Awas, 3 Produk Tradisional Mengandungi Racun Berjadual! Posted: 23 Jun 2011 06:53 AM PDT Saya petik: [Bernama] KUALA LUMPUR - Tiga produk perubatan tradisional iaitu Mistura Zhike, Chi Kat Pills dan Herbaios-Zuekertec Capsule didapati mengandungi racun berjadual yang tidak dibenarkan, menurut Kementerian Kesihatan.
Kementerian itu telah membatalkan pendaftaran ke atas ketiga-tiga produk itu yang dipegang oleh Metro Signature Sdn Bhd, Nature Park Enterprise dan Sinar Aman Pharmaceutical (M) Sdn Bhd sejak 26 Mei lepas setelah mengesan bahan racun berjadual itu.
Produk Mistura Zhuike didapati mengandungi ephedrine dan pseudoephedrine, Chi Kat Pills mengandungi ephedrine dan Herbaios-Zuekertec Capsule mengandungi glibenclamide dan metformin, menurut kenyataan Bahagian Perkhidmatan Farmasi kementerian itu di sini hari ini.
Orang ramai yang mempunyai stok produk tersebut diminta menghentikan pengunaannya serta-merta dan mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan jika memerlukan maklumat lanjut.
Sementara penjual dan pengedar ubat-ubatan itu dinasihatkan menghentikan penjualan dan pengedaran kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang disabit kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
Sementara syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya, menurut kenyataan itu.
Penggunaan ephedrine dan pseudoephedrine tidak dibenarkan dalam produk tradisional kerana ia boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa pengawasan iaitu tekanan darah tinggi, halusinasi, schizophrenia dan delusi.
Sementara itu penggunaan glibenclamide dan metformin tanpa nasihat doktor boleh menyebabkan kesan yang serius seperti hypoglycemia (penurunan mendadak paras gula dalam darah) yang membawa simptom seperti pening menggigil, berpeluh, keliru dan lesu, menurut kenyataan itu. Hypoglycemia yang teruk boleh menyebabkan sawan, tidak sedarkan diri atau koma dan ia juga berisiko kepada pesakit diabetes, menurutnya. |
Pesanan untuk Jamil Khir & Che Mat Ali: Salah Guna Wang Zakat Dosa BESAR!!! Posted: 23 Jun 2011 05:00 AM PDT Saya petik: [KD] KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya berkata adalah menjadi dosa dan kesalahan besar bagi mereka yang menyalahgunakan wang zakat.
Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan penyelewengan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membiayai kos guaman Menteri Agama, Datuk Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.
Menurut Hashim, sumber baitulmal terdiri dua kategori iaitu sumber zakat dan sumber am. Sekiranya daripada sumber am, wang tersebut boleh dibelanjakan untuk apa-apa tujuan mengikut pengurusan baitulmal.
Namun pengurusan baitulmal atau majlis agama, katanya, tidak boleh menggunakan wang zakat bagi tujuan untuk perbelanjaan selain bantuan kepada golongan asnaf.
"Kalau betul, ia tak sepatutnya berlaku kerana duit zakat ini adalah untuk perbelanjaan untuk asnaf yang lapan, yang diberikan kepada mereka yang patut dapat.
"Kalau salahguna wang zakat, itu adalah satu salahguna kuasa. Maknanya tidak ada amanah kepada Allah. Jika pembiayaan untuk bayaran peguam masuk asnaf yang mana?," ujarnya ketika ditanya Keadilandaily.com.
Asnaf yang lapan terdiri daripada golongan miskin, amil, muallaf, riqab (seseorang yang terbelenggu tanpa kebebasan), gharimin (penghutang muslim), fisabillillah (Orang yang berjuang kerana Allah) dan Ibnus Sabil (musafir).
Tambah ulama terkenal ini, penyelewengan wang zakat yang diberikan kepada selain golongan tersebut merupakan satu pengkhianatan besar kepada umat Islam dan perlu diambil tindakan.
"Wang zakat dijelaskan di dalam Al Quran perlu diagih kepada asnaf yang sepatutnya dibelanjakan. Ia tak boleh dibelanja sesuka hati, tidak boleh diambil oleh penguasa dan pihak bertanggungjawab menguruskannya.
"Selain asnaf yang lapan, ia adalah satu penyelewengan sekiranya wang zakat diberikan kepada mereka yang tidak sepatutnya. Ia merupakan satu kesalahan dan dosa yang cukup besar," katanya lagi.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution semalam mendedahkan penyelewengan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32 ribu.
Jumlah itu dikatakan diguna bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.
Ia dikatakan bagi membiayai kos guaman dua individu berkenaan kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu didedahkan sendiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah semalam, yang mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan. P/s: Kalau saya MALU! Tak tahu di mana nak sorok muka!!!
|
Presiden PAS Seru Ahli Sertai BERSIH 2.0 dan Majlis Peguam Sokong BERSIH 2.0 Posted: 23 Jun 2011 03:00 AM PDT Harakah Daily melaporkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar datang ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyertai perhimpunan Bersih 2.0.
"Saya menyeru semua ahli dan penyokong PAS menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai ini untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil," kata Abdul Hadi dalam sidang media bersama Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Sementara itu, Malaysia Kini melaporkan Majlis Peguam berkata kebebasan berhimpun adalah hak yang perlu bagi sesebuah demokrasi. Justeru, badan itu menyokong ketiga-tiga kumpulan yang bercadang mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini.
Pengerusinya Lim Chee Wee berkata kebebasan berhimpun dijamin mengikut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan pihak berkuasa mesti mengambil kira perkara itu.
Katanya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak sepatutnya menyekat perhimpunan dan mengingatkannya bahawa arwah datuknya, Datuk Onn Jaafar juga pernah turun ke jalanan atas nama demokrasi.
"Perlu diingatkan bahawa Umno yang diketuai oleh Onn Jaafar, yang ketika itu presiden Umno, yang adalah datuk kepada Menteri Dalam Negeri sekarang, pernah memimpin rakyat turun ke jalanan bagi memprotes pembentukkan Malayan Union.
"Begitu juga dengan pemimpin Umno lain yang juga pernah turun ke jalanan, sebagai contoh menuntut kemerdekaan dan juga menyokong perjuangan Palestin," katanya.
P/s: UMCO bertambah pening! Jangan lupa temu janji anda 9 Julai ini!!!
|
Demi Anak, Si Ibu Sanggup Berjalan Membawa Beban Sejauh 20 KM Sehari Posted: 23 Jun 2011 01:35 AM PDT
Saya baca sebuah artikel menarik di laman Kaskus. Petikan berita itu tentang seorang ibu bernama Parti dari Desa/Kecamatan Bangsal Kabupaten Mojokerto. Berdasarkan keterangan berita, Parti sanggup berjalan dengan menuntun basikal tuanya sejauh 20 km untuk menjual barang rongsokan atau barangan terpakai.
"Sehari lumayan mas, bisa mendapat Rp20 ribu hingga Rp.30 ribu.'' katanya sambil mengatur nafasnya yang kelelahan menuntun basikal dengan berat muatan puluhan kilogram.
Rp 20-Rp30 ribu, anda tahu berapa jumlahnya dalam RM? Mungkin sekitar RM6-RM7.
Apabila ditanya lanjut sebab dia sanggup berjalan sejauh 20 km dengan muatan yang cukup berat bagi seorang wanita pertengahan usia, dia menjawab, segala-galanya untuk keperluan empat orang anaknya yang masih kecil dan bersekolah.
Begitulah besarnya pergorbanan seorang ibu demi membesarkan anak-anak.
P/s: 29hb Jun 2011, genaplah setahun pemergian ibu saya (Hamidah binti Mohd Nordin) ke alam Barzakh. Walaupun setiap hari saya merinduinya, mengharapkannya masih berada di dunia ini, namun Allah lebih menyayanginya. Semoga rohnya dicucuri Allah rahmat dan segala dosanya diampuni Allah. Kepada yang masih mempunyai ibu, sayangilah ibu anda dengan sepenuh hati!
Al-Fatihah.
|
Jual Baju BERSIH Macam Jual Barang "Salah"! Posted: 23 Jun 2011 12:58 AM PDT
Macam-macam jenaka yang berlaku di Malaysia Darul UMCO.
Malaysia Kini melaporkan bahawa seorang ahli Pemuda PKR dicekup oleh polis dalam kejadian semalam ketika sedang menjual kemeja-T BERSIH 2.0.
Mengulas kejadian itu, ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata ahli jawatankuasa kawasan Gombak, Razali Ghafar ditangkap kerana menjual baju yang mempunyai logo BERSIH 2.0.
Katanya, tindakan polis mengambil keterangan Razali kerana menjual baju-T berkenaan di sekitar Kajang malam semalam menyalahi undang-undang.
Malah yang lebih menghairankan, soalan yang diajukan polis kepada Razali lebih kepada siapa yang bertanggungjawab di sebalik himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.
"Maklumat yang beliau beritahu saya, soalan polis lebih kepada siapa yang (lagi) jual, siapa yang beri baju BERSIH, siapa yang suruh jual. Pertanyaan polis lebih menjurus untuk mencari siapa di sebalik penganjuran BERSIH ini?
"Ini satu perkara yang bercanggah dengan prinsip undang-undang dan perlembagaan kerana tidak ada satu kesalahan pun menjual baju dalam konteks undang-undang negara kecualilah kalau baju tersebut ada unsur lucah dan sebagainya," kata Shamsul.
Sementara itu, ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie ketika dihubungi Malaysiakini berkata ahli AMK itu didekati oleh anggota polis semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Merab, Sepang.
"Dia beritahu saya bahawa polis merampas dua kemeja-T dan mengheretnya ke balai dan bertanya di mana baju berkenaan diperolehi serta siapa yang menjualnya.
"Dia hanya peniaga kecil yang ingin mencari wang tambahan. Nampaknya kita tidak boleh mengeluarkan perkatan BERSIH lagi dan juga memakai atau menjual kemeja-T berwarna kuning," katanya.
P/s: Baru nampak baju sudha takut, belum lagi nampak ratusan ribu orang berarak tuntut pilihan raya yang BERSIH!
|
[Sadis&Tragis] Ibu Bakar Anak Cacat Posted: 22 Jun 2011 11:25 PM PDT
Saya petik: [HM] RENO (Nevada): Seorang ibu disyaki membakar bayinya berusia dua bulan yang cacat teruk. Suceli Ardon didakwa meletakkan anaknya dalam plastik sampah sebelum menyimbah petrol dan membakarnya hidup-hidup. Bagaimanapun, wanita berusia 26 tahun itu mendakwa, anak perempuannya itu sudah mati akibat memakan terlalu banyak ubat penahan sakit.
Namun, bedah siasat peringkat awal menunjukkan bayi itu masih hidup ketika dia dibakar selepas asap dikesan dalam paru-parunya. Pendakwa raya di Reno berkata, mereka akan memfailkan tuduhan membunuh sebaik menerima laporan penuh bedah siasat.
Suceli, ibu tiga anak, ditangkap selepas seorang wanita yang berjalan bersama anjingnya menemui mayat bayinya, Brandy, yang sudah rentung, Mac lalu.
Bayi berkenaan menghidap sindrom Wolf-Hirschhorn, menyebabkan dia cacat teruk. Dia menghabiskan sebahagian besar hidupnya selepas lahir di hospital sebelum diserahkan kepada Suceli dan teman lelakinya, Luis Martinez, Mac lalu.
Sucile sepatutnya memberi morfin kepada bayi berkenaan untuk melegakan kesakitannya. Polis berjaya mengenal pasti Brandi menerusi alat pembedahan di perutnya yang digunakan sebagai tiub untuk memasukkan makanan.
Apabila disoal siasat, Sucile mengaku membakar anaknya selepas mendakwa bayi itu sudah mati akibat terlalu banyak diberikan morfin. - Agensi
P/s: KEJAM!!!
|
Bahana FB: Isteri Curang-Ditangkap Khalwat-Diceraikan Suami Posted: 22 Jun 2011 09:40 PM PDT
Saya petik: [HM] Seorang duda dan ibu tiga anak masing-masing dihukum denda maksimum RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, selepas mengaku berkhalwat di rumah kedai, lapan hari sebelum wanita itu diceraikan suaminya, Februari lalu.
Hakim Syarie Drs Atras Mohamad Zin menjatuhkan hukuman itu terhadap jurutera, Saharudin Mohd Yusof, 37, dan pegawai bank, Azilawati Jusoh, 37. Penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu. Mengikut kertas pertuduhan, mereka yang bukan mahram didakwa berada bersama-sama dalam keadaan yang menimbulkan syak di tingkat dua rumah kedai di No 61/2B, Jalan Pahat K15/K, Dataran Otomobil, Seksyen 15, di sini, jam 3.35 pagi, 2 Februari lalu. Saharudin didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Azilawati didakwa di bawah Seksyen 29(1)(b) enakmen sama. Terdahulu, Saharudin dan Azilawati memohon mahkamah mengurangkan jumlah denda dan tidak mengenakan hukuman penjara.
Bagaimanapun, Pendakwa Syarie, Khafizah Ahmad Khairi membantah permohonan itu atas alasan Saharudin dan Azilawati berpendapatan kira-kira RM5,000 dan RM4,000 sebulan. Berdasarkan fakta kes, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang datang ke tempat kejadian melakukan pemeriksaan mendapati pintu dan pagar tertutup serta berkunci.
"Pihak berkuasa kemudian mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali dan menunggu 15 minit di luar namun pintu masih juga tidak dibuka.
"Selepas itu, amaran dengan kiraan 10 kali dilakukan dan lima minit kemudian, barulah seorang lelaki (Saharudin) yang memakai kemeja T berwarna merah dan berseluar jean panjang membuka pintu," katanya.
Menurut Khafizah, pemeriksaan menemui seorang wanita yang memakai kemeja T serta berseluar jean di dalam bilik di rumah berkenaan. Ketika ditahan, suasana di rumah itu suram dan hanya diterangi cahaya lampu dari luar. Azilawati diceraikan suaminya, Norashid Jeran, 39, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, dekat sini pada 10 Februari lalu, selepas bersetuju dengan syarat untuk menyerahkan hak penjagaan anak perempuan bongsu, Dhia Delisha Hannan, 1, kepada suaminya. Difahamkan, hubungan pasangan itu retak gara-gara laman sosial popular, Facebook. Selepas prosiding semalam, Saharudin menyerang dan mengasari seorang jurugambar sehingga memaksanya membongkokkan badannya sambil memeluk kamera bagi mengelakkannya daripada dirampas atau dirosakkan. Bagaimanapun, tindakan pantas rakan jurugambar media lain berjaya mengelak kejadian lebih buruk.
P/s: Punca perceraian kerana FB. Hati-hati apabila menggunakan FB. Banyak sangat pasangan yang bercerai-berai kerana FB.
Berita sebelumnya:
P/s: Pengakuan si suami: ''Plaintif ialah ibu dan dia berhak ke atas anak saya, jadi dia bukanlah menculik Dhia Delisha, dia cuma mengambil Dhia Delisha tanpa memaklumkan kepada saya dan keluarga.
''Kami sangat bimbang dan bersedih ketika kejadian itu kerana selepas plaintif pergi meninggalkan saya dan anak-anak pada September tahun lalu, saya sendiri yang menjaga mereka.''
Cuba baca ayat yang saya merahkan itu! Mengikut keterangan, pasangan ini mempunyai anak berusia setahun. Si ibu meninggalkan anak berusia setahun? Si isteri meninggalkan suami kerana kemaruk cinta lain? Sekadar bertanya!
|
[Panas] BERSIH 2.0: Ambiga dan Pemimpin PR Terima Ugutan BUNUH! Posted: 22 Jun 2011 07:58 PM PDT
Saya petik: [MK] Beberapa wartawan dan ahli Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) telah menerima ugutan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) lewat malam semalam dan awal pagi ini.
SMS yang dihantar dari nombor telefon 601119732179 memuatkan ugutan bunuh ke atas pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan juga beberapa pemimpin PAS dan PKR yang mungkin terbabit pada perhimpunan 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.
Ambiga, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau menerima SMS seumpama itu.
"Ya, saya juga terima dan akan buat laporan polis," katanya.
SMS itu berbunyi: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.
"puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.
"kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."
Ahad lalu, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga membakar dan memijak gambar Ambiga pada satu perhimpunan dan memanggilnya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya".
P/s: Siapalah pengecut lahanat yang kirim SMS ugutan ini?
|
Royalti Allahyarham Tan Sri P Ramlee Cecah RM200 Juta Posted: 22 Jun 2011 07:27 PM PDT
Saya petik: Hasil bayaran tayangan filem seniman di stesen televisyen didakwa cecah RM200 juta
[BH] GEORGETOWN: Waris Tan Sri P Ramlee bercadang menuntut royalti daripada bekas majikan seniman agung itu hasil bayaran tayangan filem lakonan Allahyarham di stesen televisyen, termasuk televisyen berbayar yang dikatakan mencecah RM200 juta.
Setakat ini, waris P Ramlee hanya menerima royalti daripada lagu Allahyarham, termasuk RM200,000 yang dibayar syarikat rakaman dan Persatuan Perlindungan Hak Cipta Muzik Malaysia (MACP), pada tahun lalu.
Bagi tujuan itu, waris Allahyarham melantik peguam, Datuk Hamzah Mohd Kassim bagi mengendalikan urusan berkaitan usaha mendapatkan imbuhan daripada bekas majikan P Ramlee itu.
Hamzah semalam mengakui tiada undang-undang jelas berkaitan royalti antara P Ramlee dengan Shaw Brothers, ketika Allahyarham menjadi pelakon di syarikat berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, Shaw Brothers mempunyai tanggungjawab sosial untuk memberikan bayaran kepada waris P Ramlee.
"Saya sudah mendapatkan pandangan pakar perundangan dan kami mempunyai ruang mendapatkan sejumlah royalti," katanya selepas majlis pelancaran Jejak Warisan P Ramlee di Rumah Kelahiran P Ramlee, di sini semalam.
Pelancaran disempurnakan Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff. Hamzah berkata, pihaknya sudah membuat kajian mengenai perkara itu dan berjumpa beberapa rakan Allahyarham serta mendapatkan pandangan pakar undang-undang.
Namun, beliau tidak dapat menyatakan jumlah tepat pendapatan diperoleh Shaw Brothers hasil tayangan filem lakonan P Ramlee melalui televisyen, tetapi menjangkakan mencecah RM200 juta.
"Saya difahamkan, dalam tempoh tiga tahun lalu saja syarikat itu dibayar RM20 juta oleh ASTRO," katanya yang menyasarkan royalti sebanyak 20 peratus diberikan kepada waris Allahyarham.
Mengenai maklum balas Shaw Brothers, Hamzah berkata, pihaknya akan berunding dengan syarikat itu selepas mendapat semua maklumat berkaitan.
Sementara itu, Mohd Yusoff berkata, PEMENANG menyokong usaha memastikan waris P Ramlee mendapat hak mereka dan berharap persatuan dalam industri perfileman turut membantu bagi memastikan keluarga Allahyarham mendapat pembelaan sewajarnya.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan