Rabu, 15 Jun 2011

.

.


Menyengen Mata

Posted: 14 Jun 2011 08:49 PM PDT

Penjelasan Mengenai 'Negara Berkebajikan'
Oleh Haron Din Dalam Siasah


Penggunaan slogan baru oleh Pas, "Membangun Negara Berkebajikan" telah menjadi percakapan umum di luar parti itu dan timbul sedikit kontroversi. Musuh Pas terus mengambi peluang atas perubahan slogan itu kononnya Pas telah meninggalkan perjuangan Islam. Sebaliknya ahli Pas sendirii yang mengetahui apa yang berlaku dalam rumah mereka tidak merasa apa-apa.

Utusan Malaysia hari dan tv kroni setiap minit mencanangkan perkara itu. Media itu cuba damagekan Pas dengan harapan orang Melayu meninggalkan Pas dan menyokong Umno. Kerana kuta gempuran itu maka mereka di atas pagar dan tidak pernah membaca perlembagaan Pas serta tahu struktur pembentukan Pas sedikit sebanyak termakan dengan hasutan di siang hari media berkenaan.

Maka timbullah cakap-cakap sealiran dengan kehendak Umno itu.

Untuk mendapat penjelasan berhubung perkara itu dan memberi gambaran sebenar mengenai perubahan tagline Pas itu, saya telah menemui Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din Isnin lalu. Dalam pertemuan selama lebih satu jam itu Dr Haron menjelaskan tentang kekeliruan yang timbul. Beliau juga turut menghurai dengan cantik mengenai perbezaan di antara kebajikan yang kerajaan UBN lakukan dengan Negara Berkebajikan yang Pas hendak bangunkan.

Untuk mendapat penjelasan lanjutan dan kupasan Dr Haron dapatkan Siasah terbaru yang akan beredar esok. Sebanyak tiga muka surat bualbicara beliau dengan saya di sekitar itu bekerekaan dan juga pandangan beliau mengenai barisan kepimpinan yang baru berlaku dimuatkan didalamnya. [wm.kl. 11:50am 16/06/11]

Sesudah Subuh

Posted: 14 Jun 2011 02:59 PM PDT

Penganalisa Politik Profesor Ipomoea Reptans

MASIH teringat ketika berjumpa dengan bekas Ketua Penerangan Umno Malaysia yang juga tokoh Umno Kelantan Hussein Ahmad beliau ada mencemuhi beberapa orang cerdik pandai yang bergelar profesor yang sering bercakap di kaca tv mengenai politik negara ini. Katanya, semua profesor yang bercakap dalam tv itulah yang memusnahkan pilitik orang Melayu. Menurutnya apa yang mereka cakapkan itu tidak sedikit pun membantu orang Melayu mempertingkat daya intelektual politik orang Melayu tetapi lebih menambahkan kelukaan orang Melayu.

"Baik hentikan saja dari mengundang mereka bercakap. Lagi banyak mereka bercakap lagi rosak orang Melayu." demikian tuturnya denga nada marah. Mengapa beliau berkata begitu kerana mereka bercakap mengikut haluan yang ditetapkan dan bukan memberi pandangan mengikut ilmu atau pun bidang yang mereka pelajari. Mereka dikandangkan oleh ideologi.

Katanya tidak silap kalau saya katakan mereka adalah profesor upahan; "hentikan saja panggil mereka." Ulang beliau dengan jengkil.

Ada kebenaranya kata-kata Hussein yang juga dikenali di zaman kehebatannya sebagai Hussein Serama itu. Kalau diperhatikan kepada profesor atau jurucakap politik yang dipanggil dan minta pandangan semua bercakap bukan untuk membina politik bangsa tetapi bercakap untuk mengukuhkan kedudukan mereka serta meninggikan perut masing-masing. Nampak sangat mereka bercakap menggunakan air liur Umno untuk menggerakan mulut.

Mereka ini juga tidak ada prinsip. Nada cakap mereka ini juga berlainan semasa mereka berkhidmat dengan kerajaan, sewaktu pencen mencari kontrek kerja dan selepas mendapat kontrek kerja di mana-mana institusi atau pun syarikat GLC kerajaan.

Contoh terbaik apa yang berlaku kepada Zainal Kling [foto] seorang yang dianggap sebagai penganalisa politik yang bercakap melalui saluran pipa. Kalau mendengar cakap dan ulasan politiknya hanya menjurus kepada satu pihak. Dia hanya mengkritik parti pembangkang saja dan senyap sendu untuk menegur politik parti pemerintahan.

Saya juga hairan macam mana dia boleh dianggap sebagai penganalisa politik. Sepanjang hidup saya tidak pernah berjumpa dengan beliau di kapangan untuk membuat kajian dan nilaian politik dengan mata kepalanya sendiri. Tidak seperti sesetengah profesor lain yang turun ke lapangan dan melihat sendiri gerak nadi politik. Kalau membuat analisa dari dalam bilik berhawa dingin atau pun di birai rumah-rumah menteri, tidak mencukupi maklumat dan lebih baik jadi pengampu berdaftar sajalah.

Saya pernah mendengar tuturnya pada suatu majlis di rumah Pena di Kuala Lumpur. Ketika itu beliau masih menganggur dan menjadi aktivis Ngo Melayu yang tegar. Bukan main lagi berani mengkritik kerajaan. Dia juga mengsyorkan supaya diadakan dokumen khas untuk ditaburkan kepada rakyat di dalam pilihan raya. Biar rakyat membacanya satu dokumen bebas yang berwibawa! Dokumen itu mengkritik parti pemerintah yang ketika itu dipimpinan oleh Abdullah Badawi.

Naik semangat juga mendengar cadangan beliau itu. Ketika itu menampakkan akan daya keintelektualan beliau sebagai seorang profesor dan akademis yang berdiri atas prinsip kebenaran dan keadilan berlandaskan keilmuan.

Tetapi suasana berubah bila beliau mendapat kontrek berkerja dengan kerajaan kalau tidak salah di UPSI.

Perhatikan kepada cakap dan ulasannya hari ini. Semuanya berbau munafik dan tujuannya lebih untuk mengukuhkan kedudukannya dengan kontrek berkenaan. Saya yakin kalau sesudah habis kontrek nanti nadanya akan jadi lain pula, lebih kritis dan telus. Mungkin sekali lagi dia akan mencadangkan diadakan dokumen khas untuk ditaburkan kepada rakyat.

Selain itu pandangan beliau juga amat naif sekali kalau dibandingkan dengan ilmu dan pengetahuan yang ada dalam tubuhnya. Terbaru dia mengkritik Pas agar menukar nama Islam yang ada kepada parti berkenaan. Semuanya kerana Pas membawa tema baru dalam meraih sokongan rakyat iaitu 'Membangun Negara Berkebajikan.'

Zainal menyifatkan perjuangan Pas tidak Islam lagi kerana telah menukar perjuangan dari Islam kepada sosialis. Saya percaya beliau terpengaruh dengan apa yang diulas dalam akhbar yang menjadi tempat beliau berkokok. Sedih, seorang profesor yang sarat dengan ilmu membiarkan begitu saja lehernya dijerut oleh laporan akhbar yang menjadi lidah parti politik. Adakala ulasan politiknya menghentam pembangkang lebih rendah dari minda ketua cawangan Umno di hulu.

Apakah beliau tidak meluangkan sedikit masa untuk mengkaji apa yang berlaku dalam Pas dengan tema berkenaan? Kalau pun malas untuk membuat kajian sendiri upahlah budak-budak atau mahasiwa di bawah belenggunya untuk membuat kajian apakah Pas sudah berubah hala tujuan perjuangan atau tidak. Kajilah secara akademik dan bukannya dengan emosi kebencian.

Saya merasa malu kalau begitulah pemikiran dan sikap seorang profesor yang mudah dipengaruhi oleh akhbar lembu. Bagaimana para pelajar hendak menghormati dan menyanjungi keilmuannya. Dimana prinsip atau kaedah memahami sesuatu perkara yang dipelajar selama ini. Apakah Zainal tahu atau mendalami akan perlembagaan Pas dan juga struktur yang membentuk parti berkenaan.

Dan apakah Zainal melihat hala tuju sesebuah parti itu kepada cakap-cakap lisan atau pandangan individu pemimpin saja dan tidak dilihat apa yang digariskan dalam perlembagaannya. Apakah beliau jahil untuk mengetahui apa itu perlembagaan dan apakah fungsinya.

Untuk maklumat Zainal Kling yang tidak pergi ke muktamar Pas atau pun bercakap dengan orang Pas, hala tuju perjuangan Pas masih kekal seperti sedia kala. Tidak betul dan tidak benar kalau Pas telah menukar perjuangan dari Islam kepada sosialis persis DAP. Perjuangan Pas berpandu kepada Quran dan hadith jauh beza dengan sosialis DAP. Ulama masih lagi menjadi pemandunya. Tidak timbul kalau Pas menukar hala tuju atau dasar perjuangannya. Pas hidup dan berkembang bukan seperti diri profesor seperti anda.

Majlis Syura Ulama adalah pengawal kepada segala polisi dan dasar yang hendak diperkenal oleh Pas. Apa-apa perubahan yang hendak dilakukan mesti mendapat kelulusan majlis berkenaan. Sepatut sebagai seorang penganalisa politik beliau mengetahui akan hakikat ini. Macam mana seorang profesor boleh bercakap atas angin begitu saja.

Akhirnya saya rasa, lebih baik Zainal tidak bercakap dan mengulas mengenai Pas kalau beliau tidak tahu apa itu Pas. Lagi banyak beliau bercakap lagi jatuh martabatnya sebagai seorang profesor. Saya jamin dia tidak pernah memegang perlembagaan Pas sepanjang hayatnya. Atau kalau dia pegang perlembagaan Pas lagaknya pun tak ubah seperti pegang daun pakau saja.

Jangan Zainal malukan golongan profesor negara ini dengan pandangan dangkal dan lebih ke arah untuk menjaga periuk nasi dan meninggi perut seperti itu. Malaulah kalau seorang intelektual tetapi masih lagi menjadi pengampu kepada satu golongan semata-mata kerana ingin menjaga periuk nasi bukannya menegakkan keadilan dan kebenaran menerusi ilmu yang dipelajarinya. Jangan pula seorang profesor perlu kembali belajar semula dengan anak murid yang jauh ke depan.

Mungkin istilah yang pernah dipakai oleh Prof Syed Hussein Alattas yang mencemuhi golongan profesor yang cetek dan teduh ilmunya ini sebagai "profesor kangkung" layak untuk dikalungkan dileher Zainal Kling. [wm.kl.6:22 am 16/06/11]

Tiada ulasan: