Kerabu Bersuara ® |
- Panas! Selepas CD Mat Sabu, Sekarang CD TG Haji Hadi Pula. Umno Mahu?
- Tak Malu Ker? Perkasa Dengan Pemuda Pondan Umno Pun Nak Berhimpun Jugak
- Umno Israel Malaysia
- Wow! Perkasa Kecam Dan Bidas Persatuan Ulamak!
- Pengarah Ditamas: Khir Toyo minta saya berbohong kepada SPRM
- Menantu Mahathir
- MEMORANDUM BANTAHAN KARIKATUR MENGHINA ISLAM DI UTUSAN MALAYSIA
- Pinjam KWSP RM6 bilion, Felda rugi: Anwar tuntut siasatan
- Isu Gaji Minimum. Najib Dibidas!
- Utusan musuhi umat Islam di sebalik topeng Melayu
- Kenyataan Media Dato Seri Anwar Ibrahim
- Apa jaminan sistem keselamatan negara kita
- Dewan Rakyat: Anwar kembali ke gelanggang
- Anwar, tiga pemimpin Pakatan hadir Parlimen selepas enam bulan digantung
- Mat Sabu: ‘Perkasa perkara kecil, kami tak sekat Perkasa’
- Tadbiran Najib mula tunjuk ‘kuku besi’, dakwa Mat Sabu
- Pemuda PAS: Kerja nakal Umno, Perkasa tak akan gugat Bersih 2.0
- Syabas buat Mat Sabu
- Wajib Baca Pendapat Ikhlas: Racau Sebuah Negara Berkebajikan
Panas! Selepas CD Mat Sabu, Sekarang CD TG Haji Hadi Pula. Umno Mahu? Posted: 16 Jun 2011 08:02 AM PDT kahkahkahkahkahkah umno memng gila babi dah! umno dah jadi bingung dah! tekanan dari setiap penjuru |
Tak Malu Ker? Perkasa Dengan Pemuda Pondan Umno Pun Nak Berhimpun Jugak Posted: 16 Jun 2011 07:56 AM PDT Pemuda Umno juga anjur perhimpunan balas 9 Julai, lawan Bersih 2.0 KUALA LUMPUR, 16 Jun – Pergerakan Pemuda Umno juga mahu menganjurkan satu perhimpunan bagi memperkukuh sistem demokrasi pada 9 Julai ini – hari Himpunan Bersih 2.0. Bagaimanapun sayap Umno tidak akan menyertai Himpunan Bersih 2.0. "Pemuda Umno akan menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai (ini) demi perkukuh sistem demokrasi. Tak serta Bersih sebab (ia) bawa agenda pembangkang," kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menerusi mesej Twitternya petang ini. Kata beliau perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Exco Pemuda Umno hari ini. |
Posted: 16 Jun 2011 06:00 AM PDT Karikatur: Utusan Malaysia sudah jadi 'Denmark Malaysia', kata Nik Aziz Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 16 Jun — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Utusan Malaysia milik Umno sebagai "Denmark Malaysia" ekoran penyiaran karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" semalam, yang banyak pihak mendakwa sebagai tindakan menghina Islam. Menteri Besar Kelantan berkata akhbar harian itu telah menghina syariat Islam apabila mempermainkan hukum Allah. "Hari ini masuk ke pejabat menyiapkan beberapa urusan tertunggak dan membaca surat pekeliling Umno yang bernama Utusan Malaysia semalam, yang menyiarkan lakaran kartun kontroversi menghina syariat Islam. "Saya sifatkan Utusan Malaysia sudah menjadi Denmark Malaysia dengan menyiarkan lakaran kartun tersebut," kata Nik Aziz pada laman sosial Facebook beliau hari ini. Pada 2008, akhbar Denmark pernah menyiarkan karikatur yang menghina Islam dengan menerbitkan kartun Nabi Muhammad memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom. Tindakan itu mendapat kecaman hebat umat Islam dan menuntut akhbar terbabit memohon maaf kerana telah menyinggung mereka. Akhbar Utusan Malaysia semalam menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam. Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol. Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video. Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti. Dialognya berbunyi "Bagus . . . Alat itu pun boleh jadi bukti!". Tindakan Utusan Malaysia itu dikecam Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan sambil menyifatkan ia menghina Islam dan mahu penerbit dan pelukis karikatur itu didakwa. Karikatur itu muncul ketika isu video seks yang didedahkan "Datuk T" Mac lalu, si pelakunya didakwa Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih menjadi bahan perbualan. Golongan ulama termasuk PAS mengecam penggunaan video seks itu yang turut didakwa bertujuan menyebarkan fitnah dan mengaibkan individu tertentu. Kecaman itu turut dibuat dalam bentuk usul pada Muktamar Tahunan PAS Ke-57 awal bulan ini. |
Wow! Perkasa Kecam Dan Bidas Persatuan Ulamak! Posted: 16 Jun 2011 04:44 AM PDT Karikatur: Perkasa kata Utusan tak hina Islam, menteri dakwa hanya persepsi Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 16 Jun – Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menegaskan karikatur disiarkan dalam Utusan Malaysia, akhbar milik Umno semalam hanya menyindir pihak-pihak yang tidak memahami keperluan rakaman video dalam kes zina. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula berkata bantahan berhubung kakikatur itu hanyalah persepsi individu yang tidak memahami undang-undang Islam. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Syed Hassan berkata beliau percaya karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" yang disiarkan semalam bukan mahu menghina agama Islam, seperti yang didakwa beberapa pihak. "Kartun itu hanya untuk menyindir pihak lain yang kononnya mahu rakaman video seks terutamanya dalam kes (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) ini memerlukan empat orang saksi, mereka juga telah meminta supaya diadakan qazaf, empat orang saksi. "Kartun ini bukan untuk menghina Islam, tapi untuk menyindir pihak lain, lagipun apa yang dilakarkan itu menggambarkan apa yang berlaku sekarang," kata beliau merujuk kepada bantahan Pakatan Rakyat agar rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar tidak dijadikan sebagai bahan bukti. Malah, Pakatan Rakyat juga mahu "Datuk T" yang dianggotai bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dikenakan hukuman qazaf kerana menuduh Anwar, Ketua Umum PKR tanpa empat orang saksi. Bagi membuktikan kesahihan dakwaan itu, Shazryl telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan rakaman video seks itu adalah benar dan Anwar adalah pelakunya. Semalam, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan mengecam penyiaran karikatur itu sambil menyifatkan ia menghina Islam dan mahu penerbit dan pelukis karikatur itu didakwa. Akhbar Utusan Malaysia semalam menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam. Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol. Jelas Syed Hassan, sepatutnya PUM melihat lakaran itu secara terbuka dan bukan terus menyalahkan Utusan Malaysia. Tegas beliau, PUM juga perlu menyokong agar rakaman video seks dijadikan bahan bukti dan meminta agar Anwar dihukum kerana melakukan zina. "Jadi sepatutnya Persatuan Ulama Malaysia ini minta agar pihak yang melakukan seperti yang digambarkan dalam lakaran itu untuk menerima hakikat. "Bukan mengecam kartun itu, kita tahu apa yang digambarkan itu berlaku dalam keadaan sekarang dan kita perlu lihat dalam konteks lebih luas, bukan terus menyalahkan Utusan Malaysia. "Kita bukan mempertahankan Utusan Malaysia tapi Perkasa melihat kartun itu bukan berniat menghina Islam tapi sekadar sindiran kepada pihak lain, ia gambaran sebenar apa yang berlaku sekarang," katanya. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Nik Mat pula menyifatkan Utusan Malaysia sebagai "Denmark Malaysia" kerana menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam. Sementara itu, Jamil Khir berkata bantahan terhadap kakikatur itu adalah persepsi untuk individu yang tidak memahami undang-undang Islam. Justeru beliau meminta agar pihak yang mengecam karikatur itu merujuk kepada peguam syarie. "Itu (bantahan) persepsi sahaja, persepsi umum tentang orang yang tidak tahu undang-undang dengan orang yang tahu undang-undang. "Ia sekadar persepsi, kalau anda mahukan kepastian boleh semak dengan peguam syariah, saya bukan pakar dalam hal ini. Tapi dalam undang-undang ada macam-macam cara untuk dijadikan bukti." perkasa mesti dah rujuk sheikh utama mereka sebelum buat kenyataan. sheikh al pasir masi, sheikh ibrahim tantawi al azhar. |
Pengarah Ditamas: Khir Toyo minta saya berbohong kepada SPRM Posted: 16 Jun 2011 04:33 AM PDT Oleh Boo Su-Lyn SHAH ALAM, 16 Jun – Saksi utama kes rasuah Dr Mohd Khir Toyo hari ini mendakwa bekas menteri Besar itu telah menggesa beliau agar berbohong kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak melibatkannya. Dalam keterangannya, Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni berkata Dr Khir ada meminta agar tidak melibatkan beliau ketika memberikan keterangan kepada SPRM dua tahun lalu. "Banyak kali, saya dijanjikan bahawa kes ini akan diselesaikan dan beliau (Dr Khir) dan saya tidak akan didakwa," kata Shamsuddin di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. "Apabila saya pergi ke SPRM, saya percaya saya cuma (jadi) seorang saksi... apabila SPRM datang dengan kertas tuduhan di mahkamah, Datuk Seri Khir Toyo memberitahu saya 'jangan risau Shamsuddin. Kita boleh selesaikan ini'," kata beliau. Shamsuddin dalam suara tersekat-sekat memberitahu, dia tidak mahu mengaibkan sesiapa sebelum Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki mencelah dan memberitahu bahawa "ini bukan forum untuk memberi ucapan." "Saya dituduh dan saya tidak tahu mengapa saya didakwa," kata ahli perniagaan berusia 55 tahun itu. Apabila Shamsuddin yang berpakaian hitam berkata, dia digesa oleh Dr Khir agar tidak mengaitkan beliau, bekas menteri besar itu menggeleng kepala sebagai tanda tidak bersetuju dengan keterangannya. Semalam, Shamsuddin yang berkata dia telah diminta memaklumkan SPRM pada 2009 bahawa dia menjual rumah agamnya dan dua bidang tanah di Seksyen 7 di sini untuk menampung kerugian dialami, hari ini berkata itu tidak benar. Ahli perniagaan itu berkata dia memaklumkan SPRM bahawa dia telah melantik seorang artis landskap Nasir Ismail untuk mengubah suai rumahnya, tetapi semalam menekankan bahawa individu itu sebenarnya dilantik oleh Dr Khir. Kata Shamsuddin, dia tidak memberitahu SPRM bahawa dia menjual hartanahnya kepada seorang, yang menerajui negeri paling kaya selama lapan tahun, di bawah harga pasaran. Peguam Dr Khir, Kamarul Hisham Kamaruddin berkata, "adakah anda bersetuju bahawa anda telah memberi satu kenyataan palsu (kepada SPRM pada 2009) yang merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Akta SPRM?" "Kenyataan ini adalah kerana tekanan daripada Datuk Seri Khir Toyo," jawab Shamsuddin, sambil menambah SPRM tidak memaksanya memberikan kenyataan palsu. |
Posted: 16 Jun 2011 02:02 AM PDT pejuang melayu? pejuang islam? nak jihad tentang orang kafir? wow! wow! melayu islam? |
MEMORANDUM BANTAHAN KARIKATUR MENGHINA ISLAM DI UTUSAN MALAYSIA Posted: 16 Jun 2011 01:00 AM PDT KENYATAAN MEDIA 16 Jun 2011, 15 Rejab 1432 (No rujukan : PAS/DPPP/2.07(07/11) MEMORANDUM BANTAHAN KARIKATUR MENGHINA ISLAM DI UTUSAN MALAYSIA Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak Utusan Malaysia ekoran penyiaran karikatur bertajuk Kekeliruan Jenayah Rogol, yang mana karikatur itu: 1) Jelas menunjukkan sikap Utusan Malaysia yang mempersenda hukum Agama Islam 2) mencetus kekeliruan orang ramai terhadap hukum Islam 3) mempersenda tokoh-tokoh agama berkait isu agama 4) menimbulkan keresahan masyarakat berkait dengan jenayah rogol 5) menimbulkan keresahan rakyat terhadap keupayaan islam menyelesaikan jenayah. Selain daripada membantah, pihak Dewan Pemuda Pas Malaysia juga mendesak supaya Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat dan mengambil tindakan tegas kepada pelukis karikatur tersebut. Penyerahan memorandum akan diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin hj Hasan Tantawi pada: Tarikh : 17 Jun 2011 (Jumaat), Masa : Jam 9 pagi Tempat : 46M, Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur (Berdekatan LRT Chan Sow Lin). Semua media, editor, wartawan dan blogger dijemput hadir membuat liputan dan insan yang prihatin juga di jemput hadir bersama-sama memberi sokongan terhadap memorandum bantahan tersebut. Sekian Terima Kasih, Ridhuan Mohd Noor Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia |
Pinjam KWSP RM6 bilion, Felda rugi: Anwar tuntut siasatan Posted: 16 Jun 2011 12:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak siasatan dilakukan terhadap tindakan Felda meminjam sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP. Anwar juga mempersoalkan pihak yang mengarahkan KWSP meminjamkan jumlah yang begitu besar dan tidak pernah dibentangkan di parlimen. Menurut Anwar, pihaknya percaya bahawa bayaran balik bagi pinjaman berkenaan akan ditangguhkan kerana kerugian yang ditanggung kumpulan Felda, Felda Global Ventures. "Kami juga percaya pelaburan luar negara yang dibuat oleh Kumpulan Felda dengan menggunakan wang yang dipinjam daripada KWSP itu semuanya mengalami kerugian," kata Anwar dalam satu kenyataan media hari ini. Anwar berkata, pelaburan tersebut yang dibuat menerusi Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia semuanya mencatatkan kerugian terkumpul daripada tahun 1997 hingga 2010 hampir RM500 juta. "Dengan kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negara itu, kami difahamkan pinjaman daripada KWSP itu tidak akan dibayar tetapi akan dilanjutkan tempoh pembayarannya yang sudah tentu ditanggung oleh rakyat," "Kami percaya bahawa Perdana Menteri tidak tahu menahu seteruk itu kerugian yang dialami oleh Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negaranya kerana kerugian itu diselindung dengan keuntungan besar Felda Global dalam perniagaan minyak kelapa sawit saban tahun," kata Anwar. Menurutnya lagi, pihaknya juga difahamkan bahawa pelaburan yang dibuat di Twin Rivers Technologies AS, sebuah kilang minyak dan lemak di AS, adalah pelaburan terburuk yang pernah dibuat dalam sejarah korporat Malaysia- dengan Pelaburan awal sebanyak RM175. "Kami difahamkan selepas Felda Global Technologies memperoleh Twin Rivers Tecnologies US, Bank of America telah menuntut USD100 juta pinjaman kepada Twin Rivers Technologies US, sehingga Felda Global harus mengambil RM300 juta pinjaman dari CIMB untuk membayar kepada Bank of America. "Difahamkan juga Felda Global telah menghabiskan sebanyak RM600 juta untuk kilang penghancur di Kanada di bawah anak syarikat Twin Rivers Technologies US, TRT ETGO Kanada, yang sampai sekarang tidak pernah membuat sebarang keuntungan," katanya lagi. Beliau dalam masa sama menimbulkan persoalan samada Felda Global telah membuat pinjaman lebih lanjut daripada TRT ETGO Kanada sekitar RM100 juta. "Oleh kerana itu, kami percaya jumlah keseluruhan pelaburan di Twin Rivers Technologies US termasuk anak syarikat adalah sekitar RM1.175 bilion. "Walaupun pelaburan yang besar, kami percaya bahawa Twin Rivers Technologies US telah mengalami kerugian setiap tahun daripada 2007 sehingga 2010 mendekati RM500 juta. Sekiranya benar Kumpulan Felda telah meminjam sebanyak RM6 bilion daripada rakyat melalui KWSP, kami menuntut siasatan dilakukan terhadap kegiatan Kumpulan Felda itu, sama seperti penyiasatan yang dibuat ke atas Sime Darby. Menurutnya, siasatan juga perlu dilakukan terhadap pengurusan Kumpulan Felda seperti Ketua Pegawai Strateginya, Suzana Wati Idayu Othman dan lembaga pengarahnya, yang menyebabkan kerugian dalam semua pelaburan di luar negara. "Mereka perlu bertanggungjawab di atas kecuaiaan mereka lakukan. Di bawah Akta Felda, keputusan pelaburan semua Kumpulan Felda pada dasarnya memerlukan kelulusan Menteri yang bertanggung jawab atas Felda, yang sejak tahun 1997, dijawat oleh Dato 'Seri Najib Tun Razak. "Sama ada kerugian dalam pelaburan itu telah didedahkan kepada Dato 'Seri Najib atau tidak didedahkan kepada Dato' Seri Najib oleh pihak pengurusan Global Felda,kerugian dalam pelaburan itu adalah tanggungjawab pengurusan Felda Global dan Dato 'Seri Najib. Siasatan perlu dilakukan dan didedahkan kepada rakyat. |
Isu Gaji Minimum. Najib Dibidas! Posted: 16 Jun 2011 12:00 AM PDT MEF kekal pendirian tidak setuju gaji minimum nasional KUALA LUMPUR, 16 Jun — Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) kekal dengan pendiriannya dasar gaji minimum nasional tidak harus diperkenalkan di negara ini walaupun pentadbiran Najib mengulangi jaminan ia dapat dilaksanakan hujung tahun ini. Kelmarin, Datuk Seri Najib Razak berkata pelaksanaan gaji minimum untuk golongan pekerja-pekerja berpendapatan rendah dijangka dapat dibuat sebelum akhir tahun ini. Bagi tujuan tersebut, kata perdana menteri, Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara akan dibentangkan di Parlimen yang sedang bersidang. "Jika diluluskan, kita akan menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara dan diharap gaji minimum dapat dilaksanakan sebelum akhir 2011," kata Najib. Malah, MEF juga berpendapat bahawa gaji tidak harus ditetapkan oleh mana-mana pihak terutamanya jika pihak yang ingin berbuat demikian bukan merupakan majikan. "Pihak ketiga tidak seharusnya menetapkan apakah kadar gaji yang harus dibayar oleh majikan tanpa mengetahui apakah sebenarnya jenis kerja, kemahiran dan juga prestasi pekerja berkenaan. "Faktor-faktor yang dinyatakan hanya boleh diketahui oleh majikan yang menggajikan pekerja berkenaan dan hanya majikan yang menggajikan pekerja berkenaan tahu dan boleh menilai apakah gaji yang harus dibayar kepada pekerja tersebut," kata Pengarah Eksekutif MEF Shamsuddin Bardan kepada The Malaysian Insider. MEF sejak dari peringkat awal lagi telah melahirkan pendirian tidak bersetuju dengan dasar kerajaan pusat menetapkan dasar minimum nasional. Shamsuddin yang sedang menghadiri mesyuarat Pertubuhan Buruh Sedunia di Geneva berkata, gaji minimum nasional adalah tidak sesuai untuk Malaysia kerana jika dilaksanakan ia akan menimbulkan pelbagai masalah kepada majikan dan pekerja sendiri. Sebagai contoh, katanya, penetapan gaji minimum untuk pengawal keselamatan yang pada mulanya sepatutnya berkuat kuasa Julai 2010 terpaksa ditunda ke Januari tahun ini kerana kerajaan sedar bahawa dalam keadaan yang sedia ada, majikan terbabit tidak mampu melaksanakan gaji minimum yang ditetapkan pihak berkuasa. Katanya, walaupun kerajaan telah menstruktur semula formula gaji minimum untuk pengawal keselamatan berkuat kuasa 15 Febuari lalu, sebahagian besar majikan masih tidak mampu untuk membayar kadar gaji minimum yang ditetapkan. Menurut beliau, penetapan gaji minimum nasional tidak menjanjikan sebarang pengujudan peluang pekerjaan kepada pekerja dan banyak contoh dari negara-negara di mana pelaksanaan gaji minimum nasional telah menyebabkan ramai pekerja hilang kerja. "Walaupun pada dasarnya penetapan gaji minimum nasional adalah untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup pekerja, tetapi pengenalan gaji minimum nasional berkemungkihan besar akan menyebabkan pekerja kehilangan pekerjaan, sudah tentu hasrat untuk meningkatkan pendapatan pekerja hanya akan tinggal sebagai harapan," katanya lagi. Shamsuddin berkata, MEF menyokong penuh hasrat kerajaan, yang digariskan melalui Model Baru Ekonomi untuk memperkenalkan ekonomi berpendapatan tinggi dan meningkatkan pendapatan per kapita dari US$7,000 sekarang kepada US$17,000 pada 2020. "Tetapi, MEF tidak bersetuju dengan cadangan untuk meningkatkan pendapatan melalui penetapan gaji minimum nasional," katanya. Sebaliknya kata beliau, MEF berpendapat bahawa peningkatan pendapatan per kapita kepada kira-kira dua kali ganda daripada apa yang ada sekarang hendaklah disokong dengan langka-langkah peningkatan kemahiran dan persijilan kemahiran, kemahiran berbagai dan melakukan kerja berbagai, gaji dihubung kait dengan prestasi pekerja dan prestasi majikan dan peningkatan produktiviti. "Langkah-langkah yang dinyatakan di atas adalah penting untuk dilaksanakan jika Malaysia ingin terus meningkatkan daya saing di pasaran antarabangsa. "Pelaksanaan langkah-langkah di atas akan dapat memastikan agar pekerja mendapat pendapatan lebih tinggi dan pada masa yang sama syarikat masih mampu membayar gaji pekerja kerana penigkatan kos berkenaan tidak menjadi bebanan jika prestasi dan produktiviti pekerja pada masa yang juga meningkat," katanya lagi. Bagaimanapun tegas beliau, jika keadaan sebaliknya berlaku dengan kos gaji meningkat tetapi prestasi dan produktiviti masih pada tahap sedia ada, sudah tentu ia akan menjadi beban kepada majikan dan akhirnya, Malaysia tidak akan menjadi negara yang berdaya saing di peringkat antarabangsa," kata beliau. "Oleh yang demikian MEF berpendapat bahawa gaji minimum nasional tidak harus diperkenalkan di Malaysia," katanya. Dalam kenyataannya juga, Shamsuddin berkata, Majlis Konsultatif Gaji Nasional (MKGN) hendaklah diberi kebebasan dalam mengkaji dan memberikan saranan kepada kerajaan mengenai hala tuju gaji yang harus laksanakan di Malaysia. Katanya, mana-mana pihak tidak harus mengenakan sebarang tekanan ke atas majlis itu dan mendesak supaya ia "hendaklah menetapkan gaji minimum nasional untuk dilaksanakan di Malaysia." "MEF pasti jika MKGN memainkan peranan yang sewajarnya untuk mengkaji dan meneliti tren gaji dan memperkenalkan initiatif mengenai langkah-langkah untuk meningkatkan pendapatan per kapita kepada US$17,000 pada tahun 2020, hasrat berkenaan akan dapat dicapai tanpa menjejaskan daya saing negara," katanya lagi. |
Utusan musuhi umat Islam di sebalik topeng Melayu Posted: 15 Jun 2011 11:30 PM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 16 Jun: Penyiaran kartun menghina Islam semalam menunjukkan wajah sebenar Utusan Malaysia yang dipelopori oleh Umno yang sebenarnya bersikap memusuhi umat Islam dan menyelinap di sebalik topeng Melayu Islam. "Ia juga menunjukkan Umno sebenarnya tunduk dengan kemahuan MCA yang jelas menolak hukum-hukum Islam," katanya Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil . Katanya, cetakan Utusan Malaysia semalam bukan sekadar memberi persepsi buruk bagi pembaca malah menghina hukum Islam yang jelas telah termaktub di dalam Al-Quran. Baginya, bermotifkan sebagai satu penjelasan bertajuk "KEKELIRUAN KES ROGOL", Utusan Malaysia sangat jahat apabila membenarkan sebuah karikatur yang menatijahkan imej negatif kepada agama Islam. "Dewan Pemuda PAS Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini dan menggesa supaya tindakan tegas diambil ke atas Utusan Malaysia dan sekaligus menggantung akhbar yang kononnya mewakili suara orang Melayu itu," ujarnya. Katanya, karikatur itu dilihat berniat memburukkan Islam apabila ia dilukis dengan memberi mesej dan gambaran hukum Islam sangat lemah sedangkan hukum Islam itu datangnya dari Allah, sifatnya adil dan pelaksanaannya sudah terbukti berkesan. Tambahnya, ia juga menggambarkan kolotnya Islam dengan seorang lelaki berjubah dan berserban menyelesaikan masalah berbanding dengan anggota polis, sekaligus menghina seluruh umat Islam. Selain itu, ujarnya ia cuba mengelirukan umat Islam dengan memperlihatkan hukum zina secara permukaan (surface) sedangkan hukum itu masih ada perinciannya dan untuk menjatuhkannya tidak semudah itu. Justeru, pihaknya menasihati Utusan Malaysia serta mana-mana individu agar lebih bersikap amanah di dalam menyiarkan sesuatu untuk paparan awam apatah lagi di dalam isu agama kerana silap langkah ia boleh menjatuhkan aqidah. Beliau menambah, sekiranya di dalam Utusan Malaysia mempunyai pegawai agamanya yang tersendiri, Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa amat malanglah dirinya kerana tidak menyekat tindakan-tindakan seperti ini. "Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan lebih tegas sekiranya Utusan Malaysia tidak menarik balik kenyataannya dan meminta maaf secara terbuka kepada umat Islam seluruhnya kerana telah mencalar kemuliaan agama Islam," tegasnya. |
Kenyataan Media Dato Seri Anwar Ibrahim Posted: 15 Jun 2011 11:00 PM PDT Rakyat Malaysia berhak untuk tahu tentang semua perkara berkaitan (termasuk kerugian yang dialami di peringkat subsidiari-subsidiari dan bukan sahaja di peringkat Kumpulan) Felda Global Ventures Sdn Bhd dan syarikat induknya Lembaga Pertubuhan Felda, kerana kami percaya bahawa Felda Global Ventures dan Lembaga Pertubuhan Felda telah meminjam sebanyak RM6 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (pada mulanya Lembaga Felda telah meminjam RM6 billion daripada KWSP dan kemudian sejumlah RM3 billion daripada itu dipinjamkan oleh Lembaga Felda kepada Felda Global), yang mana sudah tentulah dana tersebut datang daripada rakyat Malaysia. Kenapakah pinjaman yang dibuat itu tidak pernah dibentangkan di Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia? Siapakah yang mengarahkan KWSP untuk meminjamkan jumlah besar wang tersebut kepada Kumpulan Felda? Kami juga percaya pelaburan luar negara yang dibuat oleh Kumpulan Felda dengan menggunakan wang yang dipinjam daripada KWSP itu semuanya mengalami kerugian. Kami percaya bahawa semua pelaburan luar negara yang dibuat oleh Felda Global dengan menggunakan pinjaman wang KWSP itu dalam Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia semuanya mencatatkan kerugian terkumpul daripada tahun 1997 hingga 2010 hampir RM500 juta dan kebodohan pengurusan Felda Global Ventures adalah setara kalaupun tidak lebih besar daripada salah urustadbir Sime Darby. Dengan kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negara itu, kami difahamkan pinjaman daripada KWSP itu tidak akan dibayar tetapi akan dilanjutkan tempoh pembayarannya yang sudah tentu ditanggung oleh rakyat. Kami percaya bahawa Perdana Menteri tidak tahu menahu seteruk itu kerugian yang dialami oleh Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negaranya kerana kerugian itu diselindung dengan keuntungan besar Felda Global dalam perniagaan minyak kelapa sawit saban tahun. Sebenarnya, keuntungan daripada bahagian minyak kelapa sawit Malaysia di Felda Global telah dijadikan subsidi untuk kerugian yang dialami pelaburan luar negara Felda. Perdana Menteri begitu bangga sekali memuji Felda Global Ventures yang kononnya telah membuat pelaburan di luar negara tetapi adalah sesuatu yang sangat memalukan kerana kami percaya bahawa hampir semua pelaburan yang dibuat oleh Felda Global itu mengalami kerugian. Kami difahamkan bahawa pelaburan yang dibuat di Twin Rivers Technologies AS, sebuah kilang minyak dan lemak di AS, adalah pelaburan terburuk yang pernahdibuat dalam sejarah korporat Malaysia. Pelaburan awal sebanyak RM175 juta dibuatuntuk memperoleh Twin Rivers Technologies AS, yang sebelumnya dijual olehProcter & Gamble. Kami difahamkan selepas Felda Global Technologies memperoleh Twin RiversTecnologies US, Bank of America telah menuntut USD100 juta pinjaman kepadaTwin Rivers Technologies US, sehingga Felda Global harus mengambil RM300 jutapinjaman dari CIMB untuk membayar kepada Bank of America. Difahamkan juga Felda Global telah menghabiskan sebanyak RM600 jutauntuk kilang penghancur di Kanada di bawah anak syarikat Twin Rivers TechnologiesUS, TRT ETGO Kanada, yang sampai sekarang tidak pernah membuat sebarangkeuntungan. Adakah Felda Global telah membuat pinjaman lebih lanjut kepada TRT ETGO Kanada sekitar RM100 juta? Oleh kerana itu, kami percayajumlah keseluruhan pelaburan di Twin Rivers Technologies US termasuk anaksyarikat adalah sekitar RM1.175 bilion. Walaupun pelaburan yang besar, kamipercaya bahawa Twin Rivers Technologies US telah mengalami kerugian setiaptahun daripada 2007 sehingga 2010 mendekati RM500 juta. Sekiranya benar Kumpulan Felda telah meminjam sebanyak RM6 bilion daripada rakyat melalui KWSP, kami menuntut siasatan dilakukan terhadap kegiatan Kumpulan Feldaitu, sama seperti penyiasatan ke atas Sime Darby, dan mereka yang berada dalampengurusan Kumpulan Felda seperti Ketua Pegawai Strateginya, Suzana Wati IdayuOthman dan lembaga pengarahnya, yang bersalah dalam membuat keputusan yang menyebabkan kerugian dalam semua pelaburan di luar negera itu. Mereka perlu bertanggungjawab di atas kecuaiaan mereka lakukan. Di bawah Akta Felda, keputusan pelaburan semua Kumpulan Felda pada dasarnya memerlukankelulusan Menteri yang bertanggung jawab atas Felda, yang sejak tahun 1997,dijawat oleh Dato 'Seri Najib Tun Razak. Sama ada kerugian dalam pelaburan itu telah didedahkan kepada Dato 'Seri Najib atau tidak didedahkan kepada Dato' Seri Najib oleh pihak pengurusan Global Felda,kerugian dalam pelaburan itu adalah tanggungjawab pengurusan Felda Global danDato 'Seri Najib. Siasatan perlu dilakukan dan didedahkan kepada rakyat. Difahamkan bahawa Ethos Consulting, yang seorang rakan kongsinya adalah bekas pegawai khas Perdana Menteri Dato 'Seri Najib Tun Razak, Mustapha OmarOng, dilantik sebagai perunding untuk Felda Global. Kami menuntut untukmengetahui berapakah bayaran yang dikenakan oleh Ethos Consulting terhadapFelda Global dan bagaimana sebuah firma perunding yang tidak mahir dalam industripertanian dilantik sebagai perunding untuk Felda Global? Jika benar pelaburan di luar negara oleh Felda Global rugi, sepatutnya bayaran tidak harus dibuat ke atas Ethos Consuting kerana ternyata merupakan perunding yang gagal. Rakyat menuntut jawapan ke atas semua soalan di ataskerana Felda telah meminjam RM6 bilion daripada rakyat. ANWAR IBRAHIM |
Apa jaminan sistem keselamatan negara kita Posted: 15 Jun 2011 10:45 PM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 16 Jun: PAS melahirkan rasa bimbang terhadap sistem keselamatan siber negara ekoran sekurang-kurangnya 10 laman web kerajaan digodam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab awal pagi tadi. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika diminta mengulas perkara itu berkata ianya satu perkara serius dan menunjukkan Malaysia belum bersedia mendepani Cyber War. "Apa jaminan kepada sistem keselamatan negara kita? "Sistem perbankan, sistem ketenteraan, semua berada dalam keadaan berisiko. "Saya pernah sebut dalam perbahasan Dewan Rakyat sebelum ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Sejak awal pagi tadi, sekurang-kurangnya 10 laman web kerajaan dan agensinya tidak dapat dilayari kerana diserang oleh penggodam yang membalas tindakan sekatan ke atas beberapa laman sesawang perkongsian fail. Bermula jam 3.30 pagi tadi penggodam yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, menyenaraikan 18 laman web kerajaan yang didakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service) ataupun dipadamkan sementara oleh pentadbirnya. Ianya termasuk portal rasmi kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat dilayari. "Dengan apa yang berlaku ini membuktikan kita tidak ada kesediaan dari segi keselamatan siber. "Kita cukup nipis untuk ditembusi oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab", katanya. Dalam kenyataan di web yang ditukar oleh pengodam itu, mereka mendakwa tindakan itu dibuat ekoran Kerajaan Malaysia menyekat laman seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks. Malaysia menurut mereka adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan televisyen. Tambahnya lagi, serangan itu sebagai tanda dan amaran serta peluang bagi mendengar idea pihak lain. Penggodam juga berkata mereka mempunyai tanggungjawab bertindak pantas dan tanpa belas kasihan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan menyebut sekurang-kurangnya 51 laman web diserang dan 41 berjaya digodam. |
Dewan Rakyat: Anwar kembali ke gelanggang Posted: 15 Jun 2011 10:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat kembali semula ke Dewan Rakyat selepas digantung selama enam bulan kerana mendedahkan khidmat firma perunding antarabangsa, APCO Worldwide dalam kerajaan. Anwar bersama Azmin Ali (Gombak), Sivarasa Rasiah (Subang) dan Karpal Singh (Bukit Gelugor) disambut dengan meriah ketika tiba di parlimen. Kehadiran Anwar dan tiga lagi ahli parlimen berkenaan turut mencuri tumpuan media. Mereka dilihat turut dihadiahkan jambangan bunga oleh penyokong Pakatan di lobi parlimen. Anwar yang diiringi pegawai peribadinya, kelihatan bersemangat dan dilihat berbual mesra sambil bertanya khabar dengan ahli-ahli parlimen yang menunggu ketibaan beliau. Dalam masa yang sama, beliau sempat bertemu dan dilihat berbual dengan Azmin Ali, Sivarasa Rasiah dan Karpal Singh yang sebelum ini menerima nasib yang sama. Ketika media cuba mengajukan beberapa soalan, Anwar dengan nada bergurau menyatakan tiada apa yang perlu diulas. Pada 16 Disember tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul menggantung Anwar dan tiga wakil rakyat terbabit daripada menghadiri persidangan selama enam bulan. Ia berhubung pendedahan Anwar mengenai konsep 1Malaysia, yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, meniru konsep One Israel yang diilhamkan oleh APCO Worldwide, sebuah syarikat pro Israel. Karpal, Sivarasa dan Azmin digantung kerana menghina dewan apabila menyokong Anwar dan menuntut speaker membenarkan Ketua Umum KEADILAN itu mempertahan diri. |
Anwar, tiga pemimpin Pakatan hadir Parlimen selepas enam bulan digantung Posted: 15 Jun 2011 10:15 PM PDT KUALA LUMPUR, 16 Jun — Empat pemimpin Pakatan Rakyat termasuk ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri persidangan Parlimen hari ini selepas enam bulan digantung berhubung isu APCO. Selain Anwar, Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali melangkah masuk Dewan Rakyat pagi. Turut hadir Ahli Parlimen Subang R Sivarasa. Sesi semasa Dewan Rakyat bermula Isnin lalu. Pada 16 Disember lalu, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menggantung Anwar dan tiga wakil rakyat terbabit daripada menghadiri persidangan selama enam bulan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide. Karpal yang merupakan wakil rakyat DAP bagi kerusi Bukit Gelugor, Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin (PKR-Gombak) digantung kerana menghina dewan. |
Mat Sabu: ‘Perkasa perkara kecil, kami tak sekat Perkasa’ Posted: 15 Jun 2011 09:58 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KLANG, 16 Jun — Pakatan Rakyat menyifatkan langkah Perkasa yang mahu mengadakan perarakan balas serentak dengan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini tidak akan memberi sebarang ancaman terhadap gerakan menuntut pilihan raya adil dan bebas itu. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tetap diteruskan sambil menyifatkan Perkasa sebagai "perkara kecil." "Perkasa ini perkara kecil sahaja, tiada apa-apa akan berlaku... kita bukan timbulkan apa-apa pun. "Bagi pihak Bersih kita hanya mengadakan perhimpunan aman, tiada apa-apa provokasi, tapi kita minta agar polis mengawal keselamatan," katanya selepas pelancaran Bersih 2.0 peringkat negeri Selangor di Dewan Hamzah di sini malam tadi. Himpunan Bersih 2.0 mendapat tentangan pihak pro- Barisan Nasional (BN). Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali memutuskan untuk mengadakan perarakan balas serentak pada hari yang sama. Ibrahim berkata pihaknya akan menganjurkan protes balas bagi menghalang Himpunan Bersih 2.0 selain mendakwa ia akan menimbulkan huru-hara. Justeru tegas Mohamad, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Perkasa, namun mempersoalkan mengapa perlu diadakan pada hari yang sama dengan Himpunan Bersih 2.0. "Mengapa mesti hari yang sama? Perkasa boleh pilih tarikh lain... inikan negara demokrasi. "Jadi, saya minta agar polis dapat mengawal keselamatan dan mengambil tindakan ke atas mereka yang mengundang perkara-perkara tidak diingini," katanya. Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan "Mat Sabu" berkata, Himpunan Bersih 2.0 yang bertemakan "Walk For Democracy" akan diadakan secara santai tanpa menimbulkan sebarang ketegangan. Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS pusat ini menambah Himpunan Bersih 2.0 bukan gerakan parti politik tapi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut pilihan raya adil dan bebas. "Jadi saya minta peserta yang hadir hanya membawa bendera Malaysia dan bendera negeri bukan bendera parti politik . . . slogan juga mesti slogan Bersih 2.0, jangan bawa senjata, kalau ada provokasi jangan dilayan sebab kita berhimpun secara santai. "Tujuan kita bukan nak kecam sesiapa tapi hanya mahukan pilihan raya yang adil dan bebas, kalau tiada perubahan negara akan menjadi lebih teruk," katanya. Turut hadir dalam program itu Pesuruhaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman, Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei dan Naib Pengerusi DAP Selangor Charles Santiago. Semalam jawatankuasa pemandu Bersih berkata pihaknya bersedia bekerjasama dengan polis bagi memastikan perjalanan perhimpunan aman itu dapat dijayakan. Sementara itu, ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat Selangor itu menggesa rakyat negeri itu agar sama menyertai Himpunan Bersih 2.0. "Kita mahu tuntut SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) memberikan keadilan, ruang dan tempat kepada kita. "Kita mahu SPR lebih telus dan bukan mengadakan pilihan raya sebab nak berikan kemenangan kepada Umno-BN," kata Shuhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda. Sementara itu, Santiago yang juga Ahli Parlimen Klang berkata sistem pemerintahan sedia ada perlu digantikan kerana ia dipenuhi dengan penyelewengan dan membebankan rakyat. "Mengapa Himpunan Bersih 2.0 ini harus berjaya? Sebab kita mahu beri mesej kepada rakyat agar menukar kerajaan sekarang," katanya. Dr Abd Rani yang juga Adun Meru pula berkata, kekecohan akan berlaku sekiranya polis mengganggu perjalanan Himpunan Bersih bulan depan selain provokasi daripada pihak lain. "Kalau Umno-BN nak kata kita dengan apa sekali pun biarkanlah... dipersilakan sebab kita bukan nak timbulkan huru-hara. "Kalau Perkasa kata mahu turut mengadakan perhimpunan kita sedia dan kita akan buktikan siapa yang lebih perkasa daripada Perkasa," katanya. |
Tadbiran Najib mula tunjuk ‘kuku besi’, dakwa Mat Sabu Posted: 15 Jun 2011 09:56 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KLANG, 16 Jun — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak sudah mula mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi dengan menyekat kebebasan rakyat mendapatkan keadilan terutamanya dalam menuntut sistem pilihan raya adil dan bebas. Tegas beliau, BN yang kini diketuai Najib mula menggunakan pendekatan mengongkong kebebasan bersuara kerana bimbang akan tewas dalam pilihan raya umum ke-13. Mohamad atau lebih dikenali "Mat Sabu" menjelaskan, Pakatan Rakyat sudah pasti telah menawan Putrajaya kini sekiranya pilihan raya umum 2008 diadakan secara adil dan bebas tanpa campur tangan BN. "Pemerintahan Malaysia seperti Singapura yang mengamalkan sistem pemerintahan kuku besi, tapi di Singapura telah berlaku perubahan. "Ketika pilihan raya Singapura bulan lalu, kita perhatikan semua pemimpin parti politik bebas untuk akses dalam media, mereka boleh gunakan radio atau televisyen untuk menyampaikan hasrat mereka. "Tapi di Malaysia adakah perkara begitu akan berlaku? Tidak . . . media dikawal oleh kerajaan, kita tidak boleh akses kepada media, sepatutnya TV3 beri pemimpin Umno cakap sejam kemudian bagi kita boleh cakap sejam, tapi ia tidak berlaku," katanya pada ceramah pelancaran Bersih 2.0 peringkat Selangor di Dewan Hamzah di sini malam tadi. Justeru beliau meminta agar seluruh rakyat Malaysia harus menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini menuntut agar pilihan raya diadakan dengan adil dan telus. "Kita tidak mahu negara kita menjadi seperti di Timur Tengah, saya sendiri tidak mahu (ia berlaku) tapi biarlah rakyat rasa puas hati terhadap pilihan raya. "Biar rakyat rasa puas hati, BN kalah pun tiada masalah . . . Pakatan Rakyat menang pun tiada masalah," katanya yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 250 orang yang hadir. Dalam ucapan itu, Mohamad juga berkata himpunan Bersih 2.0 terpaksa diadakan bagi mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya yang adil dan bebas tanpa diperkudakan BN. "Kalau kita lihat pilihan raya umum 2008 rakyat sudah lihat bahawa kerajaan BN boleh ditumbangkan tapi bolehkah kita menang tanpa pilihan raya yang adil? Tidak boleh . . . kita tidak akan boleh menang selagi pilihan raya tidak adil dan bebas. "Sebab itu dalam Himpunan Bersih ini kita menuntut beberapa perkara yang harus dilakukan SPR untuk memastikan sistem pilihan raya di negara kita diadakan dengan betul," katanya. Pada himpunan Bersih kali pertama yang diadakan pada 2007, badan bukan kerajaan (NGO) itu menuntut empat tuntutan utama iaitu menggunakan dakwat kekal, undi pos dikaji semula, media yang adil dan daftar automatik kepada rakyat yang berusia 21 tahun namun ia tidak dipenuhi. Pada himpunan kali kedua ini Bersih menuntut empat tuntutan tambahan iaitu tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan, mengukuhkan institusi kerajaan, menghentikan rasuah politik dan menghindari politik kotor. Mohamad, yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS pusat berkata, pihaknya juga mahu agak pihak berkuasa terutamanya polis mengawal keadaan sepanjang perhimpinan itu diadakan bagi menjaga keselamatan. "Kita mahu polis bekerjasama, kawal keadaan dan kita tidak mahu polis kita jadi macam polis di negara-negara Timur Tengah . . . benarkan kita mengadakan perhimpunan kita, beri kita menyampaikan hasrat kita. "Kita bukan mahu buat huru-hara, saya percaya jika tiada pihak yang membuat provokasi sudah tentu ia boleh dijayakan," katanya. Himpunan Bersih 2.0 bertemakan "Walk For Democracy" dan dijangka akan disertai kira-kira 300,000 terdiri daripada NGO, parti politik dan rakyat. Pada 2007, Bersih menggunakan slogan "Gelombang Kuning" telah menganjurkan perhimpunan aman, bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara atas alasan sama. |
Pemuda PAS: Kerja nakal Umno, Perkasa tak akan gugat Bersih 2.0 Posted: 15 Jun 2011 09:55 PM PDT KUALA LUMPUR, 16 Jun — Pemuda PAS menegaskan langkah pihaknya mahu memobilisasi kebangkitan rakyat bagi mendesak diadakan sistem demokrasi adil dan pilihan raya telus tidak akan terjejas sama sekali semata-mata kerana tindakan "nakal pihak" Umno dan Perkasa. "Biar 1,000 laporan polis yang mereka lakukan, mereka tidak mungkin mampu memadam semangat anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi negara ini, justeru keadilan dan ketelusan tersebut juga menjadi sebahagian daripada tuntutan Islam," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hasan. Perkasa merancang mengadakan himpunan balas pada hari yang sama dipilih oleh Bersih 2.0 manakala Umno pula mendakwa perhimpunan itu akan mencetuskan huru-hara. Lebih 300 laporan polis dikatakan telah dibuat di seluruh negara mengenai himpunan itu. Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Nasrudin berkata, Bersih 2.0 adalah manifestasi kebangkitan anak muda yang mula bosan dan kecewa dengan sikap kerajaan Umno dan BN mempermainkan rakyat dan mempersenda sistem demokrasi. Katanya, kepincangan demokrasi ala Malaysia ini masih ketara, apabila pihak Pakatan Rakyat terus dikekang daripada mendapatkan hak yang sama untuk akses dengan media sedang BN sepenuhnya memanipulasi media arus perdana untuk memberi maklumat satu hala atau sebelah pihak kepada rakyat. "Kementerian Dalam Negeri gagal meluluskan permohonan permit bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hata Wahari menerbitkan akhbar harian Utusan Rakyat. "Sehingga kini hasrat Dewan Pemuda PAS Malaysia mahu melihat lahirnya sebuah akhbar harian, Purnama yang dimohon permitnya lebih sedekad yang lalu masih tidak kesampaian," katanya sambil menambah, "begitulah nasib yang menimpa Harakah, Suara Keadilan dan Rocket." "Bukan sahaja tidak dibenarkan terbit secara harian, ia terhad untuk ahli sahaja dan terus menerima tekanan dari pelbagai sudut," kata Nasrudin lagi. Beliau seterusnya memberitahu undi pos pula akan terus menjadi tali hayat BN agar mereka terus berkuasa dan mampu melangsungkan tradisi "membelasah" rakyat dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Justeru kata Nasrudin, sebahagian mereka menempelak hasrat Bersih 2.0 kononnya tidak lagi relevan kerana Pakatan Rakyat telah memenangi empat negeri dan hampir menguasai keseluruhan kerusi di Wilayah Persekutuan. "Menang di empat negeri bukan bermakna kami telah berpuas hati dengan tahap kebersihan sistem pengendalian pilihan raya dalam negara ini. "Saya percaya, jika pilihan raya benar- benar dikendalikan sebersih-bersihnya dari sebarang manipulasi dan sistem demokrasi dilangsungkan dengan telus dan adil, Pakatan Rakyat mampu menang sekurang-kurangnya di lapan negeri pada pilihan raya umum 2008, malah berkemungkinan besar mampu memperoleh majoriti mudah bagi menguasai Parlimen. "Antara kepincangan demokrasi yang diamalkan dalam negara kita Malaysia ialah tindakan mereka yang mahu menghalang hak rakyat berhimpun secara aman seperti Himpunan Bersih 2.0," katanya. Nasrudin menambah setelah mendengar janji daripada penganjur Bersih 2.0 bahawa ia akan dilangsungkan secara aman, mereka masih mengugut rakyat agar tidak menyertai himpunan tersebut. "Selayaknya pihak berkuasa mengambil langkah mengawal Himpunan Bersih 2.0 sebagaimana mereka boleh mengawal himpunan dan perarakan puluhan ribu manusia pada hari sambutan Hari Kemerdekaan, Malam Citrawarna dan sebagainya," katanya. Tambah Nasrudin, pihak berkuasa juga sayugianya menghalang hasrat pihak-pihak lain selain Bersih 2.0 yang terlebih dahulu telah mengisytiharkan hasrat menganjurkan himpunan pada hari yang sama dan di tempat yang sama kerana ia adalah satu bentuk provokasi yang boleh mencetus ketidaktenteraman suasana himpunan tersebut. "Saya hairan kenapa Perkasa atau lainnya mahu mengadakan himpunan pada hari yang sama dan tempat yang sama? "Ertinya merekalah yang mahu mencetus provokasi dan suasana tidak aman bukan pihak Bersih 2.0," katanya. Malah kata beliau, andai mereka mahu menduga pengaruh, mereka boleh menganjurkan himpunan serupa pada 10 Julai iaitu sehari selepas Bersih 2.0 atau pada 8 Julai iaitu sehari sebelumnya. "Kenapa mereka begitu terdesak mahu mengadakan himpunan mereka pada hari yang sama? "Mereka marah rakyat mahu sertai Bersih 2.0 kerana himpunan itu kononnya demonstrasi jalanan yang sia- sia, tetapi mereka juga mahu menganjurkan himpunan untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap Bersih 2.0," katanya. Sehubungan itu katanya, benarkan dahulu rakyat menyertai Bersih 2.0 pada 9 Julai untuk membantah sistem pengendalian demokrasi dan pilihan raya yang pincang dalam negara ini. "Maka keesokan harinya, bolehlah mereka pula berhimpun untuk membantah himpunan Bersih 2.0 jika mereka tidak berpuas hati atau kiranya mereka kurang sabar, boleh sahaja mereka berhimpun pada 8 Julai untuk melahirkan bantahan mereka dan benarkan Bersih 2.0 berlangsung dengan aman tanpa sebarang provokasi pada 9 Julai 2011. "Apakah kerajaan Umno dan BN perlu diajar sedemikian rupa erti demokrasi?" katanya. |
Posted: 15 Jun 2011 08:00 PM PDT Oleh Subky Abdul Latif SAYA tidak pernah mengira keputusan PAS Kawasan Bukit Bintang mencalonkan Mohamad Sabu sebagai calon Timbalan Presiden PAS sebagai satu keputusan yang serius. Pada saya ketika itu ia satu keputusan main-main dan tidak mencerminkan kemahuan umum penyokong parti itu. Sebagai mana orang tidak mengira Ustaz Nasharuddin Mat Isa adalah orang yang tepat dengan jawatan Timbalan Presiden itu tujuh tahun lalu, maka begitulah Mat Sabu pada persepsi saya masa itu bukan calon yang tepat bagi menggantikan penjawat jawatan itu. Walaupun pemegang jawatan itu pada saya perlu digantikan, tetapi bukan digantikan oleh Mat Sabu. Pada saya yang PAS cari bukan sekadar pemegang jawatan itu tetapi ialah dijangkakan bagi menjadi pengganti Ustaz Abdul Hadi yang tepat apabila tiba waktunya. Presiden PAS itu bukan sekadar seorang pemimpin parti yang diterima oleh semua tetapi ia adalah amir atau imam kepada parti dan pendukungnya. Timbalan Presiden itu adalah calon yang terdekat bagi menggantikan amir atau imam itu. Bukan Mat Sabu bukan pemimpin dan pahlawan PAS yang terbilang, tetapi dia adalah pahlawan gagah seperti Khalid ibni Walid, tiada tolok bandingnya di medan tempur, tetapi calon Khalifah atau Amirul Mukminin adalah orang lain. Mat Sabu pun pada saya bukan orang yang memimpikan jawatan itu sejak berada dalam Jawatankuasa Agung PAS, tetapi dia mahu ada seorang yang dapat membantu Presiden parti yang berkesan. Sejak konsep kepimpinan ulama diperkenalkan tahun 1982, persepsi ahli PAS bahawa konsep itu adalah terdiri dari Majlis Syura Ulama dan sekurang-kurang Presiden dan Timbalan Presiden itu adalah ulama. Mana-mana orang awam yang dibangsakan dalam parti itu sebagai orang profesional tidak terhalang menjawat semua jawatan apa lagi mereka memiliki kemahiran yang diperlukan. Sekalipun Majlis Syura Ulama itu adalah badan tertinggi dalam PAS selepas muktamar, makanisma gerakan harian parti adalah di tangan Jawatankuasa PAS Pusat. Sekalipun Majlis Syura berkuasa melakukan semak dan imbang kepada Jawatankuasa PAS Pusat, tetapi tidaklah Yang di-Pertuan Agong itu dapat campur tangan semua keputusan dan tindakan Perdana Menteri. Begitulah adanya adab antara Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat. Justeru itu, perlulah sekurangkurangnya dua jawatan teratas dalam Jawatankuasa PAS itu terdiri daripada ulama. Tidaklah memadai Presiden saja ulama, kerana dalam ketiadaan Presiden, jawatan itu akan dipangku oleh Timbalan Presiden. Itu satu tafsir kepada konsep itu. Manakala satu tafsir lagi ia memadai dengan Majls Syura Ulama dan Dewan Ulamak saja. Perbezaan tafsir ini tidak mudah dirungkai, tetapi ia tidak menyebabkan parti itu berpecah kerana ia ditegakkan atas kekuatan akidah. Adalah lebih mudah membelah rambut sehelai daripada memecahkan perpaduan yang bertunjang kepada akidah. Pemilihan perwakilan kepada Mat Sabu tidak dibuat kerana mahu atau tidak mahu kepada ulama tetapi dibuat mengikut pihak mana yang berpijak kepada fiqah politik Islam yang terbaik. Petunjuk daripada fiqah politik Islam mendapati Timbalan Presiden parti dan Naib-Naib mesti diurus oleh orang yang mengerti dan tahu mengendalikan kemahuan fiqah politik Islam bagi menghadapi politik negara yang bertambah gawat dan memerlukan perubahan. Siapa panglima yang boleh menghadapi medan percaturan politik yang terbaik dan boleh mendekatkan kemenangan? Rasulullah s.a.w. kadang-kadang tidak memilih sahabat yang rapat dengannya untuk memimpin peperangan, tetapi memilih panglima terbaik. Sayidina Abu Bakar, Omar, Othman dan lain-lain sahabat yang kanan dan alim menjadi pembantu kepada panglima itu. Kerana tiada rotan yang muncul dan bersedia mengambil tempat di samping Ustaz Abdul Hadi menjelang pemilihan pimpinan dua tahun sekali itu, maka yang ada adalah akar tunjang yang menjalar di semua pelosok bumi. Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar bukanlah sekadar akar biasa, akar yang berguna semasa ketiadaan rotan tetapi mereka adalah akar umbi yang penting di tengah-tengah masyarakat boleh diterima memacu parti bagi melakukan perubahan apatah lagi pilihan raya umum (PRU) ke-13 adalah berada di ambang. Rotan ada tetapi tidak muncul. Ulama yang berwibawa ramai tetapi mungkin ulama menjaga itu dan ini, maka mereka tidak melahirkan gedebenya seperti Mat Sabu dan Mahfuz. Ulama bukan sekadar memimpin kelas ilmu di surau dan masjid, tetapi ulama juga wajar memimpin umat hingga ke peringkat menggali kubur. Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Abdul Hadi dan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidaklah sampai menjadi penggali kubur, tetapi mereka boleh berada di mana-mana di seluruh ceruk rantau seperti yang Mat Sabu dan Salahuddin buat sepanjang masa. Mat Sabu dan Mahfuz turun memimpin tunjuk perasaan di jalanjalan, tetapi Ustaz Fadzil yang diserang penyakit kencing manis dulu pun tegak bersama para demonstran di depan kedutaan Amerika. Ustaz Abdul Hadi dan Ustaz Nik Abdul Aziz meninggalkan hospital untuk ke jalan raya. Tidak gugur martabat ulama mereka. Itu yang ahli nampak. Dalam keadaan ulama yang begitu, Mat Sabu tidak perlu untuk mencabar jawatan yang sebahagian daripada masanya ditumpukan untuk mesyuarat dan lain-lain pentadbiran parti hingga boleh mengurangkan masanya ke medan tempur. Mat Sabu bukan ulama tetapi dia adalah orang awam PAS yang memahami banyak tentang fiqah politik Islam. Maka dia menjadi orang awam yang telah terpilih menjawat jawatan paling tinggi dalam parti selepas Dato' Asri Muda. Asri dipercayai tidak berhajat untuk menjadi peneraju utama parti. Ketika PAS dipimpin oleh dua ulama terbilang Dr Burhanuddin al-Hilmy sebagai Presiden dan Prof Zulkifli Mohamad sebagai Timbalan Presiden, Asri menjadi Naib Presiden seperti Salahuddin sekarang. Tetapi musibah menimpa kedua Dr Burhanuddin dan Prof Zulkifli menyebabkan orang ketiga terpaksa mengambil alih pimpinan. Berdasarkan kejadian itu orang terfikir kemungkinan pimpinan parti terlucut daripada ulama sekali lagi. Bukanlah fikah politik Islam tidak boleh memimpin, tetapi kebimbangan kejadian 30 tahun dulu berulang semula dalam PAS. Asri tidak pernah rasa jalan yang dilaluinya lari daripada halatuju Islam, tetapi pihak lain melihatnya begitu. Bukanlah Asri itu sebenarnya lebih nasionalis dan Islamis, tetapi sebagai orang awam bukan ulama Asri dikelilingi oleh penasihat bukan ulama. Di situ puncanya kekeliruan itu. Kalau kemunculan Mat Sabu sebagai orang nombor dua memungkin dia menjadi orang nombor satu seperti Asri dulu, maka ia mengembalikan semula ingatan semua kepada cerita lama. Mat Sabu sendiri telah belajar daripada kejadian 30 tahun dulu. Ia boleh dielakkan dengan siapa mengelilingi Mat Sabu? Maka pastikan dia mendapat nasihat daripada para ulama dan mereka tidak sekadar menjadi penasihat saja tetapi dilibatkan dalam semua gerakan dan tindakannya. Apabila Mat Sabu telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden dan dapat memenuhi tugas dan peranannya, maka perwakilan jangan memikirkan dia mesti digantikan bagi memungkin ia dipegang terus oleh golongan ulama. Kita jangan berfikir bahawa Mat Sabu memegang jawatan untuk sementera dan kemudian digantikan. Mat Sabu mesti dibantu oleh parti bagi menjadikan dia orang yang berkesan dalam jawatannya. Peranan besarnya sekarang ialah bagaimana dia dapat memperkasa Majlis Syura Ulama dan meletakkan Mursyidul Am sebagai pemandu dan penentu arah, dasar, sasar dan hala tuju PAS supaya kehadiran Majlis Syura itu dirasakan penting dan ditunggu-tunggu oleh semua. DAP telah ada pelapisnya. Lim Kit Siang sudah melepaskan pimpinan kepada anaknya Lim Guan Eng. Apakah Mat Sabu dia sediakan sebagai pelapis PAS? Masa tidak ada bagi membuat percubaan. Jadikan Mat Sabu pilihan yang tepat. |
Wajib Baca Pendapat Ikhlas: Racau Sebuah Negara Berkebajikan Posted: 15 Jun 2011 05:00 PM PDT Racau Sebuah Negara Berkebajikan Semasa PAS bersama Barisan Alternatif (kini Pakatan Rakyat) mengenengahkan slogan Negara Berkebajikan pada tahun 2008, tiada siapa mengendahkannya. http://www.blogger.com/img/blank.gif PAS dan Barisan Alternatif menang besar. Negara Berkebajikan atau The Caring State itu menjadi jambatan yang menghubungkan seluruh kelompok pengundi kepada nilai-nilai Islam yang menjadi teras perjuangan PAS. Bagaimana Islam mengagihkan manfaat dan tanggungjawab kepada rakyat secara adil, memerangi korupsi dan ketirisan bajet, menegakkan cara hidup yang memberikan kebaikan kepada semua pihak yang mencintai kebaikan dan keadilan. Islam sebagai Rahmat kepada seluruh alam.Namun ada keresahan ketika itu. Biar pun PAS bersama Barisan Alternatif mencapai kemenangan luar biasa, idea Negara Berkebajikan kurang dikembangkan. Malah di dalam lingkungan PAS sendiri, timbul pelbagai tanda tanya. Adakah perubahan yang berlaku itu merupakan perubahan form atau substance. Usul atau furu'? Ia mengingatkan saya kepada artikel saya berkenaan kegusaran ini. Di bawah tajuk MENCARI BAHASA BARU bertarikh 25 Februari 2008, saya mencatat: barisanrakyat2.jpg Perubahan itu perubahan yang besar. Daripada debat tentang konsep-konsep Islam dan Negara Islam, PAS melakukan suatu pendekatan yang amat drastik dengan beralih kepada menjelaskan bagaimana Islam dan kenegaraan yang diperjuangkan oleh PAS, boleh memperbaiki masyarakat. Lantas tawaran PAS lebih sejagat kepada masyarakat Malaysia yang berkepelbagaian latar belakang dan kefahaman. Daripada pendekatan mengheret pengundi kepada menekuni PROSES, kini PAS lebih mempromosikan OUTPUT dan menyerahkan urusan PROSES kepada jentera kerajaan (jika menang) untuk mengendali dan merealisasikannya. Ia suatu perubahan yang besar, dan saya melonjakkan syukur kerana bertambah satu lagi contoh bagaimana pemikiran dinamik yang mengalu-alukan idea segar, tepat dan jelas… menjadi kunci kepada survival parti, ummah dan tamadun manusia keseluruhannya. Challenge and response… itu kata kuncinya. MEMBUKA HARAPAN Saya masih ingat kepada perbualan saya dan rakan bersama beberapa teman dari Centre for Public Policy Studies and akhbar kewangan The Edge, bahawa "harapan masih ada untuk PAS" kerana nyata sekali bahawa PAS bukanlah sebuah Parti ala-Taliban seperti yang sering dimomokkan oleh akhbar seperti The Star dan yang seumpama dengannya. Kesediaan PAS untuk meneroka bahasa sejagat dalam memperjuangkan prinsip-prinsip Islam, membuka lebih banyak ruang kepada memberi kefahaman kepada masyarakat, mendidik mereka dan seterusnya menjemput kerjasama yang lebih luas ke arah cita-cita menegakkan Baldatun Thayyibatun wa Rabbun Ghafoo. PENGHAYATAN ATAS BAWAH Namun sejauh manakah perubahan ini dihayati oleh pendukung PAS dari atas ke bawah? PAS telah pun mengadakan taklimat berkenaan dengan manifesto Pilihanraya ke-12, di Taman Melewar pada 6 Februari 2007 untuk jentera pilihanraya. Penjelasan mengenai perjuangan ke arah sebuah "Negara Beramanah, Bersih, Adil dan Berkebajikan", disampaikan dengan terpeinci, malah mendahului parti-parti komponen Barisan Alternatif yang lain. Akan tetapi, sebaik sahaja taklimat ini berjalan, pergerakan promosi manifesto ini ada kalanya kelihatan tidak selaras dengan hasrat dan cita-cita yang telah disuarakan. Di alam siber, artikel-artikel LAMA, tentang jenayah pemimpin Barisan Nasional memperlekehkan hukum hudud pada tahun 1990an telah disebarkan semula. Hal-hal yang bersangkutan dengan kebobrokan pihak yang alergik dengan perundangan Islam, kembali beredar dari satu inbox ke satu inbox yang lain… dan soalnya ialah, sejajarkan hal ini dengan pendekatan dan manifesto PAS untuk pilihanraya ke-12 akan datang? Masuk ke hari penamaan calon, masih kedengaran laungan-laungan yang tidak mencerminkan perubahan yang telah berlaku kepada PAS. "Hancur kuffar!" "Hancur sekularisma!" Slogan-slogan seumpama itu dikeluarkan kembali dari gerobok simpanan dan dimuntahkan tanpa memikirkan sejauh mana kesan slogan sedemikian rupa kepada hasrat PAS untuk menjana suatu perubahan? Malah ada di antara calon, masih menggunakan bahasa Pilihanraya 1999 dan 2004 dalam taklimatnya selepas penamaan calon, bercakap tentang kepentingan hukum hudud dan subjek-subjek yang tidak selaras dengan manifesto PAS 2008. MANIFESTO SEJAGAT, SLOGAN SEJAGAT Jika perubahan yang berlaku itu adalah perubahan yang benar-benar mahu dilihat kejayaannya, maka PAS harus bergerak selari di antara hasrat kepimpinan dan jentera penggerak. Bahasa-bahasa baru yang lebih menepati cita-cita PAS di tahun 2008 mesti dipopularkan agar laungan yang dijana, mencetuskan momentum yang betul, dan bukannya menggatalkan kepala rakan-rakan di Barisan Alternatif serta para pengundi yang tekun memerhati. "Hancur kezaliman" "Hancur penipuan" "Hancur korupsi" "Hancur perhambaan" "Hancur …. (fill in the blanks)" Banyak lagi slogan yang boleh terbit dari manifesto PAS 2008, asalkan homework dibuat dan bukan hanya membuka gerobok untuk Siaran Ulangan. Pepatah Arab menyebut: maqammaqal.jpg "Bercakap biar bertempat" Kebijaksanaan pendukung PAS memilih perkataan yang betul akan menjadi bukti terbaik kepada masyarakat bahawa perubahan yang berlaku itu adalah perubahan yang berisi. Bukan sekadar menukar baju mengikut musim. HILANG FOKUS Selepas kemenangan cemerlang Barisan Alternatif pada Pilihanraya Umum ke-12, Mac 2008, PAS mengalami perubahan hala tuju, sedikit sebanyak berpunca daripada konsep Negara Berkebajikan yang tidak dipegang sebagai keutamaan dalam anjakan paradigma gerakan. Atas sebab yang pelbagai, PAS terheret kepada isu Kerajaan Perpaduan dan kerjasama dengan UMNO demi survival kaum Melayu di Malaysia. Biar pun banyak masa diperuntukkan untuk sampai kepada konklusi akhir menolak idea ini, ia menjadi positif jika disuluh daripada sudut mendidik aktivis PAS dan rakyat tentang tindak tanduk pragmatis Barisan Nasional, khususnya UMNO. Kemerosotan pemikiran juga membelenggu akar umbi hingga cuaca dalaman PAS seperti berpatah balik ke era 2004 dan ia meresahkan seluruh rakyat yang meletakkan harapan untuk PAS berperanan dengan lebih baik, sama ada di dalam jentera Pakatan Rakyat, atau sebagai kuasa penyingkir kepada penguasaan UMNO dan Barisan Nasional. Syukur Alhamdulillah, Muktamar PAS 2011 memadam keresahan ini. Mengekalkan kedudukan sebagai Presiden PAS penggal seterusnya, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kini dikelilingi oleh 'amilin yang diyakini berkompetensi untuk menggerakkan PAS bersama Pakatan Rakyat menuju Pilihanraya Umum ke-13 dengan kemas. Ia menjadikan Ucapan Dasar Presiden PAS berisi, berpijak pada realiti dan berpeluang untuk direalisasi. UMNO MERACAU Tidak seperti 2008, kali ini gagasan Negara Berkebajikan menjadikan UMNO meracau. Pemimpin-pemimpin UMNO rancak mengulas. Datuk Mukhriz Mahathir mengatakan bahawa DAP dan PKR berjaya mempengaruhi PAS untuk meninggalkan dasar perjuangan Negara Islamnya. Datuk Seri Mohd Ali Rustam juga tidak mahu ketinggalan. Beliau sangat nampak yang PAS nampak sangat telah meninggalkan Hudud dan Negara Islam. Datuk Seri Mohamad Hasan juga menyuarakan pandangan yang sama tatkala melihat PAS meninggalkan agenda Kepimpinan Ulama. Khairy Jamaluddin juga meragui komitmen PAS kepada dasar perjuangannya kerana beralih arah. Tun Mahathir yang pernah didoakan oleh al-Marhum Datuk Fadzil Noor agar panjang umur untuk melihat kesan kezaliman pemerintahannya turut tidak dapat menahan diri. Beliau mengomel di blognya, mengatakan bahawa PAS telah mempermainkan Islam kerana menggugurkan perjuangan Negara Islam. Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi juga tidak betah menjadi pemerhati. Turut mengeluarkan kenyataan, beliau mencabar PAS menggugurkan perkataan Islam daripada nama Parti kerana mendakwa PAS sanggup membiarkan dirinya dibuli oleh DAP dan ini mengelirukan ramai pihak menurut beliau. Malah, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak hairan mengapa baru sekarang PAS terfikir tentang konsep Negara Berkebajikan yang telah lama diperjuangkan oleh UMNO sebagaimana beliau dakwa. Tidak cukup dengan kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO, blogger UMNO turut memakmurkan racau ini dengan pelbagai ulasan mereka. Paling kecewa dengan perubahan yang berlaku pasca Muktamar PAS 2011 ini adalah kitab rujukan harian, Utusan Malaysia! BUAT-BUAT TIDAK FAHAM Sama ada mereka buat-buat tidak faham atau memang tidak faham, Islam sebagai ideologi politik (Islamism?) semenjak di era Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rashid Ridha, Sultan Abdul Hamid II, Hasan al-Banna, al-Mawdudi, Sayyid Qutb membawa ke era Necmettin Erbakan, Recep Tayyib Erdogan dan Luthfi Hasan Ishaaq, idea Islam sebagai kuasa politik berkembang dari semasa ke semasa dalam bentuk perbincangan, penafsiran dan penterjemahannya kepada agenda kerja. Penamaannya sebagai Negara Islam atau apa-apa istilah, berubah dari satu zaman ke satu zaman. Ia membuktikan dinamika gagasan Islam dalam menyesuaikan prinsip-prinsipnya dengan realiti semasa. Challenge and response sebagai enjin survival, paling cantik diperlihatkan oleh kemaskini gerakan Islam merentas zaman. Gerakan Islam sentiasa menyemak dan mengemaskini idea yang didukung tanpa berganjak daripada prinsip-prinsip yang menjadi asas kewujudannya. Hanya yang 'tidak baca buku' sahaja meracau-racau gagal memahami perubahan ini. SESUNGGUHNYA Kata Dale Carnegei: "Unjust criticism is often a disguised compliment. It often means that you have aroused jealousy and envy. Remember that no one ever kicks a dead dog" "Kritikan yang tidak adil sebenarnya adalah pujian yang tersirat. Ia selalunya bermaksud anda yang dikritik itu telah menimbulkan rasa cemburu dan dengki. Ingatlah, tiada sesiapa yang menyepak anjing yang telah mati" Terima kasih kepada UMNO yang meracau. Ia mendesak PAS untuk segera memperincikan konsep-konsep Negara Berkebajikan, menuju Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Sesuatu yang sepatutnya sudah lama PAS lakukan. Semenjak 2008. Don't Grow Old – Grow Up! http://saifulislam.com/9929 |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan