Selasa, 21 Jun 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Cita-cita yang telah diharamkan di Malaysia

Posted: 20 Jun 2011 01:38 PM PDT


SETIAP orang mempunyai cita-cita. Persoalan tentang cita-cita anda samada tercapai atau tidak bukan satu perdebatan utama. Perkara pokoknya, terdapat satu cita-cita yang tidak boleh anda cita-citakan di Negara yang tercinta ini iaitu bercita-cita ingin menjadi seorang Perdana Menteri. Jawatan itu hanyalah sebuah impian kosong atau sebuah angan-angan dalam kotak pemikiran seseorang yang waras, orang yang siuman tidak akan bercita-cita sebegitu.

Mengikut Perlembagaan Negara kita , Perdana Menteri adalah ketua pemerintahan Negara. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam Parlimen akan dilantik ke jawatan tersebut. Ini bererti jika anda pada hari ini adalah seorang Ketua Pembangkang di Parlimen dan pada suatu hari nanti anda ditakdirkan memenangi Pilihanraya, maka anda sepatutnya akan dilantik untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi jangan berharap kerana anda tetap tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Ini kerana sudah ada pihak memberitahu bahawa mereka akan tetap mempertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah yang terakhir.

Jika anda tetap dengan keputusan anda untuk terus menjadi Perdana Menteri Negara kita , maka anda akan diuji. Bukan sedikit ujian yang anda akan terima. Anda terpaksa bersedia mental dan fizikal untuk mencapai cita-cita yang diharamkan itu. Antara ujian yang bakal anda lalui antaranya, anda mesti bersedia untuk dipenjarakan dan berulang alik ke mahkamah kerana anda telah bersalah memilih cita-cita. Anda mungkin akan kehilangan jawatan yang anda jawat sebelum ini. Tak kira la anda seorang Timbalan Perdana Menteri sekalipun, anda mesti buang jawatan anda dulu sebelum anda boleh jadi Perdana Menteri walaupun anda takkan dapat jawatan itu.

Selain itu, anda mesti bersabar jika keluarga anda diugut, dicaci, dimaki dan diaibkan. Kemungkinan kereta anda akan kena sabotaj, kemungkinan secara tiba-tiba juga anda akan diisytiharkan sebagai egen yahudi, mosad atau terlibat dalam aktiviti pengganas seantero dunia. Anda akan dijadikan manusia super yang paling jahat. Semua sejarah hidup anda akan dibongkar. Riwayat hidup anda zaman sekolah akan terbongkar dan sekali-sekala anda akan dituduh berlakon dalam sebuah filem lucah dan mempunyai seks luar tabii yang teramat melampau.

Mengikut catatan sejarah , beberapa tahun dahulu ada satu kumpulan. Kumpulan yang menggelar diri mereka Al-Arqam. Ketuanya mereka digelar Abuya. Kesilapan yang paling besar Abuya buat ialah beliau mengisytiharkan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri negara kita yang kelima. Satu kesilapan terbesar yang telah dibuat oleh Abuya. Telah diberitakan tadi bahawa cita-cita tersebut adalah haram. Maka tidak semena-mena Abuya kena dakwa membawa ajaran sesat. Sedangkan Ayah Pin lagi sesat dari itu tapi tak kena tangkap pun sebab Ayah Pin dan bagi tahu awal-awal dia ada Kerajaan kat langit, tidak bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri.

Satu perkara lagi, baru-baru ni ada satu Muktamar Agung Parti Islam. Biasa la, pemilihan ahli jawatankuasa peringkat pusat. Bukan parti itu sahaja, bahkan semua pertubuhan pun wajib buat Mesyuarat Agung Tahunan, bezanya berani atau tidak buat pemilihan je atau ikut suka-suka hati nak tangguh. Bila Tuan Guru Presiden menang, maka bertempik la juak-juak parti sebelah sana bercakaran berkata Tuan Guru bercita-cita nak jadi Perdana Menteri. Apa punya bangang punya hujah. Nasib baik Tuan Guru Presiden tak jawab apa-apa. Kalau tidak.... tak tau la macamana puak katak-katak melompat tu berkokok memperbodohkan diri sendiri.

Kesimpulannya, jika anda ada anak maka pastikan mereka tidak tersalah memilih cita-cita. Didik anak anda dengan memberitahu mereka adalah salah untuk mereka bercita-cita begitu supaya tiada lagi catatan sejarah seperti cerita Hang Nadim versi moden akan tertulis. Bahkan, jika anda sendiri masih bertegas dengan prinsip anda untuk menjadi Perdana Menteri maka pastikan bahawa anda juga telah bersedia untuk menghadapi segala serangan yang bakal anda terima. Sesungguhnya di negara tercinta ini jawatan Perdana Menteri tidak boleh dicita-citakan kerana jawatan itu hanya untuk Perdana Menteri sahaja!



ReJaM© "Jangan benarkan anak perempuan anda berangan nak jadi Bik Mama kah kah kah..."

Tiada ulasan: