BRIGED MP SEGAMBUT |
Sejak bila pula kemeja-T dianggap cetus perang?' Posted: 26 Jun 2011 11:58 PM PDT Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim hari ini berkata penangkapan dan tahanan reman ke atas 34 petugas parti itu, termasuk ahli parlimen Dr D Jeyakumar, menunjukkan BN gentar dan mahu terus berkuasa. Beliau bertanya bagaimana pula kemeja-T, yang dijual secara meluas di Pasar Seni dan di tempat lain, boleh dianggap sebagai memerangi Yang di-Pertuan Agong, sedangkan mereka tidak bersenjata. "Kami telah menyertai pilihan raya yang diadakan secara demokratik sejak 1999 dan tidak ada sebarang niat untuk mengguling atau memerangi Yang di-Pertuan Agong," tegasnya. Sebaliknya, kata beliau, tindakan ke atas petugas parti itu di Pulau Pinang kelmarin, menunjukkan pihak berkuasa dan BN gentar dengan membuat dakwaan palsu mengaitkan parti itu dengan komunis. |
Anwar: Najib, saya tahu apa kamu buat di PD Posted: 26 Jun 2011 09:25 AM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak perdana menteri ekoran kenyataanya bahawa "mencari kebenaran" adalah paling penting untuk menentukan sama ada lelaki dalam video seks adalah Anwar. Memandangkan pakar asing dilaporkan berkata video - yang menunjukkan pasangan melakukan aksi seks dalam sebuah bilik - 99.99 peratus menyerupai Anwar, maka Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata rakyat boleh menghakimi sendiri ketulenan video tersebut. Anwar berkata Najib dan isterinya, Rosmah Mansor tidak layak bercakap tentang moral, walaupun ketua umum PKR itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya. Katanya, beliau telah dicabar untuk mendedahkan apa yang beliau tahu tentang Port Dickson. Anwar merujuk kepada satu skandal yang didakwa berlaku pada pertengahan tahun 1980-an, ketika berucap dalam ceramah di Pokok Sena, Kedah malam tadi. Bagaimanapun, kata Anwar, bukan cara beliau untuk mencerca atau memfitnah hanya untuk menang. Sebaliknya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mahu menang dengan moral yang mantap. Berucap kepada kira-kira 700 hadirin, Anwar berkata kerajaan Najib tidak memberi respons sewajarnya terhadap semua isu yang dibangkitkan oleh pembangkang. |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan