Isnin, 27 Jun 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Selepas Komunis, BERSIH dikait dengan Kristian pula..

Posted: 27 Jun 2011 03:16 AM PDT

Baca laporan dari Lidah Rasmi UMNO ini.. kerana terlalu takut kepada bayang-bayang Lidah Rasmi UMNO ini cuba mengaitkan BERSIH dengan Gerakan Kristian pula yang kononnya menyalurkan dana..

KUALA LUMPUR 26 Jun - Gerakan yang mempunyai kaitan dengan Kristian yang berpangkalan di luar negara dikenal pasti sebagai penyumbang dana kewangan terbesar kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Gerakan tersebut yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak beberapa minggu lalu dikesan aktif menyalurkan bantuan kepada Bersih melalui NGO tempatan.


Antaranya adalah Yayasan Konrad Adenauer dari Jerman yang mempunyai hubungan erat dengan Parti Kesatuan Kristian Demokratik di sana, serta Yayasan Canadian Allied dari Kanada.

Kedua-dua NGO tersebut kini dikesan berada di carta 'tiga teratas' selaku penyumbang berbanding beberapa lagi pertubuhan asing lain, yang mewakili sembilan negara berlainan.

Dipercayai, jumlah terkumpul dana kewangan asing yang dimiliki Bersih kini sudah mencecah jutaan ringgit dan ia bakal digunakan untuk membiayai operasi demonstrasi.

Malah, Utusan Malaysia difahamkan, minggu lalu sahaja sebanyak RM250,000 dari negara asing disalurkan secara haram kepada sebuah NGO tempatan yang bernaung di bawah Bersih.

"Semua sekali, sembilan negara asing yang menjadi 'tangan ghaib' bagi mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara pada 9 Julai ini dan mereka bergerak melalui NGO.

"Penyumbang paling besar yang dikesan adalah daripada NGO yang mempunyai kaitan dengan Kristian," kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, sumber tersebut turut menjelaskan Bersih juga menerima bantuan kewangan daripada NGO yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Britain dan beberapa buah negara Asia yang lain.

Bagi Amerika Syarikat, Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dikenal pasti menaja Bersih dan parti-parti pembangkang di negara ini.

"Semua ini membuktikan bahawa Bersih hanya menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam untuk menghalalkan demonstrasi haram. Di belakang mereka ada ejen asing.

"Jadi saya harap rakyat sedar perkara ini. Pembangkang kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk bersekongkol dengan negara asing bagi mencetuskan huru-hara," jelasnya.

Sementara itu, semakan Utusan Malaysia di laman web NDI, www.ndi.org mendapati NGO tersebut mengesahkan bahawa mereka menaja aktiviti Bersih.

"Program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED)," kata badan tersebut seperti dipetik dari laman web.




BERSIH : Hingga kini 81 telah ditahan.

Posted: 27 Jun 2011 01:58 AM PDT

Ketika pemimpin BN memberi amaran kepada BERSIH 2.0 berhubung perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai, polis melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihan raya itu daripada mempromosi perhimpunannya.

Sejak tangkapan pertama dibuat Rabu lepas, polis sehingga ini telah menahan 81 orang dan jumlahnya dijangka meningkat ketika BERSIH memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunannya.


Bagaimanapun, tidak nampak tanda-tanda yang menunjukkan gabungan kumpulan masyarakat sivil yang menuntut pilihan raya bebas dan adil itu, akan membatalkan perhimpunan tersebut.

Sebaliknya, tindakan keras terhadapnya itu telah memberi publisiti kepada BERSIH dan sekaligus membantu membina momentum menjelang perhimpunannya.

Polis mula melancarkan operasinya Rabu lalu dengan menangkap ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK), Razali Abd Ghafar, yang menjual baju-T BERSIH semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sepang.

Penjualan baju-T kuning - warna tema BERSIH - kini mendapat sambutan hebat di Lembah Klang.

Ia diikuti dengan lebih banyak tangkapan apabila siri jelajah
pra-perhimpunan BERSIH ke seluruh negara dilancarkan pada hari Jumaat di Shah Alam.

Polis mengerahkan lebih 50 anggotanya ke tempat berkenaan dan menangkap timbalan ketua AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, yang berpakaian baju-T BERSIH.

Polis terus mengawal tempat berkenaan sehingga jam 3 pagi.

Pada hari yang sama, tujuh ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di Kluang, Johor, semasa mereka mengedarkan risalah mengenai perhimpunan tersebut.


Malaysiakini

RM888 Bilion wang haram ni siapa punya kerja?

Posted: 27 Jun 2011 01:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan sehingga kini masih berdolak dalik berhubung isu pengaliran RM888 bilion (AS 291 bilion) wang haram yang pernah didedahkan oleh Global Finacial Integrity (GFI) awal tahun ini.

Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani berkata demikian ketika mengulas jawapan terhadap soalan yang dikemukakan kepada Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Awang Adek Awang Hussin di Dewan Rakyat hari ini.

Awang Adek dalam jawapannya berkata, adalah sukar mengenalpasti jumlah wang haram dan wang tidak haram kerana ia bercampur dan tidak direkodkan.


Turut didedahkan sebanyak 59 pengurup wang dibatalkan lesen manakala sembilan pengurup wang dan pengarahnya, didakwa dan didapati bersalah.

Beliau dalam kenyataan juga mendedahkan siasatan mendapati pembayaran cukai taksiran yang tidak diisytiharkan oleh individu dan syarikat bagi setiap pembekuan dana, mungkin bertujuan mengelakkan duti kastam.

Amran ketika ditemui di luar dewan berkata, beliau tidak menolak kengganan Awang Adek mendedahkan nama individu yang terlibat dengan pengaliran wang haram, membuktikan wujudnya penglibatan ahli politik.

"Dalam sejarah Malaysia, boleh (jadi) ada ahli politik yang terlibat dalam pengaliran wang haram. Kalau tidak bagaimana pengurup wang boleh dilibatkan dengan penglibatan dalam pengaliran wang haram," ujarnya.

Beliau dalam masa yang sama, kesal kerana Timbalan Menteri Kewangan II enggan menyatakan anggaran sebenar pengaliran wang haram tersebut.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mac lalu membangkitkan isu mengenai wang haram itu yang didedah GFI, sebuah badan pemerhati kewangan global dalam laporan mereka Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2000-2009 .

Malaysia mencatatkan pengaliran keluar wang haram antara yang tertinggi di dunia membabitkan sebanyak USD 291 bilion antara tahun 2000 sehingga 2008.

Berada pada kedudukan kelima di antara sepuluh negara teratas, Malaysia berada di belakang China ( USD 2.18 trilion), Russia (USD 427 bilion), Mexico (USD 416 bilion), dan Arab Saudi (USD 302 bilion).

GFI dalam laporannya mendefinisikan Wang haram sebagai merujuk kepada wang daripada aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, kecurian, sogokan serta pengelakan cukai.


http://www.keadilandaily.com/?p=16033

Kemeja 'T' kini dianggap Senjata Merbahaya?

Posted: 26 Jun 2011 11:46 PM PDT



Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim hari ini berkata penangkapan dan tahanan reman ke atas 34 petugas parti itu, termasuk ahli parlimen Dr D Jeyakumar, menunjukkan BN gentar dan mahu terus berkuasa.

Beliau bertanya bagaimana pula kemeja-T, yang dijual secara meluas di Pasar Seni dan di tempat lain, boleh dianggap sebagai memerangi Yang di-Pertuan Agong, sedangkan mereka tidak bersenjata.


"Kami telah menyertai pilihan raya yang diadakan secara demokratik sejak 1999 dan tidak ada sebarang niat untuk mengguling atau memerangi Yang di-Pertuan Agong," tegasnya.

Sebaliknya, kata beliau, tindakan ke atas petugas parti itu di Pulau Pinang kelmarin, menunjukkan pihak berkuasa dan BN gentar dengan membuat dakwaan palsu mengaitkan parti itu dengan komunis - Malaysiakini


*Kenyataan media oleh S. Arutchelvan selaku Setiausaha Agung PSM.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengkutuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Abdul Rahim Jaafar dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein yang cuba melabel PSM sebagai mempunyai agenda untuk melancarkan perang terhadap Yang Dipertuan Agung dan cuba menghidupkan Parti Komunis Malaya (PKM)..

Pembohongan besar ini turut digunakan ke atas 30 orang peserta yang terlibat dalam Kempen Udahlah- Bersaralah - sebuah kempen kesedaran Nasional PSM yang berjalan dari 24 sehingga 26 Jun 2011. Mereka yang sepatutnya dibebaskan kini direman selama tujuh hari ekoran cubaan polis mengukir satu cerita fantasi di mana seksyen yang digunakan ke atas mereka adalah seksyen 122 Kanun Kesiksaan iaitu melancarkan perang ke atas Yang Dipertuan Agung.

Kenyataan pihak Berkuasa dan dakwaan keatas Aktivis PSM adalah tidak berasas, tidak masuk akal, pembohongan, bermotifkan politik dan sandiwara dan oleh yang demikian, PSM meminta kesemua mereka yang direman dibebaskan serta merta dan pihak Kerajaan meminta maaf atas tohmahan yang tidak berasas ini.

PSM merasa lucu bahawa Pemerintah cuba mengaitkan PSM dengan Komunis dengan terjumpanya beberapa baju T-shirt dan bahan-bahan yang mempunyai imej pemimpin komunis. Untuk makluman Polis, ini adalah skrip zaman perang dingin di mana hari ini, semua bahan ini boleh didapati di pasaran dan dijual secara umum tanpa sebarang sekatan. Selain itu, Kerajaan Malaysia juga mempunyai hubungan politik dengan Parti Komunsi Cina, Vietnam, Cuba dan lain-lain.

Selain daripada itu, kerajaan Malaysia juga telah menandatangani perjanjian damai dengan PKM pada tahun 1989 dan pemimpin-pemimpin komunis kanan seperti Rashid Maidin, Suriani dan Abdullah CD juga telah diperkenan dengan DYMM Sultan Azlan Shah. Oleh yang demikian, cubaan terdesak polis membawa balik bogey "Komunis" dalam zaman pasca perang dingin adalah satu cubaan terdesak rejim UMNO-BN untuk terus berkuasa dengan cara menakutkan rakyat dan sekali gus mencari peluang untuk menggunakan ISA.

PSM adalah sebuah parti berdaftar yang menjalankan aktiviti secara sah dan ini memang diketahui umum. PSM juga mengiktiraf sumbangan parti-parti kiri sebelumnya yang telah menyumbang kepada kemerdekaan Negara seperti PKMM, API, AWAS, dan PKM. Cubaan polis yang sering melabel parti-parti lain sebagai agen PKM adalah satu taktik lama dan sudah basi.

Pihak Media kawalan UMNO-BN telah menghebohkan tohmahan dan pembohongan ini untuk menakutkan orang ramai menjelang perhimpunan BERSIH 2.0. PSM menyokong penuh perhimpunan BERSIH 2.0 walaupun Kempen Udahlah Bersaralah PSM tidak ada kena mengena dengan BERSIH 2.0, tetapi pihak polis cuba mengaitkan dua aktiviti tersebut untuk menyekat perhimpunan BERSIH 2.0.

PSM sesunguhnya percaya dan sedar bahawa tuduhan keatas PSM hanyalah tindakan terancang pihak polis untuk mengujudkan musuh bayangan dengan niat untuk mengujudkan satu suasana "darurat" untuk membolehkan pemerintah melakukan penahanan besar-besaran "crackdown" untuk mengagalkan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai yang telah mendapat sokongan yang begitu memberangsangkan dari rakyat.

Tindakan polis terkini ke atas PSM tidak akan menghalang PSM untuk terus berjuang dan memperjuangkan hak rakyat Malaysia.


Hidup Rakyat! Hidup Sosialis!

RM50 Upah untuk Demo Sokong Datuk 'T'?

Posted: 26 Jun 2011 10:02 PM PDT



Ingat lagi laporan Malaysiakini yang mengatakan kira-kira 100 orang yang tidak kenali berhimpun di perkarangan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, pagi ketika Datuk 'T' dihadapkan ke Mahkamah? Kalau dah lupa sila baca di (SINI)

Kononnya kehadiran mereka adalah itu adalah bagi menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.


Benarkah mereka benar-benar hadir untuk menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T'?

Tidak sebenarnya.. antara mereka adalah budak-budak sekolah sebenarnya yang tidak tahu untuk apa mereka dibawa ke situ dan mereka juga mendakwa mereka dibayar RM50 seorang…


Umno upah anak saya sertai demo sokong Datuk T – bapa pelajar

KUALA LUMPUR: Seorang bapa kesal apabila anaknya yang masih bersekolah diperalat trio 'Datuk T' yang mengupah mereka sebagai penyokong sewaktu muncul di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Jumaat lalu.

Hal itu didedahkan Suhaimi Ali, 47, bapa kepada pelajar berusia 17 tahun yang mendapat tahu anaknya diupah RM50 untuk 'bekerja' selama tiga jam pada hari berkenaan.

"Saya terkejut dan tak tahu, tiba-tiba tengok (dia) masuk akhbar," kata Shuhaimi yang berang kerana anaknya, Faisal Syafiq, 17, diperalat dan diperdaya trio 'Datuk T'.

Beliau yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Jalan Kuching di sini, dimaklumkan anaknya, kira-kira 30 pelajar sekolah lain turut ditawar RM50 atas tujuan sama.

Berdasarkan penerangan Faisal, Shuhaimi berkata, pelajar tidak dimaklumkan bentuk kerja yang akan dilakukan, sebaliknya diminta menaiki bas.

"Dari Taman Wahyu ada kira-kira 30 orang tetapi mereka dapat tahu ada dua bas semuanya. Mereka ditawar kerja itu oleh penduduk tempatan dikenali sebagai Isa – orang suruhan pemimpin Umno bahagian bergelar Datuk.

"Anak saya cuma sekadar ikut kawan yang mengajaknya bekerja," katanya yang enggan membuat laporan polis kerana bimbang dimanipulasi pihak tertentu.

Suhaimi membuat pendedahan itu kerana risau pihak sama akan memperalat pelajar sekolah lain untuk berdemo menentang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

"Saya takut 9 Julai nanti, mereka akan guna taktik sama untuk peralat pelajar lain," katanya.


http://www.keadilandaily.com/?p=15988

Ditangkap Berkhalwat : Ketua Puteri UMNO Jerlun dipecat.

Posted: 26 Jun 2011 08:46 PM PDT

Ketua Puteri Umno Jerlun Yusmawati Yaacob dan Setiausaha Umno bahagian itu, Jasmi Mohd Ismail digugurkan daripada jawatan masing-masing ekoran kes berkhalwat yang sedang mereka hadapi di Mahkamah Syariah, lapor media hari ini.

Kononnya bagi menunjukkan kepada Rakyat bahawa UMNO tidak memerlukan Pemimpin yang tidak bermoral seperti mereka.. Hakikatnya itu adalah hukuman untuk Pemimpin-pemimpin UMNO yang bertaraf ikan Bilis.. bagaimanapun jika tarafnya telah meningkat atau berubah menjadi Jerung hukumannya pula adalah berbeza.. mereka tidak dihukum tetapi dihargai..


Contohnya yang telah disahkan terlibat dalam politik Wang telah diletakkan sebagai Calon malah atas sebab tertentu beliau dilantik pula mempengerusikan Felda..

Lagi seorang pula suatu masa dulu telah diberikan pilihan samada meletakkan kesemua jawatan dalam parti atau menghadapi tuduhan merogol budak Sekolah di Mahkamah, pemimpin tersebut dikatakan telah memilih untuk meletakkan kesemua jawatnnya dalam parti dan sebagai hukumannya beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Risda..

Begitu juga dengan seorang pemimpin yang dituduh meraba punggung seorang pelayan yang kemudiannya kita menyaksikan tuduhan tersebut tiba-tiba ditarik semula, sebagai hukuman pemimpin tersebut telah dilantik sebagai Duta ke US disamping masih lagi memegang jawatan Ahli Parlimen..

Bukan saja undang-undang untuk rakyat berbeza malah undang-undang untuk Ahli mereka juga berbeza mengikut taraf…


Umno Kedah gugur Yusmawati, Jasmi ditangkap khalwat

June 27, 2011KUALA LUMPUR, 27 Jun — Ketua Puteri Umno Jerlun Yusmawati Yaacob dan Setiausaha Umno bahagian itu, Jasmi Mohd Ismail digugurkan daripada jawatan masing-masing ekoran kes berkhalwat yang sedang mereka hadapi di Mahkamah Syariah, lapor media hari ini.

Pengerusi Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, surat berkaitan pengguguran jawatan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, 24 Jun lalu.

"Kes ini merupakan kes yang pertama di Kedah dan saya yakin mereka telah pun menerima surat pengguguran jawatan itu," katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Isnin lalu, Yusmawati dan Jasmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu atas tuduhan bersekedudukan di sebuah rumah pada bulan lalu.

Mereka yang bukan mahram ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah di sebuah rumah di Taman Tunku Sarina di sini pada pukul 1.20 pagi, 11 Mei lalu.

Jasmi dan Yusmawati didakwa bersekediaman, bersekedudukan, berkurung atau bersembunyi tanpa ikatan sah mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.

Menurut Ahmad Bashah, ekoran perkembangan itu, Naib Ketua Puteri Umno Jerlun, Siti Hajar Ahmad Hayazi dilantik memangku jawatan Ketua Puteri sehingga pemilihan peringkat parti diadakan kelak.

Kata beliau, pelantikan berkenaan selaras dengan Fasal 12.8 Peraturan Pergerakan Puteri Umno.

Tambah beliau, bagi jawatan pengganti Jasmi pula akan diputuskan oleh Ketua Umno Jerlun, Datuk Abu Hasan Sharif. - The Malaysian Insider


Baca juga 'Ketua Puteri UMNO didakwa berkhalwat'

Najib habiskan hampir RM1 Juta untuk setiap lawatan.

Posted: 26 Jun 2011 06:52 PM PDT

Ketika rakyat mula merasakan keperitan hidup akibat mula dihimpit dengan kenaikkan harga barang rentetan dari proses rasionalisasi beberapa keperluan asas.. dimana beberapa subsidi telah dipotong atau dimansuhkan oleh Pentadbiran Najib..

Ketika rakyat dipaksa mengubah gaya hidup untuk disesuaikan dengan kuasa membeli yang semakin menguncup akibat dari kenaikkan harga barang yang peratusannya jauh melebihi peratusan kenaikkan gaji setiap tahun..

Najib sendiri yang telah membenarkan pemansuhan atau pemotongan subsidi itu tanpa memikirkan alternative lain bagi mengelakkan rakyat terbeban akibat proses rasionalisasi itu, menunjukkan kepada kita betapa tidak prihatinnya beliau akan nasib rakyat..


Ketika kehidupan kita mula perit akibat kenaikkan harga barang yang terjadi akibat pemotongan subsidi oleh pentadbiran Najib itu, Najib sendiri masih mengamalkan cara hidup yang mewah..

Amat mewah kerana beliau dilaporkan telah membelanjakan hampir RM1Juta sebulan untuk membiayai lawatan rasminya semenjak dari Januari tahun ini..

Iaitu hampir 40 kali ganda dari gajinyanya yang berjumlah RM22,826.65 sebulan..

Laporan berikut menunjukkan Najib membelanjakan RM5.43 juta dari bulan Jan hingga Jun 2011.



Sumber dokumen dari Milo Suam dan laporan lebih lanjut sila baca di Milo Suam

Baca juga Perbelanjaan Melancung Najib dan Rosmah berjumlah RM17,118,650.58 di SINI

Tiada ulasan: