Khamis, 23 Jun 2011

.

.


Malam Berinai

Posted: 22 Jun 2011 04:27 AM PDT

Sia-sia Sahaja Siasat Toyib Mahmud

MENTERI Sarawak selama 30 tahun Toyib Mahmud berkata beliau tidak ada akaun di Swiszerland. Beliau juga bersedia untuk berkerjasama dengan badan pencegah rasuah negara berkenaan. Katanya, gembar gembur kononya dia memiliki akaun di Switzerland adalah mainan ahli politik tempat yang hendak memburukkan dia saja.

Switzerland adalah negara yang paling selamat di dunia untuk sesiapa menyimpan wang di negara itu. Ia bukan saja selamat tetapi maklumat mengenai kewangan kita juga tidak akan bocor. Sebab itu banyak roang kaya yang mempunyai duit lebih menyimpan wang di Switzerland.

Saya bersetuju dan saya yakin pada hakikatnya Toyib Mahmud tidak memilik apa-apa akaun di negeri berkenaan. Adalah bodoh bagi Toyip untuk membuka akaun atas namanya sendiri. Toyib kalau tidak bijak dan licit dia tidak mampu menjadi Ketua Menteri selama 30 tahun. Kerana dia bijak dan licitlah maka dia terus menjadi KM.

Baru ini dalam pilihan raya umum orang menyangkal dia dah jadi katak di pijak lori. Dia akan kalah dan hanyut. Tetapi apa yang berlaku yang jadi katak dipijak lori ialah pembangkang Pas dan PKR. Yang menang hanya DAP yang dapat undi Cina. Cina bijak dan pandai di mana-mana dia menang.

Jiwa penakluk ada kepada Cina. Kaum ini akan bersatu dalam keadaan apa saja demi kepentingan mereka. Berbeza dengan orang Melayu termasuk kaumbuptera di Sarawak hanya jadi penghisap kain pelikat yang kebasahan saja. Tahu kain pelikat... bila lama tidak basuh dan bila kena hujah air kain pelikat itu terasa lemak dan masin. Jadi orang Melayu hanya penghisap kain pelikat basah saja.

Jadi pada saya penyiasatan untuk mencari akaun Toyib itu sia-sia saja. Orang hanya boleh menuduh saja, tetapi ia tidak akan ditemui. Pertama, kerana tidak mungkin dia jadi pandir dan dungu untuk menyimpan wang atas namanya. Keduanya tidak mungkin bank negara berkenaan sedia mendedahkan maklumat para penyimpannya.

Bank di Switzerlad bukan macam bank di negara kita yang mana maklumat kita boleh dibocorkan pada bila-bila masa. Bukan saja jumlah simpanan kita, nombor terlefon kita, nombor telefon bini kita malahan nombor pendaftaran anak kita dengan bini nombor tiga juga dicerobhi begitu saja.

Jadi orang-orang macam Toyib Mahmud itu tidak akan menyimpan wang di dalam negara ini kalaupun dia ada berbillion ringgit. Dia sudah tahu sejauh mana ketelusan dan amanah dan sekeruti bank di negara ini.

Sebenarnya kegiatan menyimpan wang di Switzerland ini bukan saja berlaku ke atas orang-orang seprerti Toiyaib seperti mana dituduhkan itu. Ia berlaku juga kepada ahli politik atau korporat lain. Misalnya di mana wang komisyen pembelaina kapal selam sebanyak RM500 juta disimpan? Saya tidak yakin ia dimasukkan ke dalam bank di negara ini.

Begitu juga di mana Mahathir menyimpan wangnya. Saya tidak percaya kalau Mahathir tak ada wang. Selama 22 tahun dia jadi PM mustahil kalau dia tidak punya wang. Apakah kekayaan anaknya sehinggakan dinobat sebagai antara orang Melayu terkaya, sebahagiannya wang Mahathir?

Kesimpulannya usahlah siasat dan persoalan Toiyab yang menyimpan wang di Switzerland itu. Apa yang lebih baik mari kita berifikir bagaimana untuk merompak dan menyamun wang rakyat membolehkan kita juga ke Switzerland untuk simpan wang. Mana tahu kalau kita sudah kaya kita akan berjumpa dengan mereka di sana. [wm.kl.8:00 am 22/06/11]

Susupan Petang

Posted: 22 Jun 2011 04:01 AM PDT

Buku Politik Hentam Najib?

DUA hari lepas kawan lama saya, seorang wartawan dan politician sdr Shahbuddin Hussein memberikan sebuah buku yang baru diterbitnya. Judul buku itu agak kritis juga; "Najib Perdana Menteri Terakhir..." sub titlenya pula berbunyi; Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End."

Saya belum membaca keseluruhannya dan sempat membelek dan meneliti beberapa bab. Melihat kepada judulnya saya rasa buku ini bakal tidak disenangi oleh Najib dan Umno.

Ini kerana pada pandangan saya buku ini mengkritik Umno dengan menjadikan Najib Razak sebagai objeknya. Kalau dilihat kepada judulnya ia negatif. Tetapi saya tidak fikir isinya keras dan mengancam sampai Najib atau Umno akan melenting kerana Shahbuddin adalah ahli Umno. Kalaulah ahli sebuah parti menghentam kepada pucuk pimpinannya ini bermakna parti itu sudah berada di tahap yang teruk.

Saya rasa apa yang cuba didedahkan dalam buku ini adalah pemerhatian beliau terhadap nasib parti itu ke belakangan ini yang sedang menghadapi gelombang dan goncangan dari Pakatan Rakyat. Bagi Shahbuddin budaya yang mewajahi parti itu membimbangkan beliau. Budaya itu tentulah rasuah dan juga cantas mencantas dalam parti.

Saya rasa Shahbudin ikhlas dalam mengatakan apa yang beliau hendak kata dalam buku ini. Tentulah sebagai seorang ahli parti dia mahu parti itu dibaikpulihkan. Amaran yang hendak disampaikan kalau Umno tidak berubah, seperti mana kehendak Najib - melakukan tranfsormasi, mungkin Umno akan hanyut.

Ikhlas saya katakan orang Umno dan pemimpin atasannya sekali kena baca buku ini dengan berlapang dada. Pandangan dan kritikan yang dihemburkan untuk membaiki parti berkenaan. Sayang kalau Umno melihat dari sudut negatif maka buku ini tidak akan banyak memberi kebaikan kepada Umno.

Buku ini mempunyai 320 muka surat dengan membentangkan 25 tajuk yang bukan saja menyentuh soal Umno tetapi turut memperkatakan perkembangan atau pun perubahan di dalam parti-parti Pakatan Rakyat. Antara tajuk-tajuk yang menarik dan saya rasa menimbulkan kontroversi ialah; Umno mesti dikalah, Jangan bimbang jika Umno tumbang, Menteri-menteri yang gagal.

1Malaysia jadikan Melayu kelas kedua? Juara rakyat program syok sendiri, Rosmah punca rakyat tolak Umno, Pengkhianat jadi perimadoan dan lain-lain lagi.

Beberapa gambar menarik juga dikempilkan sama untuk menjadi halwa mata.

Menurut Shahbuddin minggu depan buku ini akan beredar di pasaran. Jangan lah pula ada yang berfikiran sempit menuduh Shahbuddin telah tidak setia dengan partinya apabila menulis buku dengan judul sebeginilah.

Taniah kepada Shahbuddin kerana menghasil sebuah buku politik semasa yang menyuluh mengenai masalah depan Umno dan merungkaikan beberapa masalahnya. Dan bila saya memegang buku ini pula timbul perasaan cemburu dan tercabar kerana saya sudah dua tahun tidak menghasil buku politik! Tidak mengapa buku kawan saya ini akan menjadi pendorong untuk saya melapangkan masa bagi menghasilkan buku untuk meneruskan perjuangan menerus pena. [wm.kl.7:08 pm 22/06/11]

Tiada ulasan: