Jumaat, 24 Jun 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kos selenggara Scorpene RM417 juta, Naik 8 Kali Ganda

Posted: 24 Jun 2011 11:21 AM PDT


Saya petik:
[KD] KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan memohon peruntukan tambahan sebanyak RM417 juta untuk kos selenggara kapal selam Scorpene, meningkat lapan kali ganda dari kos asal iaitu RM50 juta setahun.

Manakala RM56 juta lagi diguna bagi bayaran pendahuluan untuk melaksanakan sewaan perkhidmatan sistem 'Submarine Escape Rescue Intervention' bagi kapal selam milik Tentera laut Diraja Malaysia.

Sidang Parlimen dilanjutkan sehingga malam tadi untuk menyelesaikan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan peringkat jawatankuasa untuk kementerian pertahanan.

Rang Undang-undang itu memperuntukkan wang tambahan sebanyak RM13 bilion kepada beberapa kementerian dan jabatan bagi membiayai perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan.

Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, beliau mempersoalkan mengapa kerajaan memohon peruntukan sebegitu tinggi untuk kontrak selengara berkenaan, setelah kerajaan membelanjakan sebanyak Euro 1.2 bilion.

Ahli Parlimen Gombak itu juga mempertikai mengapa kementerian pertahanan tidak memasukkan elemen penting dalam kontrak perolehan seperti pemindahan teknologi, latihan dan senggaraan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah turut mempersoalkan perkara yang sama dan menuntut Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad memberi jawapan yang telus.

"Bahas kementerian pertahanan: Kenapa kos selenggara kapal selam Scorpene tiba-tiba bertambah 8 kali ganda? Mula RM50 juta setahun kata timbalan menteri sekarang bertambah belanja RM417.6 juta!," ujarnya.

'Kalau menteri tak beri maklumat terpeinci konon atas sebab keselamatan pertahanan negara, wajib wujud jawatankuasa pilihan untuk pembelian peralatan pertahanan," ujarnya yang turut menyatakan kekesalan itu dalam laman twitter.

Mac lalu, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menyatakan kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak dianggar RM50 juta setahun.

Kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset itu dianugerahkan dan dilaksanakan oleh syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd.

Abdul Latiff pada masa itu berkata, kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun.

P/s: Barang terpakai yang menelan bilion RM duit rakyat!


Berkaitan:

Pembelian Scorpene malapetaka negara- Azmin Ali[KD] KUALA LUMPUR: Pembelian dua kapal Scorpene bernilai 1.14 bilion Euro merupakan malapetaka kepada negara kerana mendatangkan pelbagai masalah kewangan dan politik, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

"Akibat daripada proses yang tidak telus serta diselubungi pelbagai masalah, pembelian kapal selam Scorpene ini merupakan satu malapetaka bagi negara," kata Ahli Parlimen Gombak itu.

"Sudahlah kapal selam tersebut tidak dapat menyelam, sekarang ini negara dibebani dengan kos-kos tambahan atau kos-kos yang dipadamkan daripada kontrak asal atau bajet asal perolehan serta penyeliaan kapal selam tersebut," kata

Azmin berkata demikian sewaktu membahaskan Perbekalan Tambahan hampir RM500 juta yang diminta Kementerian Pertahanan, di Dewan Rakyat semalam.

Beliau mempersoal permohonan RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene dan RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).

Sedangkan sebelum ini, kata Azmin, kerajaan sudah membayar 999.15 juta Euro kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.

Azmin menggesa kerajaan Umno mendedahkan kontrak pembelian kapal selam berkenaan kerana sejumlah wang yang begitu banyak dibelanjakan.

Beliau juga percaya pendedahan butiran kewangan tidak mengancam keselamatan negara kerana ia merupakan tanggungjawab kerajaan menjelaskan kepada rakyat....

[PANAS] Peguam Datuk T Dakwa Pakar Amerika Sahkan Pelaku 99.99% Seiras Anwar

Posted: 24 Jun 2011 12:54 AM PDT


Saya sudah jangka. Perbicaraan ini bukanlah penamat kepada perencanaan untuk membunuh karektor DSAI. Tiba-tiba peguam  mendakwa pakar Amerika mengatakan lelaki dalam video itu 99.99% seiras dengan DSAI.

Saya petik:
[MK] Lelaki dalam video seks adalah "99.99 peratus" Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata peguam yang mewakili bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah (kanan) berkata, pakar video Amerika yang dirujuk polis Malaysia, telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras.

"Ini bererti A and B adalah orang yang serupa," katanya.

Menurutnya, mengikut laporan 4 Jun profesor Hany Farid and Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu, dengan bagi foto Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah.

Rakaman video seks itu, memaparkan aksi seks oral dan juga persetubuhan lelaki dan wanita, dianalisis oleh kedua-dua pakar tersebut.

Perkara itu dinyatakan dalam fakta kes pendakwaan yang dikemukakan dalam perbicaraan melibatkan trio 'Datuk T' hari ini.

Pakar berkenaan mendapati, rakaman berkenaan berasal daripada satu alat perakam video yang dirampas daripada Shazryl Eskay.

Pakar berkenaan seterusnya menjalankan analisis pengenalpastian wajah terhadap pelaku seks lelaki berkenaan dan hasilnya didapati menyerupai Anwar.

Ketua Anwar juga didapati hadir di sebuah pangsapuri di Ampang, Kuala Lumpur yang menjadi lokasi rakaman video seks.

Polis telah mendapati kehadiran Anwar bersama salah seorang tertuduh -- Datuk Shazryl Eskay Abdullah -- di apartmen berkenaan pada 21 Februari lalu.

Perkara itu adalah berdasarkan rakaman litar tertutup yang diperolehi polis di apartmen berkenaan yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur.

P/s: Kejap hotel, kemudian SPA, sekarang apartment di Ampang. Mula-mula pelacur China, selepas itu mereka dakwa pelakon wanitanya pelajar China. DSAI, samanlah trio lahanat ini!!!


Pakar Amerika tidak boleh bezakan individu dalam gambar di atas? Pakar profesional atau pakar tibai duit?

[Kemas Kini] Datuk T Mengaku Salah Tayang Video Lucah, Didenda RM5 500

Posted: 24 Jun 2011 12:15 AM PDT


Saya petik:
[MK] Tiga individu di sebalik video seks lelaki mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini - tiga bulan selepas mereka menayangkan video tersebut di sebuah hotel kepada sekumpulan wartawan.
Mereka adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

Eskay didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 - menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,500.
Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi:

"Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu."

Sementara itu, tuduhan ke atas Rahim pula berbunyi: "Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan, kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan."

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani.

'Bukan menyerupai, tapi Anwar'
Rahim diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Majistret Aizatul Akmal sebelum itu menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan ketiga-tiga tertuduh merujuk dan berunding dengan peguam mereka.
Selepas sidang mahkamah disambung, ketiga-tiga mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.
Pihak pendakwaan termasuk timbalan ketua pendakwaraya Mohamad Hanafiah Zakaria dan pendakwaraya kanan Kamaludin Md Said.

Ketika fakta kes dibacakan, beberapa kali disebut individu dalam video itu "menyerupai Anwar Ibrahim" dan wanita daripada China.

Disebut juga keterangan terdapat adegan seks oral dan bersetubuhan.

Ketika majistret bertanya tertuduh sama ada mereka faham tuduhan yang dibacakan itu, Eskay berkata beliau tidak bersetuju bagaimana pelaku dalam video itu disebut.

"Bukan menyerupai, tapi Anwar," katanya.


 P/s: WAYANG TERHEBAT UMCO! Aibkan orang, ugut orang, sebar fitnah, sebar video lucah hukumannya hanya denda RM3000, RM1500, dan RM1000.
Wayang ini belum berakhir, ceritanya semakin busuk. Cuba telitikan berita di atas, terutama bahagian Eskay membetulkan pertuduhan yang dibaca oleh hakim. Kata Eskay "bukan menyerupai, tapi Anwar." Pihak polis juga masih belum "selesai" menyiasat video itu. Tayangan video itu masih berleluasa di internet, pautan muat turun disebarkan dari blog ke blog, laman sosial ke forum dan sebagainya. Tiada siapa yang dikenakan tindakan menyebarkan atau menayangkan video itu di internet.

 Agak-agak apa yang Rahim dan Najib berbincang sehari sebelum dia dan geng Datuk T dipanggil ke mahkamah hari ini?




Sanggup Serah Dara untuk Miliki iPhone4

Posted: 23 Jun 2011 09:30 PM PDT

Sekadar hiasan.
Saya mahu terjemah berita ini malam tadi, tetapi tidak kesampaian kerana mata mengantuk sangat. Rupa-rupanya BH sudah menterjemahkannya untuk paparan hari ini.

Berdasarkan laporan media di China, remaja di sana begitu serius dan bersungguh-sungguh untuk memiliki produk Apple yang mahal hingga ada yang sanggup menggadai maruah diri.

Akhbar Korean Herald memetik Biznewschina sebagai melaporkan seorang remaja 'jiulinghou' (merujuk kepada mereka yang lahir pada 1990-an) menulis dalam Weibo – versi Twitter China – bahawa dia mengimpikan mahu memiliki iPhone 4 sendiri tetapi tidak dibenarkan bapanya. 

Dia kemudian memutuskan untuk menjual daranya kepada seseorang yang boleh membelikannya peralatan telefon bimbit itu. 

Remaja Guangdong itu turut menyiarkan gambarnya bersama maklumat peribadi dengan menyatakan beliau sanggup menjual daranya kepada sesiapa yang membelikannya iPhone 4.


Kalau anda ingat, bulan April lalu seorang budak lelaki sanggup menjual buah pinggangnya semata-mata mahu memiliki iPad dan telefon bimbit. Dia menjual buah pinggangnya dengan harga 22,000 yuan (RM10,300).

P/s: BINGAI!


Demi Anak, Ibu Rela Diperkosa Penceroboh Rumahnya

Posted: 23 Jun 2011 08:00 PM PDT

Sekadar hiasan.

Saya petik:
[HM] PETALING JAYA: Pilihan setan. Itu situasi getir terpaksa dipilih seorang wanita berusia 40 tahun sama ada mahu dirinya atau anak perempuannya berusia lapan tahun dirogol dalam kejadian pecah rumah di Kampung Subang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dan anaknya tidur dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berusia 30-an yang pada mulanya mahu merompak.

Demi menjaga kesucian anaknya, si ibu dirogol suspek sambil detik hitam terbabit disaksikan kanak-kanak itu. Difahamkan, ketika kejadian suami mangsa keluar bekerja.

Sumber polis berkata, mangsa dan anaknya yang tidur nyenyak di rumah berkenaan dikejutkan seorang lelaki tidak dikenali.

"Tersentak dengan itu, mangsa merayu dikasihani selain memberitahu akan menyerahkan semua barangan berharga miliknya kepada suspek asalkan dia dan anaknya tidak disentuh," katanya.

Bagaimanapun, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

"Terkejut dengan itu, mangsa merayu dan berusaha mempertahankan dirinya. Namun, wanita itu mengalah apabila suspek mengugut untuk menodai anak perempuannya jika melawan.

"Selepas dirogol, suspek mengambil beberapa barangan berharga seperti telefon bimbit dan wang tunai dianggarkan bernilai RM500 sebelum melarikan diri," katanya.

Mangsa menghubungi polis sebelum sepasukan anggota polis dihantar ke tempat kejadian.

Katanya, selepas mangsa memberi keterangan, dia dan anaknya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, untuk pemeriksaan dan rawatan.
Difahamkan, sehingga kini suspek belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan insiden itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 dan 376 Kanun Keseksaan (KK).

P/s: Lahanat! Kes ini seakan-akan sama dengan kes rompakan/rogol yang berlaku di Kampung Melayu Subang beberapa bulan lalu.

"Toyol Junior" Perompak Paling Muda di Malaysia

Posted: 23 Jun 2011 07:40 PM PDT


Saya petik:
[HM] KOTA KINABALU: Dalam usia baru mencecah lapan tahun, seorang murid sekolah rendah di sini mungkin mencatat rekod perompak termuda di negara ini apabila ditahan bersama dua rakannya selepas memecah masuk pangsapuri seorang pensyarah dan melarikan barang bernilai lebih RM20,000.

Kegiatan penjenayah cilik itu bersama dua rakan masing-masing berusia 15 dan 29 tahun terbongkar selepas polis menyerbu 'markas' mereka yang berhampiran pangsapuri itu, kira-kira jam 1.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, berkata ketika diserbu ketiga-tiga mereka asyik membahagikan barangan curi dari rumah berkenaan.

Menurutnya, kira-kira jam 1 tengah hari pada Isnin lalu, seorang pensyarah pusat pengajian tinggi tempatan membuat laporan polis selepas rumahnya dipecah masuk dan kehilangan kamera digital, tiga komputer riba, empat telefon bimbit dan barang kemas dengan kerugian keseluruhannya dianggarkan RM20,000.

"Sebaik menerima laporan mangsa, polis menjalankan siasatan dan mengesan tiga individu dipercayai terbabit kejadian itu di sebuah rumah tidak jauh dari tempat kejadian.

"Dalam serbuan ke atas rumah itu polis menahan tiga suspek termasuk seorang murid sekolah yang berusia lapan tahun," katanya pada sidang media IPD Kota Kinabalu, di sini, semalam.

Ahmad Sofi berkata, dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek, polis menemui semula semua barangan dicuri.

Menurutnya, siasatan polis mendapati ketiga-tiga suspek memecah masuk rumah berkenaan dengan mengumpil tingkap sebelum melarikan barang berharga mangsa.

"Kemungkinan suspek berusia lapan tahun itu masuk terlebih dulu sebelum membuka pintu bagi memudahkan dua rakannya menyelinap masuk. Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Ahmad Sofi berkata, ketiga-tiga suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Tiada ulasan: