Biaqpila |
- Tarif Elektrik Naik Untuk Rakyat Bayarkan Bil PM & TPM?
- Jangan Bayar Bil Astro 3 Bulan!
- Bil elektrik PM, TPM RM160,000 sebulan
- PRK Bagan Pinang, contoh jelas pilihan raya tidak bersih
- LEBIH BAIK TAK PAYAH ADA UNDANG2
- GEMPAR - IBU PEJABAT PKR DI TROPICANA DI GANGGU `WOLFMAN' ?
Tarif Elektrik Naik Untuk Rakyat Bayarkan Bil PM & TPM? Posted: 28 Jun 2011 03:00 PM PDT Bil elektrik PM, TPM RM160,000 sebulan Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan. Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud (kiri) berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang. "Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini. Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya. Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu. "Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama. Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya. RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air. "Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir da;am sidang media itu. Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi. "Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya. -mk Ulasan GB RM160,000 sebulan? Ada kilang apa di kediaman PM dan TPM? Rakyat ada yang hidup papa kedana, sedang pemimpin negara hidup mewah membazirkan wang negara. Itu petanda kehancuran negara. greenboc SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Jangan Bayar Bil Astro 3 Bulan! Posted: 28 Jun 2011 08:08 AM PDT KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu. Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan. Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka. Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini. ” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri. ” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit. ” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya. Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau. Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan. Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan. Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara. ” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio. ” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar lain, akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya. Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban. Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya. ” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. ” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya. – Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my) mynewshub SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Bil elektrik PM, TPM RM160,000 sebulan Posted: 28 Jun 2011 05:14 AM PDT Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan. Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud (kiri) berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang. "Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini. Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya. Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu. "Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama. Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya. |
PRK Bagan Pinang, contoh jelas pilihan raya tidak bersih Posted: 28 Jun 2011 01:00 AM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh menafikan bahawa terdapat banyak kesalahan pilihan raya berlaku disetiap kali berlakunya pilihan raya, tidak kira pilihan raya kecil mahupun umum. Sejak beberapa pilihan raya, termasuk pada tahun 2004 dan 2008, pilihan raya di negara ini berjalan dengan parti pemerintah mendapat layanan istimewa oleh SPR. Kebiasannya, Umno-BN akan menggunakan jentera kerajaan, pihak berkuasa dan media untuk berkempen. Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Institut Integriti Pilihan Raya Nasional (NIEI) telah memantau perjalanan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang. NIEI mendapati terdapat banyak kesalahan pilihan raya yang hingga kini tidak diendahkan SPR. PRK Dun Bagan Pinang (N31) bermula dari hari penamaan calon pada 3 Oktober hingga 11 Oktober, Umno-BN menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk berkempen, dakwaan ketidaktelusan undi pos, rasuah politik dan perbelanjaan wang calon melebihi had ditetapkan. 1) Ketidak telusan pengundian pos Terdapat dakwaan bahawa senarai pengundi pos tentera yang diwartakan dan diberikan kepada calon-calon yang bertanding berbeza dari senarai pengundi pos tentera yang dipaparkan pada hari mengundi pos 8 dan 9 Oktober 2009. Selain daripada itu, terdapat juga dakwaan bahawa terdapat pengundi-pengundi pos yang didaftarkan lebih dari satu kem serta pesara-pesara tentera masih lagi terdapat dalam daftar pengundi pos. Lebih menyedihkan lagi, SPR langsung tidak mengendahkan syak wasangka ini dan tidak membersihkan nama mereka dan maruah sebagai badan penggendali pilihan raya tidak dipertahankan. Dari pengalaman pemerhatian NIEI di luar negara, Thailand dan Filipina yang mengalami konflik ganas, pengundian secara normal digunakan bagi anggota tentera mereka. Pusat pengundian yang dikendali sepenuhnya oleh SPR serta hak-hak yang sama bagi agen parti, pemantau tempatan dan pemerhati antrabangsa dibuka di dalam kem-kem tentera. 2) Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji masih lagi berleluasa dalam PRK Bagan Pinang. Pemberian projek-projek kerajaan kepada penduduk Bagan Pinang semasa tempoh berkempen dilakukan secara berleluasa. Banyak kementerian-kementerian seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna digunakan untuk memberikan "rasuah politik" kepada pengundi Bagan Pinang secara terbuka. Selain daripada itu, penyalahgunaan jentera kerajaan turut dilakukan secara berleluasa. Kedua-dua pihak yang bertanding dilihat menyalahgunakan harta rakyat terutama kenderaan milik kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Manakala Umno-BN memonopoli dewan orang ramai, sekolah, KEMAS dan JKKK sebagai markas parti. Amalan ini adalah satu kesalahan besar kerana seharusnya harta milik kementerian, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak boleh digunakan bagi parti-parti politik yang bertanding semasa berkempen dalam pilihan raya. Untuk memastikan pilihan raya akan datang adil kepada semua pihak yang bertanding, NIEI mencadangkan agar politik wang, janji peruntukan projek, projek kilat, penggunaan jentera negara dan kemudahan awam hendaklah dihapuskan. Di negara-negara jiran, terutamanya Thailand, Nepal dan Taiwan amalan ini diharamkan. Kesalahan bersabit dengannya akan diambil tindakan keras, iaitu SPR-nya akan membatalkan calon bersalah daripada bertanding, atau dibatalkan kemenangan mereka. 3) Perayu undi, tukang sorak dan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik pada hari mengundi Amalan merayu undi dan tukang sorak telah menyebabkan ketegangan berlaku pada hari mengundi. Apabila perayu-perayu undi dari kedua-dua parti politik bersaing untuk merayu undi berhampiran dengan tempat pembuangan undi, ianya menggangu pengundi-pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka. Selain daripada itu kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik untuk mengangkut pengundi turut menyesakkan keadaan dihadapan tempat pembuangan undi yang biasanya dilaksanakan di sekolah. 4) Perbelanjaan berkempen Dalam PRK Bagan Pinang, dapat disimpulkan bahawa perbelanjaan yang digunakan untuk berkempen bagi calon BN, Tan Sri Isa Samad telahpun melebihi had yang ditetapkan iaitu RM 100,000 bagi calon Dun. Menurut Seksyen 19(1) (a) dan (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya umum hendaklah berbelanja tidak melebihi had yang ditetapkan iaitu untuk calon Parlimen RM200,000 dan calon Dun RM100,000. Akta ini harus digubal semula dan harus menyatakan bahawa ianya termasuklah kepada parti politik yang menyokong sesuatu calon tersebut. Kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bolehlah dilakukan untuk memperketatkan lagi pemantauan perbelanjaan kempen. NIEI berharap agar isu-isu yang dibangkitan akan diambil perhatian serius oleh SPR agar perjalanan pilihan raya di Malaysia dapat menjadi lebih baik pada masa akan datang. warta-utara.blogspot.com -DD SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
LEBIH BAIK TAK PAYAH ADA UNDANG2 Posted: 27 Jun 2011 09:00 PM PDT DAMANSARA: Kira-kira 300 Pemuda Umno yang berkonvoi dengan motosikal, kereta dan kenderaan pacuan 4 roda berhimpun depan ibu pejabat KEADILAN dengan lempar ugutan untuk membakar bangunan itu, jika pimpinan KEADILAN meneruskan Himpunan Bersih.-KD DEY MACHA!!! PATRIOTKUTTY PUNYA UNDANG2, PUAK-PUAK DEPA BEBAS BUAT APA SAJA TANPA ADA APA-APA TINDAKAN. BERLAINAN PULA DENGAN CERITA NI. BELUM APA-APA DAH KENA CEKUP. 16 diberkas hasut orang ramai sertai perhimpunan haram PETALING JAYA: Polis menahan 16 lelaki yang dipercayai menghasut orang ramai supaya menyertai perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini. Ketua Polis Selangor Tun Hisan Tun Hamzah berkata kesemua mereka yang ditahan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis, iaitu perhimpunan tanpa permit polis yang sah, dibebaskan dengan jaminan polis. "Tangkapan kesemua mereka ini dilakukan di sekitar Shah Alam, Gombak, Klang Utara dan yang terbaru pagi semalam, iaitu lapan orang ditahan di Taman Kosas, Ampang," katanya kepada pemberita hari ini selepas menghadiri majlis penyerahan sijil kepada beberapa individu yang berjaya mematahkan kes ragut di sekitar Subang. Tun Hisan berkata penahanan 16 individu terbabit adalah kerana polis mempunyai kuasa mengikut Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah iaitu tindakan pencegahan daripada berlakunya sebarang jenayah.-HMETRO TIBA SAAT DAN KETIKA LAMPU KUNING DI TRAFFIC LIGHT PUN AKAN DIHARAMKAN.....KAHKAHKAH!!! SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
GEMPAR - IBU PEJABAT PKR DI TROPICANA DI GANGGU `WOLFMAN' ? Posted: 27 Jun 2011 06:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS JIKA benar berita di bawah ini, maka sahih lah bahawa sememangnya Pemuda Umno bacul dan dayus serta kehabisan modal di dalam meraih sokongan rakyat. Tindakan paling tidak bertamaddun dengan menunjukkan `berani' tidak bertempat berlagak seperti `Samseng Kampung Dusun' hanyalah menyerlahkan `ketololan' pimpinan mereka berpolitik. Tiada keberanian bersemuka, jauh sekali untuk berdebat samada bos mereka yang paling tinggi sehingga ke `cicak mengkarung'. Sikap ganas dan provokasi ini seperti telah mula dihalalkan di negara ini dan amat malang sekali tiada seorang pun yang ditangkap hatta sehelai baju `merah patriot' yang dirampas. Ini lah yang dikatakan oleh DS Anwar perangai `Pandi Kutti'. Setelah puas menyalak siang malam di dalam TV menentang Perhimpunan BERSIH, kata-kata mereka tidak laku lagi malahan ditertawakan orang. Sambutan kepada BERSIH bertambah hebat sehebat nyaringnya salakan puak ini. Akhirnya, mereka bertindak umpama `mat rempit' yang tidak bersekolah menyerbu ke Pejabat PKR. Ugutan dikeluarkan dan cabaran dibuat di hadapan bangunan batu. Tiada sesiapa pun waktu itu, andainya batu bangunan itu boleh bercakap, sudah pasti kumpulan tidak siuman itu akan ditertawakan oleh bangunan itu sendiri. Betapa teruknya mereka, berani berdebat dan menyalak di hadapan bangunan tidak berpenghuni. Kita sering mendengar anjing menyalak di tengah malam ketika sunyi sepi dan tiada orang. Mengapa tidak boleh berfikiran rasional? Beranikah puak ini berdebat secara terbuka melalui TV tentang isu Perhimpunan BERSIH yang dibenarkan oleh Perlembasgaan ini? Jawapannya, sudah pasti tidak. Mereka tidak akan berani untuk berdebat kerana bos mereka pun tidak pernah berani untuk berdebat walaupun dicabar banyak kali oleh DS Anwar. Tidak perlu ulas panjang, anda boleh nilai sendiri kualiti yang ada pada Pemuda Umno setelah anda membaca berita ini seperti di bawah; ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Polis ‘tengok’ 300 Pemuda Umno berhimpun, ugut bakar ibu pejabat KEADILAN (Oleh Sidiqin Omar) DAMANSARA: Kira-kira 300 Pemuda Umno yang berkonvoi dengan motosikal, kereta dan kenderaan pacuan 4 roda berhimpun depan ibu pejabat KEADILAN dengan lempar ugutan untuk membakar bangunan itu, jika pimpinan KEADILAN meneruskan Himpunan Bersih. Konvoi itu tiba di hadapan ibu pejabat parti di Tropicana di sini, kira-kira jam 11 malam semalam dan melaungkan perkataan kesat termasuk mencaci dan menghina pimpinan Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengikut paparan twitter, konvoi itu dilapor bergerak dari Batu Tiga, Shah Alam dan berkumpul di stesen minyak Kampung Sungai Kayu Ara sebelum bergerak ke ibu pejabat parti. Ketua Ranting PJS, M Jeyabalan memberitahu Keadilan Daily, anggota polis yang berada di tempat kejadian hanya memerhati gelagat penyokong yang membawa bendera Umno dan memakai t-shirt Patriot, tanpa mengambil sebarang tindakan menghalang. Ketika konvoi yang diketuai Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam tiba di ibu pejabat parti, tiada pimpinan KEADILAN berada di lokasi berkenaan. Mengikut satu sumber, konvoi berkenaan kemudian bergerak ke PJS 8, Petaling Jaya. Beberapa pimpinan parti termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kemudian bergegas ke ibu pejabat sebelum membuat laporan polis di balai Tropicana yang terletak di deretan bangunan sama./SK Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16085 wfauzdin SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan