Rabu, 22 Jun 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Demi Rakyat - Bersama Anwar Ibrahim

Posted: 21 Jun 2011 10:21 PM PDT


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Rakyat Lebih Takutkan Rasuah Dari Hackers

Posted: 21 Jun 2011 08:51 PM PDT

Rais: 'Kita tak takut hadapi ancaman godam'

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengarahkan pihak-pihak yang berkaitan supaya bersedia dengan "benteng dan perisai" bagi menghadapi ancaman pihak tertentu yang mahu menyerang laman web Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 4 Julai ini.

Beliau meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU) dan Cybersecurity supaya tidak memandang ringan terhadap ancaman tersebut.

"Kita tidak takut untuk menghadapinya (ancaman itu) kerana kita telah bersedia. Saya meminta SKMM tidak mengambil ringan tentang perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pavilion Malaysia pada konvensyen CommunicAsia 2011 di Marina Bay Sands Convention Center di Singapura.


Dengan "lapisan dan perisai" yang telah diwujudkan oleh pakar-pakar teknikal kerajaan, adalah tidak mudah untuk menembusi laman-laman web kerajaan walaupun ada di antaranya menjadi mangsa kepada pengodam itu.


Ditanya sama ada beliau melihat serangan pengodam terhadap laman-laman web milik kerajaan Malaysia itu mempunyai agenda tertentu, Rais mengesyaki ia mempunyai tujuan tertentu dan tidak hanya "main-main."

Serangan pengodam yang sehingga kini telah menjejaskan kira-kira 200 laman web di Malaysia, katanya, bertujuan jahat dan tidak berperikemanusiaan tetapi kerajaan tidak gentar untuk menghadapinya.

"Saya ada syak-wasangka ini bukan setakat main-main. Ini ada tujuan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan imej sesuatu pihak, berkemungkinan pihak kerajaan dan pihak-pihak yang lain," katanya.

Tindakan pengodam terbabit, kata beliau, bukan sahaja merendahkan kepentingan kerajaan dan pemimpin-pemimpin, tetapi ia juga turut menjejaskan kepentingan rakyat.

"Mereka (pengodam) itu tidak sedar, ia (tindakan mereka) telah meranapkan, menjatuhkan kepentingan rakyat," katanya sambil meminta supaya rakyat bangkit menentang kegiatan pengodam itu.

- Bernama

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Akaun Swiss - Penafian Yang Sudah Dijangkakan

Posted: 21 Jun 2011 08:37 PM PDT

Taib: Saya tiada akaun bank rahsia di Switzerland

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud secara kategori menafikan Dana Bruno Manser (BMF) kononnya beliau memiliki akaun bank di Switzerland.

Penafian itu dibuatnya semasa sesi soalan di Dewan Undangan Negeri Sarawak pagi ini.

"Saya secara kategori nyatakan bahawa saya tidak mempunyai akaun bank Swiss rahsia, tiada aset atau apa-apa pelaburan dan seumpamanya. Tiada apa-apa pun.

"Malah, ini dijelaskan dalam surat yang dialamatkan kepada presiden Persekutuan Swiss.


"Saya secara spesifik bertanyakan kepada presiden itu untuk mengesahkan sama ada beliau ada mengarahkan pihak berkuasa Swiss menyiasat saya berhubung dakwaan BMF atau membekalkan saya sesalinan permohonan supaya saya boleh mendapat nasihat perundangan," katanya.




SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Ibrahim Ali kurang ajar - Dr Ahmad Farouk

Posted: 21 Jun 2011 08:17 PM PDT

Kami membaca berita tentang Ibrahim Ali daripada PERKASA mendakwa kononya akan mempertahankan keamanan dan menghalang BERSIH 2.0 daripada mengadakan perhimpunan pada 9 haribulan Julai dengan penuh rasa marah dan kesal.

Tindakan dungu membakar dan memijak gambar Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan merupakan suatu penghinaan yang sungguh menjelikkan. Tambahan pula menggelarkan beliau dengan panggilan "wanita Hindu" adalah bersifat kurang ajar dan jelas menggambarkan sikap biadab Presiden PERKASA itu sendiri.

Kami ingin menyatakan dengan jelas bahawa perhimpunan yang dirancang adalah dipelopori oleh masyarakat madani tanpa sebarang perintah daripada mana-mana parti politik.


Tuntutan telah pun disampaikan bahawa kami menuntut pilihanraya yang bebas dan adil serta demokrasi liberal yang tulen. Untuk bertahun lamanya kita telah melihat pengaturan undi dan penentuan sempadan pilihan raya yang memberi kelebihan kepada pihak tertentu (gerimander).

Tidak lupa juga liputan media yang berat sebelah dan mendiamkan sebarang kritikan ke atas parti pemerintah.

Tidak pernah ada 'lapangan permainan' politik yang sama rata dan kita telah lelah melihat pelbagai gangguan politik. Amalan rasuah yang menjijikkan begitu tersebar luas sehingga seakan-akan telah membudaya di dalam masyarakat.

Inilah masanya untuk perubahan, dan biarlah BERSIH 2.0 menjadi pemangkin kepada perubahan itu. Ancaman Presiden PERKASA bahawa apa-apa pun boleh terjadi pada hari tersebut dan masyarakat Tiong Hua hendaklah membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah tidak akan melunturkan semangat kami untuk berarak demi demokrasi.

Keputusan pilihanraya terkini di Sarawak jelas menunjukkan tiada sebarang perubahan telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memastikan sebuah pilihanraya yang bebas dan adil seperti yang dijanjikan.

Dengan itu kami telah membuat keputusan bahawa satu-satunya cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kebejatan sistem yang ada sekarang adalah dengan mengadakan satu perhimpunan aman.

Hak untuk berhimpun adakah hak asasi yang termaktub di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 (Artikel 20) dan Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 (Artikel 21).

Kepada saudara Muslim yang berniat untuk terus berkecuali dan tidak mahu ambil peduli dengan tindakan angkuh yang tidak menghormati prinsip-prinsip demokrasi, kami ingin mengingatkan bahawa tindakan berdiam diri hanya akan memperkukuhkan pemerintahan kuku besi yang korup, dan tiada perubahan akan dapat dilihat dengan hanya berdoa untuk perubahan tanpa sebarang usaha.

"Sesungguhnya, Tuhan tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum melainkan mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri" [Qur'an 13:11]

Sekiranya demokrasi itu mencambahkan "semangat penentangan", maka sebenarnya ia telah pun menjadi sebahagian daripada sejarah dan budaya umat Islam. Imam-imam kepada mazhab-mazhab fekah utama dalam Islam bersungguh-sungguh memprotes daripada mazhab mereka dijadikan mazhab rasmi negara pada zaman itu.

Ramai telah dipenjarakan akibat kritikan terhadap pemerintah di zaman mereka. Kita adalah pewaris kepada tradisi ini, yang membekalkan umat Islam hari ini dengan khazanah idea-idea yang demokratik.

Rejim kuku besi haruslah diajar bahawa cukuplah apa yang telah mereka lakukan selama ini. Ayuh hadir pada 9 haribulan Julai, baik lebatnya hujan ataupun teriknya mentari, kita akan berada di sana, berarak untuk kebebasan dan demokrasi. - malaysiakini

Penulis adalah Pengerusi dan Pengarah, Islamic Renaissance Front (IRF

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Umno Terjerat Dengan Isu Bekalan Elektrik Bazar MPKB

Posted: 21 Jun 2011 07:40 PM PDT


KOTA BHARU: Para peniaga Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) hari ini mengakui bahawa mereka gagal membayar bil elektrik selama beberapa bulan lalu hingga berlaku tunggakan yang tinggi mengakibatkan bekalan dipotong.

Namun mereka menyalahkan pihak pengurusan arked itu kerana tidak menghantar wakil untuk mengutip bayaran utiliti dan sewa premis. Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu Ab Salim Ahmad mendakwa pihak pengurusan Pasar Lama Arked MPKB tidak pernah menguruskan kutipan bil utiliti termasuk elektrik dan sewa kedai sejak beberapa bulan lalu menyebabkan peniaga tidak membayar bil berkenaan.


"Kami tidak tahu kenapa isu ini pula yang berbangkit, memang kami mengakui terdapat tunggakan bil utiliti tetapi persoalannya kenapa pihak pengurusan sekarang tidak menghantar wakil untuk mengutip bil dan sewa kedai sebagaimana yang dibuat oleh syarikat sebelum ini," katanya kepada Bernama di sini. Ab Halim mengulas laporan lidah rasmi Pas, Harakahdaily.net hari ini yang mendakwa tunggakan bil elektrik berjumlah hampir RM60,000 yang gagal dibayar oleh peniaga di arked itu sejak beberapa bulan lalu menyebabkan bekalan elektrik di premis mereka dipotong Jumaat lalu.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Demi Rakyat: PKR sasar pikat sokongan pengundi kelas pekerja

Posted: 21 Jun 2011 05:55 PM PDT

Kempen terbaru Demi Rakyat dilancarkan PKR meletakkan sasaran untuk memikat penduduk kawasan bandar dan separa bandar, merangkumi 60 peratus pengundi di kerusi-kerusi ditandinginya — yang mengharapkan persekitaran kuasa beli yang tinggi dan kehidupan selesa.

Sementara upah sebenar tidak mengalami perubahan sejak kebelakangan ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) juga ada mengakui bahawa ia perlu menangani "perangkap pendapatan pertengahan" dan sedang berusaha untuk mengatasi kadar inflasi, direkodkan paling tinggi dalam dua tahun ini pada Mac lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan Kedai Rakyat di Kelana Rakyat petang ini untuk menggambarkan ciri-ciri korporat Malaysia dan pentadbirannya prihatin dengan kepentingan rakyat.


Bagaimanapun Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli (gambar) berkata, kempen Demi Rakyat akan menyasarkan golongan yang menggunakan Internet dan mereka yang berusia 25 hingga 45 tahun dengan pendapatan RM3,000 sebulan ataupun kurang.

"Golongan ini pesimistik mengenai ekonomi. Mereka tidak percaya bahawa akan berupaya untuk membeli sebuah rumah sebagaimana dilakukan oleh ibu bapa mereka.

"Dari Perlis hingga Johor, mesej daripada golongan pekerja adalah sama, tidak kira kaum — mereka mahukan peluang-peluang ekonomi dan mobiliti sosial," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

PKR percaya bahawa usaha terbaru mereka itu boleh memikat komuniti 'online' yang semakin meningkat khususnya di kawasan-kawasan bandar dan separa bandar di mana hampir 79 kerusi yang ditandinginya terletak.

Sementara harga komputer peribadi menurun dan keterdapatan telefon pintar pula semakin meningkat, halangan akses kepada Internet mengecil dan celik komputer mengalami peningkatan — keadaan yang dapat disaksikan dengan kewujudan 9.5 juta akaun Facebook di kalangan rakyat Malaysia.

"Kami mahu berada di peringkat ada kelebihan itu. Sebab itu, sekarang Demi Rakyat menggunakan YouTube untuk menunjukkan video," kata Rafizi sambil menekankan bahawa kumpulan-kumpulan ini merupakan pembentuk fikiran.

Tambah beliau, partinya perlu bergerak melangkaui imej reformasi yang dibawa sejak lebih satu dekad lalu.

"Mereka tahu bahawa situasi sudah semakin buruk tetapi mereka bertanya sama ada PKR ada jawapan kepada soalan itu," kata Rafizi.

Upah sebenar dilaporkan telah mengalami perubahan secara dramatik sejak krisis Asia 1997.

PKR bersama DAP dan PAS telah mempamerkan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 dan kemudiannya membentuk perikatan yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat. - TMI

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Giliran BN ambil alih kerja membangkang

Posted: 21 Jun 2011 05:20 PM PDT

'Bangkang, jangan tak bangkang'. Momokan itu sejak sekian lama dipalitkan kepada parti-parti pembangkang negara. Secara sinis ungkapan itu kerap diulas sebagai tabiat parti-parti lawan kepada Barisan Nasional (BN), yang didakwa hanya tahu membangkang apa saja dikemuka atau dilakukan parti pemerintah itu.

Sejak sekian lama para pemimpin BN, dibantu media kroni dan berbagai alat propaganda, dianggap berjaya membentuk persepsi umum sebegitu. Bahawa kewujudan parti-parti pembangkang tidak mendatangkan faedah kepada negara.
Gambaran dilihat seolah-olah mereka tidak ada kerja lain untuk negara kecuali membangkang apa sahaja," catat seorang kolumnis sebuah tabloid harian, Khamis (16 Jun) lalu.


Sepertimana lazimnya, komentar yang secara jelas dibuat untuk mengampu BN itu hanya memberatkan cerita keburukan parti pembangkang. Penulis terbabit malah secara sinikal memperlekeh kualiti minda dan tahap kesedaran politik anggota pembangkang.

Cuma beliau barangkali terlupa bahawa kecenderungannya terlampau merendahkan pembangkang itu sebenarnya ikut memakan diri sendiri. Mana tidaknya jika diambil kira perkembangan terkini dalam masyarakat, khususnya setelah BN menjadi pembangkang di beberapa negeri.

Tidak keterlaluan dikatakan BN pula yang seakan tidak ada kerja lain selain membangkang apa juga yang dirancang dan dilaksanakan kerajaan negeri pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Lihat saja apa kerja mereka di Kelantan. Usaha kerajaan negeri menaik taraf sebuah pasar lama, contohnya, hanya dicari kelemahan dan kekurangan, bukan yang positif. Tidak cukup sekadar merungut dan memberikan nilaian negatif, BN malah menggalakkan segelintir peniaga terus membantah dan mengadakan demonstrasi memburukkan imej kerajaan negeri.

Di Perak, sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat dulu, berbagai isu dimanipulasi untuk membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan negeri. Satu contoh agak ekstrem, sehinggakan perancangan membina sebuah stesen minyak pun dijadikan bahan kontroversi dan dimanipulasi menerusi media massa.

Kononnya ia mengganggu masyarakat setempat. Beberapa warga emas yang tinggal berdekatan tapak cadangan pembinaan itu ditemubual. Mereka mendakwa kononnya pembukaan stesen minyak boleh menyebabkan gangguan kesihatan, terutama ekoran terpaksa menghidu bau minyak, gangguan bunyi bising kenderaan dan berbagai lagi hujah remeh.

Nampak sangat BN sengaja memanipulasi emosi penduduk secara negatif. Semata-mata kerana pembinaan stesen itu di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, terus sahaja BN mengusahakan agar ia dibangkang. Jahatnya BN, bukan?

Begitu juga apa yang berlaku di Terengganu sewaktu di bawah PAS dulu. Kita masih ingat bagaimana sekumpulan manusia yang mendakwa sebagai nelayan bersama anak-anak dan isteri dipercayai didalangi Umno berkumpul di depan banguan pentadbiran kerajaan negeri.

Ia berlaku ketika sidang Dewan Undangan Negeri Terenganu sedang berlangsung yang antara lain bercadang meluluskan usul kenaikan elaun wakil rakyat. Itulah yang dibantah para 'nelayan' tadi.

Kononnya itu bukan masanya untuk kerajaan negeri menaikkan elaun wakil rakyat, kerana nasib mereka (nelayan) belum terbela dan hidup dalam kemiskinan.

Kes terpencil itu diperbesarkan media kroni BN. Gambaran dan ulasan diberikan hanya segala yang negatif. Sedangkan sepertimana diketahui umum, kelulusan anjakan elaun wakil rakyat itu adalah sejajar tindakan sama diluluskan BN di peringkat Pusat.

Ia malah turut dilakukan kerajaan negeri-negeri lain diperintah BN. Mengapa tidak ada pun pihak membantah? Nampak sangat bantahan itu hanya kerana ia dibuat kerajaan PAS.

Dalam perkembangan berkaitan, yang menjuarai bantahan terhadap pembaharuan terbaru diperkenalkan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP dalam kaedah pemilihan Jawatankuasa Masjid ialah penjuak-penjuak Umno. Sekali lagi dapat kita simpulkan bahawa Umno mempamerkan sikap 'bangkang, jangan tak bangkang' apa juga yang diperkenalkan kerajaan parti lawan.

Etinya, menilai kehangatan pentas politik negara kini, gelagat 'membangkang apa sahaja' itu agak ketara bukan lagi menjadi milik mutlak parti-parti pembangkang. Ia sebaliknya dapat dilihat semakin menjadi kegemaran dan kecenderungan di kalangan pendokong BN sendiri.

Kes hasrat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan raksasa kali kedua awal Julai nanti adalah contoh nyata. Tidak sukar dibuktikan betapa para pemimpin BN khususnya Umno berada di belakang bersemarak dan menyeluruhnya bantahan terhadap hasrat Bersih itu.

Sehingga rencana ini ditulis, ada maklumat mengatakan sudah lebih 400 laporan polis dibuat pelbagai pihak menuntut pihak berkuasa bertindak menggagalkan perhimpunan tersebut. Ertinya, yang kalut dan ghairah membantah dan 'membangkang' usaha Bersih itu ialah 'tangan dan kaki' BN.

Amat malang sekiranya kecenderungan yang begitu menyerlah dan diperkatakan seluruh negara kini gagal dilihat dan dinilai mana-mana pemerhati dan pengulas politik. Justeru, andainya ungkapan 'membangkang apa sahaja' masih mahu dimomokkan hanya kepada parti-parti pembangkang, ia menandakan kualiti minda dan tahap kesedaran politik orang berkenaan amat rendah dan sempit!

Akuilah bahawa kerja membangkang kini semakin banyak diambil alih BN

Oleh: Mat Zain Mat Isa
SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Ibrahim Ali Sebenarnya Teringin Jadi Popular Seperti Anwar Dan Mat Sabu

Posted: 21 Jun 2011 06:57 AM PDT

Tidak Perlu Takut Dan Bimbang Dengan Salentia


Ramai orang marahkan kepada Salentia. Yang marah itu pula yang cerdik yang tidak sanggup berada di belakangnya. Semuanya kerana kerenah politiknya yang sedemikian ada itu. Kerana marah juga ada meminta Murai mengulas tentang Salentia dan membelasahnya secukup-cukupnya. Terus terang Murai kata Murai sudah jemu untuk membicarakan makhluk ini.


Tidak kurang juga kerana geram dan tidak tahan perasaan melihat gelagtnya, meminta polis supaya menahannya dan siasat di bawah akta hasutan. Pada Murai desakan itu semua adalah sia-sia saja, ia tidak akan memberi apa-apa bekas. Polis tidak akan tangkap Salentia. Murai percaya, Salentia bukan buru politik negara ini, malahan mana-mana negara juga termasuk Jeboti.


Bila Murai kata begitu ini bukan bermakna Salentia kebal dari tindakan undang-undang. Tidak... Polis tidak akan berkas dan seret Saletina kerana polis tahu Salentia bukan mahkluk dan tokoh yang merbahaya kepada negara ini. Salentia bukan Mat Sabu dan jauh sekali bukan Anwar Ibrahim. Beliau tidak lebih seperti Jamili Shadat atau pun peserta Raja Lawak saja.



Selama ini Salentia cuba meletakkan dirinya seperti Mat Sabu, mempunyai penyokong ribuan orang. Atau pun menjadi seperti Anwar Ibrahim. Tetapi sudah penat dia menjerit, melolong dan menjadi anjin tetapi tahap itu tidak pernah dicapainya. Maruah dan martabat dirinya tidak pernah naik atau melebihi daripada seekor katak puru yang berkudis.

Ciak masih ingat macam mana dia mengambil pendekan dan pelan politik ala-ala Anwar semasa beliau dipecat dari Umno tahun 2006 dulu. Selepas dia dipecat dia ke Australia beberapa hari. Dia suruh orangnya berhimpun dan menyambutnya di airport Kota Bharu. Dia nak tiru macam Anwar yang disambut puluhan ribut di airport apabila Anwar balik dari luar negera atau sebaik dipecat.

Tetapi apa yang hendak ditiru itu tidak menjadi. Yang ke airport hanya kira-kira 30 orang sahaja. Yang menanti dan menunggu Salentia di rumahnya hanya anak beranaknya saja dan dua tiga kerat pada pendolor pantaknya yang diupah dengan tea tarik atau sama serial. Itu saja.

Pelan yang dibuat Salentia tidak menjadi. Dia tidak sehebat Mat Sabu atau Anwar Ibrahim. Itulah menyebabkan dia jadi gila iseng. Dia kecewa dan cemburu kepada kehebatan Anwar dan Mat Sabu.

Kerana menyedari sejauh mana kehebatannya maka polis tidak perlu bimbang sedikit pun terhadap segala aktivitinya. Sebab itu Nazri Aziz kata tidak ada kes ke atas Salentia. Bukan tidak ada kes, tetapi kerana ia berlaku ke atas Salentia. Apa yang dibuatnya termasuk istyhar nak jadi tentera Salib, atau membakar gambar Ambiga...tetapi tidak sampai ke mana. Semuanya hanya macam suara dalam tempayan sahaja.

Polis tahu kalau tangkap dia sumbat dalam lokat, menghabiskan beras rakyat saja. Sebab itulah polis tidak teliur untuk tangkap Salentia seperti mana polis teliur untuk tangkap Ambiga, Mat Sabu atau Anwar Ibrahim. Jadi laporan polis ke atas Salentia hanya sia-sia sahaja, menghabiskan tenaga... polis tidak akan lakukan apa-apa.

Semua orang boleh tenguk sendiri bagaimana lagaknya. Baik di Parlimen atau di luar Parlimen. Dia hanya seperti jaguh tua yang kokok berderai ekor bergelumang tahi sahaja. Sebab itu Nik Aziz hanya tersenyum atau jebeh mulut saja bila disebut soal fiil perangai Selantia itu. Baginya Salentia hanya tak ubah seperti kucing kurap yang diambil dijalan yang tidak sedarkan.

Jadi kepada mereka yang membenci Selantia, Murai nak nasihatkan tenangkan kepala. Jangan layan makhluk ini. Tidak payah komen atau pun repek apa-apa terhadapnya. Anggap sajalah dia seorang kanak-kanak yang mengalami down sindrom yang sudah rosak saraf.

Juga usahlah rasa gerun dan takut dengan apa juga kata-kata dan ancamannya. Mereka yang kena siapa Selantia tidak akan gentar walaupun suaranya kuat bagaikan halalintar. Suaranya hanya bak meriam buluh, berbunyi kuat tetapi kesan tidak ke mana.

Selantia sering mendabit dada kononya dia seorang hero. Sudah ditahan di bawah ISA dua kali. Ke mana dia pergi itulah yang diungkit dan diangkatkan. Sebenarnya penahanan beliau tidak boleh dianggap dia seorang yang berani, merbahayakan kepada negara. Penahanannya tidak seperti penahanan Karpal Sigh atau pun Syed Husin Ali.

Orang tidak tahu dia ditahan bukan kerana kehebatannya tetapi ditahan kerana untuk dijadikan sumber maklumat kepada polis. Polis sudah kenal siapa dia manusia ini yang boleh menukar warna dalam keadaan tertentu dan boleh melompat ke mana saja. Jadi polis sangat suka kepada orang seperti ini, bukan bimbang atas kehebatannya tetapi untuk dijadikan perkakas...

Selantia ini sebenarnya perkakas serba guna yang boleh digunakan oleh sesiapa saja untuk apa saja tujuan termasuk memikul tandu ataupun memikul kandaran tahi.

Murai: Sangat kenal dengan makhluk ini.


mso


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Siapakah yang diutamakan kerajaan BN akhirnya?

Posted: 21 Jun 2011 06:46 AM PDT

Soalan YB Rembau tentang sebab dan rasional Menteri Kewangan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan Keperluan Rizab Berkanun (Statutory Reserve Requirement-SRR) tidak meyakinkan. Berkebetulan saya juga (Kuala Selangor) menghantar soalan yang sama.

Untuk pengetahuan umum, SRR dan OPR adalah antara 'kaedah monetari' yang mampu digunakan oleh sesebuah kerajaan sepertimana hal cukai (taxation) dan subsidi adalah 'kaedah fiskal' yang digunakan untuk mengimbangi pendapatan dan perbelanjaan. Kedua-dua kaedah ini disebutkan sebagai kaedah pengimbang atau 'stabilising measures' dalam pengurusan ekonomi dan kewangan Negara.

Pendirian Bank Negara Malaysia (BNM) dalam menetapkan kenaikan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) kepada 3% dari jumlah deposit bank-bank adalah menasabah difahami. Langkah tersebut adalah untuk menangani atau 'menyerap'(mop-up) kelebihan kecairan akibat kemasukan dana dari luar.


Namun, langkah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sekaligus adalah sangat dipertikaikan pelbagai pihak sebab kenaikan OPR, yang merupakan ukuran kadar faedah pinjaman perbankan, sekaligus mempengaruhi kenaikan Kadar Pinjaman Dasar atau Base-Lending Rate (BLR).

Jawapan soalan lisan dua hari lalu oleh Timbalan Menteri yang sama , berkenaan sebab-punca inflasi, mendapat pengesahan bahawa punca inflasi di Negara kini, adalah disebabkan oleh "Cost-Push" atau disebabkan kos yang meningkat (akibat kos komoditi dan penarikan balik subsidi) dan bukan "Demand Pull" atau inflasi disebabkan peningkatan permintaan oleh rakyat.

Dengan kata lain, kaedah monteri, bukan kaedah penyelesaian nya secara berkesan, kalau inflasilah isu dan masalah yang hendak ditangai atau di atasi.
Dengan kenaikan OPR dan kemudiannya BLR, kerajaan wajar menyedari bahawa kos pinjaman serentak dengan itu kos menjalankan perniagaan (cost of doing business) juga mengalami kenaikan.

Sejak tahun lalu, kerajaan melalui BNM telah menaikkan OPR sebanyak 4 kali dan pada setiap kali 25 kadar mata asas (or 0.25 pewrcentage point). Dan sekaligus ini menaikkan BLR. Dengan kata lain, kalau seseorang membayar 5% kadar faedah untuk pinjaman rumah setahun lalu, maka kini ia akan mengalami 20% kenaikan dalam kos kadar faedah.

Saya bersedia menerima bahawa pengurusan ekonomi dan kewangan ini bukanlah mudah, namun jelasnya, tindakan BNM, dalam suasana rakyat menanggung kos saran hidup yang terus meningkat, hutang isi-rumah (pinjaman kereta, rumah, kad kredit dsbnya) yang ke tahap RM544 bilion atau 74% KNDK dan ekonomi yang sedang mengalami pemulihan dan pertumbuhan yang belum rancak, khususnya dalam suku pertama tahun ini, maka sikap kerajaan untuk menaikkan lagi OPR hanya akan menggalakkan rakyat untuk 'menyimpan ' atau 'saving' dan memalapkan lagi perbelanjaan atau "consumption" untuk memacu "Pertumbuhan".

Tindakan menaikkan OPR juga dilihat sebagai hanya menguntungkan pihak pengurus dana antarabangsa yang membawa kemasukan dana luar mengambil kesempatan kadar faedah yang tinggi dari rantau lain.

Sudahlah subsidi yang dikatakan 'candu' yang menjadi 'ketagihan' rakyat ditarik balik atas nama 'rasionalisasi subsidi', sekaligus mencetuskan kenaikan kos saran hidup dan inflasi, sementara pihak pemilik konsesi seprti IPP, sector air dan lebuhraya terus mensdapat pembelaan kerajaan, maka apakah kerajaan melalui BNM akan menaikkan lagi OPR dalam masa terdekat ini?

Pokonya rakyat ingin tahu, kepentingan siapakah yang menjadi keutamaan kerajaan BN ini, apabila menentukan polisi-polisi fiskal – cukai dan subsidi dan monetari –OPR dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan yang lain??

Selarilkah dan wajarkah polisi-plisi ini dengan slogan PM Najib –"Mengutamakan Rakyat?

Dr Dzulkefly Ahmad, MP Kuala Selangor
21 hb Jun 2011.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

SPR lebih baik berdiam diri..

Posted: 21 Jun 2011 05:36 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) diingatkan agar lebih baik berdiam diri dari mengeluarkan kenyataan janggal untuk mengadakan rundingan dengan Jawatankuasa Bersih berhubung isu Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

Langkah seperti itu lebih baik bagi mempastikan SPR sebuah badan bebas yang bertugas untuk melaksanakan pilihanraya yang adil dan bersih, memandangkan SPR juga menjadi mangsa kepada sistem yang tidak adil dalam negara ini.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, sebagai badan perlaksana kepada pilihanraya, SPR tidak mempunyai cukup kuasa untuk membuat perubahan kepada lapan tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.


Menurut beliau, lapan tuntutan itu ialah membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media bebas dan adil, tempoh minima 21 hari berkempen, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Katanya, sebarang rundingan dengan pihak SPR tidak boleh menyelesaikan semua tuntutan. Ini kerana SPR hanya mempunyai kuasa yang sangat terhad terhadap media, kuasa terhad untuk mengukuhkan institusi awam, kuasa terhad untuk menghentikan rasuah dan politik kotor.

"Namun sesuatu yang jangal walaupun bukannya luar biasa telah berlaku kepada SPR, apabila kenyataan pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah cuba membuka pintu rundingan dengan Jawatankuasa Bersih 2, berkenaan isu Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

"Kenyataan itu telah disiarkan oleh media Malaysiakini semalam. Sedangkan pada 18 Jun 2011 Tan Sri Abdul Aziz telah menutup pintu rundingan seperti yang telah disiarkan oleh akhbar Sinar Harian," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Perubahan mendadak pendirian SPR itu, menurut beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor, dipercayai akibat tekanan pihak kerajaan terhadap SPR.

Katanya, Tan Sri Abdul Aziz menekankan demonstrasi tidak menyelesaikan sebarang masalah. Mungkin Abdul Aziz terlupa bahawa Himpunan 100 Ribu Gerakan Rakyat Membantah PPSMI (GMP) tahun 2009 telah menyebabkan polisi PPSMI berubah.

"Sedangkan sebelum demonstrasi pihak kerajaan, khususnya Menteri Pelajaran pada masa itu, Datuk Hishamuddin Tun Hussin bertegas akan mengekalkan PPSMI. Itulah bukti yang paling jelas bagaimana demonstrasi boleh mengubah sesuatu polisi kerajaan," katanya.

Hujah yang mengatakan kemenangan pembangkang dalam pilihanraya 2008 telah membuktikan bahawa SPR telah berlaku adil dalam pilihanrayan, tegas beliau, adalah hujah yang meleset.

Katanya, sistem undi pos ternyata mempunyai ruang manipulasi yang sangat jelas sehingga SPR berjanji mahu membuat perubahan.

"Terdapat bekas-bekas pegawai tentera yang telah mengaku memangkah kertas undi bagi pihak anggota di bawahnya, insiden berkaitan undi pos yang berlaku di pilihanraya kecil Bagan Pinang dan Sibu, kuasa SPR yang sangat terhad terhadap media massa dan lain-lain isu telah membuktikan bahawa sistem pilihanraya tidak berlaku dengan adil selama ini.

"Janji SPR untuk membuat reformasi terhadap undi pos masih lagi pada tahap janji sahaja. Belum sampai peringkat perlaksanaan lagi," ujar beliau.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

PKR Pecat 29 Ahli, Pembersihan Parti Menjelang PRU-13

Posted: 21 Jun 2011 05:20 AM PDT

Parti Keadilan Rakyat hari ini mendedahkan nama ahli parti itu yang dibuang, digantung dan diberi surat amaran sejak Januari hingga Jun tahun ini.

Pengerusi Biro Displin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan seramai 29 ahli dipecat, 10 digantung dan 12 diberi surat amaran lantaran pelbagai perkara seperti menjadi calon pilihan raya untuk parti lain, membantu kempen parti lain, serta mengkritik kepimpinan tanpa menggunakan saluran yang betul dalam laman web sosial.

"Ini tindakan membersihkan parti ikut saluran dan perlembagaan parti. Secara umum terdapat dua kumpulan dalam senarai ini. Pertama selepas pemilihan parti akhir tahun lalu, kedua selepas pilihan raya negeri Sarawak," umum beliau ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.


Antara yang dipecat ialah Thony anak Badak, Michael Jok dan beberapa lagi yang bertanding sebagai calon SNAP dan Bebas pada Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.

Bekas Pengarah Komunikasi Jonson Chong dan Soo Lina pula didapati membantu calon parti lain sepenuhnya dalam PRN yang sama.

PKR mengamalkan sikap tegas ini dalam usaha menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang demi membersihkan dan menaikkan imej parti.

Beliau memberi contoh bertapa kebanyakan ahli terbabit melakukan kesalahan serius kepada parti dan semua siasatan telah dilakukan dengan terperinci.

Menurut Dr Tan, keputusan itu telahpun diluluskan oleh Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik PKR dan semua surat tunjuk sebab telahpun diberikan kepada ahli yang menerima tindakan displin.

Malah beliau menyatakan ahli boleh merayu keputusan itu kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR jika mereka mahu berbuat demikian.

"Kami ikut prosedur, kita lampirkan bukti seperti keratan surat khabar dan sebagainya. Kemudian kita hantar surat tunjuk sebab melalui pos berdaftar dan kalau ada maklumat hantar sms dan sebagainya, biasanya kita tunggu selama 10 hari.

"Cara kita sama. (Ikut Perlembagaan) PAS juga sama, DAP juga sama. Saya tak boleh cakap untuk Barisan Nasional tapi mereka juga nampaknya akan lakukan yang sama (jika ia terjadi). Kecuali kalau BN membeli mereka," katanya.

Mengulas mengenai beberapa ahli yang mendakwa tidak mendapat surat tunjuk sebab dan pemecatan mereka, Dr Tan menyatakan itu merupakan kesalahan mereka sendiri.

"Itu alasan lapuk. Menjadi tanggungjawab ahli untuk mengemaskini dan berikan butir seperti alamat kepada ibu pejabat parti. Sama seperti saman polis, kita tak boleh beri alasan kita dah pindah ke rumah ibu kita. Ada beratus ribu ahli bagaimana kita nak pastikan semua maklumat terkini tanpa kerja sama ahli?," katanya.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: