Biaqpila |
- Bodohnya nak sedekah kepada Syed Azidi - Husam
- 2 Gadis Dirogol Lepas Singgah ‘Mandi’
- Tahukah Anda? Orbit Dicatatkan Di Dalam Al-Quran
- Skandal Scorpene: Najib sendiri perlu ke Perancis bantu siasatan – AMK
Bodohnya nak sedekah kepada Syed Azidi - Husam Posted: 03 Jun 2011 05:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 2 Jun: AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menafikan beliau memberikan duit sebanyak RM350,000 kepada seorang blogger, Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi. "Adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat," kata Husam dalam kenyuataannya kepada Harakdaily. Husam mengulas kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan Online yang mengaku menerima wang sebanyak itu dari wakil Husam di China. Kenyataan itu ekoran dakwaan para blogger Umno kononnya Husam memberikan duit sebanyak itu kepada Syed Azidi untuk membantu kempen beliau menjelang muktamar ini. Selain isu memberi wang kepada Syed Azidi, hampir semua blogger Umno menyerang Husam menjelang pemilihan kali ini. Husam bertanding naib presiden PAS dan baru pulang dari India dan China untuk urusan kerajaan negeri Kelantan. Berikut kenyataan penuh Husam:. "Saya merujuk kepada kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan online dan dijangka akan disiarkan edisi cetak Utusan besok. "Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kehairanan saya terhadap minat Utusan yang terlalu nyata untuk mencampuri pemilihan PAS sejak 2008 yang lalu. "Mengenai dakwaan Syed Azidi, saya merasa hairan dakwaan ini dikeluarkan pada hari terakhir sebelum pemilihan PAS esok hari di mana saya ikut bertanding. "Adakah kerana beliau tahu bahawa dakwaan palsu beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan bagi mengelakkan tindakan seperti itu, ia dibangkitkan pada saat akhir seperti ini. "Sampai hari ini saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun saya dan adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat. "Mengnenai kononnya saya ada berbual melalui talipon dengan beliau kebelakangan ini, juga adalah palsu. Rekod talipon saya dan beliau boleh disemak. "Namun saya akui beliau ada menghantar beberapa mesej seminggu dua yang lalu memaklumkan beliau menulis mengenai kenaikan harga minyak dan saya membalasnya sekali dengan berkata tahniah. "Syed Azidi telah beberapa kali menimbulkan sensasi tetapi setiap kali sensasi itu berlalu, kredibiliti beliau semakin pudar." HD SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
2 Gadis Dirogol Lepas Singgah ‘Mandi’ Posted: 03 Jun 2011 12:00 AM PDT AMPANG: Dua remaja perempuan berusia 14 dan 17 tahun mendakwa dirogol teman lelaki masing-masing selepas tertidur di ruang tamu sebuah rumah pangsa, Taman Keramat, di sini, kelmarin. Menurut sumber, sebelum kejadian dua remaja itu mengikut teman lelaki mereka berusia 23 dan 19 tahun bersiar-siar sebelum singgah di rumah bapa saudara seorang daripada lelaki terbabit kira-kira jam 4 pagi. Katanya, seorang daripada teman lelaki mangsa memberi alasan singgah di situ kerana mahu mandi dan perlu ke tempat kerja selepas itu. "Sementara menunggu kedua-dua lelaki itu mandi, mangsa tertidur di ruang tamu rumah sebelum mereka dirogol teman lelaki masing-masing di ruang tamu dan dalam bilik. Kedua-dua suspek mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada keluarga," katanya. Menurutnya, mangsa dihantar ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran dan ditinggalkan di situ. Sumber itu berkata, sejurus pulang mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarga masing-masing sebelum kedua-dua keluarga berang dan mencari suspek. Berikutan itu, seorang daripada ahli keluarga mangsa mengamuk sehingga berlaku pergaduhan di rumah suspek sebelum sepasukan polis tiba di tempat kejadian. Menurutnya, kedua-dua suspek terbabit ditahan bagi membantu siasatan manakala mangsa dihantar ke hospital bagi pemeriksaan lanjut. Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kedua-dua suspek direman sehingga 6 Jun ini. HM SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Tahukah Anda? Orbit Dicatatkan Di Dalam Al-Quran Posted: 02 Jun 2011 09:00 PM PDT Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu; Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya). (Surah al-Anbiya; 33) Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu; Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38) Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan. Klik di sini untuk melihat sumber dari bukan islam Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an; Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah az-Dzariyat;7) Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka. Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain. Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Skandal Scorpene: Najib sendiri perlu ke Perancis bantu siasatan – AMK Posted: 02 Jun 2011 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu bimbang sekiranya disapina mahkamah Perancis, malahan beliau perlu hadir untuk membersihkan namanya dalam skandal pembelian dua kapal selam Scorpene. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas perbicaraan terbuka di negara itu berhubung pemberian komisen berjumlah 114.96 juta Euro dalam pembelian dua kapal perang berkenaan. Menurutnya, Najib adalah individu yang lebih berwibawa untuk membantu siasatan berbanding Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi kerana beliau adalah penyandang jawatan itu semasa urusniaga pembelian Scorpene dilakukan pada 2002. "Zahid berkata beliau sanggup untuk pergi, tetapi meletakkan pra-syarat iaitu hanya selepas mendapat persetujuan kabinet. Sebenarnya tidak timbul setuju atau tidak. "Kes ini tidak terlalu sukar daripada yang sepatutnya. Sekiranya kerajaan telus, mana-mana individu yang rasuah wajib didakwa," kata Shamsul. Mengulas perspektif undang-undang Shamsul berkata, kenyataan Ahli Parlimen atau jawapan Menteri di Dewan Rakyat tidak boleh dipertikai di mana-mana mahkamah di Malaysia. "Ada pengakuan oleh Timbalan Menteri Pertahanan sebelum ini bahawa bayaran telah dibayar kepada syarikat Perimekar dalam bentuk komisen. Ini tidak termasuk ratusan juta ringgit yang dibayar berikutan pembelian peralatan ketenteraan lain seperti Eurokopter," jelas Shamsul. Persoalannya, kata Shamsul apakah sebarang kenyataan Ahli Parlimen dan Menteri di dalam Parlimen Malaysia turut terpakai kepada mahkamah di negara lain? Perbicaraan di mahkamah Perancis yang bermula Julai ini akan merungkai persoalan dan mencari pihak terakhir penerima rasuah berjumlah 114.96 juta Euro, iaitu komisen dari pembelian kapal selam pertama negara. Mengulas isu yang sama, Shamsul mempertikaikan kaedah pembelian senjata melalui orang tengah, seperti dilakukan oleh Perimekar, anak syarikat Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki Razak Baginda bekas penasihat strategik Najib yang ketika itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri. "Apakah wujud keperluan pihak ketiga dalam urusniaga pembelian senjata, dan mengapa kerajaan perlu membayar lebih?" soal Shamsul. Pada 8 November 2008, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kepada Parlimen bahawa (in terms of the value of commission) pembelian kapal selam ini merupakan antara yang paling tinggi di dunia. Justeru Shamsul mempersoalkan, komisen berjumlah hampir RM 500 juta adalah tidak munasabah, bahkan wang tersebut sepatutnya digunakan bagi menampung subsidi kepada rakyat. "Seharusnya, pembelian peralatan ketenteraan adalah secara 'G to G' (kerajaan dengan kerajaan), kerana urusniaga pembelian senjata membabitkan maklumat sulit keselamatan negara," kata Shamsul. Justeru, beliau menegaskan adalah tidak memadai sekiranya Menteri Pertahanan sekarang, iaitu Datuk Ahmad Zahid Hamidi dipanggil membantu siasatan. "Kehadiran Najib sendiri ke mahkamah Perancis akan melengkapkan 'jaringan yang terputus' (missing link) dalam penyiasatan rasuah pembelian kapal selam Scorpene," ujarnya.-KD SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan