Kerabu Bersuara ® |
- Nik Aziz:: Akhbar mengarut, bila PAS ubah dasar
- PKR Selangor hargai Dr Hasan, tahniah Dr Rani
- Syabas Mat Sabu! Bersih 2.0 Diteruskan. Jangan Gentar Dengan Ibrahim Pondan!
- Apabila Menteri Wanita Malaysia Tiada Ilmu Agama
- Nik Aziz Tibai Pemimpin Umno Yang Suruh Perkataan Islam Digugurkan
- Lim Guang Eng: Rakyat Tak Caya Pada Najib
- Umno Pantang Tengok Masjid Diimarahkan. Dengki!
- Idea kolaborasi Utusan gagal di Muktamar PAS
- Taktik serang Mat Sabu guna skandal seks akan ‘makan diri’ Umno-BN
- Tolak Kerajaan Yang Membebankan Rakyat dan Menguntungkan Kroni!
- Harga bahan api dikurang jika Pakatan kuasai Putrajaya, janji Anwar
- AJK baharu PAS: Kabinet pilihan raya, kabinet Pakatan Rakyat
Nik Aziz:: Akhbar mengarut, bila PAS ubah dasar Posted: 13 Jun 2011 08:24 AM PDT Salmah Mat Husain KOTA BHARU, 13 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata PAS tidak pernah mengubah dasar dalam perjuangannya sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951 hingga kini. Menurutnya, apa yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada muktamar baru-baru ini berhubung Negara Berkebajikan, adalah sebahagian intipati perjuangan parti Islam itu. Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa pihak yang mencabar PAS menggugurkan perkataan Islam pada perjuangannya sebagaimana yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian hari ini. Ahl Majlis Tertingg Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat PAS wajar menggugurkan perkataan Islam takut masyarakat keliru, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan nama Islam kerana PAS telah memperalatkan agama. Ketika ditemui di kediamannya Pulau Melaka sebentar tadi, Tuan Guru Nk Abdul Aziz yang Menter Besar Kelantan berkata konsep yang dibawa PAS iaitu Negara Berkebajikan, berpandukan ajaran Islam serta nas yang mana Baginda Rasulullah sendiri sebagai modelnya. Ketika hijrah Rasulullah mendapat mimpi dari Allah, suatu hari nanti baginda akan memasuki Kota Makkah yang ketika itu masih kekal dengan pegangan ajaran nenek moyang mereka. "Sewaktu baginda dan para sahabat dalam perjalanan ke Makkah, baginda disekat oleh pembesar Makkah ketika itu. Walaupun usaha baginda untuk melakukan umrah di baitullah tidak dibenarkan, namun bertolak dari situ wujudnya perjanjian di Hudaibiyah. "Perjanjian yang memulakan tulisan perjanjian itu dengan 'Bismillahirrahmanirrahim…kemudiannya digantikan dengan 'Bismikallahumma…dilakukan semata-mata kerana sikap lunak baginda sendiri di samping berpandangan jauh tentang Islam pada masa akan datang walaupun ianya berat sebelah," ujar Tuan Guru lagi. Tegasnya, di mana salahnya Presiden PAS menyebut negara berkebajikan, ianya bukan dasar kerana dasar perjuangan PAS tetap mendaulatkan Islam. "Dalam surat khabar harian selalu menyebut PAS ubah dasar, bila PAS ubah dasar? "Akhbar ni mengarut dan menyusahkan orang dan bukannya nak menyenangkan hati orang," ujarnya. Sambungnya lagi, beliau difahamkan Mohd Puad aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (Abm), sebaiknya menasihati perjuangan Umno agar kembali pada Islam dan bukannya PAS yang sudah memperjuangkannya. "Yang tak setuju cara pentadbiran Islam orang Yahudi dan Nasrani saja, malah ulama Umno sebelum ini yang tidak suka pada dasar Umno sendiri telah keluar Umno dan tubuh PAS pada tahun 1951. "Kami ni hanya meneruskan perjuangan ulama Umno terdahulu yang keluar parti menubuhkan PAS semata-mata tidak sukakan dasar yang Umno bawa," ujarnya lagi. Beliau juga turut membayangkan PAS akan menjadi Parti Islam Sedunia suatu ketika nanti bukan hanya di negara ini. |
PKR Selangor hargai Dr Hasan, tahniah Dr Rani Posted: 13 Jun 2011 08:17 AM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 13 Jun: PKR Selangor senantiasa meraikan pembaharuan rakan parti dalam Pakatan Rakyat demi keutuhan kesepakatan yang telah pun dicapai sebelum ini. Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata pembaharuan adalah perlu dibuat dalam memastikan tanggungjawab yang diberi oleh rakyat menjadi satu amanah yang tidak akan dikhianati. PKR Selangor sendiri, katanya sudah beberapa kali berubah kepimpinan pasca 2008 dan akan terus berubah demi rakyat. Sehubungan itu, ujarnya PKR Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada Dr Abd Rani Osman kerana telah dilantik memikul amanah sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang telah banyak menabur jasa kepada Pakatan Rakyat terutama semasa menghadapi PRU 12 yang lepas. "Kecekapan Dr Hasan Ali menangani beberapa isu sensitif membuktikan beliau seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa besar. "Kepadanya PKR Selangor kalungkan penghargaan atas khidmat cemerlang dan jasa yang telah ditaburkan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Tambahnya, PKR Selangor percaya perlantikan Dr Abd Rani bakal memberikan satu 'mimpi ngeri berpanjangan' kepada seteru politik bersama iaitu, Umno Selangor. "Sudah pasti mimpi ngeri ini berulangan hampir setiap malam kepada kepimpinan Umno hingga ke PRU 13 akan datang," katanya yang juga Adun Sri Muda. Tambahnya, perlantikan itu juga memberi impak yang sangat besar kepada rakan dalam Pakatan Rakyat Selangor kerana hubungan baik beliau dengan pemimpin PKR Selangor dan barisan hadapan kepimpinan DAP Selangor. Katanya, komitmen beliau dalam kesepaduan Pakatan Rakyat turut dilihat dalam kesudian beliau hadir ratusan ceramah kempen 'JELAS- Tawan Malaysia!' anjuran PKR Selangor dan gerak kerja kempen lain sebelum ini. Menurutnya, rombakan kepimpinan baru di dalam PAS Pusat mahupun PAS negeri merupakan kehendak akar umbi dan pembaharuan itu merupakan satu 'berita buruk' untuk Umno Selangor yang satu ketika 'gila talak' menghulur tangan 'perpaduan' yang keikhlasan sebenar mereka sudah dimaklumi rakyat. "Perubahan ini bererti nothah penamat sudah dimeterai," katanya. Beliau menambah, PKR Selangor akan sentiasa menjaga amanah, hubungan perpaduan dan sokongan tidak berbelah bagi pada kepimpinan baru PAS Selangor agar hasrat bersama membenamkan Umno Selangor tercapai. "Pada PKR Selangor, siapa juga yang di pilih, mereka adalah pemimpin yang sangat komited dalam agenda memertabatkan hak rakyat. "Ia sama sekali tidak akan mengubah 'rasa' dalam Pakatan Rakyat, bahawa UmnoBN adalah seteru politik yang mesti dihapuskan, ditanam dan dikuburkan segera kerana 'bau yang ada sudah tidak tertahan!" katanya. |
Syabas Mat Sabu! Bersih 2.0 Diteruskan. Jangan Gentar Dengan Ibrahim Pondan! Posted: 13 Jun 2011 06:36 AM PDT Bersih 2.0 diteruskan, Perkasa didakwa 'macam cara pengganas' June 13, 2011 KUALA LUMPUR, 13 Jun – Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi PAS, Mohamad Sabu menegaskan PAS tidak akan berganjak bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) untuk mengadakan himpunan besar-besaran di ibu negara bulan depan. Beliau yang juga timbalan presiden PAS berkata meskipun kumpulan pendesak Melayu, Perkasa memberi amaran untuk menghalang, namun himpunan tersebut tetap akan diteruskan. "Kita akan buat terus, dia (Perkasa) nak buat himpunan itu hak dia," kata beliau dipetik Harakah Daily hari ini. Terdahulu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali ketika ditemui wartawan di bangunan Parlimen memberitahu pihaknya akan melawan habis-habisan Himpunan Bersih 2.0 itu. Sambil menyifatkan himpunan itu sebagai "mengacau", Ibrahim turut memberi amaran akan membuat himpunan serupa bagi menghalang himpunan Bersih 2.0 tersebut walaupun terpaksa berlaku pertembungan. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas juga mendakwa himpunan Bersih itu akan menimbulkan huru hara apabila ada pesertanya membaling batu dan membakar kereta. Membidas kenyataan Ibrahim itu, Mohamad berkata, bukan Perkasa yang menentukan himpunan tersebut huru-hara atau tidak. "Itu kerja polis la nak tentukan aman atau tidak. Datuk Ambiga (Pengerusi Bersih), sudah beri jaminan kita akan buat himpunan secara aman," katanya. Beliau turut memberi contoh himpunan Bersih 2007 menyaksikan himpunan berlangsung secara aman. "Perkasa kalau nak buat juga himpunan, buat hari lain la, kita dah cadang tarikh ni lebih awal lagi," katanya. Dalam pada itu, ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Dr Mohd Hatta Ramli menyifatkan tindakan Perkasa memberi amaran mahu bertembung dengan peserta himpunan Bersih sebagai tidak wajar. "Kita tak pernah halang Perkasa nak berhimpun. Tapi berhimpun lah untuk memperjuang hak sendiri, bukan sebab nak halang kita semata-mata. "Ini sudah isytihar perang secara fizikal. Bukan begini caranya, ini cara pengganas," katanya. Lawan pengkhianat bangsa dan agama seperti ibrahim ali habis-habisan! lawan tetap lawan! |
Apabila Menteri Wanita Malaysia Tiada Ilmu Agama Posted: 13 Jun 2011 05:30 AM PDT Jangan salah guna istilah poligami, kata Shahrizat Oleh Latifah Kasmuri KUALA LUMPUR, 13 Jun – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan masyarakat "jangan salah guna" perkataan poligami kerana bukan semua wanita bersetuju untuk berpoligami kerana khuatir ia akan membawa isu sosial. Shahrizat berkata, poligami boleh dipraktikkan dalam Islam tetapi jangan disalah guna. "Jika poligami disalah guna, ia akan membawa keruntuhan dalam institusi kekeluargaan," kata beliau pada sidang media selepas pelancaran beg jenama Sporting Ras di sini hari ini. Beliau juga berkata, bukan semua wanita bersetuju untuk berpoligami dalam rumah tangga. "Jangan kata semua wanita bawah 30 tahun bersetuju untuk berpoligami. "Saya sudah tanya wanita lain. Mereka menolak poligami dalam kehidupan berumah tangga. Ini membuktikan hanya segelintir yang menerima poligami, bukan semua," katanya. Laporan media hari ini menyebut wanita negara ini terutama berusia di bawah 30 tahun lebih terbuka untuk hidup berkongsi kasih atau bermadu berbanding dengan mereka melepasi usia tersebut. Kajian rambang ke atas 400 responden sekitar ibu kota mendapati, walaupun jumlah yang menentang poligami melebihi kumpulan yang sanggup menerima, namun terlihat perubahan baru apabila golongan wanita muda tidak lagi kisah dengan status bermadu. Berdasarkan jumlah responden ditemui, sebanyak 46 peratus atau 182 akan membenarkan bakal suami atau suami mereka berpoligami. Daripada 182 responden itu pula, hampir 60 peratus atau 108 orang adalah terdiri daripada wanita muda berusia di bawah 30 tahun. Sementara itu, sebanyak 53 peratus atau 213 responden, kebanyakannya berumur lebih 30 tahun pula lebih rela bercerai jika suami mereka berkahwin lain manakala satu peratus lagi secara berterus-terang mengatakan tidak berminat untuk mengetahui tindakan suami di belakang mereka. Sharizat menambah, trend poligami yang menggunakan perkataan Islam sangat memperkecilkan isteri dan ia sesuatu yang membebankan. Katanya, ini merupakan satu salah faham dalam membina institusi kekeluargaan. "Di Kazakhstan, mereka menerima poligami tetapi undang-undang negara mereka yang tidak membenarkannya," ujarnya lagi. Shahrizat berpendapat, suami boleh berpoligami tetapi mesti bersyarat seperti yang ditekankan dalam Islam. Katanya, apabila berlaku poligami, masyarakat khususnya isteri rela hati menerima dan tidak mempersoalkannya. "Barulah poligami dibenarkan," ujarnya. Dalam pada itu, Shahrizat berkata, kementerian tidak menggalakkan poligami kerana mahu memelihara perjuangan wanita. Katanya, jika perlu poligami dibolehkan tetapi mesti bersyarat. "Hak poligami memang diberi kepada suami, ia boleh dilakukan dalam situasi tertentu sahaja," ulasnya lanjut. |
Nik Aziz Tibai Pemimpin Umno Yang Suruh Perkataan Islam Digugurkan Posted: 13 Jun 2011 04:56 AM PDT Nik Aziz: Umno boleh guna BI tapi PAS dihalang guna kebajikan KUALA LUMPUR, 13 Jun – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar pemimpin-pemimpin Umno yang menggesa partinya yang berusia lebih enam dekad agar menggugurkan perkataan Islam pada namanya hanya kerana mengetengahkan pendekatan negara berkebajikan. Menjawab gesaan beberapa pemimpin Umno agar PAS menggugurkan nama Islam, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jika Umno boleh menggunakan singkatan Bahasa Inggeris pada namanya, maka tidak salah bagi parti Islam itu menyebut nama "kebajikan." "Hari ini ada pihak yang mendesak PAS menggugurkan nama Islam dari nama parti. Seolah-olah Islam langsung tidak boleh menyebut soal kebajikan. "Bila menyebut kebajikan, maka ia tidak Islam. Peliknya, pihak itu sendiri pun masih menggunakan bahasa asing pada nama partinya yang mendakwa memperjuangkan Melayu," kata Mursyidul Am PAS dalam mesej yang dipaparkan pada laman sosial Facebook petang ini. Ini bukan kali pertama pemimpin-pemimpin Umno dan pertubuhan bukan kerajaan yang rapat dengan parti itu mahu PAS menggugurkan nama Islam pada namanya. Ia pernah ditimbulkan akhir selepas pilihan raya umum 1999. Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dipetik Utusan Malaysia meminta Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan penggunaan nama Islam pada PAS serta menghalang parti lain daripada menggunakan nama agama dalam parti mereka. Beliau berkata, sejak dari dahulu lagi, Umno menolak pihak yang memperalatkan agama demi kepentingan politik dan kini terbukti ia dituruti oleh PAS. Menurut Mohd. Ali, Umno bersama kerajaan BN sentiasa meletakkan kebajikan sebagai asas perjuangan mereka sejak sekian lama. Dalam pada itu, seorang lagi ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mencabar PAS agar menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu kerana ia "menimbulkan kekeliruan banyak pihak". Menurut beliau, bukan saja bukan Melayu tidak faham atau keliru tetapi PAS turut mengelirukan umat Islam sendiri, bila ia mempolitikkan akidah dan ini cukup bahaya. "Jadi, kalau parti itu sudah sanggup dibuli oleh DAP sehinggakan akhirnya PAS boleh menggugurkan perjuangan negara Islamnya, maka kalau begitu saya cabar PAS supaya gugurkan sahaja perkataan Islam daripada nama parti itu," katanya. Isu negara berkebajikan menjadi bahan serangan Umno-BN sejak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada muktamar baru lalu menekankan soal negara berkebajikan. Ekoran itu pemimpin-pemimpin Umno mahu PAS menggugurkan perkataan Islam. Umno ditubuhkan pada tahun 1946 ketika era British dan selepas negara merdeka, Umno menggunakan singkatan Bahasa Inggeris sehingga kini. Umno dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Malayu Bersatu. |
Lim Guang Eng: Rakyat Tak Caya Pada Najib Posted: 13 Jun 2011 02:01 AM PDT Guan Eng: Rakyat tidak yakin janji Najib dalam isu IPP June 13, 2011 KUALA LUMPUR, 13 Jun — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata rakyat tidak yakin dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menilai semula subsidi gas dan perjanjian pembelian tenaga dengan pengeluar tenaga bebas (IPP) agar memihak kepentingan awam walaupun diberi jaminan oleh perdana menteri semalam. Lim berkata rakyat tidak yakin dengan janji terbaru Datuk Seri Najib Razak kerana masih tiada tindakan diambil ke atas skandal kehilangan saham Bumiputera sebanyak RM52 bilion. "Hanya suruhanjaya diraja atau jawatankuasa dwipartisan yang terdiri daripada wakil BN dan Pakatan Rakyat (PR) yang terpilih akan dapat mengembalikan keyakinan umum bahawa rakyat Malaysia tidak akan terjejas dengan rundingan semula IPP berikutan kita telah kehilangannya ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mewajibkan perjanjian subsidi gas yang berat sebelah dan tidak adil yang memberi kelebihan kepada IPP," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Dalam kenyataan petang semalam, Najib memberitahu bahawa kerajaan berada di pihak rakyat dalam isu tersebut dan perundingan sedang diadakan untuk melihat semula perjanjian dengan IPP. Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata kerajaan telah memperuntukkan RM54 bilion saham Bumiputera tetapi hanya RM2 bilion yang tinggal dan masih dipegang oleh Bumiputera manakala RM52 bilion telah diagihkan kepada beberapa pemimpin Umno dan BN untuk kepentingan diri sendiri. "Sekiranya RM52 bilion saham bumiputera masih dipertahankan, ekuiti syarikat bumiputera kini dengan mudah akan melebihi 40 peratus," katanya lagi. Kata Lim, itu sebab utama yang BN enggan untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera dan atas sebab itu juga rakyat Malaysia tidak yakin bahawa BN akan menyebelahi rakyat dalam rundingan semula dengan IPP berkenaan. "Mereka yang terlibat dalam skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera dan IPP ini semuanya adalah kroni-kroni BN yang menikmati subsidi yang bernilai berbilion-bilion ringgit disebabkan oleh percaturan politik," katanya. Lim menambah atas sebab itu juga Najib begitu yakin menegaskan bahawa kerajaan beliau tidak akan melihat kepentingan IPP tetapi sebaliknya akan memastikan segalanya akan menyebelahi rakyat, "bunyi seperti kosong." "Dan, langsung tidak meyakinkan ketika kerajaan BN menolak untuk mengambil tindakan dan memaksa semua yang terlibat dengan skandal saham Bumiputera RM52 bilion untuk mengembalikan semula keuntungan haram yang dinikmati dan menyerahkannya semula kepada Bumiputera miskin dan orang Melayu," kata beliau. Lim menambah, sebab itu DAP menyokong cadangan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan agar satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat perjanjian IPP dan subsidi gas demi kebaikan 27 juta rakyat Malaysia. "Mengapa hanya seorang ahli parlimen BN iaitu Tengku Razaleigh Hamzah yang dapat melihat kesan pemotongan subsidi dan kenaikan kadar tarif elektrik terhadap kos sara diri rakyat Malaysia yang biasa?" kata Lim. Sehubungan itu soal beliau, sama ada Ahli Parlimen BN yang lain terikat dengan IPP dan sanggup melihat pemotongan subsidi kepada golongan miskin akan tetapi langsung tidak menyentuh berpuluh-puluh bilion ringgit subsidi gas yang dinikmati oleh IPP, sehingga membolehkan keuntungan tahunan sehingga berbilion-bilion ringgit. "Suruhanjaya diraja atau jawatankuasa dwipartisan yang terdiri daripada wakil pemimpin BN dan PR adalah sangat penting bagi memastikan tiada sebarang perjanjian tersembunyi terhadap perjanjian pembelian kuasa antara TNB dan IPP," katanya. |
Umno Pantang Tengok Masjid Diimarahkan. Dengki! Posted: 13 Jun 2011 01:30 AM PDT Mujahid: PAS bantu taklimat pemilihan masjid Pulau Pinang KUALA LUMPUR, 13 Jun — PAS Pulau Pinang akan membantu kerajaan negeri memastikan taklimat yang tepat dan betul kepada akar umbi mengikut semangat yang ada dalam Tatacara Pemilihan Qariah sebelum tarikh pemilihan yang akan berlangsung 18 Jun ini. Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, PAS sedaya upaya menggerakkan aktiviti penerangan itu kepada 200 masjid yang ada di negeri itu supaya qariah lebih memahami kaedah baru yang menjurus kepada matlamat menyelamatkan institusi masjid daripada kongkongan politik pihak tertentu. "PAS Pulau Pinang kesal terhadap Umno yang secara tidak bertanggungjawab menimbulkan pelbagai provokasi dan sekali gus menggugat proses kerajaan negeri untuk menyatukan umat Islam melalui pemilihan jawatankuasa masjid yang lebih telus," kata beliau dipetik Harakah Online. Mujahid berkata, PAS akan membantu memberikan taklimat ke akar umbi supaya umat Islam tidak keliru dengan dakyah jahat. Katanya, bagi menghilangkan pengaruh politik kepartian, maka kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengikuti pendekatan yang dipakai sebelumnya kerana ia tidak telus, banyak masjid tidak mengadakan mesyuarat agung, tiada laporan aktiviti, kunci kira-kira dan tiada notis pemberitahuan kepada qariah tentang pemilihan jawatankuasa qariah baru. Akibatnya, kata beliau, masjid menjadi lesu dan tidak bermaya maka kerajaan negeri Pakatan Rakyat berhasrat melibatkan ahli qariah dalam menentukan perjalanan dan pengurusan masjid di Pulau Pinang. Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu berkata, ia dibuat dengan telus apabila notis dibuat awal dan pengisytiharan calon untuk jawatan pengerusi sehingga pemeriksa kira-kira seramai 15 orang. Kata beliau, walaupun baru mendapat peluang menentukan jawatankuasa qariah, kerajaan negeri Pakatan Rakyat cuba untuk membuat perubaan sedikit demi sedikit untuk mengimbangi keperluan mengikut peruntukan Jawatankuasa Qariah dan Pegawai Masjid Negeri (Pindaan 2003). "Kenapa Umno cuba kaitkan perkara yang tidak releven seperti mengatakan DAP campur tangan terhadap pemilihan jawatankuasa sedangkan ia mengikut saluran betul mengikut kaedah jawatankuasa qariah dan Pegawai Masjid Masjid Negeri Pindaan 2003. "Lagipun semuanya melalui peruntukan yang ada dalam enakmen pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang Seksyen 104 (10)(b), " katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar. |
Idea kolaborasi Utusan gagal di Muktamar PAS Posted: 13 Jun 2011 12:45 AM PDT Oleh LANJUSOH lanjusoh@gmail.com PAGI 4 Jun lalu seorang pemimpin Umno di peringkat cawangan menanya siapa menang Timbalan Presiden PAS. Lalu jawab penulis, Mohamad Sabu."Betulkah begitu, ambo sebelum ini ingatkan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man boleh menang," ujar pemimpin Umno terbabit. Kemudian ketika berjumpa kali kedua di tempat kenduri selepas Zohor hari sama, beliau memberitahu sudah tahu semua pemenang. Katanya RTM ada siar nama pemenang pada berita tengahari. "Haji Husam pun menang Naib Presiden. Kalau hendak dibanding dari segi ilmu jauh berbeza di antara Mat Sabu dan Tuan Ibrahim. "Tapi Mat Sabu 'panglima PAS' yang tahan lasak. Ambo ingat Tok Guru Nik Aziz pun suka begitu," ujar lelaki lewat 60-an itu, seperti berminat sangat. Biarpun dia ahli tegar Umno Kelantan, namun beliau tahu apa yang berlaku dalam PAS. Ternyatalah perhatian seluruh negara terarah pada muktamar PAS di Taman Melewar. Bukan sekadar Umno di peringkat cawangan, sebaliknya di peringkat tertinggi pun mengikuti sama perkembangan muktamar. Kadang-kadang ada debarnya. Nampaknya semua orang berminat mengetahui apa yang berlaku dalam PAS. Maka tidak hairanlah sejak dari awal lagi akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menjadikan PAS sebagai tajuk utama. Editornya menyediakan beberapa halaman untuk mengkisah berkaitan muktamar PAS. Ramai melihat Utusan cuba berlagak alim seketika. Dimulakan dengan persembahan tajuk depan "Gelora pemilihan PAS" pada 28 Mei. Mungkin tidak ramai yang mengendahkan spekulasi tersebut. Lalu dinyaringkan lagi dengan paparan tajuk "Kekalkan Hadi-Nasha" pada tajuk halaman depan 2 Jun. Kali ini ada yang mulai tersentak. Pada pagi sebelum perwakilan PAS mengundi, Utusan menggunakan pula tajuk "Ingatan Ulama". Selain itu dikutip pula kenyataan bloggers mesra Umno, Kickdeffela kononnya Dato' Husam Musa membayar pampasan sebanyak RM350,000. Seorang veteran PAS di Pasir Mas, Hashim Omar, 65 memberitahu pertuduhan dilempar blogger terbabit boleh mengundang kepada agensi penguatkuasa mengintai peluang. "Maklumkan kalau ada berita tak betul sekalipun SPRM segera siasat. Sedangkan banyak laporan terhadap salah laku pemimpin Umno lambat diambil tindakan," ujarnya. Jelaslah akhbar milik Umno itu paling rimas sekiranya jawatan Timbalan Presiden PAS bertukar ganti. Utusan juga bimbang sangat Husam mendapat semula kerusi lamanya. Sikap bermurah hati editor Utusan memberi ruang luas kepada Muktamar PAS kali ke-57 berselindung di sebalik tujuan tersirat. Ada udang di sebalik batu. Atau juga dianggap lempar batu sembunyi tangan. Sebelum muktamar berlangsung, tiga berita berkisar PAS dipapar di muka hadapan. Di penghujung muktamar dua lagi berita utama disedekah untuk PAS. Kalau diikuti teori dinukil bekas wartawan kanan Utusan, Hata Wahari semua berita utama mesti mendapat izin Biro Politik Umno. Mungkinkah lima paparan muka depan akhbar terbabit berkisar muktamar PAS dilulus Biro Politik Umno? Biro itu diketuai Dato' Seri Najib Razak. Jelaslah impian Najib dan Biro Politik Umno menghalang pemimpin PAS yang dilihat rapat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat kedudukan lebih kanan. Namun mereka gagal. Perwakilan PAS tidak menghiraukan nasihat Utusan. Begitu juga peringatan Ketua Dewan Ulamak, pemimpin PAS jangan korbankan identiti Islam, yang tersirat sesuatu harapan. Apa sebab teori dicetus Utusan tidak mengena. Pertamanya, berapa kerat sangat daripada lebih 1,000 perwakilan PAS sudi mengelek Utusan. Keduanya, pemimpin PAS ada banyak pengalaman dengan mainan tersirat akhbar Umno itu. Mantan Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan yang juga bekas pegawai kanan Kementerian Kewangan, Anual Bakri Haron selalu mengingatkan bola tanggung diangkat Utusan akan dibalun dengan smash kencang. Betul. Itulah yang berlaku dengan ulasan dipapar akhbar terbabit. Tujuannya supaya ada bola tanggung boleh dicuit pemimpin Umno. Semua tajuk utama yang disaji akan diulas dengan kenyataan 'lintang'. Semuanya bertujuan bagi menghodoh wajah PAS. Inilah perniagaan politik yang menjadi mainan akhbar milik Umno apabila melaporkan berkaitan musuh. Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyuddin Yassin apabila diberi ruang memuntahkan pandangannya, "Perjuangan PAS sudah tersasar." Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula bermadah, "PAS sanggup gadai perjuangan asal demi kuasa." Manakala menteri yang suka pakai azimat di lengan Dato' Seri Nazri Aziz pula berlagak seperti pak nujum dengan menyebut, "Negara kebajikan gimik politik PAS." Biarpun PAS dianggap musuh tradisi kerana mahu menggantikan Umno, namun dalam situasi perniagaan, ada halaman khas disediakan Utusan untuk muktamar PAS. Utusan perlu memperlihatkan akhbar itu ultra Melayu kerana pendukung PAS juga Melayu. Agenda utamanya menghalang kenalan Anwar berada di posisi depan gerakan Islam tersebut. Namun, apa yang berlaku perwakilan PAS ketepikan segala agenda mainan Biro Politik Umno yang cuba campur tangan dalam rumahtangga PAS. Fenomena itulah yang lebih awal dikesan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan. Beliau seperti yakin ada pihak luar cuba campur tangan dalam rumahtangga PAS. Malangnya ada pemimpin PAS menolaknya mentah-mentah. Namun, apa yang disaji Utusan sepanjang muktamar berlangsung, ada niat kolaborasi bagi mempertemukan dua parti |
Taktik serang Mat Sabu guna skandal seks akan ‘makan diri’ Umno-BN Posted: 12 Jun 2011 10:47 PM PDT Oleh Melissa Chi KUALA LUMPUR, 13 Jun — Penganalisis-penganalisis politik meramalkan serangan video seks ke atas timbalan presiden baru PAS Mohamad Sabu, melibatkan pemimpin kedua dari Pakatan Rakyat (PR), akan memberi kesan buruk ke atas parti pesaing mereka. Pengarah Centre for Policy Initiatives Dr Lim Teck Ghee berkata, lebih banyak taktik kotor dan usaha mengaibkan dari kedua-dua sebelah perikatan akan muncul memandangkan persekitaran politik semakin "panas" di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum semakin dekat. "Ini satu lagi usaha kotor bertujuan merosakkan imej parti-parti politik khususnya seorang pemimpin PAS. "Memandangkan parti yang memperoleh manfaat adalah Umno, publik akan meragui parti memerintah," katanya kepada The Malaysian Insider. Kata beliau, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah pasti akan menafikan mereka bertanggungjawab manakala media dikawal perikatan itu akan menggunakan isu berkenaan untuk terus melakukan serangan. "Oleh itu, terserah kepada pemimpin-pemimpin dalam masyarakat untuk mengecam tindakan ini dan mendedahkan pihak-pihak yang mahu mendapatkan manfaat daripadanya," kata beliau. Minggu lalu, Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin menerima satu VCD menerusi peti suratnya, yang tertera gambar Mohamad dengan kata-kata "Skandal Seks Mat Sabu", dan satu kepala surat palsu bersama logo PAS selain risalah berkaitan video seks didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pemimpin-pemimpin PAS mendakwa Umno di belakang perkembangan terbaru itu. Kata mereka, Umno kelihatan terdesak untuk menyerang PAS dan komponen Pakatan Rakyat susulan keputusan pemilihan pusat parti Islam itu. Mohamad menewaskan Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Penganalisis politik James Chin dari Universiti Monash berkata, serangan terbaru menggunakan video seks tidak akan membawa impak sama sekali memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia sudah pun "penat" dengan taktik sedemikian. "Strategi menjelang pilihan raya umum ialah ada kumpulan orang yang dibayar untuk menyerang Pakatan Rakyat," katanya. Kata beliau, kebanyakan rakyat sudah membuat keputusan dan pihak yang belum berbuat demikian semakin mengecil. Chin berkata beliau menjangkakan banyak lagi taktik murahan seperti itu, contohnya video seks Anwar, skandal melibatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan juga isu membabitkan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik akan dibangkitkan menjelang pilihan raya umum ke-13. ". . . tetapi ia akan membawa kesan buruk ke atas (makan diri) mereka," katanya. Pandangan itu disetujui oleh penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian sambil berkata, pengundi atas pagar juga tidak berminat dengan isu-isu tersebut. "Tindakan bergantung pada isu yang sama hanya akan merosakkan parti masing-masing dan dalam kes ini selepas Mat Sabu menang, kemungkinan mahu menghantar mesej bahawa beliau tidak layak secara moral memegang jawatan itu," katanya. Beliau menjangkakan lebih banyak taktik akan digunakan untuk memikat persepsi dan sentimen pengundi kawasan luar bandar. "Ia cara murahan untuk mendapatkan undi dalam landskap politik semasa," kata beliau sambil menambah, parti-parti politik perlu menggunakan pendekatan sofistikated untuk memenangi hati pengundi kawasan luar bandar. |
Tolak Kerajaan Yang Membebankan Rakyat dan Menguntungkan Kroni! Posted: 12 Jun 2011 10:12 PM PDT Dr. Dzul Penulisan ini akan memfokas tentang dua perkhidmatan utiliti – Air dan Elektrik. Kedua-dua utiliti ini memaparkan betapa kerajaan Umno/BN memperkayakan kroni dan membebankan serta memangsakan rakyat. Sebelum ini saya telah menulis tentang macamana kerajaan BN di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir melaksanakan penswastaan air dan berakhir hari ini dengan satu 'Penstrukturan Semula'. Mengapa berlaku sedemikian? Penstrukturan semula air adalah kata lain bagi kegagalan penswastaan air yang dilakukan dulu atas andaian pihak swasta mampu meningkatkan perkhidmatan dan mengurangkan kos kepada kerajaan. Ia juga adalah bertujuan untuk melakukan "Penyelamatan Kroni" atau "Bailout". Ini bererti setelah penswastaan, pengurusan serta perkhidmatan air tidak dapat dilakukan secara mapan dan secara integrated atau 'holistik'. Contoh terbaik (baca terburuk) jelas dilihat dalam kes Selangor. JBAS, yang asal untung, setelah diswastakan pada tahun 1997, menjadi rugi kerana segmen yang untung yakni "rawatan air" diswastakan kepada 3 syarikat iaitu (i) Puncak Niaga Sdn Bhd (ii) Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn BHd (SPLASH) dan (iii) Konsortium Abass Sdn BHd (ABASS). Kegiatan "membekalkan air" yang merugikan kerana sebab "air tak berfaedah" (NRW) kekal ditanggung oleh JBAS. JBAS yang dulu untungnya antara RM50-RM80 juta setiap tahun menyumbang kepada pendapatan kerajaan negeri, setelah dikorporatkan menjadi Pengurusan Air Selangor Berhad (PUAS) terus menanggung defisit (rugi) sekitar RM350 juta. Pendekkan cerita, PUAS, milik kerajaan negeri itu meneruskan perkhidmatan air yang tempang dengan beban hutang sehinggalah diswastakan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) pada tahun 2005. Hutang terkumpul SYABAS ketika itu telah melonjak ke paras RM2 bilion. Pemegang saham SYABAS ialah Puncak Niaga Holdings Berhad (PNSB) sebanyak 70%, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) sebanyak 15% dan bakinya 15% di pegang oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS). Kerajaan Persekutuan, melalui Kementerian Kewangan memegang satu 'saham emas' dalam SYABAS. Kesemua penswastaan mengandaikan bahawa perkhidmatan akan menjadi lebih efisien dan baik serta tanggungan kos kerajaan akan berkurangan kerana diambil alih oleh pihak swasta. Bagi menggalakkan pihak swasta mengambil bahagian dalam penswastaan yang mempunyai kos capital yang tinggi dan masa pelaburan yang panjan, pihak kerajaan telah menawarkan tariff tinggi yang menarik berserta 'subsidi' dan 'pampasan'. Jelasnya inilah punca ia tidak dapat ditunaikan serta jelasnya membawa beban kepada rakyat ketika mahu dilaksanakan. Kisahnya sama samada dalam kes air dan elektrik. Contoh di Selangor tariff air dijanjikan kenaikan sebanyak 37% (2009), 25% (2012) dan 20% (2015). Perjanjian Penjualan Tenaga (PPA) kepada pihak Penjana Tenaga Bebas (PPA) lebih parah lagi sebab semuanya rahsia dan terkawal dan dilindungi oleh akta rimba Akta Rahsia Rasmi (OSA). Kembali ke air di Selangor, program penstrukturan semula kononnya adalah untuk menjadikan industri air lebih 'holistik' dan 'integrated' kerana terlalu banyak 'pemain'. Sehingga kini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA, 2006) gagal melaksanakan usaha ini. Pertikaian pembelian semula semua asset-aset air kerajaan negeri dan pihak swasta oleh sebuah badan yang ditubuhkan oleh WSIA yakni Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) untuk memasukki regim baru pajakan 3 tahun sekali sekaligus menamatkan regim konsesi berterusan tanpa ada muktamadnya. Sebaliknya terkini di Selangor, kerajaan Pusat akan melakukan satu lagi 'bailout' bagi menyelamatkan hutang yang ditanggung olih pihak-pihak konsesi kepada pemegang bon berjumlah RM6.4bilion seluruhnya. Atas apa jua sebabnya, kerajaan selalunya bersedia membantu pihak swasta (baca kroni). Tetapi tidak semudah itu ketika untuk mengurangkan beban rakyat. Mengapa begitu? Bagi pengetahuan umum, begitu halnya dalam kes Tenaga Nasional Berhad (TNB). TNB sebagai sebuah badan berkanun, samalah semacam JBAS tadi, merupakan sebuah badan yang efisien dan membuat keuntungan yang menasabah buat kerajaan sehinggalah berlaku penswastaan di mana TNB dicekik oleh pihak IPP. Sejarah menunjukkan bahawa Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab menyusun kesemua ini. Mengikut sejarahnya TNB hanya perlu akur kepada arahan EPU. Amat malang, mengikut sejarahnya, bahawa sementara TNB mampu menjana tenaga pada kos 8 sen seunit (setiap kWhr), mereka dipaksa membeli daripada IPP pada harga 14 setiap kWhr atau 75% lebih tinggi. Sebenarnya dengan kaedah "take or pay" harga dibayar kepada IPP ialah 23 sen (termasuk kos transmisi dan pengedarn). TNB sebenarnya mampu membekal dengan 17 sen se unit tanpa IPP. Simpanan atau kapasiti resap/lebihan pula berada pada lebih 50%, antara tertinggi di dunia. Jelas kerajaan BN menguntungkan kroni dan membebankan rakyat! TK kerajan BN! Untuk ingatan umum, paksaan inilah yang menyebabkan Tan Sri Ani Arope, Pengerusi yang memimpin TNB dengan cemerlang, meletakkan jawatan seraya menyelarkan EPU sebagai – Economic PLundering Unit atau Unit Penyamun Ekonomi! Mutakhir, Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada polisi rasionalisasi serta pengurangan subsidi. Bersekali dengan itu,gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui mendakwa seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini. Katanya bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30. Sementara itu pula, pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011. Kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga. Saya ingin tegaskan bahawa seperti juga yang diramalkan oleh pakar-pakar ekonomi serta penganalis, akibat dari kenaikan ini, kita menjangkakan bahawa harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik. Ini jelas kerana sebab industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik. Mungkin betul bahawa sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, akan tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna. Tambahan dengan pemotongan tambahan subsidi atas bahan bakar, petrol dan disel maka ia akan mencetuskan lagi tekanan inflasi yang lebih parah. Rakyat akan terbeban seumpama dah jatuh ditimpa tangga. Terkini, dilaporkan bahawa Indeks Harga Barang (CPI) telah mencecah 4.7%. Lebih parah lagi adalah kepada golongan berpendapatan rendah. Satunya kerana dulu tidak perlu membayar kalau kurang dari RM20, tetapi selepas Dis 2011, mereka akan terbeban juga. Keduanya golongan ini akan menanggung kenaikan kos ini pada peratus yang lebih tinggi dari pendapatan mereka berbeza dengan golongan berpendapatan tinggi. Kenaikan harga kos makanan dan saran adalah sama ke atas semua orang – yang kaya dan miskin. Hakikatnya yang miskin akan menanggong pada kadar peratus yang lebih tinggi nisbah pendapatan mereka. Tambahan pula pendapatan mereka tidak pula boleh dinaikkan seperti yang makan gaji atau berniaga. Amat hairan mengapa sebuah kerajaan yang mendakwa yang mengutamakan rakyat, terus-menerus memangsakan rakyat. Tidak kah dapat mereka fikirkan sumber lain bagi menambah pendapatan Negara dari membebankan rakyat samada dengan menaikan cukai atau mengurangkan subsidi? Menuduh rakyat 'ketagihan candu' subsidi adalah sebutan yang menghina rakyat. Mana-mana kerajaan di dunia ini pun boleh sahaja menggunakan Kaedah Fiskal untuk mencapai 'pengimbangan' dengan sistem cukai dan subsidi mereka bagi menentukan pendapatan dan perbelanjaan. Biasa sahaja. Pengherotan ekonomi atau 'distortion' berlaku bukan hanya kerana subsidi bahkan termasuk mengepung pasaran dengan monopoli atau ketika kerajaan sendiri berniaga contohnya dengan memberi 'advantage' kepada syarikat-kaitan kerajaan (GLCs) dalam persaingan. Pada soalan sumber pendapatan lain, tentunya ada. Pertamanya, tutup lubang-lubang kebocoran dan ketirisan di segi sistem penghantaran atau 'delivery'. Skandal PKFZ mencecah RM12.5bilion. Kedua, elakkan pembaziran terutama dalam mengendali projek mega dengan kos 'overrun' yang mencecah RM billion . Bakun satu contoh. Ketiga, tarik balik subsidi kepada golongan yang tidak layak, yang untung jutaan dan billion seumpama Penjana Tenaga Bebas atau IPP, pemilik konsesionar utiliti seperti Lebuhraya dan Air. Kalau kerajaan singkat pemikirannya, rakyat sewajarnya singkatkan riwayat usianya. Tolak kerajaan yang membebankan rakyat dan mengkayakan kroni! Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat. |
Harga bahan api dikurang jika Pakatan kuasai Putrajaya, janji Anwar Posted: 12 Jun 2011 05:00 PM PDT Oleh Boo Su-Lyn Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan mengurangkan harga bahan api dalam tempoh 24 jam sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan. "Pemimpin-pemimpin Umno boleh mengatakan apa sahaja (mereka) mahukan," kata Anwar pada satu ceramah di Brickfields di sini hari ini. "Saya pernah menjadi menteri kewangan. Saya tidak mahu menjanjikan perkara-perkara yang mustahil," katanya lagi. Pentadbiran Najib baru-baru ini menaikkan tarif elektrik selain mengurangkan subsidi diesel bagi kapal-kapal perikanan laut dalam dan sembilan kelas kenderaan komersial. Putrajaya sejak tahun lalu memperkenalkan dasar pelarasan subsidi yang membawa kepada kenaikan harga bahan api dengan harga RON97 diapungkan secara berperigkat-peringkat. Sejak awal tahun ini harga RON97 sudah naik empat kali. Anwar juga mengecam pentadbiran Najib kerana mengurangkan subsidi pengguna sedangkan subsidi kepada pengeluar tenaga bebas, yang mencecah RM19 bilion tahun ini tidak disentuh sama sekali. "Apabila yang kaya menerimanya, ia (dikatakan) insentif. Apabila nelayan miskin menerima, ia subsidi," kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 500 hadirin. Nelayan dan operator bot di Kuantan mengadakan mogok selama tiga hari mulai semalam ekoran pemotongan subsidi diesel. Anwar berkata, beliau telah mengunjungi Bahrain dan Kuwait baru-baru ini, tetapi tiada negara pengeluar minyak di dunia yang menaikkan harga minyak seperti di Malaysia. Justeru katanya, kenaikan harga minyak dunia bukan isunya memandangkan Malaysia mengeluarkan minyak. "Apa yang kami ada untuk ditawarkan? Buku Jingga," kata Anwar. Buku Jingga, yang diterima oleh Konvensyen Pakatan Rakyat Disember lalu menyenaraikan 10 inisiatif untuk dilaksanakan dalam 100 hari pertama jika perikatan itu mengambil alih kerajaan persekutuan. |
AJK baharu PAS: Kabinet pilihan raya, kabinet Pakatan Rakyat Posted: 12 Jun 2011 04:00 PM PDT Lantikan penuh ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat hari ini menunjukkan lagi haluan "kabinet pilihan raya" parti itu, dengan dua pesuruhjaya negeri diletakkan tokoh yang lebih diterima rakan-rakan Pakatan Rakyat. Lantikan hari ini ditunggu-tunggu untuk melihat tanda persaingan kem-kem dalam parti itu. Datuk Dr Hasan Ali yang dinilai sesetengah pihak sebagai tidak sehaluan dengan PR diganti dengan Dr Abd Rani Osman, yang pernah cuba dilantik ke jawatan itu sebelum ini. Hasan pernah mengkritik jawatankuasa akauntabiliti Selcat dan bertikam lidah dengan exco dari DAP Ronnie Liu dalam kes inisiatif PAS mengawal penjualan arak, menjadikannya tidak popular dalam kalangan kerajaan PR Selangor. Hasan juga tidak sehaluan dengan Khalid Samad, ahli Parlimen PAS di Shah Alam. Abd Rani lebih dapat diterima ramai dalam kalangan rakan PR berbanding Hasan. Di Terengganu, Datuk Harun Taib yang juga dilihat tegas dengan rakan-rakan PR diganti dengan Mohd Abdul Wahid Endut, yang mula diketengahkan sejak dipilih bertanding Parlimen Kuala Terengganu pada Januari 2009. Harun memperlihatkan sikap keras mempertahankan kerusi-kerusi di Terengganu, yang turut mahu ditandingi PKR di beberapa tempat. Pelantikan baharu di dua negeri tersebut dilihat boleh memudahkan rundingan parti-parti PR dalam pembahagian kerusi, yang perlu diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan lagi. Selangor, Terengganu, Sabah, Melaka dan Negeri Sembilan ialah lima negeri yang menyaksikan perubahan pimpinan tertinggi negeri. Lantikan yang dilihat untuk menjaga kesatuan selepas pemilihan juga berlaku apabila tokoh yang kalah, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Nasharudin Mat Isa dan Idris Ahmad dilantik ke Jawatankuasa Pusat. Walau bagaimanapun, Datuk Mustafa Ali yang rapat dengan presiden parti mengekalkan jawatan setiausaha agung, yang turut cuba dilobi untuk diganti dengan tokoh lain, antaranya Dr Syed Azman Syed Ahmad. Jawatan setiausaha agung dilihat sebagai satu tanda utama sama ada presiden mengekalkan pilihannya atau diganti tokoh dari kem Erdogan. Lantikan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang tewas dalam persaingan timbalan presiden ke jawatan ketua penerangan memperlihatkan satu usaha untuk terus mengekalkan beliau dalam kepimpinan parti, yang boleh membuka ruang untuk beliau bertanding dalam pemilihan-pemilihan akan datang. http://siasahdaily.blogspot.com/2011/06/ajk-baharu-pas-kabinet-pilihan-raya.html |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan