Khamis, 23 Jun 2011

Era Pasca

Era Pasca


TANAH TUDM SG BESI KENA JUAL... PADAN MUKA KORANG!!

Posted: 22 Jun 2011 11:58 PM PDT

SIAPA REMBAT TANAH TUDM SUNGAI BESI

22hb Jun 2011

Menggesa Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara Menyiasat Transaksi Pembelian Dan Penjualan Pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited oleh 1MDB dengan PetroSaudi International Limited


Dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 pada 20 Jun 2011, saya telah menggesa antara lain agar Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat transaksi pembelian dan penjualan pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited oleh 1MDB dengan PetroSaudi International Limited. Gesaan ini dibuat kerana berdasarkan laporan juruodit, transaksi pembelian dan penjualan pelaburan tersebut yang mencurigakan.

Ia melibatkan pengumuman keuntungan RM425 juta untuk operasi tahun pertama yang berakhir 31 Mac 2010 oleh Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB pada 8 Oktober 2010 dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Sharol Halmi pada 12 Oktober 2010. Keuntungan diperolehi antara lain hasil penjualan pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited iaitu syarikat usahasama diantara 1MDB dengan PetroSaudi International Limited.

Dalam transaksi ini 1MDB melabur dalam 1MDB PetroSaudi Limited sebanyak RM3.5 billion yang dibuat secara tunai. Tidak sampai 5 bulan kemudian 1MDB menjual semula pelaburan ini kepada rakan usahasama mereka iaitu PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion dan memperolehi keuntungan sebanyak RM615 juta.

Walaubagaimana pun bayaran untuk penjualan pelaburan ini dibuat samaada secara ansuran atau bayaran tertangguh selama 11 tahun. Ini bermakna perolehan RM4.1 billion ini hanya dapat diperolehi sepenuhnya menjelang 31 Mac 2023 berdasarkan transaksi penjualan ini dibuat pada hari akhir penutupan akaun 1MDB iaitu 31 Mac 2010.

Keupayaan 1MDB memperolehi balik RM4.1 billion ini amat disangsikan berdasar nota khas yang dibuat oleh Juruodit KPMG dalam laporan oditnya keatas akaun 1MDB yang berakhir 31 Mac 2010.

Nota khas ini berbunyi seperti berikut:-

"The Group and the Company held notes receivable amounting to RM4,139,125,000 as at 31 March 2010. A valuation was performed by an independent financial advisory firm to support the assessment of the appropriateness of the carrying value of the notes receivable as at 31 March 2010. This valuation was carried out based on certain sets of assumptions. It should be noted that these assumptions are critical to the result of the assessment. The notes receivable are backed by a corporate guarantee issued by the ultimate holding company of 1MDB PetroSaudi Limited, PetroSaudi International Limited PSI). Management believes that PSI is in good financial standing and has the ability to meet all obligations required as documented in the Corporate Guarantee Agreement".

Nota ini menjelaskan Juruodit KPMG semata-mata bersandar kepada perakuan pengurusan 1MDB bahawa PetroSaudi International Limited mempunyai kedudukan kewangan yang baik dan berupaya memenuhi kesemua tuntutan kewangan sepertimana yang terkandong dalam dokumen Perjanjian Jaminan Korporat nya. Juruodit KPMG sendiri tidak memberi kepastian samaada hutang tertunggak RM4.1 billion berupaya dibayar oleh PetroSaudi International Limited kerana ia bukan jaminan Bank atau Kerajaan.

Susulan dari gesaan tatkala membahaskan Rang Undang Undang Perbekalan Tambahan 2011 itu , saya telah menulis surat bertarikh 22hb Jun 2011, memohon Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat perkara berikut menurut peruntukan Peraturan Mesyuarat 77 (1)(d) :

1) Menilai kedudukan kewangan, pemegang saham, nominee, dan pengurusan PetroSaudi International Limited samada mempunyai keupayaan membayar hutang RM4.1 billion kepada 1MDB sepertimana yang didakwa oleh pengurusannya.

2) Menyiasat sumber 1MDB perolehi untuk membayar pelaburan dalam 1MDB PetroSaudi Limited sebanyak RM3.5 billion secara tunai. Adakah ia hasil penerbitan Bon yang dijamin oleh Kerajaan?

3) Menyiasat penilaian yang dibuat oleh pengurusan 1MDB keatas 1MDB PertroSaudi Limited apabila membuat keputusan melabur sebanyak RM3.5 billion dalam usahsama ini.

4) Menyiasat kegiatan perniagaan 1MDB PetroSaudi Limited sehingga 1MDB berupaya menjual pelaburannya dalam masa yang singkat tidak sampai 5 bulan dengan keuntungan RM615 juta daripada pelaburan sebanyak RM3.5 billion. Ini bermakna pulangan sebanyak 17.6% atau 42% berdasarkan kadar pulangan tahunan (annualized rate of return). Siasatan ini perlu agar 1MDB sebagai sebuah agensi pelaburan kerajaan tidak terlibat dalam kegiatan sindiket kewangan antarabangsa yang mencurigakan dan mungkin jenayah.

5) Menyiasat tempat atau lokasi PetroSaudi International Limited dan kumpulan syarikatnya termasuk 1MDB PetroSaudi Limited diperbadankan. Benarkah PetroSaudi International Limited di perbadankan di Cayman Islands atau British Virgin Islands dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan perusahaan petroleum dan individu atau organisasi dari Arab Saudi?

6) Menyiasat adakah kerajaan terdedah kepada jaminan atau pinjaman dalam pelaburan yang dibuat 1MDB?

Saya menggesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara menyiasat kes ini kerana ia melibatkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan penerbitan bon sebanyak RM5 billion yang dijamin kerajaan. Difahamkan bon sehingga RM15 billion akan diterbitkan untuk membiayai pelaburan 1MDB. Dalam pengamatan akaun 6 bulan pertama 2011 hingga 1 September 2010, saya dapati 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta.

1MDB dianugerahkan konsesi tanah paling berharga di Kuala Lumpur iaitu pengkalan TUDM di Sungai Besi seluas 196.6 hektar sementara Pengkalan TUDM akan dipindahkan ke Sendayan, Negeri Sembilan. Pembangunan Pengakalan TUDM di Sungai Besi ini melibatkan usahasama diantara 1MDB (30%), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (30%) dan Desmond Lim dari Malton Berhad (40%).

Dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan hartanah ini akan dibangunkan sebagai Bandar Malaysia untuk memperkukuh daya saing Kuala Lumpur bagi menarik pelabur tempatan dan asing. Pembangunan yang diumumkan hanya melibatkan yang memberi pulangan besar kepada pelabur. Langsung tidak disebut atau disediakan dalam pelan induk pembangunan perumahan untuk warga kota yang berpendapatan rendah dan penyediaan perumahan untuk bekas tentera yang amat memerlukan perumahan di ibukota ini.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

MAKIN BERTAMBAH LAH 2 JUTA PENYOKONG BERSIH LEPAS NIH...

Posted: 22 Jun 2011 07:07 PM PDT

BERSIH dapat sokongan OTAI kite iaitu USTAT MAZA atau nama penuhnye Prof Madya Mohd Asri Zainul Abidin..

Kata Ustat MAZA

Setelah saya mendengar taklimat BERSIH dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan.

dengan ini aku cabar UTUSEX MALAYSIA dan BERTA HAISEX buat pulak poll macam THE STAR ONLINE kelmarin.. [The Star] wakakakka

baru meletop de... hahahaha

PANAS!! ROBEKNGAH BERLAGAK DAN SOMBONG!!

Posted: 22 Jun 2011 05:33 AM PDT

Harap-harap lagi ramai tukang godam leh ajar "mereka-mereka" ini apa erti kemanusian...

terbaru,
RAIS YATIM,

"Kita tidak takut untuk menghadapinya (ancaman itu) kerana kita telah bersedia. Saya meminta SKMM tidak mengambil ringan tentang perkara ini,"

"Dengan "lapisan dan perisai" yang telah diwujudkan oleh pakar-pakar teknikal kerajaan, adalah tidak mudah untuk menembusi laman-laman web kerajaan walaupun ada di antaranya menjadi mangsa kepada pengodam itu."

"Saya ada syak-wasangka ini bukan setakat main-main. Ini ada tujuan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej sesuatu pihak, berkemungkinan pihak kerajaan dan pihak-pihak yang lain," katanya.

Kelamarin dulu cakap lebih kurang camnih jugak... bila sampai masa kene GODAM jugak... hahahaha PERABIH DUIT je lah kojo ko yer... hahahah

GEMPAR! BERSIH 2.0 DI BALAI...

Posted: 22 Jun 2011 05:19 AM PDT

Laporan Polis telah dibuat oleh Biro Penerangan AMK Malaysia di IPD Jln Dang Wangi tengahari tadi. Angkatan Muda Keadilan mendesak pihak polis mengenakan tindakan mengikut seksyen 505c kanun seksaan jenayah kepada IBRAHIM ALI kerana membuat kenyataan berbaur perkauman dan menghasut pengikutnya melakukan sesuatu untuk menggagalkan perhimpunan BERSIH yang akan diadakan 9 Julai akan datang.

Ibrahim telah mengeluarkan kata-kata yang didakwa berbaur hasutan yang berunsurkan keganasan yang ditujukan secara khusus kepada kaum Cina apabila mengarahkan mereka jangan keluar rumah dan perlu menyimpan stok makanan dirumah jika perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan. Kenyataan tersebut dibuat sewaktu pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman Ahad lalu. Perbuatan Ibrahim adalah satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 505(C) Kanun Keseksaan. Seksyen tersebut merujuk kepada perbuatan, mengedar atau membuat kenyataan yang berbentuk hasutan dan mengajak membuat jenayah.

BIRO PENERANGAN AMK MALAYSIA mewakili seluruh AMK mendesak IBRAHIM ALI ditangkap dan didakwa mengikut peruntukan undang undang. TETAPI AMK tidak bersetuju untuk beliau didakwa mengikut akta ISA kerana AMK sememangnya tidak bersetuju dengan ISA. Tak tahu la kalau niat Pak Brahem ni nak jadi HERO MELAYU kalau masuk ISA kan? Supaya PARTI KETUANAN MELAYU mengambil beliau menjadi calon PARLIMEN di PRU akan datang... kah kah kaaaaaaaaaaaahh!!!

Tiada ulasan: