DIALOG RAKYAT |
- Umno tangguh pemilihan kerana takut pilihan raya- Aziz Bari
- Dasar negara gagal, kerajaan pinggir kebajikan rakyat – Dr Abu Hassan
- Rosmah perlu masuk ‘Kelab Isteri Taat, kata Zuraida
- BN cemas: Realiti PAS ganti Umno di ambang mata
- Liwat II: Anwar gagal kali ketiga lucutkan hakim
- 1MDB tawar biasiswa untuk 500 pelajar
- Menteri agama setuju tegahan bina tugu 1M'sia
- Negara Berkebajikan bukan agenda baru PAS
- 3 bantahan asas Perbadanan Kampung Baru
- Subsidi: Najib mesti jawab pendedahan Ani Arope
- Scorpene: Mahkamah Perancis temui bukti rasuah
- Najib bakal berbesan dengan pembesar Kazakhstan?
- SU Majlis Syura: Pengaruh ulama dalam PAS tidak terhakis
- Kemenangan Erdogan ‘untungkan’ Hadi, bukan Anwar
- Wikileaks: Penasihat ekonomi Najib khuatir MBE ‘hanya bahan tunjuk’
- Komen Yang Dangkal Dari Muhyiddin
- Habuan atau harga diri pemain?
- Kepimpinan PAS: Umno BN gigit jari
- Ajak orang muda sertai DAP: Wong Ho Leng
- Bersediakah Najib jika rakyat bangun menuntut hak?
- Hanya UMNO dan kroni yang dapat…
- Fitnah 2: Permohonan singkir hakim ditolak, sebutan 13 Julai
- Diesel super subsidi dimansuh, harga barang dijangka melambung
- Kes Anwar : Hakim Enggan Undur
- Mat Sabu : Umno Goyah Menghadapi PAS
Umno tangguh pemilihan kerana takut pilihan raya- Aziz Bari Posted: 06 Jun 2011 03:29 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, berbeza dengan Umno, komponen Pakatan Rakyat berani mengadakan pemilihan masing-masing meskipun waktu pilihan raya umum semakin hampir. Ia katanya, berbeza dengan parti komponen dalam Barisan Nasional seperti Umno dan MCA yang terpaksa menangguhkan pemilihan parti kerana bimbang berlaku perpecahan ketika Pilihan Raya Umum ke 13. "Umno dan MCA tak berani, mereka tangguhkan pemilihan. Berbanding Pakatan Rakyat, mereka berani buat pemilihan meskipun tahu pilihan raya umum telah hampir. "Ini menggambarkan komitmen Pakatan Rakyat untuk mengadakan pemilihan meskipun pilihan raya lebih awal, berbanding tradisi BN," ujarnya. Justeru, katanya seperti mana pemilihan KEADILAN pada 2010, muktamar pemilihan Pas yang berlangsung baru-baru adalah petanda keberanian Pakatan Rakyat melaksana prinsip pemilihan berdasarkan amalan demokrasi. Beliau juga menyatakan kehairanan kerana pemilihan Pas yang dijalankan dengan semangat setiakawan dan tertib itu, tidak pernah mendapat liputan yang begitu meluas oleh media milik Umno-BN sebelum ini. "Saya hairan, sejak bila media yang dikuasai mereka seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star memberi liputan terhadap muktamar?" soalnya. Dalam pada itu, beliau turut diminta mengulas kritikan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengecam ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika muktamar berlangsung. Dalam masa yang sama pula, Muhyiddin dilapor berkata Umno sentiasa membuka pintu perbincangan terhadap parti itu bagi menjalinkan hubungan kerjasama. Menurut Aziz, kenyataan Muhyiddin sebenarnya menggambarkan keresahan pemimpin Umno-BN dengan barisan kabinet baru Pas yang dianggap sebagai ancaman kepada hegemoni mereka. Tambahnya, rakyat tidak mungkin melupakan tohmahan yang dilemparkan Umno kepada Pas, termasuk melabel parti itu sebagai 'Parti Ajaran Sesat', bahkan sehingga ke peringkat menyamakannya dengan komunis. "Apa yang dilakukan oleh Umno terhadap Pas sebenarnya lebih teruk. Siapa tidak lupa dengan peristiwa pembunuhan Samad Gul di Kelantan dan serangan di Lubuk Merbau? "Apakah Umno lupa tentang peristiwa di Memali? Bagaimana dengan ratusan pemimpin dan aktivis Pas yang dipenjara dan ditahan di bawah ISA?' soal beliau. | ||
Dasar negara gagal, kerajaan pinggir kebajikan rakyat – Dr Abu Hassan Posted: 06 Jun 2011 03:28 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Pensyarah Kanan Jabatan pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, banyak dasar negara di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, gagal mencapai matlamat. Dalam masa yang sama, katanya, kebajikan rakyat terus dipinggirkan seperti langkah penarikan balik subsidi, sekaligus bertentangan dengan hasrat negara mencapai status negara maju. "Kita boleh lihat banyak dasar yang gagal, contohnya dasar perumahan negara. Rumah dibina, tetapi boleh 'membunuh' kita. Sistem pengangkutan awam teruk. Kadar jenayah meningkat. "Walhal dengan takrif menuju negara maju, sepatutnya Malaysia telah lama menyelesaikan masalah ini. Takrif negara maju ialah kebajikan yang tak harus menjadi beban. Subsidi adalah kebajikan. Negara maju adalah negara mengutamakan kebajikan rakyatnya," tegas Abu Hassan. Menurut nya lagi, pada masa depan, keputusan politik yang ditentukan pengundi tidak lagi bersandar kepada isu peribadi, tetapi melibatkan soal ekonomi dan kebajikan rakyat. "Pengundi melihat ke arah mana ekonomi negara ini dipacu. Penarikan subsidi dibebankan lagi dengan kenaikan harga barangan keperluan. Dalam masa sama upah kerja tidak meningkat. Ini yang mencengkam kehidupan rakyat," katanya ketika dihubungi Keadilandaily.com. Beliau memberikan contoh polisi ekonomi dan politik di negara Eropah yang lebih mengutamakan kebajikan rakyatnya, berbeza dengan Malaysia yang mempunyai sumber kekayaan yang banyak. "Jika dibandingkan dengan sumber hasil bumi, Malaysia sebenarnya jauh lebih kaya dan berpotensi melebihi negara-negara berkenaan. Justeru mana silapnya? "Berbanding negara-negara di Eropah yang serius menjaga kebajikan rakyatnya, ia dibuktikan dengan dasar pendidikan percuma dan yuran murah melanjutkan pengajian di Universiti," katanya yang juga pengasas Zentrum Future Studies, sebuah pusat kajian masa depan mengenai politik dan ekonomi. Dalam pada itu, beliau memberikan contoh laporan akhbar minggu lalu mengenai kejadian kemalangan melibatkan sebuah lori roti di Terengganu, di mana Penduduk kampung berhampiran lokasi kemalangan berebut-rebut untuk mengambil muatan yang ditinggalkan. "Perkara ini menunjukkan beban kehidupan meningkat sehingga rakyat terpaksa mengambil apa jua kesempatan untuk meringankan beban, sekali pun dilihat tidak berakhlak," katanya. Justeru, beliau menyeru pengundi terutamanya golongan muda supaya mengubah situasi politik hari ini, ke arah politik baru demi kesejahteraan rakyat. "Politik baru ialah politik harapan masa depan yang menjamin kebebasan dan kesejahteraan. Politik baru ialah politik tanpa monopoli. Pengundi harus membuat penilaian ini," tegasnya. | ||
Rosmah perlu masuk ‘Kelab Isteri Taat, kata Zuraida Posted: 06 Jun 2011 03:19 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Secara berseloroh, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menyarankan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur yang menggelar dirinya Wanita Pertama, supaya menyertai 'Kelab Isteri Taat'. "Saya sarankan Rosmah untuk sertai kelab tersebut yang menganjurkan isteri supaya taat kepada suami," kata beliau ketika ditanya mengenai penubuhan kelab berkenaan, yang dianjur bekas ahli pertubuhan Al Alqam, Global Ikhwan. Zuraida bagaimana pun tidak bersetuju dengan idea kelab tersebut, yang disifatkan meletakkan beban dan tanggungjawab rumah tangga kepada isteri semata-mata. "Pelaksanaan itu salah kerana dalam perkahwinan perjanjian kepada dua pihak bukan dibahu isteri sahaja," kata Zuraida ketika dihubungi Keadilandaily.com. Namun, secara sinis kata Zuraida, kelab tersebut kemungkinan sesuai untuk disertai Rosmah yang dilihat terlalu 'mengawal' suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Rosmah, yang turut mempunyai pejabat dan divisyen 'First Lady Of Malaysia' di Putrajaya sebelum ini ghairah mempromosi dirinya sebagai isteri perdana menteri. Malah, gelaran sebagai 'Wanita pertama Malaysia' mengundang kecaman banyak pihak kerana dianggap merampas gelaran sepatutnya digunakan Permaisuri Agung. Di saat rakyat menanggung beban ekonomi, Najib pula memperuntukkan RM111 juta dan RM100 juta bagi tahun 2010 dan 2011 untuk program Permata yang dinaungi Rosmah. Dalam masa yang sama pula, kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen awal Mei lalu atas alasan menjimatkan RM116 juta subsidi yang diberikan kepada rakyat. Rosmah sebelum ini juga dikritik hebat kerana boros membelanjakan wang negara dan mencampuri urusan kerajaan dengan mengambil alih tugas menteri, terutama dalam hubungan diplomatik. Sebelum ini, Rosmah membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 untuk mengadakan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu, selain Najib sendiri membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negera seluruh dunia. Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh, Rosmah dicatat membelanjakan sebanyak RM134,317.76. Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk semalaman. Meskipun Rosmah pernah menepis dakwaan itu ketika berkempen dalam pilihan raya kecil di Kerdau tidak lama dahulu, namun ramai meraguinya. "Bila masa saya cakap (pada Najib) buat macam itu, buat macam ini. Mahu Datuk Najib nak ikut cakap saya. Saya ini, (contohnya) kalau dia kata duduk, saya duduklah," katanya kepada wartawan. | ||
BN cemas: Realiti PAS ganti Umno di ambang mata Posted: 06 Jun 2011 03:04 AM PDT Wira Arjuna Apakah bahayanya jika golongan profesional menguasai PAS? Mengapa Utusan Malaysia dan akhbar arus perdana begitu takut dengan keputusan pemilihan perwakilan muktamar PAS ke-57? Apakah perubahan besar yang mereka jangka akan berlaku berikutan keputusan ini? Benarkah dalam muktamar PAS kali ini golongan ulama tewas? Tepatkah bacaan dan tafsiran yang dibuat oleh media arus perdana yang memang selama ini tidak pernah bersimpati kepada PAS dan kerabat Pakatan Rakyat itu? Yang jelas, tafsiran dan analisis media arus perdana yang diketuai oleh Utusan Malaysia ini memang salah! Mungkin kesalahan ini berlaku kerana kejahilan atau niat sengaja untuk mencari-cari kelemahan dalam PAS dan Pakatan Rakyat. Hakikatnya ialah, PAS memang sebuah parti yang bergerak berteraskan ajaran Islam. Maka setiap ahlinya secara langsung atau tidak harus melalui proses tarbiyah untuk bukan sahaja mengenali erti halal haram tetapi bagaimana menentukan keadilan kepada semua dalam tata-kelola negara dan masyarakat. Sebab itu, apabila Utusan dan Berita Harian membuat laporan kekalahan ulama dalam muktamar kali ini, ia menggambarkan kebebalan mereka memahami sejarah, ideologi perjuangan dan juga konsep politik yang diperjuangkan parti itu. Menurut Datuk Husam Musa, seorang yang digelar profesional dan dikatakan condong kepada pemikiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap pemimpin profesional yang dipilih menerajui PAS kali ini adalah anak didik ulama PAS sendiri. Ulama kalah? Oleh itu, tidak timbul soal ulama kalah dalam pemilihan kali ini. Sebaliknya, ulama yang menang. Pentarbiyahan ulama PAS sudah menampakkan hasilnya. Anak-anak muda yang dilatih dengan sejarah perjuangan PAS dan memiliki ijazah profesional kini menggalas tanggungjawab menjadikan PAS parti lebih dinamis dalam iklim politik Malaysia. Janda politik Baiknya sudut pandangan ini ialah, Utusan dan pemimpin Umno berkenaan mengaku bahawa golongan sekular memang boleh ditundukkan seperti yang berlaku di Turki dan dalam iklim politik Malaysia yang sekular ialah Umno. Ada juga yang tiba-tiba menafsirkan pemilihan itu sebagai kejayaan DAP menyempurnakan penguasaannya terhadap parti berteraskan perjuangan Islam dan Melayu itu. Seorang yang mempunyai pemikiran liar begitu ialah, janda politik, yang menjadi wakil rakyat tetapi tidak mempunyai parti selepas diceraikan oleh PKR. PAS dengan DAP kini merintis jalan mencari lebih banyak titik persamaan – menumbangkan Umno-BN – dan tidak timbul soal siapa menguasai siapa. Namun tidak sukar difahami pemikiran Zulkifli yang sempit kerana telah terlalu lama hidup bersendirian sebagai seorang "janda politik". Diterima di akhirat Pengkagum Umno, Syed Azidi Abdul Aziz yang menggunakan nama samaran Kickdefella dalam blognya, menyatakan bahawa bagi rakyat Malaysia beragama Islam, pertembungan PAS dan Umno pada masa hadapan bukan lagi untuk memilih syurga dan neraka di akhirat, tetapi syurga dan neraka di dunia mereka. Penghinaan dayafikir Melayu-Islam Sebenarnya, apa yang ditakuti ialah golongan profesional Islam ini akan berhasil meneraju PAS diterima setiap lapisan rakyat Malaysia dan menggantikan Umno! | ||
Liwat II: Anwar gagal kali ketiga lucutkan hakim Posted: 06 Jun 2011 03:01 AM PDT Hafiz Yatim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melucutkan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd daripada membicarakan kes pertuduhan liwat terhadapnya. "Mahkamah dapati tiada merit dalam permohonan ini. Dan mahkamah ini menolak permohonan yang dibuat," kata Zabidin. Selepas selama tiga minggu ditangguhkan, perbicaraan kes berprofil tinggi itu bermula hari ini dengan pihak pembelaan membuat permohonan melucutkan Zabidin daripada membicarakan kes berkenaan dan memulakan semula perbicaraan. Sebelum ini, hari ini ditetapkan bagi Anwar membela diri selepas Zabidin pada 16 Mei lalu memerintahkannya kerana terdapat prima facie dalam kes tersebut. Ia berikutan mahkamah memutuskan bahawa pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai saksi yang boleh dipercayai dan kenyataannya diterima sebagai kebenaran kerana berkenaan seorang yang "berwibawa.". Selain itu, Zabidin juga berkata kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan. Percubaan melucutkan Zabidin daripada mendengar perbicaraan itu, adalah buat kali ketiga. Permohonan pertama dibuat pada Februari tahun lalu apabila Zabidin tidak memberikan amaran kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia atas dakwaan menghina mahkamah. Satu lagi difailkan pada November lalu berikutan amaran hakim itu yang cuba mengugut peguam utama Karpal Singh dengan tindakan menghina mahkamah. Kedua-dua permohonan itu ditolak. Anwar didakwa meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008. Ini perbicaraan kedua kes liwatnya sejak 1998. Pada kes pertama itu beliau dibebas dan dilepaskan selepas rayuan. | ||
1MDB tawar biasiswa untuk 500 pelajar Posted: 06 Jun 2011 02:57 AM PDT Joseph Sipalan Pelajar pintar SPM yang tidak layar mendapatkan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPM) pada tahun ini boleh mendapatkan 500 biasiswa yang ditawarkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Datuk Seri Nazri Aziz (kiri) berkata, 1MDB akan menaja pelajar yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 8A+ yang ibu bapanya berpendapatan RM5,000 sebulan atau kurang. Bagaimanapun, katanya mereka akan meneliti dahulu pelajar pintar yang tidak layak memohon biasiswa JPA atas pelbagai alasan, seterusnya memberi mereka keutamaan untuk biasiswa 1MDB. "Mereka adalah kumpulan yang tidak mendapat tempat kerana tidak melepasi syarat JPA. Terdapat kes di mana pelajar mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, tetapi tidak cukup A dalam beberapa matapelajaran, (akhirnya) mereka tidak mendapat sebarang tawaran. "Pelajar seperti ini akan diberikan keutamaan untuk mendapat tajaan 1MDB," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat 1MDB bersama pemimpin BN. | ||
Menteri agama setuju tegahan bina tugu 1M'sia Posted: 06 Jun 2011 02:52 AM PDT MALAYSIA KINI Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan bersetuju dengan pandangan jawatankuasa fatwa Perlis yang menegah pembinaan tugu 1Malaysia. "Kita setuju apa pandangan yang diberikan oleh mufti (Perlis) supaya ada unsur-unsur pemujaan, supaya tidak kita wujudkan. Diminta menghuraikan pendiriannya secara lebih lanjut, Jamil Khir berkata: "Kita tidak buat tugulah, kalau kita ikut pandangan mufti". Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas melawat Surau An-Najah di Taman Batu Muda, Gombak di ibu negara. Jawatankuasa itu sebelum ini berpendapat tindakan kerajaan membina tugu 1Malaysia adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-ansab (berhala). Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah. Tegahan juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul. | ||
Negara Berkebajikan bukan agenda baru PAS Posted: 06 Jun 2011 02:49 AM PDT
| ||
3 bantahan asas Perbadanan Kampung Baru Posted: 06 Jun 2011 02:47 AM PDT
| ||
Subsidi: Najib mesti jawab pendedahan Ani Arope Posted: 06 Jun 2011 02:43 AM PDT
| ||
Scorpene: Mahkamah Perancis temui bukti rasuah Posted: 06 Jun 2011 02:42 AM PDT
| ||
Najib bakal berbesan dengan pembesar Kazakhstan? Posted: 06 Jun 2011 02:38 AM PDT
| ||
SU Majlis Syura: Pengaruh ulama dalam PAS tidak terhakis Posted: 06 Jun 2011 02:35 AM PDT KUALA LUMPUR — Dewan Ulama tidak sama sekali kecewa dengan keputusan pemilihan pusat PAS, yang disifatkan sebagai penguasaan besar oleh pemimpin kumpulan profesional, kata Ketua Penerangannya PAS Nik Zawawi Nik Salleh. "Tidak, tidak kecewa. Saya (juga) sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama melihat ulama ada peranan (dalam membuat keputusan akhir), ahli jawatankuasa kerja pusat, dia (mereka) ada peranan kepada parti," kata Nik Zawawi ketika ditemui The Malaysian Insider. "Pemilihan ini tidak (sama sekali) menggambarkan yang kepimpinan ulama diketepikan," katanya lagi. Sehubungan itu kata beliau, Dewan Ulama tidak menganggap bahawa peranan kumpulan ulama sudah terhakis ataupun disingkirkan. "Itu tidak benar. Sebab, ahli-ahli jawatankuasa kerja pusat dipilih melalui suara ramai... ulama ada kelebihan sebab Dewan Ulama seratus peratus pemimpin (berlatarbelakangkan) agama dan begitu juga Majlis Syura Ulama, yang dilihat menentukan perjalanan parti, semuanya ulama," kata beliau yang turut dicalonkan bertanding jawatan naib presiden tetapi tidak menerima pencalonan. Pemilihan pusat melibatkan persaingan jawatan presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 18 ahli jawatankuasa kerja pusat. Presiden boleh melantik enam lagi ahli jawatankuasa kerja pusat. Daripada yang dipilih timbalan presiden, tiga naib presiden dan 12 ahli jawatankuasa kerja pusat dianggap sebagai pemimpin kumpulan profesional. Dewan Ulama menyaksikan juga pemilihan bagi ketua, timbalan dan naib ketua serta 12 ahli jawatankuasanya. Sementara sayap Dewan Pemuda PAS menyaksikan penguasaan kumpulan ulama di peringkat jawatan teratas, Dewan Muslimat pula dilihat dipimpin golongan profesional. Kata Nik Zawawi, bilangan enam orang dalam ahli jawatankuasa kerja pusat, dari latar belakang ulama, sebenarnya sudah cukup. Jelas beliau, barisan ahli jawatankuasa kerja pusat baru ini, yang akan membantu parti menghadapi pilihan raya umum ke-13, adalah "pasukan terbaik." "Kita rasa ini ahli jawatankuasa yang terbaik setakat ini, kerana sesuai dengan keadaan dan dalam kerjasama kita dengan Pakatan Rakyat," katanya. "Ya, memang... boleh membantu Pakatan Rakyat," katanya. | ||
Kemenangan Erdogan ‘untungkan’ Hadi, bukan Anwar Posted: 06 Jun 2011 02:32 AM PDT Pemimpin-pemimpin Erdogan - rujukan kepada Perdana Menteri Turki Recep Erdogan yang rapat dengan Anwar - menguasai kerusi timbalan presiden dan naib presiden serta 12 daripada 18 kerusi ahli jawatankuasa kerja yang dipilih. Dalam ucapan penggulungannya semalam, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, barisan kepimpinan pusat PAS sesi 2011-2013 bukan kumpulan Erdogan sebagaimana dilabel musuh-musuh politiknya ketika setiap kali diadakan pemilihan. Sebaliknya Presiden PAS itu berkata, "ini adalah pasukan (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) dan Abdul Hadi Awang." "PAS adalah parti Islam, parti AKP bukan parti Islam. Ini Malaysia, bukan Turki," kata Presiden PAS itu yang dilihat merujuk kepada label-label bahawa PAS kini dikuasai oleh kumpulan profesional atau Erdogan ekoran keputusan pemilihan pusat parti yang berlangsung Jumaat lalu. Penganalisis-penganalisis dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menjangkakan peranan PAS yang lebih "bersifat dominan" dalam perikatan tiga komponen Pakatan Rakyat. PAS, rakan junior di Parlimen, kini disebut-sebut membuat persiapan untuk mengambil alih kedudukan PKR dalam menerajui ke arah Putrajaya. "Ia adalah kepimpinan yang sudah bersedia untuk peranan lebih dominan dalam Pakatan. "Sebuah PAS yang kuat dalam Pakatan adalah baik bagi Hadi, bukannya Anwar," kata ahli jawatankuasa kerja pusat Dr Dzulkefly Ahmad, antara pemimpin dilabel Erdogan, kepada The Malaysian Insider. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pemimpin berpengaruh, menyokong kepimpinan Anwar dalam Pakatan Rakyat. Nik Aziz sendiri menyifatkan Mohamad Sabu, timbalan presiden yang baru sebagai enjin, manakala Hadi pula sebagai pemandu dan "kami semua penumpang" dalam usaha menuju ke Putrajaya. Pakar strategi DAP Liew Chin Tong berkata, ucapan dasar Hadi yang menekankan pendekatan negara berkebajikan akan diterima baik oleh khalayak Melayu berbanding agenda negara Islam. "Sejak 12 tahun lalu, PAS bekerja keras untuk memperdanakan kedudukannya," kata Ahli Parlimen Bukit Bendera ini kepada The Malaysian Insider yang mengibaratkan tindakan PAS ke tengah sebagai pendekatan Parti Buruh Britain yang memperkenalkan pergerakan "Buruh Baru" pada 1997. Penganalisis politik Khoo Kay Peng juga bersetuju bahawa PAS kini lebih kredibel di kalangan orang Melayu berbanding PKR. "PKR perlu melakukan sesuatu. Bukan Melayu kini melihat ke arah DAP dan orang Melayu kepada PAS," katanya. Dzulkefly, yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor mengakui bahawa akan ada sahaja masalah "apabila kami berusaha melebarkan" kedudukan. "Tetapi ini adalah masa bagi kami untuk bertindak sebagai parti nasional perdana," katanya lagi. | ||
Wikileaks: Penasihat ekonomi Najib khuatir MBE ‘hanya bahan tunjuk’ Posted: 06 Jun 2011 02:27 AM PDT KUALA LUMPUR – Penasihat-penasihat ekonomi Datuk Seri Najib Razak telah melahirkan rasa khuatir mengenai Model Baru Ekonomi (MBE), yang diilhamkan perdana menteri dua tahun lalu, sebagai hanya satu 'kempen' perhubungan awam jangka pendek tanpa impak yang berkekalan. Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang didedahkan Wikileaks berkata, Majlis Penasihat Ekonomi Kebangsaan (NEAC) kecewa dengan tahap respons yang dingin daripada kementerian-kementerian dan kurangnya komitmen politik di luar lingkungan pejabat perdana menteri. Keseluruhan kabel itu, antara lain memetik pemangku pengarah penyelidikan NEAC Tong Yee Siong dan Nicholas Zeffries dari Dewan Perniagaan Amerika diterbitkan dalam portal berita Malaysia Today hari ini. Menurut kabel itu, Tong memberitahu bahawa sebarang matlamat ditetapkan oleh NEAC memerlukan iltizam politik untuk menggerakkan perubahan-perubahan dasar yang diperlukan bagi menggalakkan pelaburan dan meningkatkan pertumbuhan. "Bagaimanapun, Tong mengulas bahawa anggota-anggota NEAC kecewa dengan situasi kurangnya komitmen politik peringkat tinggi di luar PM Najib dan juga respons dingin daripada menteri-menteri, yang menyekat kemajuan MBE," demikian menurut kabel. Kabel itu juga memetik Tong sebagai berkata, "sesetengah anggota NEAC khuatir MBE hanya akan bertindak sebagai kerja perhubungan awam, yang tidak akan ada impat dasar jangka panjang." "Zeffries juga memberitahu kami bahawa beliau tidak yakin yang PM Najib ada asas politik kukuh yang mencukupi untuk melaksanakan cadangan-cadangan NEAC," kata kabel itu lagi. Najib melancarkan MBE tahun lalu dalam dua bahagian tetapi menggugurkan beberapa komponen termasuk idea agar diadakan Suruhanjaya Peluang Saksama, yang membawa kritikan oleh salah seorang anggota NEAC, Allahyarham Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof. Zainal Aznam, yang meninggal dunia 30 April lalu mendakwa pentadbiran Najib berhadapan dengan tekanan Perkasa dan kurangnya iltizam politik untuk melaksanakan pembaharuan termasuk pembentukan suruhanjaya itu. Dalam rumusannya kabel itu menambah, ahli-ahli ekonomi utama Malaysia percaya Najib ikhlas dalam menangani masalah-masalah yang wujud. Bagaimanapun, katanya, persoalan ialah sama ada ada keupayaan untuk membawa perubahan-perubahan besar dalam dasar-dasar keutamaan Bumiputera, yang dilihat diskriminasi sehingga menjadi punca kepada hakisan pelaburan dan ketidakwujudan bisnes-bisnes baru. "... dan menyebabkan aliran keluar profesional muda Malaysia yang kecewa dengan batasan peluang di bawah sistem ini," katanya lagi. | ||
Komen Yang Dangkal Dari Muhyiddin Posted: 05 Jun 2011 11:34 PM PDT MSO Kalau Muhyiddin seorang pemimpin berkualiti dan rasional politik dia tidak akan menyerang Pas kerana tidak membincangkan isu video lucah. Tetapi mungkin kerana beliau terlalai atau pun menjadi tidak rasional bila Dewan Ulama Pas menolak isu video lucah, menyebabkan beliau berfikiran begitu. Gelap otak. Kalau Muhyiddin cerah otak beliau tidak tergamak untuk memberi pandangan seperti itu.Dua perkara yang beliau kena fikir sebelum bercakap, bukan bercakap dulu sebelum fikir. Pertama muktamar Pas adalah persidangan atau forum Pas membincang perihal partinya. Adapun isu video lucah bukan termasuk dalam agenda utamanya. Tidak ada keperluan dan kepentingan untuk Pas membincang hinmgga lebur mengenai isu berkenaan. Inilah bezanya Pas dengan Umno. Kenapa tidak ada keperluan kerana isu itu adalah isu politik yang direstui oleh Umno. Mahkamah atau pihak berkuasa polis belum menentukan siapa lelaki berkenaan. Pas tidak akan percaya kalau setakat Ibrahim Ali atau Zulkefli Nordin atau Datuk T yang mengesahkan itu Anwar kerana kredibiliti dan intergriti mereka juga tidak boleh dipercayai. Ibrahim Ali boleh menafikan dan menmgatakan itu 300 peratus bukan Anwar kalau takdir Anwar jadi perdana menteri kelak. Dan begitu juga dengan yang lain kerana mereka adalah species yang sama. Jadi apakah Pas mempercayai akan persaksian oleh manusia fasik? Lainlah kalau mahkamah atau polis atau badan yang berautoriti mengesahkan watak itu adalah Anwar mungkin Pas boleh membincang dan mengambil pendirian dalam hal video lucah berkenaan. Maka apabila Muhyiddin mengkritik Pas kerana tidak membincangkan isu video lucah maka samalah kepala dan gaya politik Muhyiddin dengan Ibrahim Ali, Zulkefli Nordin dan juga Rahim Tamby Chik dan gengnya. Keana Muhyiddin harus meletakkan maruah dirinya serendah itu, berpolot dengan sampah sarap. Apakah kerana Muhyiddin sudah merasakan Umno dalam keadaan disprate maka beliau terpaksa merendahkan maruah dirinya. Seorang pemimpin bakal menjadi perdana menteri seharusnya mempunyai pemikiran dan pandangan politik yang tinggi dan jauh ke depan. Misalnya Muhyiddin boleh mengulas isu-isu lain yang tidak disentuh oleh Pas, seperti usaha untuk mengukuhkan sokongan Melayu (nasionalis) dalam parti berkenaan. Apabila beliau bercakap dan mengajak Pas membincangan isu video lucah orang akan boleh menilai bahawa politik Muhyiddin juga politik lucah. Di sinilah ketinggi budi Pas sebagai parti yang berteraskan prinsip dan dasar Islam. Mereka tidak akan sama terheret dengan isu-isu maksiat dan fitnah kerana ia dilarang oleh Tuhan. | ||
Habuan atau harga diri pemain? Posted: 05 Jun 2011 11:26 PM PDT SINAR HARIAN ONLINE KEBELAKANGAN ini, isu rasuah semakin hangat, makin membarah dan didakwa menular semula dalam sukan bola sepak Malaysia. Mungkinkah gejala 1994 berulang dan adakah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) akan mengharamkan pasukan bola sepak di negara ini. Lihatlah apa terjadi pada 1994 dan 1995 apabila lebih 120 pemain, jurulatih dan pegawai disiasat polis kerana dakwaan mengatur keputusan perlawanan bola sepak menyebabkan hampir 60 pemain dan jurulatih dikenakan tindakan gantung setahun hingga empat tahun. Seramai 21 pemain dan jurulatih diberhentikan, manakala beberapa pemain dibuang daerah dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan bola sepak kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kesannya, Malaysia kehilangan ramai pemain handalan. Kelompok pemain yang didakwa pada tahun itu adalah antara yang terbaik pernah dilahirkan oleh negara. Ia juga punca sebahagian besar minat penyokong setia bola sepak hancur. Pada 2008, kerana rasuah lima pemain Sarawak dipanggil polis untuk memberi keterangan. Mereka berdepan hukuman gantung semua perlawanan tempatan dan antarabangsa. Baru-baru ini, sebuah pasukan di utara tanah air berdialog mencari punca kemerosotan pasukan kesayangan mereka. Cakap-cakap mulut pemain mengambil jalan pintas dengan menerima rasuah disebabkan gaji yang tidak cukup dan lambat dibayar majikan. 26 Mei lalu, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) membuat laporan polis mengenai dakwaan isu mengatur perlawanan dalam kalangan pengurusan serta pemain Piala Presiden. Peminat pastinya kecewa apabila semangat yang dibawa untuk menyaksikan perlawanan pasukan mereka sebenarnya didalangi 'raja tangkal pengeras' sehingga sorakkan menjadi sia-sia. Jika gejala ini berterusan, yakinlah bola sepak Malaysia tidak akan mampu menjejak kaki walaupun di hadapan pintu stadium Piala Dunia. | ||
Kepimpinan PAS: Umno BN gigit jari Posted: 05 Jun 2011 11:18 PM PDT PASPB PADANG SERAI: Keputusan pemilihan kepimpinan PAS yang telah berlalu baru-baru ini membuktikan bahawa parti tersebut berjaya menangani masalah yang cuba dicipta oleh Umno dan BN dalam isu ulama dan Erdogan yang cuba dikaitkan. Apa yang telah diputuskan oleh para perwakilan, dilihat menggambarkan aspirasi sebenar mereka yang inginkan pembaharuan dalam organisasi yang diharapkan oleh masyarakat Melayu dan Islam sebagai pengganti kepada Umno yang telah memerintah negara sekian lama. Naib Presiden PKR, N Surendran (gambar) berkata demikian ketika ditemui selepas majlis dialog dan ramah mesra dengan masyarakat di sini, semalam. Katanya lagi, usaha Umno dan BN melalui media arus perdana untuk melaga-lagakan kepimpinan PAS terutamanya bagi jawatan timbalan dan naib presiden tidak kesampaian, apabila calon-calon yang tewas tidak pun menunjukkan kekecewaan atas keputusan yang telah mereka terima. "Sebaliknya Umno dan BN sendiri menggigit jari apabila melihat agenda fitnah yang ingin mereka lemparkan bagi mengeruhkan suasana pemilihan tidak menjadi realiti. "Ini juga membuktikan kematangan yang ada dalam organisasi tersebut, berjaya menidakkan hasrat menggunung Umno dan BN yang ingin melihat berlakunya kecelaruan dalam pemilihan baru-baru ini," ujarnya lagi. Malah, katanya gandingan antara muka baru dan muka lama mampu untuk membantu mencapai kejayaan yang diinginkan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi. "Syabas juga diucapkan kepada mereka yang berjaya mempertahankan jawatan sebagai naib presiden dan barisan kepimpinan dalam jawatankuasa yang menggandingkan muka baru dan juga lama," tegasnya lagi. | ||
Ajak orang muda sertai DAP: Wong Ho Leng Posted: 05 Jun 2011 11:17 PM PDT ROKET KINI.COM SIBU: DAP Sarawak telah melancarkan kempen mengalakkan ahli-ahlinya supaya menarik golongan muda di negeri itu untuk menyertai parti tersebut. Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng berkata usaha itu penting kerana undi golongan muda dapat menentukan hala tuju dan masa depan pentadbiran negeri. Menurutnya, golongan muda yang berusia di antara 21 dan 50 tahun mewakili separuh jumlah pengundi berdaftar. "Jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pun melihat betapa pentingnya peranan golongan muda (dengan mengadakan program Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya), kita dalam DAP juga dapat melihat semua itu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat agung DAP cawangan Sibu di sini minggu lalu. Menurutnya, kemasukan golongan muda dalam DAP dapat memberi imbangan positif serta menggerakkan parti untuk terus maju. Wong yang juga Ahli Parlimen Sibu dan Ahi Dewan Undangan Negeri Bukit Assek berkata DAP mengalu-alukan penyertaan ahli-ahli baru, sama ada yang muda atau tua, bagi memastikan perubahan dapat dilaksanakan di Sarawak. "Kita sentiasa membuka pintu kepada mereka yang yakin dengan usaha kita untuk membawa perubahan di Sarawak," kata beliau yang turut dipilih semula sebagai pengerusi parti cawangan Sibu di mesyuarat agung itu. Sehubungan dengan itu, beliau berkata DAP akan berbincang dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat di negeri itu dalam soal dasar-dasar bersama serta pembahagian kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Bagi bahagian tengah Sarawak, Wong berkata DAP berhasrat untuk bertanding di empat kerusi Parlimen termasuk Sibu dan Lanang. Bagaimana pun, beliau menjelaskan perkara itu akan dihalusi dalam perbincangan yang bakal diadakan dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat. DAP Sibu turut meluluskan resolusi yang antara lain menuntut kerajaan negeri Sarawak supaya:
Wong turut mengingatkan ahli-ahli parti supaya tidak leka dengan kejayaan dalam pilihan raya negeri pada 16 April lalu. DAP memenangi 12 daripada 15 kerusi DUN yang ditandinginya dalam PRN Sarawak 2011., termasuk berjaya menumpaskan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr Geroge Chan. | ||
Bersediakah Najib jika rakyat bangun menuntut hak? Posted: 05 Jun 2011 11:12 PM PDT ROKET KINI.COM KUALA LUMPUR – Keputusan pemilihan PAS yang membawa kepada kesimbangan pimpinan parti itu adalah bukti angin perubahan terus bertiup kencang di Malaysia sejak tsunami politik 2008. Saf kepimpinan baru PAS yang diterajui oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjadi igauan kepada UMNO yang berharap PAS menjadi lebih lemah. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata keputusan pemilihan PAS itu telah membuatkan Datuk Mukhriz Mahathir, salah seorang pemimpin UMNO yang bercita-cita besar untuk mengambil alih pucuk pimpinan negara pasca Datuk Seri Najib Razak, telah menuduh beliau (Kit Siang) dan PKR sebagai dalang dalam proses pemilihan PAS. "Kepada Muhriz, saya katakan, tahniah atas komen anda yang liar, tidak berasas dan tidak rasional itu kerana ia adalah bukti jelas kepada semua rakyat Malaysia, khususnya golongan muda, bahawa tidak ada seorang pun dalam UMNO dan Barisan Nasional yang mampu memenuhi aspirasi perubahan untuk membina Malaysia yang bersatu, adil, demokratik, progresif, makmur dan berdaya saing," katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata Najib pula, sewaktu berucap di depan 8,000 orang muda di Putrajaya baru-baru ini – yang digembar-gemburkan sebagai perhimpunan sejuta belia – mengatakan bahawa "jika di Mesir, sejuta belia berkumpul di Dataran Tahrir untuk mengubah kepimpinan negara…di Malaysia, sejuta belia berkumpul untuk mempertahankan Putrajaya." Menurut Kit Siang, persoalan yang harus Najib dan Mukhriz serta para pemimpin UMNO dan BN jawab adalah sama ada mereka bersedia apabila "Dataran Tahrir tiba di Malaysia". Beliau mengingatkan pimpinan UMNO dan BN bahawa selepas regim korup Hosni Mubarak dijatuhkan oleh rakyat, kini beberapa bekas menteri Mesir telah dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman atas kesalahan-kesalahan rasuah dan penyelewengan. "Memang silap besar jika Perdana Menteri menyangka ada sejuta belia akan mempertahankan Putrajaya yang menjadi tampuk kuasa pusat pemerintahan regim yang tidak demokratik, kuku besi, korup dan busuk lagi buruk," tambahnya. Kit Siang yakin akan ada sejuta belia mempertahankan Putrajaya sebagai Dataran Tahrir – bukan untuk pertahankan Najib dan BN, tetapi demi kebebasan, demokrasi dan perubahan politik melalui cara-cara yang sah dan berperlembagaan. | ||
Hanya UMNO dan kroni yang dapat… Posted: 05 Jun 2011 11:06 PM PDT Oleh Abdul Manan Abd Razak Sudah sekian lama UMNO mewarwarkan perjuangan untuk bangsa Melayu dan Bumiputera sejak tahun 1946 agar mereka ditingkatkan taraf hidup setaraf dengan kaum lain sepertimana diperuntukkan oleh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Pelbagai insentif, dorongan, bantuan, keutamaan daripada segi moral, politik mahu pun kewangan telah diberikan oleh negara sejak 1957 yang ternyata akhirnya menemui kegagalan hingga kini. Apatah lagi keadaan Melayu dan Bumiputera semakin melarat dari hari ke hari disebabkan pemimpin UMNO sendiri begitu rakus membolot segala projek dan lain-lain insentif yang sepatutnya dihulurkan kepada kaum ini. Keadaan ini dirumitkan lagi dengan ketiadaan kemahiran, kepakaran dan pengalaman menguruskan sesuatu urusan baik secara teknikal mahu pun praktikal. Ini terserlah daripada segi ketidakmampuan bersaing dalam bidang perniagaan, mutu pekerjaan dan perkhidmatan serta kelemahan hasil produk yang dihasilkan. Kemunculan syarikat-syarikat korporat secara payung terjun dalam sektor pembuatan, peruncitan, perladangan, pembinaan dan lain-lain hanyalah bersifat sementara waktu sahaja kerana syarikat-syarikat ini terbukti akan gulung tikar akhirnya setelah beberapa tahun beroperasi. Oleh itu dasar keutamaan yang dipraktikkan perlu disemak semula atas tiga sebab:
Siapa yang tidak sayangkan bangsa sendiri, asalkan keutamaan yang diberi tidak mengguris perasaan kaum lain kerana kita semua adalah rakyat Malaysia dan kebanyakannya dilahirkan setelah negara mencapai kemerdekaan 1957. Islam melarang sama sekali kita berlaku tidak adil sesama umat Adam apatah lagi menindas kaum lain. Munculnya tokoh-tokoh korporat Melayu dalam bidang kapal selam, perkapalan, penerbangan, perhotelan, perbankan, pengangkutan dan lain-lain hanyalah bagaikan bermusim sahaja. Mereka ini semuanya anak manja UMNO yang berpaksikan politik untuk berjaya. Oleh itu dengan ketiadaan kemahiran, kepakaran dan pengalaman, mereka adalah penyebab utama pinjaman bank tidak berbayar di negara ini. Berlainan sekali dengan kejayaan yang ditempah oleh syarikat-syarikat lain yang memakan masa puluhan tahun untuk mencipta kejayaan. Manakala saham-saham Bumiputera yang diperuntukkan juga banyak telah bertukar tangan. Adakah skim ASN, ASB dan sebagainya telah mencapai matlamatnya? Ternyata tidak. Siapa sahaja ada duit dia boleh melabur dan menikmati pulangan yang baik di serata dunia. Pemberian lessen dan permit kepada Melayu ini seperti mana diperuntukkan oleh Perlembagaan untuk menjalankan pelbagai perniagaan hanyalah dikhaskan untuk kroni pemimpin UMNO dan apa saja tender yang bersaiz sederhana dan besar hanyalah untuk anak-beranak-menantu mereka. Begitu juga dengan masalah surat hak milik tanah berkeluasan kurang tiga ekar atau 1.2 hektar yang gagal diberikan kepada Melayu secara keseluruhan sedangkan syarikat-syarikat besar mudah memilikinya hingga ribuan hektar walau pun penerima yang dianugerahkan adalah bukan Bumiputera. Dengan itu di manakah keistimewaan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO dan ternyata UMNO hanya perjuangkan kepentingan pemimpinnya yang rakus dengan bermodalkan "hak istimewa" orang Melayu. Adalah lebih baik usaha meningkatkan taraf hidup kaum-kaum di negara ini disatukan supaya pembaziran sumber dapat dielakkan dan kemiskinan dihapus tanpa mengira kaum dan seterusnya semua kaum diutamakan secara keseluruhan. Langkah ini bakal menjadikan Malaysia yang maju, dinamik dan rakyat yang hebat dalam pelbagai bidang di samping mengelak korupsi, salah guna kuasa dan kronisme. Usah dilaungkan keistimewaan Melayu, Ketuanan Melayu, DEB, tanah rizab Melayu, kuota Bumiputera dan sebagainya jika UMNO sendiri yang makan hak Melayu. Kini Melayu dan Bumiputera hanya bagaikan melukut di tepi gantang. Pemimpin UMNO dan kroni serta ahli keluarga mereka sibuk mengumpul kekayaan dan disembunyikan di luar negara. Apakah mereka ini akan selamat? Ternyata tidak. Sejarah telah membuktikan peristiwa yang bakal muncul kemudian hari. Kehadiran jutaan rakyat asing dan pemberian kerakyatan segera telah menyisihkan lagi Melayu dan Bumiputera. Dulu Melayu dan Bumiputera boleh mencari rezeki hasil pembangunan ekonomi apabila terdapatnya industri dan projek besar dengan cara bekerja dan melibatkan diri dalam sektor ini. Namun sekarang mereka terpaksa bersaing dengan rakyat asing yang serba boleh. Oleh itu di manakah hala tuju Melayu? Itulah antara sebab budaya lepak, bohsia dan kegiatan negatif banyak membabitkan Melayu. Pemimpin UMNO hanya bersandiwara di atas sebuah pentas yang rapuh yang mana akan runtuh apabila tiba masanya. Kita lihatlah nanti. Usah dilaungkan UMNO adalah Melayu, Melayu adalah UMNO kerana apabila tiba masanya yang tersirat dan yang tersurat akan terbongkar juga akhirnya. | ||
Fitnah 2: Permohonan singkir hakim ditolak, sebutan 13 Julai Posted: 05 Jun 2011 11:05 PM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Seperti dijangka, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan peguam untuk menyingkirkan beliau daripada mendengar kes fitnah 2. Ketika membuat keputusan tersebut, Zabidin menyatakan permohonan itu tidak mempunyai sebarang merit, meskipun beliau sebelum ini dilihat menyebelahi saksi utama pendakwaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan. "Saya dapati permohonan ini tidak mempunyai sebarang merit jadi permohonan ditolak," kata Zaibidin ketika membuat keputusan. Berikutan itu, peguam Karpal Singh berkata, beliau dan pasukannya akan mengemukakan rayuan untuk mengenepikan Zabidin selewat-lewatnya petang ini. Karpal juga memohon agar kes ditangguhkan terlebih dahulu. Zabidin kemudian membenarkan kes itu ditangguhkan dan mahkamah akan bersidang semula pada 13 Julai depan bagi sebutan kes berkenaan. Pagi tadi, peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan untuk menyingkirkan Zabidin kerana melakukan pra-penghakiman sewaktu membuat keputusan untuk memanggil Anwar membela diri, 16 Mei lalu. Ini kerana Zaibidin ketika membuat keputusan itu menyatakan saiful sebagai saksi yang berwibawa dan boleh dipercayai, meskipun fakta perbicaraan menjelaskan percanggahan keterangan yang diberi Saiful di mahkamah Karpal Singh dalam hujahnya berkata, Hakim Zabidin bersikap berat sebelah dalam membuat keputusan dan tidak mungkin berlaku adil dalam menghakimi kes ini. | ||
Diesel super subsidi dimansuh, harga barang dijangka melambung Posted: 05 Jun 2011 10:57 PM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan memansuhkan diesel super subsidi akan menyebabkan harga barang melambung dan kenaikan inflasi, kata Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Abdul Rahman Yusuf. Beliau mengulas tindakan kerajaan menarik balik subsidi tersebut daripada kenderaan komersil seperti lori, kontena termasuk pengusaha bot nelayan laut dalam. "Diesel merupakan nadi kepada sistem pengangkutan untuk lori komersil bagi membawa barangan dan produk kepada pengguna. Apabila harga diesel dinaikkan, ia akan beri kesan kepada semua jenis barangan, daripada sayur-sayuran hingga lah kepada barangan-barangan industri," "Apabila kerajaan memansuhkan subsidi diesel, ia akan menyebabkan harga barang pengguna naik berlipat kali ganda," katanya ketika dihubungi keadilandaily.com. Menurut Abdul Rahman, keputusan menarik balik subsidi tersebut kepada nelayan laut dalam juga akan mengakibatkan berlaku kenaikan harga terhadap hasil dan makanan laut. "Saya turut difahamkan nelayan pesisir pantai di sesetengah tempat seperti di Terengganu juga tidak lagi menikmati subsidi diesel," ujarnya. Tambah beliau, keputusan kerajaan pada masa sama menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus akan memberi kesan berganda kepada kenaikan harga barang danmengheret negara ke arah inflasi. "Sudah tentu pemansuhan subsidi diesel ini akan menyebabkan berlaku inflasi disebabkan kenaikan harga barang yang bertambah parah," ujarnya. Media sebelum ini melaporkan kerajaan memansuhkan diesel super subsidi yang dinikmati pemilik lori komersial sebanyak 32 sen kepada RM1.80 yangperlu dibayar berkuatkuasa 1 Jun. Berikutan itu, pengusaha lori komersial dijangka menaikkan kadar upah sewa pengangkutan sebanyak 18 peratus ekoran pemansuhan diesel super subsidi oleh kerajaan. Sementara itu, Nelayan laut juga tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga super subsidi iaitu RM1.25 seliter dan perlu membeli minyak pada harga pasaran sebanyak RM1.80 seliter. Kalangan persatuan pengguna menjangka kenaikan harga barang tidak dapat dielakkan berikutan pemansuhan suubsidi diesel terhadap kenderaan komersial. Penguna Persatuan Persatuan Penguna Islam Malaysia menyatakan pengusaha lori telah lama menikmati subsidi tersebut dan langkah pemansuhan itu akan menambahkan kos yang ditanggung mereka. Sementara itu, Gabungan persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) meramalkan pendapatan isi sumah yang digunakan untuk makanan naik di antara lima hingga 10 perats ekoran penghapusan subsidi tersebut. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini turut menyatakan kebimbangan terhadap kenaikan harga makanan di Malaysia naik sebanyak 30 peratus dalam masa suku pertama tahun ini. Perangkaan dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Bangsa-bangsa Bersatu (FAO) menyatakan kesan kenaikan itu merupakan dua kali ganda harga purata makanan Kerajaan baru-baru ini menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, yang dilihat akan turut menyebabkan berlaku peningkatan mendadak harga barangan melibatkan semua industri yang menggunakan tenaga elektrik. Ia merupakan usaha menarik subsidi yang diberi kepada rakyat ketika syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) menerima subsidi RM19 bilion hingga RM22 bilion setahun. | ||
Kes Anwar : Hakim Enggan Undur Posted: 05 Jun 2011 10:56 PM PDT Ditulis oleh Naeem Raffi KUALA LUMPUR : Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin hari ini menolak permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya beliau mengundurkan dirinya sebagai hakim dalam perbicaraan fitnah liwat ke atas Anwar kerana tidak berlaku adil. Zabidin menetapkan 13 Julai depan untuk membolehkan pihak peguam bela memfailkan rayuan terhadap keputusannya untuk tidak berundur daripada mendengar kes itu. Ini kali ketiga permohonan Anwar bagi melucutkan Zabidin gagal. Beliau sebentar tadi memberitahu bahawa permohonan pihak pembelaan tiada merit untuk dipertimbangkan. "Mahkamah dapati tiada merit dalam permohonan ini. Dan mahkamah ini menolak permohonan yang dibuat," kata Zabidin. Anwar yang ditemui pemberita selepas itu mengutuk sekeras-kerasnya keputusan Zabidin dan pihak pendakwaraya yang pada hematnya bersikap berat sebelah dalam kes membabitkan dirinya. " Kalau macam itu buat apa panggil saya?Sepatutnya mana-mana sistem atau hakim perlu dengar kedua-dua belah pihak, yang dituduh dan yang menuduh. Sebab itu kita buat keputusan untuk mengemukakan notis rayuan dan memberi ruang sehingga mahkamah rayuan buat keputusan," kata Anwar. Bahkan beliau turut menyatakan kekesalannya terhadap pihak pendakwaraya yang mempermainkan undang-undang dengan beranggapan bahawa mahkamah untuk pihak pendakwaraya dan pihak berkuasa. " Saksi yang kita kemukakan kepada mahkamah tidak langsung memberi kerjasama..sehingga kini kami menunggu (Datuk Seri )Najib dan (Datin Seri) Rosmah, namun tidak ada jawapan dari pihak pendakwa , dlm satu kes yg lain, Musa Hassan diminta hadir,peguam saya tungggu tapi beliau tidak hadir tanpa sebarang alasan,"katanya lagi. Zabidin sebelum ini memutuskan bahawa tidak ada keraguan tentang keterangan pengadu Saiful Bukhari Azlan bahawa dirinya diliwat walaupun belum mendengar pembelaan dari Anwar. Menurut Zabidin, Saiful adalah seorang yang boleh dipercayai dan "berwibawa". | ||
Mat Sabu : Umno Goyah Menghadapi PAS Posted: 05 Jun 2011 04:40 PM PDT Ditulis oleh Nur Atiqah Abd Samad GOMBAK : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyelar pemimpin UMNO-Barisan Nasional kerana menabur fitnah kononnya PAS menukar matlamatnya semata-mata untuk mengikut rentak DAP dan Parti Keadilan Rakyat. Beliau menegaskan konnsep negara kebajikan yang diperkenalkan dalam Muktamar PAS kali ke-57 adalah berteraskan Islam dan sekaligus membanteras maksiat serta penyelewengan yang kini berleluasa di bawah pentadbiran UMNO-Barisan Nasional. "Jadi apabila kita sebut negara berkebajikan dan PAS mendokong dasar Islam, sudah tentulah negara itu berdasarkan kepada Islam," tambah Mohamad Sabu dalam sidang akhbar selepas Muktamar PAs ke 57. Beliau berkata DAP dan PAS mempunyai prinsip perjuangan yang dipersetujui dalam konsesus Pakatan Rakyat dan tidak timbul soal parti Islam itu dipaksa untuk menerima buah fikiran DAP. "Walaupun bunyi menentang rasuah dan penyelewengan sama nada dengan DAP tidak beerti kita terpengaruh dengan DAP sebab itu adalah slogan bersama yang dipanggil slogan umum yang tidak mahu perkara-perkara itu dan bukan kita diperalatkan oleh DAP." Dalam reaksi spontan kepada kemenangan Mohamad Sabu semalam, media kawalan Umno dan pemimpin parti itu mendakwa PAS kini di bawah telunjuk PKR dan DAP dan semakin meminggirkan golongan ulama. Mohamad Sabu menewaskan penyandang jawatan Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menjadi timbalan presiden baru PAS menjelang pilihanraya umum ke-13. Mengulas mengenai tuduhan-tuduhan pemimpin Umno itu, Mohamad Sabu berkata reaksi itu mencerminkan UMNO resah kerana Pakatan Rakyat mempunyai hubungan yang rapat di antara satu sama lain dan menjadi ancaman yang semakin membesar terhadap Umno. "Mereka bimbang apabila melihat laporan surat khabar cina dan media asing yang memberitahu pimpinan baru ini adalah merbahaya kepada UMNO," kata beliau. Hal ini turut dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaafar bahawa pimpinan UMNO-BN kini berada dalam keadaan tidak keruan terhadap perkembangan ini. "Jelas sekali mereka bimbang tetapi apa yang mereka secara tidak sedar mengakui ialah bahawa mereka mengiktiraf hubungan PAS dengan DAP dan PKR adalah amat baik dan ada persefahaman jadi percubaan mereka bahawa PAS telah dipergunakan adalah tidak tepat." Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abd Aziz menyatakan segala tohmahan UMNO-BN itu hanyalah alasan semata untuk meruntuhkan dan memecah belahkan hubungan baik yang terjalin di antara Pakatan Rakyat. "Kalau perubahan tak berlaku hasil daripada pemilihan ini, mereka akan kata sebaliknya pula, PAS tidak berubah, PAS masih lagi parti kopiah, kalau kita berubah dia kata kita macam DAP. Jadi apa yang kita buat pun kita tahu UMNO tidak akan memberi reaksi yang positif kepada PAS." |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan