Blog-list Malaysia |
- Ekelee.. Maruah Konon..
- Umno Makin Sakit Kepala Dengan Mat Sabu
- Pilihanraya Masjid - Ini Agaknya Yang Umno Pulau Pinang Mahu
- Laman Web Rasmi Kerajaan Akan Diserang Penggodam Khamis Ini
- Wanita Diarah Ketuk Ketampi Sambil Berbogel
- Pelik Bila Rakyat Malaysia Dihalang Masuk Ke Negara Sendiri
- Demi Rakyat
- Sya Ketua Srikandi PKR Diugut Rogol
- Pilihanraya Masjid - Umno Sudah Jadi Arwah Di Pulau Pinang
- BERSIH 2.0 - Lelaki Lemah Syahwat Ugut Ambiga
- Katak Ini Memang Kebal Dan Dilindungi Kerajaan Umno
Posted: 14 Jun 2011 12:40 AM PDT Nazri: Tak bermaruah bagi lucutkan MP Batu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata adalah tidak bermaruah bagi BN melucutkan kelayakan Chua Tian Chang sebagai ahli parlimen Batu. "Sebagai rakan MP, adalah tidak betul bagi saya membentangkan usul memohon beliau dilucutkan. Kita semua adalah ahli dewan yang bermaruah," kata Nazri kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini. Katanya, status Chua adalah lebih baik dibiarkan kepada speaker Dewan Rakyat bagi memutuskannya. "Lagipun saya menyedari bahawa keputusan hakim berhubung perkara itu, iaitu penghakiman itu dibuat bagi mengurangkan denda supaya beliau tidak dilucutkan jawatannya," kata Nazri (kiri). Chua, yang lebih dikenali sebagai Tian Chua, gagal dalam rayuannya terhadap kesalahan menghalang anggota polis menjalankan tugas dan didenda RM2,000. Walaupun Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha berkata jumlah denda yang ditentukan supaya mengelakkan Chua daripada dilucutkan tetapi Dewan Rakyat mempunyai kuasa pemutus berhubung statusnya. Nazri mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik sumber dari kelab penyokong BN bahawa usul bagi melucutkan Chua akan dibentangkan. Chua didapati bersalah kerana mengiggit seorang konstabel polis ketika ditahan di sebuah protes di bangunan parlimen, tiga tahun lalu. Kontroversi timbul berikutan tafsiran Artikel 48, Perlembagaan Persekutuan berhubung istilah denda tidak kurang RM2,000 dan penjara tidak kurang setahun. |
Umno Makin Sakit Kepala Dengan Mat Sabu Posted: 13 Jun 2011 11:45 PM PDT Himpunan Melayu Pulau Pinang selepas Bersih 2.0 Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, satu perhimpunan umat Melayu Pulau Pinang akan diadakan untuk menempis anggapan kononnya mereka tidak sokong Kerajaan Pakatan Rakyat negeri. Katanya, ia akan diadakan selepas berjaya mengadakan perhimpunan aman Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julai nanti. Semua agenda tambahnya, telah dibincangkan secara tidak formal dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan dipanjangkan kepada Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman serta Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Saleh Man. "Perhimpunan orang Melayu di Pulau Pinang juga harus diadakan sebagai tanda mereka tidak terjerat dengan mainan politik jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak sudah-sudah melemparkan padangan negatif terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat," jelasnya ketika ditemui selepas berpidato di hadapan ribuan orang di padang awam, Pekan Penaga malam tadi. Katanya, sebelum membuat persiapan perhimpunan tersebut, satu pertemuan dengan DAP akan diadakan bagi menerangkan hasrat murni berkenaan supaya kepimpinan DAP tidak salah sangka. Mohamad yakin, DAP tidak semacam Umno yang berfikiran tidak matang dan jauh ketinggalan dari arus perkembangan politik yang sihat. Kata beliau, perhimpunan aman itu juga bermatlamat memberikan penerangan sejelas-jelasnya mengenai beberapa perkara yang sengaja dicaturkan oleh Umno setelah gagal mempertahankan Pulau Pinang pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu. Mereka, ujarnya nampak agresif memburuk-burukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang bersembunyi atas nama perjuangan menegakkan kebenaran tetapi pada masa yang sama bersekongkol dengan segelitir kepimpinan Umno dan BN. "Bila kalah dan rakyat Pulau Pinang menolak kepimpinan yang korup, maka ramailah yang keluar tunjuk perasaan tidak puas hati kononnya habislah negeri ini bila dapat pada DAP atau bangsa Cina," ujarnya. Tambahnya, tanpa orang Melayu sedar bahawa sebelum ini pun Pulau Pinang diketuai oleh Tan Sri Koh Tsu Koon, lainlah jika sebelum negeri ini jatuh ke tangan Pakatan Rakyat ia diperintah oleh Umno. Jelasnya, bagi PAS siapa pun yang memerintah patut bersikap adil dan tidak mencuri harta rakyat dengan sewenang-wenangnya. Menruutnya, apabila Pakatan Rakyat diisytiharkan menang, maka DAP yang mempunyai lebihan kerusi akan memegang tampuk pemerintahan. Ini, katanya berbeza dengan Umno yang menang banyak kerusi pada pilihan raya 1990 tetapi memberikan hak ketua menteri kepada Gerakan. "Umno dayus dan hanya sanggup melemparkan kenyataan pedas terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat yang berjaya menghalang mereka meneruskan usaha mempergunakan hak kerajaan untuk kepentingan parti dan kroni," ujarnya. MToday |
Pilihanraya Masjid - Ini Agaknya Yang Umno Pulau Pinang Mahu Posted: 13 Jun 2011 08:36 PM PDT Masjid dikuasai Umno 'mati' dulu dari ahli kariah KUALA LUMPUR, 14 Jun: Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan pemilihan jawatankuasa masjid ala pilihan raya, Umno yang bersikap berpenyakit bebal cuba eksploit isu itu dengan harapan supaya orang Melayu semakin marah dengan Pakatan Rakyat kerana mempolitikkan masjid. "Pada hal pemilihan itu adalah cara sahaja berubah, dulu angkat tangan sekarang hendak dibuat ala pilihan raya," kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) kepada Harakahdaily. Katanya, pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 adalah mengikut Seksyen 104 (1) (b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4(1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (negeri Pulau Pinang). Tambahnya, tatacara baru itu memberikan hak kepada anak kariah untuk mencadangkan jawatankuasa masjid masing-masing kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Menurutnya, selepas tarikh pencalonan ditutup Selasa lalu, 193 daripada 200 masjid sudah menghantar senarai pencalonan masing-masing yang membuktikan majoriti kariah menerima pakai tatacara pemilihan diperkenalkan. Malah, ujarnya ada masjid mengadakan kompromi di kalangan ahli kariah masing-masing untuk mengelak berlakunya pertandingan. "Memang Umno anti pembaharuan, kerana selama ini mereka berfikiran jumud dan zero IQ. "Sebab itu setiap pembaharuan yang dibuat selain daripada Umno ia akan ditentang secara melulu, walaupun akhirnya mereka akan meniru," ujarnya. Beliau berkata, rakyat Malaysia tentu masih ingat ketika kerajaan Kelantan memperkenalkan hari bekerja selama lima hari seminggu, pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan malas dan akan merendahkan produktiviti. Tambahnya, tidak berapa lama kerajaan pusat mengikut jejak langkah yang sama. Mereka, ujarnya akan manipulasi isu ini untuk menuduh kerajaan Pakatan Rakyat menimbulkan kecelaruan kepada orang Islam. "Apa yang paling kelakar mereka berhujah kenapa kuil dan gereja tidak ada pemilihan ahli jawatankuasa seperti pemilihan ahli jawatankuasa masjid," katanya. Sebenarnya, kata beliau Umno hendak melindung kerja jahat mereka terhadap institusi masjid di bawah kerajaan Barisan Nasional. Katanya, pemilihan yang tidak demokratik, ia hanya dipilih oleh pemimpin Umno bukan anak kariah. "Perlantikan bukan ahli masjid, yang tidak layak dari segi peribadi untuk imarahkan masjid. Tetapi oleh kerana ia 'dibinkan' dengan Umno maka semua boleh. "Kita boleh lihat masjid di negeri Umno dan Pakatan Rakyat dari segi imarah. Masjid di negeri Umno mati sebelum ahli kariah mati," ujarnya. - hrkh |
Laman Web Rasmi Kerajaan Akan Diserang Penggodam Khamis Ini Posted: 13 Jun 2011 07:35 PM PDT Satu kumpulan yang dikenali sebagai Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan www.malaysia.gov.my di bawah "Operation Malaysia" awal Khamis ini. Kumpulan itu menghantar mesej mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3.30 pagi Khamis ini waktu Malaysia (7.30 petang, waktu GMT esok). Laporan The Star Online pagi ini menyebut ugutan dalam bentuk grafik disiarkan di laman web http://i.imgur.com/PTFWh.png. Mikko Hypponen, ketua pejabat penyelidikan di F-Secure Corporation, sebuah firma sekuriti perisian yang berpejabat di Helsinki, Finland menghantar mesej mengenainya menerusi Twitter kira-kira 4.42 pagi tadi (waktu Malaysia). Tiada butiran lain diperoleh ketika ini, kata laporan itu. Laporan itu menambah, tidak diketahui sebab Anonymous menyasarkan laman web Malaysia. |
Wanita Diarah Ketuk Ketampi Sambil Berbogel Posted: 13 Jun 2011 07:27 PM PDT Dua wanita warga Singapura dilaporkan dipaksa ketuk ketampi dan bercangkung dalam keadaan berbogel oleh anggota Jabatan Imigresen selepas ditangkap atas dakwaan cuba masuk ke Malaysia secara tidak sah. Tindakan seumpama itu pernah diisytiharkan sebagai "tidak berperikemanusiaan dan menghina" serta diarahkan dihentikan serta-merta oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat Peraturan Prosedur Operasi Standard (IGSO) berhubung laporan mengenai pemeriksaan badan, ketika ditangkap dan dalam tahanan pada 2006. Suruhanjaya lima anggota yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Dzaiddin Abdullah itu berkata amalan tersebut juga haram di sisi Syariah dan mencabul hak asasi manusia. Menurut akhbar harian berbahasa Cina Singapura - Lianhe Zaobao, kejadian berlaku pada awal pagi 9 Jun lalu apabila dua wanita berkenaan memandu menyeberangi Tambak Johor dari republik itu. Mereka menuju ke Johor Bahru dengan tujuan untuk makan malam tetapi secara cuai dan lalai melalui kaunter imigresen tanpa mengecop passport masing-masing. Atas kesilapan itu, mereka ditahan dan didakwa sebagai pendatang asing dan dikurung di lokap di Pontian, Johor. Wanita yang menggunakan nama samaran Lin Li Li, memberitahu akhbar itu, dia dan rakannya Zhan Ting Ting, juga nama samaran, kemudiannya diarahkan supaya menanggalkan semua pakaian mereka dan melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali. Selepas selesai melakukannya, mereka diberi pakaian tahanan dan mendakwa digari dan dikurung di bilik tahanan yang cukup memilukan. "Baju yang diberikan itu kotor dan berbau. Sel itu sebesar dua pertiga gelanggang bola keranjang tetapi ada 50 ditempatkan di dalamnya. Ada banyak nyamuk dan juga lipas. "Kami digari dan dilayan seperti banduan meskipun kami belum didapati bersalah. Ini amat menghina," kata Lin kepada akhbar itu. Selepas dikurung selama 24 jam, mereka kemudiannya dibebaskan dengan surat amaran daripada seorang pegawai imigresen. Berang layanan yang tidak berperikemanusiaan itu, kedua-dua mereka berkata tidak akan menjejakkan kaki ke Malaysia walaupun dijemput berbuat demikian. Menurut laman web akhbar harian Sin Chew, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmud Adam enggan mengulas kerana belum menerima laporan berhubung perkara itu. |
Pelik Bila Rakyat Malaysia Dihalang Masuk Ke Negara Sendiri Posted: 13 Jun 2011 05:44 PM PDT Dihalang masuk Sarawak, Pengerusi Bersih 2.0 fail saman KUALA LUMPUR, 14 Jun — Ketua badan pemantau pilihan raya Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan memfailkan saman ke atas kerajaan Sarawak yang melarang beliau memasuki negeri itu dua bulan lalu atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. "Ya, sudah difailkan dan permohonan izin akan didengar pada 13 Julai," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Sarawak dan Sabah boleh melarang mana-mana pihak memasuki negeri itu termasuk rakyat Malaysia sendiri di bawah perjanjian pembentukan Malaysia 1963 tetapi dikehendaki memberikan alasan untuk berbuat demikian. Ambiga (gambar) telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 15 April lalu, tetapi tidak diberikan sebarang sebab. Beliau tiba di lapangan terbang untuk memantau pilihan raya negeri yang diadakan pada keesokan hari. Bekas presiden Majlis Peguam itu telah pergi ke negeri tersebut bersama dua ahli jawatankuasa Bersih 2.0 iaitu Subramaniam Pillay, yang juga seorang anggota Aliran dan Arul Prakash, pegawai program KOMAS serta Ivy Josiah, pengarah eksekutif Women's Aid Organisation. Bagaimanapun ketiga-tiga mereka dibenarkan masuk Sarawak. Dengan tindakan Sarawak itu, antara mereka yang pernah ditahan memasuki negeri itu ialah Steven Ng, Cynthia Gabriel, Wong Chin Huat, Johan Tan dan Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah. Bersih 2.0 telah menuntut Suhakam agar menyiasat elemen salah guna kuasa oleh Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa negeri. Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak paling lama berkuasa, sehingga kini tidak memberikan respons kepada kritikan mengenai isu itu manakala Putrajaya pula mempertahankan sikap bisu mereka berhubung kebebasan rakyat Malaysia untuk bergerak bebas dalam persekutuan. |
Posted: 13 Jun 2011 05:32 PM PDT |
Sya Ketua Srikandi PKR Diugut Rogol Posted: 13 Jun 2011 08:16 AM PDT Blogger Sya Reformis yang juga Ketua Srikandi Keadilan diugut untuk dirogol oleh ahli kelab anti PKR sebagaimana ditulis dilaman FB milik beliau. Gila ! Samada ugutan itu merujuk kepada aktiviti rogol individu atau berkumpulan(gang bang) masih belum sohih. Apa punya mental budak-budak yang mengugut nih..ugutan paling tak ada moral. Boleh tak lepas ni..kalau nak ugut tu, cakap begini, " aku ugut hang ni..aku ugut akan tinggalkan UMNO dan join PR..sumpah..! Terimalah ugutan aku ini..please ! " Haaa..! Macam tu kan bagus. Ugut yang tidak memberi mudarat kepada orang lain. Lagipun ugut jenis itu lebih murni daripada ugut nak rogol orang. Asal tak suka saja, ugut nak rogol. Asal rasa nak kalah jer..ugut edarkan video lucah, asal nak jatuhkan peribadi orang jer..bikin video lucah sendiri, pastu 'claim' itulah sipolan dan si polan. Ptuihhh...!! * Hoi..! Kuat sangat ker Sumber - Albanjari |
Pilihanraya Masjid - Umno Sudah Jadi Arwah Di Pulau Pinang Posted: 13 Jun 2011 06:12 AM PDT KENYATAAN MEDIA Pejabat ADUN Titi Serong. Saya menyokong tindakan tegas dari Kerajaan Pulau Pinang yang tetap akan meneruskan kaedah pemilihan anggota jawatankuasa masjid melalui pilihan raya dan mempertahankan tindakan itu adalah mengikut undang-undang. Tindakan itu menggambarkan betapa sesuatu yang dilakukan sebuah kerajaan yang telah dipilih secara sah oleh rakyat Pulau Pinang itu diyakini betul dan tidak bercangah dengan undang-undang dan peraturan yang sedia ada. Mana mungkin mereka sengaja mencari masalah dalam keadaan PRU ke 13 semakin hampir dengan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan peraturan melainkan apa yang dilakukan adalah mengembalikan hak rakyat yang telah dinafikan sekian lama bagi menentukan siapakah yang selayaknya mentadbir rumah Allah itu. Cuma yang jelas gelisah dan menjadi semacam cacing kepanasan ialah UMNO yang akan kehilangan kuasanya yang sekian lama mempolitik mesjid di Pulau Pinang. Apalagi ianya akan berlaku dalam keadaan ruang yang masih ada pada UMNO untuk terus menipu rakyat dengan menghalang mesjid dari diimarahkan selain dari solat 5 waktu iaitu dengan ujudnya pengajian dan majlis berbentuk keilmuan yang lain pasti akan menggugat kedudukan UMNO dikalangan orang Islam dan melayu Pulau Pinang yang masih menyokong parti lapuk itu. Sebenarnya mereka sekian lama ditipu oleh UMNO dengan ceteknya pengetahuan agama , kerana itu mengembalikan mesjid kepada sebuah jawatankuasa yang lebih bertanggung jawab untuk mendidik masyarakat dan ahli qariyahnya pasti semakin memojokkan UMNO ke sudut orang salah. Kebetulan pula ianya akan berlaku dalam keadaan Ramadhan akan menjelang tidak sampai 2 bulan lagi dan dengan JK qaryiah yang baru, saya yakin seluruh mesjid di Pulau Pinang akan berkumandang dengan majlis keilmuan bukan hanya manjlis berbuka puasa sahaja. Sebenarnya realiti di Pulau Pinang menunjukkan beberapa tempat yang hebat dan penuh dengan program kelimuan telah memperlihatkan minda masyarakat beralih kepada Pakatan Rakyat seperti sekadar contoh yang berlaku di sekitar Parlimen Permatang Pauh dan DUN Penanti. Bila orang Melayu sedar mereka sekian lama berada di jalan yang salah bersama UMNO, InsyaAllah peluasng UMNO untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang semakin malap. Apalagi rakan kongsinya dalam BN iaitu Gerakan yang semakin terpinggir sehingga memungkinkan parti itu akan mengalami fenomina hilang wang deposit pada beberapa DUN dalam PRU akan datang. Isu sebenarnya dalan pemilihan JK mesjid ini ialah isu UMNO yang sedang pertahankan talia hayatnya yang terakhir bagi mengekalkan sokongan orang melayu kepada UMNO. Namun saya lihat mereka gagal untuk menghalang Kerajaan Pulau Pinang untuk meneruskan usaha yang baik yang cuba digambarkan buruk dan andaian yang jahat dari pelbagai pihak yang semacam diupah oleh UMNO termasuk Perkasa. Hari ini Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim mewndendahkan dan berkata, Pemilihan Jawatankuasa Kariah Masjid Pulau Pinang 2012-2013 adalah mengikut Seksyen 104 (1)(b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4 (1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang). Maka telah terang lagi bersuluh bahawa segala tohmahan dari pembangkang di Pulau Pinang adalah putar belit dengan niat jahat untuk terus kekal mempolitikkan mesjid. Malah kata beliau,"Tatacara baru yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) ini merupakan penambahbaikan tatacara peraturan yang sedia ada diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak bahawa kaedah baru itu perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Abdul Malik berkata: "Kita ikut undang-undang dan enakmen yang diwartakan Kerajaan Negeri." Katanya, tatacara baru itu memberikan hak kepada anggota kariah untuk mencadangkan jawatankuasa masjid masing-masing kepada MAIPP sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Ditanya cara menentukan anggota kariah yang layak mengundi, beliau berkata, jawatankuasa kariah sedia ada yang akan memutuskan mereka yang layak mengundi. Akhirnya saya Ucapkan Syabas kepada Kerajaan Pulau Pinang yang dengan tegas mempertahankan haknya nya dan saya kira kalau ada lagi usaha jahat Pembangkang BN untuk menghalang usaha iotu , mereka sebenarnya telah membuka pekung didadanya dan memberi jawapan segera bahawa BN sudah tidak ada peluang lagi untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang. DRS. KHALIL IDHAM LIM PARIT BUNTAR, 13 Jun 2011. |
BERSIH 2.0 - Lelaki Lemah Syahwat Ugut Ambiga Posted: 13 Jun 2011 05:24 AM PDT Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan tidak gentar dengan pertembungan kumpulan pendesak Melayu PERKASA yang akan "lawan habis-habisan' bagi menghalang perhimpunan aman 9 Julai ini. Ketika dihubungi petang tadi, Ambiga berkata beliau menghormati pandangan presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang berikrar akan menghalang perhimpunan berkenaan. "(Jika mereka teruskan) akan ada pertembungan. Jika berlaku, ini demi kebaikan," kata Ibrahim pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. Ambiga berkata perhimpunan BERSIH diadakan secara bertanggungjawab, aman dengan matlamat murni agar pilihan raya bebas dan adil diadakan di negara ini. "Ramai rakyat Malaysia yang berkongsi pendapat ini, mereka menyokong penuh usaha kami. Saya tidak akan bergaduh dengan PERKASA yang membantah perhimpunan ini kerana ia adalah selaras dengan proses demokrasi dan kebebasan berpersatuan," katanya. "Perhimpunan BERSIH akan diteruskan tanpa mengambil kira apa kata sesetengah pihak ataupun laporan polis yang dibuat. Kami tidak akan berganjak dengan ugutan," kata bekas pengerusi Majlis Peguam itu. Katanya yang penting BERSIH 2.0 mahu perhimpunan aman dan pada masa yang sama berharap tanggapan pihak berkuasa, khususnya polis mengenai perhimpunan seumpama itu akan juga berubah. Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, berkata kumpulannya itu akan berarak menentang penunjuk perasaan BERSIH 2.0 bagi membuktikan bahawa tidak semua rakyat Malaysia setuju bahawa pilihan raya di negara ini adalah "kotor". Beliau yang juga pernah dilucutkan gelaran "Datuk" oleh Sultan Kelantan mendakwa tindakannya itu adalah demi menjamin kepentingan demokrasi. Beberapa laporan polis juga dibuat bagi membantah perhimpunan itu. |
Katak Ini Memang Kebal Dan Dilindungi Kerajaan Umno Posted: 13 Jun 2011 02:32 AM PDT KDN: Tiada tindakan ke atas Ibrahlim Ali isytihar Kristian 'jihad' KUALA LUMPUR, 13 Jun — Kerajaan tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali yang mengisytiharkan "perang jihad" ke atas komuniti Kristian, yang didakwa media Umno baru-baru ini mahu mengambil alih status Islam sebagai agama persekutuan. "Tindakan hanya akan diambil jika siasatan menunjukkan kata-kata yang dikeluarkan bercanggah dengan undang-undang negara," kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (Segambut-DAP). Lim mengemukakan soalan meminta kementerian menyatakan mengapa tiada tindakan diambil ke atas pihak yang mengisytiharkan "jihad" atas nama kaum dan agama. "Saya mahu kesemua pihak berhati-hati dalam membuat dakwaan sedangkan kesahihannya belum dapat dibuktikan," kata Hishammuddin. Malaysia Insider |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan