Biaqpila |
- KENAIKAN GAJI KHALIB KENA DIPERJELASKAN
- Sampai bila UMNO boleh buat-buat tak takut dengan PAS
- Barbican mahu mohon sijil halal
- SPRM panggil pemain, jurulatih T-Team
- Ibu menangis lihat anak nodai kekasih
- Tarif elektrik: Ani Arope salahkan EPU, gelar ‘Unit Penyamun Ekonomi’
- RoS Tarik Hasrat Batal Pendaftaran PKR
KENAIKAN GAJI KHALIB KENA DIPERJELASKAN Posted: 04 Jun 2011 03:00 PM PDT DAP mahu Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan mengapa gaji hakiki ketua pegawai eksekutifnya tahun lalu meningkat dua kali ganda, mencecah RM1.2 juta sedangkan rakyat tidak puas hati dengan peningkatan kadar tarif.Gaji hakiki Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh (gambar) meningkat daripada RM600,000 pada 2009 kepada RM1.2 juta tahun lalu, demikian menurut maklumat laporan tahunan syarikat itu. Keseluruhan pendapatan tahunan Che Khalib tahun lalu adalah RM1.8 juta berbanding RM1.4 juta tahun sebelumnya. "DAP ingin bertanya kewajaran meningkatkan gaji ketua-ketua TNB ketika inflasi sangat tinggi dan purata pendapatan rakyat Malaysia sebenarnya tidak mengalami kenaikan langsung," kata Adun Komtar Ng Wei Aik dalam satu kenyataan hari ini. "Dengan kenaikan tarif elektrik sebanyak tujuh peratus, ini adalah contoh klasik mengalih beban ke atas bahu rakyat," katanya lagi. TNB telah meminta kerajaan menaikkan tarikf elektrik sejak awal tahun ini ekoran kenaikan dalam perbelanjaan modal dan kenaikan harga bahan api. Keuntungan sebelum cukai dan zakat syarikat itu RM4 bilion bagi tahun kewangan 2010, lebih dua kali ganda berbanding RM1.5 bilion yang ia capai tahun sebelumnya, demikian menurutn laporan itu. Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus. Sehubungan itu, Ng juga mengecam slogan 1 Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Dengan kenaikan kos hidup, ia memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Ia kini menjadi 1 Malaysia: Kroni Didahulukan, Prestasi Tidak!," katanya. Pakar-pakar ekonomi telah meramalkan bahawa kenaikan tarif elektrik dan gas akan menaikkan indeks harga pengguna sehingga empat peratus dalam beberapa bulan akan datang berbanding 3.2 peratus pada April. "Bekalan elektrik adalah keperluan asas setiap rakyat Malaysia, ia tidak harus digunakan untuk menaikkan keuntungan TNB," katanya lagi. kl-today SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Sampai bila UMNO boleh buat-buat tak takut dengan PAS Posted: 04 Jun 2011 05:00 AM PDT Oleh: Shirzad Lifeboat Setiap kali PAS mengadakan muktamar tahunannya, ia merupakan ingatan kepada umum betapa usia PAS adalah lebih dari usia Merdeka. Tahun ini PAS mengadakan muktamarnya kali ke-57. Bermakna muktamar pertamanya telah diadakan tiga tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan. Sekiranya tempoh kewujudan sesebuah organisasi politik turut memberi semacam makna kepada pembikinan dan pembentukan sesebuah negara, tidak kira sama ada ia lebih lama wujud dan terserlah sebagai sebuah parti oposisi atau hanya pernah berjaya menubuhkan kerajaan di peringkat negeri, maka PAS sudah tentu turut memenuhi kedudukan antara paling utama dalam senarai parti dan organisasi politik sedemikian. Hakikat sejarah menunjukkan UMNO cukup dominan dalam menguasai kerajaan Persekutuan dan kebanyakan kerajaan negeri. Tidak mustahil disebabkan keadaan yang terlalu dominan dan terlalu lama ini menyebabkan ahli dan pemimpin UMNO merasakan kuasa politik adalah seolah-olah hak mutlak mereka dan hanya mereka yang layak dan berhak memerintah. Dan tidak juga dinafikan dalam tempoh lebih dari setengah dekad itu, UMNO turut membentuk minda politik umum. Namun pada penghujung tempoh berkenaan apakah pembentukan minda politik umum yang dipupuk oleh UMNO itu sebenarnya telah memberikan sumbangan besar kepada proses pembikinan bangsa dalam erti kata sebenarnya? Dari segi politik, UMNO budaya memomokkan rakyat, kalau tidak UMNO yang memerintah, negara ini akan menjadi kucar kacir dan sebagainya. Dari segi perpaduan kaum, UMNO bercakap kononnya ia mewakili semua kaum tetapi dalam waktu yang sama ada ada pemimpin UMNO yang sentiasa mengungkit soal-soal 'ketuanan Melayu' dan sebagainya sehingga mencerakan hati kaum lain. Tak cukup dengan itu UMNO menggunakan media miliki mereka yang dinasionalisasikan dengan cara tidak adil menerusi penafian media cetak milik organisasi politik lain selain UMNO dan mana-mana parti komponen BN untuk bukan sahaja mempromosikan parti secara tidak beretika tetapi memupuk budaya memperlekehkan parti lain dengan membelakang adab dan kesopanan Melayu. Kalau nak diceritakan tentang segala pembentukan budaya negatif yang bertentangan dengan pembangunan minda siasah yang sihat rasanya, semua ruang dalam halaman akhbar ini pun tak memadai. Namun hal sebaliknya dialami oleh PAS dan rakyat termasuk rakyat yang tidak menyokong PAS tetapi tidak taksub dan tidak mudah dirasuk oleh pembudayaan yang dilakukan oleh UMNO. Dalam tempoh 57 tahun dan meredah beberapa generasi, budaya Islam yang diperkenalkan oleh PAS dalam siasah Malaysia dan secara beransur-ansur diterima oleh rakyat bukan Islam sebagai wawasan pemerintahan paling adil dan saksama bukan sahaja berdiri betul-betul berdepan dan bertentangan dengan apa yang telah dibawa oleh UMNO selama itu tetapi kian menjadi ancaman kepada parti itu. Kebetulan pada muktamar kali ini PAS turut mengadakan pemilihan pucuk pimpinan parti. Sejarah 57 tahun PAS menunjukkan PAS belum sekalipun lagi menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti atas alasan kononnya bagi mengelakkan perpecahan dalaman atau bagi memberi ruang masa mencukupi untuk persediaan menghadapi pilihanraya umum. Justeru umum melihat PAS sebagai sebuah parti yang memegang prinsip. Sekiranya orang Islam perlu memegang janji mereka pada Allah, dengan mengerjakan perintah-Nya dan meninggalkan larangannya, maka mereka juga harus memegang janji dengan manusia. Oleh itu sekiranya undang-undang bersabit perjalanan sesuatu pertubuhan mengkehendaki pemilihan anggota jawatankuasa induk diadakan setiap tiga tahun sekali maka PAS tidak mempunyai masalah untuk mematuhinya. Walaupun dalam muktamar PAS kali ini menyaksikan pertandingan semua jawatan penting dalam parti kecuali jawatan Presiden dan digambarkan oleh pelbagai media yang berkiblat kepada UMNO sebagai kononnya terdapat pengaruh luar yang mahu memecah belahkan ukhwah dalam PAS dan lanjutan dari analisis cetek itu sebagai tanda-tanda awal kononnya parti akan lemah. Namun begitupun, umum yang kebetulan membaca analisis seperti ini lebih mengetahui bukan sahaja tentang kejituan ukhwah dalam PAS tetapi lebih penting lagi ialah kefahaman tentang perang psikologi yang cuba dilancar atau dipermodalkan oleh UMNO bagi menunjukkan PAS juga terjebak dalam perebutan jawatan. Bagi PAS sendiri soal perebutan jawatan tidak timbul. Ia hanyalah satu proses demokrasi dalam parti sebagaimana kehendak dan dibenarkan oleh undang-undang. Dan PAS juga tidak perlu membuat perbandingan atau membuat kenyataan rasmi atau tidak rasmi betapa yang sering berebut sehingga parti sendiri dikuburkan oleh mahkamah adalah UMNO. Walaupun ada yang melihat PAS sebagai sebuah parti konservatif tapi PAS juga dilihat sebagai parti yang cukup teliti dalam urusan kepartian sehingga belum ada lagi cawangan atau bahagiannya yang tidak didaftarkan di bawah undang-undang sehingga menjejaskan kewujudan parti sebagai yang berlaku ke atas UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946. Walaupun ada usaha agar PAS dilarang menggunakan nama Islam dalam nama parti tetapi usaha itu gagal. Anehnya tidak ada pula usaha dari mana-mana pihak berwajib mengambil tindakan terhadap UMNO kerana gagal menggunakan perkataan (Baru) pada namanya sehingga seolah-olah menipu umum tentang kedudukan parti itu sebenarnya. Muktamar kali ini mengingatkan umum betapa PAS sentiasa memelihara demokrasi dalam parti. Seperti yang telah lalu hanya dua pencalonon diperlukan bagi membolehkan seseorang itu bertanding mana-mana jawatan dalam parti. Tentu ramai masih ingat bagaimana UMNO menetapkan jumlah pencalonan yang tidak munasabah untuk bertanding jawatan dalam parti mereka. Tapi itulah UMNO. Itulah demokrasi UMNO. Dan itulah juga demokrasi sebagaimana yang difahami oleh orang UMNO dan diajar oleh pemimpin UMNO sebelumnya. Muktamar PAS yang diadakan setiap tahun terus mengingatkan UMNO betapa PAS terus mengumpul kekuatan dari masa ke masa. Sampai bila UMNO mahu berpura-pura tidak takut dengan kemaraan PAS? Lambat laun segala-galanya pasti terbongkar jua. DD SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Barbican mahu mohon sijil halal Posted: 04 Jun 2011 03:00 AM PDT AHMAD mahu mengadakan pertemuan dengan Jakim, Isnin ini bagi memohon sijil halal untuk minuman Barbican. KUALA LUMPUR - Kontroversi berhubung minuman jenama Bar- bican yang sebelum ini didakwa sebagai 'bir halal' bakal terlerai apabila syarikat pengedarnya dijangka bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Isnin ini. Menurut Pengarah Urusan Suria Wholesaler Sdn. Bhd., Ahmad Alyateem, pertemuan tersebut bertujuan untuk menjelaskan mengenai status minuman berkenaan yang sebenarnya merupakan minuman malta berperisa buah-buahan selain memohon pengesahan halal. "Sebenarnya usaha untuk mendapatkan pengesahan halal daripada Jakim sudah kita lakukan tetapi malangnya Jakim tidak mahu terima, sebab itu saya ingin membuat penjelasan kepada mereka Isnin ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. kosmo SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
SPRM panggil pemain, jurulatih T-Team Posted: 04 Jun 2011 12:00 AM PDT KUALA TERENGGANU: Kegembiraan bekas pengurus pasukan Piala Presiden T-Team, Mohd Sabri Abas, yang menyambut kelahiran anak kembar perempuan pada 31 Mei lalu, terbantut apabila dia dipanggil memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri kelmarin. Mohd Sabri berkata, ketika sibuk menguruskan pendaftaran kelahiran anak kedua dan ketiganya itu tengah hari kelmarin, dia dihubungi pegawai SPRM dan diminta hadir ke pejabat agensi itu segera sehingga terpaksa menangguhkan urusan berkenaan. "Ketika dihubungi, saya minta tangguh untuk memberi keterangan Ahad ini, tapi tidak boleh kerana mereka (SPRM) beritahu perlu segera berhubung pendedahan berlakunya gejala rasuah dalam pasukan bola sepak Piala Presiden T-Team. "Jadi saya pun hadir ke pejabat SPRM memberi keterangan dan kerjasama penuh kepada mereka supaya dapat menjalankan siasatan dengan sempurna," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Sementara itu, menurut sumber SPRM, selain Mohd Sabri, pihaknya turut memanggil seorang jurulatih dan tujuh pemain Piala Presiden T-Team untuk memberi keterangan kelmarin dan semalam. HM SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Ibu menangis lihat anak nodai kekasih Posted: 03 Jun 2011 09:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang ibu apabila terpaksa menyaksikan kerakusan anak lelakinya berusia awal 20-an merogol teman wanita di rumah mereka di Wangsa Maju, di sini, kelmarin. Lebih menyedihkan apabila usaha ibu tunggal berusia 40-an itu supaya anaknya menghentikan perbuatan terkutuk terbabit tidak diendahkan walaupun berulang kali dia merayu sambil menangis. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, lelaki terbabit dipercayai di bawah pengaruh dadah kerana langsung tidak mempedulikan ibunya sebaliknya lebih rakus dengan menodai kekasihnya yang menjerit meminta bantuan. Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa berusia 20-an dipelawa suspek yang dikenalinya sejak empat bulan lalu ke rumahnya dengan alasan mahu memperkenalkan gadis itu kepada ibunya. "Sebaik sampai di rumah, mangsa diperkenalkan kepada ibu suspek sebelum si ibu pergi ke dapur untuk menyediakan minuman. HM SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
Tarif elektrik: Ani Arope salahkan EPU, gelar ‘Unit Penyamun Ekonomi’ Posted: 03 Jun 2011 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Ani Arope menyalahkan Unit Perancang Ekonomi kerana menaikkan tarif elektrik. Laman web The Malaysian Insider memetik Ani sebagai berkata, TNB dipaksa menandatangani perjanjian berat sebelah, sejak hampir 20 tahun lalu. Ani, yang menyifatkan EPU sebagai 'Economic Plundering Unit', memaksa TNB membeli tenaga elektrik daripada Pengeluar Tenaga bebas (IPP), Genting Sanyen sebanyak 14 sen kilowatt sejam (Kwj) walaupun wujud tawaran 12 sen kemudiannya. IPP lain kemudian mengenakan caj 16 sen/ kwj. "Kamu tidak perlu pergi sekolah perniagaan untuk memahami mengapa perlu kenaikan tarif elektrik- hanya melihat semula syarat diberikan kepada beberapa IPP," kata Ani yang menerajui syarikat utiliti itu antara 1990 hingga 1996 dalam status di laman sosial, Facebook. "Dengan fasal ambil-dan- bayar, dan dengan 40 peratus rizab berlebihan yang kita ada hari ini, satu pihak hanya perlu menghasilkan setengah keupayaan pihak lain dan dibayar 80 sen dengan kapasiti dipersetujui. "Bagus EPU — Unit 'Plundering' Ekonomi," katanya mengejek unit ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu. Justeru, Ani meminta satu kajian semula syarat-syarat asal dengan IPP kerana perjanjian tenaga itu terus dilakukan. Ani menimbulkan kegemparan 15 tahun lalu apabila meletakkan jawatan sebagai pengerusi eksekutif TNB kerana enggan menandatangani persetujuan tak seimbang dalam Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) Ia menyebabkan kewujudan generasi pertama IPP seperti YTL Power Services, Powertek dan Malakoff, semasa negara di bawah pentadbiran Dr Mahathir. "TNB ialah budak belasahan. TNB tidak mempunyai kawalan harga yang ia perlu bayar kepada IPP. Pergi kepada punca masalahnya," katanya. -KD SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
RoS Tarik Hasrat Batal Pendaftaran PKR Posted: 03 Jun 2011 04:13 PM PDT Pendaftar Pertubuhan (RoS) memutuskan tidak akan membatalkan pendaftaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas berpuas hati dengan penjelasan yang dikemukakan oleh PKR pertengahan bulan lalu berhubung dengan aduan seorang ahli dipecat dua tahun lalu, lapor TMI. Sehubungan dengan keputusan RoS itu, PKR juga memutuskan untuk tidak meneruskan tindakan mahkamah terhadap agensi tersebut, yang difailkan kelmarin. "PKR menyambut baik keputusan Pendaftar Pertubuhan yang berpuas hati penjelasan yang dikemukakan dalam surat tunjuk sebab berkaitan dengan ancaman pembatalan pendaftaran PKR yang diterima oleh parti minggu lalu. "PKR turut dimaklumkan bahawa pihak RoS juga tidak akan meneruskan tindakan membatalkan pendaftaran PKR," kata Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan petang ini. Justeru kata Saifuddin, "Pihak parti dengan ini memutuskan untuk membatalkan hasrat menyaman RoS memandangkan perkara ini telah dapat diselesaikan dengan baik."... berita penuh di sini. SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan