DUNIACACAMARBA |
- Mengapa Bil Katering Majilis Pertunangan Anak Najib Atas Nama Jabatan PM? Siapa Bayar?
- Bagaimana Syarikat Bermodal RM100 Melabur RM5.8 bilion?
- Kaitkan Serangan Penggodam dengan BERSIH, Rais Buat Lawak?
- Apa Menteri Dapat? Apa yang Anda (Majoriti) Dapat?
- Amah Berahi Bawa Masuk Teman Lelaki ke Bilik
- [Gambar & Video] Pasangan "Beraksi Berahi" Ketika Rusuhan Sudah Dikenal Pasti
- [Gambar] Anak Najib Bertunang, Spekulasi Kini Kisah Benar
Mengapa Bil Katering Majilis Pertunangan Anak Najib Atas Nama Jabatan PM? Siapa Bayar? Posted: 18 Jun 2011 08:54 AM PDT
Pagi tadi saya persoal, siapa bayar kos pertunangan anak Najib di sini. Dr Tan Kee Kwong kemudiannya menimbulkan persoalan yang sama seperti yang dilaporkan oleh TVS. Siapa yang membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Najib yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam? Menurut laporan, majlis tertutup itu dikhaskan kepada kira-kira 800 tetamu istimewa dan terpilih yang terdiri daripada golongan dan kerabat diraja termasuk dari negara asing, ahli politik, tokoh perniagaan dan kenalan rapat yang lain. "Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81 000?" soal Dr Tan. Mengapa bil atas nama Jabatan PM? P/s: Belum tanya lagi fasal kos lain? | ||||
Bagaimana Syarikat Bermodal RM100 Melabur RM5.8 bilion? Posted: 18 Jun 2011 03:20 AM PDT Saya petik:
P/s: Magik seperti ini lazim berlaku dalam Kerajaan BN! Bongkar sampai terburai!!! | ||||
Kaitkan Serangan Penggodam dengan BERSIH, Rais Buat Lawak? Posted: 18 Jun 2011 01:00 AM PDT | ||||
Apa Menteri Dapat? Apa yang Anda (Majoriti) Dapat? Posted: 18 Jun 2011 12:35 AM PDT
P/s: Bandingkan! Mereka bukan sahaja mendapat gaji sebesar angka dalam jadual, malah diberi pelbagai kemudahan mewah yang lain termasuklah pengecualian membayar bil utiliti yang membebankan anda ketika ini. | ||||
Amah Berahi Bawa Masuk Teman Lelaki ke Bilik Posted: 17 Jun 2011 11:00 PM PDT Saya petik:
| ||||
[Gambar & Video] Pasangan "Beraksi Berahi" Ketika Rusuhan Sudah Dikenal Pasti Posted: 17 Jun 2011 07:16 PM PDT Ketika rusuhan yang dicetuskan oleh penyokong Vancouver Canucks setelah pasukan mereka kalah kepada Boston Bruins sekali gus gagal memenangi Piala Stanley berlaku, jurukamera berjaya merakamkan aksi pasangan sedang berahi bercium. Sangkaan awal mendakwa pasangan itu sedang mabuk berahi walaupun ketika itu rusuhan dan keganasan sedang berlaku di kawasan itu. Menurut media, semasa rusuhan itu berlaku banyak kebakaran dan pergaduhan berlaku, malah ada yang mengambil kesempatan melakukan rompakan Apabila foto pasangan "berahi" itu disiarkan oleh blog dan portal berita, situasi itu mewujudkan perlumbaan dalam kalangan pihak media untuk mendapatkan berita tentangnya. Antara persoalan yang tercetus: Siapakah mereka? Apakah yang mereka fikirkan? Siapakah yang dapat mengesan mereka terlebih dahulu? Persoalan tentang identiti pasangan yang berahi bercium itu akhirnya terjawab. Portal 9 News Australia mendedahkan identiti pasangan itu sebagai Scott Jones, berusia 29 tahun yang baru menetap di Vancouver selama 6 bulan. Dia berasal dari Perth, Australia. Manakala wanita yang diciumnya itu dikenali sebagai Alexandra Thomas, seorang siswazah jurutera dari University of Guelph. Menurut ayah Scott, Alexandra sebenarnya terbaring kerana mengalami kecederaan selepas dihentak oleh perisai polis. Dia menangis dan kesakitan. Scott cuba menenangkan Alexandra dengan memeluk dan menciumnya.
Video: | ||||
[Gambar] Anak Najib Bertunang, Spekulasi Kini Kisah Benar Posted: 17 Jun 2011 06:10 PM PDT Saya petik:
P/s: Siapa hairan anak Najib bertunang? Yang kita hairan lawatan rasmi Najib ke Kazakhstan beberapa minggu sebelum majlis pertunangan ini. Lawatan itu mencetuskan dakwaan bahawa Najib ke sana atas urusan pertunangan (merisik) anaknya. Tekaan pemimpin PR bahawa Najib ke sana kerana 2 dalam 1: bekerja dan menyelesaikan urusan keluarga ada benarnya. Jika diperhatikan berita Bernama di atas, tiada maklumat yang jelas tentang tunang anak Najib. Tidak ada langsung perkataan "Kazakhstan" dalam berita itu. Adakah mereka takut rakyat tahu temberang PM? Majlis pertunangan ini tampak mewah. Jemputannya hebat-hebat. Siapa yang tanggung kos pertunangan ini? Saya tidak kata Najib tidak mampu. Cuma kalau pergi merisik boleh guna pakej lawatan rasmi sebagai PM.... Anak Najib bersama dengan bakal tunang dan keluarga mentua dalam suatu majlis lain.
|
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan