Khamis, 16 Jun 2011

Biaqpila

Biaqpila


Video Seks: Polis Didakwa Gagal Laksana Tugas - Anwar

Posted: 16 Jun 2011 03:00 PM PDT


Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kredibiliti polis yang gagal melaksanakan tugas berhubung penyebaran video seks yang didakwa membabitkan dirinya.

Beliau berkata, tindakan berdiam diri polis secara tidak langsung menggambarkan bahawa wujud arahan daripada 'pihak atasan' bagimelindungi trio 'Datuk T' yang membuat tayangan serta menyimpan rakaman video aksi seks tersebut.

"Apa yang saya tahu sekarang polis masih bagi perlindungan kepada mereka.

"Inilah satu-satunya negara di mana video seks boleh diedar di seluruh negara dan polis tak tahu nak buat apa," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu video seks berkenaan yang dilihat 'sejuk' ekoran tiada perkembangan terbaru berhubung isu berkenaan.

"Sebab itu saya katanya perkara ini ada arahan pihak atas iaitu Umno.Trio 'Datuk T' ini hanya perkakas kepada Umno," katanya.

Bagaimanapun Anwar mengelak ketika diajukan soalan sama ada beliau mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap trio 'Datuk T'.

"Kita tungggu tindakan polis, saya sudah buat laporan polis," katanya.

Mac lalu, trio 'Datuk T' iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), DatukShuib Lazim mengaku bahawa mereka adalah dalang di sebalik pendedahanvideo seks terbabit.-mstar


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

ORANG NAK BERJIMAK DEPA PUN NAK BERJIMAK

Posted: 16 Jun 2011 09:42 AM PDT



DEY MACHA!!!
ORANG NAK BERAK DEPA NAK BERAK
ORANG NAK MAIN DEPA NAK MAIN
ORANG NAK BERJIMAK DEPA NAK BERJIMAK
ORANG NAK BERDEMO DEPA PUN NAK BERDEMO
KAH! KAH! KAH!




Pemuda Umno Akan Anjurkan Perarakan Pada 9 Julai

PETALING JAYA: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan menganjurkan satu perarakan pada 9 Julai ini bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, demikian kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

Perarakan itu adalah pada hari yang sama dengan perhimpunan Bersih.

Kata Khairy, memorandum tersebut mengandungi saranan menyeru agar sistem demokratik negara ini dipertahankan dan juga syor-syor untuk memperkukuhkan lagi proses pilihan raya umum dijalankan di Malaysia.

Khairy mendakwa terdapat bukti yang menunjukkan ramai pengundi yang diubah dari tempat mengundi dari kawasan yang dimenangi pembangkang ke kawasan yang mereka tewas.

Ditanya apakah nanti, perarakan tersebut akan bertembung dengan perhimpunan Bersih, kata Khairy, suara rakyat bukanlah hak parti pembangkang semata-mata.

Malah katanya, beberapa badan bukan kerajaan telah menyatakan sokongan mereka untuk bersama-sama Pemuda Umno menyertai perarakan tersebut.-mstar


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

UNDANG-UNDANG SEKS UNTUK BLOGGER - UTUSEKS

Posted: 16 Jun 2011 03:00 AM PDT



DEY MACHA!!!
RUPANYA NEGARA KITA ADA UNDANG2 UNTUK BLOGGER
GUA INGAT NEGARA KITA DAH BEBAS,
PASAI VIDEO SEKS SENANG LENANG DEPA UPLOAD
SIAP FULL VERSION SELAMBA JE
BUAT LAPORAN POLIS PUN TAK JALAN
DEPA DOK PENAIK SIRI KEDUA PULAK
SAMPAI LA NI TAK DAK PA PA PUN
KAH! KAH! KAH!

HANGPA PI JENGAH TENGOK
BLOG PRO UMPORNO TU
MACAM-MACAM GAMBAQ LUCAH ADA
DAH JADI MACAM DINDING TANDAS
UNDANG-UNDANG MANA DEPA PAKAI?
UNDANG-UNDANG UTUSEKS KA?
KAH! KAH! KAH!

BILA DAH KENA BATANG HIDUNG SENDIRI
BARU NAK PAKAI UNDANG-UNDANG KA?
KAH! KAH! KAH!


Blogger perlu patuhi undang-undang negara

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my


KUALA LUMPUR – Penulis blog atau blogger mempunyai kedudukan sama seperti penulis majalah atau surat khabar kerana mereka tertakluk di bawah undang-undang negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, golongan tersebut tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan saman oleh individu yang mendapati diri mereka telah difitnah.

"Blogger boleh dikenakan tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa jika didapati cuba menghasut dan melakukan kegiatan jenayah sehingga ada pihak mengalami kerugian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Blogger dan Media Sosial Dunia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.-KOSMO



SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KUIH-KUIH KLASIK KELATE

Posted: 16 Jun 2011 12:00 AM PDT

kategori 1:

anak-anak muda sekarang mungkin kenal dan pernah merasa...

mendahului carta: cendol...paling digemari di bulan puasa...caya lah cendol!
(yang ni arwah mek paling suka)

on_there on_there miasara...yang buat: buah kekoh cha: onde-onde
(yang ni idi suka)


lompat tikam
(mia suka)


akok
(yang ni kak ngah suka)


kue koleh dengan tahi minyak
(biasanya koleh tu warna hijau berkilat)
yang ni umi suka tang tahi minyak tu...teringat zaman2 dulu tengok mak buat tahi minyak lepas tu buat sambal makan dengan nasi...sedappp!!

tahi itik: kenapa asyik-asyik t.a.h.i...hmmmx!


kategori 2:

kueh yang selalu arwah mek beli kat anak cucu...mek panggil tepong :D


gomok ke gamok ko?


buah peria: ngee...warna warni...pahit ker tuh..


badak

kategori 3:

bab ubi dan yang sewaktu dengannya yang direbus-rebus...


ubi keling
(mak suko: yang ni wajib beli ko mak kalau pergi kota bharu)


jering rebus: kalau tak pandai rebus, boleh jadi mabuk atau susah nak ken-c.i.n.g,
masa proses merebus jering ni, orang kata kena letak paku...hee...spesis pontianak ker nih!

(yang ni pun mak suka)


baby yum : ubi keladi
(yang ni kak long suka)


jagung rebus gaul dengan nyiur + gula:



kategori 4: barang klasik.


ubi gadung
sejenis ubi yang amat cerewet untuk disediakan. kalau tak pandai proses...
bisa mabuk..maaa...
sekarang sukar didapati lagi...teringat masa kecil-kecil dulu, mak long yang pandai rebus ubi gadung ni...jadi pernah la umi merasa. proses menyediakannya amat payah. kena rendam sekian lama di dalam alor @ sungai (kalau x silap) orang yang benar-benar mahir saja yang boleh buat ni. direbus bersama pulut dan dimakan dengan nyiur digaul sedikit garam, sebenarnya bukan sedap sangat pom...hehe...ada rasanya yang tersendiri...tak caya try la makan....kalau masih ada di zaman sekarang laa...


kategori 5:

kedai-kedai femes


kedai makan di atas pasar siti khadijah
yang ni umi suka pergi...pergi jumpa sahabat sefamily: zai, ros dan mek sekeluarga meniaga sekian lama di situ. kalau rindu2 kena pergi ke situ lah...jumpa!
(gambar hanya hiasan, bukan orang sebenar yang dimaksudkan)



kedai jual ikan darat

yang ini abah suka...kalau balik mesti nak pergi beli ikan darat,
suruh umi menggulai...biasanya kami pergi beli di pasar pasir putih.
ikan kering ikan haruan best...terbaik!!


gerai menjual etak:

pantang jumpa di mana-mana saja, mesti berhenti beli...tak pe sebab diorang ambik dari tukang salai yang sama...so, rasanya pun sama...kat pasir mas ke...kubang kerian ke...nilam puri ke...sama jer...kami memang suker...hiii..

p/s:
teringin merasa masakan seseorang yang umi kagumi...
handal dalam masak memasak nih...ermmm...bila laa agaknya tuh
suatu mimpi ataukah realiti??
berdoa sahajalah!

...bukan cinderella =(



wannorhaiza


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

MASIH TENGOK BERITA TV3SUKU?

Posted: 15 Jun 2011 09:00 PM PDT




Siapa masih tengok Berita 8pm TV3 ?

Sekarang, atuk di kampung kawasan pendalaman sudah boleh melayari alam siber untuk mendapatkan maklumat terkini. Nenek yang berada di pangsapuri kos rendah dah boleh layari alam siber untuk mendapat 'tuition' dalam masak 'Chicken Chop' untuk cucu kesayangan nya. Pemilik Mercedes Benz C super dah boleh layari alam siber dan beli alat ganti tanpa pergi ke negara itu. Tanpa meninggalkan ruang keselesaan anda, maklumat boleh diperolehi.

Jadi siapa yang masih tengok Berita jam 8pm di TV3 ? Kalau nak cakap orang lama, mesti. Tetapi kalau tanya Gen Y sekarang, hampir semua akan cakap mungkin tengok Television sekali seminggu. Kerana alat yang dia pegang dalam tangan lagi murah dari ASTRO dan lagi seronok di guna. Media Prima, Tuan kepada TV3 sudah ada pelbagai website di alam maya tetapi tidak banyak yang di ketahui rakyat. Ini mungkin kerana protokol Media Prima yang tidak begitu 'Young and Easy Friendly', dan berita yang kurang di minati oleh Pemuda sekarang. Seperti sebuah bas to Nigeria di langgar oleh sebuah lori yang di pandu oleh seorang Brazilian. Berita seperti ini sudah tidak di minati oleh golongan Muda hari ini.

Walau apa pun, TV3 adalah tulang belakang kepada Berita Media Massa dan akan terus begitu sampai Pilihanraya Umum nanti. Selepas itu.......

Sumber ~ Kritis Online


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Bersih 2.0…Siapa yang takut: rakyat atau UMNO Be End?

Posted: 15 Jun 2011 06:00 PM PDT


Oleh: SERIKANDI MUJAHIDAH

Riuh rendah dalam akhbar suku sakat UMNO Be End, perhimpunan BERSIH cetus hura-hara, ancaman kepada perniaga, memalukan negara, menyekat pelabur asing, ancam keselamatan serta banyak lagi ancaman-ancaman. Mereka menyifatkan oleh sebab dosa ANWAR orang ramai diheret ke kancah kebinasaan.

Banyaklah temubual yang melibatkan perniaga, wakil-wakil NGO, orang-orang persendirian yang kononnya memberi komen bahawa himpunan BERSIH ini hanyalah mendatangkan kerugian kepada negara.

Kalau kita fikir cara budak-budak, apa pula yang merugikan negara, kalau dah ribuan yang menghadiri himpunan tersebut tentulah negara untung sebab semua yang pergi ke sana menaiki kereta, keretapi, bas atau lain-lain kenderaan yang sesuai. Tentulah keuntungan dari segi penggunaan petrol menjadi luarbiasa dan berganda-ganda. Siapa yang untung???

Peniaga makanan tentunya akan mendapat pasaran yang lebih dari hari-hari biasa. Perkhidmatan LRT, teksi, keretapi akan mendapat keuntungan berganda-ganda. Masih rugikah lagi?

Serikandi nak tergelak juga bila tengok temuramah di televisyen minta pandangan mengenai himpunan BERSIH ni…..nampak sangat sebiji sebiji baca skrip. Bila baca skrip tentu ada penulisnya. Siapa penulisnya..ha! tepuk dada tanya iman.

Berbalik yang Serikandi kata tadi, macam budak-budak, bila nak suruh buat sesuatu kerja mesti kena bagi upah. Sesuailah dengan tahap umur. Kalau budak kecil, gula-gula dah memadai, kalau yang besar sikit, 2-3 ringgit pun ok, kalau besar sikit, jamu mee goreng ais kacang pun tak apa dah. Kalau yang besar banyak, tua bangka…faham sendirilah.

Sebab itulah Serikandi tak merasa hairan dan bimbang dengan kenyataan mereka yang terbabit. Yang sebenarnya takut dan bimbang teramat sangat tak lain tak bukan UMNO/BN. Reputasi pemerintahan mereka yang penuh hemah dan berkebajikan itu akan tercalar dan DOWN di mata dunia. Dan yang paling mereka tidak sanggup tengok bila rakyat bangun membantah mereka secara terang-terangan.

Geli perut Serikandi bila Ahmad Maslan, ketua penerangan UMNO suruh penganjur BERSIH ni kumpulkan 10 orang untuk menyerahkan memorandum kepada yang Yang Di Pertuan Agong. "Awat! hang ingat nak serah memo nak bantah UMNO guna sekolah buat mesyuarat agong ka? Ini hal masa depan negara. Sampai bila nak biaq hampa dok tipu rakyat hidup-hidup, amal politik kotoq, daftar pengundi ikut suka hampa demi nak jaga perut-perut hampa!".

Himpunan BERSIH tetap akan dilaksanakan. Kemaraan rakyat yang inginkan keadilan tidak akan dapat disekat, umpama menahan arus air yang deras, air tetap terus mengalir sebaliknya penahannya yang akan hanyut dibawa bersama. Itu sebenarnya yang menyebabkan UMNO Be End kecut perut tidur tak lena.

kedahla


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: