DIALOG RAKYAT |
- Portal 1 Pengguna tak selamat mudah digodam, kata pakar
- Guan Eng: Soi Lek perlu henti bohong bajet Pulau Pinang deficit
- Ketua Wanita PKR terima rakaman video seks didedah ‘Datuk T’
- Filem Kongsi dan KL Gangster jatuh imej Melayu, dakwa Pekida
- Khutbah Jumaat Selangor kecam jenayah qazaf, sifatkan dosa besar
- Kit Siang mahu Parlimen bahas kematian Sarbaini
- Insiden Glenmarie: Keluarga mangsa tolak inkues, gesa anggota polis didakwa
- Polis Selangor mahu inkues siasat kematian tiga remaja
- Umno Hanya Tinggal Satu Senjata - Mat Sabu
- 25 Tahun Penjara Dan 15 Kali Sebatan, Hukuman Untuk Perogol
- Penduduk PJS1 Desak SUHAKAM Campur Tangan
- Mat Sabu Sedia Jadi Sasaran Fitnah Umno
- MerdekaReview, kini media yang dimiliki wartawan
- Penghuni PUSPEN Muar merusuh, bakar bangunan
- Noh Omar: Meritokrasi tak sesuai dilaksanakan
- SKMM: Sekat laman web bukan penapisan
- 1Malaysia, tapi tiga peraturan pendaftaran JPN
- 'Kalau PAS tak ambil, Umno akan ambil'
- BN sengsara mahu pikat undi Tionghua
- Rampas kuasa daripada puak gila kuasa
- Nik Aziz: Negara berkebajikan selari dengan Islam
- Kes Aminulrasyid: Mahkamah tolak laporan polis Jenain
- Asri: Umno nampak hipokrit kecam konsep negara kebajikan PAS
- TIDAK BOLEH PUJUK PAS, PUJUK USTAZ NASHA KELUAR PAS PULA
- Majlis Syura berhak batal keputusan
| Portal 1 Pengguna tak selamat mudah digodam, kata pakar Posted: 10 Jun 2011 04:22 AM PDT KUALA LUMPUR — Portal 1Pengguna dilancarkan Selasa lalu telah diceroboh, yang mana penggodam memperoleh butiran-butiran peribadi dan alamat e-mel lebih 2,000 pengunjung yang telah mendaftar, kata pakar keselamatan. Kata mereka, maklumat digodam juga akan digunakan untuk akses kepada data kewangan pengguna terbabit. Portal komuniti Lowyat.net pagi ini melaporkan terdapat "beberapa kelemahan" dalam portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB), projek bernilai RM1.4 juta itu, sehingga membolehkan penggodam memperoleh maklumat peribadi pengguna walaupun ia dilaporkan rahsia. Maklumat peribadi termasuk nama, alamat, tarikh lahir dan bank atau syarikat boleh menyebabkan berlaku kecurian identiti. "Kata laluan ini tidak sukar untuk digodam, anda juga boleh gunakan kelemahan-kelemahan ini memburukkan keseluruhan portal," kata pengasas Lowyat.net dan ketua pegawainya Vijandren Ramadass kepada The Malaysian Insider. Vijandren juga berkata, Lowyat telah menemui "beberapa kelemahan keselamatan dalam portal itu" ketika ia dilancarkan dan memaklumkan perkara itu kepada pentadbir laman web itu, namun gagal. Beliau berkata, penggodam yang digelar "Rilekscrew" juga menyatakan "kelemahan-kelemahan ini membenarkan semua data diperoleh daripada pelayan." "Jelas, ini bukan projek bernilai RM1.4 juta. Keselamatan dan peribadi pengguna begitu penting terutamanya dalam laman web milik kerajaan," katanya. The Malaysian Insider juga memperoleh satu senarai melebihi 1,000 butiran pengguna dari kedua-dua laman web itu. Semalam, Putrajaya mengakui portal 1MPB masih belum bersedia menerima 3.5 juta capaian sejak dilancarkan dua hari lalu. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, laman web 1pengguna.com "mengalami masalah" selepas mencecah sebanyak 300,000 hingga 400,000 capaian sehingga menyebabkan server portal itu terjejas. Putrajaya melancarkan portal itu Selasa lalu dengan meletakkan senarai harga barang-barang keperluan. Portal itu mempamerkan harga 355 jenis barangan di pasar raya besar, 100 jenis barangan di pasar raya, pasar basah (50) dan kedai serbaneka (100). Sebarang perubahan harga akan dikemas kini secara harian. Bagaimanapun kelmarin usaha untuk memperoleh maklumat daripada laman web itu gagal kerana terlalu sibuk. | ||
| Guan Eng: Soi Lek perlu henti bohong bajet Pulau Pinang deficit Posted: 10 Jun 2011 04:15 AM PDT KUALA LUMPUR — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyifatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebagai "pembohong" kerana mendakwa kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu mengalami bajet defisit dan akan menjadi lebih teruk pada tahun depan. Tegas Lim, dakwaan itu tidak benar kerana kerajaan negeri Pulau Pinang berjaya mencatat rekod lebihan bajet selama tiga tahun berturut-turut sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran dari Barisan Nasional (BN). Tambah beliau, kerajaan negeri Pulau Pinang mencatat rekod lebihan bajet, tertinggi dalam sejarah iaitu RM88 juta pada 2008, RM77 juta pada 2009 dan RM33 juta pada 2010. "MCA harus berhenti daripada terus melakukan pembohongan kepada diri sendiri apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengatakan bahawa Pulau Pinang telah membenarkan kenaikan tarif air sebanyak 20 peratus dan kini Pulau Pinang sedang mengalami bajet defisit, di mana akan menjadi lebih teruk menjelang tahun hadapan. "Perkara ini adalah tidak benar sama sekali kerana kerajaan negeri Pulau Pinang mencatat rekod lebihan bajet untuk tiga tahun berturut-turut sejak mengambil alih tampuk pemerintahan BN pada 2008 atas amalan bebas rasuah dan urus tadbir yang berasaskan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus)," katanya dalam satu kenyataan. Jelas beliau, kejayaan kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu turut disahkan dalam laporan Ketua Audit Negara selain dipuji Transparency International Malaysia (TI-M) kerana berjaya memerangi rasuah dalam pentadbiran. Laporan media hari ini memetik Dr Chua mendakwa kerajaan negeri Pulau Pinang sedang mengalami bajet defisit dan akan menjadi lebih teruk pada tahun depan. Selain itu, Dr Chua juga mengatakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu turut membenarkan kenaikan tarif air sebanyak 20 peratus.
"Prestasi kewangan kerajaan negeri Pulau Pinang bukan hanya untuk pentadbiran negeri tetapi juga telah menyelamatkan MPSP daripada menjadi muflis. "Dari tahun 2000 hingg 2007, MPSP terpaksa menanggung defisit setiap tahun di mana, kehilangan RM230 juta yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri BN sebelum ini dan MPSP berada dalam keadaan muflis secara praktikal semasa Pakatan Rakyat mengambil alih negeri ini. "Walau bagaimanapun, hanya dalam masa satu tahun, kita berjaya menyelamatkan MPSP daripada terus muflis," katanya. Beliau juga berkata dengan pengurusan wang dan pentadbiran yang telus menyebabkan rakyat negeri itu menerima matfaat sepatutnya yang tidak pernah diberikan BN. "Dengan pengurusan kewangan yang baik telah membolehkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengagihkan RM12 juta setahun kepada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Mubaligh, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Sikh. Adakah RM12 juta juga diberikan oleh kerajaan BN sebelum ini? "Pulau Pinang juga tidak menaikkan tarif air untuk pengguna domestik, malah telah membiayai subsidi yang besar tetapi mengenakan surcaj pemuliharaan air kepada mereka yang membazirkan air. Dr Chua tidak jujur kerana memutarbelitkan perbezaan ini," katanya. Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, kenaikan tarif hanya hanya dikenakan untuk perniagaan dan ia setara dengan kos pengeluaran yang digunakan dalam bidang itu. "Tarif air hanya dinaikkan untuk perniagaan setara dengan kos pengeluaran. Sekiranya Dr Chua tidak gembira dengan kenaikan ini, mengapa beliau tidak menentang kenaikan tarif air di Johor, yang mana tarif air di Johor adalah tiga hingga enam kali lebih tinggi daripada Pulau Pinang? Justeru beliau menasihatkan Dr Chua agar bercakap berdasarkan fakta bukan membuat pembohongan semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. | ||
| Ketua Wanita PKR terima rakaman video seks didedah ‘Datuk T’ Posted: 10 Jun 2011 04:13 AM PDT KUALA LUMPUR — Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menerima rakaman video seks, yang didedahkan "Datuk T" mendakwa si pelakunya Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi pos semalam. Ahli Parlimen Ampang itu berkata satu salinan DVD dihantar ke rumahnya semalam. Sehubungan itu kata beliau, DVD rakaman video seks yang memfitnah Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, diedarkan di seluruh negara.
"Lebih buruk, saya sendiri menerima DVD dan risalah berbaur fitnah yang dihantar ke rumah saya semalam. Sampul surat yang mengandungi surat yang menggunakan kepala surat PAS yang palsu, dan satu VCD bertajuk 'Skandal Seks Mat Sabu' dan risalah-risalah yang menggambarkan beberapa sedutan DVD lucah, yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata beliau sambil menegaskan, budaya politik kotor sudah muncul di bahagian yang diwakilinya. Rakaman video itu buat pertama kali dipertontonkan kepada umum pada 21 Mac lalu oleh "Datuk T" di hotel Carcosa Seri Negara di sini. Dua hari kemudian tiga "Datuk T" iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim muncul di khalayak sambil mengaku mereka yang bertanggungjawab atas pengedarannya. Beberapa hari kemudian mereka menyerahkan salinan asal rakaman video itu kepada polis. "Susulan laporan polis saya hari ini, saya meminta polis segera menyiasat perkara ini. Ini kerana apa yang berlaku sekarang adalah jelas bermotifkan politik dan mungkin disebabkan arahan dan pembabitan penguruasan atasan," kata wakil rakyat penggal pertama itu. | ||
| Filem Kongsi dan KL Gangster jatuh imej Melayu, dakwa Pekida Posted: 10 Jun 2011 04:12 AM PDT KUALA LUMPUR— Di sebalik kutipan pecah panggung, sebuah pertubuhan Melayu mendakwa filem "Kongsi" arahan Farid Kamil Zahari mencemarkan imej orang Melayu dengan memaparkan adegan yang mencerminkan seolah-olah kaum terbesar itu terlibat dalam aktiviti gengsterisme. Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Wilayah Persekutuan juga menyifatkan filem KL Gangster yang mula ditayangkan pada 9 Jun lalu turut mempunyai unsur-unsur merendahkan martabat orang Melayu selain boleh mempengaruhi golongan muda. "Filem Kongsi dan KL Gangster ini seolah-olah mencemar imej orang Melayu dengan memaparkan orang Melayu ini adalah gengster, malah banyak adegan-adegan yang dipaparkan secara tidak langsung merendahkan martabat kita. "Banyak adegan-adegan dalam kedua-dua filem ini mencemarkan imej orang Melayu dan boleh mempengaruhi remaja, malah bahasa-bahasa yang digunakan dalam filem ini tidak boleh diterima sebab menggunakan bahasa kesat," kata Ketua Ahli Majlis Pekida Wilayah Persekutuan Norashikin Abdul Ghani kepada The Malaysian Insider. Tegas Norashikin, beliau pelik bagaimana filem yang mengandungi unsur ganas dan gengsterisme ini tidak ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). "Bagaimana filem yang mencemarkan imej orang Melayu, ganas dan gengsterism boleh tidak ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem? Saya telah menonton kedua-dua filem ini dan banyak adegan yang tidak sepatutnya ditayangkan selain bahasa-bahasa yang digunakan. "Kenapa Lembaga Penapisan Filem tidak tapis filem-filem ini? Orang Melayu bukan gengster tapi dalam filem ini menunjukkan sebaliknya," katanya. Jelas beliau, pertemuan diadakan dengan pengurusan LPF petang ini bagi membincangkan perkara itu. "Kami mahu Lembaga Penapisan Filem mengambil tindakan segera, mana-mana bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan dipotong. "Selain itu, kami juga mahu Lembaga Penapisan Filem memberi penjelasan berhubung pelepasan kedua-dua filem itu tanpa ditapis," katanya. Selain itu, tegas Norashikin, filem "Kongsi" yang berjaya mengutip sebanyak RM8 juta selepas tiga minggu ditayangkan sejak 12 Mei lalu turut menggunakan kata kunci Pekida. Jelas beliau, kata kunci Pekida tidak sepatutnya digunakan dalam filem memandangkan ia adalah rahsia. "Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida. "Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalukan dan menjatuhkan martabat orang Melayu sendiri," katanya. Tambah beliau, pengarah kedua-dua filem ini iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif apabila mengaitkan orang Melayu dengan kumpulan gengster. "Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu. "Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat," ujarnya kesal. | ||
| Khutbah Jumaat Selangor kecam jenayah qazaf, sifatkan dosa besar Posted: 10 Jun 2011 04:08 AM PDT KUALA LUMPUR — Ketika isu rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum "sejuk", hari ini khutbah Jumaat rasmi negeri Selangor mengecam tindakan pihak yang menyebarkan fitnah tanpa mempunyai sebarang bukti kukuh. Kandungan khutbah itu menyifatkan tindakan umat Islam yang membuat kenyataan berbentuk fitnah bercanggah dengan syariat Islam. "Mimbar hari ini berasa amat terpanggil untuk menjelaskan maksud dan kesan fitnah yang wajib difahami, jika kita benar-benar inginkan kesejahteraan dan keredhaan Allah di dunia, apatah lagi di akhirat kelak. "Perhatian ini wujud kerana ada kecenderungan sebahagian umat Islam membuat kenyataan berbentuk fitnah yang sangat jelas bercanggah dengan syariat Islam tidak kisah sama ada ia dilakukan sama ada oleh individu, kumpulan, persatuan dan pihak-pihak lain," kata khutbah standard yang disampaikan di masjid-masjid di seluruh negeri Selangor, yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, hari ini. Keseluruhan teks khutbah yang diperoleh memfokus pada isu tersebut, dipercayai merujuk kepada rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara. Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang berakhir Ahad lalu juga meluluskan usul berkaitan tindakan fitnah itu. Kata khutbah itu, sekiranya fitnah dilakukan ia boleh mendatangkan pertuduhan qazaf terhadap seseorang melakukan perbuatan zina atau liwat tanpa mengemukakan empat orang saksi yang adil. "Fitnah ialah mengadakan satu berita palsu atau bohong terhadap seseorang yang mempunyai perasaan permusuhan dengan motif-motif yang buruk. "Fitnah boleh menimbulkan qazaf dan ia bererti membuat pertuduhan terhadap seseorang melakukan zina atau liwat tanpa empat saksi adil dan orang yang menuduh telah melakukan jenayah qazaf dan fitnah," katanya. ![]() 'Datuk T' (dari kiri) — Rahim, Shazryl dan Shuib. Selain itu, Shazryl juga telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan rakaman video seks itu adalah benar dan Anwar adalah pelakunya. Bagaimanapun tegas khutbah itu, pembuktian melalui cara bersumpah termasuk sumpah laknat adalah tidak relevan selain tidak menepati kehendak syarat. "Termasuk dalam kategori ini mereka yang mendedahkan maklumat secara terbuka dalam pelbagai bentuk dengan niat menuduh melakukan zina juga telah melakukan jenayah qazaf. "Malah mereka yang mempercayai fitnah tersebut dan menyebarkannya sudah pasti mendapat dosa, boleh dikenakan hukuman kerana gagal membuktikan mengikut ketetapan syarak," katanya. Jelas khutbah Jumaat itu, fitnah yang dilemparkan termasuk dipaparkan melalui media akan menjatuhkan imej tertuduh. "Lebih memburukkan keadaan apabila si pemfitnah enggan menerima kebenaran dan tidak mahu mengakui kesilapan atau mempunyai perasaan dendam serta hasad dengki terhadap orang yang dituduh. "Pemfitnah sama ada sedar atau tidak telah melaksanakan sumpahan iblis dan syaitan yang memang ingin merosakkan iman dan akidah umat Islam sehingga hari kiamat," katanya. Kata khutbah itu, sesiapa yang terlibat dalam jenayah qazaf telah melakukan perbuatan haram dan ia termasuk dalam tujuh jenis dosa besar. "Oleh itu, mereka boleh dikenakan hukuman mengikut syariat Islam iaitu secara fizikal boleh dikenakan 80 sebatan, dari segi moral akan hilang kelayakan menjadi saksi selama-lamanya dalam semua perkara termasuk saksi perkahwinan. "Dan, dari segi agama mereka ini tergolong sebagai orang yang fasik (pendusta)," katanya. Justeru kata khutbah itu, umat Islam perlu mengetahui dan memahami peraturan-peraturan Islam yang menurut kehendak syarak. "Bagi tujuan mendidik dan mengawal umat Islam daripada melakukan jenayah qazaf, yang mempunyai kaitan langsung dengan nilai, maruah dan keharmonian masyarakat, maka hendaklah diperjelas peraturan, larangan dan kesan jenayah qazaf serta hukuman yang boleh dikenakan menurut peraturan syarak. "Martabatkanlah undang-undang Islam yang memberikan pengiktirafan dan hak kepada Mahkamah Syariah mengendalikan kes-kes jenayah syariah yang melibatkan orang Islam. Dengan ini, kita boleh melaksanakan sistem perundangan yang adil, diredhai dan patuh kepada hukum syarak," katanya. | ||
| Kit Siang mahu Parlimen bahas kematian Sarbaini Posted: 10 Jun 2011 04:05 AM PDT
KUALA LUMPUR — Lim Kit Siang mahu sidang Parlimen yang bermula minggu depan membahaskan isu kematian penolong pengarah Kastam Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed di premis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) April lalu. Lim (gambar) berkata beliau telah menghantar notis kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mendesak Parlimen membahaskan kematian kedua ketika siasatan SPRM dengan menumpukan kepada dakwaan terbaru dibuat editor portal Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin. Raja Petra dalam tulisan dalam blognya berkata polis telah menyiasat aset Ahmad Sarbaini dan mendapati dia tidak memiliki "kekayaan luar biasa" seperti mana didakwa. Beliau berkata SPRM cuba untuk memburukkan nama Ahmad Sarbaini ekoran kematian itu. "Isu ini penting untuk dibahaskan di Parlimen dengan menumpukan kepada pendedahan dibuat Raja Petra Kamaruddin yang mana polis telah melakukan siasatan ke atas aset Ahmad Sarbaini tapi mendapati beliau tidak memiliki kekayaan luar biasa," kata Lim. Wakil rakyat DAP ini juga menggesa agar polis memenuhi hasrat keluarga Ahmad Sarbaini agar hasil siasatan didedahkan sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk diadakan inkues atau suruhanjaya diraja. "Polis sepatutnya dedahkan hasil siasatan kepada keluarga Ahmad Sarbaini dan membenarkan keluarga itu membuat keputusan sama ada mahu diadakan inkues atau suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian," katanya. Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat sebuah bangunan SPRM setelah dilapor pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam. "Jika Parlimen enggan berbuat demikian dan tidak mengambil peluang menunjukkan sikap ambil berat terhadap kematian Ahmad Sarbaini, ia akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan kepada SPRM. "Parlimen akan hilang peranannya sebagai sebuah platform politik tertinggi," kata Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur. Kematian Ahmad Sarbaini merupakan kejadian kedua dalam dua tahun ini membabitkan premis SPRM. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja. Minggu lalu, polis mengumumkan pihaknya akan meminta agar diadakan satu inkues dan idea itu dipersetujui oleh Peguam Negara. Malah Lim juga ada mencadangkan agar Putrajaya terus mengadakan satu suruhanjaya diraja siasatan berhubung kematian Ahmad Sarbini berbanding inkues yang disyorkan polis. | ||
| Insiden Glenmarie: Keluarga mangsa tolak inkues, gesa anggota polis didakwa Posted: 10 Jun 2011 04:03 AM PDT KUALA LUMPUR— Pemimpin PKR dan aktivis peguam yang mewakili keluarga mangsa hari ini menolak langkah polis Selangor yang mahu mengesyorkan agar diadakan inkues berhubung kematian tiga remaja di Glenmarie dekat Shah Alam Disember lalu, yang mereka dakwa mati akibat 'tembakan membunuh' pasukan keselamatan itu. Sebaliknya mereka mahu anggota polis yang terlibat dihadapkan di mahkamah. "Merujuk kepada pengumuman Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah (pagi ini) bahawa polis telah memutuskan untuk memanggil satu inkues berhubung kejadian menembak mati Mohd Shamil Hafiz, Hairul Nizam Tuah dan Mohd Hanafi Omar, bagi pihak keluarga mangsa, kami menolak keputusan memanggil pembunuhan ini," kata dua naib presiden PKR N Surendran dan Nurul Izzah Anwar serta seorang lagi peguam dari Lawyers for Liberty, Fadia Nadwa Fikri dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Surendran juga merapakan anggota Lawyers for Liberty. Kata mereka, inkues tidak perlu diadakan kerana ada bukti yang jelas dan tidak dapat dipertikaikan bahawa ketiga-tiga mangsa ditembak mati oleh polis. "Semalam, kami mendedahkan laporan bedah siasat yang secara total bertentangan dengan versi polis," katanya lagi. Kata mereka, laporan bedah siasat itu ditandatangani oleh pakar patologi forensik dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan penemuan tersebut sudah cukup dari segi perundangan untuk membawa tuduhan pembunuhan ke atas anggota polis yang terlibat dalam insiden Disember lalu itu. "Kami melihat permintaan untuk diadakan satu inkues oleh polis sebagai satu lagi taktik melengahkan (kes) bagi mereda kemarahan orang ramai ekoran pendedahan laporan bedah siasat semalam. "Kami juga terkejut dan hairan dengan dakwaan polis bahawa siasatan masih belum lengkap lagi," kata ketiga-tiga pemimpin itu dalam kenyataan bersama mereka. Kata mereka, memandangkan tujuh bulan sudah berlalu sejak kejadian menembak itu, maka jelas ia satu lagi alasan dan usaha untuk melengahkan tindakan ke atas anggota polis terbabit. "Kami mengulangi permintaan keluarga mangsa bahawa kesemua anggota polis yang terlibat dalam kes tembakan dicaj di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," kata mereka lagi. Tegas beliau, Peguam Negara seharusnya memastikan tindakan itu diambil tanpa sebarang kelewatan lagi. Terdahulu laporan media menyebut polis Selangor akan mengesyorkan agar diadakan satu inkues apabila mengemukakan laporan siasatan kepada Jabatan Peguam Negara. "Pada pandangan kami, kami telah berlaku adil dalam mengendalikan kes ini meskipun sesetengah pihak mengatakan sebaliknya. "Jadi, kami akan serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan," kata Tun Hisan. Bagaimanapun Tun Hisan menolak dakwaan bahawa ketiga-tiga mereka 'dibunuh' oleh polis. "Biar saya jelaskan perkara ini, polis tidak pernah tembak untuk membunuh (sesiapa)," katanya lagi. Semalam, Surendran yang mewakili Lawyers For Liberty mendedahkan dua daripada tiga remaja yang ditembak mati polis di Glenmarie, Shah Alam tahun lalu disebabkan tembakan dari arah dekat. Surendran berkata, berdasarkan laporan bedah yang diterima beliau dua hari lepas membuktikan kedua-dua remaja itu Mohd Shamil Hafiz Shafie, 16, dan Mohd Khairul Nizam Tuah ditembak ketika berada dalam keadaan melutut. Bagaimanapun laporan bedah siasatan seorang lagi mangsa Muhamad Hanafi Omar,22, masih belum diterima. Ketiga-tiga remaja itu mati ditembak polis di Jalan Kerjaya Glenmarie kira-kira pukul 4.15 pagi selepas menyamun sebuah stesen minyak 13 Disember lalu. Menurut laporan media sebelum ini ketiga-tiga remaja ini disyaki sebagai ahli Geng Minyak dan mati ditembak kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian. "Kejadian ini berlaku di Glenmarie dan Timbalan Ketua Polis Selangor (Datuk A Thaiveegan) mengatakan ketiga-tiga remaja ini adalah penjenayah dengan parang dan ditembak ketika cuba menyerang polis. "Namun berdasarkan kepada keterangan saintifik dan laporan bedah siasat versi yang dikatakan polis itu adalah palsu dan saya ada bukti mengatakan ketiga-tiga remaja ini telah dibunuh oleh pihak polis dengan sengaja. "Polis kata mereka ditembak kerana cuba menyerang polis dengan parang tapi kalau benar mereka menyerang polis tapi kenapa luka tembakan Mohd Shamil dan Mohd Khairul Nizam berada di dahi dan sisi dahi... kalau mereka menyerang sudah tentu luka tembakan itu dari depan bukan dari tepi kecuali kalau peluru itu boleh melencong," kata Surendran. | ||
| Polis Selangor mahu inkues siasat kematian tiga remaja Posted: 10 Jun 2011 03:59 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Polis akan mengesyorkan agar diadakan satu inkues berhubung kematian tiga remaja Disember lalu, yang menurut kumpulan aktivis perundangan mendakwa mereka ditembak oleh pasukan keselamatan. Laporan bedah siasat menunjukkan ketiga-tiga remaja itu "dibunuh" ketika mereka dalam keadaan melutut, kata Lawyers for Liberty semalam. Dalam reaksinya hari ini, Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siastaan akan selesai dalam waktu terdekat. | ||
| Umno Hanya Tinggal Satu Senjata - Mat Sabu Posted: 09 Jun 2011 09:40 PM PDT Ditulis oleh Salmiah Drahsin ![]() Menurut Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu, sejak sebelum mahupun selepas merdeka, Umno menggunakan pelbagai cara untuk menentang lawan mereka termasuk Burhanuddin Hilmi, Haji Abbas, Ahmad Bustamam dan ramai lagi dengan mengaitkan mereka dengan komunis. Malah peristiwa bagaimana seorang ulama ditumbangkan oleh regim Umno dalam tragedi Kampung Memali tentunya masih berbekas di hati rakyat. Walau bagaimanapun, meski sudah ramai musuh yang ditewaskan, termasuk yang ditahan di bawah akta zalim, Umno kian buntu mencari jalan untuk menghalang kebangkitan rakyat apatah lagi dengan bersatunya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), DAP dan KEADILAN di bawah Pakatan Rakyat. " Sekarang ini yang tinggal kepada mereka hanyalah perkauman sebab isu pembangunan tidak dapat lagi digunakan oleh Umno-Barisan Nasional. Isu ini mungkin masih lagi laku hanya di kawasan pedalaman seperti di pedalaman Sarawak, Sabah dan pedalaman di Semenanjung,"katanya. Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu dalam satu temu bual eksklusif bersama Tv Selangor berkata, hari demi hari, kisah-kisah pembangunan yang dibawakan oleh Umno untuk terus mengikat sokongan pengundi, tidak lagi bernilai di mata rakyat. Dengan kos sara hidup yang makin melambung, tangga gaji masih di takuk sama, Umno bertambah bingung apabila tentangan rakyat datang dari pelbagai sudut. " Umno sebenarnya lebih gelabah terhadap sokongan bukan Melayu. Umno sebenarnya tidak kuat. Mereka menjadi kuat kerana orang Melayu menyokong mereka (sebahagiannya) dan disokong juga oleh orang bukan Melayu khasnya Cina dan India. Dominasi itu mula pecah secara jelas dalam pilihan raya umum 2008 dan melihat kepada keputusan-keputusan pilihan raya sebelum itu. " Bila orang bukan Melayu dan bukan Islam beralih kasih, ertinya Umno akan jatuh. Sebab inilah yang mereka anggap mereka parti yang kuat, sebenarnya tidak, pergantungan mereka tetap kepada kaum Cina dan India,"tegas beliau. Justeru itu ujar Mat Sabu, yang tinggal buat Umno hanyalah isu perkauman untuk menakut-nakutkan masyarakat terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman. Sasarannya adalah negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. " Misalnya bila Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang, Selangor. Isu awal yang timbul ialah tentang perarakan Maulud Nabi, kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulud Nabi.Khutbah,Lim Guan Eng ganti Yang di-Pertuan Agong, kemudian datang pula isu terbaru, beberapa orang paderi kononnya berbincang di Pulau Pinang untuk berbincang menjadikan Malaysia negara Kristian, tukar Perlembagaan,"ujar Mat Sabu. " Bagi Umno dan akhbar-akhbar mereka,mereka tahu apa yang mereka siarkan itu betul atau tidak. Bagi mereka itu tidak penting. Yang penting bagi mereka ialah orang kampung di pedalaman, mereka bukan tahu hendak tukar Perlembagaan bagaimana, perlukan berapa kerusi. Tetapi inilah keagamaan dan perkauman yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional untuk kelangsungan hidup mereka yang terkahir,"tambahnya lagi. | ||
| 25 Tahun Penjara Dan 15 Kali Sebatan, Hukuman Untuk Perogol Posted: 09 Jun 2011 09:35 PM PDT TVS NEWS ![]() KLANG : Mahkamah Seksyen Klang semalam menjatuhkan hukuman 25 tahun penjara dengan 15 kali sebatan keatas seorang lelaki yang mendakwa dirinya mabuk ketika merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dalam tandas sebuah sekolah dekat Sekinchan, 4 Jun lalu. Sures Muniandy, 27, mengaku bersalah ke atas jenayah tersebut ketika dihadapkan di Mahkamah Seksyen di sini, semalam. Hakim Datuk Anita Harun mengarahkan hukuman penjara dijalankan bermula daripada tarikh tertuduh mula ditahan kerana mempunyai dua kesalahan jenayah sebelum ini. Pemungut besi buruk itu didakwa melakukan jenayah di SRJK (C) Yoke Kuan, Sekinchan dekat Sabak Bernam lebih kurang pukul 9 malam pada 4 Jun. Dia dijatuhkan hukuman di bawah Seksyen 376(2) (e) Akta Jenayah yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan. Timbalan Pendakwa Raya Nizi Shazril Ithnin pada awalnya meminta hukuman lebih berat dikenakan kerana mangsa hanya berumur lapan tahun dan mengalami kecederaan. Sures yang tidak diwakili peguam menangis apabila mendengar hukuman yang dijatuhkan terhadapnya. Pada hari kejadian, mangsa menghadiri satu majlis perkahwinan di sekolah itu dan dirogol apabila dia pergi ke tandas seorang diri. Abang ipar dan kakak kanak-kanak itu menunggunya di kantin tidak jauh dari tandas. Tertuduh mengunci pintu daripada dalam dan merogol mangsa dan kemudian melarikan diri. Abang ipar mangsa dengan bantuan orang awam menangkap tertuduh yang dijumpai di sebuah longkang 100 meter dari tempat kejadian. | ||
| Penduduk PJS1 Desak SUHAKAM Campur Tangan Posted: 09 Jun 2011 09:33 PM PDT Ditulis oleh Afix Redzuan ![]() KUALA LUMPUR : Penduduk Rumah Panjang Petaling Jaya Selatan 1 (PJS1) hari ini menyerahkan satu memorundum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berhubung tindakan pengusiran secara paksasaan di kawasan mereka. Memorandum terbabit mendesak supaya pengusiran secara paksa yang dilakukan oleh pihak pemaju Peter Brickwork's Sdn Bhd dihentikan segera yang telah menyebabkan dua buah rumah dirobohkan pada 3 Jun lalu walaupun sudah mendapat perintah mahkamah. Pihak penduduk juga meminta Suhakam mengadakan satu rundingan bersama Kerajaan Negeri, pemaju dan jawatankuasa Bertindak Pembeli Blok E. M. Sugumaran, Pengerusi Jawatankuasa bertindak Pembeli Blok E mendesak kerajaan negeri mengambil serius perkara ini dan mengemukakan dokumen hitam putih sebagai jaminan daripada kerajaan negeri. "Kami harap selepas ini mereka bertindak dan jangan sampai kami datang sekali lagi untuk berdiri di hadapan pejabat mereka," tegas beliau. Setakat ini dua buah rumah telah dirobohkan melibatkan rumah seorang warga OKU, Mahalingam a/l Veeriah dan Pushparani a/p Achan. Kedua-dua keluarga ini menetap dibawah khemah yang didirikan atas keperihatinan penduduk setempat. Minggu lalu, Penduduk menuggu hampir tiga jam semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) untuk bertemu dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim namun gagal berbuat demikian. Bagi Setiausaha Parti Sosialis Malaysia, PSM, S. Arutchelvan, penggunaan samseng merupakan satu perkara yang tidak wajar dan lebih mengecewakan apabila pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan. "Yang peliknya kita nampak dengan jelas penggunaan samseng dan pihak polis, pihak mahkamah, semua memerhatikan. Ini memang tidak boleh diterima. Ini seperti satu undang-undang di Mahmakah Tinggi itu dihalalkan oleh samseng yang mengimplimentasikan perundangan itu, ini merupakan sesuatu yang tidak masuk akal," katanya. Sementara itu, bagi Bendahari PSM, A. Sivarajan permintaan penduduk adalah wajar memandangkan sudah hampir seminggu perkara ini berlarutan ditambah mereka hanya tinggal di khemah yang dibina atas keperihatinan penduduk setempat. "Kita melihat dua perkara positif berlaku walaupun lewat. Pertama berkaitan stop work order yang dilakukan oleh MBPJ dan Kerajaan negeri yang sepatutnya memberhentikan kerja-kerja mereka walaupun hasratnya begitu namun ia tidak berlaku di lokasi. Yang kedua kita dengar daripada YB Iskandar dengan perobohan itu Menteri Besar telah merasakan pemaju tidak menghormati dan mungkir janji dan telah merampas lot tanah pemaju untuk dibuat pembangunan kerajaan negeri sendiri. "Walaupun ada perkara positif, yang kita tidak faham mengapa perkara ini tidak dapat diselesaikan walaupun sudah berlarutan seminggu," katanya. Memorundum banbtahan ini diserahkan kepada Pesuruhjaya Suhakam, Detta Samen. Pihak Majlis Bandaran Petaling Jaya, MBPJ telah mengeluarkan satu Perintah henti Kerja bertarikh 30 Mei 2011 terhadap pemaju namun tidak dipedulikan sebaliknya pemaju berkeras | ||
| Mat Sabu Sedia Jadi Sasaran Fitnah Umno Posted: 09 Jun 2011 09:28 PM PDT Ditulis oleh Jasbant Singh ![]() SHAH ALAM : Mohamad Sabu berkata beliau tidak gusar jika menjadi sasaran terbaru kecaman dan fitnah Umno, berikutan pelantikannya sebagai Timbalan Presiden baru PAS minggu lalu. "Saya tidak mahulah diuji kerana umur pun sudah semakin meningkat, tetapi sekirannya datang ujian saya akan sabar menghadapi," kata Mohamad Sabu kepadaTVselangor. "Macam mana mahu berbalah, bermesyuarat pun belum, selepas bermuktamar ada yang balik ke kampung masing-masing, ada yang mengambil cuti kerana letih, macam saya tiap-tiap hari dihubungi pihak wartawan, jadi bila masa kami berjumpa dan berbalah, bertemu pun belum," kata Mohamad Sabu kepada TvSelangor. "Media kawalan Umno ini kami cukup pelik, tiba-tiba mereka menunjukkan mereka begitu sayang kepada kepimpinan ulama, sedangkan mereka menyerang hebat dan mencerca para ulama PAS dan kenapa mereka tiba-tiba sayang, ini semua rakyat boleh baca iaitu mereka hanya mahu melaga-lagakan sahaja bukan mereka sayangkepada ulama," kata Mohamad Sabu. "Kalau Umno tergerak mahu mencadangkan untuk adakan majlis ulama sendiri, kami akan melihatlah bagaimana mereka mahu laksanakan dan peranannya serta termasuk dasar parti mereka, jangan hanya bercakap di peringkat cadangan sahaja," kata Mohamad Sabu. "Dan barang kali mereka tahu yang mereka bakal menjadi pembangkang maka mereka bersedia seperti apa yang ada dalam pembangkang hari ini." katanya. | ||
| MerdekaReview, kini media yang dimiliki wartawan Posted: 09 Jun 2011 09:25 PM PDT Syarikat Knowledge Venture Sdn Bhd yang memiliki MerdekaReview, kini melepaskan semua saham pegangannya kepada staf MerdekaReview. Seiring dengan perkembangan ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ngeow Yin Ngee bersama Ketua Pengarang Chang Teck Peng, mengumumkan perletakan jawatan. Pemangku Ketua Pengarang merangkap Editor MerdekaReview edisi bahasa Cina, Chan Wei See, secara rasmi mengambil alih jawatan Ketua Pengarang.
Dari stukturnya, Knowledge Venture Sdn Bhd memiliki syarikat Merdeka Review Sdn Bhd, dan media internet MerdekaReview adalah produk di bawah syarikat MerdekaReview Sdn Bhd. Susulan daripada pertukaran tangan saham ini, MerdekaReview telah memasuki fasa baru dengan pimpinan generasi keduanya. Ngeow Yin Ngee (gambar bawah, kanan) memulakan MerdekaReview pada tahun 2005, menggalas tugas mengumpul dana untuk menampung operasi MerdekaReview. Selaku CEO, Ngeow Yin Ngee menghormati autonomi editorial, mengotai janjinya untuk tidak mencampur tangan dalam bilik editorial.
Chan Wei See Ketua Pengarang baru Editor MerdekaReview edisi bahasa Cina, Chan Wei See yang sebelum ini memangku jawatan Ketua Pengarang, kini mengambil alih tampuk pimpinan sebagai Ketua Pengarang MerdekaReview secara rasmi.
MerdekaReview dimulakan dengan edisi bahasa Cina pada 10 Ogos 2005, dan dilancarkan pada 31 Ogos 2005. Edisi bahasa Malaysia-nya dimulakan pada Julai 2009. Kini, MerdekaReview edisi bahasa Cina menduduki ranking keempat dalam laman media bahasa Cina dalam Malaysia.
MerdekaReview bakal beroperasi dengan model komersial pada masa depan setelah staf mengambil alih syarikat Knowledge Venture. Selaras dengan perkembangan terbaru, Knowledge Venture berniat untuk melepaskan 49% saham daripada syarikat MerdekaReview kepada pelabur yang sehaluan dengan idealisme MerdekaReview, untuk bersama menggerakkan perkembangan media internet tanahair. | ||
| Penghuni PUSPEN Muar merusuh, bakar bangunan Posted: 09 Jun 2011 09:21 PM PDT BERNAMA Sebuah bangunan pentadbiran dan sebuah rumah pelawat di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (PUSPEN) di Sengkang, Bukit Gambir, dekat Muar, musnah dalam kebakaran ketika penghuninya merusuh malam semalam. Sembilan kereta dan sebuah motosikal turut dirosakkan dalam kejadian pada kira-kira 8 malam itu. Timbalan Ketua Polis Ledang, DSP Mohd Salleh Abdul Razak, ketika dihubungi, tidak menolak kemungkinan ada pelatih pusat pemulihan tersebut mengambil kesempatan melarikan diri dalam kejadian tersebut. Katanya, pihaknya sedang memeriksa bilangan pelatih bagi mengesan sekiranya ada antara pelatih yang telah melarikan diri. Mohd Salleh yang enggan memberikan butiran lanjut mengenai rusuhan itu, berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian tersebut. Katanya, kebakaran di pusat berkenaan berjaya dikawal oleh pasukan Bomba dan Penyelamat pada kira-kira 10 malam semalam. | ||
| Noh Omar: Meritokrasi tak sesuai dilaksanakan Posted: 09 Jun 2011 09:19 PM PDT MALAYSIA KINI Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata prinsip meritokrasi dalam pendidikan seperti tempat ke menara gading dan biasiswa, yang diperjuangkan Pakatan Rakyat, belum sesuai dilaksanakan kerana terdapat golongan masih memerlukan pembelaan seperti pelajar di kawasan luar bandar. Beliau berkata jika anak luar bandar diberi bantuan dan peluang, mereka juga boleh berjaya."Pelajar luar bandar masih kekurangan, ada sekolah (rendah) di Tanjong Karang masih lagi murid-muridnya yang tak dapat 5A, sedangkan kita lihat ada sekolah di bandar di mana dalam satu sekolah, sampai 50 orang dapat 5A," katanya selepas menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang 2010 di kawasan Parlimen Tanjong Karang hari ini. Seramai 410 pelajar cemerlang peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah hingga Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia menerima anugerah itu. Noh juga berkata kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM1.5 bilion setahun bagi kemudahan pendidikan seperti biasiswa, rancangan makanan tambahan dan skim pinjaman buku teks kepada pelajar. Bagaimanapun, katanya, ketika kerajaan Persekutuan memberi tumpuan khusus bagi membangunkan pendidikan, ada kerajaan negeri dilihat lebih mementingkan politik. | ||
| SKMM: Sekat laman web bukan penapisan Posted: 09 Jun 2011 09:13 PM PDT MALAYSIA KINI Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan penyekatan beberapa laman sesawang pada akhir-akhir ini bukan satu bentuk penapisan.Sebaliknya, menurut SKMM ia adalah tindakan pematuhan undang-undang Malaysia. "Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menetapkan bahawa pemegang lesen di bawah AKM 1998 perlu mematuhi sebarang permintaan bertulis dari SKMM untuk membantu SKMM atau pihak berkuasa lain setakat yang semunasabahnya perlu dalam mencegah perlakuan atau cubaan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia. "Sehubungan dengan itu, SKMM telah menerima permintaan dari Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman sesawang yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987," petik kenyataan akhbar yang diedarkan menerusi Bernama. Antara laman-laman yang disekat itu, termasuk:ThePirateBay.org
| ||
| 1Malaysia, tapi tiga peraturan pendaftaran JPN Posted: 09 Jun 2011 09:11 PM PDT Kuek Ser Kuang Keng Kegagalan percubaan ADUN Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya untuk mendaftarkan bangsa anak perempuan mereka sebagai 'Anak Malaysia' sebenarnya mendedahkan kepincangan sistem pendaftaran negara. Malaysiakini mendapati terdapat tiga peraturan pendaftaran yang berbeza di Sabah, Sarawak dan semenanjung meskipun semuanya terletak di bidang kuasa Jabatan Pendaftran Negara.Hanya Sabah yang mengiktiraf bangsa campuran tetapi mengehadkannya kepada pasangan Cina dan pribumi sahaja, manakala Sarawak pula mewajibkan seseorang anak itu mengikut bangsa bapanya. Peraturan di semenanjung pula membenarkan ibu bapa untuk memilih bangsa anak mereka berdasarkan keturunan si ibu mahupun si ayah. Menurut seorang pegawai JPN Sabah, ibu bapa boleh memilih mendaftarkan anak mereka sebagai 'bangsa campuran' atau juga mengikut salah seorang ibu bapanya."Jika bapanya Cina dan ibunya adalah Kadazan, maka anaknya adalah Cina atau Kadazan atau juga sino-pribumi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, semalam. Jelasnya, ibu bapa juga sebelum ini boleh memilih pelbagai istilah lain seperti 'sino-Kadazan' dan 'sino-Murut' ketika pendaftaran dijalankan secara manual. Selepas pendaftaran dijalankan secara berkomputer, mereka hanya boleh memilih 'sino-pribumi'."Kami telah memohon supaya istilah lama dikembalikan tetapi ini belum diluluskan lagi," kata pegawai yang memohon identitinya dirahsiakan. Bagaiamanapun perkhawinan yang membabitkan seorang pribumi dan bukan Cina, anak mereka mesti mengikut sama ada bapa ataupun emaknya. Pilihan bangsa campuran hanya untuk ibu bapa pribumi-Cina sahaja. "Tidak ada pilihan 'pribumi-India' atau 'pribumi-Melayu;" katanya. Manakala itu, sistem pendaftaran di Sarawak dikatakan lebih rigid. Bangsa seseorang kanak-kanak mestilah berdasarkan keturunan bapanya. "Wajib ikut bangsa bapa," kata seorang pegawai JPN cawangan Sarawak kepada Malaysiakini semalam."Jika bapanya orang asing, bangsa anak itu akan ditentukan oleh kerakyatan bapanyanya," kata pegawai itu. "Contoh, bapanya adalah orang Itali, bangsa anak itu adalah 'Itali'. Jika bapanya rakyat Singapura, maka bangsa anak itu adalah 'Singapura'," kata pegawai itu. | ||
| 'Kalau PAS tak ambil, Umno akan ambil' Posted: 09 Jun 2011 09:08 PM PDT Salhan K Ahmad PAS perlu mencontohi tadbir urus yang baik seperti yang diamalkan negeri Pulau Pinang bagi meningkatkan integriti dalam pentadbiran negeri yang dikuasainya – Kelantan dan Kedah, kata timbalan presiden parti itu, Mohamad Sabu. Katanya, pemimpin berkenaan perlu berbuat demikian memandangkan perubahan yang berlaku di kedua-dua negeri tersebut masih belum cukup dan lebih buruk lagi, masih ada lagi golongan dalam PAS yang masih berfikiran seperti pemimpin Umno. "Bukanlah kalau PAS pergi ke Putrajaya dengan rakan-rakannya hal ini akan selesai. Tadbir urus baik ini masih perlu difahami. "Bila kita ceramah, kita tanya 'bila kita memerintah setuju tak kita tangkap Najib bawah ISA?' Orang kata setuju. Itu bermakna dalam pemikiran untuk balas dendam ini masih tebal. "Maknanya bila kita perintah kita ganti Umno. Itu yang kita tak mahu. Sekarang di Kedah, Kelantan, perubahan berlaku tapi tak cukup," katanya dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini. Mohamad menjelaskan, perubahan di negeri Kelantan, misalnya, akan berdepan masalah apatah lagi sekiranya menteri besarnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lagi mengetuai pentadbiran negeri berkenaan. "Dari segi tadbir urus, sebab pergantungan Kelantan misalnya pada tok guru (Datuk) Nik Abdul Aziz (Nik Mat) terlalu tinggi," kata Mohamad yang vokal terhadap pentadbiran negeri PAS sejak parti itu dapat mengembalikan kuasa di negeri itu pada 1990. Penceramah popular itu juga menegaskan, PAS perlu mengubah sikap yang wujud di kalangan wakil rakyatnya bagi meningkatkan integriti barisan pentadbiran di negeri yang dikuasai. "Misalnya anggota exco, ADUN tak boleh pohon tanah kerajaan. (Kalau) mahu mohon, berhenti, jadi orang berniaga. Selagi jadi ADUN, exco tak boleh memohon dan sebagainya. Ini yang perlu diubah oleh kerajaan yang dipimpin oleh PAS. "Setengah bercakap kalau PAS tak ambil Umno ambil. Ertinya (PAS) sama (dengan Umno) – benda macam ini yang saya akan berdepan, di dalam isu misalnya balak," katanya lagi yang mengakui bahawa pandangan seperti itulah yang menyebabkan beliau dilihat sebagai "pro-DAP." Mohamad yang bimbang dengan penyelewengan yang wujud dalam parti itu berkata demikian dengan merujuk kepada dakwaan yang dilemparkan berhubung sumber balak di negeri berkenaan. Satu lagi perkara yang menjengkelkannya ialah minat yang ditunjukkan pemimpin PAS untuk mendapatkan gelaran daripada Istana – sikap yang dikutuknya sebagai pemujaan kepada sistem kasta dan feudalisme. "Penyanyi menyanyi dua tiga lagu dah 'Datuk'. Pelawak (juga dapat). Kalau P Ramlee itu OK lah bagi Datuk, ini semua, kita baling batu boleh jatuh kepala Datuk. "Kalau gelaran Datuk, semua mencari. Kalau umum 'siapa nak (pangkat) Datuk esok datang depan istana. Saya ingat pemimpin PAS akan berebut pergi depan istana," katanya. Mohamad yang popular dengan gelaran Mat Sabu itu bagaimanapun berkata, beliau setakat ini menolak tawaran bagi gelaran berkenaan kerana tidak melihat keperluannya. "Saya tolak buat masa ini. Tak berani cakap besarlah untuk akan datang, tapi buat masa ini tak nampak (keperluan). Tak perlu," katanya yang telah menolak tawaran untuk mendapat pingat kebesaran daripada Pulau Pinang sebanyak dua kali. Mohamad Sabu ditemubual Aidila Razak, Lee Way Loon dan Salhan K Ahmad. | ||
| BN sengsara mahu pikat undi Tionghua Posted: 09 Jun 2011 09:06 PM PDT
| ||
| Rampas kuasa daripada puak gila kuasa Posted: 09 Jun 2011 09:01 PM PDT
| ||
| Nik Aziz: Negara berkebajikan selari dengan Islam Posted: 09 Jun 2011 08:58 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR— Konsep negara berkebajikan dibawa Pakatan Rakyat khususnya PAS, sebagaimana ditekankan minggu lalu, adalah selari dengan kehendak Islam, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am PAS itu berkata konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam. Justeru kata Menteri Besar Kelantan itu, kedua-dua perkara tersebut membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial.
"Islam ini dasar manakala berkebajikan adalah program Islam. Kebajikan bukan beri barang," kata beliau di Kota Baru semalam. Dipetik Bernama Online, Nik Aziz mengulas kenyataan beberapa pihak kononnya PAS sanggup meninggalkan perjuangan asal parti untuk memenangi pilihan raya umum dan tindakan itu menurut mereka, menyebabkan sokongan terhadap PAS merosot. Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Ke-57 parti itu Jumaat lalu menekankan konsep membangun negara berkebajikan. Penekanan konsep itu dikritik pesaing politik PAS sejak idea tersebut diketengahkan. | ||
| Kes Aminulrasyid: Mahkamah tolak laporan polis Jenain Posted: 09 Jun 2011 08:56 PM PDT SHAH ALAM — Laporan polis Koperal Jenain Subi tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan kes Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati awal tahun lalu, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini. Dalam keputusannya, Hakim Latifah Mohd Tahar berkata pihak pendakwa seharusnya telah mengemukakan laporan itu sebelum bermulanya perbicaraan, bukannya sekarang. "Mahkamah mendapati pihak pendakwa tidak mematuhi Seksyen 51(a) (Kanun Keseksaan)... pihak pendakwa seharusnya telah mengemukakan kesemua dokumen agar pihak pembela tahu apa yang akan digunakan terhadap tertuduh," kata hakim.
Peguam M. Athimulan, yang mewakili Jenain yang dituduh membunuh Aminulrasyid berusia 14 tahun, berhujah bahawa tindakan pihak pendakwa menafikan perbicaraan yang adil bagi anggota polis itu. Perbicaraan itu akan diteruskan hari ini dengan pemeriksaan balas ke atas Jenain. | ||
| Asri: Umno nampak hipokrit kecam konsep negara kebajikan PAS Posted: 09 Jun 2011 08:53 PM PDT TERKINI KUALA LUMPUR— Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Umno memperlihatkan sikap hipokrasi mereka dengan menentang pendirian terbaru PAS, yang minggu lalu mengetengahkan konsep negara berkebajikan.
"Saya tidak tahu apa pendirian Umno sebenarnya. Dulu Umno yang mengecam PAS kata dikuasai oleh golongan ulama, sekarang golongan profesional ada, mereka masih hentam. "Saya lihat Umno macam hipokrit... dulu dia (Umno) yang mengatakan bahawa PAS ini (parti) jumud, jadi saya lihat ini sikap yang tidak betul," kata beliau kepada The Malaysian Insider. "Kita tidak sepatutnya hentam mereka, sebaliknya perlu terbuka dan mengalu-alukan perubahan pendirian PAS ini... dulu bukan Islam takut dengan konsep negara Islam, sekarang PAS lebih terbuka, lebih ke depan daripada Umno... patut Umno alu-alukan dan bukannya mengkritik PAS," kata beliau. Tenaga akademik ini mengulas perkembangan kritikan ke atas PAS sejak pada Jumaat lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Ke-57 menekankan konsep membangun negara berkebajikan. Dalam komen balasnya semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata konsep negara berkebajikan dibawa Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah selari dengan kehendak Islam. Katanya, konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam. Justeru kata Menteri Besar Kelantan itu, kedua-dua perkara tersebut membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial. Kata Nik Aziz, berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat. Ini pandangan kedua Asri mengenai pendirian PAS yang menyentuh konsep negara berkebajikan. Sabtu lalu, beliau menyifatkan PAS sudah mula memperlihatkan "kemajuan memberangsangkan" memandangkan ia sanggup mengakui bahawa dalam al-Quran tidak disebut negara Islam, cuma ditekankan ialah negara berkebajikan. Muktamar PAS yang berakhir Ahad lalu dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu. Kata Asri, sekian lama istilah negara Islam memisahkan PAS atau menyukarkan parti itu bergerak lebih ke hadapan, namun hari ini dengan kenyataan Hadi akan memberi nafas baru yang lebih luas dan fleksibel kepada PAS. Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 Jumaat lalu, Hadi berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk 'negara Islam', isu yang disifatkan sebagai duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini. Hadi dipetik berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam' itu semata-mata. "Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan. "Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama," katanya. Dalam ulasan terbaru ini, Asri berkata, pendirian Umno seolah-olah menunjukkan bahawa "keadaan sudah terbalik" memandangkan parti itu ditolak ke belakang manakala PAS pula kelihatan dan menunjukkan sikap keterbukaan. "PAS kini nampak lebih terbuka macam Umno dalam tahun 1980-an, patut Umno lebih mengalu-alukan perubahan sikap PAS... dulu mereka yang hentam ulama PAS, kononnya PAS ini fanatik... sekarang sudah terbalik keadaan," kata Asri lagi. "Sekarang PAS sudah berubah, Umno pula menentang. Saya pun tidak tahu apa yang Umno buat, saya rasa Umno sudah silap perhitungan," katanya lagi. | ||
| TIDAK BOLEH PUJUK PAS, PUJUK USTAZ NASHA KELUAR PAS PULA Posted: 09 Jun 2011 04:42 PM PDT ![]() Oleh: WFAUZDIN NS UTUSAN Malaysia di dalam keadaan menuju ke saat kehancurannya. masih tidak serik untuk memperbodohkan rakyat demi untuk mempertahankan kuasa `bos' mereka di Putrajaya. Akhbar yang banyak mempromosikan cerita lucah sejak kebelakangan ini akan terus melakukan apa yang telah dilakukannya selagi Pakatan Rakyat tidak dapat dimusnahkan. Sewaktu pemilihan kepimpinan di dalam PKR sebelum ini, akhbar ini juga melaga-lagakan tokoh-tokoh tertentu dan Zaid Ibrahim menjadi `idola' utusan. Kerana apa? Sebabnya Zaid ditentang oleh Azmin Ali, seorang tokoh yang amat digeruni oleh Umno kerana kelantangannya. Maka, akhbar pencacai ini memuji melangit Zaid Ibrahim tidak seperti masa Zaid bertanding di Hulu Selangor dahulu di mana akhbar ini memainkan isu `Zaid kaki judi dan pemabuk'. Bagaimanapun, akhbar ini gagal mempengaruhi ahli-ahli PKR kerana ahli-ahli PKR bukannya sebodoh ahli-ahli parti sekutu Apco itu. Azmin Ali menang dan Zaid Ibrahim berundur sebelum berjuang seperti Almarhum Ghafar Baba dahulu. Begitu kecewanya mereka kerana Azmin diberi kepercayaan oleh majoriti ahli-ahli PKR untuk menjadi Timbalan Presiden PKR. Bila tiba masanya PAS mengadakan Muktamar dan pemilihan kepimpinannya, akhbar yang sama juga mula membuat sibuk. Menjadi teramat `alim' seketika Utusan apabila mencanangkan betapa golongan Ulamak mesti menerajui PAS dan `musuh' mereka adalah Mat Sabu. Mengapa Mat Sabu? Sama juga seperti mereka takut kepada Azmin di dalam PKR, Mat Sabu adalah tokoh yang lantang menyerang Umno. Ini lah caranya akhbar ini mendidik masyarakat dan ini lah stail akhbar ini memupuk perpaduan yang kununnya inginkan Umno dan PAS bersatu. Sekali lagi akhbar ini dukacita kerana tidak boleh memperdaya perwakilan PAS yang memilih pemimpin mereka. Mat Sabu akhirnya terpilih juga. Perwakilan PAS bukan menolak golongan Ulamak kerana mereka faham PAS sentiasa dikawal gerak gerinya oleh Majlis Syura Ulamak dan Dewan Ulamak mereka yang mempunyai kuasa eksekutif di dalam PAS. Hanya Utusan dan Umno sahaja yang jahil tentang organisasi PAS dan dasar parti tersebut. Mereka masih tidak berpuas hati, usaha dijalankan terus untuk menjaga `bos' mereka di Putrajaya dengan cara menghancurkan PAS. Kali ini akhbar tersebut `merayu dan memujuk' agar calon yang tewas iaitu bekas penyandang jawatan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin untuk keluar dari PAS dan menyertai parti sekular berkenaan. Menulis di ruangan 'Cuit' di akhbar itu hari ini, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan berkata PAS kini mula hilang arah dan beliau berdoa Nasharudin yang seorang ulama akan berbuat demikian. "Saya berdoa Ustaz Nasharudin Mat Isa, seorang ulama dan bekas orang nombor 2 PAS yang disungkurkan mengikut jejak beberapa pemimpin PAS sebelum ini berjuang dalam Umno." Jelas dan nyata Umno amat tertekan dan terdesak dengan perkembangan yang berlaku di dalam PAS. Harapan mereka untuk `memperdaya' PAS untuk kali kedua nampaknya semakin mustahil berlaku. PAS tetap menolak kerjasama politik dengan Umno kerana Umno bukan jenis rakan yang boleh dibuat kawan. Di dalam keadaan mereka kununnya ingin bersatu, mereka tidak henti-henti siang dan malam menyerang PAS dengan menggunakan media berlidah syaitan. / wfauzdin.blogspot.com | ||
| Majlis Syura berhak batal keputusan Posted: 09 Jun 2011 04:35 PM PDT Oleh ibnuhusin ![]() KANGAR - Pas tidak bimbang dengan kebanjiran pemimpin profesional memegang tampuk kepimpinan pusat kerana Majlis Syura berhak membatalkan sebarang keputusan sekiranya didapati bertentangan dengan syariah Islam. Bekas Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, soal sama ada kepimpinan Pas diterajui golongan ulama atau profesional bukan isu penting kerana kedua-dua golongan dihubungkan Allah dalam parti melalui tali Allah (Hablullah) walaupun berlainan bidang kemahiran. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tegas Lim (gambar), pengurusan kewangan yang baik itu juga berjaya menyelamatkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) daripada muflis.
"Polis seharusnya boleh mengesan dalang (melakukan perkara ini). Tetapi sehingga kini tiada hasil siasatan terhadap laporan polis mengenai pengedaran VCD lucah ini," kata Zuraida (gambar) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.





Mohamad Sabu berkata beliau sudah lali dengan budaya fitnah yang diamalkan pemimpin-pemimpin Umno demi kelangsungan jangkahayat politik mereka.
Dalam satu mesyuarat bersama staf
Chang Teck Peng (gambar kiri, kiri) pula dilantik sebagai Ketua Pengarang
Chan Wei See (gambar kanan), wartawan yang menyertai
Penaja
Beliau berkata jika anak luar bandar diberi bantuan dan peluang, mereka juga boleh berjaya.
"Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menetapkan bahawa pemegang lesen di bawah AKM 1998 perlu mematuhi sebarang permintaan bertulis dari SKMM untuk membantu SKMM atau pihak berkuasa lain setakat yang semunasabahnya perlu dalam mencegah perlakuan atau cubaan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia. 
Malaysiakini mendapati terdapat tiga peraturan pendaftaran yang berbeza di Sabah, Sarawak dan semenanjung meskipun semuanya terletak di bidang kuasa Jabatan Pendaftran Negara.
Menurut seorang pegawai JPN Sabah, ibu bapa boleh memilih mendaftarkan anak mereka sebagai 'bangsa campuran' atau juga mengikut salah seorang ibu bapanya.
Selepas pendaftaran dijalankan secara berkomputer, mereka hanya boleh memilih 'sino-pribumi'.
"Wajib ikut bangsa bapa," kata seorang pegawai JPN cawangan Sarawak kepada Malaysiakini semalam.
AMPANG: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, kaum Tionghua memainkan peranan yang besar dalam politik negara sebenarnya.
KUALA LUMPUR: Para pemimpin PAS sememangnya wajar menjadi 'gila kuasa' untuk ke Putrajaya, bagi membolehkan PAS dan Pakatan Rakyat merampas kuasa pemerintahan daripada puak yang gila kuasa sekarang.
Kata Nik Aziz (gambar), berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat.
Bulan lalu, pihak pendakwa mengambil langkah untuk mengemukakan laporan polis Jenain (gambar) sebagai bahan bukti, yang dibuat selepas remaja itu ditembak mati, untuk menunjukkan percanggahan keterangan dan mendakwanya.
Sehubungan itu kata Asri (gambar), Umno sebagai parti teras Barisan Nasional (BN) dan mewakili suara orang Melayu, seharusnya mengalu-alukan perubahan pendirian PAS yang sebelum ini dilabel sebagai konservatif dan fanatik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan