Khamis, 23 Jun 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Baju Ini Diharamkan.. Boleh Menyebabkan Kecederaan Parah.. Hahaha

Posted: 23 Jun 2011 12:04 AM PDT

Memakai baju ini boleh menyebabkan badan melecur teruk dan kemungkinan membawa maut serta mudah berjangkit melalui sentuhan.. hehehe

Baju yang disyorkan dan dijamin selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Dan Kerajaan 1malaysia..

Polis malam tadi mengarahkan seorang aktivis PKR, Razali Abd Ghafur agar tidak menjual baju berwarna kuning bercetak perkataan 'Bersih' kepada orang ramai atau bakal berdepan tindakan.

Amaran tersebut yang didakwa "arahan pihak atasan" diberikan kepada beliau pada majlis ceramah Jelajah Selangor Tawan Malaysia (Jelas 2) di Kampung Sungai Merab Luar, Bangi.


Ceramah tersebut dihadiri Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua AMK Negeri Sembilan, Nazree Yunus.

"Pada mulanya dia datang ke gerai saya, minta ambil gambar. Lepas ambik gambar, saya tanya awak siapa. Dia bagi tau dia polis sambil tunjuk IC polis.

"Kemudian dia ambik dua helai baju Bersih, dan suruh saya jangan jual baju itu. Katanya arahan dari atasan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, beliau kemudiannya dijemput ke Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda dan dirakam kenyataan selama 20 minit.

Arahan tersebut dipercayai ada kaitan dengan rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mahu mengadakan himpunan aman 9 Julai ini.

Dalam respon segera, Shuhaimi turut mempersoal tindakan pihak berkuasa itu.

"Sejak bila jual baju tak boleh? Umno BN makin gila," tulisnya di Twitter.

Sebelum ini, polis juga telah memberi amaran kepada penganjur himpunan itu agar membatalkan hasrat mereka.

Ratusan laporan polis juga turut dibuat diseluruh negara termasuk oleh Umno.

Selain itu, polis juga memberi amaran akan membuat tangkapan awal sebagai pencegahan.

Bagaimanapun, Bersih sehingga kini tetap dengan pendirian akan meneruskan himpunan itu.

Sumber disini


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

BERSIH 2.0 - Ambiga Terima Ugutan Bunuh

Posted: 22 Jun 2011 08:46 PM PDT


Beberapa wartawan dan ahli Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) telah menerima ugutan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) lewat malam semalam dan awal pagi ini.

SMS yang dihantar dari nombor telefon 601119732179 memuatkan ugutan bunuh ke atas pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan juga beberapa pemimpin PAS dan PKR yang mungkin terbabit pada perhimpunan 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Ambiga, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau menerima SMS seumpama itu.

"Ya, saya juga terima dan akan buat laporan polis," katanya.


SMS itu berbunyi: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

"puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.

"kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."

Ahad lalu, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga membakar dan memijak gambar Ambiga pada satu perhimpunan dan memanggilnya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya". - mkini

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Gerakan Besar-Besaran meramaikan pengundi Barisan Nasional dalam menghadapi pru13

Posted: 22 Jun 2011 07:59 PM PDT

Kerajaan akan melaksanakan proses pendaftaran besar-besaran bermula 11 Julai ini bagi merekodkan jumlah pekerja asing dan pendatang tanpa izin yang berada di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses yang termasuk dalam program penyelesaian menyeluruh pendatang asing tanpa izin atau Program 6P itu, akan dilaksana melalui gerakan pendaftaran merangkumi pengambilan biometrik semua pendatang asing tanpa izin di negara ini. - BERNAMA

Program itu bertujuan mengumpul data mengenai pendatang asing tanpa izin di negara ini seperti di mana mereka bekerja, dengan siapa dan berapa gaji yang diterima serta beberapa maklumat lain yang diharap dapat membantu ke arah mengatasi isu kekurangan rakyat Malaysia yang mengundi BN dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.


"Kita mahu supaya selepas eksesais ini berjalan, kerajaan dapat memperkemaskan rekod berkenaan pekerja-pekerja asing dalam negara dan sekaligus dapat menambahkan pekerja asing di negara ini boleh digunakan untuk memenangkan BN dalam pilihanraya umum ke-13 nanti," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Rabu selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelan Tindakan Menambahkan Pengundi Hantu menjelang pru13.

sumber - Kerajaan Rakyat

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tunggakan RM1.127j: HISB jadi mangsa Umno

Posted: 22 Jun 2011 05:11 PM PDT

Sebuah syarikat bumiputera, Harian Inovatif Sdn Bhd (HISB) terus menjadi mangsa janji-janji manis pemimpin Umno BN, apabila masih gagal mendapatkan pembayaran semula wang yang dikeluarkan untuk menjayakan Kejuaraan Silat Sedunia Ke-13 di Stadium SUKPA, Kuantan, Pahang pada 21 hingga 27 Oktober 2007 lalu.

Lebih dikesali lagi, pihak-pihak terbabit ternyata tidak memandang serius perkara itu walaupun ia melibatkan jumlah tunggakan cukup besar sebanyak RM1.127 juta, walaupun telah berlarutan sejak empat tahun lalu.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HISB, Raja Norasmah Raja Shahrom Saidee menjelaskan, sehingga kini pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihaknya termasuk bertemu dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.


Menurut beliau, terbaru pada 18 Mei lalu, pihak HISB telah diberi tarikh dan masa untuk bertemu Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di pejabatnya, tetapi pada pagi hari itu, ibu mertua salah seorang Adun telah meninggal dunia.

Katanya, Mohd Ali telah menziarahi kematian tersebut dan dengan itu temujanji tersebut tidak dapat ditunaikan kerana waktu telah lewat dan mesyuarat Exco telah diberi keutamaan, manakala pihak HISB hanya dapat menyerahkan dokumen tuntutan kepada Setiausaha Sulit beliau, Syueeb Zahari untuk tindakan selanjutnya.

"Tetapi hal ini tidak dipandang serius oleh pihak yang berkenaan. Ini menyebabkan syarikat bumiputera terasa dianiaya oleh mereka kerana segala usaha murni kami tidak dihargai," katanya pada sidang akhbar yang diadakan di Mont Kiara, di sini, petang semalam.

Walaupun pihak HISB telah memberikan kata putus untuk mengambil tindakan mahkamah, menurut beliau, pihak Pesaka tetap tidak menunjukkan sebarang reaksi positif.

Katanya, sikap seperti itu jelas ditunjukkan oleh pihak-pihak terbabit sejak selepas persidangan media yang diadakan oleh HISB dan berita mengenainya tersiar di media pada 31 Disember 2009 lalu.

"Semenjak dari itu, pihak HISB telah beberapa kali menghantar surat dan memohon temujanji dengan pihak Pesaka, malah telah menulis surat kepada kementerian-kementerian terbabit semasa kejuaraan tersebut, namun kami gagal mendapat apa-apa maklum balas mengenainya," katanya.

Pihak HISB, ujarnya, amat kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tidak memandang serius perkara itu hanyalah kerana mereka adalah sebuah syarikat bumiputera yang kecil.

"Jika keadaan ini berterusan, sukarlah sukan di Malaysia ini hendak berkembang maju, sedangkan Kerajaan BN sering mewar-warkan slogan 'Majulah Sukan Untuk Negara', tetapi nasib orang yang memajukan nama baik negara tidak dihiraukan," jelasnya.

Kejuaraan Silat Sedunia Ke-13 pada 2007 lalu telah berlangsung dengan jayanya di Stadium SUKPA, sempena meraikan Hari Keputeraan Sultan Pahang pada ketika itu, dengan disertai 36 buah negara dan melibatkan lebih 600 peserta dan pegawai dari seluruh dunia.

Ia merupakan platform yang baik bagi melahirkan pesilat-pesilat yang berpotensi untuk terus diketengahkan, di samping budaya sukan dan kesenian yang terdapat di dalam ilmu persilatan itu dipertahankan, diperkembangkan dan diwarisi sebaik mungkin.

Dalam kejuaraan itu, sebanyak 24 pingat telah dipertandingkan yang terdiri daripada 18 pingat dari katergori Silat Olahraga dan 6 pingat dari kategori Silat Seni.

Acara berprestij itu telah dianjurkan bersama Kerajaan Negeri Pahang dan Pesaka dengan kerjasama HISB serta mendapat pengiktirafan dari kementerian-kementerian kerajaan seperti Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KEKKW), Kementerian Pelancongan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Kejuaraan itu juga telah mendapat restu Sultan Haji Ahmad Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga selaku penaung kejuaraan tersebut ketika itu.

"HISB merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang dipilih dan telah diberi kepercayaan untuk menjadi penganjur bersama kejuaraan itu, bagi memastikan acara silat bertaraf dunia itu dapat dilaksanakan dengan penuh meriah, berjaya dan gemilang.

"Acara berprestij itu menelan belanja lebih RM1 juta dan HISB adalah pihak yang mendahulukan segala kos perbelanjaan secara tunai, setelah dipersetujui oleh Urusetia Kejuaraan dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk.

"Semua pembayaran yang telah dijelaskan oleh HISB bersesuaian dengan perkara-perkara yang melibatkan kejuaraan itu akan dijelaskan semula oleh Urusetia Kejuaraan Silat Sedunia ke-13 pada 2007," katanya.

HISB berharap agar perkara itu dapat diselesaikan segera kerana jika hal ini berlanjutan, katanya, lebih banyak lagi syarikat bumiputera yang akan teraniaya dengan janji manis pelbagai pihak yang hanya suka berjanji tetapi tidak seperti yang diharapkan.

Turut hadir pada sidang media itu, Pengarah Urusan Kumpulan HISB, Mohd Fairuz Mohd Yusof dan peguam HISB, Ramesh Kanapathy.

Sumber - Harakah Daily

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Taib Mahmud Berbohong Tiada Akaun Di Bank Swiss

Posted: 22 Jun 2011 07:39 AM PDT

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berbohong apabila mengakui tidak mempunyai sebarang akaun bank rahsia untuk menyimpan wang miliknya di bank Switzerland, kata Ahli Parlimen Sungai Petani. Taib membuat kenyataan itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini, menafikan dakwaan Yayasan Bruno Manser dari Switzerland bahawa beliau tidak mempunyai akaun bank di negara itu.

Kata Johari, jika benar, Presiden Persekutuan Switzerland tidak mungkin mengeluarkan arahan kepada Swiss Financial Market Supervisory Authority (FINMA) untuk menyiasat semua akaun milik Taib. "Dia sebagai Ketua Menteri, orang yang bertanggungjawab dipilih rakyat melakukan pembohongan," kata Johari ketika di dewan rakyat hari ini.


Menurutnya lagi, Taib juga harus meletak jawatannya kerana dia bukan sahaja berbohong kepada rakyat Sarawak tentang hartanya di luar negara, tetapi juga dilakukan dalam sidang dewan yang mulia. "Sekiranya pihak Swiss mendedahkan dan membuktikan dia mempunyai akaun dan kekayaan, sanggupkah dia meletak jawatan?

Saya rasa dia mesti meletak jawatan sebab dia berbohong kepada rakyat dan dia berbohong di dalam dewan lagi. "Walau pun rakyat tak dengar secara terus tetapi rakyat ada wakil yang mendengar dari dalam dewan," kata Johari.

Sebelum ini, Presiden Persekutuan Switzerland, Micheline Calmy-Rey, mengarahkan satu siasatan dijalankan ke atas harta milik Taib di Bank Switzerland. Dalam surat dengan tajuk "Pembekuan aset Abdul Taib Mahmud, ketua kerajaan negeri Sarawak di Malaysia" bertarikh 8 April kepada Yayasan Bruno Manser.

Micheline berkata beliau sudah menyerahkan maklumat tentang aset Taib Mahmud di dalam institusi kewangan di Switzerland kepada badan FINMA (Swiss Financial Market Supervisory Authority). FINMA merupakan sebuah organisasi yang mengawal aktiviti pembersihan wang haram untuk siasatan./KD



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Teguran Panas Dan Pedas Buat Mat Sabu..

Posted: 22 Jun 2011 06:58 AM PDT

MAT SABU : Buangla Perangai Melayu yg buruk TU

Aku ingat bila hang dah berhijrah ke Kelantan dan Kedah berpuluh tahun perangai melayu yg buruk tu hang dah buang dah. Ternyata anak JATI KG Jarak Penanti ni masih sebati lagi dgn perangai yg tak berapa elok tu. perangai macammana?

Sikap yang hanya tahu menghargai pencapaian bangsa lain tapi buat-buat tak nampak dgn kejayaan bangsa sendiri.

Bahasa mudah : kalau anak cina dapat 10A hang terbeliak biji mata tapi kalau anak melayu dapat 10 A tiada pengiktirafan diberikan malah kutukan diberikan.

Takkanlah bila LGE bagi hang jawatan ahli lembaga pengarah JBA dgn bayaran tertinggi, mulut hang terkunci kot dan hang nampak dia sorang yg buat kerja. Mana pi hasil tarbiyah PAS selama berpuluh tahun keatas diri hang.


Aku memang kagum dgn hang. Hang petah bercakap, idea banyak, berani dan mudah didekati. Pasai tu BN takut dgn hang. Tapi aku baru nampak yg mindset hang tak begitu intelektual. Teguran hang lebih bersifat "demotivated" bukan "continous improvement". Adakah kerana PAS Kedah/Kelantan tak guna CAT macam DAP sudah dikira tak buat kerja? Yg penting intipati kerja bukan nama.

Aku dok kerja di Pulau Pinang 20tahun sampai sekarang. Aku dok tengok perkembangan sejak zaman Gerakan sampai la ni DAP. Tapi aku takkan buka pekong krn patuh pada pucuk pimpinan.

Cuma satu nasihat aku dekat hang tentang maksud pakatan. BN pun ada juga pakatan dgn Gerakan dan MCA/MIC, PAS pun ada juga pakatan dgn DAP/PKR. Pakatan BN adalah bentuk pakatan yg sanggup jual "underware sendiri: krn nak jaga hati rakan se pakatan. Tanah wakaf tergadai, akta tanah rizab melayu diubah, akta pendidikkan di ubah.

Pakatan Rakyat perlu bergerak atas dasar keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat yg berbeza bangsa/agama. Perlu bersifat give and take atau win-win dan bukan berat sebelah. Buangkan sifat terlalu nak jaga hati di atas permintaan yg bersifat melampau.

Tapi Abg Mat oi, kalau hang tak buang perangai tu….PAKATAN Rakyat pun boleh jadi Pakatan BN.

Aku tak kata PAS ni perfect. Kita ambik periksa pun mana ada yg score 100%. Sekurangnya dapat markah 80% pun dah kira A juga. Aku tau dlm PAS Kedah memang ada sekoq dua yg dok ligan title Datuk dan memang dia dah dapat Datuk pun. Tapi takkan krn sekoq kerbau, habis hg nak palit lumpur dekat PAS. Apa kata hang pi balik Batu Hampar, Merbok, hang pi tegur dia personally drp hang dok bising di Malaysiakini. Hang tu pula pasai apa tak mau ambil anugerah Datuk ? Takut riak ka?

PAS Kelantan pula, takkan hang tak nampak improvement kot. Kota Bharu lagi hebat dari KTrengganu @ ASetar. Org Islam Kelantan lagi hebat dari segi ekonomi. Akta tanah Kelantan menjamin hingga keanak anak cucu berbanding akta tanah PPinang. Org melayu PPinang cuma tinggai tanah dalam pasu saja.

Masaalah kebergantungan kpd TGNA tu cuma masaalah bagaimana nak menukar perak dgn emas, memang payah. Dalam BN memang mudah untuk menukar ganti kerana yg ada semua cuma ketul batu sahaja. Lagipun nak mengurus kerajaan negeri hang ingat TGNA buat kerja sorang2 ka?. TGNA hanya perlu membentuk seorang dua lagi yg mampu diberi persepsi yg sama seperti beliau oleh masyarakat umum.

Masaalah YB tak turun padang. Bab ni hang sepatutnya kena buat benchmark dan compare apple to apple. Jika YB PAS turun padang sebanyak 50 kali setahun berbanding dgn YB BN yg cuma 30 kali, ternyata YB PAS lebih baik. Takkan hang mau YB PAS turun padang 365 kali setahun kot baru hang nak bagi score A. Gila pa. YB DAP turun padang setiap hari ka? Yg penting bukan berapa kali turun tapi apakah positive improvement yg boleh dibuat oleh YB berkenaan. Kita bercakap soal efficiency bukan quantity.

PAS bukan tak boleh ditegur, tapi biarlah realistic dan ada fakta. Org tuduh hang syiah, aku tak setuju sebab aku kenal hang bukan setakat ditapak ceramah. Hang cuma peminat Negara Iran dan budayanya. Sama juga macam aku peminat Negara Thailand, takkan aku dituduh fahaman Buddha kot.

Aku minta maaf kalau ada yg menyinggung hang. Tapi sebab hang la ni org no2 aku kena tegur cepat sebelum jadi barah. - merong



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Kit Siang tawar buktikan mesej Ibrahim Ali ugut kaum Cina

Posted: 22 Jun 2011 06:48 AM PDT

Penasihat DAP Lim Kit Siang tampil menawarkan salinan ucapan Datuk Ibrahim Ali, Ahad lalu kepada Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri untuk membuktikan presiden Perkasa ada mengugut komuniti Cina menjelang perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai.

Sambil menggambarkannya melakukan kesalahan teruk, Lim berkata beliau sudah menonton ucapan Ibrahim dan mengesahkan bahawa pemimpun kumpulan hak Meyau itu ada memberi amaran kepada kaum Cina agar tinggal di rumah dan menyimpan makanan kerana apa sahaja boleh terjadi.

Katanya, apa yang diucapkan oleh pemimpin itu boleh dilihat sebagai satu bentuk ugutan kepada komuniti Cina.


Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Lim menambah, Ibrahim tidak seharusnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas kenyataannya itu tetapi seharusnya dicaj di mahkamah.

"Jika Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar belum lagi melihat rakaman video, saya boleh hantar mereka satu salinan," katanya.

Awal hari ini, Hishammuddin berkata polis akan memanggil pemimpin Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa berhubung perhimpunan mereka 9 Julai ini.
Kata Hishammuddin, polis tidak akan mengeluarkan permit kepada mereka.

Beberapa organisasi media melaporkan Ibrahim sebagai berkata orang Cina perlu tinggal di rumah ketika protes Bersih dan simpan bekalan makanan.

Kenyataannya telah disalah tafsir oleh ramai sebagai satu ugutan kepada komuniti Cina, menyebabkan Ibrahim berhadapan dengan kritikan ramai.

Semalam, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata beliau hanya menasihatkan komuniti Cina supaya duduk di rumah pada hari tersebut.

Beliau juga mengecam media kerana salah tafsir kenyataannya sambil mendakwa The Malaysian Insider memutarbelitkan kata-katanya di luar konteks.
Lim mempersoalkan mengapa kerajaan terus enggan menghukum Ibrahim atas kenyataannya.

"Adakah ini kerana wajah brahim Ali semakin menjadi penting untuk mewakili kuasa sebenar dalam politik Umno - menggantikan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak," katanya.

Lim berkata jika Hishammuddin atau Ketua Polis Negara gagal untuk bertindak sewajarnya ekoran kenyataan Ibrahim, maka kedua-dua mereka seharusnya meletakkan jawatan mereka.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Putrajaya Mengaku Cuba Khianati Pulau Pinang

Posted: 22 Jun 2011 06:12 AM PDT

BN Rancang Kerugian Projek Terusan Penang ?

KUALA LUMPUR 22 JUN : Putrajaya 'mengakui' telah merancang kerugian bagi projek mendalamkan terusan utara di Pulau Pinang yang bernilai RM300 juta menurut Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi.

Berdasarkan jawapan lisan yang dikemukakan Timbalan Menteri Pengangkutan di parlimen hari ini, kementerian itu menjelaskan telahpun mengambil kira penjejasan prestasi kewangan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), akibat kelewatan mendalamkan Pelabuhan Pulau Pinang.

"Ini bermaksud kementerian mengakui kelewatan dan menyebabkan kerugian ialah sesuatu yang telah dirancang. Kerajaan telah merancang kerugian untuk melandasi Penang Port Sdn Bhd," kata beliau kepada media.


Projek PPSB di bawah kelolaan Kementerian Kewangan itu kini berdepan dengan kerugian sebanyak RM100 juta akibat terbengkalai seraya menimbulkan keresahan tentang kos lebihan yang terpaksa ditanggung.

Jeff menyifatkan kerajaan gagal memainkan peranan bagi memastikan projek yang melibatkan suku bilion ringgit itu siap pada jangkamasa yang ditetapkan bagi mengelak kos berlebihan ditanggung.

"Saya rasa ini sikap transformasi yang terumbang-ambing. Mana transformasi kalau kerugian itu telah dirancangkan seperti mana yang disebut," jelasnya lagi.

Terusan dengan kedalaman 15 meter itu dijangka siap pada 2013, terbengkalai sehingga kini berikutan kerja- kerja tersebut tidak dapat diteruskan.

Sehubungan dengan itu Pengarah Pengurusan PPSB, Datuk Ahmad Ibnihajar pada Mei lalu menyatakan PPSB akan mengalami kerugian berjumlah RM100 juta sekiranya projek tersebut masih tergendala.

PPSB sebelum ini telah menghubungi Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) beberapa kali, menuntut penjelasan mengenai perkara itu namun tidak mendapat respon.

Sumber disini


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Wang Zakat Diguna Biayai Yuran Guaman Jamil Khir Baharom

Posted: 22 Jun 2011 05:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Saifuddin Nasution (PKR-Machang) menuntut kerajaan menjelaskan mengenai salah guna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM32,000.

Jumlah itu didakwa dikeluarkan bagi membiayai yuran guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali.

"Yang saya bangkitkan ialah penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai RM32 ribu yang digunakan untuk membayar khidmat peguam yang mewakili menteri dan pengarah Jawi Datuk Che Mat Ali," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.


Kedua individu itu sebelum ini diambil tindakan mahkamah kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam kes Qazaf membabitkan kes Fitnah II ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah sendiri mengakui yuran guaman Jamil Khir dan Che Mat Ali dibayar dengan wang peruntukan berkenaan.

Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR turut mempersoal tindakan Che Mat yang meluluskan sendiri peruntukan itu memandangkan beliau juga merupakan setiausaha MAIWP.

"Saya timbulkan semalam, yang disaman ialah pengarah Jawi Che Mat Ali, yang meluluskan wang zakat ini setiuasaha Majlis Agama Islam Wilayah Che mat Ali juga orang yang sama.

"Jadi setiausaha MAIWP Che Mat Ali memohon peruntukan daripada Che Mat Ali. Beliau meluluskan permohonan kepada beliau sendiri. Ini salah," katanya.

Menurutnya lagi, dari segi hukum agama juga, kedua individu berkenaan tidak tergolong dalam kategori mereka yang layak menerima wang zakat.

"Apakah Menteri dan Pengarah Jawi termasuk dalam asnaf yang lapan, yang layak menerima zakat? Sudah tentulah jawapannya sangat terang, tidak," tegas Saifuddin.

Justeru beliau akan menulis surat kepada jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC)menuntut tindakan segera diambil.

"Kita perlukan penjelasan sebab melibatkan pengkhianatan pengagihan wang zakat yang tidak tepat," katanya.

Semalam, Saifuddin membangkitkan perkara tersebut sewaktu perbahasan perbekalan tambahan 2011 di peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.

Sumber disini

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Projek parlimen: Nazri setuju cadangan Mahfuz

Posted: 22 Jun 2011 04:18 AM PDT

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bersetuju agar satu Jawatankuasa Parlimen ditubuhkan untuk memantau sebarang projek berkaitan parlimen.

Persetujuan itu dibuat terhadap cadangan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang mahu satu jawatankuasa khas parlimen bagi memantau projek membaik pulih parlimen yang sedang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya JKR.

"Saya rasa itu satu cadangan yang baik oleh kerana Parlimen adalah salah satu cabang kerajaan yang bebas antara tiga iaitu executive, legislative dan judiciary.

"Apa sahaja perkara yang ada kaitan dengan parlimen ini mesti diberi maklum kepada kita sekurang-kurangnya kepada house of comitee," kata Nazri semalam selaku menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal parlimen.


Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini bagi menjawab cadangan yang dibangkitkan Mahfuz pada persidangan pagi tadi.

Beliau turut memaklumkan Jawatankuasa Parlimen juga telah diberi penerangan oleh JKR tentang pembinaan pada 5 April 2011.

Menyoal lanjut, Mahfuz berkata jawatankuasa itu bukan sahaja sekadar diberitahu, malah perlu dilibatkan dalam membuat sebarang keputusan.

"Bukan sahaja dimaklumkan tapi suara kita itu kena menentukan.

"Seperti projek di belakang (dewan mesyuarat sementara), nak pakai proses biasa atau AP 55. Saya rasa yang berhormat pun tak setuju, ini bukan darurat," soalnya.

Pada persidangan parlimen Mac lalu Mahfuz mempersoal kaedah runding terus atau penganugerahan kontrak pembaikpulih bangunan parlimen oleh Kementerian Kerja Raya kepada syarikat TRC Corporation di bawah Perbelanjaan Darurat–AP 55.

Ketika itu Nazri mengakui beliau dan Speaker tidak dirujuk dalam isu pemberian kontrak tersebut.

Sehubungan itu, cadangan Mahfuz itu akan dipanjangkan kepada mesyuarat jemaah menteri.

"Apa yang yang berhormat sebut tadi saya akan sampaikan kepada pihak jemaah menteri.

JKR sebelum ini memaklumkan bangunan Parlimen yang sudah berusia hampir lima dekad akan melalui pengubahsuaian struktural secara menyeluruh bagi menyelesaikan masalah kerosakan yang sering berlaku sebelum ini.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Video seks: Datuk T akan bebas dengan hukuman paling ringan

Posted: 22 Jun 2011 03:37 AM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan "Datuk T" yang akan didakwa Jumaat ini berhubung tuduhan penyebaran rakaman video seks tiga bulan lalu mungkin akan bebas dengan "hukuman ringan."

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu (gambar) berkata, beliau tidak terkejut apabila diberitahu ketiga-tiga individu yang menggelarkan diri mereka sebagai "Datuk T" akan didakwa di mahkamah, Jumaat ini.

"Mengetahui Peguam Negara dan rekod prestasinya, saya pasti ia akan didakwa dengan hukuman yang paling minimum, seperti semua hukuman yang melibatkan politik kecuali ia melibatkan pemimpin pembangkang," katanya pada sidang media di Parlimen.


Anwar menambah beliau "tidak yakin" Putrajaya serius untuk mengambil tindakan terhadap "Datuk T" dan beliau percaya ia hanya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.

The Malaysian Insider tengah hari tadi melaporkan, ketiga-tiga "Datuk T" – ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim akan didakwa di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Jumaat ini.

"Shazryl ... dia nampak macam Umno punya orang... membantu kepimpinan Umno. Dan, siapa penjenayah lain yang terlibat? Rahim dan Shuib Lazim.Seorang pemimpin moral terbaik dan seorang pemimpin Perkasa.

"Anda mahu kata Umno serius mahu mengambil tindakan terhadap mereka? Saya tidak yakin," kata Anwar.

Beliau menegaskan satu alasan mengapa rakaman video seks berdurasi 21 minit itu boleh diedarkan dengan meluas kerana ia disokong parti pemerintah.

"Kes yang mudah macam ini ditangguhkan terlalu lama dan ia tetap diedarkan secara meluas.

"Dengan galakan kerajaan, tolak ansur Kementerian Dalam Negeri dan polis. Dengan berdasarkan ini, agak mustahil untuk sebabkan bahan lucah jika tidak dilindungi pihak berkuasa," katanya.

Anwar juga tidak menolak kemungkinan bahawa dakwaan terhadap "Datuk T" di mahkamah akan digunakan untuk membuktikan beliau adalah pelaku dalam rakaman video seks itu.

"Mereka boleh ... walau apa jua yang mereka ingin lakukan, ia tiada masalah. Saya akan berdepan dengannya apabila ia tiba," katanya.

Polis juga telah mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih dengan meminta bantuan pakar luar negara.

Pada 21 Mac lalu, "Datuk T" mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu.

Rakaman video itu menyaksikan seorang lelaki yang mirip dengan Anwar sedang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

Rahim, Shazryl dan Shuib akhirnya mengakui mereka akan bertanggungjawab atas pendedahan yang dibuat dengan mengatakan rakaman video seks itu menunjukkan "lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak."

Rakaman video seks itu juga telah disebarkan secara meluas di Internet.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

BERSIH 2.0 - Pemuda Kelantan kerah 30,000 peserta

Posted: 22 Jun 2011 02:00 AM PDT

KOTA BHARU, 22 Jun: Biar pun hampir 800 laporan polis dibuat terhadap penganjuran perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil (Bersih) 9 Julai ini, namun ia tidak mematah semangat anak muda yang prihatin.

Mereka tetap bersemangat meneruskan agenda memastikan pilihan raya umum akan datang lebih telus dan benar-benar bersih.

Sehubungan itu pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan menghantar kira-kira 30,000 peserta pada program berkenaan.


Ketua Pemuda PAS negeri, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, setiap kawasan di Kelantan dijangka menghantar 1,000 peserta pada perhimpunan tersebut.

"Ini bermakna Pemuda PAS Kelantan menyumbang seramai 14,000 peserta bagi mencapai matlamat menghimpunkan ratusan ribu rakyat pada perhimpunan aman tersebut.

"Perhimpunan itu diyakini tidak berlaku masalah sekiranya tidak ada sebarang provoksi dibuat pihak lain.

"Pemuda kita lebih berdisiplin kerana Islam melarang sebarang tindakan kekerasan. Jadi pihak kerajaan tidak perlu bimbang dengan perhimpunan aman itu," katanya di sini.

Sehingga kini dilaporkan sebanyak 790 laporan polis dibuat terhadap penganjuran Bersih 2.0 dilakukan badan bukan kerajaan yang baru muncul.

Dipercayai NGO berkenaan ada kaitan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) memandangkan sebelum ini mereka langsung tidak dikenali.

Abdul Latif berkata, NGO-NGO terbabit tidak lebih sebagai nyamuk kerana wujud semata-mata untuk membuat laporan polis terhadap Bersih 2.0.

"Kita percaya mereka membuat laporan polis atas arahan politik kerana kerajaan BN begitu bimbang kebangkitan menyeluruh rakyat sekarang," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan pemuda PAS Tumpat dan Kuala Krai pula masing-masing akan menghantar peserta menggunakan perkhidmatan kereta api. Sebahagian mereka dijangka memenuhi sehingga lapan gerabak.

Difahamkan juga Bersih 2.0 akan mengadakan 'road show' di Pasir Mas pada 2 Julai ini bertempat di Mini Stadium, dijangka dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Manakala pada 4 Julai pula road show Bersih 2.0 akan diadakan di Dun Manek Urai, Kuala Krai membabitkan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Hassan.

Sementara itu Ketua Penerangan AMK Kelantan, Rosdi Mat Zin berkata, AMK Kelantan bersedia menghantar 30,000 peserta ke perhimpunan Bersih 9 Julai ini.

"Kami menyahut cabaran ini atas dasar kesedaran ingin mengubah lanskap politik tanah air yang dicengkam pemimpin rakus dan zalim.

"Ayuh bersama menuntut agar SPR menghapuskan undi pos, menggunakan dakwat kekal, membersih daftar pemilih dan memberi peluang akses media kepada semua pihak ketika kempen pilihan raya," ujarnya.



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Himpunan Bersih 2.0 tidak salah dari segi tujuan, kata Dr Asri

Posted: 22 Jun 2011 01:45 AM PDT

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini yang menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak salah dari segi tujuan.

Ini kerana jelas Dr Asri, matlamat dan tujuan utama Himpunan Bersih 2.0 adalah untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil yang sepatutnya tidak dinafikan oleh kerajaan.

"Jika tujuannya baik dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik... jika tujuannya baik, caranya salah maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah.


"Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa. Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.

"Setelah saya mendengar taklimat Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) dan menilainya saya dapati tujuannya baik iaitu menuntut hak yang sepatutnya diperoleh oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru jelas beliau, Himpunan Bersih 2.0 perlu diadakan demi masa depan politik yang lebih baik tanpa mengira mana-mana parti termasuk Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.

"Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.

"Maka, saya tidak mempertikaikan Himpunan Bersih 2.0 di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum kerana tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihan raya," katanya.

Selain Bersih, Perkasa dan Pemuda Umno turut akan mengadakan perhimpunan balas membantah penganjuran Himpunan Bersih 2.0 yang akan berarak ke Istana Negara dari tiga lokasi berbeza.

Menurut Asri (gambar), beliau tidak menolak demonstrasi yang akan diadakan itu akan mengancam keselamatan negara sekiranya ia tidak dikawal oleh pihak berkuasa.

Beliau juga menegaskan demonstrasi sepatutnya menjadi pilihan terakhir setelah tuntutan yang dibuat tidak ditunaikan.

Justeru, Asri menasihatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar melaksanakan tuntutan yang dibuat Bersih bagi memastikan sistem pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil.

"Namun oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan.

"Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan, saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan...dan pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai," katanya.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimumu 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

"Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak.

"Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi Bersih 2.0 hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati," tegas Asri.

Beliau juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menyertai demonstrasi itu agar tidak mencetuskan provokasi yang boleh membawa berlakunya rusuhan.

"Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses situ berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera.

"Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa," katanya.

Tambah Asri, hasrat rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil tidak akan dapat dilaksanakan tanpa bantuan semua pihak termasuk kerajaan.

"Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak termasuk polis, rakyat dan golongan atasan.

"Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur. Menyertai perhimpunan Bersih 2.0 merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu dan memastikan perhimpunan itu bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat," katanya.



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Kes rasuah: Pendakwaan tutup perbicaraan

Posted: 22 Jun 2011 01:24 AM PDT


Selepas sembilan hari perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pihak pendakwaan hari ini menutup kes perbicaraan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang erletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Datuk Shamsuddin Hayroni pada harga di bawah harga pasaran.

Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.


Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamed memaklumkan demikian selepas saksi pendakwaan ke-25, Pemangku Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Chang Ching selesai memberi keterangan.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan 13 Julai ini untuk hujahan di akhir kes pendakwaan.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Tiada ulasan: