Ahad, 26 Jun 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


'Larangan polis tak sah, langgar perlembagaan'

Posted: 25 Jun 2011 10:45 PM PDT

Hazlan Zakaria


Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

NONE"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu.

Gobind: Mana mereka hilang, polis?

Posted: 25 Jun 2011 10:41 PM PDT

Fadzly Esa


Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hari ini tampil di ibu pejabat Polis Bukit Aman menyerahkan memorandum berhubung lima lelaki yang didakwa hilang di Sri Kembangan pada 4 April lalu.

Beliau ditemani 10 orang ahli keluarga mangsa dilihat berkumpul di luar perkarangan ibu pejabat Polis itu kira-kira jam 11.50 pagi sebelum beredar kira-kira 30 minit kemudian.

Memorandum dua tuntutan itu diserahkan kepada timbalan pengawal pusat kawalan ASP LV Ariva mewakil Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

teoh family sue macc officer intimidate prontip 050110 gobindDalam sidang media ringkas selepas penyerahan itu, Gobind (kanan) berkata, mereka mahukan pengesahan sama ada kelima-lima lelaki India itu ditahan polis tidak kira di peringkat mana.

Ini kerana jika benar, perkara itu tidak menghormati hak mereka kerana anggota keluarga patut dimaklumkan di mana lokasi mereka ditahan, tambah wakil rakyat DAP itu.

Dalam tuntutan kedua pula, menurut Gobind lagi, beliau dan ahli keluarga mahukan penjelasan insiden yang disyaki mereka sebagai penculikan itu.

Menurutnya pihak keluarga mangsa juga telah melakukan siasatan sendiri dan telah memberikan maklumat berkaitan serta "bukti" kepada pihak polis.

"Selain itu, pihak keluarga mengesyaki berkemungkinan kelima-lima lelaki ditahan pihak polis," katanya.

Ditanya tindakan selanjutnya, Gobind berkata, beliau akan membangkitkan perkara ini dalam sidang parlimen pada Selasa depan.

"Saya akan meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyiasat perkara sebenar," katanya.

Perhimpunan BERSIH: PAS Melaka gerak 10,000 ahli

Posted: 25 Jun 2011 10:33 PM PDT

Elissa Helmy


PAS Melaka memberi komitmen menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 dan lebih 10,000 ahlinya akan menyertainya di ibunegara pada 9 Julai depan.

Pesuruhjayanya, Adly Zahari berkata, ia sebagai menyokong tuntutan lapan perkara yang diminta oleh BERSIH.

Menurutnya, perhimpunan secara aman ini merupakan satu hak rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan, dan dengan demikian, tidak perlu dipertikaikan mana-mana pihak.

"Perhimpunan ini telah dirancang dari awal. Tindakan pihak lain mahu turut mengadakan perhimpunan pada tarikh yang sama merupakan satu provokasi mereka untuk menghalang BERSIH," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, pihaknya sudah mengerakkan ahli-ahlinya untuk menyokong perhimpunan tersebut.

Menurutnya, antara langkah bagi menjayakan usaha itu adalah dengan mengadakan ceramah serta iklan bagi mendapatkan sokongan dan penyertaan rakyat.

"Kita baru sahaja mengadakan mesyuarat Jawatankuasa BERSIH Negeri, di mana kita telah suarakan komitmen untuk menggerakkan lebih 10,000 ahli kita.

"Ingin saya tekankan bahawa perhimpunan ini bukanlah satu perhimpunan keganasan sebagaimana digambarkan sesetengah pihak," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penerangan PKR Melaka, Hairiz Nordin berkata, parti berkenaan sudah mengerahkan ahli-ahlinya untuk turut serta dalam perhimpunan itu.

Menurutnya, perhimpunan itu sengaja diburukkan sesetengah pihak, yang mengambarkan seolah-olah ianya bertujuan mengulingkan kerajaan, sedangkan perhimpunan aman sebegini dijamin Artikel 10 Perlembagaan.

"Kita hanya menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya. Mana-mana rakyat berfikiran waras tentunya mahukan supaya pilihan raya itu dijalankan dalam suasana yang bersih dan adil," katanya.

Pemuda Umno lancar perhimpunan 'Patriot' lawan BERSIH

Posted: 25 Jun 2011 10:26 PM PDT

Regina Lee


Manakala jalan-jalan di Kuala Lumpur dijangka dibanjiri penyokong BERSIH yang berbaju kuning pada 9 Julai, Pemuda Umno pula akan tampil dengan baju merah.

Apa yang pada mulanya merupakan satu idea untuk melawan perhimpunan BERSIH 2.0, Pemuda Umno kini sudah mempunyai satu logo dan nama untuk perhimpunan anjurannya pada hari yang sama.

NONEMenulis dalam twitternya mengenai perhimpunan 'Patriot' itu, Ketua
Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meminta penyokongnya supaya memakai baju merah.

Mengapa 'Patriot'? Menurut Khairy kerana mereka mahu memberitahu rakyat bahawa mereka tampil menyokong sistem demokrasi dan perubahan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengulangi dakwaannya bahawa BERSIH 2.0 telah dicemari oleh politik pembangkang, Khairy berkata, gabungan itu tidak lagi menjadi satu gerakan masyarakat sivil yang berkecuali.

Beliau mendakwa jawatankuasa BERSIH sering muncul di pentas pembangkang.

Khairy berkata, gabungan itu telah menjadi sangat berat sebelah, condong kepada pembangkang dan mempunyai agenda politik.

8 tuntutan Bersih 2.0 sangat munasabah

Posted: 25 Jun 2011 10:22 PM PDT

Abd Shukur Harun


Lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang diumumkan oleh pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan baru-baru ini, adalah sebuah tuntutan yang sangat adil, munasabah dan wajar. Ia datang dari rakyat yang cintakan demokrasi.

Pada pendapat saya, tidak patut diputarbelitkan tuntutan Bersih 2.0 itu kerana tuntutan tersebut semata-mata untuk kepentingan demokrasi dan selaras dengan tuntutan Islam sendiri yang memfokuskan kepada keadilan dan kesaksamaan.

Hanya mereka yang berkepentingan untuk mempertahankan kedudukan yang ada, anti demokrasi dan perkauman yang menentang hasrat Bersih 2.0 ini.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 itu, seperti yang diumumkan oleh Ambiga, ialah supaya pihak SPR membersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, menggunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempuh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

Ini sebuah tuntutan yang sangat bersih, murni dan menjadi harapan kepada rakyat berbilang kaum yang cintakan demokrasi.

Sepanjang sejarah pilihan raya di negara ini banyak ditandai dengan hal-hal yang menggambarkan pilihan raya itu – kecil dan umum - tidak bersih. Isu undi pos, media tradisional yang hampir seratus peratus dimonopoli oleh kempen Barisan Nasional, senarai pengundi yang sangat meragukan, pengundi hantu dan pelbagai lagi menyebabkan pilihan raya tidak berjalan secara demokratik.

Oleh itu tuntutan Bersih 2.0 ini wajar disokong oleh rakyat pelbagai kaum, justru ia untuk pelbagai kepentingan semua rakyat. Ia tidak ada unsur perkauman mengenai Perhimpunan 9 Julai ini. Kerana ia tulin dari semua pihak yang mahukan demokrasi berjalan seperti yang
dikehendaki.

Pilihan raya Umum di Singapura baru ini sudah menunjukkan kemampuan berjalan ke arah dasar demokrasi. Liputan media, baik media elektronik mahupun cetak kelihatan seimbang.

Pembangkang diberi ruang yang luas, pemimpin parti pembangkang dan calonnya ditemu ramah, orang awam di tengah bandaraya itu ditemu ramah, diminta pendapat mereka dengan bebas, tidak ada sebarang tapisan dan tekanan.

Pilihan raya MPR dan Pemilu Presiden Indoneia, di mana saya mengikutinya dua kali di Jakarta dan di bandar lain, sangat demokratik. Debat antara parti politik yang bertanding sangat menyegarkan, media menyiarkan dengan adil semua iklan dan berita serta rencana mengenai calon dan parti politik yang bertanding.

Membandingkan semuanya ini, seorang teman saya berkata: "Malaysia ketinggalan 30 tahun dalam hal ini dan ini sangat menyedihkan."

Di Malaysia, setiap kali pilihan raya, rakyat menyaksikan bagaimana media cetak dan TV dimonopoli sepenuhnya oleh kempen Barisan Nasional. Menggambarkan seolah-olah dalam pilihan raya itu tidak ada pembangkang yang menentang BN kerana semua kempen, ucapan, poster, spanduk yang disiarkan hanya dipihak BN.

Ini bukan rahsia lagi dan ini berterusan, menggambarkan betapa naifnya perjalanan demokrasi di negara ini. Kepincangan inilah yang perlu dibetulkan dan inilah antara tuntutan Bersih 2.0.

Sementara itu, kepada saya, kenyataan Ambiga Sreenevasan itu sangat rasional, munasabah dan adil.

"Perhimpunan Bersih 2.0 ini bukan untuk saya, ia adalah untuk rakyat. Ia untuk kepentingan rakyat Malaysia," katanya.

Ambiga yang juga seorang peguam menegaskan demikian sewaktu berucap merasmikan pelancaran perhimpunan Bersih 2.0 di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur kelmarin.

Ambiga menegaskan bahawa masyarakat sivil akan mengetuai perhimpunan tersebut dan bukannya diketuai oleh parti politik seperti mana yang dilaporkan.

Beliau memberi jaminan kepada polis bahawa perhimpunan mereka adalah aman sepertimana yang telah ditunjukkan dalam Perhimpunan Bersih pertama pada November 2007.

Sementara itu, sangat menarik sikap Pemuda PAS yang mempertahankan Perhimpunan Bersih 2.0 dan akan menentang sebarang usaha untuk mengheretnya kepada isu perkauman.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda, Ustaz Riduan Mohd Nor mengingatkan bahawa Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir dalam Perhimpinan Bersih 2.0, sekaligus menolak sebarang tindakan provokasi oleh pihak tertentu untuk menimbulkan suasana tegang pada hari tersebut.

Ini memancarkan sikap matang Pemuda PAS, bahawa ia bersedia melindungi rakyat pelbagai kaum yang mempunyai hasrat yang sama untuk melihat terlaksananya demokrasi di Malaysia ini.

Sementara menanti tibanya 9 Julai ini, rakyat Malaysia wajar memikirkan bahawa adalah penting untuk menyokong Himpunan Bersih 2.0 nanti. Ia bukan dianjurkan oleh sesuatu parti politik tetapi dianjurkan oleh NGO dan golongan rakyat prihatin yang mahu melihat terlaksananya pilihan raya bersih.

Adapun penyertaan yang dijangka ramai dari PAS dan parti politik pembangkang yang lain itu hanya kerana jumlah pendukung PAS begitu ramai dan mereka ini juga menjadi sebahagian dari tulang belakang gerakan memperjuangkan demokrasi di negara ini.

Bagi rakyat yang waras, rasional dan prihatin terhadap kepentingan demokrasi, Perhimpunan Bersih 2.0 sangat perlu disokong.

Kepada SPR, bertenanglah dan terimalah hakikat tuntutan Bersih 2.0 ini dengan fikiran dan sikap terbuka demi untuk pemulihan demokrasi di negara ini. Ini juga, seperti kata Ambiga, untuk kebaikan negara ini.

Selangor lancar Tabung Amanah Pembangunan Islam

Posted: 25 Jun 2011 10:21 PM PDT

Ismail Hashim

SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor maju selangkah lagi ke hadapan dengan pelancaran Tabung Amanah Pembangunan Islam (Tapis) versi baru, malam tadi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah berucap dan menyempurnakan acara pelancaran yang berlangsung di Dewan Utama Masjid Negeri dekat sini.

Bertemakan 'Amal Jariah Ummah, Dari Rakyat Untuk Islam', Tapis menjadi wadah amal jariah umat Islam khasnya rakyat Selangor namun terbuka kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia.

Tapis menjadi sebuah institusi berwibawa, telus, sistematik dan menyeluruh dan juga wadah membangun modal insan di Negeri Selangor.

Menghimbau sejarah, Tapis telah ditubuhkan di bawah Kumpulan Wang Disatukan seksyen 9 (3) Akta Acara Kewangan 1957 dengan tajuk Akuan Tapis berkuatkuasa pada 1 April 1991.

Tabung ini dilancarkan oleh Menteri Besar ketika itu pada 22 Mei 1991 di Dewan Jubli Perak Shah Alam.

Tapis membawa nilai tersendiri dengan pelancaran versi baru, khususnya dalam membina kualiti umat Islam di Negeri Selangor.

Skopnya amat luas dengan memberi keutamaan kepada program dan aktiviti kelangsungan penguasaan ilmu dan peningkatan syariat Islam.

Tapis juga menjadi faktor penguat kepada institusi zakat, wakaf serta agenda dan perancangan Jabatan Agama Islam sendiri.

Selain itu, Tapis adalah unsur pelengkap yang ditunggu-tunggu hasil ketaatan dan kehambaan seluruh umat Islam di Negeri Selangor.

Tapis akan membuka ruang lebih luas ke arah membudayakan keikhlasan menderma selain mengisi tabung-tabung derma di masjid dan surau.

Meneliti tema bantuan yang digariskan, ia adalah banyak dan umum, antaranya seperti penguasaan Al-Quran, penguasaan ilmu teras seperti akidah, syariah dan akhlak, ilmu alat, ilmu aini dan kifai, pemimpin dan kepimpinan Islam, mendaulatkan syiar Islam, dakwah dan tarbiah.

Ia juga termasuk Islam sebagai cara hidup, pengamalan hukum hakam Islam, budaya menuntut ilmu sepanjang hayat dan lain-lain tema yang difikirkan sesuai oleh jawatankuasa akaun.

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Exco Agama negeri dengan enam AJKnya seperti Timbalan Pengerusi (Pengarah Jais), Ahli (SUK, Mufti dan CEO Lembaga Zakat Selangor), timbalan pengarah (Jais) dan setiausaha (Jais).

Bentuk sumbangan antaranya untuk Tapis pula seperti kewangan kelengkapan perpustakaan surau, sekolah dan pejabat, pembelian buku Islam, pembaikan dan pengimarahan masjid, surau serta banyak lagi.

Selepas masjid pelancaran, diadakan juga forum perdana khas bertajuk MengIsrak-Mikrajkan Rakyat, panelis oleh Ustaz Haslin Bahrim dan Dr Azhar Yaakob, Dr Hasan sebagai moderator.

Senator Thailand turut sokong Bersih 2.0

Posted: 25 Jun 2011 10:18 PM PDT

Hazayani Zakaria


KUBANG PASU: Senator Dewan Negara Thailand Wilayah Pattani, Dr Worawit Baru menyokong penuh perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Beliau berkata, perhimpunan itu sangat penting bagi rakyat untuk menyatakan tuntutan terhadap pilihan raya yang bersih dan adil.

"Perhimpunan itu merupakan kempen untuk pilihan raya yang bersih, adil yang terlepas daripada sebarang tuduhan," kata beliau ketika ditemui di majlis perasmian Pusat Khidmat Dun Bukit Kayu Hitam dan Pejabat PKR Kubang Pasu, petang semalam.

Namun, katanya yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Buruh dan Kebajikan Sosial Pattani, setiap perkara yang dianggap tidak menyokong kerajaan akan mendapat tentangan.

"Tapi memanglah di mana-mana negara pun, apa yang pembangkang buat tak disukai kerajaan," katanya.

Namun ujarnya, selain rakyat Malaysia yang dimomokkan kononnya akan berlaku hura hara jika himpunan Bersih 2.0 diteruskan, tempiasnya turut sampai ke Thailand.

"Dua hari lepas saya diberitahu ada pihak dari kerajaan (Thailand) yang berpesan, kalau ada orang Thai nak ke Malaysia elakkan dulu kerana ada perhimpunan besar," katanya.

Sementara itu, beliau berkata Pakatan Rakyat memainkan peranan penting untuk mengubah nasib rakyat negara ini.

"Cara pilihan raya di Malaysia dapat menentukan nasib rakyat. Kalau nak baiki nasib masyarakat mesti melalui politik. Kalau nak lawan dalam politik untuk berdepan Barisan Nasional harus ada parti seperti Pakatan Rakyat," katanya.

Justeru ujarnya Pakatan Rakyat mesti bekerja keras untuk mengambil alih kerajaan BN.

"Strategi kena tetapkan, kajian kena dijalankan dan ini kerja berat untuk nak lawan parti yang lama. Susah nak tukar pegangan orang Malaysia yang sudah terbiasa dengan BN," katanya.

Umno BN sangat bimbang 8 tuntutan Bersih

Posted: 25 Jun 2011 10:15 PM PDT

Hazayani Zakaria


KUBANG PASU: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Umno BN sangat bimbang dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 sehingga meningkatkan usaha menyekat rakyat hadir ke himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Beliau mempersoal undang-undang yang dipakai Umno BN yang melarang rakyat memakai dan menjual baju kuning.

"Di Malaysia ini begitu ganas dan zalimnya pimpinan Umno, bila pakai baju kuning dan jual baju bersih dianggap satu kesalahan.

"Undang-undang mana yang mereka pakai? Ini satu bentuk keangkuhan kuasa dan tindakan terdesak kerajaan sebab mereka tengok kita minta pilihan raya Bersih.

"Ada mereka pertahankan kebersihan pilihan raya?" katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Khidmat Dun Bukit Kayu Hitam dan Pejabat PKR Kubang Pasu petang tadi.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa orang yang ditahan dan disoal siasat kerana memakai baju berlogo Bersih 2.0 malam tadi dan hari ini.

Beliau turut mendakwa pilihan raya di Malaysia tidak ada bezanya dengan pilihan raya di Mesir sehingga rakyat bangkit melakukan perubahan.

Katanya lagi, rakyat negara ini turut mahu melakukan perubahan terutamanya apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri mengakui wujudnya pertindihan daftar pemilih.

"Pilihan pilihan raya di Malaysia tidak ada beza dengan siapa yang boleh nafikan ada masalah daftar pengundi?

"Bukan sahaja PKR PAS lebih terperinci bawa kes ini yang saya lihat sendiri dari jauh. Ada ruang media yang bebas? Tidak ada.

"Apa beza pilihan raya Najib Tun Razak dengan pilihan raya Hosni Mubarak di Mesir, tolong jelaskan.

"Mengapa rakyat dan dunia menyokong perubahan pilihan raya di Mesir dan adakah salah kita menuntut pilihan raya yang sama?" soalnya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak menuntut pilihan raya untuk kepentingan mereka tapi demi rakyat.

"Kita tidak minta perubahan yang memihak kepada Pakatan Rakyat kita minta perubahan yang tunduk kepada peraturan dan ketelusan," katanya.

Mengulas mengenai tahanan dua mahasiswa yang terlibat dalam program masyarakat di Gebeng, Kuantan petang tadi, beliau menyifatkan ianya untuk menakutkan golongan muda.

"Dia akan tangkap sesiapa yang dilihat ke depan untuk menakutkan rakyat," katanya.


300 peguam sertai himpunan Bersih 2.0

Posted: 25 Jun 2011 10:12 PM PDT

Ismail Hashim


SHAH ALAM: Rakyat tidak bimbang untuk hadir dalam Himpunan Bersih 2.0 kerana lebih 300 peguam sedia membantu mereka jika berlaku sebarang tangkapan.

Untuk tujuan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menggerakkan bilangan peguam yang ramai kali ini memandangkan sambutan terhadap Bersih amat menggalakkan.

Ketua Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Negeri Selangor, Peguam Zainal Said berkata, ramai dalam kalangan peguam telah memberikan komitmen untuk hadir 9 Julai depan.

"Jangkaan kehadiran rakyat dalam Bersih 2.0 ini amat menggalakkan dan kita mempunyai kemampuan untuk menggerakkan seberapa ramai peguam yang kebanyakannya telah memberi komitmen," tegasnya.

Zainal juga adalah Exco JUHAM Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Raja.

Beliau ditemui ketika memberikan khidmat nasihatnya kepada seorang Pemuda PAS Shah Alam ditahan polis hanya kerana memegang baju Bersih 2.0 berwarna kuning malam tadi.

Musfari Azmi, 27, ditahan jam 11.30 malam sebaik selesai mesyuarat sukaneka di Padang Jawa, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dekat sini.

Sekitar jam 2 pagi beliau dibebaskan dan diraikan oleh sahabat pemuda pula dalam satu majlis ringkas berhampiran Pejabat Pemuda PAS Shah Alam, di Seksyen 7.

Turut serta adalah Setiausaha PAS Selangor, Peguam Mohd Khairuddin Othman, Timbalan YDP PAS Shah Alam, Haji Azli Yusof, Ketua Pemuda kawasan, Mohd Hilmi Radzuan dan Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Shah Alam, Jefri Zain.

Menurut Musafri, ketika beliau keluar sebaik selesai mesyuarat persiapan menganjurkan sukaneka di cawangan mereka, empat anggota polis berpakaian awam menahannya.

Mengikut Musafri Azmi, 27, beliau mengakui tidak biasa dengan tindakan polis cawangan khas (SB), terus menahan sebaik mengenal pasti terdapat lapan unit baju Bersih di tangannya.

Bendahari Pemuda Padang Jawa Petaling sambil berseloroh berkata kepada pihak polis ketika disoal siasat, tidak berbaloi beliau ditahan dari 11.30 malam hingga 210 pagi hanya kerana hendak menjual lapan helai baju yang hanya untung RM3.

Seriusnya, beliau sempat berhujah dengan anggota polis tentang sahnya Himpunan Bersih kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.
Lalu, jelasnya, mereka meminta beliau menghuraikan pula apa definisi demokkrasi dan menyatakan apa itu Bersih serta tuntutan lapan perkara.

Lebih dari itu, ujarnya, soalan pihak polis lebih terarah kepada siapa pengedar baju dan penggerak Bersih.

Sementara itu, Peguam Khairuddin mendesak pihak polis agar bertindak mengikut undang-undang sedia ada kerana jika betul tindakan mereka, baharu rakyat dapat menerimanya dengan baik.

"Malang bila kita minta di bawah undang-undang mana pemuda kita ditahan, mereka tidak dapat menjelaskannya dengan baik dan terperinci.

"Kerana itu, saya juga menyeru rakyat agar hadir beramai-ramai dalam Himpunan Bersih 9 Julai kerana pihak polis tidak mempunyai hak untuk menahan sesiapa pun kerana himpunan kita aman," tegasnya.

Pakar Perlembagaan Malaysia, Dr Abdul Aziz Bari menyatakan polis tidak boleh membuat penghakiman awal berhubung himpunan itu dan jika dilakukan juga, jelas mereka menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan negara .

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang UIAM itu.

Sebelum itu, pihak polis juga menahan Timbalan Ketua AMK Pusat, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin atau Jonah di Uptown Shah Alam ketika menanti makanan sampai, minta kad pengenalan, digari dan dibawa ke IPD sama.

Beliau menyerahkan kepada Peguam Latheefa Koya yang turut hadir untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menahan beliau kerana memakai baju Bersih tanpa sebarang alasan kukuh.

Pihak polis mengawal jalan masuk ke Uptown sejak jam 7 malam hingga jam 4 pagi kerana ada iklan di facebook menyatakan satu majlis Pra Bersih akan dilancarkan di situ.

Kawasan pentas yang selalunya diadakan program karaoke dan juga ceramah agama sebulan sekali itu ditalimerahkan oleh pihak keselamatan. IBH

'Ketua Umno SPR' didesak letak jawatan

Posted: 25 Jun 2011 10:08 PM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sekali lagi mengulangi desakannya agar Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu meletak jawatan.

Desakan itu dinyatakannya hari ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui wujud "pengundi hantu" dalam rumah ibu Ahli Parlimen Gombak itu yang beralamat di Kg. Klang Gate Baru.

"Wan Ahmad Wan Omar cabar saya buktikan dakwaan wujud pengundi hantu. Saya buktikan dan SPR akui. Wan Ahmad wajib berundur," katanya.

Pada satu kenyataan media hari ini, Setiausaha SPR, Kamaruddin Mohamed Baria mengakui enam individu secara salah didaftar ke alamat rumah Ahli Parlimen Gombak itu.

Kamaruddin berkata, lima keturunan Cina dan seorang Melayu didaftar di alamat rumah Azmin dan mengakui senario itu berlaku di kawasan lain.

Mengakui juga SPR memiliki bidang kuasa terhad bagi mengatasi masalah itu, beliau meminta pengundi hantu di rumah Azmin dan kawasan lain supaya membuat penukaran alamat yang dipercayai berdasarkan alamat kad pengenalan.

Sebelum ini, Azmin dicabar Wan Ahmad agar membuktikan dakwaannya bahawa ada penipuan dalam daftar pemilih yang dikeluarkan SPR.

Wan Ahmad berkata, Azmin tidak bercakap benar dalam isu itu.

Menyahut cabaran itu, Azmin ketika berucap pada Konvenysen Pilihan Raya KEADILAN minggu lalu kemudiannya mendedahkan rumah diduduki ibunya di Kampung Klang Gate memiliki 11 pemilih berdaftar iaitu enam Melayu dan lima Cina sedangkan ibunya tinggal berseorangan.

Nama yang didaftar di rumah ibunya ialah Mohamed Azmin Ali, Tan Teek Hock, Shamshida Taharin, Mohamed Azwan Ali, Lokman Abdul Rashid, Moufed Yazli Mohd Yazit, Aminudi Harun, Cgee Tom Yahaya, Tan Teek Fong dan Lim Hock Seng.

Bukti penyelewengan itu ujar Azmin berdasarkan daftar pemilih induk terbaru yang diwartakan 13 Mei lalu.

Sehubungan itu beliau mahu Wan Ahmad yang juga disifatkannya sebagai "Ketua Umno dalam SPR" meletak jawatan segera.

"Kekalkan Wan Ahmad Wan Omar di SPR adalah menghina institusi YDP Agong kerana institusi Raja adalah institusi yang mulia dan adil", tulisnya di Twitter.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyifatkan penipuan SPR itu sebagai "bodoh" kerana melibatkan rumah pimpinan tertinggi PKR.

Beliau juga turut mencabar Wan Ahmad meletak jawatan dan bertanding atas tiket Umno melawan Azmin di Gombak pada pilihan raya umum nanti.

Pembuktian itu juga jelasnya antara faktor kenapa Himpunan Bersih 2.0 yang dijadual 9 Julai ini wajar diadakan.

Misi Gaza: Grup Malaysia pergi tanpa MP Pakatan, tidak hirau amaran Amerika

Posted: 25 Jun 2011 10:04 PM PDT


KUALA LUMPUR – Rombongan Malaysia yang menyertai Flotilla Kemanusiaan Antarabangsa II ke Gaza, selama seminggu bermula minggu depan, akan meneruskan programnya meskipun tidak disertai wakil Pakatan Rakyat, malah Amerika Syarikat beri amaran agar tidak mengadakan misi seumpama itu.

Semalam, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) membuat keputusan muktamad menarik diri daripada pasukan Malaysia misi ke Gaza kali ini atas alasan ia telah dicemari oleh politik BN dan penganjurnya.

"Saya dah buat keputusan untuk tarik diri. Misi Gaza telah dicemari politiking oleh (Datuk Seri) Najib (Razak) dan penganjurnya. Saya dimaklumkan NGO yang tinggal pun hanya NGO yang pro-BN iaitu Aman Malaysia dan Ihsan (Pekida). Muslimcare, Yayasan Amal semua dah tarik diri.

"Selebihnya saya akan kemas kini blog selepas kembali dari Mekah ke Jazan," kata Khalid semalam.

Ketua Misi LL4G, Dr Noorazman Mohd Samsudin ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini berkata, "kami akan meneruskan misi kami sebagaimana telah dijadualkan, esok."

Sambil mempertahankan bahawa misi kali ini tidak dipengaruhi atau dimonopoli oleh Umno-BN, Dr Noorazman berkata, pihaknya hendak menaiki kapal misi kemanusiaan atas solidariti rakyat Malaysia tetapi "nampaknya ia tidak tercapai kali ini."

"Apa yang dikatakan (dimonopoli) tidak betul sepenuhnya," kata Dr Noorazman lagi sambil menambah, pihaknya tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan wakil rakyat itu mahu menarik diri daripada menyertai misi kali ini.

"Dia (Khalid) tidak beritahu (kami) secara rasmi, cuma dengar dari jauh," katanya.

Menurut Dr Noorazman, kali terakhir Khalid, wakil Pakatan Rakyat, menghubunginya adalah pada Isnin lalu untuk bertanya tentang butiran perjalanan.

"Kami berharap Pakatan Rakyat juga ada wakil untuk menunjukkan solidariti dalam misi ini, tetapi beliau menarik diri... itu hak dia (jika mahu menarik diri)," tambah beliau.

Tempat Khalid akan digantikan oleh orang lain tetapi bukan wakil rakyat, kata Noorazman sambil menambah, "jika hendak digantikan dengan ahli Parlimen sangat sukar pada saat-saat akhir."

Pengganti itu juga bukan wakil Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut semalam, Khalid juga berkata, beliau langsung tidak tahu-menahu mengenai 10 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi ini akan berlepas ke Athens esok.

"Saya tidak menerima sebarang maklumat daripada penganjur berkenaan perkara terbaru ini. Kali terakhir saya menelefon penganjur pada 20 Jun lepas tetapi tiada kata putus berkenaan sukarelawan yang akan terlibat.

"Ini yang buat saya lebih yakin ada agenda lain... bukan untuk menolong rakyat Palestin di Gaza tetapi bermotifkan politik semata-mata," ujarnya lagi.

Dr Noorazman pula menjawab pihaknya sangat berharap Khalid akan menyertai misi kemanusiaan kali ini tetapi tiada respons sehinggalah "kami membaca laporan The Malaysian Insider."

"Tiada respons (daripada Khalid), sepatutnya tidak ada kepincangan dalam perpaduan rakyat dalam hal ini, sebab parti-parti politik, kita ada wakil dia, oleh kerana tiada respons, kami anggap beliau tarik diri," katanya.

Khalid akan kembali ke tanah air Selasa ini.

Flotilla kali ini bukan hanya disertai sukarelawan negara Islam, malah dari Amerika Syarikat, Eropah dan negara Barat, termasuk mereka yang bukan beragama Islam.

Semalam, media asing juga melaporkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton menegaskan pihaknya menentang rancangan aktivis pro-Palestin termasuk 10 orang dari Malaysia yang mahu mengadakan misi kemanusiaan kedua ke Gaza minggu depan sambil menyifatkan ia satu tindakan yang hanya akan memprovokasi Israel.

"Kami tidak percaya misi kemanusiaan ini perlu atau satu usaha yang berguna dalam membantu penduduk Gaza," kata beliau di Washington.

Pada 31 Mei 2010, komando Israel membunuh sembilan aktivis Turki termasuk seorang rakyat Amerika Syarikat, yang menaiki kapal Turki misi kemanusiaan ke Gaza.

Menjawab perkembangan itu, Dr Noorazman berkata pihaknya sedar tentang perkara tersebut termasuk pelbagai tekanan yang dikenakan sejak baru-baru ini.

Justeru katanya, rancangan pihaknya tidak mengalami sebarang perubahan setakat ini.

"Ya, kami sedar. Memang ada tekanan, dikenakan peraturan baru dan yang ketat termasuk ke atas kapal-kapal yang hendak digunakan. Tekanan dikenakan di Greek dan di negara-negara Eropah yang lain.

"Pun begitu, setakat ini tiada perubahan dalam perjalanan kami," katanya lagi.

Kes Datuk T: Tayang video seks bermotif cemar Anwar, dakwa PKR

Posted: 25 Jun 2011 10:03 PM PDT


KUALA LUMPUR — Naib Presiden PKR N. Surendran mendakwa langkah Mahkamah Majistret menayangkan semula ramakan video seks dalam prosiding kes trio Datuk T, yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilihat semata-mata mahu menjatuhkan imej Ketua Pembangkang itu.

Beliau juga tidak menolak hukuman ringan yang dikenakan terhadap trio Datuk T dipengaruhi keputusan Jabatan Peguam Negara dan polis.

Tegas Surendran (gambar), tindakan Mahkamah Majistret membenarkan tayangan semula rakaman video seks itu walaupun ketiga-tiga Datuk T sudah mengaku bersalah bertentangan dengan sistem perundangan.

"Kejadian yang berlaku itu membuktikan penglibatan pihak berkuasa tertinggi termasuk polis dan kamar Peguam Negara dalam satu konspirasi untuk memfitnah Anwar Ibrahim sama ada dalam politik atau secara peribadi.

"Tindakan mereka ini amat tidak munasabah dan ia juga sangat mengganggu sistem perundangan. Percubaan mereka untuk berpura-pura bersikap adil dan telus tidak munasabah dan kami yakin rakyat tidak akan percaya dengan apa yang dilakukan," katanya yang juga seorang peguam dalam satu kenyataan.

Pagi semalam, ketiga-tiga Datuk T telah mengaku bersalah menayangkan rakaman video seks dan dikenakan denda keseluruhan RM5,500.

Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Aizatul Akmal Maharani selepas mendengar hujah-hujah yang dikemukakan pihak tertuduh.

Ketiga-tiga tertuduh — ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik — mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Shazryl didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan sementara Shuib dan Abdul Rahim masing-masing RM1,500 atau dua bulan dan RM1,000 atau satu bulan.

Shazryl dan Shuib didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Dalam prosiding itu, mahkamah turut menayangkan rakaman video seks berdurasi 21 minit.

Bagaimanapun Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata mahkamah tidak sepatutnya berbuat demikian memandangkan Datuk T sudah mengaku bersalah.

Datuk T telah menggemparkan negara apabila bertindak mempertontonkan rakaman video seks itu kepada media 21 Mac lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari.

Selain itu, tegas Surendran, tindakan mahkamah menayangkan semula rakaman video seks adalah tidak wajar selain tidak mempunyai kaitan dengan dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk T.

"Bagaimanapun apa yang mengejutkan apabila pihak pendakwa yang menyerahkan kenyataan fakta kes yang mengatakan rakaman video seks itu adalah tulen dan ia disahkan oleh pakar dari Amerika Syarikat yang mengesahkan pelaku dalam video itu adalah Anwar Ibrahim.

"Jelas ketulenan dan identiti pelaku dalam video itu langsung tidak berkaitan dengan kesalahan Datuk T yang menayangkan video itu di khalayak ramai.

"Ini sungguh luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang termaktub dalam pendakwaan kes jenayah dan ia tidak relevan memasukkannya dalam fakta kes. Ringkasnya wakil kepada Peguam Negara mahu mencemarkan reputasi Anwar Ibrahim," katanya.

Mengikut laporan media, peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Rahim berkata, lelaki dalam video seks adalah "99.99 peratus" Anwar.

Shafee memberitahu pakar video Amerika yang dirujuk Polis Diraja Malaysia telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras.

"Ini bererti A and B adalah orang yang serupa," katanya sambil mendakwa mengikut laporan 4 Jun lalu, Profesor Hany Farid dan Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu dengan bagi foto Anwar.

Dalam fakta kes yang dibacakan di mahkamah, mahkamah juga mendengar bahawa pakar tersebut mengesahkan bahawa video itu tulen tanpa pengubahsuaian dan ia dirakam dengan perakam DVR milik Shazryl.

"Ia tidak menjadi sebahagian dalam prosiding, Anwar tidak mempunyai peluang mempertahankan diri. Apa yang telah berlaku di mahkamah pada 24 Jun amat memalukan dan memualkan.

"Sudah menjadi peraturan asas dalam sistem perundangan yang dijalankan semasa prosiding mahkamah yang mana ia tidak boleh digunakan dan memfitnah pihak ketiga," kata Surendran.

Shaziman: Biar JPA selesai isu KP JKR

Posted: 25 Jun 2011 10:00 PM PDT

THE MALAYSAINI INSDER



Shaziman yakin isu perlantikan tersebut akan diselesaikan secara dalaman. — gambar fail

KUALA LUMPUR— Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor meminta pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) menjalankan tugas mereka seperti biasa tanpa memikirkan isu pelantikan ketua pengarah jabatan itu.

Beliau berkata mereka perlu membiarkan isu berkenaan diselesaikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Saya dapati operasi JKR berjalan lancar dan saya yakin isu itu dapat diselesaikan oleh pihak JPA dalam masa terdekat ini," katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Sebelum ini, Shaziman berkata beliau yakin kontroversi itu dapat diselesaikan kerana sistem perkhidmatan awam negara memiliki tata cara tersendiri.

Semalam, Ketua Pengarah JPA Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata pelan penyelesaian yang dirangka dijangka mampu menangani isu berkenaan jika ia diterima pihak terbabit.

Kemelut pelantikan jawatan itu timbul apabila bekas Ketua Pengarah JKR Datuk Seri Judin Abdul Karim, yang dipinjam bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) pada 1 Mei lalu, enggan mengosongkan biliknya meskipun pengganti beliau Datuk Mohd Noor Yaacob mula bertugas.

Muhyiddin: Himpunan Bersih tak relevan, motifkan politik

Posted: 25 Jun 2011 09:58 PM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bermotifkan politik dan akan memberi ancaman kepada keselamatan negara serta reputasi negara.

Polis sebelum ini menegaskan tidak akan mengeluarkan sebarang permit kepada tiga perhimpunan selain akan memanggil penganjur minggu depan.

"Kami sudah buat keputusan dan kami merasakan perhimpunan ini menyalahi undang-undang dan akan memberi mesej yang bercanggah bahawa cadangan mereka seperti mahu SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) melaksanakan tuntutan mereka, ada proses dan prosedur untuk melakukannya.

"Oleh sebab itu, kami merasakan apa yang dikatakan Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) untuk menganjurkan perhimpunan ini tidak relevan. Sebab itu saya katakan perhimpunan ini bermotifkan politik," kata Timbalan Perdana Menteri (gambar) kepada pemberita selepas melawat Hari Terbuka GLC 2011 di di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Bersih memutuskan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 9 Julai di ibu negara untuk mendesak SPR melakukan transformasi dalam sistem pilihan raya.

Selain Bersih, Pemuda Umno dan Perkasa juga akan mengadakan perhimpunan balas pada hari yang sama.

Muhyiddin mempertahankan perhimpunan balas itu dan menyifatkan ia "normal" untuk menghalang mana-mana perhimpunan termasuk Himpunan Bersih 2.0.

"Mengapa kumpulan lain selain Bersih mengambil bahagian, ia normal untuk membalas. Ia reaksi balas.

"Sama ada ia salah atau tidak, ia terpulang kepada tafsiran kami tetapi kami lihat situasi ini tidak akan menguntungkan negara, akan merosakkan imej negara dan dalam konteks untuk membangunkan negara, untuk menarik pelabur, membina imej negara di peringkat global sebagai negara maju dan aman," katanya.

Pihak berkuasa bertegas tidak akan mengeluarkan sebarang permit kepada kesemua penganjur.

Muhyiddin juga menyokong perhimpunan anjuran Pemuda Umno tetapi pada masa sama mengulangi kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pihak berkuasa mempunyai hak untuk bertindak terhadap sesiapa yang menyertai perhimpunan haram itu.

"Jadi kami serahkan ia kepada kebijaksaan Pemuda Umno dan pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk menentukan sama ada ia satu keputusan betul atau tindakan lain harus diambil," katanya.

Tegas beliau, sekiranya perhimpunan 9 Julai benar-benar berlaku akan ada laporan dan video yang menunjukkan suasana itu, yang bukan gambaran sebenarnya di Malaysia.

"Kami di Malaysia tahu selepas sedekad bahawa ia bukan budaya kita. Jadi saya tahu muslihat mereka, kami tidak bodoh, kami juga pakar dalam politik dan faham niat mereka.

"Jadi ini berniat jahat. Mereka lakukannya secara sengaja supaya rakyat akan ketakutan dan ia akan menjadi kejadian yang sepatutnya tidak berlaku. Malaysia akan dilihat sebuah negara yang tidak selamat, pelancong-pelancong tidak akan datang, pelabur-pelabur tidak akan melabur kerana pergolakan ini, ia memang niat mereka," katanya.

Himpunan Bersih kali pertama diadakan pada 2007 dan berjaya menggerakkan kira-kira 50,000 orang sebelum disuraikan oleh polis dengan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air.

Bir Halal: Majlis Fatwa Kebangsaan masih kaji

Posted: 25 Jun 2011 09:53 PM PDT

THE MALAYSIAN INISDER


Jamil terdahulu berkata umat Islam dilarang meminum bir berkenaan. — gambar fail

KUALA LUMPUR— Keputusan berkenaan isu "bir halal" hanya akan dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jakim Mat Ali Sarbini.

Beliau berkata sehinggalah Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenainya, bir berkenaan itu adalah haram untuk diminum oleh umat Islam.

Beliau berkata pada masa ini sampel bir berkenaan masih berada di makmal-makmal universiti tempatan untuk dikaji perincian kandungannya termasuk alkohol.

"(Keputusan) belum (ada) lagi. Masih dalam peringkat penyelidikan. Oleh kerana makmal ini mempunyai giliran-gilirannya, jadi banyak benda-benda yang perlu diberikan keputusan yang menjadi perhatian," katanya dipetik Bernama Online.

Isu bir halal timbul sejak 28 Mei lalu selepas akhbar melaporkan penjualan bir berkenaan di pasaran semakin popular di kalangan umat Islam di negeri Johor dan penjualannya dikesan oleh Jabatan Agama Islam Johor.

Pada 29 Mei lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata umat Islam tidak dibenarkan meminum bir berkenaan kerana kandungan alkohol bir berkenaan sebanyak 0.5 peratus iaitu melebihi paras alkohol yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan iaitu 0.01 peratus.

Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini dan dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.

PRU-13: Pakatan sasar 11 negeri, kata Kit Siang

Posted: 25 Jun 2011 09:52 PM PDT

KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk menguasai 11 negeri — tambahan enam negeri pada pilihan raya umum ke-13, kata pemimpin veterannya Lim Kit Siang.

Justeru Penasihat DAP itu berkata, perikatan tiga parti tersebut mahu mempertahankan Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kelantan dan menawan balik Perak.

Lim (gambar) juga berkata, Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk menawan Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Pahang, Terengganu dan Perlis daripada penguasaan Barisan Nasional (BN).

"Pakatan Rakyat ada tiga sasaran di peringkat negeri dalam pilihan raya umum akan datang," kata Ahli Parlimen ini.

"Pilihan raya umum ke-13 akan menjadi pertempuran abad ini memandangkan sasarannya bukan sahaja 11 negeri di Semenanjung, tetapi juga kuasa persekutuan di Putrajaya," kata Lim pada satu majlis di Teluk Intan, Perak malam tadi.

Teks ucapannya diedarkan kepada media pagi ini.

Lim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar tentang sasaran besar itu dalam pilihan raya umum akan datang dan oleh itu, presiden Umno tersebut mengingatkan ahli-ahlinya tentang tidak wujud istilah naib johan dalam arena politik.

Lim berkata, Najib yang juga Pengerusi BN sedar sepenuhnya bahawa peralihan lima peratus undi dalam pilihan raya umum akan datang berbanding pilihan raya umum 2008 akan menyaksikan kemunculan kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya.

"(Sebaliknya) Umno dan BN akan mengambil tempat di barisan pembangkang di Parlimen," katanya sambil berkata, "keadaan yang sama terpakai di peringkat negeri."

Pada pilihan raya umum ke-12 Mac 2008, BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen dan kerajaan di lima negeri pula diketuai oleh Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Perak.

Pakatan Rakyat terdiri daripada PAS, PKR dan DAP. Bagaimanapun Perak diambil alih oleh BN selepas tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar parti awal 2009. Lim memberikan pandangan itu ketika Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan 9 Julai ini.

Justeru Lim menambah, jika BN terus menggunakan pendekatan tidak demoktratik dan menekan rakyat termasuk ke atas Himpunan Bersih 2.0, maka mereka akan mewujudkan satu persekitaran di mana lima peratus undi menentang Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Dalam ucapannya itu, Lim berkata beliau menolak kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada suku ketiga tahun ini.

"Saya fikir kita boleh menolak kemungkinan bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada suku ketiga tahun ini. Pilihan raya umum akan datang akan diadakan sama ada akhir tahun ini atau tahun depan," katanya.

Utusan terus kecam Ambiga, dakwa Bersih boleh cabar Perlembagaan

Posted: 25 Jun 2011 09:50 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Media-media milik Umno terus menyerang ketua Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan sambil menyifatkan himpunan mereka 9 Julai ini jika berjaya akan "membuka jalan" kepada tindakan mencabar Perlembagaan Persekutuan kelak.

Dalam ruangan edisi Mingguan Malaysia, terbitan Kumpulan Utusan hari ini, Awang Selamat berkata pihaknya melihat perhimpunan itu mahu membuka pintu kemudian hari bagi mencabar Perlembagaan.

"Jika perhimpunan itu berjaya, akan menyusul perhimpunan lain menuntut banyak perkara lagi," tulis Awang Selamat.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 diketuai Ambiga (gambar) dengan ahli-ahli jawatankuasanya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Andrew Khoo, K Arumugam, Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Subramaniam Pillay dan Arul Prakkash.

Malah, Awang Selamat juga berkata, "kepada kebimbangan akan berlaku pertempuran di antara penyokong perhimpunan haram Bersih dan kumpulan yang menentangnya, itulah risiko terbesar."

Awang Selamat juga mendakwa peserta perhimpunan yang majoriti Melayu akan bertempur dengan kumpulan penentang, yang juga ramai Melayu.

Sebaliknya akhbar itu mendakwa ada pihak seperti pemimpin DAP akan bersorak dalam hati.

"Umat Islam dan Melayu bukan sahaja berpecah belah malah diperbodohkan.

"Jika pertempuran berlaku, ia akan lebih buruk daripada pertentangan dua kumpulan rakyat di Bangkok tidak lama dulu. Apatah lagi memang ada pihak ketiga yang mahu menangguk di air keroh dan menanti rusuhan besar di Kuala Lumpur," kata Awang Selamat.

Sehubungan itu katanya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas.

"Masa berlembut dan asyik memberi amaran sudah berlalu. Kita tiada pilihan," katanya.

Akhbar itu berkata sebanyak 1,248 aduan polis dibuat bagi membantah Himpunan Bersih 2.0.

Awang Selamat juga mendakwa motif Ambiga juga boleh dibaca dan ia ternyata bertujuan politik dengan bertopengkan desakan menuntut pilihan raya bersih.

"Beliau juga dilihat oleh beberapa pihak sebagai seorang yang anti-Islam dalam beberapa isu, yang terserah kepada pembaca untuk nilaikan sendiri. Apakah Ambiga mahu bertanggungjawab jika berlaku kekacauan dan ibu negara bermandi darah? Selain agenda tersirat untuk menggugat ketenteraman," katanya.

Akhbar itu juga menyiarkan laporan muka depan hari ini di bawah tajuk "Siapa sebenarnya Ambiga?".

Laporan itu memetik sumber Bernama berkata, rakyat Malaysia, terutama orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Ambiga sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat supaya mengadakan "perhimpunan haram pada 9 Julai ini."

Laporan itu memetik penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak-tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam, terutama orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.

Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi Mara Prof Datin Paduka Dr Ramlah Adam berkata, sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan Perlembagaan.

"Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit polis, maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu, walaupun mendapat bantahan pelbagai pihak," katanya.

Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris Prof Datuk Dr Zainal Kling pula menyifatkan semua golongan yang terbabit dalam penganjuran perhimpunan haram itu adalah tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin, termasuk Ambiga.

Katanya, mereka terlampau mengikut parti politik tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing sedangkan mereka sendiri pun tidak "bersih".

"Mereka sebenarnya lebih baik melakukan tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan sebagai NGO.

"Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik), terutama orang awam mengenai kacau bilau dalam parti masing-masing seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka," katanya.

Video seks: Anwar tak gentar pendedahan trio Datuk T

Posted: 25 Jun 2011 09:48 PM PDT




SHAH ALAM — Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal tidak risau dengan pendedahan di Mahkamah Majistret hari ini bahawa pakar-pakar Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa lelaki dalam rakaman video seks didedahkan trio Datuk T adalah beliau.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu ketika ditemui pada forum ekonomi di Hotel Quality di sini kelihatan tenang apabila ditanya mengenai tindakan susulan beliau.

Anwar (gambar) berkata beliau telah menjangkakan perkembangan prosiding mahkamah hari ini dan beliau tidak terjejas dengan pendedahan itu.

"Saya fikir semuanya telah diatur. Pendakwa, sebagaimana anda tahu, akan memastikan mereka akan mendapat hukuman yang ringan dan mereka sudah pastinya akan menggunakan perkara itu sebagai rujukan (selepas ini)," kata Ketua Umum PKR ini.

Anwar juga berkata beliau sejak awal lagi telah mengisytiharkan bahawa mereka boleh menggunakan apa sahaja mereka mahu.

"Awalnya, mereka kata seorang dari Korea dan sekarang mereka seorang dari Amerika Syarikat. Mereka boleh kata apa sahaja mereka mahu... ia hanya tindakan politik untuk mencemarkan nama saya," katanya.

Anwar juga mendakwa beberapa pihak mengesahkannya semalam bahawa bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, salah seorang trio Datuk T di belakang pendedahan rakaman video seks, ada bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen semalam.

"Kami menggunakan lif yang sama. Beberapa orang ada melihatnya, jadi mereka tidak beliau menafikannya. Kami tahu Abdul Rahim ada di pejabat perdana menteri di Parlimen pada pukul 11.45 pagi," katanya.

Pertemuan Abdul Rahim dan Najib, kata Anwar, dengan jelas menunjukkan bahawa prosiding mahkamah hari ini telah dirancang lebih awal, kemungkinan melibatkan pembabitan Peguam Negara sendiri.

"Itu sebabnya saya tidak terjejas dengan (perkembangan) itu. Ini hanya satu pertunjukan, untuk mendakwa mereka. Apa hasil urusan Abdul Rahim dengan Najib? Ini perlu dijelaskan," katanya.

Polis kepung lokasi, jelajah Himpunan Bersih 2.0 di Shah Alam batal

Posted: 25 Jun 2011 09:45 PM PDT



Beberapa anggota polis mengawal ketat lokasi program jelajah menjelang Himpunan Bersih 2.0 di Shah Alam malam tadi. — Foto oleh Jack Ooi
SHAH ALAM— Program jelajah menjelang Himpunan Bersih 2.0 di sini malam tadi dibatalkan selepas polis mengepung lokasi kempen dengan mengadakan sekatan jalan di beberapa kawasan di ibu negeri Selangor ini.

Selain itu, pihak polis juga menahan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Annuar di lokasi majlis itu.

Khairul, yang mengenakan kemeja-T Bersih 2.0, ditahan dan digari ketika mendekati pentas yang kosong di Seksyen 24.

Di pentas pula diletakkan kain rentang "Haraf Maaf, Pentas Ini Ditutup" dengan logo PDRM.

Lokasi itu dimaklumkan sebagai kawasan larangan dengan diletakkan pita kuning yang tertera mesej "Dilarang Melintas".

Bekas presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud, yang dijadualkan bercakap pada majlis itu tidak muncul manakala tiada sesiapa yang lain dilihat mengenakan kemeja-T Bersih 2.0.

Beberapa peniaga di kawasan Uptown Shah Alam memberitahu The Malaysian Insider bahawa pelanggan mereka tidak dibenarkan masuk kawasan perniagaan ekoran sekatan jalan polis.

Selain di Shah Alam, program jelajah juga telah diadakan di Kluang, Johor.

Program seumpama itu akan diadakan di beberapa kawasan lain malam ini dan esok.

Dalam pada itu, Setiausaha AMK Selangor Mohd Rezwan Alias berkata pihaknya telah memutuskan untuk menghantar seramai 1,000 ahli Skuad AMK Selangor untuk bertugas semasa Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Katanya, pendirian AMK Selangor amat konsisten dalam menyokong perhimpunan ini dengan mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya agar menerima lapan tuntutan Bersih iaitu membersihkan senarai pengundi, merefomasikan undi pos, menggunakan dakwat kekal, akses kepada media bebas dan adil, masa kempen minimum 21 hari, mengukuhkan institusi awam, menghentikan politik rasuah dan menghentikan politik kotor.

Putrajaya masih kaji idea ditubuh suruhanjaya siasat video seks

Posted: 25 Jun 2011 09:40 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


(kiri ke kanan) Shuib, Rahim dan Shazryl Eskay di luar mahkamah semalam. — Foto Choo Choy May
KUALA LUMPUR\ — Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung penubuhan satu suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat klip video seks yang memaparkan seorang lelaki dikatakan menyerupai pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Datuk Seri Najib Razak.

"Kita belum buat apa lagi keputusan, itu ada macam-macam pandangan, yang mana sekarang ini pihak polis telah hantar pita itu kepada pihak yang pakar dalam hal ini dan laporan itu telah diserahkan kepada mahkamah," katanya dipetik Bernama Online.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini malam tadi.

Perdana Menteri diminta mengulas tentang pengesahan dua pakar dari Amerika Syarikat yang rakaman video seks itu, yang didedahkan oleh trio Datuk T Mac lalu, adalah tulen dan tidak ada sebarang 'tampering' (diubah-ubah) dan 'superimpose' (gambar ditindih) dilakukan.

Perkara itu dimaklumkan dalam fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam setelah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim mengaku bersalah terhadap pertuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan.

Sebelum ini beberapa pihak mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat klip video seks berkenaan.

Najib berkata rakyat sendiri perlu buat penilaian mengenai pendedahan itu.

"Kalau kita kata apa-apa pun, yang paling penting ialah untuk mencari kesahihan dan kebenaran. Itu yang kita serahkan kepada rakyat untuk tentukan," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Anwar bahawa bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, yang turut mengaku bersalah atas tuduhan bersubahat dengan Shazryl Eskay dan Shuib, ada berjumpa dengan beliau di Parlimen kelmarin, Najib berkata dakwaan itu adalah suatu pembohongan.

"Tiada, itu dia (Anwar) boleh dakwa, tapi Tan Sri Rahim tiada jumpa saya sama sekali... itu satu pembohongan," katanya.

Najib: Umno tak boleh menang PRU jika masih guna senjata lama

Posted: 25 Jun 2011 09:36 PM PDT

TERKINI

SELAYANG — Datuk Seri Najib Razak mengingatkan kepimpinan Umno agar melakukan lebih banyak perubahan sambil menegaskan "senjata lama" tidak lagi boleh digunakan dalam era politik masa kini.

Bercakap pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Umno Selayang, Najib berkata sekiranya parti Melayu itu masih menggunakan senjata lama belum tentu akan menang pada pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan dalam tempoh terdekat.

"Semua ini menuntut kita buat perubahan, kalau kita buat cara lama, kaedah lama dan senjata lama kita boleh menang perang lama... perang baru belum tentu lagi.

"Jangan kita jadi macam zaman Kesultanan Melaka tahun 1511, Portugis datang dengan 400 orang tapi kita berdepan dengan tombak, keris dan anak panah.

"Memang senjata itu melambangkan pahlawan Melayu... segak, orang Melaka segak dengan keris, tombak tapi Portugis datang dengan senjata lebih moden... dengan senapang dan meriam, setakat segak tak cukup bila kita berdepan dengan orang yang lebih berkemampuan," kata Perdana Menteri.

Dalam ucapan di hadapan kira-kira 739 perwakilan Umno Selayang, Najib (gambar) juga menegaskan hanya "johan" yang akan memberi makna bagi mana-mana parti politik.

"Jika kita dikehendaki melihat lebih jauh sudah tentu sebagai sebuah parti politik yang paling penting untuk berjaya dalam pilihan raya kerana dalam pilihan raya tiada istilah naib johan.

"Dalam pertandingan biasa ada hadiah untuk naib johan tapi untuk pilihan raya hanya johan ada erti dan kita perlu sedar bahawa naib johan bererti kita kalah pada pilihan raya," katanya.

Kata Presiden Umno ini, parti yang kalah dalam pilihan raya merupakan satu tamparan dan bagi memastikan Umno terus kekal beliau mahu "sejarah lama" dijadikan panduan untuk bangkit semula menghadapi Pakatan Rakyat.

"Kita tahu erti parti yang kalah, kita sudah rasa pahit bila kita kalah, maruah kita, imej kita dalam keadaan tak menentu... kalau sudah mengalami perjalanan pahit ini sebagai sebuah parti yang kalah, kita lihat dari segi kejayaan, rekod dalam amalan demokrasi berparlimen tiada parti yang lebih cemerlang daripada kita.

"Namun kita sedar kehebatan silam dan lipatan sejarah, sehebat mana bukan jaminan kelangsungan kuasa pada masa akan datang," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) tewas besar di mana Pakatan Rakyat berjaya menawan lima buah negeri dan memenangi 82 kerusi Parlimen.

Jelas Najib, landskap politik masa kini memerlukan lebih banyak perubahan terutamanya revolusi maklumat yang membolehkan rakyat mengetahui segalanya melalui Internet.

"Kita tidak boleh kaku sebab kalau kita takut melakukan perubahan orang lain akan mengatasi kita... kita tidak boleh bangga dengan simbol, imej tapi pengisian kurang, sejarah sudah mengajar kita yang patut menjadi guru yang paling besar.

"Bila sudah alami pengalaman ini, kita perlu bangun, buat perubahan... bukan sahaja kepimpinan atasan tapi semua Umno-BN di semua peringkat sebab pengundi akan menilai kita," katanya.

Beliau juga mengingatkan kepada kepimpinan Umno agar memberikan tumpuan utama kepada rakyat dan bukan untuk kepentingan sendiri.

"Yang lebih penting kita mesti dekat dengan pengundi, usah main lobi sahaja, main dengan rakyat.

"Bilangan ahli kita tidak boleh menjamin kemenangan kita tapi orang di luar itu kita mesti jaga dan kita mesti ada hubungan ikatan dengan mereka," katanya.

Sebelum ini Najib berkata, beliau tidak menolak kemungkinan akan mengadakan pilihan raya umum awal, yang disebut-sebut bakal diadakan tahun depan.

Mandat semasa kerajaan pusat hanya berakhir April 2013.

Tiada ulasan: