Selasa, 28 Jun 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


UMNO/BN terlalu kotor hingga tidak mampu dibersihkan lagi

Posted: 28 Jun 2011 03:33 AM PDT

Rakyat sudah jelek dan meluat dengan segala macam penipuan dalam pelaksanaan pilihan raya negara.Beberapa usaha dan cadangan supaya pilihan raya yang bebas dan adil dilaksanakan, tetapi pihak kerajaan terus membisu dan memekak badak.

Ketidakpuasan hati rakyat terhadap sistem pilihan raya di negara ini telah begitu lama terpendam dan kini telah memaksa rakyat meluahkannya ke jalanraya pada 9 Julai ini.

Atas nama 'BERSIH' rakyat seluruh negara akan berhimpun secara aman dalam tuntutan mereka untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.

Dalam menghadapi desakan rakyat yang mahukan keadilan berpolitik sepanjang masa untuk semua pihak tanpa mengira parti, UMNO telah hilang pertimbangan dan begitu terdesak sekali tindakannya mahu menghalang perhimpunan BERSIH.

Hinggakan memakai baju warna kuning dengan tulisan "BERSIH" pun boleh ditangkap!

Terbaru, UMNO/BN cuba mengaitkan BERSIH dengan komunisma. Polis telah menahan 30 anggota PSM atas dakwaan cubaan memulihkan Komunisma.Mereka ditahan dibawah seksyen 122 Kanun Kesiksaan - "melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong."

Seksyen 122 Kanun Kesiksaan menyatakan: "Sesiapa yang mengumpul atau cuba untuk mengumpul lelaki, senjata atau peluru, atau sebaliknya bersedia untuk berperang dengan tujuan untuk sama ada melancarkan atau sedang bersedia untuk melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja-Raja atau Yang di-Pertua Negeri atau bersubahat dalam melancarkan atau penyediaan peperangan itu, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan seumur hidup atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun, dan boleh juga didenda. "

Benarlah apa yang Dr Mahathir pernah katakan tidak lama dulu bahawa UMNO busuk sampai ke usus.....lantaran itu UMNO/BN sangat membenci BERSIH!UMNO/BN terlalu kotor sangat hingga tidak mampu untuk dibersihkan lagi.

Tiada ulasan: