Selasa, 21 Jun 2011

bumiperak

bumiperak


Isu dua Ketua Pengarah JKR masih berlarutan

Posted: 21 Jun 2011 08:36 PM PDT

Kuala Lumpur 22 Jun- Isu Dua nakhoda satu kapal masih berlarutan di Jabatan Kerja Raya (JKR) ketika ini berikutan tindakan bekas Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim dengan Ketua Pengarah JKR yang baru, Datuk Mohd Nor Yaacob.
 
Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim, yang memegang jawatan ketua pengarah JKR sejak Mei 2007 ditukar ke jawatan Ketua Pengarah CIDB berkuatkuasa 1Mei lalu. Jawatan yang dikosongkan itu kemudiannya diisi oleh Datuk Mohd. Noor Yaacob iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II sebelum ini.
 
Pelantikan Mohd. Noor sebagai sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa pada tarikh sama diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSU), Tan Sri Mohd Sidek Hassan akhir April lalu.
 
Di Parlimen Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) Naib Presiden PAS berkata demikian sebagai mempersoal jawapan bertulis dari JKR yang disentuh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semasa sesi penggulungan.
 
Datuk Mahfuz membayangkan "ada benda tidak kena" di sebalik konflik pertukaran Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim dari jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

1.    Perubahan jawatan ini menurunkan gred Dr. Judin yang bergred Turus 3 kepada Jusa C
2.    Apakah dia (Dr. Judin) ini jenis yang bukan yes man kepada menteri
3.    Dr. Judin "tidak menerima" arahan surat pertukaran oleh Ketua Setiausaha Negara itu dan Jabatan Perkhidmatan Awam juga difahamkan tidak tahu pertukaran tersebut.
 
Turut mencelah, Saifudin Nasution (PKR-Machang) yang mempersoal kenapa surat pertukaran kepada Dr. Judin diberikan secara tergesa-gesa.
"KSU serah surat hari Jumaat, pertukaran kuatkuasa hari Sabtu. Kenapa keadaan tergesa-gesa itu berlaku?" soalnya.
 
Menjawab persoalan itu, Nazri berkata pertukaran Dr. Judin itu bukanlah penurunan jawatan tetapi kerana kepakaran beliau dan diperlukan untuk menguruskan CIDB.
Bagaimanapun, berhubung isu konflik wujud dua ketua pengarah, dan perlantikan dibuat tergesa-gesa, beliau akan meminta pihak kementerian kerja raya menjelaskan perkara itu kemudian.
 
"Tak apa, saya akan maklumkan kepada pihak kementerian bahawa jawapan bertulis yang diberikan tidak memuaskan," katanya.

KUALA LUMPUR 22 Jun 2011 (-BHarian): Dua nakhoda satu kapal. Apakah ini yang berlaku di Jabatan Kerja Raya (JKR) ketika ini berikutan tindakan bekas Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim enggan mengosongkan biliknya, walaupun penggantinya sudah dilantik sejak Mei lalu?

Menjawab soalan itu, Ketua Pengarah yang baru, Datuk Mohd Nor Yaacob, berkata isu Dua nakhoda satu kapal tidak timbul di JKR kerana beliau sudah menjalankan tugas secara rasmi sejak dilantik kejawatan itu pada 1 Mei lalu. Sehubungan itu, beliau berkata, isu Judin enggan keluar biliknya tidak menjejaskan perjalanan dan urus tadbir jabatan, malahmendakwa operasinya berjalan sepertibiasa dan lancar.
 
Mohd Noor yang sebelum ini Timbalan Ketua PengarahKerja Raya II berkata, beliau mula menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pengarah sejajar dengan surat perlantikan yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Sudah hamper dua bulan dan saya tidak menghadapi sebarang masalah menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah JKR serta sudah menghadiri beberapa majlis di atas kapasiti saya ini. Cuma berbeza adalah, saya bertugas dari bilik lama saya, iaitu pejabat Timbalan Ketua Pengarah JKR II.

Pada 28 April lalu, Mohd Sidek mengumumkan Yang di-Pertuan Agong memperkenankan perlantikan Mohd Noor  sebagai Ketua Pengarah JKR mulai 1 Mei 2011 menggantikan Judin yang dilantik sebagai ketua Eksekutif Lembaga pembangunan industri Pembinaan (CIDB) pada tarikh sama.
 
Sementara itu Judin yang dihubungi bertegas buat masa ini beliau tidak akan berganjak dari biliknya. "Setakad ini, sayatidak kemana-mana. Sebagai kakitangan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) saya mengikut semua prosedur ditetapkan JPA. Semua kakitangan awam perlu mengikut prosedur JPA," katanya.

Tiada ulasan: