Ahad, 26 Jun 2011

dollah yankee

dollah yankee


Boleh kah kita tangkap mereka kalau dah sampai berpuluh-puluh ribu orang..?!

Posted: 26 Jun 2011 12:51 AM PDT

"...Sepuluh orang, seribu orang boleh laa kita tangkap. Tapi kalau dah sampai berpuluh-puluh ribu orang yang turun, boleh kah kita nak tangkap?? Jadi kalau kita nak ambil pendekatan dengan menangkap penganjur dan lain-lain orang yang terlibat dalam perhimpunan BERSIH 2 yang sedang dalam perancangan tu, i rasa itu bukan lah jalan yang terbaik..." Ini antara kata-kata seorang pegawai kanan KDN dalam mesyuarat mereka berhubung dengan rancangan BERSIH 2 hendak turun ke jalan raya 9 haribulan nanti.

Kata pegawai kanan itu lagi... "Senario dan rakyat sekarang sudah berubah. Rakyat sekarang dah tak boleh terima setengah-setengah tindakan kita termasuk menangkap mereka yang terlibat nanti. Kalau laa kita yang kena tangkap sebab hanya menjual dan memakai baju kuning..., dan kalau laa kita di-tangkap tanpa sebarang justifikasi, i rasa kita pun dah tentu tak boleh terima sama sekali.."

Mungkin di-sebabkan alasan-alasan yang  di-atas lah yang menyebabkan mereka telah menukar taktik dan alternatif lain, dan pendekatan yang sedang di-cuba sekarang ialah mereka terus menerus, saban jam dalam radio, dalam tv memberitahu rakyat betapa negatifnya kesan-kesan ke-atas negara kita jika perhimpunan BERSIH 2 ini di-sokong oleh rakyat-rakyat jelata.

Dan itu lah yang sedang di-lakukan mereka sekarang ini.

dollah yankee -
Cakap lah apa pun...9 hb. rakyat tetap akan turun ...

Tiada ulasan: