Kelab Greenboc |
- Bayi Dibuang Dalam Tong Sampah
- Failkan Injunksi Halang JPN Keluarkan Kad Pengenalan Untuk Warga Asing
- 3 Sepupu Terbunuh
- Tukang Kempen Yang Berlagak Tuhan
- Pemuda PAS, Platform Untuk Persiapkan PAS Sebagai Parti Anak Beranak?
- Tikus Gergasi Ini Memakan 2 Orang Bayi
- Najib Dapat Mimpi Ngeri, Jutaan Rakyat Berkumpul Depan JPM Berdemonstrasi
- [Video] Mat Sabu Iltizam PRU13 Berlansung Secara Adil, Telus, Amanah Dan Bersih
- Isteri Buat Laporan Polis Perangai Ganjil Suami Masa Hubungan Kelamin
- [Video] Kes Ahmad Sarbani: Relevankah Inkues?
- Mladic - Pembunuh Ribuan Umat Islam Bosnia Dibawa Ke Muka Pengadilan
Bayi Dibuang Dalam Tong Sampah Posted: 05 Jun 2011 01:00 AM PDT Gombak: Hanya sehari selepas seorang bayi lelaki baru dilahirkan maut akibat dicampak dari tingkat lima pangsapuri, seorang lagi bayi menjadi mangsa kekejaman apabila dibuang dalam ruang membuang sampah sebuah rumah teres di Taman Pelangi, Rawang di sini, kelmarin. Bagaimanapun, bayi lelaki yang juga baru dilahirkan dan masih bertali pusat itu terselamat daripada maut apabila dia ditemui pemilik rumah berkenaan ketika mahu membuang sampah pada kira-kira jam 9.30 pagi. Cik R. Punitha, 25 tahun, berkata ketika baru keluar rumah untuk membuang sampah, beliau melihat dua wanita menunggang motosikal meletakkan sesuatu di tempat membuang sampah di depan rumahnya. 'Saya nampak dua wanita itu meletak sesuatu di depan rumah saya. Saya sangka mereka membuang sampah dan saya kurang senang dengan perbuatan mereka kerana tempat itu kawasan persendirian. 'Saya membuka pintu pagar dan menjerit ke arah mereka. Namun, kedua-dua wanita itu segera memecut,' katanya. Wanita itu berkata sebaik membuka pintu ruang membuka sampah itu, beliau terkejut apabila melihat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat diletakkan di atas bungkusan sampah. Menurutnya, bayi itu masih mempunyai kesan darah di kepala dan dibalut dengan sehelai tuala. Cik Punitha berkata ketika itu beliau panik dan segera memanggil jirannya sebelum mereka mengangkat bayi lelaki itu. 'Saya sering membaca kes orang buang bayi di akhbar tetapi ini pengalaman yang tidak akan saya lupakan,' katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Penolong Pesuruhjaya Abdul Rahim Abdullah, berkata keadaan bayi itu kini dilaporkan stabil setelah menjalani pemeriksaan kesihatan. Encik Abdul Rahim berkata, pihaknya kini sedang cuba mengesan individu bertanggungjawab membuang bayi itu dan tidak menolak kemungkinan suspek tinggal di kawasan lain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. Kes pembunuhan dan pembuangan bayi itu merupakan yang keempat berlaku di Lembah Klang dalam tempoh kurang 10 hari. -- HM,BH |
Failkan Injunksi Halang JPN Keluarkan Kad Pengenalan Untuk Warga Asing Posted: 04 Jun 2011 11:45 PM PDT Pakatan Rakyat perlu mengambil tindakan undang-undang termasuk perintah injunksi sementara terhadap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menggantung pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing, yang dikaitkan pembangkang sebagai komplot Umno-BN menjelang pilihan raya umum ke-13. Gesaan itu terkandung dalam usul berkaitan pemalsuan kad pengenalan dibawa Dewan Ulama pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-57 hari ini. Pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing, sekali gus didakwa membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi menjadi isu yang dibawa oleh pembangkang sejak tahun lalu. Usul itu menekankan bahawa sejak dua tahun kebelakangan ini sedang berlangsung satu projek sulit mengeluarkan kad-kad pengenalan terutama kepada warga asing dengan tujuan untuk didaftarkan sebagai pengundi. Malah usul itu juga berkata, pengeluaran kad-kad pengenalan bukan satu rahsia bagi dan perancangan yang sama pernah dilaksanakan di Sabah melalui "projek IC" pada 1980 dan 1990 bagi menumbangkan kerajaan Sabah yang diterajui oleh Parti Bersatu Sabah ketika itu. "Menyedari bahawa komplot dan perancangan sulit ini tidak lain tidak bukan adalah hasil 'unholly alliance' antara Umno-BN dengan JPN, yang menjadi merelakan diri mereka untuk dijadikan perkakas dan pada masa yang sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membiarkan perkara ini berleluasa," kata usul itu. Usul itu juga mendakwa sudah lebih puluhan ribu warga asing diberikan kad pengenalan dan kebanyakannya telah didaftarkan sebagai pengundi di negeri-negeri dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Kedah. Usul itu juga mendakwa kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat seolah-olah tidak mengambil perhatian serius untuk menangani perkara tersebut. Sehubungan itu, usul tersebut mendesak supaya satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan bagi menyiasat pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing. Usul itu juga mendesak supaya Kementerian Dalam Negeri dan juga JPN khususnya mendedahkan secara terperinci statistik jumlah taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada warga asing dan penduduk tetap terutamanya sejak 10 tahun kebelakangan ini mengikut negeri. "Mendesak supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dan kawasan-kawasan memantau secara rapi pergerakan komplot mengeluarkan kad pengenalan dan membuat tangkapan awam terhadap mereka jika didapati berlaku," katanya lagi. Di samping itu, usul tersebut juga mendesak agar Pakatan Rakyat dan PAS memasukkan isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing sebagai salah satu tuntutan dalam agenda Bersih 2.0 yang akan diadakan di ibu negara, 9 Julai ini. Selain usul itu, muktamar kali ini juga membincang dan meluluskan usul berkaitan dengan Himpunan Bersih 2.0. Usul itu menggesa seluruh rakyat negara ini menyertai himpunan itu. Himpunan Bersih pertama diadakan pada akhir 2007 menjelang pilihan raya umum 2008. Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dari sekarang. Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS pusat menuntut agar sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang kini dilihat berleluasa. Exconya Mohd Sany Hamzan berkata suruhanjaya itu perlu bagi mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh pihak tertentu semasa pilihan raya. "Saya dukacita dengan apa yang Umno lakukan. Mereka terpaksa lakukan pelbagai helah untuk memenangi pilihan raya. Sepatutnya Umno menjadi anak jantan dengan lawan satu dengan satu, bukan dengan melakukan pelbagai helah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider selepas membahaskan usul itu. Selain itu, beliau juga berkata, isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing merupakan isu besar dan melibatkan keselamatan dan kesejahteraan negara. "Isu ini besar. Ia melibatkan isu keselamatan dan kesejahteraan negara, jadi saya minta agar diadakan satu suruhanjaya untuk melihat soal pemberian kad pengenalan ini," katanya. Beliau turut berharap agar Majlis Raja-Raja Melayu dapat masuk campur menangani isu ini Tambahnya, puluhan ribu warga asing diberikan kad pengenalan dan kebanyakannya telah didaftarkan sebagai pengundi di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kelantan dan Kedah. Kami juga ingin menuntut supaya Kementerian Dalam Negeri dan JPN mendedahkan secara terperinci statistik jumlah taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan yang telah dikeluarkan kepada warga asing dan penduduk tetap terutama sejak sepuluh tahun kebelakangan ini. Kami juga ingin mendesak supaya jentera PAS dan Pakatan Rakyat di negeri-negeri dan kawasan memantau secara rapi pergerakan komplot mengeluarkan kad pengenalan dan membuat tangkapan awam terhadap mereka jika didapati berlaku," katanya. -TMI
|
Posted: 04 Jun 2011 09:50 PM PDT Machang: Pilu hati seorang bapa apabila melihat dari awal hingga akhir bagaimana anaknya terbabit kemalangan jalan raya sebelum mengangkat jenazah anaknya keluar dari kenderaan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan yang mengorbankan tiga sepupu termasuk dua beradik, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 9.30 pagi di Kilometer 46.8 Jalan Kota Bharu- Kuala Krai, Norhasmalinda Halim, 24, dan dua sepupunya, Nor Aqilah Najiha Mohd Saari, 14, dan Nor Azura Mohd Saari, 18, yang juga adik-beradik maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, leher dan badan. Kejadian berlaku ketika Norhasmalinda dan dua sepupunya dalam perjalanan dari Bandar baru Gua Musang, ke majlis kenduri kahwin seorang sepupu di Kampung Aur, Bachok. Difahamkan, kereta Wira dipandu Norhasmalinda bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Rexton yang datang dari arah Kota Bharu. Bapa Norhasmalinda, Halim Jusoh, 43, berkata dia dan anaknya bertolak kira-kira jam 7.30 pagi dari Bandar Baru Gua Musang dan berkonvoi dua kereta ke majlis perkahwinan sepupu mereka di Kampung Aur, Bachok. Katanya, dia menaiki sebuah kereta Mercedes bersama isteri, Mariah Ismail, 45, dan tiga lagi anaknya, manakala Noshasmalinda memandu sebuah lagi kereta bersama dua sepupunya. "Ketika kira-kira lima kilometer lagi ke simpang Machang, saya melihat cermin belakang dan nampak anak saya terbabit kemalangan. Saya berada di depan selang tiga kereta. "Segala-galanya berlaku dalam sekelip mata dan saya berpatah balik untuk melihat keadaan anak tetapi dia sudah meninggal dunia sebelum saya mengangkatnya keluar dari kereta. "Saya turut melihat dua anak saudara saya tidak lagi bernyawa tersepit di dalam kereta," katanya yang turut memberitahu dua anak saudaranya tidur di rumahnya di Gua Musang sempena cuti sekolah dan mahu dihantar pulang dalam perjalanan berkenaan. Menurut Halim, dia tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangis melihat sekujur tubuh anaknya. "Setiap yang hidup pasti akan mati. Justeru, saya reda dengan pemergian anak. "Cuma, saya terkilan kerana anak sepatutnya habis pengajian dalam jurusan Diploma Elektronik Industri di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Kulim, Kedah selepas tamat amali di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, Lundang, kota Bharu, 9 Jun ini," katanya. Halim berkata, anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan, sebaliknya bersikap seperti biasa. Bagi adik Norhasmalinda, Nor Ashikin Akmel Halim, 21, kakaknya dilihat lebih gemar mendiamkan diri sejak kebelakangan ini sebelum maut dalam kemalangan. Jenazah ketiga-tiga mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Pantai Melawi, Bachok, selepas Isyak. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Che Malik Bedot ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan dijalankan. -HM
|
Tukang Kempen Yang Berlagak Tuhan Posted: 04 Jun 2011 08:15 PM PDT Akhirnya Haji Mohamad Sabu terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS. Ketika saya mengunjungi Markaz Tarbiyyah PAS Pusat tadi, seorang kawan baik mengucapkan tahniah kepada saya. Kawan itu adalah seorang yang sangat wala' kepada kepiminanan ulama. Saya tak ingat apa saya kata bila dia ucap tahniah. Tetapi yang jelas, saya bukanlah orang yang patut diucapkan tahniah. Saya tak membantu Mat Sabu. Saya tidak minat benda tu semua. Bagi saya, setakat nak lawan Umno, nak maki Umno, Mat Sabu tak payah jadi Timbalan Presiden PAS. Atas nama Mat Sabu pun dia boleh buat kerja tu dengan cemerlang. Dia dah established. Saya akhirnya tak keluarkan lagi cakap-cakap discouraging yang kadang-kadang kasar dan kesat bila Mat Sabu buat keputusan bertanding. Saya menginsafi bahawa Mat Sabu pun orang jugak. Sebagai orang, natural la kalau dia pun ada keinginan. Biarlah. Dan, bila dah Mat Sabu bertanding, takkan saya nak dia kalah pulak. Tentulah saya mohon kepada Allah agar dia tak kalah. Tu natural la. Sebenarnya bukan benda tu yang saya nak tulis. Yang saya nak tulis ialah tentang orang-orang yang mendahului Tuhan. Saya nak tulis supaya lain kali saya dan sesiapa pun tidak berlagak Tuhan. Nak sokong siapa pun, itu hak demokrasi masing-masing. Nak buat video kempen dan tayang dalam muktamar sekalipun, bagi saya itu hak demokrasi masing-masing. Saya tak ada masalah. Nak kencing Ustaz Nasharudin Mat Isa pun setelah sekian lama memperalatkannya sebagai kambing hitam dan budak belasahan umum setelah sama-sama berjumpa dalam gelap dalam Umno, lantak hampa la. Kan itu hak demokrasi hampa!! Tinggal lagi, kita pun ada hak demokrasi jugak nak ingatkan orang tentang buruk kelaku kaki-kaki kencing kawan tu supaya orang lain tak jadi mangsa dan dikencing dek depa macam depa kencing Nasharudin. Kencing manis boleh berubat. Tapi jenis kencing kawan sangat berbahaya. Jaga-jaga jenis tu! Namun, walaupun kita berjaga-jaga terhadap bahaya depa, kita tak boleh membantah hak depa untuk buat buruk kelaku lagu tu. Kita hanya boleh berjaga-jaga dan tak boleh nak buat apa sangat terhadap buruk kelaku depa yang suka kencing kawan depa sendiri yang depa pergunakan selama ini. Lain la kalau kita yang depa kencing. Ikut suka hampalah nak kencing kawan hampa sendiri. Yang saya tak boleh tahan ialah perangai mendahului Allah dan berlagak Tuhan. Ada seorang kaki kempen berlagak Tuhan. Dalam pemilihan kali ini, gitu-gitu ja dia kencing Nasharudin. Mamat tu memang terkenal kuat berkempen sampai berpeluh-peluh round Malaysia. Dalam jelajahnya, beliau ada singgah di Masjid Subang. Di situ dengan penuh angkuh beliau memberitahu beberapa kawan supaya "bagi tau Mat Sabu dia setakat jawatankuasa ja". Maknanya dia dah mendahului Allah dan membuat ketetapan bahawa Mat Sabu tak akan merasa jadi Timbalan Presiden. Amboi! Tak sokong tak pa. Benci pun tak pa. Itu hak masing-masing la. Tapi, jangan mendahului Allah, Ustaz. Jangan berlagak Tuhan dan membuat ketetapan terhadap nasib orang lain, Ustaz! Tak elok orang mengaji tinggi agama berlagak Tuhan macam tu. Dont play god, Ustaz! Speculate satu hal, tetapi berlagak Tuhan hal lain pulak. Saya tak peduli kalau perbuatan berlagak Tuhan dibuat oleh orang tak mengaji yang mengeja pun tak reti-reti walaupun dah beruban dan tulis merapu-rapu kalimah Arab ikut suka jahil dia. Mampoih pi la kalau berapa kali pun dia bersungguh-sungguh membuat ketetapan siapa tak akan menang dan siapa yang akan menang. Mampoih pi la kalau dia berlagak Tuhan dan boleh membaca niat surat khabar mana pun. Jenis lagu tu, apa nak kira. -Penarik beca |
Pemuda PAS, Platform Untuk Persiapkan PAS Sebagai Parti Anak Beranak? Posted: 04 Jun 2011 06:20 PM PDT Adalah tindakan tidak matang,tidak wajar dan tidak beretika apabila Pemuda PAS melakukan pemilihan dengan meletakkan anak-anak pimpinan PAS Pusat berada di dalam barisan pimpinannya persis ingin menjadi PAS sebagai parti anak beranak. Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kini menerajui Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) setelah berjaya mengenepikan penyandang jawatan itu, Azman Shapawi. Beliau memperoleh 260 undi manakala Azman hanya memungut 94 undi pada pemilihan Muktamar DPPP ke 52 di Dewan MBSA, kelmarin. Begitu juga Khalil Abdul Hadi yang dipilih menjadi salah seorang ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat yang menerima 320 undi. Hal ini terlalu mengaibkan parti yang selama ini kita cuba sentiasa membersihkan konsep nepotisma dan kronisma di dalam pemerintahan negara, alih-alih mendapati sayap pemuda PAS dilanda dengan wabak yang serupa menjadikan Dewan Pemuda sebagai tapak untuk anak-anak pemimpin tertinggi PAS mempersiapkan diri untuk mengambil-alih teraju parti di masa muka. Ini memberikan contoh yang tidak baik kerana akan lahir persepsi bukan sahaja dari kalangan ahli malah dari seluruh rakyat di negara ini bahawa kini PAS sudah memutar jarum jam ke belakang mengikut jejak-jekak kepimpinan PAS era nasionalis-Islamis di mana pernah sewaktu PAS di era Datuk Mohd Asri Muda sebagai Presidennya, nepotisma diamalkan. Malah PAS - pernah diberi gelaran Parti Asri Sekeluarga - kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri. Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali. Memang di dalam parti-parti lain termasuk rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat, ada mengamalkan nepostisma tersebut, tetapi mengapa Pas juga turut terlibat dalam amalan seumpama itu? Lebih menyedihkan amalan itu di tunjukkan sendiri oleh pemimpin tertinggi parti. Kenyataan Ketua Dewan Ulamak yang PAS tidak terlalu meraikan kehendak rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat sepatutnya juga meliputi tidak mengikuti contoh-contoh yang tidak baik yang diamalkan oleh parti mereka. Parti politik adalah tapak kepada pemilikan kekuasaan apabila parti politik berkenaan memenangi plihanraya dan rakyat memandang serong dan rendah politik keluarga seperti ini. Jangan lupa isu-isu keluarga antara penyumbang kepada tumbangnya Pak Lah selepas pilihanraya 2008. Di peringkat antarabangsa pula, masyarakat dunia turut menempelak dan tidak dapat menerima kehadiran tokoh "anak-beranak" di dalam pemerintahan dan parti. Runtuhnya kerajaan Hosni Mubarak di Mesir, salah satu sebabnya ialah kebencian rakyat terhadap pemerintahanya ialah kehadiran Alaa Mubarak dan adik laki-lakinya Gamal, yang memegang jabatan tinggi di partai yang berkuasa yang akhirnya telah menghancurkan kekuasaan pemimpin berusia 82 tahun itu. Begitu juga di Libya, dunia mengutuk anak pemimpin Libya Saif Gaddafi yang "campurtangan" mengumumkan sebuah perlembagaan baru telah siap ketika pemberontak yang berusaha menggulingkan ayahnya berhasil dikalahkan. Inilah persoalan yang sepatutnya menjadi iktibar kepada pemuda dan saya melihat pemuda masih TIDUR di dalam isu-isu sebegini sehingga nanti ia menjadi peluru besar yang akan menghancurkan parti. Berbeza keadaan jika penyertaan aktif mereka JIKA ayah masing-masing sudah tidak bergiat lagi atau sudah menyahut seruan Ilahi seperti akktifnya Mujahid yang muncul di pentas politik PAS setelah ketiadaan Tn Hj Yusof Rawa. Penyertaan anak-anak pemimpin tertinggi PAS ke dalam barisan pemuda adalah satu cacat paling malang yang mana ia amatb tidak ber-uswah (mengambil suri teladan) dari nasihat khalifah Islam yang ternama, Umar Al-Khattab. Ketika hampir wafat setelah ditikam, Umar Al-Khattab berpesan kepada anaknya (Abdullah bin Umar), "Wahai Abdullah, keluarga Umar tidak menaruh niat sedikit pun untuk menjadi khalifah. Cukuplah di kalangan keluarga Umar ini, Umar Al Khattab saja yang masuk neraka. Anakku... sekali kali jangan, jangan engkau mengingat-ingat akan jabatan khalifah ini..." Tidak ada anak Rasulullah s.a.w. yang diangkat menjadi khalifah dan tidak ada anak-anak khalifah yang mewarisi jabatan ayahandanya. Masih begitu ramai ahli-ahli pemuda yang layak untuk memegang jawatan, yang lebih lama dan lebih aktif dari anak-anak pemimpin ini, mengapa ditinggalkan? Itu pemuda yang memanjat pokok memasang bendera di waktu pilihanraya, yang ditarbiyah bukan sahaja oleh ulamak tetapi oleh alamiah, lebih mulia untuk diangkat di dalam barisan pemuda daripada anak-anak pemimpin yang walaupun kelulusan tinggi tetapi hidup di dalam keadaan yang segala-galanya telah tersedia untuk mereka, hatta "nama" untuk dijaja di dalam pemilihan kerana telah mewarisi kemasyuran dari ayah mereka. Sepatutnya sebagai sebuah parti Islam, kita tidak membenarkan jawatan dan kepimpinan sebagai warisan turun temurun. Kita baru sahaja melihat bagaimana berkocaknya kerajaan Kelantan di dalam kes Ariffahmi yang sehingga sekarang digunakan sebagai isu musuh menyerangkan Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan. Sayangnya, tatkala PAS Pusat yang telah berubah memilih pimpinan untuk persediaan kemenangan, sayap pemuda masih tersangkut di celah gelegar surau nepotisma. Tetapi nafsunya besar, menuntut 40% kerusi diberikan untuk mereka. Pemuda kelihatan seperti menjunjung kepimpinan ulamak ke peringkat paling keramat tetapi pada waktu yang sama najis nepotisma terpalit yang menyebabkan hanyirnya boleh menyebabkan parti berbau busuk sewaktu pilihanraya nanti yang jari rakyat menuding kita dengan jeritan, PAS cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap! |
Tikus Gergasi Ini Memakan 2 Orang Bayi Posted: 04 Jun 2011 04:30 PM PDT Cape Town - Afrika Selatan diserang tikus. Bukan tikus biasa, tikus-tikus ini sebesar seekor kucing. Dengan ukuran sebesar itu, tikus-tikus itu mencari mangsa yang cukup besar. Bayi. Tikus itu boleh membesar hingga hampir satu meter, dari muncong hingga ekor. Sementara gigi depannya sepanjang 2,5 cm. Minggu ini sahaja sudah berlaku dua tragedi yang mengerikan. Tikus-tikus raksasa memakan dua orang bayi dalam dua peristiwa berbeza. Lunathi Dwadwa, 3 tahun terbunuh dalam tidurnya di kawasan perumahan di luar Cape Town. Sementara seorang bayi lain menjadi mangsa tikus di Soweto, tak jauh dari Johannesburg pada hari yang sama. Lunathi ditemukan terbunuh dalam keadaan mengerikan oleh orangtuanya, pada 29/5/2011. Tidak ada tangisan ataupun jeritan sebelumnya. "Saya tidak dapat melupakan betapa mengerikan keadaan anak saya. Matanya terkeluar. Wajahnya rosak dari alis hingga pipi," kata Bukiswa Dwadwa (27 tahun), ibu bayi itu. "Tidak ada yang boleh melakukannya kecuali tikus," ujar Mncedisi Mokoena, ayah Lunathi. Beberapa jam kemudian, polis menemukan kes yang serupa. Seorang bayi perempuan diserang segerombolan tikus besar ketikan ibunya yang masih remaja pergi dengan teman-temannya. "Kami mendapat panggilan dari lokasi kejadian, tentang terbunuhnya bayi tersebut akibat serangan tikus," kata polis bernama Bongai Mhlongo. "Kami menahan ibunya dengan tuduhan kelalaian yang mengakibatkan kematian," tambahnya. Bulan lalu, Nomathemba Joyi (77) juga tewas setelah tikus-tikus raksasa memakan sisi kanan wajahnya. Di kawasan perumahan Afrika Selatan, tikus raksasa biasa ditemukan di tempat-tempat sampah. Tikus-tikus itu diyakini termasuk jenis African Giant Pouched Rats, salah satu jenis tikus terbesar dunia. Mereka lebih aktif di malam hari, pemakan segala, dan boleh membiakkan 50 anak dalam setahun. Beberapa suku di Afrika mengembangbiakkan tikus jenis itu untuk dimakan. -kompas.com |
Najib Dapat Mimpi Ngeri, Jutaan Rakyat Berkumpul Depan JPM Berdemonstrasi Posted: 04 Jun 2011 08:05 AM PDT Pemilihan PAS - Wajah Baru Yang Menakutkan Umno Ada yang menyifatkanya sebagai kemenangan untuk kumpulan profesional dan kekalahan untuk golongan ulama. Tidak kurang pula tafsiran bahawa kemenangan "kumpulan Erdogan" dalam pemilihan PAS semalam sekali gus menempelak cubaan Umno untuk "meminang" PAS, khususnya sejak beberapa bulan lalu. Apa pun, yang jelas ialah PAS sekali lagi telah menunjukkan kematangan untuk memilih pasukan terbaik bagi mengetuai cabaran menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi. Berlainan dengan Umno, PAS tidak menangguhkan pemilihan parti semata- mata kerana khuatir saingan untuk jawatan akan memecah belahkan parti dan menggugat peluangnya dalam PRU. Sebaliknya pucuk pimpinan PAS begitu yakin terhadap kematangan perwakilan DAN calon untuk merapatkan saf dengan selesainya pemilihan yang dijalankan dalam semangat demokrasi dan musyarawah. Kecenderungan untuk menyifatkan PAS sebagai parti yang kini dikuasai oleh golongan professional berpaksi kepada kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden dan Husam Musa sebagai Naib Presiden baru. Mohamad Sabu kini diangkat sebagai orang pertama dari golongan bukan ulama yang menyandang jawatan Timbalan Presiden dalam tempoh 20 tahun. Nasharuddin Mat Isa tersingkir sebagai orang kedua parti manakala tokoh ulama Tuan Ibrahim Tuan Man juga kecundang kepada Mohamad Sabu. Untuk Naib Presiden, selain Husam, Sallehuddin Ayob dan Mahfuz Omar melengkapkan senarai jawatan itu apabila mengekalkan kerusi mereka. Kemenangan beberapa tokoh lain seperti Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkfli Ahmad, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar untuk menduduki Jawatankuasa Kerja Pusat juga disabitkan sebagai bukti PAS dalam genggaman profesional. Media arus perdana khususnya Utusan Malaysia akan cuba memaparkan PAS sebagai parti yang tidak lagi dikuasai golongan ulama. Tentunya modal ini akan diambil oleh Umno untuk dijual pula kepada pengundi. Namun, walaupun bertukar nakoda (itu pun peringkat Timbalan dan ke bawah sahaja) hala tuju PAS tetap sebagaimana yang terpacak dalam matlamat perjuangannya. Perwakilan yang memilih golongan "profesional" atau Erdogan yakin calon- calon berkenan mempunyai ketokohan untuk memacu PAS menghadapi PRU-13 tanpa melunturkan azam dan matlamat perjuangan parti. Kesemua yang dipilih sebenarnya sebati dengan perjuangan PAS – Mohamad Sabu, Husam dan yang lain-lain adalah orang lama yang bergerak sealliran dengan liku-liku perjuangan PAS. Mereka adalah veteran dalam parti yang faham sentimen akar umbi PAS dan pada masa sama mempunyai sifat dinamis untuk berkerjasama dalam kerangka Pakatan Rakyat bagi mencapai matlamat PAS membangun negara berkebajikan. Konsep negara berkebajikan ini sudah pun dicanang oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian sebagai bukti kononnya PAS sudah mengubah haluan dan kononnya mengabaikan penubuhan sebuah negara Islam, apatah lagi di bawah PAS pimpinan golongan professional. Kedua- dua akhbar itu seharusnya memerinci nilai- nilai yang disebutkan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang Hadi dalam ucapan dasarnya dan membuktikan bagaimana penubuhan sebuah negara berkebajikan bercanggah dengan syariat Islam. "Kita mulakan dengan perlaksanaan negara berkebajikan, ia ada dalam Islam dan al-Quran. Dalam al-Quran tidak sebut negara Islam, ia sebut negara berkebajikan," kata Hadi dalam sidang medianya semalam. Konsep negara berkebajikan didokong dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat, bermakna ia turut dipersetujui oleh DAP. Kemunculan pemimpin- pemimpin seperti Hadi, Mohamad Sabu, Husam dan yang lain hadir berkongsi pentas dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh untuk menerangkan penubuhan negara berkebajikan kepada umat Islam dan bukan Islam tentunya menjadikan Umno dan akhbar miliknya gusar dan cemas. Justeru kerana itulah Utusan dan Berita Harian akan menjaja PAS sebagai parti yang tidak lagi dikuasai oleh ulama, malah sudah mengubah matlamat perjuangannya. Sebelum pemilihan PAS semalam, Utusan Malaysia cuba secara licik untuk membawa mesej- mesej tertentu untuk mempengaruhi perwakilan parti dalam memilih calon. Utusan yang sering menyerang Islam yang dibawa oleh PAS tiba-tiba mengingatkan keperluan parti itu supaya meneruskan perjuangan dan matlamatnya dengan pimpinan ulama. Memang hebat transformasi Utusan walaupun ia hanya untuk memastikan agenda sempit Umno menjalin kerjasama politik dengan PAS tidak kecundang. Namun akhirnya rancangan Utusan-Umno itu nampaknya gagal juga. Pemilihan muka-muka baru termasuk Mohamad Sabu dan Husam bermakna mereka kini memikul tanggungjawab besar untuk membantu Hadi mengemudi PAS dan Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU akan datang. Perwakilan membuat pilihan sedemikian kerana menyifatkan mereka sebagai gandingan terbaik untuk misi berkenaan. Sebuah misi yang mampu mengubah landskap politik Malaysia dan menjanjikan pembaharuan-pembaharuan yang didahagakan oleh rakyat, Islam dan bukan Islam. -wira arjuna
Ulasan GB Entahlah, GB dapat membayangkan Najib nanti akan mengalami mimpi dasyat, jutaan rakyat berarak ke Putrajaya berhimpun di depan JPM, meminta beliau TURUN, TURUN, TURUN... Ada orang kata, silap gaya beliau bakal diMubarakkan. Itu sebab beliau cukup takut dan ngeri bila bercakap pasal demonstrasi luarnegeri yang telah menumbangkan beberapa kerajaan yang penuh dengan korupsi. Wallahu 'alam |
[Video] Mat Sabu Iltizam PRU13 Berlansung Secara Adil, Telus, Amanah Dan Bersih Posted: 04 Jun 2011 07:00 AM PDT Timbalan Presiden baru PAS Mohamad Sabu memberi komitmen untuk bekerjasama dengan semua peringkat kepimpinan parti termasuk Dewan Ulama disamping terus memperjuangkan dasar-dasar parti. "Saya tak akan buat secara (keputusan) berseorangan. Saya juga takkan buat sebarang perubahan dasar dan hala tuju," katanya kepada Media selepas diumumkan memenangi Persaingan 3 Penjuru Pemilihan Timbalan Presiden PAS hari ini. Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendapat 420 undi menewaskan penyandang Nasharuddin Mat Isa dan Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau mempunyai hubungan baik dengan akar umbi dalam PAS disamping mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR. Bercakap kepada wartawan, beliau menegaskan antara fokus utamanya ialah memastikan Pilihan Raya Umum ke 13 berlangsung secara adil, telus, amanah dan bersih. "Perjuangan untuk dapatkan Demokrasi dan Pilihan Raya Adil. Kita akan sokong dan bantu himpunan bersih. "Kita akan fokus soal daftar pemilih. Operasi gunakan pendaftaran tidak sah di Sabah, kemudian di Terengganu kiga. Kini kita dengar nak buat lagi di Selangor," tegas beliau. Mat Sabu juga tidak gentar dengan tuduhan media UMNO bahawa kemenangan beliau membuktikan PAS kini membuang kepimpinan ulama. Malah beliau hairan kerana UMNO sendiri tidak mengiktiraf kepimpinan Ulama kerana Ulama mereka hanya diletakkan dalam biro sedangkan dasar, perjuangan dan kepimpinan PAS sentiasa didukung ulama. "Media UMNO kata PAS dah berubah, nak hapuskan kepimpinan Ulama. Peranan kita lebih sebagai Jawatankuasa Eksekutif. Ulama masih pegang seperti Majlis Syura dan Dewan Ulama dan mereka yang buat dan jaga dasar PAS agar mengikut Al-Quran dan Hadith. "Yang saya hairan mengapa mereka (Umno) nak lawan dan tak sokong ?," soalnya. -tvsnews |
Isteri Buat Laporan Polis Perangai Ganjil Suami Masa Hubungan Kelamin Posted: 04 Jun 2011 05:25 AM PDT Lapor polis tak tahan nafsu ganas suami KUANTAN: Tidak tahan didera secara seksual oleh suami yang mengamalkan kaedah pelik ketika menjalin hubungan kelamin, seorang wanita mengalami penderitaan sejak empat tahun lalu membuat laporan polis. Gambar fail Mangsa yang hanya dikenali sebagai Minah, 55, berkata, dia sudah tiga kali membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading dan laporan terakhir dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, 29 Mei lalu selepas suami mengetuk kepalanya dengan jag. "Sudah empat tahun perasaan saya tertekan akibat terpaksa melayan nafsu pelik suami yang gemar menggunakan cincin penambat zakar ciptaan sendiri ketika hubungan kelamin. "Perbuatan pelik suami itu menyebabkan saya menderita kerana dia menggunakan pelbagai alat seperti besi rantai kunci, biji manik, benang, gelang getah, kepala jarum peniti dan pelbagai bahan tidak munasabah," katanya. Minah berkata, suaminya yang berusia 50 tahun dan bekerja sebagai buruh mendakwa tenaga batinnya akan meningkat jika mengenakan cincin ciptaan sendiri itu pada alat sulitnya. "Saya pernah bertanya kenapa dia tidak boleh melakukan hubungan kelamin secara normal, tapi suami memberitahu dia tidak berasa nikmat dan tidak akan puas jika tidak menggunakan cincin buatannya itu," katanya. -hm |
[Video] Kes Ahmad Sarbani: Relevankah Inkues? Posted: 04 Jun 2011 04:10 AM PDT Kenapa Baru Sekarang Mahu Tubuh Inkues Sarbani ? SHAH ALAM 4 JUN : Parti Keadilan Rakyat (PKR) meragui keputusan mengejut Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Peguam Negara untuk membentuk sebuah inkues berhubung kes kematian pegawai kanan Kastam Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed. Penubuhan inkues itu hanya diketahui selepas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah pada 2 Jun lalu menyatakan polis akan memohon diadakan inkues dan perkara itu dipersetujui Peguam Negara. Nurul Izzah dan N. Surendren dalam kenyataan bersamanya berkata, cadangan penubuhan itu bukan sahaja mengejut dan meragukan, malah ianya tidak sesuai dan tidak tepat dalam konteks undang- undang. Justeru, PKR berpendapat sebuah inkues tidak boleh ditubuhkan sewenangnya apabila pendakwaan kes jenayah lebih sesuai dijalankan. Sarbani adalah seorang individu berkeluarga yang sempurna akal dan sihat tubuh badan yang secara sukarela datang ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk membantu siasatan. Beliau meninggal dunia setelah disyakki jatuh dari tingkat satu bangunan SPRM Wilayah Persekutuan. Bagaimanapun tiada bukti konkrit yang mengatakan beliau membunuh diri. Allahyarham juga terbukti tidak mengumpul kekayaan di luar keupayaan dan kemampuannya sepanjang berkhidmat dalam pasukan kastam. "Motif bunuh diri adalah sangat tidak munasabah dan tidak wujud sekelumit pun," jelas Izzah dan Surendren. Beberapa fakta yang wujud secara jelas dan tegas membuktikan kewujudan salahlaku yang membawa kepada kematian Sarbaini, khususnya apa yang diperincikan oleh balu Allahyarham di dalam laporan polis yang dibuat pada 2 Mei 2011, di mana pegawai penyiasat SPRM telah mengakui bahawa 'orang mereka' bertanggungjawab atas kematian tersebut. kedua- dua naib presiden PKR itu menegaskan PDRM dan Peguam Negera sepatutnya daripada awal sudah menubuhkan inkues jika terdapat keraguan yang serius mengenai punca kematian allahyarham. Tambah menjelikkan sejak kematian berlaku, polis memberikan gambaran seolah- olah proses siasatan berjalan lancar. "Apakah gambaran ini diberikan hanya semata-mata untuk meredakan kemarahan rakyat yang bangkit berikutan kematian tragis ini ?" soal mereka. Pada pertengahan April, polis telahpun menyatakan proses siasatan telah masuk ke fasa akhir. Kini, terbukti segala bentuk siasatan yang dibuat mahu menutup kemarahan rakyat semata-mata dan sebuah inkues terpaksa diwujudkan. "Mengapa rakyat diselewengkan daripada fakta sebenar dalam hal ini?" soal mereka lagi. Pengumuman mengejut bersabit penubuhan inkues ini dibuat sehari selepas PKR menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara (KPN) yang mempersoalkan ketirisan PDRM dalam mengendalikan kes ini. -tvsnews Ulasan GB GB dah ulas sebelum ini. Petikan: Persoalan kini, relevankah inkues? Mengapa tidak terus tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja? Ini kerana rakyat menjadi hairan sudah tiga inkues membuat keputusan yang hampir serupa - tidak menemui "pembunuh sebenar" kepada mangsa. Pergi balik pergi balik mahkamah yang kita perolehi, keputusan yang tidak ada keputusan. 1) Inkues kematian Gunasegaran di mana di dalam kes berkenaan koroner Siti Shakirah Mohtarudin memberikan "keputusan terbuka" berhubung inkues bagi menentukan kematian R Gunasegaran semasa dalam tahanan polis kerana tidak boleh dibuktikan dengan muktamad. 2) Inkues kematian Teoh Beng Hock di mana koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan bahawa kes inkues itu juga adalah satu kes "keputusan terbuka" dengan beralasan yang serupa di atas: keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan. 3) Inkues kematian pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad, Koroner Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat juga memberikan "keputusan terbuka" kerana dikatakan tidak mempunyai keterangan yang mencukupi untuk menyabitkan mana-mana individu yang menyebabkan kematian itu. Apa cerita ni? Buang masa, buang wang negara dengan pewujudan inkues. Hakim-hakim seperti "takut" untuk menetapkan hukuman dan seperti mahu melindungi pihak tertentu kerana ketiga-tiga kes di atas melibatkan pihak polis. Jika demikianlah keadaannya, rakyat wajar persoalkan peranan Istana Keadilan (Palace of Justice), peranan hakim-hakim dan peranan institusi kehakiman negara yang sepatutnya menjadi payung kebenaran dan keadilan tetapi kini musnah akibat dari sikap para hakim yang tidak bertaggungjawab. |
Mladic - Pembunuh Ribuan Umat Islam Bosnia Dibawa Ke Muka Pengadilan Posted: 04 Jun 2011 02:18 AM PDT Buruan 16 tahun berakhir susunan Suhana A. Samat MATANYA tidak mahu terlelap semula setelah terjaga sebelum matahari merangkak terbit. Dengan memakai topi besbol berwarna biru, lelaki tua itu mengambil keputusan keluar rumah dan menghirup udara segar. Gambar: KORBAN DI SREBRENICA: Gambar yang diambil pada Februari 1996 ini menunjukkan mayat mangsa pembunuhan beramai-ramai di atas bukit berdekatan Srebrenica yang didakwa didalangi oleh ketua tentera Serb Bosnia, Ratko Mladic. -- Foto Fail AP Jam menunjukkan 5 pagi dan sekitar 2,000 penduduk kampung masih nyenyak tidur. Tanpa disedarinya, empat jip yang membawa 20 lelaki bertopeng dan lengkap bersenjata telah menyelinap masuk ke kampung Lazarevo - kawasan terpencil yang terletak di utara Serbia. Secara serentak, mereka menyerbu empat rumah untuk mencari orang yang diburu selama ini. Di salah sebuah rumah yang diserbu, empat lelaki bertopeng itu melompat pagar dan menendang masuk ke rumah itu, sedang lelaki tua itu baru hendak keluar ke taman. Mereka menolak lelaki itu ke lantai. 'Perkenalkan diri anda!' pekik salah seorang lelaki bertopeng itu. Lelaki tua itu hanya mampu berbisik: 'Saya Ratko Mladic.' Buruan yang bermula 16 tahun lalu sudah berakhir. SIAPA MLADIC? Mladic yang kini sudah berusia 69 tahun, merupakan salah seorang pemimpin tentera Serb Bosnia yang diburu sejak sekian lama kerana terbabit melancarkan perang pembersihan etnik Bosnia semasa perang 1992-1995. Dia berbuat demikian atas arahan pemimpin politik, Radovan Karadzic. Ekoran perang itu, negara Bosnia kini dibahagi kepada dua wilayah berdasarkan identiti kekauman iaitu Persekutuan Muslim-Croat dan Republik Serbia. Kira-kira 100,000 orang terkorban dalam perang itu, yang tercetus selepas Bosnia mengisytiharkan kemerdekaan daripada bekas negara Yugoslavia, dengan kebanyakan yang terbunuh dalam konflik itu adalah penduduk Islam Bosnia. Penduduk awam Bosnia tidak kira lelaki, wanita malahan orang tua dan kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman tentera Serb. Wanita dan kanak-kanak perempuan Bosnia dirogol, manakala penduduk lelaki, orang tua dan kanak-kanak pula diperlakukan dengan kejam sebelum dibunuh. Dalam satu insiden di Srebrenica, lebih 8,000 penduduknya hilang dan dipercayai dibunuh dalam kempen pembunuhan beramai-ramai pada 1995. Beberapa kubur besar mengandungi tulang-tulang dan mayat manusia yang ditanam beramai-ramai ditemui di wilayah itu beberapa tahun, kemudian dipercayai mayat penduduk Srebrenica. Bagi melindungi jenayah kejam pembunuhan beramai-ramai itu, tentera Serb Bosnia beberapa bulan kemudian datang semula ke kubur-kubur besar itu dan menggali mayat-mayat itu di waktu malam untuk ditanam semula di 28 tapak perkuburan baru yang jauh di pedalaman dan di lereng-lereng gunung. Tragedi itu merupakan insiden pembunuhan beramai-ramai terbesar di Eropah sejak Perang Dunia Kedua selepas tragedi Holocaust. Mladic merupakan orang yang bertanggungjawab sepenuhnya atas pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica itu. Dua lagi sekutunya yang terlibat dalam tragedi di Srebrenica itu, Ljubisha Beara, dan Vujadin Popovic, telah pun dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Mladic juga didakwa mengarahkan kepungan selama 44 bulan ke atas Sarajevo. Orang kuatnya semasa pembunuhan itu, Jeneral Radislav Krstic, pula telah dijatuhi hukuman penjara 35 tahun kerana membantu jenayah itu. Seorang lagi yang telah ditahan sebelum ini ialah bekas Presiden Yugoslav, Slobodan Milosevic. Milosevic meninggal dunia ekoran serangan jantung pada 2006 semasa perbicaraan selama empat tahun hampir berakhir di The Hague. BAKAL DIHERET KE PENGADILAN Apabila Mladic muncul di mahkamah Serbia pada Jumaat lalu, dia kelihatan uzur dan sukar bercakap. Ini jauh berbeza dengan imejnya sebagai jeneral yang tegap dan disegani ramai pada satu ketika dulu. Menurut anaknya, Mladic telah diserang angin ahmar tiga kali dan bahagian kanan badannya kebas. Namun, para hakim memutuskan dia sihat untuk dibicarakan. 'Badannya lemah tetapi mata birunya memancarkan semangat seorang lelaki muda,' kata seorang pegawai mahkamah. Rabu lalu, Mladic telah dipindahkan ke Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY), di The Hague, Belanda untuk dihadapkan ke depan hakim atas dakwaan melakukan jenayah perang, pembunuhan dan jenayah kemanusiaan semalam. Di The Hague, Mladic menyertai ketua politik Serb Bosnia, Radovan Karadzic, 65 tahun, yang kini masih lagi dibicarakan. Karadzic ditahan pada 2008 tetapi kemudian memboikot permulaan perbicaraannya pada Oktober 2009. Para pengamat berkata proses pengadilan bagi Mladic mungkin akan mengambil masa yang lama, mentelah dia menafikan bertanggungjawab atas tuduhan yang dikenakan. Dari sudut politik, penangkapan Mladic dilihat dapat mengukuhkan lagi kedudukan Presiden Serbia, Encik Borix Tadic dalam usahannya untuk menyertakan negara itu dalam Kesatuan Eropah (EU). Sebelum ini, penahanan Mladic merupakan antara syarat yang ditetapkan bagi Belgade untuk menyakinkan EU bahawa Serbia sudah bersedia untuk menjadi calon anggota blok itu. Bagi Presiden Tadic, penangkapan itu 'menghapuskan beban Serbia dan menutup sejarah hitam negara ini.' Masa mungkin telah menyebabkan masyarakat dunia semakin melupakan nasib malang yang telah menimpa masyarakat Islam Bosnia. Meskipun kini keadilan semakin hampir, namun parut lama masih ada. Seperti kata Encik Sead Bekric yang berusia 14 tahun ketika perang itu berlaku: 'Bertahun telah berlalu. Kami telah kehilangan orang yang disayangi dan mereka tidak akan kembali. Apabila anda telah melalui pengalaman dahsyat seperti yang dilalui oleh kami, anda tidak akan dapat melupakan segalanya.' |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan