BRIGED MP SEGAMBUT |
- PAS rombak kepimpinan bagi rampas Terengganu
- TANG INI UMNO DAN MENTERINYA WAJIB DI TANYA?
- he he..APA NI YA..
PAS rombak kepimpinan bagi rampas Terengganu Posted: 21 Jun 2011 08:25 AM PDT PAS Terengganu mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru Sabtu lalu yang bertujuan mengejutkan parti itu yang dianggap lesu dan terus lena sejak dua pilihan raya umum lalu. Sejak tumbangnya PAS di negeri paling kaya di Malaysia pada 2004, parti itu dilihat agak tempang dan tidak dapat menyaingi pengaruh Umno yang juga tidak sepi dengan pelbagai masalah dalaman. Walaupun meraih kejayaan mengejutkan dengan merampas 28 daripada 32 kerusi DUN pada 1999, PAS Terengganu hari ini boleh diibaratkan "orang buta yang kehilangan tongkatnya". Pada pilihan raya umum 2004, PAS hanya menang di empat kerusi DUN. Semasa 'tsunami politik' melanda empat tahun kemudian, parti itu hanya menambah dua kerusi, sedangkan BN tumbang di empat negeri dan terus gagal di Kelantan. Berdasarkan senario itu, jelas PAS Terengganu cukup lesu dan pemimpin yang ada tidak lagi boleh disandarkan bagi merampas semula negeri berkenaan. Justeru, selaras dengan perubahan pada muktamar parti itu awal bulan ini, PAS Terengganu dilihat menjadikan perkara itu sebagai pertimbangan utama dengan membariskan pemimpin yang lebih muda sekitar 40 hingga 50 tahun. Kejar bola Kabinet yang dibentuk pada 18 Jun lalu itu menyaksikan beberapa pemimpin baru cuba diketengahkan bagi mengimbangi dominasi hampir 20 tahun pemimpin seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, Datuk Mustafa Ali, Datuk Abu Bakar Chik, Datuk Harun Taib dan Datuk Wan Mutalib Wan Embong. Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut yang baru dilantik ke jawatan itu mengakui bahawa bahawa pemimpin kanan - yang rata-rata berumur lebih 60 tahun - kini tidak lagi berada di barisan hadapan bagi mendepani pilihan raya. Ia susulan rungutan akar umbi PAS bahawa pemimpin senior berkenaan tidak mampu lagi menarik sokongan golongan muda yang merupakan penentu dalam setiap pilihan raya. "Saya hendak yang muda-muda sedikit, seperti pasukan bola sepak ada yang nak berlari kejar bola, nak berebut bola (mesti anak muda)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Dalam rombakan Sabtu lalu, Mohd Abdul Wahid menamakan Saiful Bahri Mamat, Muhyidin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak (ADUN Bukit Tunggal) sebagai timbalan pesuruhjaya. Seramai 22 ahli jawatankuasa baru juga dilantik. Yahaya Ali dikekalkan sebagai setiausaha dan dibantu oleh tiga penolong setiausaha - Kamarudin Yunus, Hanafiah Mat dan Zakaria Dagang. M Shukrimun Shamsudin pula dilantik sebagai bendahari, ketua penerangan Nik Muhammad Zawawi Salleh manakala Ariffin Deraman dilantik sebagai pengarah pilihan raya negeri. Di samping itu, tujuh ahli jawatankuasa yang dilantik antara mereka Dr Mohd Khazani Abdullah, Dr Azman Ibrahim, Zarani Othman, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (ex- officio) dan dua pemeriksa kira-kira. Dalam rombakan itu juga daripada lima jawatan tertinggi perhubungan negeri itu, hanya Abu Bakar dilantik semula sebagai anggota jawatankuasa PAS negeri, manakala Abdul Hadi yang juga presiden PAS hanya dilantik sebagai penasihat. Pemimpin lama yang tidak dilantik menganggotai pasukan baru negeri itu termasuklah Mustafa, Harun dan Wan Mutalib. Kecuali Satiful Bahri Mamat yang merupakan pengasas sekolah pensendirian agama, Mohd Abdul Wahid dan barisan pemimpin penting dalam kabinetnya berlatarbelakang profesional dengan kebanyakannya usahawan dan doktor. Mohd Abdul Wahid sendiri terlibat dalam projek pertanian dan penternakan ayam. Ahli jawatankuasa yang dilantik pertama kali adalah Dr Azman Ibrahim, Zarani Othman dan Dr Mohd Khazani Abdullah - yang dikatakan amat rapat dengan Abdul Hadi. Pemerhati politik berpandangan perubahan pucuk kepimpinan PAS boleh disamakan dengan pendekatan BN pasca pilihan raya 1999 yang terpaksa mengetengah Datuk Seri Idris Jusoh sebagai teraju utamanya setelah bekas menteri besar Datuk Seri Wan Mokhtar Ahmad disingkirkan. Lebih bertenaga Mohd Abdul Wahid bagaimanapun menyifatkan kabinetnya sebagai gabung jalin antara golongan ulama muda, aktivis dan profesional. Malah, jawatankuasanya turut dianggotai golongan profesional, termasuk tiga orang orang doktor perubatan. "Saya nampak muka-muka baru ini lebih bertenaga untuk buat kerja," katanya. Beliau juga menafikan mengetepikan peranan pemimpin senior yang pernah berada dalam kepimpinan PAS Terengganu sejak sekian lama. "(Pemimpin) yang senior, kita tidak tinggal. Mereka kekal tetapi tidak dalam barisan hadapan... Yang senior (kita beri tugas) dari segi taktik atau menjadi penasihat," katanya. Tegasnya, tanggapan golongan itu diketepikan tidak benar kerana ada antara mereka mahu memberi tumpuan kepada tugas di peringkat pusat dan ada yang mahu memberikan tumpuan kepada urusan peribadi. "Tidak (ketepi), tidak mereka semua bekerja... Mereka datang ke program. Tidak timbul kita mengetepikan mereka," katanya. Menurut Abdul Wahid, perubahan pucuk kepimpinan negeri itu "proses yang normal" kerana di negeri lain, termasuk Kedah dan Perak turut mengambil pendekatan yang sama. Sehubungan itu, Abdul Wahid yang juga ahli parlimen Kuala Terangganu berkata sebahagian 'muka baru' itu pernah lama dalam kepimpinan negeri dan perlu diketengahkan ke depan. Walaupun kepimpinan Abdul Wahid ini belum teruji, namun jika strateginya mantap tidak mustahil BN ditumbangkan, lebih-lebih lagi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said belum berjaya mententeramkan gelora politik Umno di negeri itu. |
TANG INI UMNO DAN MENTERINYA WAJIB DI TANYA? Posted: 20 Jun 2011 08:33 PM PDT KUALA LUMPUR: Harga minyak masak di negara ini tidak sepatutnya dinaikkan memandangkan kerajaan melalui Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi memperuntukkan sebanyak hampir RM1 bilion bagi tujuan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) semasa pembentangan bajet 2011. "Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi telah memperuntukkan RM927 juta untuk tujuan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak. Belanja ini adalah hampir RM1 bilion dari bajet keseluruhan kementerian berkenaan," kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail. Beliau mempersoalkan di mana peruntukan bagi skim berkenaan yang dibentangkan bagi mengawal harga minyak masak yang kini berhadapan dengan krisis kekurangan bekalan barangan kawalan itu dipasaran. "Perkara ini yang sebenarnya tidak disedari rakyat di negara ini. Apabila skim ini diumumkan kerajaan, pemain industri ini ternanti-nanti suntikan dana dari skim ini yang menyebabkan berlaku kekurangan bekalan dan belian panik," jelas beliau. Menurutnya, COSS tidak membantu secara terus kepada pengguna tetapi hanya memberi keuntungan kepada pemain-pemain industri di peringkat atasan seperti pengeluar, pengilang dan pemborong pukal. "Skim ini berhubung secara terus dengan pembekal, pengedar, pengilang yang tidak ada kaitan dengan peruncitan dan pengguna. Contohnya seperti pemborong pukal dan sektor pengedaran yang di peringkat atas. Mereka ini yang menerima peruntukan berkenaan," katanya kepada Keadilandaily.com. Menurutnya, kaedah ini sama seperti pemberian subsidi kepada Syarikat tenaga bebas (IPP) yang lebih menguntungkan pemain industri berkenaan. Sementara itu, Azan berkata kenaikan dalam Indeks Harga Pengguna (CPI) yang meningkat sebanyak 2.23 peratus daripada 1.9 peratus sepertimana yang diumumkan dalam Laporan Ekonomi kerajaan 2010, akan melonjakkan peningkatan belanja isi rumah, ditambah pula dengan peningkatan harga barangan disebabkan peningkatan cukai perkhidmatan. Menurutnya, perkara itu diperkukuhkan lagi dengan laporan Bank Dunia dan Bank Negara Malaysia dalam laporan suku terakhir menyatakan hutang perbelanjaan isi rumah di Malaysia adalah yang tertinggi di dunia. Menurutnya, indikator terbaru dari maklumat yang diperolehinya pula menunjukkan unjuran CPI kemungkinan mencecah sehingga tahap 3.33 peratus bagi tahun ini. Manakala cukai perkhidmatan pula naik sebanyak 1 peratus dari 5 kepada 6 peratus, akan terus membebankan pengguna dan meningkatkan perbelanjaan isi rumah. "Asas cukai perkhidmatan yang naik dari 5 peratus kepada 6 peratus sebenarnya meningkatkan kira-kira 25 peratus perbelanjaan isi rumah di negara kita. Kenaikan ini menyebabkan kenaikan kos sara hidup sebanyak 25 peratus dalam setiap isi rumah sekiranya tiada penambahan pendapatan sebanyak 25 peratus lagi. "Sebagai contoh mudah, sekiranya seseorang individu membelanjakan RM100, dia terpaksa meningkatkan sebanyak RM1 untuk cukai perkhidmatan dari RM5 kepada RM6. kenaikan RM1 dari RM5 Ini bermakna kenaikan perbelanjaan tersebut naik sebanyak 20 hingga 25 peratus dari nilai RM5 yang dibelanjakan," katanya. "Jadi sekiranya berlaku kenaikan mendadak perbelanjaan isi rumah ini akan menyebabkan terbentuknya kitaran hutang belanja isi rumah yang tinggi yang akan menyebabkan usaha kerajaan untuk mencapai tahap negara penduduk berpendapatan tinggi gagal," ujarnya. Selain itu, katanya, kerajaan pula memindahkan beban cukai perkhidmatan dengan cara mengurangkan cukai import barangan sebanyak 300 item kepada golongan kaya yang menyebabkan harga barangan import bertambah murah. "Golongan yang mendapat faedah ialah golongan kaya yang mendapat barangan import dengan harga yang lebih murah. Golongan kaya ini populasi mereka hanya 10 peratus dari jumlah penduduk. Manakala golongan miskin dan sederhana pula adalah 90 peratus. Jadi dengan kata lain kerajaan telah memindahkan beban cukai perkhidmatan ini kepada golongan miskin," katanya |
Posted: 20 Jun 2011 06:25 PM PDT KUALA LUMPUR: Sejumlah RM1.01 bilion yang diperuntukkan dalam belanjawan tambahan berjumlah RM 13.2 bilion digunakan bagi menampung kekurangan emolumen pada tahun 2011 untuk pegawai perubatan pelbagai gred dan skim. Ia termasuk RM1.3 bilion emolumen yang sepatutnya dibayar untuk kakitangan awam di bawah kementerian pelajaran iaitu untuk guru serta kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Diploma. Perkara itu dinyatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Perbahasan Belanjawan Tambahan Pertama 2011 di parlimen hari ini. "Peningkatan perbelanjaan belanjawan berlaku akibat dari tindak balas pergerakan harga komoditi yang buruk. Namun yang dimusykilkan adalah peningkatan sebanyak 5 peratus emolumen sedangkan ianya sepatutnya mudah untuk diunjurkan. "Apakah muslihat meninggalkan peruntukan emolumen yang wajib dimasukkan," ujar Anwar yang juga bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan. Menurutnya, beliau khuatir kegagalan membuat unjuran yang tepat, tidak berupaya menjelaskan perbelanjaan belanjawan dan kelemahan mengurus ekonomi akan meletakkan negara dalam keadaan sukar. "Kita perlu mengambil iktibar dari kegagalan negara akibat kecuaian pengurusan malah juga memutarbelitkan angka petunjuk ekonomi seperti mana berlaku di Greece," tegas Anwar. Menurutnya, belanjawan tambahan itu juga mewakili peningkatan 8.2 peratus daripada belanjawan asal 2011 sebanyak RM162.8 billion, selepas hanya tiga bulan pusingan belanjawan tahun ini selesai. Justeru itu katanya, tidak mustahil menjelang akhir tahun ini, peningkatan belanjawan kemungkinan mencecah 15 peratus. "Ini menimbulkan suatu tanda tanya berhubung keupayaan kerajaan untuk merangka belanjawan negara, yakni salah satu tugas asas mengurus ekonomi negara selain memunculkan persoalan terhadap keupayaan mereka untuk membuat unjuran, penjelasan atau bertanggungjawab dan mengurus perbelanjaan yang telah diluluskan dalam Dewan Yang Mulia ini," kata Anwar. Di bawah peruntukan mengurus bagi bajet 2011, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap, RM1.4 bilion untuk Pembelian Aset dan RM1.2 bilion lagi bagi perbelanjaan lain |
You are subscribed to email updates from BRIGED MP SEGAMBUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan