Jumaat, 24 Jun 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PKR Terbit 'Dokumentari' Jelas Keraguan Video Seks 'Datuk T'

Posted: 24 Jun 2011 07:04 AM PDT

Ditulis oleh Hadri Yaziz



PETALING JAYA: Keraguan mengenai pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh trio 'Datuk T' terjawab apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini memaparkan sebuah dokumentari pendek menjelaskan secara terperinci video yang dipercayai direkayasa untuk menjatuhkan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Video sepanjang 40 minit itu ditayangkan kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR selepas mahkamah tinggi pagi tadi menjatuhkan hukuman denda kepada ketiga-tiga individu yang mengaku bersalah menayangkan video lucah kepada umum pada 21 Mac lalu.

Ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang mengaku bertanggungjawab sepenuhnya menyiarkan dokumentari itu menjelaskan tujuan ianya dipaparkan adalah untuk memberi pilihan kepada rakyat menilai dari aspek ketulenan fizikal pelaku.

"Saya menunggu masa yang sesuai. Tidak ada sebab untuk kita lawan di mahkamah. Saya sendiri bertanggungjawab (ke atas video) dan ini apa yang saya percaya.

"Saya tidak tuduh siapa-siapa tapi saya mahu beri peluang kepada masyarakat untuk lihat dan menilai," ujar beliau.

Dokumentari tersebut memaparkan Johari sebagai pengacara memberi penerangan mengenai bentuk tubuh badan pelaku yang amat berbeza dengan Anwar.

Ini termasuk pendedahan terbaru memperlihatkan individu dalam rakaman video tersebut memakai cermin mata walhal Anwar tidak.

Selain itu bentuk fizikal seperti perut, punggung, hidung, tali pinggang dan rambut yang digunting rapi ternyata amat bercanggah dengan susuk tubuh dan cara pemakaian Ketua Pembangkang.

Dalam dokumentari itu turut memuatkan sedutan video di mana Johari telah melawat ke negara Thailand untuk bertemu jurusolek profesional yang boleh mengubah rupa beliau mirip seniman P. Ramlee.

Ternyata hasil yang ditunjukkan kepada media memperlihatkan wajah beliau amat mirip dengan seniman agung itu dalam gambar hitam putih.

"Saya sampai ke Bangkok untuk ubah wajah saya. Jelas teknologi ini wujud," katanya lagi.

Johari kemudian memberitahu media bahawa beliau mengambil masa 34 hari untuk menyiapkan dokumentari itu termasuk menggunakan sumber kewangan sendiri dan bantuan pihak tertentu.

Sehubungan dengan itu beliau berkata dokumentari tersebut akan dimuat naik di laman Youtube jam 4 petang ini dan menggesa rakyat untuk memuat turun dan meneliti perkara yang cuba disampaikan dalam video berkenaan.

Pagi tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman denda RM5,500 kepada Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Shuib Lazim dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik kerana didapati bersalah secara terbuka menayangkan video lucah kepada umum.

Perbicaraan 'Datuk T' atau Pesta Serang Anwar ?

Posted: 24 Jun 2011 06:49 AM PDT

Ditulis oleh Wira Arjuna



KOMENTAR : Adakah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan mengambil langkah berani untuk mensabitkan Anwar Ibrahim atas tuduhan membuat laporan polis palsu ?

Atau, adakah memadai untuk Peguam Negara menutup kes ini di sini, selepas pendakwaraya mengambil kesempatan menghebahkan kononnya dua profesor sebuah kolej dari Amerika Syarikat memberitahu Polis DiRaja Malaysia bahawa orang dalam video itu adalah mirip Anwar.

Tidak ada peluang untuk peguam- peguam Anwar mempertikaikan laporan profesor dari Dartmouth College Hanover New Hampshire itu atau rekod akademik kolej itu sendiri kerana pertuduhan hanya membabitkan 'Datuk T'.

Pendakwaan itu digunakan sepenuhnya oleh Peguam Negara, Polis dan peguam 'Datuk T' untuk mengitar semula tuduhan terhadap Anwar, kali ini di dalam sebuah mahkamah terbuka.

Pada masa sama mereka menutup ruang untuk Anwar mempertahankan diri seraya memeriksa laporan "pakar" dan bukti- bukti lain yang dikemukakan semalam.

Justeru persoalan yang amat relevan adalah : Adakah Peguam Negara sanggup untuk membawa pertuduhan terhadap Anwar sendiri demi mempertahankan hasil siasatan polis dan pakar yang digunakan oleh pendakwaraya untuk mengaibkan beliau ?

Jika jawapan Gani adalah "Ya", maka ia akan membolehkan peguam Anwar menguji "bukti- bukti" pakar polis yang dimaksudkan mengenai video lucah itu serta memperinci "semangat patriotik' gandingan 'Datuk T' dalam menayangkan video lucah berkenaan.

Sayang sekali, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Shuib Lazim dan Eskay Abdullah tidak pula mengaku TIDAK bersalah dengan hujah mereka bertindak menayangkan video itu demi kepentingan negara dan bukan kerana mencari keuntungan diri.

Jika mereka berani meminta dibicarakan, maka sudah tentu ia memberi ruang kepada Anwar untuk dipanggil sebagai saksi dan peguam- peguam Anwar pula boleh memohon untuk menjadi pemerhati dengan hak menyoal balas "pakar- pakar" pendakwaraya.

Namun ini tidak berlaku. Gandingan 'Datuk T' sebaliknya cepat- cepat mengaku salah, dan membayar denda ringan. Sebaik sahaja keluar mahkamah, 'Datuk T' dan peguam mereka melontarkan satu lagi pusingan tuduhan terhadap Anwar.

Satu aspek menarik mengenai kes mahkamah 'Datuk T' adalah bagaimanakah peguambela mereka, Datuk Shafee Abdullah, memperolehi laporan daripada profesor Amerika itu jika dokumen itu adalah sulit dan dipegang oleh polis ?

Seperti yang dijangka, laporan itu dipergunakan sepenuhnya oleh Shafee untuk mendakwa kononnya kini ada pakar Amerika Syarikat mengesahkan bahawa orang dalam video itu 99.99 peratus adalah Anwar.

Yang menghairankan, ialah tidak ada pula butiran dalam laporan pakar itu yang memberikan peratusan sedemikian.

Satu carian di Internet pula mendapati Kolej Dartmouth yang menjadi rujukan Gani dan Shafee lebih terbilang sebagai kolej yang menawarkan kursus untuk siswa ijazah pertama sahaja.
Kewibawaannya dalam bidang penyelidikan ala- CSI ini perlu disahkan terlebih dahulu.

Selepas pendakwaraya menghebahkan laporan pakar Amerika itu di mahkamah terbuka, peguam 'Datuk T' pula menyimpan dokumen itu untuk ditunjukkan kepada wartawan selepas perbicaraan.

Rahim, Shuib dan Eskay kemudian "dilepaskan" dengan denda berjumlah RM5,500 kerana menayangkan video lucah. Namun menurut mereka, mereka sanggup "mengorbankan diri" dengan menerima hukuman itu demi menyelamatkan Malaysia.

Jika itu alasan mereka, sudah tentu, mereka sepatutnya mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan untuk membersihkan nama mereka.

Denda beberapa ribu ringgit itu adalah harga murah untuk dibayar oleh Rahim dan dua rakannya bagi peluang mengaibkan Anwar, menjatuhkan musuh politik utama Umno dan sekali gus mencerahkan harapan Umno-BN pada pilihanraya umum akan datang.

Namun beberapa persoalan penting tidak diajukan kepada gandingan 'Datuk T', oleh pendakwaraya mahu pun polis. Antaranya;

- Eskay mendakwa kejadian berlaku di hotel, kertas tuduhan mengatakan ia berlaku di sebuah pangsapuri.

- Eskay mengaku beliau berada dalam rakaman lucah itu dan camcorder yang mengandungi rakaman itu dirampas dari beliau oleh polis.

- Justeru, bukankah Eskay mempunyai peranan yang jauh lebih berat dalam rakaman video itu ? Kenapa dibataskan dakwaan terhadap Eskay hanya dalam peranan menayangkan video lucah dan bukan sebagai pihak yang mendalangi rakaman itu sendiri ? Malah, mungkin membekalkan pelacur Cina yang dimaksudkan ?

- Dan, ini persoalan yang sering ditanya oleh media arus perdana – apa jadi dengan isu jam Omega yang diserahkan oleh Eskay kepada polis ? Tiba- tiba isu jam itu "dilenyapkan' daripada paparan orang ramai.

Ini mungkin kes pertama di dunia di mana tiga orang didakwa menayangkan video lucah namun kertas pendakwaan memberi tumpuan yang begitu spesifik kepada aspek- aspek yang boleh mensabitkan Anwar sebagai pelakunya.

Segala pertuduhan terhadap Anwar itu, malangnya, tidak boleh dijawab oleh Ketua Pembangkang kerana bukan beliau yang menghadapi pendakwaan atau pertuduhan.

Jadi ini memberi ruang yang cukup bebas untuk pendakwaraya, peguam 'Datuk T' "melanyak" beliau tanpa bimbang terhadap jawab balas Anwar di mahkamah.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin mendakwa pendakwaan Datuk Trio membuktikan Umno tidak terlibat dalam video lucah yang dikaitkan kepada Anwar.

Mungkin Khairy boleh menjelaskan bagaimana tiga individu yang mempunyai kepentingan dalam Umno dan kontrak-kontrak lumayan, boleh membuat tuduhan begitu keji yang kemudiannya disokong dan diulang oleh Pejabat Peguam Negara di dalam mahkamah terbuka ?

Semua ini dibuat tanpa memberi peluang kepada Anwar untuk membela diri.

Rasanya Khairy tahu maksud pepatah "lontar batu sembunyi tangan"

'Polis ada cara halang perhimpunan 9 Julai'

Posted: 24 Jun 2011 06:15 AM PDT

MALAYSIA KINI


Polis akan menggunakan cara tersendiri untuk memastikan perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini tidak akan berlaku, kata Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh.

"Apa rancangan dan jenis tindakan yang akan kita ambil itu, biarlah polis sahaja yang tahu. Yang pasti, kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi menghalang perhimpunan ini," katanya dalam sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Amar Singh berkata sehingga hari ini, tidak ada satu pihak pun yang memohon permit untuk mengadakan perhimpunan itu.

Oleh itu, kata beliau, sekiranya perhimpunan itu diadakan juga, ia boleh diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram atau tidak ada permit/lesen seperti yang ditetapkan oleh Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.

Amar Singh berkata sehingga kini polis telah menerima lebih daripada 800 laporan polis berhubung bantahan terhadap demonstrasi ini yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO), golongan peniaga, persatuan-persatuan, ahli politik dan orang awam (individu).

"Selain daripada perhimpunan yang menggunakan nama BERSIH 2.0, pada masa yang sama juga terdapat dua kumpulan berlainan telah menyatakan hasrat untuk membuat perhimpunan di sekitar ibu kota bagi membantah perhimpuan Bersih ini.

"Dengan adanya kumpulan yang tidak sefahaman pendapat ini berhimpun, kita khuatir akan mencetuskan keadaan yang boleh menggangu aktiviti harian, perniagaan dan ketenteraman awam," katanya.

Amar Singh meminta penganjur supaya menarik balik rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan haram itu.


Utusan dibakar di seluruh negara

Posted: 24 Jun 2011 05:52 AM PDT

Norsyafinas Ahmad Sukri


Pemuda PAS hari ini menganjurkan perhimpunan di pelbagai tempat bagi membantah penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia yang didakwa menghina Islam.

NONEDalam perhimpunan di Kuala Lumpur, Perak dan Terengganu turut menyaksikan akhbar milik Umno itu dibakar selepas solat Jumaat hari ini.

Di Kuala Lumpur, diketuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Ahmad Sabki Yusof, ratusan umat Islam berkumpul di Masjid Jamek Kampung Baru.

Menurut ketua penerangannya Herman Samsudin, menariknya, terdapat peserta yang tidak membakar keseluruhan akhbar itu tetapi halaman kartunnya saja yang menjadi mangsa.

NONE"Dalam demonstrasi tadi, Ahmad Sabki ada menyebut bahawa karikatur (itu) telah melakukan kesalahan besar kepada umat Islam dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) perlu mengambil tindakan dengan menggantungkan permit Utusan Malaysia," katanya.

Keputusan mengadakan perhimpunan di seluruh negara hari ini atas arahan ketua Pemudanya Nasrudin Hassan selepas tuntutan maaf mereka tidak dilayan akhbar itu.

Jumaat lalu, Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan kepada Utusan berhubung penyiaran kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' karya Miki yang disiarkan pada 15 Jun lalu.

Polis arah henti

NONESementara itu, di Ipoh, dua ratus orang hadir perhimpunan anjuran dewan Pemuda PAS negeri di pekarangan Masjid negeri, Masjid Sultan Idris Shah II.

Penolong Setiausaha Pemuda PAS negeri Safizal Saleh berkata, himpunan hampir 30 minit itu diwarnani dengan pelbagai sepanduk mendesak Utusan segera memohon maaf.

Bagaimanapun, tambahnya, pihak polis mengarahkan agar himpunan tersebut dihentikan.

NONE"Berikutan itu juga Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Abu Bakar Hussien yang turut hadir kesal kerana pihak Utusan Malaysia tidak sensitif kepada umat Islam," katanya.

Di Terengganu pula, difahamkan terdapat perhimpunan dibuat di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu yang disertai ketua Pemuda PAS negeri Mohd Nor Hamzah.

Kontroversi kartun dua panel itu bermula apabila sebuah dialog berhubung penolakan telefon bimbit sebagai bahan bukti dalam kes rogol menjadi pertikaian.

Dialog yang dikatakan menghina Islam adalah: "Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya besi."

Anwar tetap nafi pelaku dalam video seks

Posted: 24 Jun 2011 05:46 AM PDT

Hafiz Yatim

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kesekian kalinya bertegas bahawa beliau bukanlah pelaku dalam video seks yang membawa trio Datuk T ke mahkamah hari ini.

Bagaimanapun Anwar tidak menolak kemungkinan bahawa beliau mungkin akan turut diheret ke mahkamah kerana membuat laporan polis palsu.

"Tapi sebab mereka ini, apa sekalipun mustahil (berlaku). Mereka boleh tutup kes Altantuya (Shaariibuu), mereka boleh tutup kes bunuh dan kes rogol dan apa saja.

"Kita akan tanganinya. Kita akan persiapkan (pasukan) pembelaan kita," kata ahli parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Anwar berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau akan didakwa keranamembuat laporan polis palsu memandangkan pendakwaan dalam kes Datuk T hari ini mendedahkan bahawa pelaku dalam video seks berkenaan mirip dirinya.

Katanya lagi, beliau telah menjangkakan bahawa ketiga-tiga individu berkenaan akan dikenakan hukuman ringan kerana salah seorang daripada mereka – Tan Sri Rahim Thamby Chik telahpun mengadakan pertemuan dengan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya telah menjangkakan mereka akan guna mahkamah untuk melemparkan fitnah ke atas saya dan mereka akan dilepaskan dengan hukuman ringan.

"Semua ini telahpun dirancang terlebih dahulu dengan (peguam negara, Tan Sri) Abdul Gani (Patail) di belakangnya dan kita ada (peguam) hebat (Datuk Muhammad) Shafee Abdullah," katanya lagi dengan sinis.

Peguam: Pakar Amerika 99.99% pasti Anwar

Posted: 24 Jun 2011 05:42 AM PDT

Kow Gah Chie


Lelaki dalam video seks adalah "99.99 peratus" Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa peguam yang mewakili bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah (kanan) berkata, pakar video Amerika yang dirujuk polis Malaysia, telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras.

"Ini bererti A and B adalah orang yang serupa," katanya kepada wartawan ketika mahkamah berehat.

Menurutnya, mengikut laporan 4 Jun profesor Hany Farid and Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu, dengan bagi foto Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah.

Shafie menunjukkan salinan laporan tersebut kepada wartawan tetapi enggan membenarkan salinan dokumen itu dibuat.

Walaupun Shafie mendakwa pakar-pakar tersebut melaporkan bahawa mereka 99 peratus pasti, tetapi Malaysiakini tidak nampak maklumat tersebut pada dokumen berkenaan.

Dalam fakta kes yang dibaca di mahkamah, mahkamah juga mendengar anwar four frame video 030611bahawa pakar tersebut mengesahkan bahawa video itu tulen tanpa pengubahsuaian dan ianya dirakamkan dengan perakam DVR milik ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Eskay adalah antara Datuk T - tiga individu di sebalik tayangan video seks lelaki mirip ketua pembangkang kepada wartawan tiga bulan lalu - yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Dua lagi ialah bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi:

"Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu."

Sementara itu, tuduhan ke atas Rahim pula berbunyi: "Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan, kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan."

Ketika-tiga mereka didakwa elakukan kesalahan itu di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur antara 10 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Mac lepas.

Ketiga-tiga mereka mengaku bersalah. Eskay didenda RM3,000 atas kesalahan itu, Shuib RM1,500 dan Rahim sebanyak RM1,000 - menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5,500.

Dalam fakta kes itu lagi, pakar berkenaan mendapati, rakaman berkenaan berasal daripada satu alat perakam video yang dirampas daripada Shazryl Eskay.

Pakar berkenaan seterusnya menjalankan analisis pengenalpastian wajah terhadap pelaku seks lelaki berkenaan dan hasilnya didapati menyerupai Anwar.

Anwar juga didapati hadir di sebuah pangsapuri di Ampang, Kuala Lumpur yang menjadi lokasi rakaman video seks tersebut.

Polis telah mendapati kehadiran Anwar bersama salah seorang tertuduh -- Datuk Shazryl Eskay Abdullah -- di apartmen berkenaan pada 21 Februari lalu.

Perkara itu adalah berdasarkan rakaman litar tertutup yang diperolehi polis di apartmen berkenaan.

Berikut adalah fakta kes pendakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur:

1. Dato' Shazryl Eskay bin Abdullah,
2. Tan Sri A Rahim Tamby Chik
3. Dato' Shuaib Lazim.

Fakta kes

1. Pada akhir bulan Februari 2011, Dato' Shazryl Eskay bin Abdullah (selepas dirujuk sebagai "Dato' Eskay") telah pergi berjumpa dengan Dato' Shuaib bin Lazim (selepas ini dirujuk sebagai "Dato' Shuaib") di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media USB (pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (selepas ini dirujuk sebagai "Dato' Seri Anwar") dengan seorang perempuan warganegara China.

2. Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib telah berbincang sesama sendiri dan telah bersetuju untuk berjumpa dengan Tan Sri A Rahim bin Tamby Chik (selepas ini dirujuk sebagai "Tan Sri A Rahim") berkenaan kandungan peranti tersebut memandangkan ianya sensitif dan melibatkan kepentingan negara.

3. Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib telah berjumpa dengan Tan Sri A Rahim di Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur berkenaan kandungan peranti tersebut. Setelah berbincang, mereka bertiga membuat keputusan untuk menayangkan rakaman video yang terkandung dalam peranti tersebut dan memutuskan untuk memanggil wartawan bagi menyaksikan rakaman video tersebut.

4. Dalam perbincangan tersebut, Tan Sri A Rahim mencadangkan tayangan rakaman video berkenaan dibuat di Hotel Carcosa Seri Negara dan menjemput beberapa wartawan untuk menyaksikannya. Perkara ini dipersetujui oleh Dato' Shazryl dan Dato' Shuaib.

5. Pada 19 Mac 20011, Tan Sri A Rahim telah menghubungi seorang bernama Haji Kamarulail bin Sulaiman dan meminta beliau menempah sebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara.

6. Pada 20 Mac 2011, Haji Kamarulail telah pergi ke Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur dan telah menempah bilik Seri Makmur di atas nama Tan Sri A Rahim bermula daripada hari tersebut sehingga 21 Mac 2011 (Isnin).

7. Pada 20 Mac 2011, Dato' Shazryl telah meminta ketua wartawan The Star, Sirajinisa bt Habibu Mohd untuk menyebarkan kepada wartawan media supaya hadir di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011 mengenai satu cerita yang besar demi kepentingan negara.

8. Sirajinisa telah menyebarkan jemputan ini kepada beberapa wartawan dan wartawan-wartawan tersebut pula turut membuat sebaran yang sama pada wartawan-wartawan lain.

9. Pada 21 Mac 2011, ramai penyunting akhbar dan wartawan telah tiba di Hotel Carcosa Seri Negara seawal jam 9.00 pagi. Dato' Shazryl telah meminta Dato' Shuaib supaya menapis wartawan-wartawan yang hadir sebelum dibenarkan masuk Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara bagi menyaksikan tayangan video tersebut.

10. Pada jam 10.00 pagi, penayangan rakaman video yang mengandungi adegan aksi lucah ini kemundiannya dilakukan oleh Dato' Shazryl menggunakan sebuah LCD CPU jenama Lenovo kepunyaan Dato' Shazryl. Semasa tayangan rakaman video dijalankan, Dato' Shazryl juga telah memberi penerangan mengenai rakaman video tersebut. Dato' Shazryl juga telah menerangkan bahawa gambar beliau turut terakam sebelum rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China. Dato' Shuaib juga hadir pada sepanjang masa penayangan di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara. Penayangan video tersebut dilakukan secara berulang dan pada setiap tayangan hanya beberapa orang wartawan sahaja yang dibenarkan untuk menontonnya.

11. Tayangan ini mengambil masa di antara 20 hingga 25 minit. Secara keseluruhannya, seramai 13 wartawan telah menyaksikan tayangan rakaman video tersebut dan tayangan terakhir tamat lebih kurang jam 12.00 tengahari.

12. Pada 22 Mac 2011, Dato Seri Anwar telah membuat laporan polis berhubung penayangan tersebut vide Tun SHL Report 9703/11.

13. Pada 23 Mac 2011 jam 4.00 petang, satu sidang media telah dilakukan oleh Dato' Shazryl dan Tan Sri A Rahim di Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur. Dalam sidang media tersebut, Dato' Shazryl dan Tan Sri A Rahim mengaku mereka bersama Dato Shuaib bertanggungjawab menayangkan rakaman video tersebut kepada wartawan terpilih di Hotel Carcosa Negara pada 21 Mac 2011.

14. Pada 24 Mac 2011 jam 5.00 petang, Dato Shazryl dan Tan Sri A Rahim telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan. Dato' Shazryl telah menyerahkan peranti yang mengandungi rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai sebagai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China.

15. Pada 25 Mac 2011, Dato' Shuaib telah datang ke ibu pejabat polis Bukit Aman untuk menyerah diri dan memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan.

16. Keterangan mendapat rakaman tersebut diambil dalam sebuah bilik apartment di .... [dipadam] Ampang .... [dipadam] Kuala Lumpur.

17. Pihak polis telah mendapatkan rakaman CCTV di apartment tersebut dan telah mendapati kehadiran Dato' Seri Anwar bersama Dato' Shazryl di lobi apartment tersebut pada 21 Februari 2011.

18. Keterangan menunjukkan rakaman video tersebut mengandungi adegan aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan di antara lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya bogel.

19. Hasil analisa oleh pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video tersebut adalah tulen iaitu tidak dilakukan sebarang tampering dan superimpose serta berasal daripada satu alat perakan DVR yang dirampas dari Dato' Shazryl.

20. Pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika juga telah menjalankan facial recognition analysis terhadap pelaku seks (lelaki) di dalam rakaman video dan hasilnya mendapati .... [dipadam] adalah menyerupai Dato' Seri Anwar.

Barang kes:

1. Tun HSL Report 9703/11
2. Alat perakan DVR
3. Satu peranti storan media USB (pendrive) LCD CPU jenama Lenovo
4. Laporan pakar Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat.

Kerajaan tidak perlu takut himpunan Bersih 2.0

Posted: 24 Jun 2011 05:41 AM PDT

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU: Kerajaan diingatkan tidak perlu takut kepada himpunan aman Bersih 2.0 yang akan berlangsung pada 9 Julai nanti, kata Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar).

Ini, katanya kerana menerusi program itu, rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat hanya menyuarakan pandangan mereka sebelum menyerahkan memorandum kepada pihak berkenaan.

"Kebebasan berhimpun dan kebenaran bersuara. Jadi saya tidak nampak kenapa Kerajaan Persekutuan perlu takut.

"Ini kerana berdasarkan rekod, perhimpunan yang dianjurkan Pakatan Rakyat termasuk Himpunan Bersih pertama (2007), adalah himpunan yang aman," katanya.

Namun kata beliau, sekiranya berlaku huru-hara, itu ialah apabila berlaku provokas pihak lain termasuk polis.

"Jadi, bagi saya, Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini perlu dibenarkan," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Perasmian Siap Fasa Satu pembinaan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh dekat sini, semalam.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Takiyuddin berkata, pokok pangkalnya ialah sekiranya satu-satu perhimpunan itu mengancam keselamatan negara seperti perhimpunan untuk membakar apa-apa benda misalnya, maka perhimpunan itu bolehlah dilarang.

"Jadi saya selaku peguam, saya faham hak rakyat dari sudut Perlembagaan itu sendiri, hak berhimpun, hak bersuara, hak untuk menyatakan pandangan. Ini disebut sebagai hak asasi, dan hak asasi adalah di bawah (peruntukan) Perlembagaan," katanya.

Pinjam RM6 bilion: Anak cabar Isa Samad dialog terbuka

Posted: 24 Jun 2011 05:35 AM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, dicabar untuk berdialog secara terbuka dengan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan Cawangan Lembah Klang (Anak Lembah Klang) bagi menjelaskan hal pinjaman RM6 bilion dan kerugian anak-anak syarikat Felda.

Anak Lembah Klang bersedia menyiapkan pentas terbuka untuk diadakan dialog tersebut dan Isa Samad diberikan tempoh tiga hari bagi menjawab kesediaannya untuk menyambut cabaran itu.

Jika tidak, ia jelas menggambarkan ada 'masalah besar' yang dihadapi Felda hari ini di bawah kendalian Isa Samad dan beliau mesti bertanggungjawab dengan semua itu.

Naib Pengerusi Anak Lembah Klang, Mohd Nasaie Ismail berkata, kenyataan Isa Samad bahawa pinjaman Felda kepada KWSP sebanyak RM6 bilion bukanlah satu masalah dan ia merupakan penghormatan kepada Felda, jelas merupakan satu penghinaan kepada golongan peneroka, anak peneroka dan warga Felda.

Menurut beliau, jawapan tersebut menampakkan sikap Isa yang menganggap golongan peneroka, anak peneroka dan warga Felda seolah-olah buta maklumat sehingga sanggup ditipu oleh beliau.

"Masakan tidak ada sebarang masalah, kita membuat pinjaman dan pinjaman ini dalam jumlah yang besar hampir lima kali ganda daripada keuntungan tahunan Felda yang dihebahkan kepada kita.

"Kita juga pelik, mengapa Isa boleh katakan kerugian Felda bukanlah suatu masalah sebaliknya ia boleh diurus supaya kerugian itu menjadi baik. Mana ada kerugian dikira baik. Rugi sememangnya petanda buruk kepada agensi milik rakyat Malaysia ini," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Anak Lembah Klang, menurut beliau, mempersoalkan apakah tujuan dipinjam wang sehingga RM6 bilion dan mengapa perlu dipinjam daripada agensi yang lain?

"Persoalannya juga, apakah wujudnya kekurangan dana Felda atau benarkah dengan dakwaan wang dipinjam digunakan untuk belanjawan pilihanraya parti pemerintah? Ini yang perlu dijawab," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan.

Jika begitulah cara berfikir Pengerusi Felda, tegasnya, tidak mustahil Felda akan bankrap di bawah pengurusan Isa Samad sebagaimana lingkupnya Negeri Sembilan dibawah beliau.

"Anak Lembah Klang juga menasihatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Anak, Mazlan Aliman supaya tidak membalas kenyataan Isa itu kerana lavel pemikiran dan jawapannya cukup sekadar anak-anak peneroka seperti kami sahaja menjawabnya," ujar beliau.

Karikatur: PAS buat demo, gesa KDN gantung permit Utusan

Posted: 24 Jun 2011 05:32 AM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR— PAS mengadakan demonstrasi di bandar-bandar utama hari ini sambil menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia berhubung penyiaran karikatur yang didakwa menghina agama Islam.

Selain itu, parti Islam itu juga mahu polis dan jabatan agama menyiasat karikatur yang disiarkan pada 15 Jun lalu.

Hari ini, demonstrasi diadakan di beberapa negeri termasuk Perak, Pulau Pinang, Melaka dan Terengganu ekoran keengganan Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan karikatur itu.


Demonstrasi anjuran PAS di pekarangan Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur membantah karikatur terbitan Utusan Malaysia. — Foto oleh Choo Choy May
"Kita sudah hantar memorandum supaya Utusan Malaysia meminta maaf tapi sehingga hari ini mereka tidak berbuat demikian... kita tidak boleh membiarkan akhbar yang menghina Islam.

"Sekali lagi kami mahu Utusan Malaysia meminta maaf kepada seluruh umat Islam, kita juga mahu polis, jabatan agama menyiasat kartunis dan editor-editor yang menghina Islam ini," kata Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan Nasaie Ismail ketika menyampaikan ucapan di pekarangan Masjid Jamek, Kampung Baru di sini selepas solat Jumaat.

Minggu lalu Dewan Pemuda PAS pusat memberi tempoh tujuh hari kepada Utusan Malaysia agar memohon maaf bermula dari tarikh karikatur itu disiarkan.

Selain itu, Dewan Pemuda PAS pusat juga mahu Utusan Malaysia mengambil tindakan ke atas pelukis karikatur itu yang hanya dikenali sebagai "Miki".

Utusan Malaysia telah menyiarkan karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" dan ia menurut Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Dewan Pemuda PAS Kelantan menghina Islam.

Dalam demonstrasi aman yang disertai kira-kira 50 orang turut melaungkan slogan "Utusan Hina Islam", "Hancur Utusan Malaysia", Boikot Utusan Malaysa", "Hidup Umat Islam", "Jangan Hina Ajaran Islam" dan "Batalkan Permit Utusan Malaysia."

Peserta demonstrasi itu juga membakar Utusan Malaysia sebagai simbolik membantah tindakan akhbar milik Umno.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya III PAS Wilayah Persekutuan Ahmad Sabki Yusof berkata KDN perlu mengambil tindakan segera dengan menggantung permit Utusan Malaysia.

"Ini menunjukkan satu kebiadapan mereka yang menghina Islam dan menghina ajaran Islam... mereka telah lakukan kesalahan besar kepada umat Islam.

"KDN perlu mengambil tindakan segera, kami gesa KDN menggantung permit Utusan Malaysia... kami juga mahu pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas ke atas akhbar itu yang jelas menghina Islam," katanya.

Pagi tadi, Dewan Muslimat PAS pusat telah membuat aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan menggesa agensi itu melakukan siasatan ke atas Utusan Malaysia.

Sayap PAS itu juga mahu Jawi menyiasat pembabitan biro politik Umno dalam pengeluaran dan penerbitan karikatur tersebut.

Sementara itu di Melaka, kira-kira 100 orang telah berkumpul di hadapan Masjid Bukit Katil bagi membantah dan mengecam penyiaran karikatur tersebut.

Menurut Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari, pihak kesal dengan tindakan dengan akhbar berbahasa Malaysia itu sambil menyifatkan "ia boleh diselesaikan" jika memohon maaf.

"Demonstrasi ini dianjurkan Pemuda PAS dalam isu karikatur yang disiarkan dalam Utusan Malaysia yang menghina hukum Islam, kita kecewa dengan sikap Utusan Malaysia dan sikap yang ditonjolkan mereka yang mengelirukan umat Islam, menghina hukum Islam, menghina institusi agama dan menggambarkan undang-undang Islam tidak mampu membela nasib mangsa rogol.

"Jadi dalam perkara ini KDN perlu mengambil tindakan tegas, Utusan Malaysia juga kalau sudah melakukan kesilapan mohon maaf sahaja, ia boleh diselesaikan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Di Perak pula, Pesuruhjaya PAS negeri Abu Bakar Hussain telah mengetuai demonstrasi aman yang diadakan di Masjid Negeri, Ipoh.

Menurut Exco Pemuda PAS Perak Hafiz Sabri, pihaknya mencadangkan agar kerajaan membentuk satu panel penilai untuk memantau laporan dan karikatur yang disiarkan di media arus perdana.

"Pada demonstrasi tadi, kira-kira 300 orang telah berkumpul untuk menyatakan pendirian kami membantah karikatur yang disiarkan Utusan Malaysia pada 15 Jun lalu dan kami mahu Utusan Malaysia memohon maaf.

"Kami juga mahu agar rakyat memboikot Utusan Malaysia selain mahu KDN mengambil tindakan tegas," katanya.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamudin berkata pihaknya menganjurkan demonstrasi di tiga buah masjid di negeri itu iaitu Masjid Jamek Permatang Janggus, Permatang Pauh, Masjid Jamek Hashim Yahya, Jelutong dan Masjid Kampung Padang Lalang di Bukit Mertajam.

"Hari ini kita telah mengadakan demonstrasi bantahan terhadap Utusan Malaysia di tiga masjid kerana tindakan Utusan Malaysia yang sehingga kini masih tidak memberikan sebarang respons terhadap memorandum bantahan yang kita hantar minggu lalu.

"Kami menyifatkan Utusan Malaysia tidak sensitif apabila bertindak berdiam diri dalam perkara ini dan kita mahu KDN mengambil tindakan tegas terhadap Utusan Malaysia," katanya.

Video seks: Trio Datuk T didenda RM5,500

Posted: 24 Jun 2011 05:27 AM PDT

TERKINI


Trio Datuk T (dari kiri) Shuib Lazim, Abdul Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay Abdullah ketika berada di pekarangan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR — Trio Datuk T yang mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks Mac lalu, yang si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dikenakan denda total RM5,500.

Keputusan itu dibuat Majistret Aizatul Akmal Maharani selepas mendengar hujah-hujah yang dikemukakan pihak tertuduh.

Ketiga-tiga tertuduh - ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Shazryl didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan sementara Shuib dan Abdul Rahim masing-masing RM1,500 atau dua bulan dan RM1,000 atau satu bulan.

Kesemua mereka perlu membayar denda itu hari ini dan sekiranya tidak melakukan mereka boleh dipenjara.

Shazryl dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Sementara Abdul Rahim pula didakwa secara berasingan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut.

Pendakwaan terhadap Shazryl dan Shuib dibuat mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan manakala pertuduhan terhadap Abdul Rahim dibuat mengikut seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama berhubung tindakan bersubahat.

Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-keduanya sekali.

Bagaimanapun selepas pertuduhan dibacakan, semua tertuduh mengaku faham dan memohon agar prosiding ditangguhkan sebentar untuk membolehkan mereka berbincang dengan peguam masing-masing.

Kesemua mereka tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta di sini kira-kira pukul 9.17 pagi.

Kehadiran mereka disambut dengan sokongan daripada penyokong-penyokong Perkasa yang telah berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi sejak awal pagi.

Selain melaungkan sokongan kepada Datuk T, kira-kira 150 penyokong Perkasa turut membawa poster yang tertulis "Bebaskan Datuk T", "Tindakan Datuk T Wajar", "Kita Tengok Siapa Yang Benar", "Kami Sokong Datuk T", "Hidup Datuk T" dan "Kami Sayang Datuk T."

Dalam prosiding yang bermula kira-kira pukul 9.30 pagi tadi, mahkamah turut menayangkan semula video seks berdurasi 21 minit itu.

Majistret Aizatul bagaimanapun meminta agar video seks itu dipercepatkan di bahagian hubungan seks dilakukan.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Abdul Rahim, Suhaimi Salleh merupakan peguam Shuib dan Mohd Zamani Ibrahim bertindak sebagai peguam Shazryl.

Sementara pendakwaan dibawa oleh ketua pendakwa raya Mohamad Hanafiah Zakaria dan pendakwa raya kanan Kamaludin Md Said.

Ketika fakta kes dibacakan, beberapa kali disebut individu dalam video itu "menyerupai Anwar Ibrahim" dan wanita daripada China.

Disebut juga keterangan terdapat adegan seks oral dan bersetubuhan.

Ketika Majistret Aizatul bertanya tertuduh sama ada mereka faham tuduhan yang dibacakan itu, Shazryl berkata beliau tidak bersetuju bagaimana pelaku dalam video itu disebut.

"Bukan menyerupai, tapi Anwar," katanya.

Muhammad Shafee, dalam hujahnya juga berkata lelaki dalam video seks itu adalah Anwar ekoran keputusan kajian yang dibuat pakar dari Amerika Syarikat.

"Anwar sepatutnya didakwa kerana membuat laporan palsu," katanya.

Mohamad Zamani pula berkata beliau bersetuju dengan hujah rakannya itu sambil menambah, anak guamnya juga telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan tidak menipu.

"Sehingga hari ini Anwar tidak memberikan apa-apa respons. Apa yang beliau (Shazryl) lakukan adalah untuk kebaikan masyarakat," katanya.

Video seks: Bukan lagi mirip Anwar tapi Anwar, kata Datuk T

Posted: 24 Jun 2011 05:23 AM PDT


KUALA LUMPUR — Trio Datuk T hari ini menegaskan walaupun dijatuhkan hukuman kerana menayangkan bahan lucah, namun mereka menyifatkan ia "satu kejayaan" apabila dapat menyampaikan kepada rakyat identiti sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketiga-tiga Datuk T diijatuhkan didenda RM5,500 atas kesalahan menayangkan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa mirip Anwar.

Ketika prosiding pagi tadi, kesemua mereka iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan.

"Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong kes yang merupakan satu hipokrasi, walaupun saya tidak berapa gembira dengan hukuman (dikenakan), tapi demi rakyat kami sedia berkorban.

"Hipokrasi yang berlaku ini harus dihapuskan dan kami yakin Anwar Ibrahim sebagai orang dalam video seks itu dan telah melakukan kemaksiatan," kata Abdul Rahim pada sidang media ringkas di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta di sini.

Tegas beliau, pihaknya akur dengan keputusan yang dibuat Majistret Aizatul Akmal Maharani sambil menegaskan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video seks itu.

"Anwar Ibrahim yang melakukan hipokrasi ini tidak layak untuk menjadi perdana menteri dan kami berharap selepas ini, rakyat dapat menghakimi perkara yang sebenar.

"Tiada lagi kenyataan mirip-mirip Anwar... yang ada hanya Anwar Ibrahim," katanya.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, telah menafikan bahawa beliau adalah si pelaku dalam rakaman video seks itu selain telah membuat laporan polis.

Selain itu, Shazryl juga telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dakwaan yang dibuat itu adalah benar dan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video seks itu.

Polis juga telah mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih.

Datuk T telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontonkan rakaman video seks itu kepada media di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Shazryl dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara.

Sementara Abdul Rahim pula secara berasingan didakwa bersubahat dengan Shazryl dan Shuib.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu.

Tegas Abdul Rahim, beliau berharap rakyat dapat menilai wajah sebenar Anwar dan membuat keputusan tepat pada pilihan raya ke-13 akan datang.

"Demi masa depan negara, kami sanggup berkorban, kami harap rakyat prihatin untuk lihat bahawa negara tidak boleh dipimpin oleh mereka yang korup.

"Kami berkorban demi rakyat tapi apa yang penting objektif dan misi kami untuk beritahu rakyat berjaya.

"Kami mahu rakyat nilai terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13," katanya.

Shazryl dan Shuib bagaimanapun tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Kesemua mereka dikawal ketat ketika meninggalkan mahkamah.

Karikatur: Muslimat PAS mahu Utusan diheret ke mahkamah

Posted: 24 Jun 2011 05:22 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Dewan Muslimat PAS pusat menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melakukan siasatan ke atas akhbar Utusan Malaysia berhubung karikatur yang disiarkan 15 Jun lalu, yang didakwa menghina Islam.

Sayap PAS itu juga mahu Jawi menyiasat pembabitan biro politik Umno dalam pengeluaran dan penerbitan karikatur tersebut.

Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof membuat gesaan tersebut selepas membuat aduan dan menyerahkan memorandum bantahan di pejabat Jawi pagi tadi.

Proham sokong Bersih 2.0, mahu hak bersuara rakyat dihormati

Posted: 24 Jun 2011 05:21 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) menyatakan sokongan kepada Himpunan Bersih 2.0 sambil menyifatkan rakyat wajar dibolehkan melahirkan suara mereka menerusi perhimpunan-perhimpunan aman.

Sehubungan itu, Proham menggesa pemimpin-pemimpin Bersih 2.0 agar memastikan pengikut dan penyokong mereka menggunakan kebebasan dan hak bersuara dengan penuh tanggungjawab dan mengambil kesemua langkah agar ia dapat dijalankan dengan aman.

"Proham meminta kumpulan-kumpuan lain (Perkasa dan Pemuda Umno) yang mengeluarkan kenyataan terhadap (menentang) Bersih 2.0 juga menggunakan kebebasan dan hak mereka dengan aman tanpa menghalang hak orang lain," kata Proham dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata Proham, kebebasan untuk berhimpun adalah satu hak asasi manusia yang fundamental dan ekspersi sah pendapat awam dalam tradisi demoktratik sebagaimana dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Perundangan semasa di Malaysia yang menghalang kebebasan berhimpun melanggar hak asasi manusia dan tidak konsisten dengan prinsip-prinsip demokratik.

Sehubungan itu, Proham juga mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar tidak mengehadkan kebebasan asas yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia dan Konvensyen Sivil dan Hak Berpolitik.

Malah kata Proham, polis juga seharusnya mengelakkan kekerasan dalam mengawal peserta dan menggunakan syor-syor yang dikemukakan oleh Suhakam hasil inkuiri awam berhubung insiden KLCC, yang diketuai oleh Datuk K.C. Vohrah beberapa tahun lalu.

"Kedua-dua Kementerian Dalam Negeri dan PDRM seharusnya menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam tanpa rasa bimbang atau takut bagi memastikan ruang bagi perhimpunan yang aman dalam masyarakat demoktratik," katanya.

Proham juga meminta kesemua rakyat Malaysia mengamalkan kesederhanaan dalam pendekatan yang boleh diterima bagi menghormati hak semua pihak dan menjalankan tanggungjawab.

Misi Gaza: Tadbiran Obama kecam, anggap usaha provokasi Israel

Posted: 24 Jun 2011 05:17 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

WASHINGTON— Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton menegaskan pihaknya menentang rancangan aktivis pro-Palestin termasuk 10 orang dari Malaysia yang mahu mengadakan misi kemanusiaan kedua ke Gaza minggu depan sambil menyifatkan ia satu tindakan yang hanya akan memprovokasi Israel.

"Kami tidak percaya misi kemanusiaan ini perlu atau satu usaha yang berguna dalam membantu penduduk Gaza," kata beliau kepada pemberita di sini.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Jabatan Negara memberi amaran kepada rakyat agar tidak mengambil bahagian dalam misi itu.

Israel sebelum ini melaporkan akan menghalang kehadiran misi tersebut.

Laporan Bernama Online semalam menyebut 10 sukarelawan Malaysia akan berlepas ke Athens, Ahad ini bagi menyertai misi Flotilla Kemanusiaan Antarabangsa II ke Gaza selama seminggu.

Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) kedua tersebut akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.

Kira-kira 600 sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari 20 negara akan menyertai misi kali ini.

"Baru minggu ini, kerajaan Israel meluluskan komitmen yang signifikan untuk (projek) perumahan di Gaza. Bahan-bahan pembinaan akan masuk Gaza kelak," kata Clinton (gambar).

Kata Clinton, pihaknya juga merasakan bahawa misi kemanusiaan itu yang akan boleh menyebabkan elemen provokasi ketika memasuki perairan Israel tidak akan membawa sebarang manfaat.

"Ia akan mencetuskan situasi Israel perlu mempertahankan diri mereka," kata beliau dipetik beberapa media dari Amerika Syarikat hari ini termasuk AFP dan AP.

Jabatan Negara Amerika Syarikat juga berkata mereka yang menyertai misi itu boleh ditahan, didakwa dan dihantar pulang oleh pihak berkuasa Israel, yang telah mengatakan bahawa mereka akan menghalang sesiapa sahaja yang cuba melanggar larangan perjalanan dikenakan rejim itu sejak satu dekad lalu.

Sekumpulan 36 rakyat Amerika Syarikat akan menyertai misi kemanusiaan itu.

Pada 31 Mei 2010, komando Israel membunuh sembilan aktivis Turki termasuk seorang rakyat Amerika Syarikat, yang menaiki kapal Turki misi kemanusiaan ke Gaza.

MP PKR tunjuk ‘dokumentari’ video seks buktikan Anwar bersih

Posted: 24 Jun 2011 05:16 AM PDT

TERKINI



PETALING JAYA — Pemimpin PKR Datuk Johari Abdul petang ini mempertahankan ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) bahawa beliau bukan si pelaku dalam rakaman video seks yang ditayangkan oleh 'Datuk T' tiga bulan lalu sambil berkata ada "seribu kemungkinan" mengenai identiti individu terbabit.

Menjawab hujah dikemukakan di mahkamah pagi tadi, wakil rakyat itu menunjukkan kepada pemberita satu "dokumentari" video seks buatan sendiri, di mana beliau merupakan "hosnya".

Tengah hari tadi, trio Datuk T menegaskan walaupun dijatuhkan hukuman kerana menayangkan bahan lucah, namun mereka menyifatkan ia "satu kejayaan" apabila dapat menyampaikan kepada rakyat identiti sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketiga-tiga Datuk T diijatuhkan didenda RM5,500 atas kesalahan menayangkan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa mirip Anwar.

Ketika prosiding pagi tadi, kesemua mereka iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan.

Tegas beliau, pihaknya akur dengan keputusan yang dibuat Majistret Aizatul Akmal Maharani sambil menegaskan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video seks itu.

"Anwar Ibrahim yang melakukan hipokrasi ini tidak layak untuk menjadi perdana menteri dan kami berharap selepas ini, rakyat dapat menghakimi perkara yang sebenar.

"Tiada lagi kenyataan mirip-mirip Anwar... yang ada hanya Anwar Ibrahim," katanya.

"Ada seribu kemungkinan berkenaan aktor dalam video (ditayangkan oleh Datuk T)... bagi kami, ia bukan Anwar, disebabkan banyak alasan," kata Johari dalam video itu.

Video itu menunjukkan Johari bercakap kepada kamera dengan bahagian belakangnya menghala kepada televisyen skrin mendatar yang mempertontonkan bahagian-bahagian yang sudah diedit dan beberapa segmen video seks asal.

Ketika ditanya sama ada beliau sedar yang beliau boleh dicaj kerana menayangkan bahagian-bahagian tertentu video seks asal, Johari berkata, "saya mengambil tanggungjawab penuh."

'Dokumentari' itu mengetengahkan 'bukti' dalam video yang menunjukkan lelaki dalam video seks itu bukan Anwar, dengan menekankan bahawa hidung individu terbabit berbeza daripada Ketua Pembangkang, keadaan fizikal yang berbeza dan lelaki dalam video mengenakan cermin mata.

"Semua kita tahu bahawa hidung Anwar mendatar... dan juga tidak lagi memakai cermin mata selepas pembedahan laser," kata Johari lagi.

Video terbaru ini menunjukkan Joahri di satu lokasi yang tidak didedahkan, didakwa di Thailand, di mana seorang jurusolek mengenakan solekan pada muka Ahli Parlimen itu untuk beliau kelihatan seakan-akan seniman agung Tan Sri P. Ramlee.

"Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada memberitahu bekas pengawal Allahyarham Tan Sri Megat Junid bahawa dia mahu ke Thailand untuk melakukan sesuatu ke atas Anwar.

"Video seks ini datang dari Thailand," kata Johari dalam video dengan memberikan pos di sisi gambar P. Ramlee.

"Malah anda juga boleh kelihatan macam idola," katanya.

Ahli Parlimen Sungai Petani ini menekankan bahawa beliau bertanggungjawab terhadap penerbitan 'dokumentari' itu dan Anwar sendiri belum melihatnya lagi.

Johari berkata beliau mengambil masa kira-kira 34 hari untuk menghasilkan video itu dan melakukan sendiri segala "penyelidikan."

Kata beliau, 'dokumentari' itu dimuat naik ke dalam Youtube dalam waktu terdekat dan akan diedarkan ketika majlis ceramah kemudian.

"Ya, video ini akan diedarkan... tolong buat salinan. Kami berhutang kepada orang ramai satu penjelasan mengenai kebenaran (isu) ini," kata beliau lagi.

SPR Bukan Berkecuali Tetapi Perkakas Umno-BN

Posted: 23 Jun 2011 10:00 PM PDT

Ditulis oleh Hadri Yaziz



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan sahaja gagal mempamerkan kredibiliti sebagai agensi berkecuali malah dilihat semakin cenderung menjadi perkakas kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana menurut beliau cadangan yang diajukan Pakatan Rakyat bagi merombak beberapa polisi dalam pilihan raya ditolak sepenuhnya dengan alasan luar bidang kuasa agensi itu.

Justeru Anwar mengulangi pendirian bahawa perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung pada 9 Julai nanti sebagai insiatif badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan perhimpuan secara aman.

Katanya program itu memberi ruang kepada rakyat untuk menyedari bahawasanya perubahan perlu dilakukan dalam sistem pilihan raya sepertimana yang berlaku pada
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

"Kempen negeri Sarawak, SPR diam walaupun diakui kerajaan Barisan Nasional membelanjakan RM1.18 bilion daripada kerajaan Persekutuan. Katakan, setengah bilion kerajaan negeri dan setengah bilion kerajaan BN.

"Mana SPR, mana kebebasan media, mana laporan penipuan dari segi pendaftaran pengundi yang pernah kita bangkitkan dahulu melalui memorandum yang dibangkitkan oleh PR dan Bersih?" soal beliau selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini.

Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 yang diketuai oleh bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevesan termasuk gabungan beberapa buah NGO seluruh negara.

Pada hari yang sama Pemuda Umno dan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) turut akan mengadakan demostrasi jalanan bagi menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan Umno-BN.

Anwar kemudian berkata, sehingga kini Pakatan Rakyat masih tidak yakin akan kewibawaan SPR setelah beberapa siri pendedahan dan rasuah dikenalpasti namun agensi itu gagal bertindak.

"Ini SPR kata bukan bidang kuasa mereka. Bidang kuasa dia hanya untuk ikut arahan pimpinan Umno-BN.

"Ugutan yang dibuat pelbagai pihak termasuk polis, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Perkasa menghina usaha murni tersebut dan menghina etnik Cina. Ini kita anggap keterlaluan dan jelas pentadbiran Najib nampak membiarkan perkara ini tanpa sebarang teguran," ujar beliau lagi.

Terbaru Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang juga ahli parlimen Gombak mendedahkan bahawa daftar pemilih SPR menunjukkan wujudnya pengundi hantu di rumah yang didiami ibunya sendiri.

Dalam perkembangan lain Anwar berkata Pakatan Rakyat akan mengadakan perbincangan ekonomi lebih serius dengan wakil-wakil syarikat, badan bukan kerajaan dan pakar ekonomi pada bulan hadapan bagi membincangkan isu kesan gaji minima kepada paras gaji dan masalah tenaga kerja berhadapan dengan tekanan kenaikan harga barang.

Perkara lain yang turut dimuatkan termasuk kekangan kos tenaga kepada ekonomi Malaysia, langkah praktikal berdepan dengan prospek harga minyak yang tinggi serta reformasi pendidikan tinggi dan ekonomi dan merungkai permasalah tenaga kerja dan mutu.

Sistem Biometrik : SPR, Kerajaan Ada Kepentingan Politik

Posted: 23 Jun 2011 09:57 PM PDT

Ditulis oleh Naeem Raffi


KUALA LUMPUR : Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggunakan sistem biometrik bagi membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik dilihat lebih kepada kepentingan politik kerajaan pemerintah.

Menurut ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar, cadangan itu seolah-olah satu tindakan susulan kerajaan menerusi SPR untuk menghalalkan pendatang tanpa izin mengundi mereka pada pilihan raya akan datang.

"Itu (sistem biometrik) kami tidak minta, yang kami minta ialah penggunaan cap jari dengan dakwat hitam, pembersihan daftar pemilih tetapi cadangan biometrik ini adalah cara bagaimana untuk menghalalkan pendatang asing mengundi pada pilihan raya akan datang.

"Sebab mereka dalam usaha memberikan taraf kerakyatan kepada sebabahagian besar pendatang asing dan akhirnya mereka memberi kad pengenalan dan borang akaun bersumpah kepada warga asing ini untuk menyokong BN dalam pilihan raya akan datang,"tegas Mahfuz.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini mengulas mengenai lapan tuntutan Bersih 2.0.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 ialah menggesa SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, menggunakan dakwat kekal, melanjutkan tempoh kempen kepada minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil,mengukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan politik kotor.

Mahfuz sebelum ini pernah melahirkan kegusarannya berhubung sindiket haram pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang berstatus penduduk tetap melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen.

Berdasarkan maklumat yang disampaikan kepadanya, terdapat beberapa 'program' yang diadakan khusus untuk warga asing ini yang kebanyakannnya warga Indonesia dan Kemboja bagi membolehkan mereka memperolehi kad pengenalan.

Selain beliau, beberapa lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat mendedahkan di kawasan masing-masing berlakunya masalah seperti pendaftaran warga asing sebagai warganegara dan diberikan kad pengenalan.

Isnin lalu, SPR mengumumkan Pilihan Raya Umum Ke 13 akan datang bakal menyaksikan penggunaan sistem biometrik bagi membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem biometrik yang kini diguna pakai ke atas warga asing.

Mengulas lanjut, Mahfuz mengesa SPR bertindak tegas dalam menjalankan tugasnya dengan memastikan warga asing tidak didaftarkan sebagai pemilih.

SUARAM Johor: Majlis pelancaran tuntutan BERSIH di JB

Posted: 23 Jun 2011 09:54 PM PDT

MERDEKA REVIEW

Jawatankuasa Sahabat SUARAM Negeri Johor (FOS Johor) mengeluarkan empat kenyataan seperti di bawah mengenai isu yang sedang hangat didebat oleh parti pemerintah dan pembangkang serta menarik perhatian ramai iaitu himpunan besar-besaran dan "Perarakan Demokrasi" yang bakal disertai oleh rakyat jelata Malaysia pada 9 Julai di Kuala Lumpur:

A. 8 TUNTUTAN REFOMASI SISTEM PILIHANRAYA MERUPAKAN TUNTUTAN MUNASABAH

Himpunan besar-besaran dan"perarakan demokrasi" di Kuala Lumpur kali ini adalah satu aksi menuntut refomasi dalam sistem pilihan raya yang diterajui dan dipimpin oleh "Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil" (atau ringkasannya BERSIH 2.0) yang terbentuk daripada wakil pelbagai badan bukan kerajaan (disebut NGO selepas ini) dan demokrat perseorangan. Lapan tuntutan yang dikemukakan adalah: 1. Bersihkan senarai undi dan mendaftarkan rakyat penuh 21 tahun sebagai pengundi secara otomatik; 2. Mereformasi undi pos (membenarkan pengundi sah yang tidak dapat balik ke kawasan undi dengan sebab yang munasabah mengundi melalui undi pos); 3. Guna dakwat kekal bagi mengelakkan pengundi hantu; 4. Masa kempen minima 21 hari; 5. Akses media yang bebas dan adil (memastikan media arus perdana tidak berat sebelah); 6. Kukuhkan institusi awam (memastikan kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan PDRM, bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi ini); 7. Hentikan rasuah; 8. Hentikan politik kotor. Lapan tuntutan ini jelas adalah tuntutan munasabah yang menjurus kepada kekurangan semasa sistem pilihanraya negara.

B. HIMPUNAN BERSIH 2.0 709 ADALAH TINDAKAN YANG SAH DI SISI UNDANG-UNDANG

Himpunan dan "perarakan demokrasi" kali ini adalah aksi tuntutan rakyat kali kedua selepas 400 000 orang turun ke jalan raya dan dengan tegas menuntut refomasi pilihanraya pada 10 November 2007 yang dianjurkan oleh BERSIH 1.0. Aksi kali ini mesti lebih besar daripada aksi dulu; laungan perubahan kali ini mesti lebih kuat daripada laungan yang lepas. Namun demikian, BERSIH 2.0 secara bertanggungjawab mengumumkan himpunan besar-besaran dan "perarakan demokrasi" kali ini adalah satu aksi penyerahan memorandum menunutut lapan tuntutan refomasi sistem pilihanraya kepada DYMM Yang Dipertuan Agong yang aman dan damai. Kebebasan berhimpun secara aman merupakan hak asasi rakyat yang termaktub dalam Perkara 10 (1a) dan (1b) Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai sekarang. Hak ini juga selaras dengan Perkara 20(1) Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat iaitu Setiap orang berhak berucap, berhimpun secara aman dan berpersatuan dengan bebas. Maka, sama ada dari perspektif nasional mahupun antarabangsa, himpunan dan "perarakan demokrasi" kali ini di KL merupakan aktiviti rakyat Malaysia menuntut refomasi sistem pilihraya yang sah di sisi undang-undang.

C. KEPIMPINAN UNGGUL BERSIH 2.0 PASTI MENDAPAT SOKONGAN MELUAS RAKYAT

Berdepan dengan kenyataan pemimpin parti politik yang kurang wajar, Ambiga Sreenevasan (gambar kiri) menegaskan bahawa "NGO adalah penganjur himpunan dan perarakan ini, kami bukan untuk menyokong mana-mana parti", "masyarakat sivil akan mengetuai perhimpunan tersebut, dan bukannya diketuai oleh parti politik"; manakala apabila berdepan dengan ugutan dan fitnah daripada BN, terutamanya daripada UMNO, dengan tegas beliau menjawab "Saya menolak untuk memberi sebarang komen terhadap perkara menyerang peribadi saya. Perhimpunan ini bukan untuk saya, ia adalah untuk rakyat. Ia tentang rakyat Malaysia. Perhimpunan itu tetap diteruskan walau apa pun berlaku pada saya"; apabila berdepan dengan ugutan bunuh melalui sms, selain membuat laporan polis, Ambiga kelihatan begitu tenang dan ambil mudah terhadapnya. Berdasarkan ayat-ayat dan kelakuan di atas, BERSIH 2.0 yang menganjurkan dan memimpin himpunan dan "perarakan demokrasi" ini telah memainkan peranan kebebasan dan otonomi badan-badan NGO-NGO; Ambiga sebagai pengerusi BERSIH 2.0 telah menunjukkan kebijaksanaan dalam kepimpinan dan ketegasan dalam perjuangan sekaligus menjadi teladan bersinar dalam gerakan badan bukan kerajaan (NGO) di negara kita. Kepimpinan unggul Ambiga pemimpin-pemimpin lain sudah tentu akan mendapat sokongan meluas rakyat berbilang kaum. Di bawah kepimpinan ini, himpunan dan "perarakan demokrasi" 709 ini boleh memainkan peranan aktif, sekaligus mendalamkan perkembangan gerakan refomasi sistem pilihanraya, demokrasi dan hak sivil.

D. NGO DENGAN PENDIRIAN JELAS SENTIASA BERSAMA RAKYAT

Tuntutan himpunan dan "perarakan demokrasi" 9 Julai ini terhad dalam menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Tujuan BERSIH 2.0 tidak seperti parti-parti politik yang mengharapkan pengambilan alih kuasa dan menguasai kerajaan, sebaliknya adalah untuk meningkatkna kesedaran dan fahaman rakyat berbilang kaum bahawa: hanya dengan kekuatan perpaduan yang kukuh, hak asasi rakyat dapat dibela; hanya dengan perjuangan yang tegas, rakyat dapat memaksa pihak pemerintah menghadapi kenyataan dan melakukan sedikit toleransi, supaya rakyat menikmati beberapa hasil perjuangan. Rakyat berbilang kaum telah sedar dan bangkit daripada kehidupan derita di bawah pemerintahan dan penipuan Parti Perikatan dan Barisan Nasional yang didominasi oleh UMNO. Ramai orang juga tidak lagi percaya terhadap penipuan yang helah yang sering dipergunakan oleh pihak pemerintah. Kenyataan telah membuktikan bahawa dibawah syarat-syarat perlembagaan pemerintah kuku besi sekarang, rakyat jelata pelbagai kaum hanya boleh mengharapkan beberapa parti pembangkang di parlimen untuk merealisasikan reformasi politik. NGO-NGO yang mempunyai pendirian tegas dan jelas pula mampu menjadi pejuang kepentingan rakyat setia yang lebih boleh dipercayai. Apa yang sedang berlaku sekarang adalah bukti bahawa NGO yang mempunyai pendirian jelas sentiasa bersama rakyat.

SERUAN KAMI

Berdasarkan ulasan di atas, kami menyeru semua pemimpin parti-politik dan individu-individu yang prihatin terhadap keadaan politik negara kita hadir ke majlis pelancaran lapan tuntutan BERSIH 2.0 di Taman Dahlia Tampoi, JB pada 25 Jun 2011 dan menyertai himpunan dan "perarakan demokrasi" 9 Julai di KL. Tindakan ini bukan sahaja menunjukkan sokongan kepada tuntutan BERSIH2.0, ia turut membawa maksud menentang hegemoni pemerintahan UMNO-BN.

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menetapkan untuk mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada 9 Julai 2011 pukul 2 petang di Kompleks Beli-belah SOGO, Masjid Kg. Baru dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (Dataran Merdeka), yang mana akan meluluskan "lapan tuntutan" mengenai reformasi sistem pilihanraya secara mulia dan serius. Kemudiannya, "Perarakan Demokrasi" akan diadakan secara serentak dari ketiga-tiga tempat ini menuju ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum mengenai "8 tuntutan" tersebut kepada Yang Dipertuan Agong.

Sebagai langkah untuk memobilisasi rakyat jelata daripada pelbagai kaum, pelbagai lapisan masyarakat dan dari seluruh pelusuk negara untuk menyertai perhimpunan ini, BERSIH 2.0 telah mengadakan majlis pelancaran di negeri Selangor dan negeri-negeri yang lain, termasuklah negeri Johor. BERSIH 2.0 mengalu-alukan kehadiran ramai untuk Majlis Pelancaran yang akan diadakan di Johor Bahru, butiran lanjut adalah:-

Tarikh: 25 Jun 2011 (Sabtu)
Masa: 8.30 malam - 10.30 malam
Tempat: Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas
No. 39, Jalan Dahlia 9, Taman Dahlia, Tampoi.

Penceramah: Wakil BERSIH 2.0
1. Hishamuddin Rais
2. Suhaizan Kayat

Wakil Undangan Daripada Parti Politik
1. Boo Cheng Hau (Pengerusi Democracy Action Party - DAP negeri Johor)
2. Mahfodz Mohamad (Pengerusi Parti Islam Semalaysia -PAS negeri Johor)
3. Chua Jui Meng (Pengerusi Parti Keadilan Rakyat -PKR negeri Johor)
4. S. Arutchelvan (Setiausaha Agong Parti Sosialis Malaysia -PSM)

Di bawah adalah lapan tuntutan mengenai reformasi sistem pilihanraya:

1. Bersihkan senarai undi (semua rakyat yang layak mengundi (21 tahun) perlu didaftarkan sebagai pengundi secara automatik)
2. Reformasikan undi pos (Membenarkan pengundi sah yang tidak dapat balik ke kawasan undi dengan alasan yang munasabah untuk mengundi melalui undi pos)
3. Guna dakwat kekal (Mengelak pengundi hantu)
4. Akses media yang bebas dan adil (Memastikan media arus perdana tidak berat sebelah)
5. Tempoh berkempen minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam (Memastikan keadilan dan kesaksamaan Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia supaya memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi tersebut)
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

*Kenyataan daripada Jawatankuasa Sahabat SUARAM Negeri Johor.

Melaka peruntuk RM50 juta atasi banjir kilat

Posted: 23 Jun 2011 09:53 PM PDT

Elissa Helmy


Masalah banjir kilat yang selama ini menghantui penduduk di beberapa kawasan di bandar Melaka akan dapat diatasi berikutan selesainya Projek Tebatan Banjir Fasa Pertama.

Projek yang menelan belanja RM50 juta itu dimulakan sejak tiga tahun lalu, selepas menerima aduan penduduk berikutan masalah banjir kilat yang berlaku sebahagian besar kawasan bandar di negeri ini.

bajir kilat, ali rustam, melakaKetua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, fasa pertama melibatkan kerja-kerja pembesaran parit dan pembinaan rumah pam yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka (JPSNM).

"Kita telah menyediakan sistem perparitan yang lebih besar bagi membantu air mengalir terus hingga ke sungai berhampiran untuk mengatasi masalah banjir yang berlaku," katanya selepas melawat sistem perparitan di Kampung Pengkalan Rama dan rumah pam berhampiran Kampung Morten.

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Zainal Abu.

Menurut Mohd Ali, kawasan terlibat adalah Kampung Chetti, Tangga Batu, Sungai Udang ,Taman Merak Mas, Bukit Katil, Lorong Pandan, Limbongan, Taman Melawis, Taman Sentosa, Bukit Beruang, Taman Peringgit Jaya dan Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPM) di Durian Daun.

"Hasil tinjauan yang dilakukan saya mendapati kebanyakan penduduk merasa lega kerana masalah banjir kilat yang berlaku dapat diatasi.

"Saya harap ia dapat memberi keselesaan sepenuhnya kepada mereka, bagaimanapun saya ingin memastikan rumah pam air yang dibina dapat berfungsi dengan baik untuk mengalirkan air hujan terutama dari Durian Daun dan Pengkalan Rama terus ke Sungai Melaka," katanya.

Jelasnya, pihaknya sudah menyiapkan tender dan dokumen lengkap bagi Projek Tebatan Banjir Fasa Kedua yang kini hanya menunggu peruntukan daripada Kerajaan Pusat.

"Kita berharap peruntukan bagi projek fasa kedua yang menelan kos sebanyak RM78 juta dapat diperolehi dengan segera bagi mengatasi masalah banjir dan membaiki sistem perparitan di beberapa buah tempat lagi di bandar ini.

"Kawasan yang dikenalpasti terlibat dalam projek tebatan banjir fasa dua ini adalah Kampung Enam dan Kampung Tujuh, Jalan Bachang, Sekolah Menengah Tun Tuah, Kampung Lapan, Parit Besar di Bukit Katil, kawasan di belakang pusat membeli belah Fajar, Bachang dan berhampiran Aeon Bandaraya Melaka, Peringgit Jaya," katanya.

Lakaran Anwar di penjara dalam buku baru Zunar

Posted: 23 Jun 2011 09:43 PM PDT

Jimadie Shah Othman


Kartunis terkenal Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar menerbitkan buku terbaru, yang antaranya memuatkan lakaran wajahnya sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Zulkiflee, kerja seni "istimewa" dari koleksi peribadinya itu dilukis ketua pembangkang ketika merengkok dalam penjara Sungai Buloh pada Ogos 2001.

NONE"Dalam pada itu, sebagai menjawab soalan dari peminat mengenai di mana saya berkarya sebelum era reformasi, dalam buku ini turut dimuatkan 12 muka surat 'cartoonology' iaitu sejarah karya saya sejak tahun 1974," katanya.

Buku tersebut, Even My Pen Has a Stand (Hatta pen saya punya pendirian) merupakan buku keempatnya terbitan Kinibooks, anak syarikat kumpulan Malaysiakini.

Sebelum ini dengan syarikat yang sama, beliau menerbitkan Cartoons On Tun… and Others (2005), 1Funny Malaysia (2009) dan "Cartoon-O-Phobia (2010)."

Koleksi kartu politik dalam buku terbaru ini pernah disiarkan dalam laman web Malaysiakini dari September 2010 sehingga Jun 2011 dan dalam laman web antarabangsa Cartoonmovement.com.

NONETurut dimuatkan kali ini kartunnya yang dilukis ketika berada dalam lokap polis pada 24 September tahun lalu berikutan penerbitan buku Cartoon-O-Phobia, tambah Zunar.

Dalam kenyatannya semalam, Zunar berkata Even My Pen Has a Stand dipilih sebagai tajuk untuk menegaskan pendiriannya yang "akan terus melukis sehingga ke titisan dakwat terakhir" selepas ditangkap dan diugut.

'Saya ditangkap lagi'

"Pendirian saya jelas. Saya akan terus melukis kartun dan membongkar perlakuan rasuah kerajaan BN dan juga isu-isu penting lain seperti salah guna kuasa, kekejaman polis, pelanggaran hak asasi dan penyalahgunaan serta pembaziran wang rakyat," katanya.

Justeru, tidak hairan, isu-isu utama yang disentuh dalam buku itu berkaitan Altantuya Shaariibu, isu Scorpene, perdana menteri dan isteri, kenaikan tarik eletrik dan petrol, isu perkauman, kebangkitan rakyat Mesir, 'FLOM' dan pilihan raya Sarawak.

NONESebelum ini enam buku Zuhar diharamkan.

Buku-buku itu Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, 1Funny Malaysia, Isu Dalam Kartun 1, Isu Dalam Kartun 2 dan Isu Dalam Kartun 3.

"Adakah saya akan ditangkap lagi kali ini? Saya tidak mempunyai jawapan untuk itu, tetapi (saya) ingin menasihati kerajaan Najib bahawa menangkap kartunis politik adalah satu tindakan tidak bertamadun," katanya.

Katanya, tangkapan dan ugutan terhadap kartunis Amerika Selatan atau Afrika sebelum kurun ke-19 adalah perkara biasa, tetapi dalam dunia moden sekarang, kartunis editorial diiktiraf sebagai ejen demokrasi.

NONE"Malah di Kazakhstan kartunis seperti Vladimir Kadyrbaev bebas mengritik kerajaan dan karyanya disiarkan dalam akhbar perdana!" katanya.

Buku baru itu setebal 104 muka warna penuh dan boleh turut diberi dalam talian dengan harga RM25.00 senaskhah.

Ia dijadual dilancarkan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di ibu negara pada 2 Julai depan.

Video seks: 'Datuk T' mengaku bersalah

Posted: 23 Jun 2011 09:37 PM PDT

MALAYSIA KINI


Tiga individu di sebalik video seks lelaki mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini - tiga bulan selepas mereka menayangkan video tersebut di sebuah hotel kepada sekumpulan wartawan.

azlanMereka adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim.

Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi:

"Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu."

Sementara itu, tuduhan ke atas Rahim pula berbunyi: "Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan, kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan."

NONEPertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani.

Rahim diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Majistret Aizatul Akmal sebelum itu menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan ketiga-tiga tertuduh merujuk dan berunding dengan peguam mereka.

Selepas sidang mahkamah disambung, ketiga-tiga mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan berkenaan.

Pihak pendakwaan termasuk timbalan ketua pendakwaraya Mohamad Hanafiah Zakaria dan pendakwaraya kanan Kamaludin Md Said.

Ketika fakta kes dibacakan, beberapa kali disebut individu dalam video itu "menyerupai Anwar Ibrahim" dan wanita daripada China.

Disebut juga keterangan terdapat adegan seks oral dan bersetubuhan.

Ketika majistret bertanya tertuduh sama ada mereka faham tuduhan yang dibacakan itu, Eskay berkata beliau tidak bersetuju bagaimana pelaku dalam video itu disebut.

"Bukan menyerupai, tapi Anwar," katanya.

Hina Islam: Utusan setaraf akhbar Denmark

Posted: 23 Jun 2011 09:34 PM PDT

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) hari ini menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) melakukan siasatan ke atas pihak Utusan Malaysia berhubung karikatur yang disiarkan 15 Jun lalu, didakwa menghina Islam.

DMMP juga mahu Jawi menyiasat pembabitan biro politik Umno dalam pengeluaran dan penerbitan karikatur tersebut.

Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof membuat gesaan tersebut selepas membuat aduan dan menyerahkan memorandum bantahan di pejabat Jawi pagi tadi.

"Kami harap tindakan yang sewajarnya dapat diambil dengan kadar segera kerana tindakan Utusan Malaysia jelas menghina dan merendah-rendahkan martabat Islam serta mempermain-mainkan hukum yang telah tersabit dalam Islam," kata beliau.

Memorandum tersebut diterima penolong pegawai tadbir bahagian khidmat pengurusan Jawi, Nasaruddin Mohd Zainal.

Karikatur yang dihasilkan pelukis yang dikenali sebagai Miki itu membuat dua perbandingan mengenai kaedah pelaksanaan hukuman jenayah rogol.

Gambar pertama yang merujuk kepada dialog antara pengadu wanita dan 'tok penghulu' yang berimejkan seorang alim.

Tok penghulu tersebut telah menolak aduan tersebut setelah wanita itu tidak mempunyai empat orang saksi walaupun ia mempunyai rakaman kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit.

Sebaliknya gambar kedua pula merujuk kepada dialog di antara pengadu wanita dan seorang yang digambarkan sebagai anggota polis.

Pihak polis menerima rakaman telefon bimbit untuk dijadikan bukti aduan rogol tersebut.

Siti Zailah turut mendakwa tindakan Utusan Malaysia itu meletakkan akhbar milik Umno itu setaraf dengan akhbar-akhbar Denmark yang pernah menimbulkan kontroversi menghina Nabi Muhammad SAW.

Sehubungan itu DMPP mahu editor Utusan Malaysia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina dan mempermainkan hukum Qazaf yang jelas termaktub dalam al Quran dan sunnah serta hukum jenayah Islam.

"Tindakan ini berlandaskan peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Akta 559," katanya yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang.

Tanggungjawab Jawi

Sementara itu, Timbalan DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud menegaskan, mereka menunggu tindakan segera daripada pihak Jawi berhubung aduan dan memorandum yang diserahkan.

"Jawi bertanggungjawab menyiasat sebab kita dah buat aduan.

"Saya sebagai pengadu utama menunggu pihak Jawi memanggil saya untuk diambil keterangan.

"Kalau tak panggil saya untuk beri keterangan, saya mesti tahu kenapa (tak panggil)," katanya.

Tambahnya, tindakan Utusan Malaysia jelas mengelirukan fikiran rakyat khususnya orang Islam.

"Utusan Malaysia kata mereka pemangkin fikiran rakyat. Tapi kalau siarkan karikatur hina Islam ini,fikiran bagaimana yang mereka nak sebarkan?"katanya yang juga ahli Parlimen Kota Raja.

Dalam pada itu, DMPP kata Zailah menyokong penuh kempen boikot Utusan Malaysia (UM-NO) yang dilancarkan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu lalu.

"Dewan Muslimat menyeru setiap ahli DMPP memboikot akhbar Utusan Malaysia secara total," katanya.

Video seks: Kami sudah sedia hadapi dakwaan, kata Eskay

Posted: 23 Jun 2011 09:33 PM PDT



KUALA LUMPUR — Trio Datuk T akan didakwa pagi ini berhubung isu menayangkan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata, "kami sudah bersedia" untuk muncul di mahkamah.

"Salam, esok (hari ini) pukul 8 pagi, kami bertiga akan berada di mahkamah Jalan Duta," kata ahli perniagaan itu dalam satu SMS kepada The Malaysian Insider.

"Insya-Allah saya tidak menjangka akan ada apa-apa masalah esok (hari ini). Kami sudah bersedia," kata Shazryl ketika dihubungi menjelang pendakwaan ke atas mereka hari ini.

Selain Shazryl (gambar), dua lagi rakannya iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim mengakui bertanggungjawab mempertontokan rakaman video seks terbabit kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

Dua hari lalu, Shazryl Shazryl mengesahkan mereka akan dihadapkan di mahkamah, mengakhiri tanda tanya pelbagai pihak tentang kesudahan perkembangan insiden tersebut.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan isu ini akan membawa perkembangan terbaru ini, yang bakal memanaskan politik negara.

Ketiga-tiga Datuk T ini kemungkinan akan didakwa dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, telah pun menafikan bahawa beliau adalah si pelaku dalam rakaman video seks itu selain telah membuat laporan polis.

Selain itu, Shazryl juga telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dakwaan yang dibuat itu adalah benar dan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video sesk itu.

Polis juga telah mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih.

Tindakan Datuk T yang bertindak menayangkan rakaman video seks itu kepada umum mendapat bantahan dan kecaman dari banyak pihak terutamanya pemimpin Pakatan Rakyat.

Rakaman video seks itu juga telah disebarkan secara meluas di Internet dan sejak lebih sebulan lalu dalam bentuk cakera padat di seluruh negara.

Rahim didakwa subahat, Eskay dan Shuib tayang rakaman video seks

Posted: 23 Jun 2011 09:25 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER




Datuk T bertiga (kiri ke kanan) Shuib Lazim, Abdul Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay berjalan masuk ke mahkamah hari ini. — Foto Jack Ooi
KUALA LUMPUR — Trio Datuk T yang didakwa terlibat dalam penayangan rakaman video seks yang si pelakunya didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini berhubung kesalahan menayangkan bahan lucah.

Bagaimanapun hanya dua daripada Datuk T iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim didakwa bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula didakwa secara berasingan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara.

Pendakwaan terhadap Shazryl Eskay dan Shuib dibuat mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan manakala pertuduhan terhadap Abdul Rahim dibuat mengikut seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama bagi persubahatan.

Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-keduanya sekali.

Selepas pertuduhan dibacakan, semua tertuduh mengaku faham dan memohon agar prosiding ditangguhkan sebentar untuk membolehkan mereka berbincang dengan peguam masing-masing.

Kami buat kesilapan besar, kata bos Lynas

Posted: 23 Jun 2011 04:50 PM PDT

MALAYSIA KINI


Bos Lynas Nicholas Curtis mengaku bahawa syarikatnya telah membuat kesilapan kerana gagal memberi penjelasan secukupnya kepada penduduk di Kuantan berhubung kebimbangan mereka terhadap sisa radioaktif dari loji nadir bumi syarikat tersebut.

NONE"Kami membuat satu kesilapan, dan ia satu kesilapan besar, kerana
memikirkan, kami telah memenuhi standard keselamatan) Malaysia, maka ianya sudah mencukupi. Ia tak cukup. Kewajipan kami ialah untuk terus memberi penjelasan kepada penduduk di Kuantan."

Pengakuan ketua Lynas itu dibuat ekoran bantahan keras terhadap operasi loji syarikat tersebut, yang sedang dibina di Kawasan Industri Gebeng, kira-kira 50km dari Kuantan. Loji bernilai RM700 juta itu dijadual siap akhir September ini.

"Saya menghormati bahawa emosi sangat tinggi, tetapi ianya satu emosi, bukan fakta," kata Curtis. Menurutnya, penentang projek tersebut telah "memainkan cerita emosi untuk keuntungan politik".

Ia mungkin sedikit terlewat, tetapi bos Lynas itu berazam untuk berdepan dengan penduduk Kuantan yang skeptikal terhadap loji tersebut.

"Satu-satunya cara untuk kami redakan emosi tersebut ialah dengan
membetulkan kesilapan tidak memberi penjelasan secukupnya," kata Curtis sambil menyatakan kesediaannya untuk mengadakan dialog dengan penduduk terbabit.

Curtis berada di Kuala Lumpur minggu ini dan bertemu dengan editor media arus perdana dan media alternatif, termasuk Malaysiakini.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh - salah seorang penentang kuat projek tersebut - pada 1 Julai.

Kemaman juga satu kesilapan

Curtis menolak tanggapan bahawa loji tersebut tidak dibina di Australia, tempat lokasi lombong nadir bumi, kerana bantahan rakyat di sana.

NONE"Adakah anda mempunyai buktinya?... ianya tak benar. Kami menjalankan perniagaan global.

"Kami mempunyai sebuah lombong (Mount Weld di Australia Barat). Tetapi deposit bijih ialah 800km dari di mana-mana saja. Kami tidak dapat membina satu loji kimia yang besar di tengah-tengah padang pasir. Kita perlu menerbangkan orang keluar masuk, dan kos purata pekerja kami adalah sangat tinggi.

"Kami boleh membinanya di pantai barat Australia. Tetapi adakah itu cara terbaik untuk memproses bahan tersebut? Jawapan adalah tidak. Saya tidak menjual satu gram pun bahan kami di Australia. Semua yang kami jual ialah sama ada ke Jepun, Amerika Syarikat atau Eropah."

Curtis mengaku bahawa beliau terkejut dengan bantahan keras terhadap pembinaan loji berkenaan, yang muncul awal tahun ini.

NONEMenurut beliau, ini dicetuskan oleh insiden kebocoran loji nuklear
Fukushima di Jepun, serta ditambah pula dengan pengalaman pahit Malaysia dengan loji nadir bumi yang bermasalah di Bukit Merah 20 tahun lepas.

Terdapat satu lagi faktor yang tidak disebut - iklim politik menjelang pilihan raya umum. Loji tersebut juga terletak dalam negeri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Curtis juga mengakui membuat satu lagi kesilapan - Lynas pada mulanya merancang untuk membina loji pemprosesan nadir bumi di Kemaman, Terengganu.

"Kemaman sangat terpencil. Gebeng adalah lokasi yang betul," tambahnya.

Tiada ulasan: