Khamis, 2 Jun 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


ELEKTRIK HIDRO BAKUN UNTUK SIAPA?

Posted: 02 Jun 2011 03:28 AM PDT



Oleh: MUTALIB M.D

KETIKA rakyat Sabah berperang psikologi dengan Perdana Menteri Malaysia yang memaksa mereka untuk menerima Loji Arang Batu di Sinakut, Tungku; Kerajaan Persekutuan menyatakan tidak bercadang untuk memasarkan elektrik yang dijanakan oleh Elektrik Hidro Bakun ke Sabah kerana kos tinggi; sebaliknya untuk pasaran Semenanjung Malaysia dan Kalimantan, Indonesia.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon, berkata kos yang tinggi itu disebabkan permintaan bekalan elektrik yang rendah di Sabah iaitu dalam lingkungan 300 megawatt sahaja.

Bagaimanapun, kelmarin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohd Noh berkata Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak memerlukan sumber tenaga dari Projek Hidro Bakun buat masa ini kerana dua loji arang batu berkapasiti 2,000 megaWatt (mW) sudah memadai.

Pendedahan Che Khalib bahawa sehingga 2016, dua loji arang batu dengan kapasiti itu mencukupi untuk memenuhi semua keperluan amat mengejutkan rakyat Sabah, terutama Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu.

Memandangkan Stesen Hidro Elektrik Bakun dijangka memulakan penjanaan dari turbin pertamanya mulai Ogos 2011 diikuti turbin seterusnya bagi setiap tiga bulan sehinggalah turbin yang kelapan pada 2013; maka Patrick bertanya, siapa yang akan mendapat manfaat daripada penjanaan elektrik daripada Bakun jika Projek Kabel Bawah Laut dibatalkan.

"Sebelum ini kita dimaklumkan bahawa 1,600 megawatt elektrik dari Bakun akan dieksport ke Semenanjung Malaysia, tetapi setelah TNB kata tidak perlu, ke mana mahu disalurkan bekalan berkenaan?," soal Patrick yang kebingungan dengan penjelasan TNB dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Menurut Patrick, pada 2008, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun (JBIC) sedang berunding mengenai pinjaman bagi membiayai kabel dasar laut untuk menyalurkan kuasa dari projek hidro Bakun ke Semenanjung Malaysia.

"Bukankah empangan Bakun yang berharga RM3.2 bilion itu merupakan projek kuasa hidro terbesar negara dengan kapasiti 2,400 megawat itu dijangka siap menjelang Jun 2010. Apa sudah jadi dengan kontrak yang bernilai RM10.9 bilion yang dimaterai untuk membeli dan merentang lebih 676 kilometer kabel dasar laut di Laut China Selatan?," tanya Patrick lagi yang mendesak agar Ahli Parlimen daripada Sabah membangkitkan isu penting ini pada persidangan Parlimen, 13 Jun hingga 28 Jun akan datang.

Kualiti Projek RM1 Bilion Disangsi?

Posted: 02 Jun 2011 03:26 AM PDT

SABAH DAILY

PENDUDUK Kampung Taviu Masumbak kira-kira 16 kiolometer dari Pekan Telupid mendesak kepada Ahli Parlimen Beluran dan ADUN Labuk agar segera menaik taraf jalan sejauh 3 kilometer dari persimpangan Jalan Besar bagi memudahkan penduduk setempat membawa keluar hasil pertanian mereka.

Timbalan Pengerusi JKKK merangkap Ketua Cawangan UMNO Kampung Taviu, Luko Gonbud dalam kenyataan kepada Sabahkini.net kelmarin, menjelaskan bahawa jalan tersebut sebenarnya sudah dinaiktaraf pada 26 Oktober 2009 oleh Mirfen Enterprise menerusi 'Projek RM 1 Billion' tetapi kerja-kerja pelaksanaan naik taraf tersebut sangat tidak memuaskan.

Jalan sejauh 3 kilometer itu, kata Luko, sepatutnya disimen atau bubuh dengan batu kelikir dan bukannya menggunakan batu batan yang diambil dari sungai berhampiran.

GAMBAR :BUKTI....Inilah papan tanda peninggalan kontraktor terdahulu yang membuktikan tender dipanggil tetapi kerja sambil lewa, sebaliknya bayaran penuh telah dibuat.

"Kita dapati Mirfen Enterprise telah sub pajak kontrak tersebut kepada kontraktor lain semata-mata mahu mencari keuntungan segera, tetapi dari segi pelaksanaannya, tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan," kata Luko lagi.

Selaku Ketua Cawangan UMNO Kg Taviu, Luko merminta jasa baik ADUN Sugut dan Ahli Parlimen Beluran agar dapat menyalurkan semula projek naik taraf untuk membaiki jalan gravel yang semakin teruk itu demi keselesaan penduduk setempat.

"Saya percaya dengan adanya projek yang disalurkan ke kampung ini akan menggembirakan 350 orang penduduk kampung dan berharap mereka kembali memberi sokongan padu kepada Kerajaan Barisan Nasional," ujar Luko yang menjelaskan beliau tidak dapat mematahkan serangan pembangkang berhubung isu ini.

TUDM Bakal Peroleh Radar Baru Awasi Sabah, Sarawak

Posted: 02 Jun 2011 03:24 AM PDT

SABAH DAILY

http://mazrilhisham.files.wordpress.com/2009/02/mainpix1.gif?w=432&h=282


Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka memperoleh sistem persenjataan dan radar pertahanan udara sebagai aset terbaru menjelang akhir tahun ini dalam usaha memperkasa pengawasan ruang udara negara.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, usaha yang dilaksanakan melalui Perolehan Aset Baru yang termoden dan berteknologi tinggi itu akan dimulakan di Sabah dan Sarawak secara berperingkat.

Menurutnya, sistem yang mampu melaksanakan tugas mengawas ruang angkasa negara tanpa mempunyai ruang kebolosan dilihat sebagai pelengkap kepada sistem sedia ada yang perlu dikemaskini mengikut keadaan semasa.

"Kita memerlukan sistem yang mampu beroperasi setiap saat dan ia diharapkan dapat dipasang sepenuhnya di seluruh negara menjelang 2014," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Istiadat Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun TUDM Ke-53 di Pangkalan Udara Butterworth di sini, Rabu.

Dalam istiadat yang julung kali diadakan di Pangkalan Udara Butterworth, seramai 196 anggota dan 12 pegawai yang diketuai Leftenan Kolonel Mior Nor Badrishah Mohamad dengan disaksikan 200 PALAPES TUDM dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Kota Samarahan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta 200 pelajar dari sekolah sekitar Butterworth.

Ditanya mengenai nilai sistem radar tersebut, Rodzali menjelaskan, TUDM masih menunggu peruntukan kewangan daripada kerajaan.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, TUDM mampu melakukan penambahbaikan terhadap sistem radar sedia ada dengan bantuan negara pengeluar seperti Britain, Itali dan Perancis.

"Apa yang membanggakan ialah sebahagian penambahbaikannya dapat diilhamkan daripada industri aeroangkasa kita sendiri," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Aeroangkasa Negara.

Rodzali menambah, ini penting bagi memastikan industri aeroangkasa terus meningkat dan orang ramai dapat meliha t keupayaan TUDM dalam Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA) nanti.

Sementara itu, mengenai pangkalan udara baru di Sendayan, Negeri Sembilan beliau menegaskan bukan semua aset Pangkalan Udara Sungai Besi dipindahkan ke lokasi baru tersebut.

Sebaliknya, katanya, sebahagian besar aset terutamanya melibatkan perintah dan kawalan akan dipindahkan ke lain-lain pangkalan udara sedia ada.

Terdahulu dalam ucapannya, Rodzali menyeru setiap warga TUDM supaya bersedia untuk meningkatkan kualiti pengetahuan dan kemahiran ke tahap yang tinggi supaya aset-aset baru tersebut dapat dikendali dan disenggara dengan sempurna tanpa pergantungan kepada pihak luar.

Katanya, sebagai salah satu strategi memperkasa keupayaan TUDM untuk mengawas ruang angkasa negara, TUDM akan memiliki Helikopter EC 725 mulai 2013 bagi meningkatkan keupayaan tugas-tugas mencari dan menyelamat.

" Manakala perolehan pesawat A400m dijangka akan diterima mulai tahun 2015," katanya. -Mstar

Semakin Banyak NKRA Berpenyakit?

Posted: 02 Jun 2011 03:23 AM PDT

Oleh : SHAIMON S JUMADI (sabahkini)


PADA mulanya penduduk Kampung Lomou, Telupid sangat berterima kasih kepada Wakil Rakyat Labuk, Datuk Seri Micheal Asang kerana telah meluluskan projek menaik taraf Jalan Pekebun Kecil Lomou Manisukang, Telupid sejauh 6. Kilometer.

"Kami, selaku penduduk kampung seramai 300 orang gembira apabila mengetahui kerajaan telah meluluskan projek naik taraf jalan kampung kami. Inilah rahmat yang kami tunggu-tunggu selama ini," jelas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Lomou, Marius Samidau, 46, yang mendedahkan hal ini kepada Wartawan Sabahkini.Net semasa membuat tinjauan ke kampungnya kelmarin.

Namun kata Marius, seminggu sebelum kerja-kerja menaik taraf jalan tersebut bakal dilaksanakan kontraktor, Michael Asang mengumumkan dalam satu perjumpaan di balairaya kampung berkenaan yang dihadiri 200 penduduk, projek berkenaan akan dialihkan ke kawasan lain yang lebih memerlukan jalan berkenaan.

"Kami betul-betul terperanjat bila mendengar kenyataan yang diumumkan sendiri oleh Datuk Michael. Saya cakap dengan Ketua Kampung, apa sudah jadi? Saya kesal kerana Adun kami sanggup berbuat demikian," jelas Marius dengan perasaan sedih dan terkesima dengan senario berkenaan.

Sebagai Pengerusi JKKK yang menjaga kebajikan seramai 300 penduduk di kampung Lomou, kata Marius, beliau ditempelak penduduk kampung akibat kelancangan dan ketidak prihatinan wakil rakyat mereka yang disifatkan merampas hak mereka.

Menurut Marius, beliau hairan dengan sikap Adun Labuk yang tidak menyatakan alasan munasabah kenapa peruntukan yang dijanjikan untuk kampung Lomou dipindahkan ke kampung lain sedangkan tender dibuka untuk kampung Lomou.

"Inikah harga yang terpaksa kami bayar? Saya bimbang penduduk kampung ini akan mengalihkan sokongan kepada pembangkang dan amat sukar bagi kita untuk memujuk mereka mengundi calon BN kerana kecewa dengan tindakan Datuk Michael. Kita harap agar projek berkenaan dikembalikan ke kampung ini," kata Marius lagi.

Tambah Marius lagi, projek ini sebenarnya adalah salah satu contoh projek NKRA yang berpenyakit kerana dilaksanakan di bawah Projek JALB Negeri Sabah Di Bawah Program NKRA yang disalurkan melalui Kementerian Infrastruktur Sabah.

Rakyat atau Kerajaan yang perlu berjimat?

Posted: 02 Jun 2011 03:12 AM PDT

Oleh Mohd Yusof Hadhari


Sekarang kita semua perlu terus sedar bahawa penjimatan kini sudah menjadi wajib. Ia patut menjadi kata kunci kepada semua orang, bukan lagi kepada yang berpendapatan rendah sahaja.

Kanapa saya berkata begitu. Harga gula sudah naik, harga minyak sudah berapa kali naik. Untuk harga barang yang lain harap tidak di naikan lagi, sekurang-kurangnya tidak dirasionalisasikan dalam masa terdekat. Harga petrol Ron95, diesel dan gas masih lagi bertahan, entah sampai bila subsidinya dapat diteruskan! Kita tunggu dan lihat.

Dan mulai kemarin (1 jun), bagi pengguna elektrik antara 301kW dan 1000kW unit, tarifnya sudah dinaikan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30. Macam biasa, tenang semua. Harga gas asli di Malaysia masih lagi murah berbanding Negara jiran meskipun dengan kenaikan itu. Menurut kerajaan, sebelum atau selepas kenaikan, setelah dirasionalisasikan, harga di Negara ini masih murah jika di bandingkan dengan Thailand sebanyak RM18.23 setiap juta unit termal British (MMBtu). Indonesia RM21.04, Singapura RM43.32 dan Vietnam RM18.70.

Kerajaan kata kenaikan dalam bekalan gas ke sektor perindustrian adalah wajar, iaitu daripada RM15 setiap MMBtu kepada RM16.07 setiap MMBtu, jika dibandingkan dengan Negara serantau seperti Thailand(RM19.46), Indonesia(RM18.74) dan Singapura(Rm113.45). Apa pun, yang jelas pengguna tidak akan selesa dengan sebarang kenaikan.

Apa yang dibimbangkan adalah penyelarasan atau merasionalisasikan tariff elektrik ini akan dijadikan alasan menaikan harga barangan atau perkhidmatan sewenang-wenangnya. Barangkali pengguna boleh rasa sedikit lega dengan jaminan persatuan restoran yang mewakili 2,500 ahli bahawa mereka tidak akan naikkan harga makanan, tetapi adakah kerajaan mahu ringankan bebanan pengusaha restoran dengan pastikan levi pekerja asing ditanggung pekerja itu sendiri. Baca amaran ini. Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan merasionalisasikan tariff elektrik ini, kata Ketua Ekonomis Ratings Agency Malaysia, Yeah Kim Leng.
Apa yang menjadi kempen kebiasaan di dengar rakyat adalah kita perlu jimat. Rakyat perlu bijak dan lebih baik mengambil tindakan jimatkan perbelanjaan melalui berbagai cara. Kerajaan akan sediakan jadual bagaimana cara-cara penjimatan kepada rakyat. Gunakan seterika seminggu sekali, jangan biarkan pintu peti ais air tidak ditutup rapat dan banyak lagi.

Walaupun 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindahkan kos lebih tinggi kepada pengguna. Benar jika alasannya pengecualian kenaikan diberi kepada yang mengguna elektrik RM20 ke bawah sebulan, tapi apakah anda dan saya dengan kemudahan dan peralatan yang perlu digunakan dan anggota keluarga yang ramai, kita termasuk dalam golongan itu? Oh ya, hampir terlupa, kerajaan sudah sediakan jadual penjimatan kepada kita semua.

Saya rasa tidak perlu kerajaan tunjukkan cara penjimatan setelah kerajaan naikkannya. Seolah memainkan rakyat, dan saya rasakan rakyat sudah mula celik dan bukan terlalu bodoh. Kata PM kita, Dato Seri Najib Tun Razak, "rakyat sudah berubah". Kita sudah lama berjimat cermat kerana harga yang sentiasa dirasionalisasikan sejak sekian lama. Apa yang kita mahukan kerajaan yang perlu belajar berjimat dan pandai menggunakan wang Negara dalam masa yang sama dapat memberikan manfaat kepada rakyat seluruhnya.

Mohd Yusof Hadhari Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia(GAMIS)
http://seutastasbih.blogspot.com/

PAS digesa dekati rakyat Sabah dan Sarawak

Posted: 02 Jun 2011 03:11 AM PDT

Perwakilan Pemuda Sabah, Firdaus Puad kesal ekoran tiada sebarang agenda untuk Sabah mahupun Sarawak pada Muktamar Pemuda kali ini.



Laporan Muktamar Pemuda PAS ke 52

SHAH ALAM: PAS digesa memberi tumpuan kepada negeri Sabah dan Sarawak, dengan mendekati rakyatnya agar mereka lebih mengenali parti itu, jika memasang impian untuk menawan Putrajaya.

Perwakilan Pemuda Sabah, Firdaus Puad kesal ekoran tiada sebarang agenda untuk Sabah mahupun Sarawak pada Muktamar Pemuda kali ini.

"PAS dilihat terlalu ghairah untuk menawan Putrajaya sedangkan parti itu tidak mengambil inisiatif untuk menawan Sabah," katanya ketika membahas ucapan dasar Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat di Dewan MBSA, di sini hari ini.

Katanya, rakyat Sabah berani membuat sebarang perubahan namun, PAS gagal membuka ruang untuk mendekati rakyat di negeri dibawah bayu itu.

"PAS ghairah mahu tawan Putrajaya sedangkan ia menjadi mimpi indah semata-mata. PAS tidak ambil inisiatif untuk tawan Sabah.

Rakyat Sabah bukan tidak berani tukar kerajaan kerana sejarah sudah membuktikan mereka berani.

Umno-BN dianggap penjajah

"Rakyat Sabah anggap Umno-Barisan Nasional (BN) sebagai penjajah kerana mengangkut kekayaan balik ke Semenanjung. Dulu Sabah kaya tetapi sekarang jadi negeri termiskin. Sabah tidak akan berubah kerana PAS tidak mampu bawa perubahan.

"PAS gagal bawa ruang untuk bukti kepada seluruh rakyat negeri itu bahawa mereka merupakan rakan kongsi bukannya rakyat kelas kedua seperti yang dibuat Umno-BN ," katanya.

Sementara itu perwakilan Selangor Mohd Helmi Radzuan pula menyifatkan PAS terutamanya pemuda masih lalai walaupun pilihan raya umum ke-13 mungkin diadakan pada Julai depan.

"Kita tidak seiring, mana tahu (Perdana Menteri) Najib (Tun Razak) dan Rosmah (Mansor) dapat 'wahyu' nak adakan pilihan raya Julai ini? Sedangkan mood pemuda bukan untuk pilihan raya, mereka kurang serius," katanya.

Mohd Helmi berkata pemuda PAS harus bangkit dan terus mendekati pengundi-pengundi muda malahan perlu mahir dalam menjalankan daftar pemilih.

Bagi perwakilan Negeri Sembilan Fairuz Mohd Isa pula mendesak agar parti komponen dalam Pakatan Rakyat dapat memberi kerusi Changkat Jering dan Kulim-Bandar Baru kepada PAS.

Kes Felda saman Suara Keadilan Julai depan

Posted: 02 Jun 2011 03:04 AM PDT

"Kita sudah bersedia menghadapi kes ini," kata Ahmad Maslan.



PUTRAJAYA: Kes saman Felda terhadap Suara Keadilan akan mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai depan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

"Ini yang diberitahu oleh peguam Felda, Datuk Hafarizam Harun. Kita sudah bersedia menghadapi kes ini," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini petang semalam.

Pada 17 Ogos lalu, Felda dan syarikat pelaburannya memfailkan saman fitnah bagi menuntut ganti rugi RM200 juta terhadap enamdefendan termasuk penerbit dan pencetak akhbar Suara Keadilan kerana didakwa menyiarkan artikel fitnah bertajuk 'Felda Bangkrap'.

Felda dan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (plaintif) menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bekas timbalannya, Dr Syed Husin Ali, sebagai pemegang jawatan dalam PKR mengikut Seksyen 9 (c) Akta Pertubuhan 1966, sebagai defendan pertama dan kedua.

Plaintif menyaman PKR sebagai penerbit akhbar Suara Keadilan yang sudah tamat tempoh permit penerbitannya pada 30 Jun lalu.

Empat lagi defendan adalah penerbit akhbar itu, Pelita Koridor Sdn Bhd; pencetak, Percetakan NPK Sdn Bhd; penyunting, Dzulkarnain Taib dan penulis artikel itu, Rusnizam Mahat.

'Felda Bangkrap'

Artikel tersebut disiarkan di halaman muka depan Suara Keadilan keluaran 22 hingga 29 Jun 2009. Beberapa pemimpin utama PKR turut membawa isu itu dalam ceramah-ceramah politik mereka.

Sementara itu, 766 peneroka Felda Serting di Negeri Sembilan memfail saman RM200 juta terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Seremban, Mac lalu.

Peneroka Serting mendakwa Felda menipu peratusan Kadar Perahan Gred (KPG) hingga menyebabkan mereka menanggung kerugian sebanyak RM200 juta.

Ujian makmal menunjukkan peratusan KPG sebenar yang diperoleh mencecah 24 peratus sedangkan mereka hanya memperoleh 18 peratus KPG daripada Felda.

Mengulas perkara ini, Ahmad berkata, Felda sudah sedia menghadapi tindakan daripada para peneroka berkenaan.

"Tetapi saya ingin mengingatkan mereka bahawa kekalahan Felda dalam kes saman oleh peneroka Felda Kemahang (Kelantan) sebelum ini kerana peguam Felda tidak ke mahkamah.

"Tetapi kali ini kita sudah sedia menghadapi tindakan mereka," katanya.

Tugu 1Malaysia boleh jadi BERHALA

Posted: 02 Jun 2011 02:58 AM PDT

PASPB

http://www.pahaikan.com/resources/SNC00112_opt.jpg


Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat tindakan kerajaan membina tugu "1Malaysia" adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala).

Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah.

Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.

"Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Skandal Scorpene: Najib sendiri perlu ke Perancis bantu siasatan – AMK

Posted: 02 Jun 2011 02:55 AM PDT

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu bimbang sekiranya disapina mahkamah Perancis, malahan beliau perlu hadir untuk membersihkan namanya dalam skandal pembelian dua kapal selam Scorpene.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas perbicaraan terbuka di negara itu berhubung pemberian komisen berjumlah 114.96 juta Euro dalam pembelian dua kapal perang berkenaan.

Menurutnya, Najib adalah individu yang lebih berwibawa untuk membantu siasatan berbanding Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi kerana beliau adalah penyandang jawatan itu semasa urusniaga pembelian Scorpene dilakukan pada 2002.

"Zahid berkata beliau sanggup untuk pergi, tetapi meletakkan pra-syarat iaitu hanya selepas mendapat persetujuan kabinet. Sebenarnya tidak timbul setuju atau tidak.

"Kes ini tidak terlalu sukar daripada yang sepatutnya. Sekiranya kerajaan telus, mana-mana individu yang rasuah wajib didakwa," kata Shamsul.

Mengulas perspektif undang-undang Shamsul berkata, kenyataan Ahli Parlimen atau jawapan Menteri di Dewan Rakyat tidak boleh dipertikai di mana-mana mahkamah di Malaysia.

"Ada pengakuan oleh Timbalan Menteri Pertahanan sebelum ini bahawa bayaran telah dibayar kepada syarikat Perimekar dalam bentuk komisen. Ini tidak termasuk ratusan juta ringgit yang dibayar berikutan pembelian peralatan ketenteraan lain seperti Eurokopter," jelas Shamsul.

Persoalannya, kata Shamsul apakah sebarang kenyataan Ahli Parlimen dan Menteri di dalam Parlimen Malaysia turut terpakai kepada mahkamah di negara lain?

Perbicaraan di mahkamah Perancis yang bermula Julai ini akan merungkai persoalan dan mencari pihak terakhir penerima rasuah berjumlah 114.96 juta Euro, iaitu komisen dari pembelian kapal selam pertama negara.

Mengulas isu yang sama, Shamsul mempertikaikan kaedah pembelian senjata melalui orang tengah, seperti dilakukan oleh Perimekar, anak syarikat Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki Razak Baginda bekas penasihat strategik Najib yang ketika itu menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

"Apakah wujud keperluan pihak ketiga dalam urusniaga pembelian senjata, dan mengapa kerajaan perlu membayar lebih?" soal Shamsul.

Pada 8 November 2008, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kepada Parlimen bahawa (in terms of the value of commission) pembelian kapal selam ini merupakan antara yang paling tinggi di dunia.

Justeru Shamsul mempersoalkan, komisen berjumlah hampir RM 500 juta adalah tidak munasabah, bahkan wang tersebut sepatutnya digunakan bagi menampung subsidi kepada rakyat.

"Seharusnya, pembelian peralatan ketenteraan adalah secara 'G to G' (kerajaan dengan kerajaan), kerana urusniaga pembelian senjata membabitkan maklumat sulit keselamatan negara," kata Shamsul.

Justeru, beliau menegaskan adalah tidak memadai sekiranya Menteri Pertahanan sekarang, iaitu Datuk Ahmad Zahid Hamidi dipanggil membantu siasatan.

"Kehadiran Najib sendiri ke mahkamah Perancis akan melengkapkan 'jaringan yang terputus' (missing link) dalam penyiasatan rasuah pembelian kapal selam Scorpene," ujarnya.

Umno semakin hilang sokongan Melayu bandar- kajian EIU

Posted: 02 Jun 2011 02:53 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat kajian antara bangsa, Unit Kecemerlangan Penganalisis Ekonomi (EIU) mendedahkan bahawa Umno semakin hilang sokongan daripada Melayu, khususnya Melayu bandar.

Laporan terbarunya menyebut bahawa kehilangan sokongan di kalangan Melayu kelas pertengahan terhadap Umno, disebabkan amalan rasuah dan politik intrik (kotor) yang dilakukan parti pemerintah itu.

Kelompok ini, dikatakan mendapat maklumat meluas dan pembacaan yang lebih terbuka dari media baru di internet.

"Meskipun pengundi di luar bandar di semenanjung Malaysia berterusan menyokong Umno, terdapat cadangan mengatakan parti itu hilang sokongan signifikan dari golongan berpendidikan, Melayu liberal kelas pertengahan," Kata cabang penyelidikan majalah mingguan, The Economist itu.

Sejak kebelakangan ini, Umno berterusan menggunakan sentimen Melayu dan agama, melalui media dan lidah rasmi mereka seperti Utusan Malaysia dan TV3.

Ia termasuk dakwaan jahat bahawa wujud usaha untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi dan melantik perdana menteri di kalangan penganut agama itu.

Meskipun pelbagai usaha dilakukan Umno, namun tindakan itu gagal menarik sokongan Melayu terhadap parti itu yang semakin berkurangan.

Misteri orang ketiga ke Macau: Najib dicabar tunjuk pasport

Posted: 02 Jun 2011 02:18 AM PDT

KEADILAN DAILY



KEADILAN mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendedahkan rekod perjalanannya bagi membuktikan dirinya bukan individu ketiga yang dikatakan bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibuu dalam penerbangan ke Macau.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, Najib perlu tampil memberi penjelasan, sebelum perbicaraan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene itu dimulakan di Mahkamah Perancis, Julai ini.

"Saya harap Jabatan Imigresen tidak memadamkan rekod itu. Najib bukan sahaja perlu dianggap bersih, tetapi dia perlu dilihat bersih," kata Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution pada sidang media di ibu pejabat Keadilan.

Pendedahan itu berikutan siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap skandal rasuah Scorpene- yang membawa kepada penemuan tiga e-tiket penerbangan ke Macau pada 2002.

Penerbangan itu dikatakan melibatkan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam pembayaran komisen kapal selam berkenaan, manakala dua tiket itu disahkan atas nama Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shariibuu.

Razak, yang juga kenalan rapat Najib, dibebas mahkamah pada Oktober 2008, atas dakwaan membunuh Altantuya Shariibu- warga Mongolia yang menjadi penterjemah dalam urusan pembelian Scorpene.

"Seorang telah mati, seorang lagi telah didakwa di mahkamah. Barangkali, orang ketiga itu mungkin kini memegang jawatan tinggi," ujar Saifuddin.

Perjanjian RM6.27 bilion pembelian kapal selam berkenaan ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan syarikat Perancis, DCNS di mana Perimekar Sdn Bhd bertindak selaku orang tengah.

Perimekar dimiliki Ombak Laut, kepunyaan Abdul Razak Baginda dengan pemegang saham terbesar syarikat itu adalah isteri Razak- yang dikata menerima komisen bernilai 114 juta Euro.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebelum ini membongkar bahawa Razak, bersama Altantuya Shariibuu dan individu ketiga tidak dikenali, telah terbang ke Macau berkaitan urusan komisen pembelian kapal berkenaan.

Ia didedahkan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.

Dalam sidang media hari ini, Saifuddin turut mendedahkan individu terbaru yang dipercayai berperanan dalam urusniaga pembelian kapal berkenaan, iaitu Timbalan Pengerusi Bousted Holdings Bhd, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Lodin juga dikatakan seorang pegawai di Kementerian Pertahanan yang turut mewakili kepentingan kerajaan Malaysia melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Saifuddin berkata, maklumat itu dibocorkan oleh kabel diplomatik Wikileaks melalui pendedahan Kedutaan Amerika Syarikat.

"Lodin adalah watak penting sewaktu Najib menjadi Menteri Pertahanan ketika urusniaga itu dilakukan pada tahun 2002," katanya.

Beliau turut mendedahkan jawapan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin kepada Dewan Rakyat pada 2006 bahawa tiada bayaran komisen melainkan bayaran dengan tujuan koordinasi dan khidmat sokongan.

"Ia bercanggah dengan kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Amaris, syarikat pembuat kapal selam bahawa komisen itu dibayar oleh kerajaanMalaysia," katanya menjelaskan saksi tersebut kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.

Sementara itu Naib Presiden KEADILAN Tian Chua berkata, individu misteri yang menyertai Razak Baginda dan Altantuya dalam penerbangan ke Macau boleh digelar sebagai Lelaki 'Y'.

Beliau mengatakan Menteri Pertahanan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi bukanlah orang yang sebenarnya tahu mengenai kehadiran Lelaki 'Y' tersebut.

"Kita sebagai ahli Parlimen seperti mana juga para wartawan, blogger dan rakyyat Malaysia teruja untuk tahu. Saya rasa bekas Menteri Pertahanan adalah orang yang paling sesuai untuk mendedahkan siapa individu tersebut," kata Tian.

Sultan Nasihat Pengamal Media Amal Etika Kewartawanan Berhemah

Posted: 02 Jun 2011 02:17 AM PDT

TVS NEWS


SHAH ALAM : Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi peringatan kepada pengamal media di negara ini supaya bersikap profesional dalam menyampaikan sesebuah berita dan tidak mengenepikan etika kewartawanan untuk menyampaikan maklumat yang tepat kepada pembaca.

Baginda juga menasihati supaya media massa mahupun elektronik lebih menumpukan kepada berita-berita yang mempunyai nilai pendidikan, motivasi dan kemanusiaan di samping memberikan informasi berguna kepada pembaca.

Tuanku bertitah demikian sebelum berkenan mencemar duli merasmikan bangunan ibu pejabat baru Kumpulan Media Karangkraf yang terletak di Seksyen 15, di sini, hari ini.

Dalam titah ucapannya, baginda mahu Kumpulan Karangkraf yang turut menerbitkan akhbar Sinar Harian supaya terus komited melaporkan berita yang sahih.

" Beta berharap akhbar ini akan terus mengekalkan profesional dan beretika dalam melaporkan setiap berita dengan tepat dan cepat,"titah baginda.

Turut mengiringi ke bawah dulu tuanku ke majlis berkenaan ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, ahli-ahli Exco, Teresa Kok, Ronnie Liu, dan Datuk Dr Hassan Ali.

Kira-kira 1,000 tetamu jemputan hadir bagi memeriahkan majlis perasmian bangunan ibu pejabat baru Kumpulan Media Karangkraf ini.

Baginda juga berkenan melawat ke bahagian percetakan untuk melihat proses penerbitan majalah, akhbar dan buku yang dihasilkan Karangkraf oleh Ketua Eksekutif Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Selain di bahagian percetakan, baginda juga turut melakukan tinjauan di Karangkraf Mall yang menghimpunkan kesemua majalah dan buku yang dicetak oleh syarikat ini.

Kumpulan Media Karangkraf merupakan sebuah syarikat penerbitan dan percetakan milik penuh orang Melayu.

Syarikat ini telah beroperasi selama 33 tahun dan kini menjadi penerbit terbesar negara dengan 27 judul majalah, dan sebuah akhbar iaitu Sinar Harian.

Selain majalah dan akbar, Karangkraf turut mempunyai bahagian buku yang terdiri dari syarikat-syarikat Alaf 21 Sdn Bhd, Buku Prima Sdn Bhd, dan Karya Bistari Sdn Bhd yang menghasilkan buku-buku ilmiah dan novel.

Kes Anwar : Peguam Belum Dapat Ambil Keterangan Najib-Rosmah

Posted: 02 Jun 2011 02:11 AM PDT

TVS NEWS

 KUALA LUMPUR : Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa bersedia dengan pembelaannya Isnin ini, pasukan peguambela Ketua Pembangkang itu belum mendapat laluan untuk mengambil keterangan daripada Perdana Menteri Najib Razak, isterinya Rosmah Mansor dan mantan Ketua Polis Negara Musa Hassan.

Perdana Menteri dan isteri adalah antara 71 saksi yang ditawarkan oleh pasukan pendakwaraya kepada peguam bela Anwar untuk beliau menyediakan pembelaannya terhadap tuduhan liwat fitnah kedua yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan.

Berasaskan keterangan itu, peguam bela akan memutuskan sama ada saksi-saksi berkenaan akan dipanggil ke mahkamah untuk member keterangan.

Peguam Anwar Sankara berkata pihak polis setakat ini masih belum memberi pengesahan sama ada Najib dan Rosmah boleh ditemubual .

Keterangan mereka dilihat penting kerana Saiful di katakana menemui kedua-dua mereka sebelum beliau membuat laporan polis terhadap Anwar pada Jun 2009, dua hari selepas kejadian liwat itu didakwa berlaku,

Setakat ini Sankara dan pasukan peguamnya hanya diberi laluan menemuramah lima daripada 25 saksi yang dikehendaki. Perbicaraan kes Anwar dijadual bersambung semula Isnin ini.

"Dalam tempoh tiga minggu lalu, mereka (polis) hanya mengatur untuk kita mengambil keterangan daripada lima saksi." kata Sankara  kepada Malaysiakini.

Sankara juga mendedahkan bahawa mantan Ketua Polis Negara dan bekas Ketua Polis Melaka, Rodwan Mohd Yusof tidak hadir untuk memberi keterangan pada Jumaat lalu, tanpa memberi sebarang alasan.

Saiful dalam keteranganya mengaku berjumpa dengan Rodwan di sebuah hotel dan menalifon Musa sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.

Rodwan dan Musa terpalit dengan dakwaan mereka memalsukan bukti terhadap Anwar setelah beliau dipecat dari Umno dan kerajaan oleh Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad pada tahun 1998.

Kes Aminulrasyid : Keputusan Laporan Polis Jenain Boleh Kemuka Di Mahkamah 10 Jun Depan

Posted: 02 Jun 2011 02:02 AM PDT

TVS NEWS

SHAH ALAM : Mahkamah Sesyen di sini hari ini menangguhkan sehingga 10 Jun ini untuk membuat keputusan sama ada pihak pendakwaan boleh mengemukakan laporan polis yang dibuat tertuduh Koperal Jenain Subi dalam kes kematian Aminulrasyid Amzah semasa perbicaraan.

Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan bahawa tertuduh tidak dapat ke mahkamah sehingga esok selepas diberikan cuti sakit.

Bagaimanapun, penjamin Jenain iaitu isterinya, Siti Nuraniza Tamrin, 37, hadir di mahkamah untuk menyerahkan cuti sakitnya.

Menurut Noraniza,Jernain mengalami sakit gout dan dibawa ke klinik malam tadi dan diberi cuti sakit sehingga esok.

Mahkamah sebelum ini turut menetapkan hari ini dan esok untuk menyambung perbicaraan Jenain, 48, yang diperintah membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, antara 1.10 pagi dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 di sini, pada 26 April tahun lalu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, yang jika
disabitkan kesalahan, boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan boleh didenda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, Idham Abd Ghani dan Adilla Ahmad sementara Jenain diwakili peguam M. Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi.

Isu mengenai laporan polis tersebut timbul pada perbicaraan lepas apabila pihak pembelaan membantah cubaan pendakwaan untuk menyoal Jenain berhubunglaporan polis yang dibuatnya beberapa jam selepas kejadian.

Pihak pendakwaan mendakwa keterangan Jenain di mahkamah bercanggah dengan laporan polisnya.

Sementara itu ibu Aminulrashid, Norsiah Ahmad awal Mei lalu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Petaling Jaya kerana percaya wujud konspirasi untuk melindungi anggota dan pegawai polis yang terlibat dalam tragedi itu dari tindakan undang-undang.

Dalam laporan polis itu Norsiah berkata , polis memfitnah anaknya Aminulrashid dan keluarganya dalam suatu percubaan untuk menutup jenayah terhadap anaknya.

FELDA Pinjam RM 6 Bilion Dari KWSP-Buat Apa?

Posted: 02 Jun 2011 01:59 AM PDT

Berita Semasa

anak felda FELDA Pinjam RM 6 Bilion Dari KWSP Buat Apa?

Ada berita tersebar mengatakan bahawa FELDA meminjam RM 6 Bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan tertentu.Apakah tujuan dan perlunya pinjaman tersebut dibuat?

KUALA LUMPUR, 24 Mei: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta kerajaan menjelaskan tujuan Felda membuat pinjaman sebanyak RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, sekiranya laporan yang diterima pihaknya dua minggu lalu itu tidak benar, Timbalan di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mesti membuat penafian dan sekiranya tidak benar, Anak menuntut penjelasan segera mengenai penggunaan wang tersebut.

Laporan yang anak terima dua minggu lalu melalui minit mesyuarat 6 April lalu menyebut Felda telah meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion. Untuk apa wang RM6 bilion ini dipinjam?

Kerajaan mesti membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada pengurusan Felda dan juga memberikan anggapan tidak baik oleh rakyat kepada kerajaan memerintah.Kalau benarlah Felda meminjam wang dari KWSP, adakah ini bermakna Felda berada dalam krisis kewangan?

Laporan Felda meminjam daripada KWSP ini katanya timbul ketika isu kemerosotan rezab Felda belum lagi reda.Ketika menjawab soalan tambahan di Parlimen seperti didedahkan media pada17 dan 18 jun 2010, Datuk Ahmad Maslan mengakui bahawa kedudukan tunai Felda merosot daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion pada tahun 2009.

Kemerosotan RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun sesuatu yang sangat mengejutkan.Bukan sikit wang yang rugi hilang tanpa dikesan.Felda kalau telus, adalah lebih baik mereka jelaskan kemana wang-wang yang hilang itu digunakan. Dan rakyat juga perlu tahu, kalau dah kata pinjaman, bagaimana bentuk pinjaman wang dari KWSP ke Felda tersebut?

Berapa peratus faedah dikenakan? Adakah ianya berbaloi untuk dipinjamkan ke Felda? Itu semua memang penting.Kerajaan memegang amanah yang besar dari rakyat untuk duit KWSP tersebut.Jadi, wajarlah kerajaan menjawab tuduhan ANAK itu.Kalau benar, katakan benar dan jelaskan fakta dan tujuan pinjaman tersebut.Kalau salah, ambil sahaja tindakan.

Hari Belia dan kemunafikan pentadbiran Najib

Posted: 02 Jun 2011 01:56 AM PDT

Hafiz Zainuddin


Hari belia 2011. Saya cuba untuk tidak sinikal dan bersikap non-partisan. Akan tetapi, tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan-perasaan tertentu. Di sebalik kemunafikan dan hipokrasi pemimpin. Apalah sangat Najib duduk bersama para belia menonton perlawanan bola di sambutan Hari Belia kelmarin dan ini bukan pertama kali. Sebelum ini, ada yang mengatakan, Najib "nampak cool" apabila turun ke bawah, hang out menonton bola di Bukit Bintang yang digambarkan sebagai tempat paling hip di Kuala Lumpur. Siapa peduli?

Kereta yang dipandu Aminulrasyid ketika ditembak

Najib, selaku Perdana Menteri Malaysia, menonton bola bersama belia-belia, membawa kita mengimbau kembali peristiwa berdarah beberapa ketika tidak lama dahulu. Tewasnya saudara kita Aminulrasyid di tangan Polis juga selepas menonton perlawanan bola. Kematian akibat ditembak Polis selepas menonton bola bukan sesuatu yang biasa di negara ini dan perkara ini amat mengejutkan. Malah, yang melakukan "pembunuhan" bukanlah penjenayah tetapi orang yang menerima amanah untuk menjaga keselamatan kita semua.

Isu "ditembak Polis" ini bukan suatu yang asing di Malaysia. Kita juga masih ingat beberapa kes yang hampir sama di antaranya kes Shahril Azlan Ahmad Kamil, Siti Nasrinda Sumirin, Norizan Salleh dan lain-lain lagi. Sehingga sekarang, inividu tersebut dan waris-waris mangsa masih dalam perjuangan mereka menuntut keadilan.

Najib (gambar kiri), Aminulrasyid dan bola. Ketiga subjek ini secara tidak langsung berkait. Umpama dua manusia yang melakonkan watak masing-masing. Hidup dalam kelas sosial yang berbeza.

Rentetan dari perkara yang telah berlaku, secara politik kita melihat tindakan Najib mendampingi belia dengan menonton perlawanan bola merupakan sebuah lakonan, jelek mata memandang apatah lagi dengan isu keselamatan belia yang masih kabur.

Sekiranya Najib memainkan peranan kerajaan untuk peduli dan menjamin keselamatan rakyat keseluruhan; termasuk golongan belia, Aminulrashid tidak akan mati di tangan polis. Walau apapun bencana keselamatan dan sosial yang berlaku dalam masyarakat kita, mereka yang berstatus VVIP akan terus diiring oleh pasukan keselamatan dan polis sehingga selamat sampai ke destinasi seterusnya. Beertikah semua ini untuk kita semua?

Skim Rumah pertamaku: Tawaran tidak ikhlas

Selain dari habuan-habuan yang dijanjikan seperti mewujudkan parlimen belia, sebelum itu Bajet 2011 telah menawarkan Skim Rumah Pertamaku terbuka bagi golongan belia yang berpendapatan kurang dari RM3000 di bawah umur 35 tahun. Skim ini, bertujuan menggalakkan golongan belia memiliki kediaman sendiri selain mengikat para peminjam sehingga hampir seumur hidup mereka engan pinjaman minimum RM100,000 sehingga RM220,000.

Seperkara yang menarik perhatian, dari nilai yang dinyatakan, rasanya sangat jauh berbeza dengan realiti harga hartanah, rumah standard yang selesa terutamanya di kawasan bandar terutamanya di Lembah Klang. Lupakan sebuah rumah yang selesa dan tenteram! Lalu persoalan demi persoalan timbul. Apakah kerajaan pimpinan Najib benar-benar ikhlas dalam membantu golongan belia? Sekiranya kerajaan komited untuk membantu golongan belia memiliki rumah, nilai jumlah pinjaman harus ditingkatkan.

Dasar haruslah realis. Mungkin perlu dikelaskan kepaa kawasan-kawasan tertentu agar ia tidak mengetepikan impian golongan belia yang ingin memiliki kediaman yang selesa di sekitar Kuala Lumpur. Kita melihat tawaran ini lari dari realiti yang sebenarnya dan boleh kita nyatakan bahawa tawaran ini cuma sekadar untuk meraih undi?

Belia bangkit melakar sejarah!

Jujur, saya tidak peduli. Biarpun tiga juta belia dihimpunkan di Putrajaya; paling penting kita harus sedar apakah rasional mereka dihimpunkan? Semata-mata untuk menghiburkan atau menunjukkan keprihatinan kerajaan sebagai match maker bagi belia-belia yang masih single? Malah, target 1 juta yang diwar-warkan nampak retorik apabila anggaran yang hadir cuma kurang lebih 10 ribu.

Saya bukan skeptikal, baguslah, sekurang-kurangnya kerajaan melakukan sesuatu untuk mengisi jiwa-jiwa belia ini. Akan tetapi, apakah wajar ratusan ribu ringgit malah mungkin mencatatkan angka juta dibelanjakan untuk program sedemikian lebih-lebih lagi ia jauh tersasar dari target? Semasa rakyat dihimpit dengan rasionalisasi harga gula dan bahan api, terkini, rakyat berhadapan dengan pelarasan semula tarif elektrik, ini merupakan salah satu isu pembaziran wang negara yang harus diambil peduli.

Objektif himpunan 1 juta belia ini bertujuan untuk menghargai sumbangan belia. Justeru, kita melihat dikesempatan inilah Najib mengambil peluang menyeru agar para belia mempertahankan Putrajaya. Antara lain dalam ucapannya berkata,

"Di sini, satu juta belia berkumpul di Putrajaya bagi mempertahankan kerajaan. Sanggupkah anda mempertahankan Putrajaya bersama saya?" lalu disambut dengan jeritan "ya". Ucapan beliau kemudian disambung dengan laungan "Pertahankan Putrajaya" sebanyak tiga kali.

Ucapan ini terang-terang sebuah justifikasi. Lalu, kita berfikir, apakah yang mahu dipertahankan Najib? Dengan rekod pentadbiran yang dihantui dengan skandal-skandal besar seperti isu Scorpene, malah beliau sendiri masih belum bersih dengan isu Altantuya, komplot Liwat II, isu video lucah, isu keganasan Polis, isu rasuah dan SPRM, dilema ekonomi dan sosial negara yang kian menghimpit rakyat malah banyak lagi.

Sekali lagi kita bertanya, pertahankan Putrajaya daripada pembangkang? Apa rasionalnya mempertahankan kerajaan yang telah lama diberi mandat tetapi menunjukkan prestasi yang menjengkelkan? Siapa yang harus ditukar sekarang? Rakyat harus jangan ditipu sekali lagi hidup-hidup dan para belia Malaysia harus bangkit melakar sejarah!

*Hafiz Zainuddin ialah kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Amaran Pemuda PAS pada k'jaan BN, Pakatan

Posted: 02 Jun 2011 01:54 AM PDT

Abdul Rahim Sabri


Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan memberi peringatan dan amaran kepada kerajaan BN dan Pakatan Rakyat supaya tidak memandang rendah kehadiran generasi muda di persada politik negara ini.

Ini kerana katanya, berdasarkan sejarah, kebangkitan anak muda menumbangkan kuasa angkuh regim diktator dunia hari ini hasil kepedulian mereka terhadap perkembangan semasa dan celik maklumat untuk perubahan.

NONE"Justeru itu, saya mewakili Dewan Pemuda PAS memberi peringatan kepada kerajaan yang memerintah, sama ada kerajaan BN di peringkat persekutuan mahupun kerajaan Pakatan di beberapa buah negeri termasuk Kelantan yang telah sekian lama ditadbir oleh PAS, supaya tidak memandang rendah kehadiran generasi milenium ini.

"DPP (Dewan Pemuda PAS) memberi amaran kepada BN supaya membuka selebarnya pintu demokrasi juga sekali–kali jangan menipu dan menyeleweng serta menyalahguna kuasa semata–mata untuk meraih kemenangan di dalam pilihan raya.

"Andai BN masih degil, angkuh dan keras kepala, mereka pasti berdepan sekali lagi dengan kebangkitan anak muda yang sukar dibendung, bersama operasi BERSIH 2," katanya.

Demonstrasi BERSIH 2 akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Nasrudin berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasar sempena Muktamar Pemuda PAS ke-52 yang bertajuk "Memimpin Kebangkitan Anak Muda" di Auditorium Banquet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Selasa malam.

Pinda sistem PTPTN

Dalam ucapannya juga, Nasrudin turut menegaskan supaya kerajaan Pakatan supaya menunaikan manifesto pilihan raya umum 2008 khusus negara berkebajikan dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

NONE"Lebih khusus, DPP dengan penuh insaf dan prihatin merujuk kepada kerajaan Pakatan di Kelantan dan Kedah sedang PAS dominan di situ, supaya mereka segera mengatasi kelemahan yang ada, sentiasa peka terhadap tuntutan rakyat, memperkukuh saf kepimpinan dan memperkasa jentera pentadbiran kerajaan," katanya.

Nasrudin berkata generasi anak muda kini adalah generasi yang sentiasa bersedia melakukan perubahan terutama apabila mereka menyaksikan wujudnya elemen yang mendorong, seperti penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, penindasan, ketidakadilan dan perlecehan syariat.

Nasrudin juga membuat tuntutan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) supaya kutipan pinjaman dikuatkuasakan hanya selepas enam bulan dari tarikh peminjam mendapat pekerjaan tetap yang setaraf dengan kelulusan, bukan enam bulan selepas menamatkan pengajian.

Selain itu, beliau juga menuntut supaya Seksyen 22A Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan juga Pekeliling PTPTN Bilangan Satu Tahun 2009 yang menyenaraihitamkan peminjam sehingga menghalang keluar negara dipinda atau dimansuh.

Beliau juga menggesa diperkenalkan pinjaman baru tanpa faedah atau kos perkhidmatan menggantikan sistem sedia ada dan memberikan biasiswa kepada Melayu dan bumiputera sebagaimana yang dijamin dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas tentang media, untuk mewujudkan mekanisme semak dan imbang, Nasrudin mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluluskan permit kepada bekas presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari, menerbitkan akhbar Utusan Rakyat dan akhbar Purnama yang dimohon PAS lebih sedekad.

Pulau Pinang jamin tarif air tidak naik

Posted: 02 Jun 2011 01:52 AM PDT

MALAYSIA KINI


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinannya di negeri itu boleh memberikan jaminan bahawa tarif air tidak akan dinaikkan untuk kadar domestik.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, mereka berhasrat menaikkan surcaj pemuliharaan air untuk menghukum pengguna domestik yang membazirkan air.

"Akan tetapi memandangkan Pulau Pinang mengalami penggunaan air yang paling tinggi di Malaysia sebanyak 286 liter sehari seorang, kerajaan negeri akan terus mengkaji kenaikan kadar Water surcaj pemuliharaan air untuk menghukum pengguna domestik yang membazirkan air," katanya.

Berucap dalam majlis menandatangani perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air Pulau Pinang dan kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini, Lim juga berkata, kerajaan negeri bersungguh-sungguh untuk memeterai perjanjian penstrukturan semula bekalan air.

Turut hadir dalam majlis itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Kewangan II Datuk Seri Haji Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Sri Dr Peter Chin Fah Kui.

Kerajaan Pulau Pinang dan Kementerian Kewangan menandatangani persetujuan di mana Kerajaan negeri bersetuju memindahkan aset teras pengusaha air - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) - sebagai pertukaran penyelesaian penstrukturan semula baki pinjaman Persekutuan yang dimiliki oleh Pulau Pinang.

Bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2007, semua syarikat bekalan air akan dikawal selia dan dilesenkan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Penstrukturan semula diperlukan untuk meningkatkan kualiti air dan meringankan bebanan pembiayaan pembangunan infrastruktur yang ditanggung oleh negeri dan syarikat-syarikat konsesi.

Lim bagaimanapun menegaskan empat perkara utama berhubung perkara itu, antaranya:

  • Pinjaman kerajaan negeri berjumlah RM655.24 juta kepada kerajaan persekutuan akan diberikan tanpa faedah dan tanpa batasan pemsempadanan berkaitan aset air terhadap PAAB bagi tempoh 45 tahun.
  • Pembiayaan projek pembesaran Empangan Mengkuang berjumlah RM1.2 bilion akan diberikan sebagai geran oleh kerajaan persekutuan.
  • Segala semakan semula atau kenaikan kadar tarif air mestilah mendapat persetujuan dan kelulusan kerajaan negeri.

Gelak-gelak dalam borak online KJ

Posted: 02 Jun 2011 01:46 AM PDT

Regina Lee


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam sesi borak dalam talian anjuran Yahoo! Malaysia dihujani pelbagai soalan, termasuk yang menggelikan hati.

NONEDalam sesi selama sejam setengah pagi tadi, kebanyakan soalan yang diajukan mampu membuatkan Khairy tidak senang duduk.

Tetapi sama ada Khairy dalam mengelaknya dengan hujah penuh diplomasi dan kepetahannya bermain kata, sesi itu turut mewujudkan suasana ceria dan gelak-ketawa.

Berikut petikan daripada sesi itu:

Tentang kroni dan proksi

Soalan: Apa kaitan YB dengan Jason Lo, Tony Fernandes dan adakan terdapat hubungan dalam sokongan YB terhadap AirAsia dalam peruntukan perjalanan.

Jawapan: Jason Lo kawan baik saya. Saya kenal dia sejak kecil. Tony juga kawan saya. Saya tidak punya sebarang saham dalam AirAsia. Siapa buat dakwaan ini boleh jumpa saya di mahkamah. Saya sokong peruntukan perjalanan kerana ia baik untuk negara ini supaya lebih pelancong tiba. Kamu tak mahu lebih ramai melawat Malaysia.

KJ, kamu tiada saham dalam AirAsia, tetapi adakah anggota keluarha terdekat mempunyai saham dalam AirAsia? ;)

Anggota terdekat saya tiada saham dalam AirAsia, begitu juga kawan-kawan atau proksi. Sekali lagi, saya sedia bertemu sesiapa sahaja di mahkamah berhubung perkara ini.

Impian masa depan

YB, adakah YB masih mampu menjadi PM ketika berumur 40 tahun?

Hahaha. Ini firnah! Urban legend. Saya tak pernah kata mahu jadi PM pada umur 40 atau mahu jadi PM. Saya hanya mahu berkhidmat atas kapasiti yang rakyat mahukan.

Apa kamu akan jadi/buat sekiranya tidak berada dalam politik?

Koresponden perang.

Hal ehwal lelaki

Apa kelemahan PM kita?

Beliau suka lagu 'Nobody But You' oleh (Wondergirls)? Ini kelemahan yang buruk.

Khairy, siapa penyanyi kegemaran kamu?

Tentulah bukan Wondergirls. Haha. Maaf DS Najib. Saya suka U2, Counting Crows dan Dave Mathews. Artis tempatan, saya suka Faizal Tahir. Beliau cool.

Makanan kegemaran YB?

Patin atau ikan keli.

NONEApa pendapat anda tentang Justin Bieber?

Muntah. Maaf kepada semua Beliebers. Mungkin hilang undi mereka di sana.

Tentang rakan dan lawan

Apa pandangan kamu pada Raja Petra Kamaruddin?

Dia suka putarkan pembohongan dan semuanya terdedah akhir-akhir ini.

Khairy, apa pendapat kamu tentang Mukhriz Mahathir, adakah kamu fikir beliau sebagai ancaman kepada karier politik kamu?

Beliau pemimpin muda Umno dengan potensi yang besar. Sebagai pemimpin Umno kami mesti bekerjasama. Walaupun kami pernah bersaing sesama sendiri untuk jawatan ketua Pemuda, saya rasa kedua-dua kami cukup matang bekerjasama untuk parti.

Patutkah Mahathir kembali menjadi perdana menteri?

Saya rasa kita patut lihat ke hadapan.

NONEKamu amat kritikal kepada polisi dan legasi Tun M. Kenapa?

Saya kritikal pada dasar. Ia bukan berkaitan peribadi kepada siapa pun. Jika ada yang saya tidak setuju, saya akan suarakan pendapat sendiri. Saya telah lakukan banyak kali kepada kerajaan ini dan dalam parlimen juga. Baru-baru ini saya menentang signal daripada kerajaan untuk menaikkan harga petrol RON95. Dasar, bukan orangnya.

YB... Bagaimana hubungan dengan (Anwar Ibrahim) dan keluarganya?

Saya tiada sebarang hubungan peribadi dengan Datuk Seri Anwar dan anggota keluarganya. Saya hanya lihatnya di parlimen.

YB, adakan benar kamu sepatunya berkahwin dengan Nurul Izzah suatu masa dulu?

Hahaha. Tak akan. Saya tak kenal langsung beliau kecuali melihatnya di parlimen sahaja. Satu lagi pembohongan dan urban legend. Orang ramai percaya pada omong kosong.

Haji Subky dipilih sebagai Tokoh Pemuda

Posted: 02 Jun 2011 01:41 AM PDT

Ismail Hashim


SHAH ALAM: Penulis terkenal, Haji Subky Latif dianugerahkan sebagai Tokoh Pemuda memandangkan sumbangan besarnya kepada PAS khususnya dewan pemuda.

Ketika peralihan bentuk kepimpinan PAS pada 1982 yang digagaskan oleh dewan pemuda dalam muktamar di Pulau Pinang, Subky adalah Setiausahanya.

Beliau juga pernah diamanahkan sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dalam tempoh lama sejak 1995 lagi.

Sehingga kini, beliau masih lagi menulis artikel menarik dan diminati ramai di dalam akhbar rasmi PAS, Harakah sejak mula ditubuhkan pada 1980.

Upacara ini adalah sebahagian dari majlis gilang gemilang yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dekat sini dihadiri hampir 700 perwakilan pemuda dari seluruh negara.

Perasmian muktamar ini turut disaksikan oleh rakyat Malaysia di seluruh dunia di mana sahaja mereka berada yang boleh diikuti melalui capaian internet.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran yang disampaikan oleh anak lelaki Speaker Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, 12, yang merupakan johan di peringkat Asean.

Turut hadir dua Naib Presiden PAS, Haji Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Dewan Muslimat Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, AJK-AJK PAS Pusat termasuk Pesuruhjaya PAS negeri.

Dua tayangan multimedia menarik perhatian seluruh hadirin dengan memaparkan kembali program pemuda sepanjang tahun terutamanya demontrasi jalanan Bersih dan PPSMI.

Menariknya bila terpapar Ustaz Nasrudin yang berbadan besar menaiki motosikal yang disifatkan paling kecil dalam dunia; sehingga semua hadirin tergelak seketika.

Dalam majlis ini juga, ramai tokoh-tokoh yang menjadi idola orang muda diberikan anugerah khas kerana kesanggupan mereka bersama dengan pemuda dan menyemarakkan kegiatan bersama.

Antara mereka adalah Dr Abdul Bassit Abdul Rahman (Akademik), Ustaz Azhar Idrus (Ustaz), Radhi Mat Din (bolasepak), Bob Lokman (Selebriti), Yaasin Said (permotoran) dan Datuk Misbun Sidek (badminton, tidak dapat hadir).

Hari ini (2 Jun) akan berlangsung sesi membahaskan ucapan dasar ketua pemuda oleh perwakilan dari seluruh negara dan tamat pada jam 7 petang.

Sementara itu pagi ini juga, Dewan Muslimat PAS Pusat pula akan mengadakan Muktamar Tahunan ke-51 di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, bermula jam 8 pagi.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Di masa sama, Dewan Ulamak PAS Pusat akan mengadakan muktamarnya di Taman Melewar.

Setelah itu, Muktamar PAS Pusat kali ke-57 akan bermula pada 3 Jun dengan ucapan dasar dan perasmian oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan selesai pada 5 Jun dengan ucapan penggulungan, juga oleh presiden.

Semua jawatan ulama menang tanpa bertanding

Posted: 02 Jun 2011 01:40 AM PDT

Aziz Muda


KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Ke-50 mencatat sejarah apabila kesemua jawatan dalam dewan itu diumumkan menang tanpa bertanding.

Jawatan-jawatan yang diisytiharkan menang tanpa bertanding meliputi jawatan Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Penolong Setiausaha 1,2 dan 3, Bendahari, AJK dan pemeriksa kira-kira bagi sessi 2011-2013.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Dewan Ulama, Ustaz Hamdan Mohamad sekitar jam 9.00 pagi ini.

Dewan Ulama PAS Pusat mengadakan Muktamar Tahunan Ke-50 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar di sini, hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Ucap utama disempurnakan oleh Timbalan Ketua Dewan Ulama bagi mewakilo Ketuanya, Datuk Harun Taib yang turut hadir mengikutinya.

Pada sessi perbahasan ucap utama bermula jam 11.30 pagi tadi yang dipengerusikan oleh Ustaz Hamdan Mohamad, seramai 7 peserta telah mengambil bahagian.

Peserta terbabit terdiri daripada perwakilan Dewan Ulama PAS Terengganu, Hamzah Ngah, Kedah (Mohd Lutfi Ariffin), Perlis (Idris Yaakub), Johor (Ustaz Arif Salim Osman), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Ustaz Mohd Nazmi Kamaruddin), Perak (Muhammad Nuri Al-Amin Endut) dan Pahang (Ahmad Nazri).

Perbahasan ucap utama akan disambung jam 2.30 petang dengan dimulaikan perwakilan Dewan Ulama PAS Selangor setelah muktmar berehat jam 1.00 tengahari.

650 pewakilan tentukan pimpinan pemuda

Posted: 02 Jun 2011 01:39 AM PDT

Afiq Hizami, Pelatih UKM


SHAH ALAM: Seramai 650 pewakilan dari seluruh negeri yang menjadi perwakilan Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke 52 ini bakal menentukan kepimpinannya sesi 2011-2013.

Mereka bakal menentukan siapa akan menjadi Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Timbalan Ketua, Naib Ketua, 12 Ahli Jawatankuasa Kerja DPPP dan dua Pemeriksa Kira-kira.

Mereka mula membuang undi jam 10.00 pagi tadi. Keputusan pemilihan dijangka akan diumumkan malam ini.

Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang menang tanpa bertanding, Ustaz Nasrudin Hassan menyatakan pemilihan jawatankuasa kerja kali ini adalah sangat sengit dan sukar untuk menentukan siapa yang akan memenangi kerusi tersebut.

Ditanya mengenai ciri-ciri yang menjadi autoriti kepada calon pemilihan tersebut, beliau menyatakan bahawa pemilihan mungkin dilihat dari dua aspek iaitu aspek glamor dan juga cara berkerja yang dilakukan oleh calon selama dua tahun sebelum ini.

Bercakap pada masa yang sama, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Khairil Faizi Ahmad Kamil melahirkan kegembiraan terhadap kelangsungan muktamar dewan pemuda kali ini.

"Ini kali pertama kita bermuktamar dengan perwakilan terus dari kawasan dan kita memastikan pewakilan yang datang menghampiri 700 ahli serta layak mengundi untuk pemilihan pada kali ini," jelas beliau sewaktu berucap di Dewan Auditorium MBSA Shah Alam.

Beliau juga calon dalam merebut jawantankuasa dewan pemuda PAS kali ini juga menyerah kepada pewakilan untuk menentukan pemilihan yang dirasakan sesuai.

AMK dan DAPSY terima baik ucapan Ketua Pemuda PAS

Posted: 02 Jun 2011 01:33 AM PDT

Ismail Hashim


SHAH ALAM: Dua rakan Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam Pakatan Rakyat menerima baik ucapan dasar Memimpin Kebangkitan Anak Muda yang dibentangkan oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi malam tadi.

Bagi mereka, ia adalah ucapan terbaik dan panjang mencakupi semua hal ehwal semasa termasuk suasana politik yang berlaku dalam negara ini telah berjaya dikemukakan oleh Ketua Pemuda PAS itu, wajar disambut dengan positif oleh seluruh generasi muda Malaysia.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Akin dan Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, ucapan dasar Ustaz Nasrudin itu merupakan penegasan dalam membentuk satu perubahan lanskap baharu politik negara.

Kedua mereka turut hadir dan bercakap kepada HarakahDaily selepas meneliti ucapan dasar Dewan Pemuda PAS Pusat yang dibentangkan ketuanya sempena Muktamar Tahunan ke 52 yang berlangsung di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini.

Dalam huraian panjang lebar oleh kedua-dua tokoh pemuda ini, mereka melihat ucapan itu sangat bernas dan mampu meyakinkan generasi muda dengan gerakan menyeluruh ke bawah selepas ini untuk menyertai golongan itu.

Apatah lagi dalam ucapan juga disebutkan bilangan pengundi muda dalam pilihan raya akan datang melewati jumlah tujuh juta yang merupakan satu modal perubahan yang sangat mahal nilainya kepada negara.

Shamsul berkata, ucapan itu menjurus kepada isu-isu penting yang perlu digarap oleh generasi muda terutama dalam Dewan Pemuda PAS untuk berhadapan dengan pengundi muda yang sofistikated.

Ini ditambah dengan penegasan Ustaz Nasrudin memperakui pengaruh dan peranan media baharu yang signifikan dengan golongan muda mutakhir ini.

"Kecenderungan pendekatan terkini oleh Pemuda PAS harus dilihat bukan sekadar untuk memikat tetapi hendak sampaikan mesej kepada orang muda kerana mereka diangggap sebagai partner dalam negara ini.

"Saya menerima baik ucapan beliau, paling bernas, antara terpanjang mencakupi keseluruhan aspek penting dalam usaha memperkasakan generasi muda terutama dalam hal-hal manfaatkan media-media baru yang sekarang ini menjadi trend.

"Perkara ini penting kerana dalam keadaan kita ingin menarik dan memberikan pendidikan politik kepada generasi muda, saya juga melihat ini merupakan satu ingatan penting kepada pimpinan muda Pakatan Rakyat untuk berani menyampaikan pandangan dan menerima kritikan melalui laman-laman maya," tegasnya.

Shamsul sebagai seorang pengamal undang-undang berkata, inilah trend revolusi yang berlaku di Mesir yang menggunakan pendekatan strategik baru dan beliau yakin dengan impak besar dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya, kini senjata media baru ini lebih ringkas dan lebih ampuh yang diminati golongan muda kerana itu harus ada keberanian untuk memanfaatkan peluang yang sedang terbuka luas ini bagi menyampaikan pendidikan politik.

Bercakap tentang sukarnya Pemuda Umno sukar untuk menerima gagasan Pemuda PAS sedangkan Pemuda DAP boleh faham, Shamsul berkata, ini disebabkan oleh faktor politik apa yang besar di hadapan mereka, politik mereka bercakap ingin menjadi perdana menteri dan menteri.

AMK tegasnya boleh menerima pendirian Pemuda PAS kerana sama menggunakan kaedah jalur politik di jalur dakwah dan jalur dakwah di jalur politik dan dengan DAP pula untuk sama-sama tegakkan kebenaran dan keadilan.

"Kita gerakkan politik tidak taksub menjadi agenda bersama oleh mana-mana parti politik bijaksana dan ini tidak terpakai kepada Pemuda BN," tegasnya.
Harapan beliau kepada generasi muda mesti berani melakukan perubahan kerana mereka sudah lama mengimpi dan mendambakan sebuah negara yang mampu membantu dan mengangkat martabat rakyat.

Bagi beliau, tujuh juta pengundi muda menunjukkan satu kekuatan politik baru dan sesiapa pun yang ingin menang dalam pilihan raya mesti meyakinkan golongan muda, dalam Pakatan Rakyat jelas, ruang dan peluang diberikan sepenuhnya kepada generasi sebilang masa bukan di waktu pilihan raya sahaja.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah pula berkata, ucapan Ustaz Nasrudin sungguh terkehadapan kerana menggariskan cabaran yang memang banyak berlaku di Malaysia sekarang ini lalu beliau megggariskan bagaimana cara berhadapan dengan situasi semasa.

"Beliau memberikan kefahaman kepada seluruh Pemuda PAS tentang cabaran yang sedang berada di hadapan dan saya juga tertarik dengan fokus beliau tentang bagaimana untuk mendampingi golongan muda yang beliau sifatkan generasi millenium.

"Bagi saya, fokus yang diberikan beliau amat tepat sekali kerana generasi itu adalah penentu kepada bentuk sesebauh negara di masa hadapan," tegasnya.

Dalam pada itu, beliau bersetuju dengan gagasan gerakan politik kini mesti lebih kreatif untuk memenuhi citarasa masakini sesuai dengan trend dan budaya politik pada hari ini, justeru perlu kepada usaha lebih baik untuk memenuhi cabaran dan ruang lingkup semasa.

Loke yakin sekiranya Pemuda PAS dapat memahami dan melaksakan segala gerakerja yang digariskan, Pemuda PAS bakal menjadi satu gerakan yang berpengaruh sekali kerana jumlah anggota ramai dan organisasi mantap.

Katanya, Pemuda PAS jika dapat menggunakan pendekatan baru seperti facebook dan twitter di alam maya, wadah mereka akan berlainan dan lebih berkesan dalam memenuhi keperluan semasa.

"Saya menerima baik khususnya beliau menolak fitnah bahawa kerjasama dengan DAP dan Keadilan adalah satu proses diluluskan oleh Majlis Syura melalui Tahalluf Siyasi dan penegasan melalui mulut Ketua Pemuda PAS sendiri serta tulisannya meminta Pemuda PAS menerima dengan baik.

"Saya lihat Ketua Pemuda PAS amat komited dalam Pakatan Rakyat dan menolak persepsi negatif untuk menggagalkan pakatan itu meskipun ada musuh politik yang cuba berbuat demikian," tegasnya lagi.

Dalam pada itu, jelasnya, beliau berharap pemuda Malaysia seluruhnya dapat memahami bahawa masa depan negara terletak di tangan generasi muda pada hari ini sebaliknya jika mereka gagal memahami kehendak ini, masa hadapan Malaysia akan berada dalam keadaan tidak baik.

Menurutnya, pengundi muda seramai tujuh juta merupakan modal besar jika dapat digabung dalam satu suara untuk menuntut perubahan ke arah terbaik.

Bercakap tentang Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai nanti, Pemuda DAP dalam konteks Pakatan Rakyat akan memberikan kerjasama terbaik dalam menuntut pilihan raya lebih bersih dan adil.

Pemuda PAS: Kerjasama DAP, PKR tidak gadai prinsip Islam

Posted: 02 Jun 2011 01:25 AM PDT


SHAH ALAM – Pemuda PAS menolak tanggapan sesetengah pihak khususnya parti lawannya bahawa kerjasama sayap itu dengan pergerakan muda dari PKR dan DAP tidak Islamik dan bertentangan dengan prinsip-prinsip syarie.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, ada pihak mempertikaikan hubungan "kita dengan AMK dan DAPSY sebagai tidak Islamik dan kononnya menggadai prinsip perjuangan asal kita."

"Suka saya tegaskan di sini bahawa kita tidak pernah merubah dasar dan prinsip perjuangan dan hubungan kita dengan AMK dan DAPSY adalah hubungan tahaaluf yang diluluskan oleh syarak, maka tidak timbul soal tidak syarie atau tidak Islamik," kata beliau dalam ucapan dasarnnya pada muktamar sayap itu hari ini.

Nasrudin menambah, malah pemuda mesti terus 'enggage' dengan semua golongan dan lapisan masyarakat, turun dan mara sebagai "duta penyelamat dan kasih sayang."

"Menyantuni dan menyertai kehidupan harian mereka dengan membawa semangat Orang Muda Geng Kita. Terutama hubungan kita dengan rakan tahaaluf iaitu Angkatan Muda Keadilan dan DAPSY.

"Pastikan hubungan ini terus erat dan bersama menjana kemenangan demi kepentingan negara dan rakyat," kata beliau pada muktamar sayap itu yang dirasmikan di Shah Alam.

Teks ucapannya diedarkan kepada media malam ini.

Sehubungan itu soal beliau, bukankah Islam mengajar "kita menentang kezaliman seperti ISA, selain menolak rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan seperti apa yang berlaku kepada SPR, badan kehakiman, polis dan FRU?"

Tambah beliau, "bukankah Islam mengajar kita menentang segala pembaziran seperti projek mega yang tidak menguntungkan rakyat, agihan saham hanya berlegar dikalangan kroni dan sebagainya?"

Justeru tambah beliau, Pemuda PAS bersepakat dalam perkara ini dengan AMK dan DAPSY, lalu bekerjasama, "maka di manakah yang tidak Islamik dalam perkara ini?"

"Saya harap kita tidak keliru lagi dan saya juga sebagai anggota Majlis Syura Ulama turut terlibat dalam perbahasan dan penelitian panjang mengenai perkara ini dan Majlis Syura Ulama PAS telah memutus dan meluluskan perkara ini," katanya lagi.

"Justeru itu, kita pertahankan tahaaluf ini dengan konsep dan prinsip serta akhlak dalam bertahaaluf siasi dengan mana – mana jua pihak yang bukan dari jamaah atau parti kita.

"Dalam erti kata yang lain, marilah kita perkukuhkan Pakatan Rakyat tanpa melupakan pemerkasaan parti kita sendiri," katanya lagi.

Nik Aziz: Saya ada pilihan sendiri tapi tak mahu dedah elak kecoh

Posted: 02 Jun 2011 01:23 AM PDT


SHAH ALAM — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai pilihannya sendiri berhubung calon yang sesuai untuk dipilih pada pemilihan parti itu kali ini.

Pemilihan ketiga-tiga sayap berlangsung hari ini manakala peringkat pusat sempena muktamar yang bermula esok.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, walau siapa pun pilihannya, semua keputusan terletak pada tangan perwakilan untuk menentukan pemenang.

"Saya ada pilihan saya. Tapi tak bolehlah beritahu pada orang lain. Kalau saya beritahu kecohlah nanti," kata beliaua pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS 2011 di sini hari ini.

Pemilihan kali ini tumpuan beralih kepada timbalan presiden yang menyaksikan saingan tiga penjuru manakala naib presiden pula disaingi enam calon.

Calon yang akan bertanding jawatan nombor dua parti adalah penyandangnya Nasharudin Mat Isa, yang dicabar Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja Mohamad Sabu.

Dalam pada itu, tiga kerusi naib presiden ditandingi Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang masing-masing merupakan penyandang jawatan, dua Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Penerangan Idris Ahmad.

Jawatan ketua Dewan Muslimat disaingi Nuridah Salleh dan Siti Zailah Yusoff manakala Nasrudin Hassan mengekalkan kedudukannya.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mengekalkan jawatannya.

Menjawab soalan mengenai pemberian ruang kepada Muslimat bertanding pada pilihan raya akan datang, Nik Aziz berkata, semua keputusan terletak pada jawatankuasa pilihan raya.

"Terletak pada parti. Kita akan bagi ruang kepada orang yang ada bakat, aktif dan kita lihat penampilan diri dia.

"Bilangan kerusi akan ditambah atau tidak, itu terletak pada mesyuarat," katanya.

Tiada ulasan: