ALHUSSEYN |
Posted: 12 Jun 2011 06:09 PM PDT Oh! Baru kita tahu kenapa Tan Sri Ani Arope meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB)15 tahun yang lalu.Kita patut puji keberanian dan sikap tegas beliau untuk tidak bersekongkol dengan perjanjian berat sebelah TNB dan IPP (pengeluar bebas kuasa elektrik). Beliau tidak sanggup menjadi 'pak turut' semata-mata ikut telunjuk pemimpin 'Haprak' yang tidak ambil berat mengenai masalah rakyat.Memang begitulah perangai para pemimpin UMNO/BN dulu, kini dan selamanya.Beginikah konsep 'kebajikan untuk rakyat' UMNO/BN yang kononnya mahu ditiru oleh PAS? Inilah sebabnya Pakatan Rakyat perlu menggantikan UMNO/BN yang kejam menindas rakyat. Kita perlu hapuskan mereka supaya mereka tidak dapat teruskan budaya kejam mereka ini.Sudah tiba masanya rakyat memberi peluang kepada Pakatan Rakyat menerajui negara. Pakatan Rakyat jika berjaya menguasai Putera Jaya nanti, ia pasti akan membebaskan Tenaga Nasional dari cengkaman IPP yang membebankan rakyat. Unit Perancagan Ekonomi Negara atau EPU — 'Unit 'Plundering' Ekonomi'- ejek Ani Arope; terbukti bahawa selama ini menjadi kuda tunggangan pemimpin UMNO/BN untuk menyonglap duit rakyat. Sumbernya: di sini |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan