Jumaat, 3 Jun 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


RoS Tarik Hasrat Batal Pendaftaran PKR

Posted: 03 Jun 2011 07:27 AM PDT

 
Pendaftar Pertubuhan (RoS) memutuskan tidak akan membatalkan pendaftaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas berpuas hati dengan penjelasan yang dikemukakan oleh PKR pertengahan bulan lalu berhubung dengan aduan seorang ahli dipecat dua tahun lalu, lapor TMI.

Sehubungan dengan keputusan RoS itu, PKR juga memutuskan untuk tidak meneruskan tindakan mahkamah terhadap agensi tersebut, yang difailkan kelmarin.

"PKR menyambut baik keputusan Pendaftar Pertubuhan yang berpuas hati penjelasan yang dikemukakan dalam surat tunjuk sebab berkaitan dengan ancaman pembatalan pendaftaran PKR yang diterima oleh parti minggu lalu.

"PKR turut dimaklumkan bahawa pihak RoS juga tidak akan meneruskan tindakan membatalkan pendaftaran PKR," kata Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan petang ini.

Justeru kata Saifuddin, "Pihak parti dengan ini memutuskan untuk membatalkan hasrat menyaman RoS memandangkan perkara ini telah dapat diselesaikan dengan baik."... berita penuh di sini.

P/s: Rancangan tidak menjadi, macam lahanat!

Kerana Mahu Miliki iPad, Remaja Jual Buah Pinggang

Posted: 03 Jun 2011 07:05 AM PDT


Seorang remaja di Beijing yang terdesak mahu mendapatkan iPad 2 nekad menjual satu daripada buah pinggangnya bagi membeli gajet idaman. Remaja yang dikenali sebagai Zheng menjual organ penting itu pada harga kira-kira RM9,800.

Zheng, 17, berkata dia menjual buah pinggangnya selepas terlihat iklan dalam talian yang menawarkan wang kepada sesiapa yang mahu menjadi penderma organ.

"Saya mahu membeli iPad 2 tetapi tidak ada wang," katanya kepada stesen televisyen Shenzhen.

Zheng berunding dengan ejen tersebut dan pergi ke bandar Chenzhou di wilayah Hunan untuk menjalani pembedahan. Dia kemudian dimasukkan ke hospital tempatan dan dibenarkan pulang tiga hari selepas menjalani pembedahan.

Walau bagaimanapun, Zheng mengalami komplikasi dan keadaan kesihatannya yang terganggu itu menyebabkan ibunya menyedari ada yang tidak kena pada remaja terbabit. Ibu Zheng, Liu, terkejut apabila anaknya pulang bersama satu komputer riba serta telefon bimbit Apple.

Curiga dengan apa yang dilihatnya, Liu mendesak Zheng menceritakan apa yang berlaku.

"Akhirnya dia mengaku menjual buah pinggangnya," katanya.

Liu kemudian pergi bersama Zheng ke Chenzhou dan membuat laporan polis. Bagaimanapun, polis gagal mengesan ejen terbabit kerana nombor telefon yang digunakan sebelum ini dimatikan.




P/s: BINGAI!


NGO Hak Asasi Berang Apabila 'Pelacur' Dirantai, Diconteng

Posted: 03 Jun 2011 06:24 AM PDT

r

Saya petik:
[MK] Operasi mencegah maksiat di Pulau Pinang malam semalam menimbulkan kontroversi apabila beberapa kumpulan hak asasi mempertikaikan cara pihak polis menggari kira-kira 30 wanita asing dengan rantai dan membuat contengan di muka, dada dan tangan mereka.

Wanita asing itu ditahan di sebuah kelab malam di sebuah pusat membeli-belah di Pulau Tikus kerana disyaki melacurkan diri.

Dalam serbuan itu, lapan rakyat tempatan dan 30 wanita asing - 29 dari China dan seorang dari Vietnam ditangkap oleh 19 anggota polis dari Bukit Aman.

Menurut akhbar berbahasa Cina, serbuan dijalankan selepas pihak polis mengintip dan memerhatikan kegiatan kumpulan itu selama seminggu di kelab berkenaan yang dikatakan amat popular di kalangan penduduk tempatan.

Akhbar Cina juga memaparkan gambar-gambar wanita yang dirantai dalam kumpulan itu dan kemudiannya mereka ditandakan dengan pelbagai simbol, termasuk X di dahi seorang daripada wanita itu.

Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Andrew Khoo membidas polis kerana tidak mematuhi piawaian prosedur operasi polis (SOP) dan pada masa yang sama mencabuli hak asasi manusia.

"Kita tidak boleh menandakan mereka secara fizikal... kita boleh tahan mereka tetapi mereka tidak boleh ditanda seperti itu," katanya ketika dihubungi.

Pengarah Tenaganita Irene Fernandez pula melahirkan rasa terkejut berhubung gambar wanita dirantai dan ditanda.

Katanya tidak adil bagi mengandaikan semua mereka itu bersalah.

"Saya sangsi ini prosedur yang biasa dan jika ia adalah prosedurnya maka polis mesti mendedahkannya. Mesti dijalankan siasatan berhubung perkara ini dan polis mesti jelaskan mengapa mereka bertindak sedemikian.

"Mereka mungkin mangsa pemerdagangan manusia... jika ini benar mereka adalah mangsa," katanya.

Peguam bagi 'Lawyers for Liberty's Faidah Nadwa Fikri berkata tindakan merantai dan menanda wanita itu sebagai 'luarbiasa dan tidak berperi-kemanusiaan'.

Tegasnya wanita itu cuma adalah suspek dan belum didapati bersalah atas sebarang jenayah lagi.

"Ini masalah budaya kita, masalah kerana kita tidak memahami apa itu peraturan undang-undang.

"Saya lihat apabila seseorang ditangkap dan dibawa ke mahkamah, sesetengah mereka juga tidak memakai selipar... ini menunjukkan betapa buruk pihak berkuasa melayan mereka dan ini adalah isu kemanusiaan," katanya.

Gaji CEO TNB RM1.8 Juta!

Posted: 03 Jun 2011 01:55 AM PDT


Semalam DCM ada menyiarkan salinan gambar dokumen yang memaparkan pendapatan tahunan CEO TNB yang berjumlah lebih RM1.1 juta. Dokumen yang ada saya paparkan di bawah ini  bertarikh 2007.
 
Hari ini KD mendedahkan gaji tahunan Ketua Pengarah Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Che Khalib Mohamad Noh pada tahun 2010 ialah sebanyak RM1.8 juta. Secara perbandingannya, gaji pokok Che Khalib Mohamad Noh meningkat dari RM600,000 pada 2009 kepada RM1.2 juta pada 2010. Justeru,  pendapatan tahunan Che Khalib tahun lalu adalah RM1.8 juta berbanding dengan RM1.4 juta pada tahun sebelumnya, lapor TMI. Jumlah itu jelas menunjukkan Melayu yang bernama Che Khalid ini menerima gaji yang terlalu besar ketika  rakyat dibebankan dengan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus.

Seorang lagi pengarah eksekutif TNB Azwan Mohd, yang dilantik pada April 2010, menerima pendapatan tahunan sekitar RM755,320.22, termasuk gaji pokok RM457,440 berbanding dengan gaji minimum pekerja TNB, iaitu sekitar RM750 sebulan.

Sebalik kemewahan gaji pegawai atasan TNB, Presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB Mohamad Roszeli Majid mendedahkan bahawa TNB hanya menawarkan kenaikan gaji sebanyak 7.5 peratus dalam rundingan pekerja-majikan yang sedang berlangsung. Kesatuan meminta kenaikan antara 10 hingga 25 peratus, namun permintaan itu ditolak oleh majikan.


P/s: Melayu, Melayu!

Buang Bayi di Lubang Sampah

Posted: 03 Jun 2011 01:06 AM PDT


Saya petik:
[HM] GOMBAK: Hanya sehari selepas seorang bayi lelaki baru dilahirkan maut akibat dicampak dari tingkat lima pangsapuri, seorang lagi bayi menjadi mangsa kekejaman apabila dibuang dalam ruang membuang sampah sebuah rumah teres di Taman Pelangi, Rawang di sini, semalam.

Bagaimanapun, bayi lelaki yang juga baru dilahirkan dan masih bertali pusat itu terselamat daripada maut apabila dia ditemui pemilik rumah berkenaan ketika mahu membuang sampah pada kira-kira jam 9.30 pagi.

R Punitha, 25, berkata ketika baru keluar rumah untuk membuang sampah, dia sempat melihat dua wanita menunggang motosikal meletakkan sesuatu di ruang membuang sampah di depan rumahnya.

"Saya nampak sendiri dua wanita yang menunggang motosikal meletak sesuatu di depan rumah saya. Saya sangka mereka membuang sampah dan saya kurang senang dengan tindakan mereka kerana tempat itu kawasan persendirian.

"Saya membuka pintu pagar dan menjerit ke arah mereka, namun kedua-dua wanita itu segera memecut laju," katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya, semalam...


Dua Remaja Bawah Umur Diperkosa Teman Lelaki

Posted: 03 Jun 2011 12:45 AM PDT

Sekadar hiasan.
 
Saya petik:

[HM] AMPANG: Dua remaja perempuan berusia 14 dan 17 tahun mendakwa dirogol teman lelaki masing-masing selepas tertidur di ruang tamu sebuah rumah pangsa, Taman Keramat, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, sebelum kejadian dua remaja itu mengikut teman lelaki mereka berusia 23 dan 19 tahun bersiar-siar sebelum singgah di rumah bapa saudara seorang daripada lelaki terbabit kira-kira jam 4 pagi.

Katanya, seorang daripada teman lelaki mangsa memberi alasan singgah di situ kerana mahu mandi dan perlu ke tempat kerja selepas itu.

"Sementara menunggu kedua-dua lelaki itu mandi, mangsa tertidur di ruang tamu rumah sebelum mereka dirogol teman lelaki masing-masing di ruang tamu dan dalam bilik. Kedua-dua suspek mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada keluarga," katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran dan ditinggalkan di situ Sumber itu berkata, sejurus pulang mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarga masing-masing sebelum kedua-dua keluarga berang dan mencari suspek.

Berikutan itu, seorang daripada ahli keluarga mangsa mengamuk sehingga berlaku pergaduhan di rumah suspek sebelum sepasukan polis tiba di tempat kejadian.

Menurutnya, kedua-dua suspek terbabit ditahan bagi membantu siasatan manakala mangsa dihantar ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kedua48dua suspek direman sehingga 6 Jun ini.
 
P/s: Budak perempuan yang menjadi mangsa sudah tentu bingai. Namun persoalan lain yang wajar difikirkan: Mengapa anak dara sunti bawah umur ini dibiar berkeliaran dengan jantan lahanat sehingga awal pagi? Siapa yang patut dipersalahkan dahulu?

Isteri Dibogelkan, Kemudian Diculik!

Posted: 02 Jun 2011 11:51 PM PDT


Saya petik:
[HM] GURUN: Sepasang suami isteri mengalami detik cemas dan mengaibkan apabila dibogelkan tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang serta rotan yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Sungai Badak, di sini, sebelum si isteri dilarikan kumpulan penjenayah itu, kelmarin.

Mazri Sharif, 30, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, isterinya, Nornasuha Azmi, 21, dilarikan tiga lelaki terbabit dengan sebuah Toyota Estima yang menunggu di luar rumah.

Mazri yang juga peniaga kedai makanan berkata, dia cedera di tangan akibat ditetak dengan parang manakala bapanya yang berusia 71 tahun cedera akibat dicekik.

"Saya percaya kejadian ini ada kaitan dengan perkahwinan kami," katanya yang berkahwin dengan Nornasuha, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok di sini, di Selatan Thailand, pada 23 Julai tahun lalu.

Mazri berkata, dia amat geram dan sedih apabila tiga penjenayah itu memecah masuk bilik tidurnya lalu membogelkan dia dan isterinya...

P/s: Gila!

.

Tiada ulasan: