Khamis, 16 Jun 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Lelaki Mati Minum Berbalang Air Diminta Bomoh Wanita

Posted: 16 Jun 2011 07:27 AM PDT

sekadar hiasan.

Saya petik:

[Bernama] KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental meninggal dunia selepas menerima rawatan daripada seorang bomoh wanita warga Thailand di Pulau Rusa, Marang, di sini malam tadi.

Lelaki berumur 26 tahun itu dihantar ke rumah bomoh berkenaan oleh bapanya untuk berubat pada 7.45 malam, dan bomoh wanita berusia 43 tahun itu, kemudian memaklumkan bahawa pesakit itu terkena buatan orang.

"Semasa rawatan, bomoh itu menyuruh mangsa meminum beberapa balang air sebelum menyumbat mulutnya dengan hos sehingga mangsa tidak sedarkan diri. Setelah itu, bomoh tersebut memberitahu bahawa dia telah berjaya mengeluarkan penyakit mangsa dan menyuruh bapa mangsa membawa anaknya itu ke hospital," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan kepada pemberita hari ini.

Bagaimanapun, sebaik dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini pada 12.30 tengah malam, lelaki itu disahkan telah meninggal dunia.

Ekoran laporan yang dibuat oleh bapa mangsa pada 2.15 pagi, polis menyerbu rumah bomoh itu tetapi dia bersama suaminya, yang berusia 33 tahun dan berasal dari Rantau Panjang, Kelantan, telah melarikan diri.

Manoharan berkata dalam serbuan itu polis merampas beberapa barang yang digunakan untuk merawat mangsa.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu supaya menghubungi mana-mana balai polis.
P/s: Bodohnya!

[Wajib Baca] Kenyataan Media DSAI: Masalah dan Kerugian FELDA

Posted: 16 Jun 2011 05:00 AM PDT


Saya petik:
Rakyat Malaysia berhak untuk tahu tentang semua perkara berkaitan (termasuk kerugian yang dialami di peringkat subsidiari-subsidiari dan bukan sahaja di peringkat Kumpulan) Felda Global Ventures Sdn Bhd dan syarikat induknya Lembaga Pertubuhan Felda, kerana kami percaya bahawa Felda Global Ventures dan Lembaga Pertubuhan Felda telah meminjam sebanyak RM6 billion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (pada mulanya Lembaga Felda telah meminjam RM6 billion daripada KWSP dan kemudian sejumlah RM3 billion daripada itu dipinjamkan oleh Lembaga Felda kepada Felda Global), yang mana sudah tentulah dana tersebut datang daripada rakyat Malaysia.

Kenapakah pinjaman yang dibuat itu tidak pernah dibentangkan di Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia? Siapakah yang mengarahkan KWSP untuk meminjamkan jumlah besar wang tersebut kepada Kumpulan Felda? Kami juga percaya pelaburan luar negara yang dibuat oleh Kumpulan Felda dengan menggunakan wang yang dipinjam daripada KWSP itu semuanya mengalami kerugian. Kami percaya bahawa semua pelaburan luar negara yang dibuat oleh Felda Global dengan menggunakan pinjaman wang KWSP itu dalam Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia semuanya mencatatkan kerugian terkumpul daripada tahun 1997 hingga 2010 hampir RM500 juta dan kebodohan pengurusan Felda Global Ventures adalah setara kalaupun tidak lebih besar daripada salah urus tadbir Sime Darby.

Dengan kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negara itu, kami difahamkan pinjaman daripada KWSP itu tidak akan dibayar tetapi akan dilanjutkan tempoh pembayarannya yang sudah tentu ditanggung oleh rakyat. Kami percaya bahawa Perdana Menteri tidak tahu menahu seteruk itu kerugian yang dialami oleh Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negaranya kerana kerugian itu diselindung dengan keuntungan besar Felda Global dalam perniagaan minyak kelapa sawit saban tahun.

Sebenarnya, keuntungan daripada bahagian minyak kelapa sawit Malaysia di Felda Global telah dijadikan subsidi untuk kerugian yang dialami pelaburan luar negara Felda. Perdana Menteri begitu bangga sekali memuji Felda Global Ventures yang kononnya telah membuat pelaburan di luar negara tetapi adalah sesuatu yang sangat memalukan kerana kami percaya bahawa hampir semua pelaburan yang dibuat oleh Felda Global itu mengalami kerugian.

Kami difahamkan bahawa pelaburan yang dibuat di Twin Rivers Technologies AS, sebuah kilang minyak dan lemak di AS, adalah pelaburan terburuk yang pernahdibuat dalam sejarah korporat Malaysia. Pelaburan awal sebanyak RM175 juta dibuatuntuk memperoleh Twin Rivers Technologies AS, yang sebelumnya dijual olehProcter & Gamble.

Kami difahamkan selepas Felda Global Technologies memperoleh Twin RiversTecnologies US, Bank of America telah menuntut USD100 juta pinjaman kepadaTwin Rivers Technologies US, sehingga Felda Global harus mengambil RM300 jutapinjaman dari CIMB untuk membayar kepada Bank of America.
Difahamkan juga Felda Global telah menghabiskan sebanyak RM600 jutauntuk kilang penghancur di Kanada di bawah anak syarikat Twin Rivers TechnologiesUS, TRT ETGO Kanada, yang sampai sekarang tidak pernah membuat sebarangkeuntungan.

Adakah Felda Global telah membuat pinjaman lebih lanjut kepada TRT ETGO Kanada sekitar RM100 juta? Oleh kerana itu, kami percayajumlah keseluruhan pelaburan di Twin Rivers Technologies US termasuk anaksyarikat adalah sekitar RM1.175 bilion. Walaupun pelaburan yang besar, kami percaya bahawa Twin Rivers Technologies US telah mengalami kerugian setiaptahun daripada 2007 sehingga 2010 mendekati RM500 juta.

Sekiranya benar Kumpulan Felda telah meminjam sebanyak RM6 bilion daripada rakyat melalui KWSP, kami menuntut siasatan dilakukan terhadap kegiatan Kumpulan Felda itu, sama seperti penyiasatan ke atas Sime Darby, dan mereka yang berada dalampengurusan Kumpulan Felda seperti Ketua Pegawai Strateginya, Suzana Wati Idayu Othman dan lembaga pengarahnya, yang bersalah dalam membuat keputusan yang menyebabkan kerugian dalam semua pelaburan di luar negera itu.

Mereka perlu bertanggungjawab di atas kecuaiaan mereka lakukan. Di bawah Akta Felda, keputusan pelaburan semua Kumpulan Felda pada dasarnya memerlukankelulusan Menteri yang bertanggung jawab atas Felda, yang sejak tahun 1997,dijawat oleh Najib Razak.

Sama ada kerugian dalam pelaburan itu telah didedahkan kepada Najib atau tidak didedahkan kepada Najib oleh pihak pengurusan Global Felda, kerugian dalam pelaburan itu adalah tanggungjawab pengurusan Felda Global dan Dato 'Seri Najib. Siasatan perlu dilakukan dan didedahkan kepada rakyat.

Difahamkan bahawa Ethos Consulting, yang seorang rakan kongsinya adalah bekas pegawai khas Najib Razak, Mustapha Omar Ong, dilantik sebagai perunding untuk Felda Global. Kami menuntut untuk mengetahui berapakah bayaran yang dikenakan oleh Ethos Consulting terhadap Felda Global dan bagaimana sebuah firma perunding yang tidak mahir dalam industri pertanian dilantik sebagai perunding untuk Felda Global?

Jika benar pelaburan di luar negara oleh Felda Global rugi, sepatutnya bayaran tidak harus dibuat ke atas Ethos Consuting kerana ternyata merupakan perunding yang gagal. Rakyat menuntut jawapan ke atas semua soalan di ataskerana Felda telah meminjam RM6 bilion daripada rakyat.
ANWAR IBRAHIM

Selepas Membazirkan RM1.8 Juta, Kerajaan Najib Guna RM63.9 Juta Upah Konsultan untuk ETP

Posted: 16 Jun 2011 04:15 AM PDT


Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: KEADILAN mempertikai tindakan kerajaan Barisan Nasional membelanjakan sejumlah RM63.9 juta untuk khidmat rundingan bagi promosi rancangan induk kerajaan seperti pelan Transformasi Kerajaan/ Ekonomi (G/ETP).

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution berkata, jumlah yang didedahkan Menteri di Jabatan perdana menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon itu semalam, terlalu tinggi untuk dibelanjakan.

Katanya, dalam keadaan Barisan Nasional terpaksa membentangkan permohonan peruntukan tambahan sebanyak RM13 bilion pada sidang kali ini, jumlah itu adalah satu bentuk pembaziran yang tidak boleh dimaafkan.

"Jumlah RM63.9 juta ini hampir sama dengan peruntukan membiayai pengumuman Barisan Nasional menaikkan gaji segelintir guru-guru besar dan pentadbir sekolah sebagai tindakbalas kepada janji Pakatan Rakyat memberikan imbuhan RM500 sebulan setiap seorang guru seperti terkandung di dalam Buku Jingga.

"Peruntukan bagi kenaikan gaji guru-guru besar hanyalah RM80 juta setahun, berbanding RM63.9 juta yang dibelanjakan kepada beberapa firma perunding sahaja,"
kata Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang.

Menurut Saifuddin, kegilaan berbelanja besar untuk menggaji perunding tersebut, melambangkan sikap BN yang tidak menghargai sumbangan penjawat awam dantidak berkeyakinan dengan kebolehan pimpinan sektor awam menambah baik sistem pentadbiran sedia ada.

Katanya, keputusan utama membabitkan perkhidmatan awam kini bergantung kepada maklum balas dan cadangan perunding, sedangkan pengalaman dan kefahaman pimpinan sektor awam lebih mendalam mengenai selok-belok budaya dan motivasi penjawat awam.

"Kaedah yang diambil oleh pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak ini akan membantutkan usaha menaik taraf mutu dan kecekapan perkhidmatan awam negara,"
katanya.

 P/s: Belanja duit rakyat macam duit parti!


Abu Bakar Ba'asyir Dikenakan Hukuman Penjara

Posted: 16 Jun 2011 03:15 AM PDT


Saya petik:
[Bernama] Tokoh ulama Indonesia Abu Bakar Ba'asyir hari ini dijatuhi hukuman 15 tahun penjara oleh Mahkamah Daerah Jakarta Selatan selepas didapati bersalah terlibat dalam latihan ketenteraan kumpulan pengganas di Aceh.

Pemimpin pergerakan Jamaah Anshorut Tauhid (JAT) itu disabit dengan kesalahan merancang dan menggerakkan latihan ketenteraan bersama Dulmatin alias Joko Pitono, yang ditembak mati oleh polis tahun lalu.

Beliau juga didapati bersalah mengumpul dana untuk membiayai latihan itu dan menghasut peserta supaya melakukan tindakan keganasan.

Hukuman ke atas beliau dibacakan ketua majlis hakim Herry Swantoro pada pukul 1.40 petang, setelah empat anggota hakim lain membacakan keputusan masing-masing secara berganti-ganti dalam masa hampir lima jam sejak pukul 9 pagi ini.

Hukuman itu lebih ringan berbanding tuntutan pihak pendakwa raya yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Ba'asyir.

Ketika diberi peluang untuk memberi pandangan terhadap keputusan itu, ulama berkenaan dengan tegas dan lantang menyatakan beliau menolak keputusan tersebut.

"Saya menolak kerana keputusan ini zalim, menyalahi syariat Islam. Haram bagi saya menerima hukuman ini," katanya.

Terdahulu pasukan peguambela beliau memberitahu mahkamah bahawa mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Persidangan hari ini adalah yang ke-21 sejak beliau dihadapkan ke mahkamah pada pertengahan bulan Februari lalu, selepas ditangkap di sebuah kawasan di Ciamis, Jawa Barat pada 9 Ogos tahun lalu.

Beliau dituduh terlibat dalam penubuhan kem latihan ketenteraan jaringan pengganas Aceh di Pergunungan Jalin, Jantho, Aceh Besar serta merancang, menggerakkan, terlibat dalam pemuafakatan dan membiayai pelbagai kegiatan keganasan.

Beberapa tahun sebelum ini, Ba'asyir pernah dituduh terlibat dalam kejadian serangan bom di Bali dan kejadian serangan bom di hotel JW Marriott, Jakarta, tetapi tidak dapat dibuktikan bahawa beliau terlibat dalam kedua-dua kejadian itu.

Pada persidangan keputusan hari ini, pihak polis mengetatkan kawalan keselamatan di sekitar bangunan mahkamah di Jalan Ampera Raya, Jakarta Selatan dengan menempatkan lebih 3,000 petugas termasuk anggota tentera yang diminta membantu mengawal perhimpunan penyokong Ba'asyir yang berjumlah ratusan orang.

Hampir semua kedai di sekitar bangunan mahkamah itu ditutup bagi mengelak kejadian tidak diingini yang mungkin ditimbulkan para penyokong ulama itu.

Kartunis Utusan, Rogol, dan Zina

Posted: 16 Jun 2011 02:33 AM PDT


Saya petik:
[MK] Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam.

Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah.

Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar.

Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan?

Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?

Rogol
Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi.

Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah.

Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri.

Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?

Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf:
"Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu.

Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat 
jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya".

Yusuf pula berkata: "Dialah yang menggoda diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:"Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta.

Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar.

Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya" (Surah Yusuf: ayat 25-28).

Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini.

Lian
Sebab itu juga, Islam tidak mewajibkan pula seseorang yang menuduh isterinya berzina agar mendatangkan empat orang saksi.

Ini kerana tuduhan zina kepada isteri sendiri hanya mencalarkan maruah penuduh. Maka, agak sukar untuk seseorang itu menuduh isterinya secara bohong berzina. Juga amat berat untuk seseorang itu mendiamkan diri apabila mengetahui isterinya berzina.

Ini kerana kedua-dua keadaan itu merobohkan maruah dan kehormatan dirinya. Jika orang lain yang berzina, mungkin dia mampu mendiamkan diri disebabkan kekurangan saksi. Tetapi sudah pasti tidak bagi kes isterinya.

Justeru Allah menyebut: (maksudnya)
"Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar;

Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): "bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang- orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa terhadap isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia (isteri) bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu benar-benar daripada orang-orang yang berdusta;

Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang- orang yang benar. (Surah al-Nur ayat 6-9).

Bab ini dinamakan dengan 'li'an' atau penglaknatan. Inilah jalan yang Allah berikan kepada pasangan suami isteri yang tuduh-menuduh dalam perkara seperti ini.

Selepas proses ini dilakukan, mereka dipisahkan selamanya, tanpa ada hukuman keseksaan mahkamah yang dijalankan, sebaliknya diserahkan urusan tersebut kepada Allah. Ini kerana, kes ini adalah kes mempalitkan keaiban diri sendiri.

Maka, mereka yang mendakwa diri dirogol atau diliwat secara paksa juga adalah menampalkan keaiban ke atas diri sendiri. Amat sukar bagi insan normal itu membuat dakwaan seperti itu secara semberono.

Melainkan jika ada kepentingan tersembunyi yang lain. Maka mereka juga tidak perlu mendatangkan empat saksi. Sebaliknya boleh diterima pakai kaitan (qarinah) yang membuktikan kejadian itu berlaku. Justeru, paksi dalam hal ini semua, ada demi memelihara keturunan dan maruah. - Mohd Asri Zainul Abidin



Turun RON97 RM0.10 Bukti Kerajaan Prihatin? Indonesia dan Pakistan Lagi Prihatin!

Posted: 16 Jun 2011 01:51 AM PDT



Memang benar, harga minyak Indonesia dan Pakistan lebih mahal (sekitar AS1 dolar seliter) kerana kedua-dua negara itu tidak memberikan subsidi kepada rakyatnya. Antara alasan negara-negara tersebut tidak memberikan subsidi kerana jumlah rakyat yang banyak sehingga menyebabkan negara-negara tersebut mengimport minyak. Namun jika tindakan menurunkan harga minyak itu menjadi ukuran keprihatinan kerajaan, maka Indonesia dan Pakistan sudah tentu dianggap lebih prihatin kerana kedua-dua negara telah bertindak menurunkan harga minyak hujung Mei dan awal Jun lalu seiring dengan penurunan harga minyak dunia.


Isu Murtad: Jawapan Lidah Bercabang Menteri Agama UMCO

Posted: 15 Jun 2011 11:00 PM PDT


Saya petik:
[MK] Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan laporan portal berita mengenai 135 kes permohonan murtad diluluskan bagi tempoh 2000 hingga 2010.

Beliau menegaskan bahawa sehingga kini belum ada satu pun kes murtad yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah, lapor Bernama.

Jamil Khir menjelaskan 135 kes itu dipohon di bawah murtad tetapi setelah diteliti oleh Mahkamah Syariah mereka didapati tidak sah masuk Islam, sekali gus tidak timbul soal (mereka) murtad.

"Timbul kekeliruan di sini, contohnya seseorang itu memohon untuk kedudukannya sebagai Islam, tetapi kemudian mahu kembali ke agama asalnya, setelah disiasat, mahkamah mendapati dia bukan Islam, jadi tidak timbul soal murtad.

"Sama juga untuk pasangan berkahwin yang hendak daftar untuk perceraian, tetapi mahkamah mendapati mereka berkahwin secara tidak sah di Thailand kerana tiada saksi dan wali, jadi tidak timbul soal perceraian," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Malaysiakini kelmarin melaporkan jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan adalah 135 orang.

Jawapan di Parlimen

Laporan itu dibuat berdasarkan jawapan Jamil Khir yang menjawab pertanyaan lisan anggota parlimen Bakri Er Teck Hwa di parlimen kelmarin.

Soalan itu berbunyi: "Tuan Er Hwa [Bakri] minta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah permohonan yang diluluskan mengikut negeri dari tahun 2000 - 2010 serta tindakan Jabatan Agama Islam untuk menangangi gejala murtad."

Sementara jawapan Jamil Khir pula berbunyi: "Permohonan menukar status agama oleh orang Islam di Mahkamah Syariah dari tahun 2000 hingga 2010 adalah berjumlah 863 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 168 kes telah diluluskan."

Jamil Khir juga memberikan statistik lengkap yang menyatakan jumlah permohonan dan kelulusan mengikut negeri.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

Klik untuk besarkan imej.
 

Tonton TV Tingkatkan Risiko Diabetes, Sakit Jantung, Kanak-kanak Obes Risiko Diserang Darah Tinggi

Posted: 15 Jun 2011 10:10 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:

[BH] NEW YORK: Mereka yang menghabiskan lebih banyak masa di hadapan televisyen lebih berisiko untuk mendapat penyakit diabetes dan jantung, walaupun menonton hanya dua jam sehari, menurut satu kajian.

Setiap hari, penduduk Amerika Syarikat menghabiskan purata kira-kira lima jam menonton televisyen, manakala penduduk Australia dan Eropah antara 3.5 jam hingga 4 jam sehari, kata penyelidik yang diketuai Frank Hu, di Sekolah Perubatan Harvard. 

"Mesejnya mudah. Mengurangkan masa menonton TV adalah satu langkah penting untuk mengurangkan risiko diabetes dan penyakit jantung," kata Hu.
 
Mereka yang duduk di hadapan televisyen kurang melakukan senaman dan banyak memakan makanan tidak sihat, katanya.

"Kombinasi gaya hidup duduk, diet tidak sihat dan kegemukan mencetuskan 'satu pembiakan sempurna bagi diabetes jenis kedua dan penyakit jantung."

Ini bukan kajian pertama dikaitkan dengan masa menonton televisyen yang mempunyai kesan penyakit. 

Kebanyakan kajian mendapati kaitan yang kuat kepada obesiti dan satu laporan pada 2007 mendapati lebih banyak masa televisyen dikaitkan dengan tekanan darah tinggi di kalangan kanak-kanak obes.
 
Dalam kajian terbaru yang disiarkan dalam Journal of the American Medical Association, Hu dan rakannya meneliti lapan kajian untuk melihat kaitan antara masa menonton televisyen dan penyakit, yang secara keseluruhan meliputi lebih 200,000 penduduk untuk tempoh purata 7 hingga 10 tahun.

Hu dan rakannya mendapati bagi setiap dua jam sehari masa menonton televisyen, risiko untuk mendapat penyakit diabetes meningkat 20 peratus, manakala penyakit jantung meningkat 15 peratus.

Setiap dua jam sehari masa menonton televisyen meningkatkan risiko mati sebanyak 13 peratus. Berdasarkan keputusan itu, Hu dan rakannya menganggarkan di kalangan sekumpulan 100,000 orang, sekiranya mereka mengurangkan masa menonton televisyen sebanyak dua jam boleh menghalang 176 kes diabetes baru, 38 kes kematian akibat kardiovaskular dan 104 kematian pramatang, setiap tahun. – Reuters
 


Minyak Zaitun Kurangkan Risiko Angin Ahmar

Posted: 15 Jun 2011 09:35 PM PDT


Saya petik:
[BH] WASHINGTON: Warga tua yang mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka didapati kurang berdepan risiko serangan angin ahmar berbanding mereka yang tidak berbuat demikian.

Ia hasil penyelidikan terhadap lebih 7,000 penduduk Perancis yang disiarkan semalam di Amerika Syarikat.

Penyelidik dari Institut Penyeliikan Kesihatan dan Perubatan Kebangsaan di Bordeaux, Perancis menjalankan kajian itu terhadap 7,625 orang yang berusia 65 tahun ke atas dari tiga bandar raya iaitu Bordeaux, Dijon dan Montpellier untuk tempoh selama lima tahun. 

Sepanjang tempoh kajian itu, hanya 148 daripada mereka diserang angin ahmar.

Kajian itu diasingkan kepada beberapa kumpulan berkaitan penggunaan mereka terhadap minyak zaitun - daripada mereka yang tidak mengambilnya langsung kepada mereka yang menggunakannya untuk menyapunya pada makanan, memasak dan membuat roti.

Penyelidik juga mengasingkan kumpulan itu berdasarkan berat badan, aktiviti fizikal dan amalan diet dengan mendapati kumpulan yang memakan minyak zaitun secara intensif hanya terdedah kepada 41 peratus serangan angin ahmar berbanding mereka yang tidak memakannya langsung.

Penemuan itu diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Akedemi Neurologi Amerika. - AFP  

P/s: Sila ambil perhatian!


Laman Sesawang Malaysia Digodam

Posted: 15 Jun 2011 05:50 PM PDT



 Antara Laman Sesawang yang Digodam:

Malaysia Official Government Website (DoS / Switched off)
Other Malaysian wesites:
SabahTourism.com - Hacked + leaked
Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia) - Hacked
Tourism Malaysia - Up
UiTM Penang - Hacked
JBiotech - Hacked
Social Welfare Department (Ezi2Care)- Hacked
CIDB - Hacked but back up
Land Public Transport Commision - Hacked but back up
1Malaysia - DoS / Switched off
ASEANConnect - DoS / Switched off
Malaysian Meteorological Service - DoS / Switched off
Ministry of Education - DoS / Switched off
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia - DoS / Switched off
Bomba - DoS / Switched off
TMNet - Up
Perbendaharaan Malaysia - DoS / Switched off
Kementerian Kerja Raya Malaysia -DoS / Switched off

-Ihsan TT

 P/s: Kata Rais sejurus menerima mesej serangan: "Kita sudah memberitahu perkara ini kepada pihak berwajib dan kita sudah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi MAMPU, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan," katanya.

Amaran sudah diberi lebih awal, namun menurut SKMM 51 laman yang diserang, 41 berjaya  berjaya digodam. Benar, bukan senang untuk menangkis serangan penggodam. Malah laman-laman sesawang di negara lain pun turut menerima ancaman yang sama. Namun, apabila memikirkan kos pembinaan sesebuah laman sesawang milik kerajaan yang menelan belanja yang tinggi, timbul dalam hati kita untuk mempersoal kemampuannya menangkis serangan penggodam. Jika membina laman percuma "Fanpage FB" Cuti-cuti Malaysia sampai mencecah RM1.8 juta, berapa nilai membina laman sesawang Perbendaharan Malaysia, SPR? 


Tiada ulasan: