MiLo SuaM |
Pemandu bas tayang VCD lucah dipenjara, Datuk T bila? Posted: 11 Jun 2011 06:29 PM PDT BARU-BARU ini seorang pemandu bas telah dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun selepas mengaku menayangkan VCD lucah kepada seorang wanita warga Indonesia. Kejadian berlaku pada 6 Jun 2011 yang lalu dan pemandu itu didakwa di bawah seksyen 292 kanun keseksaan [Utusan]. Kalau kita lihat, begitu cepat dan mudah kes ini diselesaikan. Pemandu bas ini telah mengaku menayangkan video lucah, maka dia dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Tapi apa yang menghairankan, Datuk T telah mengaku terang-terangan di hadapan media, malah menjemput pihak media untuk menonton video lucah. Tidak cukup dengan itu, blogger-blogger gerombolan penyebar video lucah, UMporNO memaparkan video dan gambar lucah tanpa tapisan di blog-blog mereka dengan bangganya namun sehingga kini masih boleh tersenyum sambil makan kacang di depan televisyen bersama keluarga. Bukan itu sahaja, TV3 anggup mempromosikan laman-laman blog yang menyiarkan video seks penuh tanpa sebarang edit yang memaparkan aksi seks untuk ditonton oleh semua lapisan umur termasuk bayi, binatang dan tumbuh-tumbuhan (lihat video di bawah). Namun semua penyebar bahan lucah ini dilindungi undang-undang kerana mereka adalah penyokong UMporNO. ReJaM© "Bertambah meriahlah Sekolah Termengandung Ali Rustam, (STAR) lepas ni" |
Berapa batang gigi Khir Toyol cabut untuk kumpul RM6 Juta? Posted: 11 Jun 2011 02:38 AM PDT KEPADA penyokong-penyokong Khir Toyol yang dulu sanggup bermati-matian berkorban, terkorban dan dikorbankan oleh Menteri Besar Selangor kesayangan korang ni, gua rasa lu orang dah boleh tutup buku. Dulu masa toyol ni jadi Menteri Besar Selangor semua orang tau dia takkan kena tangkap. Dia buat apa pun dia boleh selamat sebab jawatan dia besar, SPRM pun dia boleh kawal. Dulu dia kata duit dia banyak, sebab dia ada klinik gigi. Lu orang ada otak lu boleh fikir sendiri, berapa batang gigi dia nak cabut untuk kumpul RM6 Juta, CASH? Tapi sekarang, bila jawatan dah tak ada, dah tak jadi Menteri Besar, Khir Toyol dah tak ada guna untuk UMporNO, ini toyol dipersilakan masuk penjara. Utusan pun sudah berani keluarkan berita sebenar kisah "Toyol pencuri duit Rakyat Selangor" [Utusan] Kalau lu orang nak tau lagi berapa banyak pemimpin UMporNO yang suka curi duit macam Toyol kat atas ni, pilihan di tangan korang. Undi lu orang menentukan sama ada terbongkar atau tidak penipuan orang besar-besar. |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan