduduk tempatan sendiri," katanya. Menurut Nursina, dia mendapat durian pelik itu daripada seorang rakan di Pekan Jabi, Segamat. "Sebaik pulang dari kerja, hati saya berat mahu membukanya, walaupun teringin untuk makan bersama bersama suami dan anak-anak. "Durian ini dari luaran tidak mempunyai sebarang bentuk perbezaan berbanding durian biasa, namun apabila sudah mengupasnya bersama suami dan anak, kami terkejut apabila mendapati terdapat durian kecil di dalamnya," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurutnya, dia mempunyai niat untuk menyimpan durian kecil tersebut sebagai kenangan di dalam hidupnya ditambah pula dia sendiri berasal dari daerah raja buah tersebut. -SH Ulasan GB Firmanullah: يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ .. Dia menambahkan dalam ciptaan-Nya apa jua yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Fathir:1) |
Penguin Tersesat Sehingga 3,000 Kilometer Posted: 22 Jun 2011 05:00 AM PDT Wellington - Seekor penguin jenis Emperor tersesat tiba-tiba saja muncul di pantai New Zealand. Sepatutnya penguin tersebut ketika ini berada di Antartika dimana habitat aslinya berada. Menurut pendapat seorang ahli binatang liar, penguin tersebut dikatakan telah berenang keluar dari jalurnya dan tiba di New Zealand yang jaraknya tiga ribu kilometer dari Antartika. Ada puluhan koloni penguin di Antartika, tetapi baru kali ini di dalam tempoh 44 tahun seekor penguin Emperor tiba di New Zealand. Penguin jantan tersebut tiba di Pantai Kapiti, sekira 40 kilometer dari Wellington pada petang Isnin waktu tempatan. Menurut Jabatan Konservasi New Zealand (DOC) Peter Simpson, penguin Emperor kelihatan di New Zealand pertama kali tercatat pada tahun 1967 dulu. Simpson pada awalnya tidak mempercayai laporan tersebut, namun pada saat dirinya melihat sendiri dengan mata kepalanya Simpson langsung terkejut. "Saya kira itu hanyalah seekor singa laut, pada ketika kami memeriksanya memang benar ia seekor penguin Emperor," ucap Simpson seperti disiar AFP, Rabu (22/6/2011). Haiwan yang memiliki warna hitam dan kuning keemasan ini dalam keadaan sihat dan biasanya boleh beradaptasi dengan keadaan cuaca New Zealand yang lebih panas. |
Pasangan Tanpa Pakaian Dicekup Di Dungun Posted: 22 Jun 2011 03:50 AM PDT Taman Bunga Raya (Dungun) – Tindakan seorang mekanik motosikal membawa pulang teman wanita untuk memadu asmara ketika ibu bapa tiada di rumah membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa. Lebih mengejutkan, ketika serbuan dilakukan pada jam 3.45 pagi oleh sepasukan anggota dari bahagian siasatan jenayah narkotik itu, seorang gadis berkulit putih gebu tanpa pakaian ditemui sedang tidur di atas katil di bilik tidur bersama suspek lelaki berusia 23 tahun yang hanya berseluar pendek tanpa baju. Gadis terbabit yang sempat menutup tubuhnya dengan selimut itu difahamkan sebelum ini pernah beberapa kali berkunjung ke rumah suspek untuk memadu asmara dan mengakui turut melakukan hubungan haram bersama pasangannya. Bagaimanapun, ujian saringan air kencing ke atas pasangan terbabit akhirnya membongkar rahsia penglibatan gadis berasal dari Tanjung Jara itu berkaitan penyalahgunaan dadah setelah dia disahkan positif dadah jenis methampethamine. Gadis berusia 19 yang pernah menghadapi tuduhan di Mahkamah Syariah atas kesalahan berpakaian tidak sopan di tempat awam itu juga, mengakui mula terlibat dengan gejala penyalahgunaan dadah sejak beberapa bulan lalu melalui kenalan lelaki. Bekas murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulai Serai yang pernah bekerja sebagai juruwang di pasar raya bersama teman lelakinya, seorang mekanik motosikal di Batu Tujuh itu bakal menghadapi pertuduhan di Mahkamah Syariah pada 25 Julai nanti mengikut Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Dia juga turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala teman lelakinya dibebaskan polis selepas ujian air kencing mendapati negatif dadah. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan