Sabtu, 18 Jun 2011

Biaqpila

Biaqpila


Hishamuddin, Khairy main wayang untuk gagal Himpunan Bersih- AMK

Posted: 18 Jun 2011 03:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Perbalahan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berhubung perhimpunan sayap parti itu disifatkan sebagai wayang semata-mata.
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Azmizam Zaman Huri berkata, apa pun sebabnya, ia bertujuan untuk menggagalkan perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
"Ini semuanya wayang, sebenarnya tujuannya hanya untuk menghalang perhimpunan Bersih.
"Konon-kononnya nanti Pemuda Umno tidak akan diberikan permit. Jadi mereka (polis) akan kata tidak ada sebab untuk mengeluarkan permit kepada Bersih.
"Sebenarnya kita sedia maklum tentang perkara ini. Ia bertujuan untuk menakutkan-nakutkan peserta dan rakyat yang akan menyertai Perhimpunan Bersih 9 Julai nanti," katanya kepada Keadilandaily.com.
Khairy dalam laporan media hari ini menegaskan akan tetap mengadakan perhimpunan Pemuda Umno, pada tarikh dan tempat
yang sama perhimpunan Bersih diadakan.
Katanya, Pergerakan Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman Hishamuddin yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan itu.
Beliau dilapor berkata, Hishamuddin yang juga bekas Ketua Pemuda Umno boleh memberi amaran tetapi sayap Umno itu akan tetap meneruskan rancangannya, walau apa pun berlaku.
Terdahulu, Hishamuddin yang juga Menteri Dalam Negeri hari ini memberi amaran mana-mana pihak yang menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai ini, termasuk Pemuda Umno akan berdepan akibat dan tindakan undang-undang. -KD

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LIVE: MALAYSIA VS MYANMAR

Posted: 18 Jun 2011 05:18 AM PDT






PERLAWANAN TAMAT


MALAYSIA 2-0 MYANMAR


Live Streaming Video Football : International Friendly Matches
MALAYSIA VS MYANMAR
Saturday (18 June) 20:45 (GMT +8)

Stadium Sultan Muhammad ke IV
Kota Bharu,Kelantan

SILA KLIK PADA LINK INI JIKA TV DI ATAS TIDAK BERFUNGSI.
(((LIVE STREAMING FOOTBALL)))

ATAU

((( SENARAI LIVE STREAMING )))

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Cabul gadis ‘suci dosa’

Posted: 17 Jun 2011 09:00 PM PDT


IPOH: Seorang guru agama berusia 50-an yang mengajar tarekat memilih gadis muda bagi proses menyucikan dosa selain menentukan darjat di sisi Tuhan sebelum mencabul mangsa dengan kejadian terbaru membabitkan gadis 20-an yang mengikuti ajaran sesat lelaki terbabit bersama bapanya.

Namun, melucukan apabila lelaki dan wanita tua tidak perlu melalui proses itu kerana guru terbabit mendakwa pengikut terbabit sudah suci secara semula jadi, tetapi setakat ini gadis 20-an itu dipercayai menjadi mangsa.

Guru tarekat yang beroperasi di satu daerah di utara Perak itu dipercayai menggunakan alasan penentuan darjat seseorang yang paling hampir dengan Allah SWT atau 'maqam' untuk mencabul gadis yang menjadi muridnya.

Menurut sumber, kejadian terbaru membabitkan gadis berusia 20-an itu ketika dia bersama bapanya mengikuti aktiviti tarekat terbabit, baru-baru ini.


"Berdasarkan maklumat, sebelum kejadian gadis itu melakukan proses bersuluk (bersendirian dalam tempoh masa tertentu) dan selepas bersuluk, mangsa diarah berjumpa guru terbabit untuk menentukan maqam dan ketika itu mangsa dicabul," katanya di sini, semalam.-HM



SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BIKIN MALU: DAPAT KONTRAK FESBUK RM1.8 JUTA, TAPI LAMAN WEB PUN TAKDAK

Posted: 17 Jun 2011 06:00 PM PDT

Syarikat peroleh kontrak Facebook RM1.8 juta tiada laman web

Keadilandaily - Syarikat Impact Creations Sdn Bhd yang dikatakan memperolehi kontrak RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebook Kementerian Pelancongan didapati tidak mempunyai laman web sendiri yang sempurna.
Tinjauan KeadilanDaily.com mendapati syarikat tersebut sekadar meletakkan pengumuman bahawa laman webnya 'akan datang' tidak lama lagi.
Impact Creations sebelum ini didapati menggunakan khidmat seorang 'konsultan', Juni Ewe untuk mendapatkan kontrak RM1.8 juta bagi mengendalikan enam laman web Kementerian Pelancongan. Juni Ewe merupakan kawan baik kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong hari ini menggesa Ketua Audit Negara untuk menyiasat pemberian kontrak itu yang terlalu besar jumlahnya untuk sekadar mengendalikan laman Facebook Kementerian Pelancongan.
Laman web Impact Creations Sdn Bhd boleh dicapai di sini.

RAMAI-RAMAI KITA KUTUK DEPA

Toyorism Malaysia ~ Curi-Curi 1Malaysia

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: