Blog-list Malaysia |
- Seronok Layan Blog Pencacai Yang Gila Meroyan Gila Dengan PAS
- Pakatan tak boleh kekal jika gagal sekat BN, kata Mat Sabu
- Raja Petra mahu kerjasama dengan PAS
- PAS lulus usul himpun 300,000 untuk Bersih 2
- Mat Sabu: Belum tentu kita menang lagi di S'gor
- PAS Bersyukur Dapat Timbalan Presiden Yang Paling Dibenci UMNO
- Jahatnya Utusan,,,
- Jom Pakat Gelak Dekat Blogger Umno Nie.. Kesian.. Jiwa Kacau..
- Zalim.. Kerajaan Selangor Akan Rampas Tanah Rakyat.. Perkasa Dan GAPS Kena Cepat Berdemo! Hahaha
- PDRM DAN PEGUAM NEGARA PERLU JELASKAN KEGAGALAN MEMBERI JAWAPAN DAN KES ALLAHYARHAM SARBINI
- Mat Sabu Tak Layan Orang Sakit Jiwa..
- Ramai lagi artis akan sertai PAS - Nasrudin
- 'Masahusmah' Team Pilihan Raya Pas
- Antara Pemimpin Umno Yang Meroyan Dengan Kemenangan Mat Sabu Dan Husam
- SIAPA PALING KECEWA BILA MAT SABU DAN HUSAM MENANG?
Seronok Layan Blog Pencacai Yang Gila Meroyan Gila Dengan PAS Posted: 05 Jun 2011 12:45 AM PDT Kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden baru merupakan keuntungan besar kepada PAS sekali gus membuatkan tidur malam bloggers pencacai Umno-Barisan Nasional (BN) tidak lena kerana bimbangkan kekuatan parti Islam itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang. Mukhriz Mahathir : Kemenangan Puak Erdogan Dalam Muktamar PAS Semalam Hasil Kebijaksanaan PKR & DAP !!! Mat Sabu Fuck Nik Aziz...! KRITIERIA UNTUK PERMOHONAN MENJADI ULAMAK PAS... Fw: SAH PAS TERSUNGKUR DAN TERUS TERKUBUR PAS Era Baru - 'Coffee Boy' DAP & Anwar ! Rasukan Iblis Laknatullah: PAS Menuju Kejatuhannya |
Pakatan tak boleh kekal jika gagal sekat BN, kata Mat Sabu Posted: 05 Jun 2011 12:04 AM PDT Timbalan presiden PAS yang baru Mohamad Sabu memberi amaran negeri-negeri Pakatan Rakyat khususnya Selangor, yang menjadi idaman pentadbiran Najib, sukar boleh dipertahankan jika perikatan itu gagal menangani pendaftaran pemilih baru dalam satu jumlah yang besar. "Tumpuan utama mereka sekarang ini adalah untuk tawan Selangor. Tapi adakah kita boleh kekal Selangor jika program daftar ini giat dibuat oleh BN?" kata beliau (gambar) ketika membentangkan usul berkaitan Himpunan Bersih 2.0 pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di sini hari ini. Usul itu mendakwa empat tuntutan utama Himpunan Bersih 2007 belum dilaksanakan. Tuntutan itu ialah akses kepada media awam yang bebas dan adil kepada semua parti politik, melaksanakan penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda, memansuhkan sistem undi pos dan umur 21 tahun secara automatik didaftar sebagai pengundi. Tahun lalu, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta BN mempertahankan Selangor dengan apa cara sekalipun. Dua minggu lalu, Najib menggesa hadirin Himpunan Sejuta Belia agar mempertahankan Putrajaya daripada dikuasai pembangkang. Ketika membentangkan usulnya, Mohamad berkata, pendaftaran pemilih kini giat dijalankan oleh Umno-BN lebih-lebih lagi di Selangor. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu berkata, pada pilihan raya tahun 2004, pendaftaran pemilih mengalami peningkatan antara empat hingga tujuh peratus. Katanya, "tujuh peratus itu berlaku apabila pendaftaran itu berlaku secara aktif." "Di Terengganu, pada tahun 1999 hingga 2004, pertambahan daftar pemilih meningkat sehingga 17 peratus. Tak ada parti politik lain yang mampu buat semua ini, lebih-lebih lagi dapat pertolongan dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis," katanya lagi. Usul dibawa Mohamad disokong oleh perwakilan dari Hulu Selangor, Mohd Khairudin Osman. Beliau berkata, pertumbuhan undi pada tahun 2010 melonjak sehingga 4,807 pengundi. "Selain itu, jumlah keseluruhan pertambahan undi pada suku pertama tahun 2011 pula ialah sebanyak 80,000 dan peningkatan ini mengalahkan 17 peratus di Terengganu yang dicakap oleh timbalan presiden," katanya. Mohamad turut menyifatkan kemenangan Umno pada setiap pilihan raya adalah disebabkan adanya undi pos sebagai penyelamat. Kata beliau, undi pos merupakan salah satu senjata yang digunakan oleh Umno semasa pilihan raya. "Sebagai contoh semasa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang, PAS sudah mendahului dengan 1,000 undi. Tetapi bila sampai sahaja undi pos, kita kalah dengan 58 undi sahaja dari Umno," katanya. Oleh itu, dalam ucapan usul itu, Mohamad menyeru agar semua ahli PAS akan turut serta dalam Himpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2 (Bersih 2) pada 9 Julai di Kuala Lumpur. "Saya menyeru, agar pada perhimpunan itu, ahli PAS sahaja melebihi 300,000. Kita akan bekerjasama dengan parti politik lain, NGO untuk membuat tuntutan dan berusaha agar pilihan raya umum ke-13 nanti akan diadakan secara adil," katanya. |
Raja Petra mahu kerjasama dengan PAS Posted: 05 Jun 2011 12:02 AM PDT Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) berharap dapat menjalinkan bekerjasama dalam PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang. Ini ekoran keyakinan MCLM pada barisan kepimpinan baru PAS yang dilihat akan memandu parti Islam itu mencapai matlamat menentang nilai negatif dalam politik negara. "Kami berharap dapat bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum yang akan datang dengan maksud untuk memulihkan keadilan dan kesaksamaan untuk semua Rakyat Malaysia," kata pergerakan itu. Dalam kenyataan bersama pengerusinya Raja Petra Kamarudin (atas) dan Presiden Haris M Ibrahim hari ini, mereka mengucapkan tahniah kepada yang menawarkan harapan besar untuk Rakyat. "Kami yakin saf kepimpinan baru ini akan memandu PAS mencapai matlamat yang dianjurkan dalam pesanan Presiden parti dan seterusnya memainkan peranan yang lebih besar untuk memperkuatkan gabungan Pakatan Rakyat," kata pergerakan itu. Pergerakan itu menyambut baik kenyataan Presiden PAS datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya yang menegaskan komitmen terhadap Pakatan dan sedar bahawa "masyarakat majmuk adalah sebahagian daripada seruan politik dalam Islam". MCLM juga menyambut baik penekanan PAS untuk membersihkan politik dari perkara menjijikkan seperti rasuah, politik wang, fitnah, perkauman, penipuan dan segala macam hal yang memalukan. Bagi mereka mesej tegas Hadi itu disokong oleh perwakilan yang tergambar dalam keputusannya apabila Mohamad Sabu dipilih sebagai timbalan presiden dan apabila Salahudin Ayun, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz omar menang bertanding jawatan masing-masing. |
PAS lulus usul himpun 300,000 untuk Bersih 2 Posted: 04 Jun 2011 11:57 PM PDT KUALA LUMPUR, 5 Jun: PAS meluluskan usul menggesa seluruh rakyat Malaysia menyertai Himpunan Bersih II pada 9 Julai di ibu negara dengan sasaran 300,000 peserta dari PAS sahaja. Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu ketika membentangkan usul tersebut berkata, seluruh ahli PAS di semua peringkat harus menyertai himpunan tersebut kerana empat tuntutan Bersih 2007 lalu tidak dipenuhi kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Menurutnya juga, usaha mendaftarkan warga asing sedang berleluasa di Selangor dan turut berlaku di negeri-negeri lain. "Satu pun tuntutan Bersih pada 10 November 2007 tak ditunai pemerintah. "Daftar automatik tak ditunai walaupun kes di Likas Sabah yang dibuktikan di mahkamah oleh Hakim Datuk Kamil Awang adanya kes pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata beliau yang merupakan salah seorang penggerak Bersih. Tambah beliau juga, amat menghairankan apabila daftar pengundi di Terengganu meningkat secara mendadak sejak 1999 hingga 2004. Perkara ini katanya mustahil berlaku tanpa bantuan SPR dan Jabatann Pendaftaran Negara (JPN). "Kalau aktif daftar pemilih boleh naik dari 4 hingga 7 peratus sahaja tapi di Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 daftar pemilih naik 17 peratus. "Ini tidak mampu dilakukan parti politik melainkan bantuan SPR, polis dan Jabatan Pendaftaran Negara yang lakukan kerja itu," katanya. Beliau turut menyentuh mengenai undi pos yang meragukan seperti yang berlaku dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini. "Undi pos terus kita ragu bayangkan di Tenang (PAS) hanya dapat undi pos 3 undi BN 115. Undi Senadin Pakatan mendahului lebih 1000 undi tapi bila datang undi pos calon Pakatan kalah 58 undi," katanya. Tambahnya juga, media di Malaysia masih berada di zaman Tok Kadok (kuno) apabila hanya menyiarkan berita sebelah pihak sahaja. "Kita lihat di muktamar, kita ditemubual, pelbagai pandangan kita beri, kamera berkelip di depan mata sampai kelabu tapi bila tengok berita tak ada (keluar). "PRU di Singapura walaupun Singapura sama dengan Malaysia dari segi kongkongannya tapi semua pemimpin pembangkang boleh bercakap di radio dan televisyen. "Di Malaysia media masih di zaman Tok Kadok tak ada kebebasan diberi kepada pemimpin walaupn dalam saluran kerajaan," katanya. |
Mat Sabu: Belum tentu kita menang lagi di S'gor Posted: 04 Jun 2011 09:53 PM PDT Di sebalik pentadbiran yang baik, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih bimbang kejayaan merampas Selangor tidak boleh dipertahankan sekiranya pilihan raya mengejut diadakan dalam masa terdekat. "Kita bawa kesejahteraan, guru KAFA gaji tinggi dan sebagainya, tetapi jika dipanggil pilihan raya umum, adakah Pakatan akan terus memerintah selangor?" tanya mohamad sabu kepada perwakilan ketika membentangkan usul menyokong perhimpunan BERSIH untuk mendesak diadakan penambahbaikan peraturan pilihan raya. Menjawab sendiri soalannya itu, Mohamad mengejutkan perwakilan apabila memberikan jawatan yang dianggap negatif. "Belum tentu, belum tentu kita boleh menang," katanya. Dakwanya, ini kerana berlakunya pemindahan pengundi mesra BN ke kawasan kuat Pakatan Rakyat dan melalui taktik pemberian kad pengenalan kepada penduduk tetap. PAS hari ini mengerahkan anggota dan pemimpinnya untuk menyertai perhimpunan BERSIH 2 pada 9 Julai bagi menyampaikan tuntutan mereka untuk pilihan raya bersih dan adil. Usul berkenaan diluluskan sebulat suara selepas dibentangkan Mohamad. Mohamad yang aktif dalam penganjuran perhimpunan BERSIH yang pertama pada November 2007, turut menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai perhimpunan berkenaan. Usul yang diluluskan itu turut menggariskan tumpuan untuk menggerakkan semua organ parti serta semua barisan kepemimpinan PAS dan rakan komponen Pakatan Rakyat untuk meluluskan perhimpunan tersebut. |
PAS Bersyukur Dapat Timbalan Presiden Yang Paling Dibenci UMNO Posted: 04 Jun 2011 09:29 PM PDT Umno Tidur Tak Lena Kerana Mat Sabu Kemenangan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden baru merupakan keuntungan besar kepada PAS sekali gus membuatkan tidur malam pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) tidak akan lena kerana bimbangkan kekuatan parti Islam itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Mohamad Sabu sememangnya merupakan pemimpin PAS yang dibenci oleh Umno kerana memiliki kehebatan tersendiri. Menurut Nik Aziz, antara kehebatan Mohamad Sabu termasuklah kekentalan semangat, ketabahannya dalam perjuangan dan kesetiaannya yang jitu terhadap PAS. Nik Aziz berkata, ia terbukti setelah Mohamad Sabu diuji dengan beberapa ujian besar termasuk ditahan sebanyak dua kali di bawah ISA. "Namun Mohamad Sabu tetap tidak lari dengan perjuangannya, tetap tidak memilih Umno, malah tetap terus berada dalam PAS," katanya kepada Harakah Daily ketika menyampaikan ceramah perdana di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, semalam. Katanya lagi, selain mempunyai sikap-sikap tersebut Mohamad Sabu turut diketahui oleh para pemimpin Umno sebagai pemimpin PAS yang berbisa. "Sebab itulah dengan pemilihan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru, Umno tidak akan tidur lena selepas ini. "Kita bersyukur dapat seorang timbalan presiden yang dibenci oleh Umno. Kita doakan semoga Mohamad Sabu terus diberikan perlindungan oleh Allah," katanya. Sebelum ini, media kawalan Umno-BN Utusan Malaysia turut melaporkan para perwakilan PAS telah melakukan kesilapan besar kerana memilih para pemimpin yang dikatakan dari kalangan profesional bagi menjawat jawatan timbalan dan Naib Presiden PAS pada Muktamar PAS Ke-57. Malah katanya, dengan pemilihan itu ahli-ahli PAS kini ternyata telah menolak golongan ulama untuk memimpin PAS yang tentunya tidak selari dengan dasar perjungan PAS dan konsep kepimpinan Ulama yang diketengahkan dalam parti Islam itu. Menurut Nik Aziz, tuduhan Umno itu ternyata meleset kerana realiti dalam PAS sendiri tidak timbul soal golongan ulama dan profesional, malah kesemua pemimpin dan ahli-ahlinya tetap terus dengan dasar perjuangan parti untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air tercinta ini. "Walaupun dikatakan bukan dari golongan ulama, tetapi Mohamad Sabu ternyata jauh lebih baik dari orang-orang lepasan Al-Azhar terutama yang berada dalam Umno," katanya. Justeru, beliau tidak hairan akan tuduhan Umno itu kerana ia melambangkan ketakutan para pemimpin Umno sendiri terhadap pemilihan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. "Ini melambangkan Umno semakin cemas dan makin terdesak sebab itulah mereka memainkan isu itu untuk memecahbelahkan dan melemahkan PAS. "Namun itu semua tak akan terjadi. Malah pemilihan ke atas Mohamad Sabu pasti menguntungkan PAS sendiri termasuk dalam soal tarikan ke atas golongan non Muslim kepada PAS," katanya. Nik Aziz berkata, Mohamad Sabu juga diketahui semua pihak sebagai pemimpin yang disukai oleh orang-orang Cina dan India. Maka dengan pemilihan ke atas Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, pasti ia akan memudahkan beliau mendekati golongan bukan Islam. "Dengan itu, Mohamad Sabu pasti akan lebih mudah mendedahkan ajaran Islam kepada golongan non Muslim, sejajar dengan usaha kita untuk suburkan fahaman Islam dalam masyarakat," tegas beliau. - TVS |
Posted: 04 Jun 2011 09:24 PM PDT |
Jom Pakat Gelak Dekat Blogger Umno Nie.. Kesian.. Jiwa Kacau.. Posted: 04 Jun 2011 10:34 AM PDT PARTI BARU UNTUK ULAMA KALAH PEMILIHAN PAS!!! Laaa... depa bunyi lagi... depa mengaruk lagi. Depa tak puas hati lagi! Depa nak buat parti baru pulak dah! Depa tak puas hati, geng Perak tak menang. Nizar Jamaluddin tersandar. Idris Ahmad ke laut! Depa tak sangka perwakilan kali ini pilih geng Erdogan yang katanya, duri dalam daging! Lawak panjang sungguh!!! Padanlah muka hangpa... hangpa juga yang buat strategi. Konon nak rampas undi Mat Sabu, letak Tuan Ibrahim Tuan Man. Konon kalau berpecah pun, undi berbalik ke Nasharuddin sebab undi Nasharuddin undi 'fixed deposit'. Geng ulama konon! Piiirahhh... ULAMAK TARAK, KALAU ALAMAK, ya! Ulama tu cerdik pandai tapi hangpa tongong-tongong! Yang Tuan Ibrahim pun samalah... macam jantan tua nampak betina muda pakai bikini kain nipis... walaupun tongkat pendek tu tak berapa nak boleh angkat, tetap juga berangan nak peluk betina muda tu... sudahnya, yang dipeluk tak lekat, akhirnya maki seranah yang dapat... Sekali lagi la untuk hangpa, PADAN MUKA!!! Hangpa nak buat parti baru? Buatlah, lepas tu jadilah macam BERJASA, HAMIM, INSAN dan sebagainya... yang sampai ke la, jangankan bangkai, kubur pun tak nampak bayang dah!!! PADAN MUKA! HALOBA TAK KENA TEMPAT! OTAK ADA TAK MAHU GUNA! Cucu Tok Wan |
Zalim.. Kerajaan Selangor Akan Rampas Tanah Rakyat.. Perkasa Dan GAPS Kena Cepat Berdemo! Hahaha Posted: 04 Jun 2011 07:59 AM PDT KENYATAAN AKHBAR 3 JUN 2011 KERAJAAN NEGERI AKAN RAMPAS TANAH DI PJS1 Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan untuk merampas tanah seluas 11 ekar di PJS1 bagi memastikan rumah mampu milik dan sekolah dapat dibina di tanah tersebut. Setiausaha kerajaan Negeri telah keluarkan arahan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Petaling untuk keluarkan Notis 7A mengikut Seksyen 128 Kanun Tanah Negara kepada pemilik-pemilik tanah itu: Lee Man Construction Company Sdn Bhd dan Kembar Empat Sdn Bhd. Mengikut rekod, tanah itu telah diberi kerajaan negeri pada tahun 80-an kepada dua syarikat berkenaan dengan harga RM100 seekar untuk tujuan pembangunan bagi menyelesaikan masalah setinggan di kawasan tersebut. Kerajaan Negeri juga diberitahu bahawa Syarikat Peter Brickworks Sdn Bhd telah dipilih oleh Bank Negara Malaysia untuk memajukan tanah tersebut. Kerajaan Negeri kesal kerana pemilik tanah telah gagal menyokong kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian menyeluruh untuk menyediakan rumah mampu milik walaupun mereka telah mendapat ganjaran yang tinggi melalui pemilikan tanah. Kerajaan negeri juga akan berbincang dengan Bank Negara bagi mendapatkan penjelasan berhubung pemilihan pemaju-pemaju seperti ini. "Kita risau pemaju sebegini yang kurang bekerjasama untuk kepentingan rakyat. Sebab itu kita mahu berbincang dengan Bank Negara tentang kualiti pemilihan pemaju," kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Dikeluarkan oleh SEKRETARIAT AKHBAR PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR |
PDRM DAN PEGUAM NEGARA PERLU JELASKAN KEGAGALAN MEMBERI JAWAPAN DAN KES ALLAHYARHAM SARBINI Posted: 04 Jun 2011 07:55 AM PDT Kami merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah pada 2 Jun di mana polis akan memohon sebuah inkues dibentuk bagi kes kematian pegawai kanan Kastam Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed. Turut dilaporkan Peguam Negara telah bersetuju agar sebuah inkues dibentuk. Kami melihat keputusan mengejut oleh PDRM dan Peguam Negara ini sebagai sesuatu yang meragukan, tidak sesuai dan tidak tepat dalam konteks undang-undang. Sebuah inkues tidak boleh ditubuhkan sewenangnya apabila pendakwaan kes jenayah lebih sesuai dijalankan. Sarbani adalah seorang individu berkeluarga yang sempurna akal dan sihat tubuh badan yang secara sukarela datang ke Pejabat SPRM untuk membantu siasatan; tiada bukti konkrit beliau membunuh diri, dan telah terbukti bahawa beliau tidak mengumpul kekayaan di luar keupayaan dan kemampuan beliau. Motif bunuh diri adalah sangat tidak munasabah dan tidak wujud sekelumit pun. Beberapa fakta yang wujud secara jelas dan tegas membuktikan kewujudan salahlaku yang membawa kepada kematian Sarbaini, khususnya apa yang diperincikan oleh balu Allahyarham di dalam laporan polis yang dibuat pada 2 Mei 2011, di mana pegawai penyiasat SPRM telah mengakui bahawa 'orang mereka' bertanggungjawab atas kematian tersebut. Sekiranya terdapat keraguan yang serius mengenai punca kematian, pihak PDRM dan Peguam Negara seharusnya mengarahkan pembentukan inkues pada kadar segera sejurus selepas kematian berlaku. Adalah sangat mengejutkan dan menimbulkan persoalan yang sangat besar mengapa inkues hendak ditubuhkan hanya selepas dua bulan berlalu. Lebih memelikkan, sejak kematian berlaku, pihak polis telah memberikan gambaran seolah-olah proses siasatan berjalan lancar dan keluarga Allahyarham serta sekalian rakyat akan mendapat penjelasan lanjut berhubung punca kematian Allahyarham. Apakah gambaran ini diberikan hanya semata-mata untuk meredakan kemarahan rakyat yang bangkit berikutan kematian tragis ini? Pada pertengahan April, pihak polis telahpun menyatakan proses siasatan telah masuk ke fasa akhir. Kini, terbukti segala bentuk siasatan yang dibuat adalah 'pemanis mulut' semata-mata dan sebuah inkues terpaksa diwujudkan. Mengapa rakyat diselewengkan daripada fakta sebenar dalam hal ini? Lebih menjengkelkan, pengumuman mengejut mengenai penubuhan inkues ini berlaku sehari selepas KEADILAN menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara yang mempersoalkan kelompongan PDRM dalam mengendalikan kes ini. Ini mengundang kepada kesimpulan mudah bahawa tujuan inkues itu ditubuhkan ialah untuk melengah-lengahkan kes ini dan membuatkan rakyat terus senyap. Kami mendesak agar sebarang bentuk hasil dan kesimpulan siasatan polis di dalam kes kematian Allahyarham Sarbani didedahkan kepada umum. Rakyat dan keluarga Allahyarham mempunyai hak untuk tahu kenapa masih tiada sebarang jawapan mengenai punca kematian Allahyarham. Pihak PDRM dan Peguam Negara perlu menjelaskan sebab musabab mereka menyarankan penubuhan inkues dan mengapa siasatan mereka gagal memperuntukkan sebarang jawapan kepada kes ini. Kami juga melihat wujud keperluan mendesak agar satu siasatan dan pendakwaan dibuat kepada semua yang terlibat atau bertanggungjawab ke atas kematian Allahyarham. N SURENDRAN NURUL IZZAH ANWAR Sumber di sini |
Mat Sabu Tak Layan Orang Sakit Jiwa.. Posted: 04 Jun 2011 06:32 AM PDT Mat Sabu: Dulu lain sekarang lain, saya tak serang lagi Anwar GOMBAK, 4 Jun – Mohamad Sabu yang dipilih sebagai timbalan presiden baru PAS menegaskan pendiriannya bahawa beliau tidak lagi menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun musuh politik beranggapan beliau tidak akan sebulu dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat berdasarkan perkembangan dekad-dekad lalu. Beliau mengakui pernah mengecam dan menyerang secara politik pada 1980-an dan 1990-an iaitu ketika Anwar masih berada dalam Umno. "Pada masa 80, 90-an, Anwar dalam Umno. Dia mendokong dasar-dasar Umno. Sebab itu saya kecam. "Kini, Anwar sudah beralih ke Pakatan, jadi kita sama-sama bekerjasama dalam satu pasukan," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di akhir hari kedua Muktamar Tahunan PAS Ke-57 di sini. Mohamad yang mesra dikenali sebagai "Mat Sabu" memperoleh 420 undi untuk menewaskan penyandang Nasharudin Mat Isa yang hanya memperoleh 224 undi dan seorang lagi calon, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerima 339 undi. Anwar menyertai Umno 1982 dan dipecat pada September 1998. Sejak 2008 Anwar mengetuai Pakatan Rakyat dianggotai PAS, DAP dan PKR. Petang tadi, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa suara Anwar dalam PAS ekoran keputusan pemilihan 2011-2013 ditentukan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwanya sebagai "pak turut." "Suara Anwar dalam PAS ditentukan oleh (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Aziz dan (Presiden PAS) Haji Hadi (yang) jadi pak turut... yang lain tidak releven... memang ada yang Erdogan, ulama dan macam-macam lagi. "Tetapi semua tidak beri apa-apa kesan kecuali Datuk Nik Aziz dan pak turut Haji Hadi," kata Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Kelantan ini pada pilihan raya umum 2008 bertanding dan menang menggunakan lambang PAS. Dalam pada itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali pula berkata kemenangan Mohamad pasti akan mengecewakan Nik Aziz, Hadi dan puak ulama dan puak Erdogan. "Mat Sabu hanya belajar di ITM dan tidak tamat, bukan lulusan pengajian agama Timur Tengah. Ianya memalukan gulongon ulama PAS kerana Mat Sabu tiada kelulusan akademik manakala puak Erdogan juga lagi kecewa kerana Mat Sabu tidak sokong Anwar," katanya dalam kenyataan berasingan. "Malah Mat Sabu yang mengelar Anwar Al-Juburi... kehebatan Mat Sabu, namanya Muhamad sama nama Rasullulah, tapi nama bapa Sabu.. tiga naib presiden pula adalah tokoh duniawi iaitu dua ada ijazah dan satu lagi dikatakan hanya SPM saja. "Pada pendapat saya barisan pimpinan PAS baru ini semakin menyukarkan usaha ke arah perpaduan Melayu," kata beliau lagi. Mengenai kecaman itu, Mohamad yang kelahiran Pulau Pinang berkata, itu perkara biasa dan sesiapa sahaja boleh mengecamnya sebab beliau juga ada mengecam orang. "Jadi, ini bukan masalah. Sekarang, saya menjadi timbalan, akan ramai lagi yang kecam saya. Saya sedia hadapi kritikan orang," kata Mohamad yang pernah menjadi anggota Dewan Rakyat. Mengulas pandangan Ibrahim itu, Mohamad berkata, itu pendapat peribadi wakil rakyat berkenaan dan "suka hati dia nak cakap apa." "Saya tidak mahu komen apa-apa. Kalau itu pandangan organisasi, lain ceritalah. Ini pandangan peribadi," katanya lagi. |
Ramai lagi artis akan sertai PAS - Nasrudin Posted: 04 Jun 2011 06:28 AM PDT Kesediaan beberapa orang artis untuk menyertai PAS, selepas Bob Lokman, membuktikan PAS sudah semakin diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat di tanah air. Perkembangan yang memberangsangkan ini diyakini akan menarik minat lebih ramai anggota masyarakat negara ini untuk menyertai PAS menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, sejajar dengan perjuangan PAS untuk kepentingan semua kaum. Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasarudin Hassan Tantawi menegaskan, kesediaan golongan artis untuk menyertai PAS sudah dimaklumkan oleh golongan artis sendiri kepada beliau secara jujur baru-baru ini. Menurut beliau, artis-artis tersebut sudahpun dikenalpasti dan mereka sememangnya terdiri daripada artis-artis ternama yang melibattkan pengarah, penyanyi, pelakon dan pelawak. Katanya, bagaimanapun beliau tidak mahu menyebut nama-nama artis terbabit kerana mahu menyerahkan kepada artis-artis itu sendiri untuk mengumumkannya nanti. "Saya difahamkan buat masa ini mereka masih belum bersedia untuk mengumumkannya. Tetapi mereka memang mahu menyertai PAS seperti juga Bob Lokman," katanya pada sidang media di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, hari ini. Selain golongan artis, beliau juga menjelaskan bahawa perjuangan PAS kini sudah semakin diterima oleh golongan muda di tanah air dan ia ternyata amat berbeza berbanding masa lalu. Menurut beliau, perkembangan itu membuktikan golongan muda di tanah air sudah semakin terbuka dalam politik, sehingga menyebabkan mereka memilih PAS yang berada dalam Pakatan Rakyat bagi melakukan perubahan politik di negara ini. "Ini secara langsung menolak dakwaan Umno BN yang mengatakan golongan muda semakin ramai yang menyokong mereka, dengan mengambil perkiraan pada majlis Sejuta Belia yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini. (Gambar: Nasrudin dalam sidang media bersama timbalannya yang baru dipilih, Nik Abduh) "Pada hal dakwaan Perdana Menteri atau pemimpin Umno mengenai perkara itu ternyata amat jauh menyimpang dari sasarannya. "Beliau yang hadir pada majlis itu sebenarnya bukan sejuta, tetapi hanya sekitar 8,000 hingga 10,000 orang sahaja," katanya. Perkara itu ternyata amat berbeza dengan majlis himpunan yang diadakan oleh PAS, dengan kehadiran yang sememangnya mencapai jumlah yang disasarkan. "Antaranya termasuklah Himpunan 30,000 yang diadakan oleh PAS di Kedah baru-baru ini dengan kehadiran sememengnya 30,000 seperti yang kita target. "Begitu juga dengan Himpunan 10,000 di Kelantan untuk majlis 100 kali khatan al-Quran, juga memeng dihadiri 10,000 orang seperti yang kita target," jelasnya. Dengan perkembangan itu, jelasnya, anak-anak muda yang juga pengundi-pengundi muda kini ternyata lebih tertarik kepada PAS daripada Umno kerana mereka sendiri lebih percaya kepada PAS berbanding BN untuk membela nasib mereka. |
'Masahusmah' Team Pilihan Raya Pas Posted: 04 Jun 2011 05:14 AM PDT KEMENANGAN untuk Mohamad Sabu berbau sejak awal-awal lagi. Ada dua faktor ataupun gambaran yang bakal memberi kemenangan kepada Mat Sabu. Dalam catatan saya di kolom Arus Bawah dalam Siasah saya telah menyatakan sesuatu yang akan mungkin berlaku kejutan dan ia bakal memberi kemenangan kepada Mat Sabu apabila kedua tokoh al ulama Nasharudin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man tidak mahu kompromi. Tanpa kompromi salah seorang darinya menyebabkan ia bakal memberi bahana kepada golongan al ulama warsatul ambia. Bila pepercahan undi di antara keduanya berlaku maka Mat Sabu akan menang dengan mudah. Tampak andaian itu tidak meleset. Mohamad Sabu mendapat 420, Tuan Ibrahim 399 dan Nasharudin 224. Jelas kalau undi Nasharudin dan Tuan Ibrahim dicampur 623 ini bermakna Mat Sabu akan kekurangan undi sebanyak 200 undi. Gambaran kedua bagaimana kedua calon al ulama warsatul ambia itu akan hanyut ialah apabila Utusan Malaysia berkempen bermati-matian mahukan kepada ulama. Setengah pihak merasa seronok bila Utusan mengangkat martabat ulama dan membelanya. Secara zahir tindakan Utusan itu semacam ianya mahukan kepada tokoh ulama yang berada di kerusi nombor dua. Paling jelasnya Nasharudin. Tetapi itu adalah strategi dan tektik Utusan saja. Di sini berlaku tindakan reverse psykologi. Apa sebenarnya yang dikehendaki Utusan ialah supaya tokoh ulama tidak berada di situ. Utusan khasnya dan tuan mereka lebih senang kepada Mohamad Sabu atas beberapa sebab dan faktor. Apabila Utusan...menyokong ulama menyebabkan perwakilan akan marah kepada tokoh ulama yang mendapat sokongan Utusan dan Umno. Di sinilah perwakilan membuat tindak balas dengan mengambil Mat Sabu. Jadi berjayalah Utusan memerangkap perwakilan supaya mengikuti jarum yang dikehendakinya. Kenapa Umno sukakan kepada Mat Sabu? Jawabnya tidak ada sebab lain melainkan kerana Umno mengira mereka ada modal besar bila Mat Sabu duduk di nombor dua. Mereka akan menggunakan isu peribadi Mat Sabu unuk bahan kempen pilihan raya. Isu moral yang mereka gunakan untuk melemahkan PKR dengan isu Anwar akan 'dipolitekan' kepada Pas dengan menggunakan isu peribadi lapok Mat Sabu. Mungkin perwakilan sedar atau tidak. Kalau perwakilan sedar hal ini tetapi mereka tetap mahukan kepada Mat Sabu sudah tentu mereka mengira isu peribadi lapok itu tidak memberi bekas. Jadi walaupun Umno akan tayangkan isu peribadi Mat Sabu khususnya mengenai kelancangannya berucap ia tidak menjadi bekas. Dari sudut lain kemenangan Mat Sabu dan tiga Naib Presiden, Sallahudin, Husam dan Mahfuz menjelaskan perwakilan bijak dalam menilai kepada tokoh yang berkualiti dari segi kerja untuk parti. Perwakilan mahu kepada aktvis bukannya tokoh yang berimej saja untuk dijadikan penggerak pilihan raya. Perwakilan sudah lama memberi peluang kepada tokoh berimej ustaz yang hanya berdoa di tikar sembahyang saja tapi kurang berkesan bila berada di lapangan. Jadi kali ini mereka akan membuat eksperimen sejauh mana pula keupayaan tokoh atau aktivis ini. Tidak dapat dinafikan baik Mat, Sallahudin, Husam dan Mahfuz merupakan tokoh yang kuat berkerja. Mereka ini dilihat senantisa berada di hadapan dan mampu menggerakkan parti. Mereka adalah aktivis yang tahu menyelami kehendak naluri anak muda dan berjaya pula memainkan isu-isu dan tuntutan yang dingini oleh anak-anak muda. Barangkali kumpulan baru ini bolehlah dinamakan Masahusmah - dekat-dekat dengan nama Osama Ben Ladin pakar perang psikoligi di abad ini. Ulasan kedua akan menyusul selepas ini, analisa mengenai ke manakah nasib al ulama warsatul ambia dalam Pas? [wm.kl.11:00 t/hari 04/05/11]/mso |
Antara Pemimpin Umno Yang Meroyan Dengan Kemenangan Mat Sabu Dan Husam Posted: 04 Jun 2011 04:09 AM PDT |
SIAPA PALING KECEWA BILA MAT SABU DAN HUSAM MENANG? Posted: 04 Jun 2011 03:57 AM PDT TERLEBIH dahulu, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada abang Mat Sabu kerana terpilih untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden PAS. Kemenangan dengan majoriti 21 undi menewaskan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man serta penyandang Ustaz Nasha sudah cukup untuk membuat lidah Utusan Meloya dan TV 3 suku kelu seketika. Bertambah kelu apabila tokoh yang sabab hari dihentam melalui media pencacai tersebut, iaitu Datuk Paduka Husam Musa turut terpilih sebagai Naib Presiden PAS bersama penyandang Mahfuz Omar dan Sallahuddin Ayob. Tentu berita kemenangan Husam Musa ini membuatkan seorang Blogger dari Kelantan itu akan `meneguk air botol' sehingga mabuk untuk menenangkan fikiran. Buletin Utama TV 3 suku sebentar tadi meletakkan berita keputusan pemilihan PAS bukan tajuk utama seperti sehari dua ini, tetapi berita disiarkan di pertengahan tanpa ulasan sedikitpun seperti lazimnya. Tiada cerita pun tentang Blogger kaki mabuk itu yang mendakwa Husam memberikannya wang untuk berkempen. Yang hak mengatasi yang batil. Fitnah telah ditolak oleh para perwakilan di dalam PAS yang boleh dikatakan semuanya mempunyai akal dan ilmu agama yang boleh menimbangkan sesuatu berita yang dibawa oleh `kaki mabuk'. Begitu juga berita yang keluar dari media seperti Utusan Meloya atau TV 3 suku yang terkenal sebagai ejen meluaskan cerita video seks, mana mungkin berita dari media seperti ini boleh diambil sebagai panduan untuk Perwakilan PAS memilih calon? Justeru itu, Perwakilan PAS telah menolak cerita tentang wang upahan yang kununnya melibatkan Husam Musa. Exco dari Kelantan ini telah memenangi jawatan Naib Presiden PAS dengan undi yang kedua tertinggi. Media haprak ini terus gagal sepertimana gagalnya mereka mempromosi video seks hitam putih sebelum ini. Sekali lagi tahniah kepada semua pemenang dan syabas juga buat semua yang berani bertanding walaupun tewas kali ini. Ternyata jawatan bukan buruan calon yang bertanding, mereka hanya merasa kewajipan untuk menawarkan diri untuk memikul tugas setelah amanah diberikan oleh penyokong-penyokong mereka. Meskipun secara peribadi saya mengharapkan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man memenangi pertandingan ini, tetapi kemenangan Mat Sabu dapat melegakan perasaan saya. Saya percaya Mat Sabu mampu berganding bahu dengan Presiden PAS, dan tentunya cabaran utama buat beliau adalah memimpin PAS ke Demontrasi Bersih Julai nanti dan seterusnya ke Putrajaya, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan