Selasa, 21 Jun 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


IBRAHIM ALI TERLALU MELAMPAU

Posted: 20 Jun 2011 10:11 PM PDT

Apabila kita mengalabah, sah Bersih telah berjaya mendapat sambutan ramai.

Ibrahim Ali sudah bertindak terlalu jauh dan melampaui batas sebagai seorang yang hidup di dalam sebuah negara demokrasi. Perkasa dipergunakan olehnya untuk memperjuangkan kehendak dan kepuasan peribadi beliau dengan membakar semangat rakyat untuk berfikiran ganas dan ini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab terhadap bukan sahaja kepada rakyat malahan kepada diri beliau sendiri.

Ibrahim Ali dengan Perkasanya telah bertindak untuk memaksa Bersih membatalkan rally yang dirancangnya pada 9hb Julai yang akan datang dan beliau bertindak seolah-olah beliaulah yang berjuang untuk negara sedangkan hakikatnya Ibrahim tidak lebih dan tidak kurang dari seorang yang berjuang untuk kepentingan peribadi beliau sahaja.


Ibrahim telah menakutkan orang ramai dengan mengingatkan jika ada apa-apa yang berlaku orang-orang Cina terpaksa membeli stok makanan dan sebagainya dan kata-kata ini sengaja dilakukan beliau untuk memanaskan keadaan dan akhirnya keadaan itu akan memberikan keuntungan kepada peribadi beliau di atas rasa takut rakyat.

Bersih tidak pernah bercakap tentang pergaduhan. Mereka hanya bercakap tentang isu kebersihan dan ketelusan pelaksanaan PRU di negara ini dan ingin menggunakan rally ini untuk menunjukan manifestasi rakyat yang tidak berpuas hati tentang perlaksanaan PRU selama ini.

Ibrahim dan Perkasa mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dengan menggertak dan menakutkan orang ramai yang rally itu mungkin akan menimbulkan haru- biru di dalam negara.

Dengan kenyataan beliau di Dewan Sultan Sulaiman Kg Baru hari ini, beliau sepatutnya di ambil tindakan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana kenyataan menakut-nakutkan rakyat ini merupakan kenyataan yang terlalu tidak bertanggungjawab. Kenyataan beliau ini sudah membuktikan yang Perkasa dan Presidennya itulah yang cuba membina rasa gelisah di antara kaum dan ini tidak boleh di ambil enteng lagi oleh pihak yang berkuasa.

Apa yang di inginkan Ibrahim ialah beliau dipandang sebagai juara dalam 'mainstream politics'. Maka saya cadangkan supaya Ibrahim Ali ditahan di bawah ISA. Dengann cara itu beliau akan mendapat apa yang beliau inginkan….iaitu untuk dipandang sebagai hero. Kenyataan Ibrahim akhir-akhir ini amat merbahayakan negara dan beliau patut di letak di dalam tahanan.

Ibrahim boleh membuat apa sahaja untuk dipandang sebagai hero tetapi janganlah sampai 'at the expense of national security'. Ibrahim Ali bertindak untuk memperbodohkan rakyat dengan melakukan tindakan supaya beliau masih dipandang oleh masyarakat sedangkan beliau sendiri tahu apa yang beliau inginkan. Apa yang dilakukan oleh Bersih itu bukan penting bagi beliau. Yang penting beliau mesti menyibuk dan mendapat perhatian ramai….tidak lebih dan tidak kurang.

Kalau kita tidak bersetuju dengan demonstrasi jalanan kenapa pula kita hendak melawannya dengan demonstrasi jalanan dan terus pula untuk menjadikannya sebagai satu peperangan yang boleh menjahanamkan kesetabilan politik negara. Bersih perlu membuat pengakuan yang rally itu hanyalah satu rally yang mana seperti yang dirancang. Jangan menari dengan rentak yang dimainkan oleh Perkasa kerana tindakan itu hanya memperbodohkan diri kita sendiri.

Beliau (Ibrahim Ali) telah melantik diri beliau sendiri sebagai General peperangan. Peperangan apa tu? Siapa yang hendak berperang? Bagaimana beliau hendak mengetuai peperangan sedangkan beliau lah yang mendahului mengangkat bendera putih jika kalah dalam pertempuran. Hanya beliau berharap boleh mengangkat bendera merah jika memenangi peperangan itu dan di nampakan sebagai hero yang perkasa.

Berbagai-bagai pandangan yang telah saya terima melalui email saya berhubung dengan rally yang akan dianjurkan oleh Bersih ini. Ada yang menyokong dan ada yang memberikan pandangan yang berbeza. Tetapi setelah di tolak dan dicampur rakyat ramai memberikan perhatian yang baik terhadap rally anjuran Bersih.

Walaupun mereka ramai yang tidak dapat bersama mereka tetap memberikan sokongan moral dan mengharapkan apa yang dikehendaki oleh Bersih untuk melihat perlaksanaan pilihanraya yang bakal di adakan itu akan berjalan secara demokrasi yang sebenarnya.

Saya telah menulis tentang isu ini yang terang-terang saya katakan yang Bersih telah pun berjaya mendapat sokongan ramai samada rally itu berjaya diadakan atau mampu di kekang oleh pihak yang berkuasa. Perasaan rakyat tidak boleh di kekang oleh Polis atau badan-badan penguatkuasa yang penuh kuasa.

ASPAN ALIAS


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Orang Asli Selagor Dah Lama Tinggalkan Umno/BN

Posted: 20 Jun 2011 08:58 PM PDT

Orang Asli gegarkan konvensyen pilihan raya PKR

SHAH ALAM: Seandainya "Anugerah Pemidato Paling Popular" diwujudkan dalam Konvensyen Pilihan Raya PKR yang bertemakan "Demi Rakyat"yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam, anugerah itu seharusnya diberikan kepada wakil orang Asli, Fatimah Bah Sin.

Wakil orang Asli yang berasal dari suku kaum Semai tersebut menggamatkan dewan konvensyen dan menerima tepukan gemuruh daripada lebih lima ribu perwakilan dari seluruh negara setiap kali beliau menghabiskan ayat.

Setiap hujah yang beliau sampaikan dalam bentuk yang amat mudah difahami tetapi berbentuk terus ke fakta, menerima tepukan dan laungan kata-kata semangat daripada perwakilan.


Bercakap di atas pentas untuk kali pertama Fatimah ternyata agak gemuruh di awal ucapan beliau tetapi sambutan daripada perwakilan yang tidak putus-putus melaung nama beliau sebagai tanda mengiyakan hujah yang beliau sampaikan membuatkan Fatimah menguasai pentas dengan cukup baik.

Fatimah memulakan pidato beliau dengan mengecam kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengkategorikan orang Asli dalam kategori bangsa sebagai "Lain-lain".

"Kenapa orang Asli dikategorikan sebagai bangsa Lain-lain? Habis itu orang Asli ini datang dari mana?

"Tanah orang Asli diceroboh untuk tujuan pembangunan dan pembalakan.Kami bukan minta bangunan tetapi kami hanya meminta hak milik tanah untuk tapak rumah kami dan untuk kami tinggal di situ tanpa gangguan pihak luar", tegas Fatimah.

Seperti mana yang berlaku keterbukaan di Konvenysen Nasional PKR di Kota Bahru tahun lepas apabila Menteri Besar Selangor Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima pelbagai kritikan pedas daripada perwakilan; pada konvensyen PKR Ahad lalu kepimpinan tertinggi PKR tidak terlepas daripada teguran dan peringatan daripada perwakilan.

Fatimah menggunakan peluang berucap di hadapan keseluruhan kepimpinan tertinggi PKR memberikan peringatan agar tidak melupakan orang Asli.

"Jika PKR ingin menang di dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 nanti, PKR harus mendekati kami. Jangan masa PRU baru nak dekati kami tetapi selepas PRU habis, tak jenguk kami.

"Saya menyeru kepimpinan tertinggi, negeri, cabang dan ranting turun ke kampung orang Asli untuk menyelami masalah kehidupan yang kami hadapi", kata Fatimah lagi dan disambut tepukan gemuruh dari perwakilan.

Wakil Umno

Fatimah juga berkongsi pengalaman apabila beliau pernah menjadi perwakilan Umno ketika era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

"Saya menjadi perwakilan tetapi perwakilan ibarat burung belatuk yang hanya menggangguk dan berkata "tok" tok" "tok" tanpa boleh mempertikaikan atau mengkritik apa-apa tentang kepimpinan Umno.

"Umno kata mereka membela orang Asli tetapi hanya menjenguk kami setiap kali PRU.Kini orang Asli sudah sedar dan jangan kongkong kami!" teriak Fatimah dan suasana dewan kembali gamat dengan sorakan perwakilan yang memanggil nama "Fatimah!", "Fatimah!", "Fatimah!".

Fatimah juga mengingatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, janganlah beliau lupa pada orang Asli.

Dewan sekali lagi gamat apabila perwakilan bersorak "Ya!", "Ya!", "Ya!" sebagai tanda setuju dengan saranan Fatimah.

Fatimah mengakhiri ucapan beliau dengan desakan meminta kepimpinan PKR memberikan informasi kepada masyarakat orang Asli agar mereka juga sama-sama dapat melakukan perubahan dalam landskap politik tanahair.

Fatimah juga sempat mengusik Anwar dan Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail apabila beliau meminta pemimpin tersebut mengadakan Konvensyen PKR pada tahun depan di kawasan orang Asli dan dewan sekali lagi gamat dengan gurauan Fatimah.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

PAS S'gor kerah 50,000 ahli sertai BERSIH

Posted: 20 Jun 2011 08:38 PM PDT


PAS Selangor menjangkakan lebih separuh daripada 72,000 anggotanya akan menyertai perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan.

"Kita ada 72,000 ahli di Selangor. Paling minima 50,000 akan keluar (berhimpun). Kita sudah arah keluar tanpa kecuali," kata setiausaha PAS negeri Khairudin Othman.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bagaimana mobilisasi anggotanya itu akan dibuat.

"Tak pernah jadi strategi kita naik bas. Ahli kita faham bagaimana," katanya ketika ditanya sama ada parti itu menyediakan bas untuk membawa anggotanya.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

PAS Selangor Kembali Gagah Untuk Hadapi PRU13

Posted: 20 Jun 2011 07:42 PM PDT

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad dan ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dilantik semula ke jawatan masing-masing sebelum ini iaitu timbalan pesuruhjaya (TPJ) III dan Ketua Penerangan PAS Selangor dalam mesyuarat pertama perhubungan negeri malam semalam.

Pada November 2008, Khalid dan Saari Sungip dilucutkan jawatan oleh Datuk Dr Hasan Ali yang ketika itu pesuruhjaya PAS Selangor.

Tindakan itu dipercayai kerana Dr Hasan "kepanasan" dengan kritikan berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.


Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman pada sidang media semalam turut mengumumkan perlantikan exco kerajaan Selangor Iskandar Abdul Samad sebagai timbalan pesuruhjaya I.

Salehin Muhyi pula dipilih sebagai timbalan pesuruhjaya II.

Harakahdaily juga melaporkan Khairudin Othman dikekalkan sebagai setiausaha perhubungan negeri.

Khairuddin walaupun dilihat sealiran dengan Dr Hasan, beliau dikatakan tiada masalah ekoran prestasi baiknya selama ini.

Dr Rani juga berkata Izham Hashim telah dilantik sebagai bendahari yang baru.

Dr Hasan pula dilantik ahli jawatankuasa bersama dengan seorang lagi exco Dr Halimah Ali.

Turut dilantik adalah Noraini Husin, Mohd Sani Hamzan (timbalan ketua pemuda negeri), Ahmad Mohd, Ustazah Mariam dan pakar IT Abdul Rahman Sadikin.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Rakyat Boleh Nilai Sendiri Standard Ucapan MP Sri Gading Di Parlimen

Posted: 20 Jun 2011 06:27 PM PDT

Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Ahli Parlimen Sri Gading, Mohamed Aziz, mendesak Kementerian Dalam Negeri menahan Pengerusi Gabungan Pillihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di bawah ISA.

Desakan tersebut dibuat bagi menghalang Himpunan Bersih 2.0 diadakan 9 Julai ini yang didakwa untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku yang akan menyusahkan orang ramai.

Beliau mendakwa, sekiranya Datuk Ambiga dan Mohamad Sabu tidak ditahan di bawah ISA, Himpunan Bersih 2.0 pasti akan diadakan seperti yang dirancang 9 Julai ini dan pasti akan mencetuskan kejadian tidak diingini termasuk pertumpahan darah dan pertembungan sesama orang Melayu.


Sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang bangkit mencelah ketika Mohamed berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 Bacaan Kali Yang Kedua petang ini, mengesyorkan agar Ambiga dikenakan ISA.

Ketika memberikan respons terhadap syor itu, Mohamed Aziz menegaskan bukan hanya Ambiga sahaja yang patut dikenakan ISA, tetapi beliau mendesak agar Mohamad Sabu juga ditahan di bawah ISA.

Melanjutkan desakan itu, beliau mengemukakan dakwaan tidak berasas lain mengenai himpunan aman yang diadakan oleh Pakatan Rakyat termasuk Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan oleh Bersih pada 9 Julai nanti.

Desakan dan dakwaan tidak berasas Mohamed itu mendorong ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangkit untuk membetulkan tanggapan salahnya mengenai Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan itu.

Antara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang paling awal bangun, Ahli Parlimen Lembah Pantai dari PKR, Nurul Izzah Anwar.

Mohamed bagaimanapun tetap tidak memberikan peluang kepada Nurul Izzah untuk bercakap walaupun Nurul Izzah berdiiri agak lama.

Sebaliknya, beliau menegaskan tidak mahu memberikan jalan kepada Nurul Izzah.

Katanya, beliau anak jantan, jadi tidak mahu berkelahi dengan perempuan tetapi kalau dengan lelaki, tidak gentar untuk bergaduh pada bila-bila masa.

Sikap beliau ditempelak oleh Nurul Izzah dengan mengatakan tindakannya itu amat tidak wajar kerana membuat dakwaan dan desakan tidak berasas, manakala beliau pula hanya bangun untuk menjelaskan realiti sebenar.

"Saya nak jelaskan perkara sebenar sebab YB cakap perkara yang tak betul. Jangan nak kelirukan (orang ramai dengan membuat dakwaan tak berasas)," kata Nurul yang terpaksa bangun duduk beberapa kali di tengah ucapan meleret bernada tinggi Mohamed yang tidak memberi peluang kepadanya berucap.

Selain Nurul Izzah, beberapa orang ahli Parlimen Pakatan Rakyat lain yang juga kesal dergan sikap Mohamed itu turut bangun untuk memberikan penjelasan.

Mereka termasuklah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari PKR dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dari PAS.

Bagaimanapun, mereka juga tetap tidak diberikan peluang untuk berucap oleh Mohamed bagi memberikan respons terhadap dakwan-dakwaannya yang tidak berasas itu, menjadikan beliau terus berucap berseorangan sehingga tamat tempoh.

http://bm.harakahdaily.net\

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Nama Busuk Umno Makin Berulat Angkara Ibrahim Ali

Posted: 20 Jun 2011 05:21 PM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Pusat memberi amaran kepada Presiden Perkasa, Datuk paduka Ibrahim Ali dan anggotanya supaya menghentikan tindakan samseng dengan mengugut rakyat Malaysia yang menyertai Himpunan Bersih 9 Julai ini.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, sekiranya tindakan itu diteruskan, sayap pemuda parti Melayu-Islam itu sedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum.

"Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir dalam perhimpunan Bersih 2.0, sekaligus menolak sebarang tindakan provokatif yang cuba diadakan oleh Perkasa untuk menimbulkan suasana tegang dan huru-hara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Beliau berkata demikian mengulas risalah perkauman Perkasa yang bernada ancaman terhadap Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan yang menyebut 'Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang merbahaya".

Menurut Riduan, Pemuda Pas juga kesal kerana Ibrahim dalam ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman turut memberikan amaran kepada Kaum Tiong Hua supaya 'membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah' jika Himpunan Bersih 2.0 tidak dihentikan. Malah Ibrahim juga menyatakan Perkasa akan melakukan apa sahaja bagi menghentikan perhimpunan yang bakal berlangsung pada 9 Julai ini.

"Mereka mahu lakukan apa? pukul orang India, pecah rumah dan kedai orang cina? bakar rumah ibadat? atau pijak kepala babi dan lembu di dataran Merdeka?

"Siapa Perkasa yang mahu melawan kebangkitan rakyat. Apa tujuan mereka membuat ugutan kepada kaum bukan Melayu. Negara ini milik semua dan rakyat berhak turun ke jalan raya untuk menyatakan tuntutan mereka secara aman," tegas beliau.

Mengulas lanjut, Riduan berkata tindakan Perkasa itu cuba mengulangi semula tragedi berdarah 13 Mei dan operasi Lalang, namun polis masih berdiam diri tanpa membuat sebarang tangkapan.

"Ugutan-ugutan ekstrim mereka menunjukan bahawa mereka memang kumpulan pelampau yang wajar diambil tindakan oleh pihak Polis," ujarnya.

Justeru, Pemuda Pas memberikan jaminan kepada orang Melayu dan bukan Melayu bahawa Himpunan Bersih 2.0 akan berjalan dengan aman dan selamat.

"Semua peserta dilarang membawa sebarang senjata atau melakukan kerosakan dan provokasi. Peserta Bersih 2.0 yang akan hadir diminta menghormati peniaga dan penduduk Kuala Lumpur serta menjaga kebersihan sepanjang himpunan berlangsung," katanya sambil menyeru rakyat dan seluruh anak muda supaya tidak takut dengan ancaman pelampau tersebut

"Tunjukan kuasa rakyat, bersama kita perkukuhkan desakan rakyat untuk memastikan Pilihanraya Bersih dan Adil dilaksanakan di negara ini," tegasnya.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Puteri Umno Yang Gersang..

Posted: 20 Jun 2011 08:10 AM PDT


Gambar Hiasan

Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Kedah hari ini didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Jitra atas tuduhan khalwat dengan seorang lelaki.

Yusmawati Yaacob, 31 tahun didakwa mengikuti Seksyen 9(1) Akta Kanun Acara Jenayah Syariah Kedah 1988 manakala pasangannya, Mohd Jasmi Ismamil, 47, dituduh mengikut Seksyen 9(2) akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh didenda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua pasangan itu ditahan sepasukan Pegawai
Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Daerah Kubang Pasu dalam sebuah rumah di Taman Tengku Sarina, Jitra, jam 1:20 pagi, 11 Mei lalu.


Kedua-dua pasangan itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Hakim Sheikh Kamaruslan Mustapha menetapkan 4 Julai depan, tarikh sebutan semula kes.

Ini kerana peguambela tertuduh, Sukri Zakaria dan pendakwa syarie, Juliana Ramli perlu mengemukakan hujah masing-masing kepada mahkamah dalam tempoh dua minggu.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Zizie Ezete Tertekan Bung Di Kecam...

Posted: 20 Jun 2011 07:05 AM PDT

Kenyataan ahli parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Raden bahawa perhimpunan Bersih 2.0 boleh membawa kepada pertumpahan darah mengundang kemarahan ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Bung sewaktu membahaskan belanjawan tambahan di Dewan Rakyat hari ini turut mendesak kerajaan segera mengambil tindakan untuk menyekat himpunan Bersih 2.0.

"Ada pihak menggelarkan diri mereka Bersih dan akan adakah perhimpunan. Saya risau himpunan ini akan mengundang pertumpahan darah dan perkara yang tidak diingini," katanya.


Selanjutnya disini


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

'Takkan makan karipap pun rahsia parti'

Posted: 20 Jun 2011 06:00 AM PDT

Khalid Samad berkata, beliau mengambil tindakan itu untuk menzahirkan proses dan sikap semasa bermesyuarat supaya dicontohi semua peringkat.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad menyelar pihak yang mendakwanya mendedahkan rahsia parti dengan menceritakan perjalanan mesyuarat yang membincangkan pelantikan pesuruhjaya PAS Selangor.

Katanya, beliau mengambil tindakan itu untuk menzahirkan proses dan sikap semasa bermesyuarat, termasuk keterbukaan pemimpin tertinggi PAS, supaya dicontohi semua peringkat.

"Janganlah menganggap cara kepimpinan Islam adalah aladiktator atas alasan wala (kesetiaan) yang tidak dapat difahami maksud yang sebenar; atau di atas alasan 'sami'na wa ata'na' (kami dengar dan kami taat) yang sebenarnya bertujuan untuk menutup pintu perbincangan dan syura," katanya.


Secara sinis, Khalid (kiri) bertanya, sekiranya beliau bercerita tentang makanan dan minuman semasa mesyuarat pun dikira rahsia parti.

"Kalau saya menceritakan kepada seseorang, 'semasa mesyuarat tadi saya minum kopi bersama dua ketul karipap, adakah itu menjadi rahsia parti?" soalnya.

Pada 14 Jun lalu, Khalid mendedahkan cadangan menggugurkan exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali sebagai pesuruhjaya PAS Selangor dibuat oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan dan tiga naib presidennya sendiri.

Menurutnya, mesyuarat pertama pada petang 12 Jun lalu hanya membincangkan cadangan kesemua pemimpin utamanya yang dibuat pada pagi hari yang sama.

Menulis dalam blognya semalam, Khalid menyuarakan kehairanannya dengan sikap sebegitu kerana pihak terbabit "membaca tetapi tidak dapat memahami".

"Seolah-olah pemikiran dan hati mereka telah diselubungi kegelapan atau kebencian sehinggakan tidak dapat melihat pengajaran yang terkandung disebalik tulisan saya itu.

"Bagaimanapun, majoriti yang membaca kisah yang dipaparkan, jelas dapat melihat bagaimana proses perbincangan dan syura yang diamalkan dalam PAS," katanya.

Khalid juga menjelaskan tulisannya sebelum ini menjelaskan perbincangan itu dibincang secara tertib dan terbuka dan tiada cantas mencantas dan suasana berpuak-puak.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Umno Makin Tetekan Dengan Gelombang BERSIH 2.0

Posted: 20 Jun 2011 05:23 AM PDT

SPR sedia jumpa BERSIH jika batal perhimpunan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia mengadakan pertemuan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dengan syarat gabungan tersebut membatalkan perhimpunannya pada 9 Julai ini, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai "rubber stamp" atau alasan sahaja, tidak ada maknalah.

"Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya hari ini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan itu yang tetap mahu mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini

Kumpulan itu menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Abdul Aziz berkata jika benar kumpulan itu memperjuangkan demokrasi, ia boleh terus berbincang dengan SPR dan mengemukakan permohonan dengan cara baik.

"Ini bukan caranya, jangan guna SPR sebagai kambing hitam. Ini kata SPR tidak demokrasi, tidak bersih, membantu dan menyokong kerajaan. Tetapi buktinya (keputusan) pilihan raya umum dan pilihan raya kecil tidak begitu.

"Jika pengundi suka pembangkang, menang pembangkang, banyak buktinya. Jadi, apa sebenarnya tujuannya? Saya fikir kami berlaku adil dan saksama," katanya.

Pengerusi SPR itu menjelaskan pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasandan dan ahli-ahlinya pada penghujung tahun lalu dan mereka menerima dengan baik penjelasan SPR berhubung perkara-perkara yang dibangkitkan.

Katanya lapan perkara itu juga telah diperjelaskan oleh beliau di media sebelum ini yang antaranya memerlukan pindaan undang-undang dilakukan terlebih dahulu.

"Mereka (Bersih) mahu berjumpa saya sekali lagi pada Mac atau April lalu, tapi pada masa itu, kita (SPR) sibuk dengan beberapa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak.

"Jadi, saya kata tak boleh kerana saya sibuk sangat, dan mencadangkan mungkin lain kali. Lepas itu, senyap dan tiba-tiba dengar nak buat perhimpunan," katanya.

Abdul Aziz berkata beliau berpendapat kumpulan itu mempunyai agenda lain dan bukan hanya membabitkan isu ketelusan SPR.

"Saya fikir kumpulan ini bukan bukan seperti pertubuhan bukan kerajaan yang sepatutnya, saya fikir kumpulan itu telah dipengaruhi oleh parti politik (tertentu).

"Mereka tidak lagi berkecuali, tidak lagi bebas, ia dipengaruhi oleh sesuatu kumpulan, tanpa sokongan kumpulan-kumpulan itu, Bersih tidak ada apa-apa," katanya.

Sistem biometrik

Sementara itu, Aziz berkata, SPR bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik, pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, SPR akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem tersebut yang kini diguna pakai terhadap warga asing.

"KDN dah pakai sekarang untuk warga asing yang nak masuk ke dalam negara kita. Kaedah yang sama akan digunakan, kali ini kita akan guna pada pengundi," katanya.

Beliau mengulas mengenai penggunaan dakwat kekal, iaitu satu daripada lapan perkara yang dituntut BERSIH.

Jabatan Imigresen kini menggunakan sistem biometrik di pintu-pintu masuk di seluruh negara, sebagai kaedah untuk menangani jenayah antarabangsa dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin di negara ini.

Abdul Aziz berkata melalui penggunaan sistem biometrik, sebelum kertas undi dikeluarkan, langkah pertama yang akan dilakukan ialah membuat pengesahan terhadap kad pengenalan untuk membuktikan ia dokumen asli.

"Kemudian, pemegang kad pengenalan itu perlu meletakkan jarinya di situ, dan maklumat yang keluar pada skrin sama dengan kad pengenalan yang dibawa," katanya.

Sebaik sahaja disahkan, katanya SPR akan memeriksa sama ada nama pembawa kad pengenalan itu disenaraikan dalam daftar pemilih sebelum mengeluarkan kertas undi.

Abdul Aziz berkata selepas mengundi, individu berkenaan tidak boleh pergi ke tempat lain dengan membawa kad pengenalan yang sama untuk mengundi bagi kali kedua.

Beliau berkata sistem biometrik merupakan penyelesaian terbaik berbanding dengan penggunaan dakwat kekal seperti di India dan Indonesia.

Katanya SPR tidak akan menggunakan dakwat kekal kerana sehingga kini, tiada laporan atau petisyen yang menunjukkan terdapat pengundi yang mengundi dua kali di negara ini.

"Penggunaan dakwat kekal itu juga tidak akan menyelesaikan masalah orang mengundi dua kali yang ditohmah selama ini, yang tidak benar sama sekali," katanya. - mkini


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Ibrahim Ali Pengecut Ugut Kaum Cina - Nurul Izzah

Posted: 20 Jun 2011 03:07 AM PDT

Nurul Izzah Anwar menyifatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai pengecut kerana mengugut kaum Cina menjelang Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

"Ugutan-ugutan macam ini hanya dibuat oleh seorang pengecut," kata beliau sambil berkata pihak berkuasa telah gagal untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas wakil rakyat itu sebelum ini.

"Sementara saya percaya bahawa kita harus menghormati hak setiap rakyat Malaysia untuk bercakap dengan bebas, kebebasan bukan sesuatu yang boleh disalahgunakan atau boleh digunakan tanpa rasa tanggungjawab.


"Oleh itu, saya sangat kecewa dengan kata-kata bersifat menghasut dan bahasa kesat digunakan oleh Datuk Ibrahim Ali (gambar), berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0," kata Naib Presiden PKR ini kepada The Malaysian Insider.

Sehubungan itu, Nurul Izzah berkata, rakyat Malaysia tidak harus takut dengan ugutan Ibrahim yang dibuat semalam.

"Jangan kita takut untuk berdiri tegas atas apa yang kita percaya. Jangan kita tidak terhalang demi kebaikan Malaysia," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai ini.

Seorang lagi Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang melahirkan respons berbaur menyindir berhubung ugutan Ibrahim yang menyasarkan kaum Cina.

"Terima kasih atas keprihatinan beliau ke atas orang Cina. Jika sesuatu berlaku, semua akan menerima kesan, betul? Tetapi Datuk Ibrahim Ali hanya risau mengenai keselamatan orang Cina, sangat mengambil berat (mengenai orang Cina)," katanya lagi.

Semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan "apa sahaja boleh berlaku."

Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.

"Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara… jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.

"Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan, saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak," katanya semasa melancarkan Gerak Aman semalam.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. - The Malaysian Insider




SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Dedah 'anak siapa' di sebalik IPP

Posted: 20 Jun 2011 02:24 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendesak kerajaan mendedahkan syarat perjanjian dengan penjana tenaga bebas (IPP) kepada rakyat yang didakwa merugikan negara.

Sambil mempersoal kenapa kerajaan begitu takut mendedahkannya, beliau juga mendesak kerajaan mendedahkan kenapa perjanjian itu turut dibantah pihak Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan Kementerian Kewangan.

"Dedahkan kepada rakyat, kenapa Petronas bantah, TNB bantah dan apa pendapat Kementerian Kewangan ketika itu.

"Siapa di sebalik IPP, siapa nominee tertentu di Hongkong, anak siapa", soalnya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.


Menurut Anwar, perjanjian dengan IPP diluluskan semasa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad atas nasihat Unit Perancang Ekonomi EPU.

Perjanjian itu dibantah Bekas Ketua Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope, Bekas Ketua Eksekutif Petronas dan Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Terdahulu Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membahaskan peruntukan tambahan RM13.2 bilion di Dewan Rakyat.

Beliau berkata amat tidak munasabah perbelanjaan tambahan sebanyak itu dalam keadaan belanjawan asal RM162.8 bilion baru sahaja diguna dalam masa tiga bulan.

"Yang dimusykilkan adalah peningkatan 5 peratus emolumen. Apakah muslihat meninggalkan peruntukan emolumen yang wajib dimasukkan," katanya.

Isu IPP itu pula disentuh ketika beliau mengemukakan laporan pembayaran subsidi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri untuk petrol, desel dan Gas petroleum cecair LPG bernilai RM7.4 bilion.

Namun yang dipertikaikan subsidi gas untuk syarikat swasta IPP adalah lebih tinggi iaitu RM20 bilion untuk 2010 dan RM22 bilion untuk 2011.

"Kita berbalah soal istilah, RM22 bilion kepada IPP dikata isentif, RM20 juta kepada rakyat dikata subsidi. RM200 juta kepada kementerian dikatakan komisyen, RM20 kepada sarjan dikatakan korupsi.

"Sekiranya subsidi untuk IPP ini dikurangkan atau dihapuskan, sudah tentu belanjawan tambahan RM13 bilion ini tidak diperlukan sama sekali.

1MDB, kenyataan PM bercanggah

Anwar turut mendakwa kenyataan Datuk Seri Najib berhubung keuntungan 1Malaysia development Berhad (1MDB) bercanggah dengan penyata kewangan syarikat itu.

Najib sebelum ini mengumumkan 1MDB untung RM425 juta pada tahun pertama berakhir 31 Mac 2010.

Namun penyata kewangan enam bulan pertama 1MDB menunjukkan syarikat itu rugi RM20.5 juta.

1MDB didakwa membuat pelaburan melibatkan usahasama dengan PetroSaudi International Limited dikenali 1MDB PetroSaudi Limited berjumlah RM3.5 bilion yang dibayar secara tunai.

Pelaburan itu kemudiannya dijual kepada penjual asal, PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 bilion dengan keuntungan diperoleh sebanyak RM615 juta.

Bagaimanapun bayaran RM4.1 bilion itu dibuat kepada 1MDB secara ansuran selama 11 tahun.

"Persoalannya, apa jaminan 1MDB akan memperolehi semula wang tunai RM3.5 bilion dan keuntungan RM615 juta", soalnya.

Turut dikhuatiri, 1MDB PetroSaudi Limited dan PetroSaudi International Limited bukan syarikat operasi minyak sebenar.

Ia didakwa diperbadankan di Cayman Island dan British virgin Island dimana maklumat kewangan dan transaksi syarikat dirahsiakan dari umum.

"Ia merupakan saluran menggelap wang pinjaman melalui pengeluaran bon 1MDB", katanya.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Gunakan Akta Hasutan terhadap Ibrahim

Posted: 20 Jun 2011 01:52 AM PDT

Ancaman presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali bahawa "apa saja boleh berlaku pada hari itu" jika Bersih 2.0 meneruskan perhimpunannya pada 9 Julai, adalah tidak bertanggungjawab serta rasis, dan tindakan hendaklah diambil terhadapnya di bawah Akta Hasutan, kata Majlis Peguam Malaysia.

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee (kanan) menggesa kerajaan menggunakan Akta Hasutan terhadap Ibrahim jika pihak berkuasa merasakan akta itu masih lagi relevan.

Katanya, Majlis Peguam menentang Akta Hasutan, "tetapi jika kerajaan menggunakan akta tersebut terhadap Karpal Singh kerana kenyataannya mengenai isu (krisis perlembagaan) Perak, maka saya tidak nampak mengapa (kerajaan) tidak boleh berbuat demikian terhadap kenyataan Ibrahim itu."


"Kerajaan mestilah konsisten dan memberi layanan sama rata terhadap semua di bawah undang-undang," katanya ketika diminta
mengulas kenyataan Ibrahim, dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.


Majlis Peguam, katanya, mengecam kenyataan rasis Ibrahim itu sebagai tidak bertanggungjawab langsung dan tidak wajar.

Semasa pelancaran 'Gerak Aman' semalam, penyokong PERKASA memijak dan membakar gambar pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang juga bekas pengerusi Majlis Peguam.

Ibrahim juga dilaporkan berkata akan berlaku huru-hara jika demonstrasi gabungan pembangkang dan aktivis politik, tidak dibatalkan.



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: