Ahad, 12 Jun 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Maut Setelah Parah Ditikam Bertubi-tubi Gara-gara Wanita

Posted: 12 Jun 2011 12:45 AM PDT

Belum pun reda dengan kejadian gaduh di Nilai, Negeri Sembilan gara-gara mengurat seorang wanita, insiden sama berulang kembali.

Gambar: POLIS memeriksa mayat seorang lelaki yang mati dibunuh di sebuah rumah kongsi di Taman Melati Utama, Kuala Lumpur semalam. -foto Kosmo

Terbaru, seorang pekerja lelaki di tapak pembinaan kondominium di kawasan Taman Melati Utama, Wangsa Maju, di sini, mati selepas bergaduh dengan rakan sekerjanya berkaitan wanita, semalam.

Pekerja Indonesia berusia 30 tahun itu ditemui terbaring berlumuran darah dengan kesan tikaman dan kelar di badan oleh seorang pekerja, di dalam sebuah bilik kongsi pekerja di tapak pembinaan terbabit, kira-kira jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai bergaduh dengan beberapa pekerja tapak pembinaan terbabit yang juga warga Indonesia, pada awal pagi, sebelum ditikam.

"Hasil pemeriksaan, kita temui lapan kesan luka tikaman dan kelar menggunakan senjata tajam.

"Kita percaya mangsa diserang lebih dari seorang suspek berdasarkan keadaan bilik itu yang bersepah," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam.

Zakaria berkata, polis tidak menolak kemungkinan kes pembunuhan itu berkaitan seorang wanita.

"Ini kerana, kita menemui satu pasport wanita Indonesia dan sepasang kasut wanita berhampiran mayat mangsa.

"Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti motif sebenar pembunuhan. Siasatan kita turut dibantu Unit Siasatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan unit anjing pengesan," katanya.

Beliau berkata, setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan polis masih mengenal pasti suspek terlibat dalam pergaduhan terbabit.

"Ketika kita tiba di lokasi kejadian, tiada sesiapa di situ dan kita percaya semua pekerja di situ melarikan diri sejurus insiden.

"Kita juga tidak menemui senjata digunakan dalam pergaduhan itu," katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Khamis lalu, akhbar melaporkan kes sama pergaduhan melibatkan warga asing berlaku gara-gara mengurat wanita. -SH


Maut ditikam bertubi-tubi

PERIKSA... polis melakukan pemeriksaan pada mayat mangsa yang ditemui di sebuah bilik kongsi.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam cinta tiga segi maut ditikam bertubi-tubi di Taman Melati Utama, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan kondominium, mangsa dikatakan bermain cinta dengan seorang wanita juga dari Indonesia.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan mayat di rumah kongsi berkenaan sebelum sepasukan polis dihantar ke tempat kejadian.

"Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemui di dalam bilik dalam keadaan berlumuran darah.

"Sepasukan polis dari Unit Siasatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKK) dan Unit Pengesan Anjing (D9) turut membantu siasatan di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui lapan kesan luka tikaman selain beberapa kesan kelar pada badan mangsa menggunakan senjata tajam.

Namun, siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata, malah polis percaya mangsa diserang lebih daripada seorang suspek.

"Ketika polis tiba di tempat kejadian, semua pekerja melarikan diri dan semua rumah kongsi juga kosong.

"Motif pembunuhan dipercayai berkaitan perempuan berikutan penemuan pasport seorang wanita warga Indonesia dan kasut berhampiran mayat mangsa," katanya.

Zakaria berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -HM


Waspada: Kek Buah Campur Arak

Posted: 11 Jun 2011 11:50 PM PDT

Kuala Lumpur: Penggemar kek buah-buahan dan tiramisu yang dijual di restoran terkemuka di negara ini dinasihatkan lebih berhati-hati memilih sajian pemanis mulut itu kerana dikhuatiri dicampur arak sebagai penambah perisa.

Arak jenis rum biasanya digunakan sebagai bahan tambahan untuk menguatkan tekstur kek berkenaan selain menambah perisa menyebabkan ia menjadi satu daripada sajian digemari ramai.

Mendedahkan perkara itu, Pengurus Kanan Piawaian dan Pembangunan Sistem International Halal Integrity Alliance (IHI Alliance), Azudin Khalid, berkata pengguna Islam boleh merasai perbezaan makanan itu sama ada ia menggunakan arak sebagai bahan tambahan atau tidak.

"Kek buah-buahan yang menggunakan rum biasanya mempunyai tekstur yang kuat dan tidak mudah pecah apabila dipotong manakala tiramisu atau kek keju terasa sejuk bila dimakan, makanan Cina pula ada yang menggunakan wain merah sebagai penambah perisa.

"Sehubungan itu, pengguna Islam perlu lebih peka dan bertanya jika was-was ketika memesan makanan di restoran. Jika membeli biskut atau coklat kandungan di pembalut perlu diteliti bagi memastikan sama ada terdapat bahan berkod E471 yang merujuk kepada lelemak haiwan dan tumbuhan," katanya ketika ditemui, semalam. Beliau berkata, walaupun restoran terutama dari luar negara seperti makanan Barat, Korea atau Jepun mempunyai logo halal, namun pemesongan masih boleh berlaku jika pengguna Islam tidak memainkan peranan penting atau ambil kisah terhadap apa dimakan mereka.

"Pengusaha boleh mengambil kesempatan mencampurkan bahan yang halal dan haram kerana sikap tidak peka pengguna Islam selain Akta Perihal Dagangan 1972 (APD) sekarang yang terlalu umum berhubung pelaksanaan undang-undang halal.

"Bagaimanapun, penggubalan Akta Halal tidak lama lagi yang memberi kuasa kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) mengambil tindakan terhadap pemilik restoran atau syarikat yang tidak menggunakan sijil dan logo halal dikeluarkan jabatan itu boleh mengatasi masalah dari sudut undang-undang, namun selagi pengguna tidak peka, isu ini sukar diatasi," katanya.

Menurutnya, pengusaha biasanya menggunakan alasan Jakim mengambil masa terlalu lama untuk mengeluarkan sijil halal menyebabkan mereka memilih syarikat swasta yang tidak diiktiraf.

"Perkara menyebabkan sijil halal lambat dikeluarkan Jakim mungkin berpunca daripada dokumentasi yang dilampirkan tidak lengkap atau sumber atau status halal bahan mentah yang digunakan mereka tidak jelas diperoleh daripada mana.

"Di sini boleh berlaku pemesongan, pengusaha sesuka hati mencampur aduk bahan halal dengan haram. Kita selaku pengguna boleh memainkan peranan dengan 'memaksa' pengusaha mengikut saluran betul jika bersikap tegas tidak membeli makanan di restoran yang dicurigai status halalnya," katanya.

Azudin berkata, IHI Alliance selaku agensi yang bekerjasama dengan Jakim menerusi pemantauan sistem dan piawaian halal termasuk di peringkat antarabangsa daripada semasa ke semasa mengadakan seminar panduan kepada pengusaha restoran halal. -HM

Esok Lusa Ikan Kurang Di Pasar Ekoran Nelayan Mogok Bantah K'jaan Mansuh Subsidi Diesel

Posted: 11 Jun 2011 10:00 PM PDT

Kuala Lumpur – Lebih 1,000 nelayan laut dalam di tiga negeri melancarkan mogok mulai semalam sekali gus bakal menjejaskan bekalan ikan negara jika tindakan tersebut berlarutan.

Mogok diketuai oleh hampir 200 pengusaha bot itu diadakan secara serentak di jeti-jeti nelayan di Kuantan, Pahang; Endau di Mersing, Johor dan Kangar, Perlis.

Mogok berpunca daripada tindakan kerajaan memansuhkan subsidi diesel yang menyebabkan pemilik bot terpaksa membeli bahan api itu pada harga RM1.80 seliter berbanding RM1.25 seliter sebelum ini.

Pemansuhan subsidi itu menyebabkan para pemilik bot terpaksa menanggung kenaikan kos melebihi RM20,000 sebulan berbanding RM7,000 sebulan sebelum ini. -kosmo



Nelayan, Pengusaha Bot Pukat Mogok Di Kuantan

Kuantan: Lebih 500 nelayan dan pengusaha bot pukat tunda melancarkan mogok di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang di sini dan meminta kerajaan menimbang pemberian subsidi super diesel kepada mereka.

Pengerusi Persatuan Perikanan Kuantan, Chia Hee Juak, berkata nelayan dan pengusaha bot terbabit terpaksa membeli diesel pada harga RM1.80 seliter sedangkan hasil laut yang diperoleh tidak setimpal dengan kos ditanggung mereka.

"Tambahan mereka terpaksa menanggung ansuran bulanan bot pukat tunda dan pukat tarik yang berharga sekitar RM500,000 hingga RM1 juta," katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau berkata, mogok itu diadakan selama tiga hari mula hari ini dan diteruskan jika tindakan segera tidak diambil pihak berkenaan.

Seorang pengusaha bot, Hing Hua Kow, berkata ada di kalangan mereka merancang menjual bot yang digunakan untuk mencari rezeki selama ini kerana tidak mampu menanggung kerugian tinggi.

Kerajaan sebelum ini memutuskan pengusaha bot berkenaan perlu membeli diesel pada kadar RM1.80 seliter dan bukan pada harga subsidi super RM1.25 seliter yang layak mereka nikmati sebelum ini. - BERNAMA


Pelajar Belasan Tahun Dah Pandai Tidur Di Rumah Kekasih

Posted: 11 Jun 2011 07:20 PM PDT

Sungai Kob - Dua pelajar perempuan berumur 15 dan 17 tahun di tahan di sebuah rumah bujang lelaki di Taman Mutiara kira-kira jam 12.30 pagi kelmarin.

Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Mohd Ameer Dahari berkata, PADK menerima maklumat daripada orang ramai kira-kira jam 12.15 pagi dan sampai ke tempat kejadian kira-kira 20 minit kemudian.

Menurutnya, ketika tiba, pintu rumah berkenaan bertutup dan PADK terpaksa menunggu beberapa minit sebelum ia dibuka.

"Setelah memperkenalkan diri, PADK kemudiannya membuat pemeriksaan dan menemui sepasangan kekasih dalam bilik manakala satu lagi di ruang tamu.

Mohd Ameer berkata, dari siasatan dijalankan, ke semua terlibat mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.

"Pelajar perempuan berusia 17 tahun itu pernah ditahan sebelum ini kerana berkelakuan sumbang bersama dua teman lelakinya di tepi tandas awam Taman Tasek Kulim kira-kira jam 1 pagi. Namun, dia dibebaskan setelah diberi kaunseling dan amaran.

"Tidak sampai tiga minggu, PADK menangkapnya semula kerana bersekedudukan. Siasatan awal mendapati remaja lelaki terbabit bekerja sebagai pembantu kantin manakala seorang lagi penganggur, " katanya.

Menurutnys, pasangan berkenaan kemudiannya di bawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan.

Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988 dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pasangan lelaki ditahan lokap di Balai Polis Kulim manakala pasangan perempuan ditahan di lokap Balai Polis Lunas.

Pelajar berusia 17 tahun itu masih mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana keluarganya kurang berkemampuan. Selain itu, dia pernah membuat laporan polis kerana mendakwa dirinya dirogol dan liwat. -SH

TPB Anggap Kerajaan Malaysia Sekat Internet Sebagai Korup Dan Tolol

Posted: 11 Jun 2011 05:45 PM PDT

Laman Pirate Bay bidas sekatan SKMM

Laman web perkongsian fail terkemuka Pirate Bay (TPB) menyuarakan perasaan tidak senangnya terhadap sekatan internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kami sedih apabila Malaysia melampaui hak asasi manusia sekali lagi," kata wakil laman itu Winston Bay kepada Malaysiakini.

Beliau menegaskan kembali tentang penetapan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa internet merupakan sebahagian hak asasi manusia.

Bagaimanapun, tambahnya, dalam masa yang sama Malaysia menutup akses terhadapnya.

Bay juga berhujah, TPB sebagai "pertukaran budaya paling besar dalam sejarah manusia" dan tidak dapat dihentikan oleh "kerajaan yang korup" dan "ketololannya".

"Orang ramai sudah tentu mampu menggunakan TPB walau apa pun caranya, seperti di negara lain yang tidak menyekatnya, trafik akhirnya tetap meningkat.

"Ia menunjukkan bahawa tidak ada tolak ansur dengan kerajaan yang korup dan internet mampu mengelakkan ketololan itu," kata Bay.

SKMM semalam menjelaskan menyekat beberapa laman sesawang akhir-akhir ini bukan satu bentuk penapisan, sebaliknya tindakan pematuhan undang-undang Malaysia.

Kenyataan itu menyebut, SKMM menerima permintaan daripada Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987.

Selain ThePirateBay.org, turut disekat MegaUpload.com, FileServe.com dan DepositFiles.com. -mk

UMNO Tak Lena Tidur

Posted: 11 Jun 2011 04:35 PM PDT

Nik Aziz dakwa UMNO semakin lesu

GOMBAK – UMNO kini dipercayai semakin lesu apabila perjuangannya memburukkan dasar Islam diperjuangkan Pas menemui kegagalan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mereka gagal mempertikaikan dasar Islam diperjuangkan parti, sedangkan Islam untuk semua tanpa mengira latar belakang agama atau perkauman.

"Islam untuk semua manusia yang diciptakan Allah SWT yang juga ciptakan Islam. Islam bukan untuk masyarakat Arab sahaja, tetapi untuk semua bangsa di seluruh dunia ini.

"Mereka (UMNO) gagal mempertikaikan (dasar) Islam (yang diperjuangkan parti) sehingga tidak lena tidur," katanya.

Beliau yakin Pas dapat memintas UMNO kerana dasar parti yang memperjuangkan negara berkebajikan.

"Dulu mereka menuduh Pas ketinggalan, kini kami yang akan pintas mereka," katanya

Menurutnya, UMNO kini berdepan dengan tekanan kerana kenaikan harga barang yang membebankan rakya:t.

"UMNO sudah tua dan tertekan dengan bebanan yang banyak kerana dulu memperjuangkan rakyat didahulukan, kini sebaliknya sehingga memakan diri sendiri.

"Ini dapat dilihat apabila mereka terpaksa menangguhkan mesyuarat agung sedangkan kami tetap meneruskan mesyuarat agung seperti biasa terutama menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, isu video seks menyebabkan suasana politik negara bertambah busuk.

"Video seks itu tiada bukti, mengarut dan membusukkan nama negara sahaja.

"Sesiapa sahaja boleh buat video dengan mengambil muka orang lain dan letakkan pada muka orang lain," katanya.

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan negara kebajikan memberi kelebihan kepada DAP yang juga parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

"Kita tidak sama kerana negara kebajikan yang kami perjuangkan mengikut perlembagaan parti berlandaskan al-Quran dan hadis.

"Mereka (UMNO) yang tidak faham maksud negara kebajikan kerana kami ada amar makruf nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran), mereka tiada
," katanya.

Beliau turut mengumumkan akan menulis buku untuk memberi penjelasan mengenai negara kebajikan diperjuangkan parti. -SH




UMNO Hanya Bersandiwara Sanjung Ulamak

Posted: 11 Jun 2011 02:52 PM PDT

Umno sanjung ulama hanya lakonan

Para pemimpin Umno tidak perlu menonjolkan mereka menyanjungi ulama dengan membuat kenyataan demi kenyataan dalam akhbar milik umno, Utusan Malaysia kerana sikap mereka sudah diketahui dengan jelas hanyalah lakonan semata-mata.

Mereka juga tidak perlu menuduh para pemimpin dan ahli-ahli PAS kini menolak ulama kerana tujuan sebenar mereka sudah diketahui dengan nyata hanyalah untuk melaga-lagakan antara sesama pemimpin PAS.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, sekiranya para pemimpin Umno terus memainkan isu ciptaan mereka itu, mereka tetap kecewa kerana para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri sudah amat faham perkara itu.

Menurut beliau, ahli-ahli PAS sendiri sudah sekian lama memahami sikap sebenar para pemimpin dan ahli-ahlli Umno selama ini yang tidak pernah menyanjungi ulama, malah sentiasa memperlekehkan golongan ulama.

Katanya, sikap buruk mereka itu antara lain boleh dirujuk dengan kenyataan-kenyatan mereka selama ini yang sentiasa memperlekehkan ulama-ulama dalam PAS termasuk terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdu Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Tiba-tiba sekarang mereka kata para pemimpin dan ahli-ahli PAS menolak ulama. Tapi sejak bila Umno menyanjungi ulama? Mereka sendiri sebenarnya yang menolak ulama bukannya kita," katanya kepada Harakahdaily, di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, menurut beliau, para pemimpin Umno perlu menilai diri mereka sendiri terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan seperti itu terhadap PAS.

Katanya, dalam PAS setiap ahlinya sendiri cukup faham dengan struktur organisasi PAS yang tidak sekali-kali menolak ulama, malah meletakkan golongan ulama ditempat yang paling tinggi dan utama.

"Dalam PAS terdapat Syura Ulama yang menjaga dasar PAS. Majlis Syura Ulama adalah badan tertinggi dalam PAS. Syura Ulama tidak boleh dianggotai sembarangan orang, tetapi setiap ahlinya mestilah mereka yang berpendidikan tinggi dalam Islam dan mempunyai akhlak yang baik.

"Ahli-ahli Syura Ulama berbeza dengan para pemimpin PAS yang lain termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden atau yang paling atas hingga AJK atau yang paling rendah dalam AJK PAS Pusat.

"Majlis Syura' adalah badan penting yang bertanggungjawab menggariskan dasar PAS dan memastikan PAS tidak terkeluar dari perjuangannya untuk menegakkan Islam,"
katanya.

Dengan itu, tegasnya, dalam PAS tidak akan timbul soal menolak ulama. Tambahan pula dalam PAS juga turut terdapat Dewan Ulama yang walaupun berbeza dengan Majls Syura Ulama, tetapi turut berperanan membantu PAS agar tidak tergelincir dari asas perjuangannya dengan konsep kepimpinan ulama.

Katanya, hanya Umno BN yang tidak tahu tentang perkara itu sehingga menyebabkan mereka sanggup membuat tuduhan seperti itu terhadap ahli-ahli PAS.

PAS, tegasnya, dari awal penubuhannya lagi terhasil dari gabungan golongan profesional dan ulama. Disebabkan realiti itu, sesiapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin PAS akan diterima oleh ahli-ahlinya, kecuali ahli-ahli Majlis Syura yang hanya terhad kepada kalangan tertentu sahaja.

"Itulah rahsia kekuatan PAS sejak dulu yang kini semakin diperkuatkan pula oleh barisan kepimpinan baru dan seluruh ahli-ahli. Barisan kepimpinan baru PAS juga turut diterima baik oleh DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Ini menjadikan PAS dan Pakatan Rakyat kini semakin kuat, manakala Umno BN pula sekarang semakin lemah kerana tongkatnya, MCA dan MIC sudah patah, apabila MCA dan MIC juga sudah semakin lemah
.

"Disebabkan keadaan itu, orang-orang Melayu juga sudah tidak lagi boleh bergantung kepada Umno sekarang. Disebabkan PAS pula yang semakin kuat, orang-orang Melayu perlu menyokong PAS dan Pakatan Rakyat bersama kaum-kaum lain bagi membela nasib mereka dan melakukan perubahan di negara kita," ujarnya.

Sejajar dengan itu, katanya, soal berkerjasama antara PAS dan Umno langsung sudah timbul lagi sekarang. Umno tidak perlu merayu kepada PAS mengenainya kerana tidak akan dilayan oleh PAS.

"Kalau kita bekerjasama dengan Umno, jangan ingat Umno tak khianati PAS kerana pengalaman PAS yang lalu sudah mencukupi bagi PAS. Umno hanya perlu menerima pengajaran dari pengkhianatannya sendiri selama ini dengan akan berkubur tidak lama lagi," tegas beliau. -hd



Tubuh Suruhanjaya Diraja Siasat IPP! - Ku Li

Posted: 11 Jun 2011 07:54 AM PDT

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji dan menyiasat syarikat pembekal kuasa tenaga kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang didakwa mengaut keuntungan berpuluh kali ganda.

Beliau berkata keadaan itu menyebabkan TNB menanggung kos perbelanjaan yang tinggi dan sekaligus membebankan kehidupan rakyat menerusi tarif baru elektrik yang berkuat kuasa 1 Jun lepas, selepas mendapat persetujuan kerajaan apabila membuat semakan semula harga gas.

"Suruhanjaya berkenaan penting bagi memberi keadilan kepada rakyat walaupun kenaikkan tarif eletrik itu hanya membabitkan 4.4 juta pengguna domestik di negara ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Limau Kasturi dekat sini, semalam .

Beliau mahu kerajaan memberi perhatian serius terhadap bebanan hidup rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah termasuk masyarakat kampung di seluruh negara kerana turut menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi sejak kebelakangan ini.

"Suruhanjaya itu hendaklah menyiasat dan membuat kajian langkah yang perlu diambil kerajaan terhadap bebanan hidup rakyat hasil daripada kenaikan tarif elektrik ekoran syarikat pembekal kuasa elekrik menjual dengan harga terlalu tinggi," katanya.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata walaupun tidak semua pengguna menanggung beban kenaikan tarif elekrik itu, namun penduduk juga akan turut merasai bebanan terutama kenaikan harga barang.

Katanya ini kerana peniaga besar yang terbabit dengan kenaikan tarif baru elekrik sudah tentu akan menaikkan harga barangan pengeluaran mereka disebabkan kos yang meningkat termasuk juga pengangkutan.

"Kita harus berlaku adil dalam menyelesaikan masalah itu kerana saya melihat sekarang ini syarikat pembekal kuasa tenaga elektrik kepada TNB menopoli keuntungan berpuluh kali ganda disamping mendapat subsidi pula daripada Petronas," katanya.

Bagaimanapun beliau turut menasihatkan rakyat supaya jangan menuduh kerajaan yang sengaja menaikkan harga barang keperluan di pasaran termasuk gula, minyak masak dan bahan bakar kerana semuanya bergantung kepada harga naik turun di pasaran dunia.

"Kita tidak mempunyai banyak bahan mentah untuk minyak masak dan gula, begitu juga bahan bakar yang terpaksa diimport dari negara luar hingga berlaku kenaikan yang perlu ditanggung bersama," katanya.-BERNAMA







PAS Hormati & Muliakan Ulamak, UMNO Perbodoh & Pergunakan Ulamak

Posted: 11 Jun 2011 06:05 AM PDT

Mahfuz : Sayap Ulama Umno Hanya Retorik

SHAH ALAM 11 JUN : Cadangan pengarang Utusan Malaysia, Zaini Hassan supaya parti pemerintah menubuhkan sayap ulama Umno bagi mengembalikan sokongan pengundi Melayu Islam yang kononnya hilang keyakinan terhadap PAS dilihat bersifat retorik semata-mata.

Naib presiden PAS, Mahfuz Omar berkata, selama ini kerajaan Umno-Barisan Nasional hanya menggunakan institusi agama untuk menghalalkan setiap tindakan mereka dan bukannya atas tujuan menjaga kebajikan rakyat.

"Pertamanya kegagalan ulama-ulama dalam Umno melalui biro agama Umno telah (berlaku sejak sekian lama), yang keduanya institusi agama di bawah kerajaan gagal memberikan imej yang baik tetapi akhirnya diperalatkan untuk mengeluarkan kenyataan bagi kepentingan politik Umno-BN,"kata Mahfuz kepada Tv Selangor.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata demikian bagi mengulas ruangan kolumnis Utusan Malaysia semalam yang bertajuk "PAS hilang arah: Sayap Ulama Umno harus ditubuh segera".

Zaini merupakan penulis sama yang mencadangkan supaya Perdana Menteri Malaysia melancarkan Gerakan 1 Melayu, 1 Bumi ekoran kemenangan DAP di 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi parti itu pada pilihan raya negeri sarawak April lalu.

Dalam ruangan yang diberikan nama 'Cuit' itu, Zaini berkata muktamar PAS baru-baru ini menunjukkan PAS mengorbankan dasar mereka dan mengikut telunjuk Parti DAP dan PKR semata-mata mahu memastikan matlamat Pakatan Rakyat ke Putrajaya tercapai.

Berbalik kepada isu sayap ulama Umno, menurut Zaini kesedaran rakyat tentang perjuangan PAS yang kian kendur adalah baik untuk Umno menggunakan peluang yang terbuka ini untuk mendapatkan sokongan Melayu.

Bagaimanapun, Zaini nampaknya lupa bagaimana institusi Islam tajaan Umno mengenepikan prinsip Islam sebenar hingga mengakibatkan rakyat mulai jelek dengan kepimpinan kerajaan.

Perkara ini dapat dibuktikan apabila institusi agama di bawah kerajaan tidak mampu menjalankan tanggungjawab mereka berhubung laporan qazaf ke atas trio "Datuk T" kerana menuduh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan zina.

Walaupun hal itu telah diadukan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), namun ironinya undang-undang syariah Islam seolah-olah tidak diiktiraf, apatah lagi apabila ia melibatkan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Menurut Mahfuz, cadangan wartawan kanan media milikan Umno itu hakikatnya turut menggambarkan kegusaran Umno bahawa kemungkinan undi masyarakat Melayu terus memihak kepada Pakatan Rakyat melalui dasar baru PAS yang mahu membangun Negara Berkebajikan selaras dengan program Buku Jingga.

"Mereka sangat bimbang bahawa orang Melayu akan kembali bersama dengan PAS dan mereka bimbang bahawa PAS mampu melakukan 'swing' undi daripada kalangan Melayu dan inilah yang dibimbangi oleh Umno selama ini dan mereka sedang mencari bagaimana nak mengelak daripada 5 ataupun 7 peratus undi Melayu itu terus pergi kepada PAS atau PR,"katanya. -tvsnews



Ulasan GB

PAS belajar dari ulamak dan memuliakan kaum ulamak. Maka sebab itu di dalam organiasi PAS, seluruh kepimpinan PAS dipandu oleh Majlis Syura Ulamak. PAS sejak awal penubuhannya sudah ada Dewan Ulamak.

Tetapi UMNO hanya memperbodohkan dan memperalatkan ulamak untuk menghalalkan semua tindak-tanduk mereka. Kaum ulamak di dalam UMNO diperkotak-katikkan malah dalam banyak hal kaum ulamak dihinakan oleh para pemimpin UMNO. Imbas kembali apa yang telah berlaku kepada mufti Allahyarham Ishak Baharom dan figur-figur seumpamanya.

Majlis dan Jabatan Agama Islam diwujudkan untuk diperintah oleh UMNO bukan mengikut nasihat dan tunjuk-ajar mereka. Maka hasil daripadanya, hukum dan undang-undang Islam seperti qazaf dan hudud dipersenda dan dipermainkan oleh golongan UMNO.

UMNO masih berpegang dengan konsep sekularisma yang dibawa penjajah, ugama lain kerajaan lain. Sebab itu pemerintahaan UMNO BN tidak terikat dengan necara syariat sehingga akhirnya kemungkaran politik, ekonomi dan sosial semakin menggila di dalam UMNO. Mereka cuba untuk mebetulkan di sana sini, tetapi semakin diperbaiki ia menjadi semakin bernanah. Mereka berlagak seperti doktor yang cuba membedah di pinggiran, sedang mereka sebenarnya sebahagian dari parasit yang menyerang.

Kelisa Rempuh Lori - Seorang Maut

Posted: 11 Jun 2011 04:00 AM PDT

Alor Gajah – Seorang wanita maut dan seorang lagi cedera ringan apabila kereta jenis perodua Kelisa yang dinaiki merempuh sebuah lori yang membawa barang perkakasan rumah di Kilometer 209 Lebuh raya Utara ke arah Selatan, berhampiran restoran jejantas, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, Adeleen Kasim, 37, yang juga ibu tunggal maut serta merta di tempat kejadian dalam perjalanan ke Melaka bersama seorang adiknya yang memandu kereta, Aireen Kasim, 34, dari Kuala Lumpur menuju pulang ke rumahnya di Kampung Pasir Putih, Bachang, Melaka.

Saksi yang enggan dikenali mendakwa, dia menyedari lori terbabit yang pada awalnya berada di laluan paling kiri hendak memasuki ke laluan tengah secara tiba-tiba sementara perodua Kelisa tadi sudah berada dalam jarak yang dekat.

"Saya sendiri menyaksikan lori itu yang tiba-tiba memasuki laluan tengah dan pemandu kereta Kelisa itu brek mengejut dan gagal mengawal kenderaan terpaksa merempuh belakang lori dan penumpangnya terkena pada besi pada lori berkenaan.

"Masa itu saya lihat lori itu terus terbalik dan terseret ke kiri jalan sebelum merempuh penghadang jalan dan berpusing semula ke arah utara dan pemandunya cuba untuk keluar dari lorinya yang sudah terbalik ke sebelah kanan," kata saksi berkenaan.

Sementara itu, pemandu lori, Wong Loong Fah, 44, berkata, dia dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke Johor Bahru untuk menghantar perkakasan hendak menyusuri laluan kedua lebuh raya dkejutkan dengan rempuhan yang begitu kuat dari arah belakang lorinya sebelum hilang kawalan.

"Saya berada di laluan pertama hendak ke laluan tengah memandu secara perlahan seorangan tiba-tiba dirempuh dengan kuat hingga lori saya bergegar kuat sebelum hilang kawalan memakan ke kanan dan kiri jalanraya sebelum lori saya terbalik beberapa kali.

"Saya sudah tekan brek sekuat hati berharap lori saya tidak merempuh mana-mana kenderaan lain yang masih melalui kiri kanan jalan dan lori saya terbalik terbabas ke kiri melanggar penghadang lebuh raya sebelum berpusing semula ke arah utara.

"Dalam keadaan cemas saya yang sudah terbalik ke sebelah kanan terpaksa keluar mengikut cermin hadapan lori yang sudah pecah dalam keadaan kaki terhenjut-henjut akibat terseret dan menghentam penghadang lebuh raya," katanya.

Menurutnya, ketika dia mendekati kereta tersebut penumpang di tempat duduk bersebelahan pemandu dalam keadaan tersepit selepas merempuh hingga bahagian hadapan kereta Kelisa itu remuk teruk dan mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

"Masa saya turun dari lori dalam keadaan badan sakit dan cedera di tangan kanan saya dapati kereta Kelisa tadi sudah melintang menghalang laluan kedua lebuh raya, mujur semua kenderaan yang memandu laju ketika itu sudah memperlahankan kenderaan.

"Kemudian saya terus berlari ke arah kereta Kelisa yang merempuh lori saya tadi dengan harapan dapat cuba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit tetapi disebabkan mangsa dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' dan saya terpaksa menunggu anggota bomba tiba.

"Pemandu kereta Kelisa itu sudah berada di luar kenderaan dalam keadaan tidak tentu hala sambil meraung meminta bantuan orang ramai namun disebabkan mangsa sudah tenat tiada siapa yang berani menyentuh dan mangsa meninggal dunia tidak berapa lama kemudian," katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat, PBK II, Razali Che Ari, ketika dihubungi berkata, seramai tujuh anggota dengan dua jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam mendapati penumpang kereta dalam keadaan nazak.

"Anggota kami tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit selepas menerima panggilan dan mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa kurang dari lima minit yang ketika itu mangsa dalam keadaan nyawa-nyawa ikan," katanya.

Ketua Polis Derah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kemalangan berkenaan.

"Kenderaan perodua Kelisa yang dinaiki dua beradik ini dipercayai dipandu laju menghala ke arah Melaka, setibanya di lokasi kejadian, pemandu kereta ini hilang kawalan hingga merempuh bahagian belakang sebuah lori muatan satu tan itu," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. -SH

4 Sekeluarga Mangsa Kemalangan Dikebumi Dalam 1 Liang

Posted: 11 Jun 2011 02:40 AM PDT

Kuala Kangsar: Jenazah empat beranak yang terkorban dalam kemalangan ngeri di Kilometer 73 Jalan Kuala Kangsar-Grik di Sauk, dekat sini petang kelmarin, selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kenas, di sini semalam.

Gambar: SUASANA pilu menyelubungi majlis pengebumian empat sekeluarga di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kenas, Kuala Kangsar.

Suasana hiba menyelubungi sebaik satu persatu jenazah iaitu pasangan pesara guru, Allahyarham Zenodin@Zainuddin Abas dan isteri, Azizah Mahmood, masing-masing berusia 69 tahun; anak perempuan mereka, Zalinda, 33, serta cucu yang juga anak Zalinda, Aishah Suffian Afendi, 7, diturunkan ke dalam liang.

Suami Zalinda, Suffian Efendi Ahmad Apandi, 35, yang bertugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat di ibu negara, hanya mampu menahan sebak menyambut jenazah isteri, anak dan kedua ibu bapa mentuanya sebelum teresak-esak sebaik mula menyiram pusara selepas selesai pengebumian kira-kira jam 11.30 pagi.

Beliau bagaimanapun enggan ditemubual wakil media kerana terlalu sedih dengan tragedi terbabit, malah perasaan sama turut dikongsi sanak saudara terdekat keluarga itu yang berada di tanah perkuburan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang kelmarin, kereta dipandu Zenodin yang dalam perjalanan pulang dari kampung keluarga isterinya di Pasir Mas, Kelantan ke rumah mereka di Taman Sultan Yusuf, Bukit Chandan, di sini dipercayai terbabas sebelum merempuh besi penghadang jalan yang kemudian tertusuk masuk ke dalam kenderaan.

Seorang lagi anak perempuan Zalinda, Nurul Sarah, 2, parah dan masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Sementara itu, anak kedua Zenodin, Zalita, 42, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata ibu bapanya memang selalu berjalan jauh termasuk ke ibu negara melawatnya dan empat lagi adik beradik, tetapi tidak pernah terbabit dalam kemalangan walaupun arwah bapanya menghidap darah tinggi.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air negeri, Datuk Ramly Zahari, berkata laluan menghubungkan Kuala Kangsar-Grik sepanjang kira-kira 200 kilometer itu memang banyak merekodkan kemalangan maut sejak beberapa tahun lalu. -BH


Empat sekeluarga maut apabila besi pengadang tertusuk kereta

KUALA KANGSAR (Perak): Empat sekeluarga terbunuh manakala seorang lagi parah dalam kemalangan ngeri apabila besi pengadang jalan tertusuk ke dalam kereta mereka yang terbabas di Kilometer 73, Jalan Kuala Kangsar-Gerik, di Sauk, dekat sini, kelmarin.

Mereka yang terbunuh dalam kejadian kira-kira 2.40 petang itu ialah pasangan guru pesara, Encik Zenodin@Zainuddin Abas dan isterinya, Cik Azizah Mahmood, masing-masing berusia 69 tahun; anak perempuan mereka, Cik Zalinda, 33 tahun, serta cucu mereka yang juga anak Cik Zalinda, Aishah Suffian Afendi, tujuh tahun.

Seorang lagi anak Cik Zalinda, Nurul Sarah, yang juga adik Aishah, parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Chandan, dekat sini, bagi menghadiri kenduri kahwin selepas menziarahi keluarga Azizah di Pasir Mas, Kelantan.

Cik Zalinda dan dua anaknya tinggal di Kuala Lumpur dan mereka pulang ke kampung sempena cuti sekolah sebelum mereka sekeluarga pergi ke Kelantan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Timbalan Superintenden (DSP) Guan Beng Kang, berkata siasatan awal mendapati Encik Zenodin yang memandu dipercayai gagal mengawal kenderaan dan terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan itu.

'Berikutan kejadian itu, tiga daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi maut ketika mendapat rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Sauk. Nurul Sarah pula dihantar ke HRPB bagi rawatan lanjut,' katanya.

Sementara itu, suami Cik Zalinda, Encik Suffian Efendi Ahmad Apandi, yang ditemui di HRPB tidak dapat ditemu bual kerana terlalu sedih dengan kehilangan isteri dan seorang anaknya itu.

Anak perempuan sulung Encik Zenodin, Cik Zaliana, 44 tahun, pula berkata, kali terakhir beliau bertemu ibu bapanya adalah pada Rabu lalu sebelum mereka bercuti ke Kelantan.

'Dalam pertemuan terakhir itu, bapa pernah bertanyakan saya bila mahu pulang ke Kuala Kangsar. Namun, saya tidak menyangka pesanannya itu tanda beliau mahukan kesemua anaknya berkumpul dan melihat jenazahnya buat kali terakhir,' katanya. -- BH


Tiada ulasan: