Khamis, 2 Jun 2011

Biaqpila

Biaqpila


Elok kita berubah, jangan kita diubah

Posted: 02 Jun 2011 03:00 PM PDT


Kita selalu berkata dengan berbagai perbilangan Melayu yang diketahui ramai sejak turun temurun. Salah satunya ialah, 'sekali air bah sekali pasir berubah'. Itu sebabnya dalam apa-apa kegiatan, perlakuan, kegiatan dalam apa-apa bentuk pun perubahan tetap akan berlaku.

Kadangkala perubahan itu berlaku secara evolusi dan perlahan yang kadangkala tidak kita sedari. Kita manusia sendiri berubah dari muda menjadi dewasa dan dari dewasa menjadi tua

Rupa kita pun berubah kerana keadaan fisik kita berubah. Pemikiran dan memberikan persepsi kepada sesuatu keadaan pun berubah. Kalau dahulu sesuatu nilai kehidupan itu dianggap baik tetapi akhirnya nilai itu tidak lagi diterima masyarakat.

Agama suci kita pun menyatakan dengan jelas yang kita mesti hidup mengikut waktu dan zamannya. Apabila kita statik dalam kehidupan kita maka kita akan tidak lagi dapat menyesuaikan diri kita dengan keadaan sekeliling. Tetapi agama kita juga menyatakan dengan terang-terangan supaya kita tidak lari dari tali Allah. Kita tidak boleh lari dari mengtauhidkanNya sambil bertawajjuh dan bertawassul denganNya disetiap ketika dan detik.

Rupa bentuk muka bumi pun berbeza dari rupa bentuk di antara sebelum dan selepas 'ice-age'. Malah bumi ini 'is more intelligent than putting all human minds together'. Bumi berubah mengikut zaman dan waktunya. Maka manusia wajar berubah dari masa kesemasa selari dengan perubahan untuk kebaikan sebagai yang di tuntut oleh agama kita.

Perubahan itu tidak memberikan 'exception' kepada politik dan siasah negara serta rakyatnya. Politik ini adalah permainan manusia yang tidak terlepas dari perubahan manusia itu sendiri dan ianya akan juga membawa perubahan kepada badan-badan politik itu secara parallelnya. Ramai di antara kita tidak menyedari perubahan yang besar di dalam minda manusia yang bermain politik ini. Hanya kepada siapa yang berfikir dan sentiasa sensitif terhadap perubahan itu akan sedar. Itulah sebabnya agama kita mengingatkan kita, berfikir sejenak itu lebih baik dari beramal sepanjang malam.

Kadangkala perubahan itu hanya di sedari setelah perubahan itu telah jauh jaraknya dari kita yang statik dan tidak berubah itu. Apabila kita tidak sedar tentang perubahan itu maka akan sampailah waktu kita sudah tidak lagi menjadi ikutan jika kita seorang pemimpin. Sedar-sedar kita sudah tidak lagi dihormati oleh orang ramai yang kita pimpin kerana kelekaan kita dan tidak menyedari tentang perubahan di dalam pemikiran rakyat dan persepsi mereka terhadap kita.

Apabila sampai waktu itu maka kita akan menghadapi masalah besar untuk membuat 'adjustments' terhadap selera rakyat yang sudah lama melalui perubahan itu. Perhubungan kita dengan orang ramai akan sentiasa dilanda perbalahan minda dan pendapat serta persepsi terhadap sesuatu isu itu kerana kita tidak memperbaiki pemikiran kita secara 'abreast' dengan pemikiran rakyat yang telah jauh kehadapan.

Kalau dahulu kita boleh meyakinkan rakyat dengan retorik yang besar-besar dengan menggunakan media perdana cetak dan letronik sekarang media perdana sudah tidak mampu untuk menjadi agen yang membawa sokongan kerana kesedaran rakyat tentang apa yang sebenarnya berlaku di dalam kerajaan mereka.

Rakyat sudah tahu apa tanggungjawab mereka dan di mana letaknya kuasa mereka sebenarnya serta telah dapat memahami apa tanggungjawab parti dan kerajaan. Di sebaliknya kita masih lagi menguruskan kehendak rakyat dengan menggunakan sentiment yang berbagai-bagai seperti isu perkauman dan isu-isu sensitif yang lain.

Rakyat tidak termakan lagi dengan isu ungkit mengungkit yang selalu digunakan oleh pihak kita. mengungkit tentang perbekalan air bersih, bekalan letrik dan berbagai-bagai lagi keperluan asas kehidupan yang di berikan kerajaan bukannya untuk dibalas budi walaupun kerajaan itu sendiri telah berubah menjadi kerajaan yang tidak bertanggungjawab.

Mereka tahu yang pembangunan itu adalah di atas kerja kuat rakyat berbilang kaum dengan membayar berbagai bentuk cukai. Rakyat dari semua ahli-ahli parti, samada parti kerajaan atau pembangkang bersama-sama membayar cukai untuk di isi kedalam kantung perbendaharaan kerajaan. Mereka juga tahu tindakan kerajaan menindas pihak yang tidak mengundi parti kerajaan itu merupakan tindakan tidak bermoral seolah-olah mereka yang membangkang tidak ada hak sedangkan mereka jugalah yang membayar cukai kepada kerajaan.

Oleh yang demikian janganlah kita menggunakan isu pembinaan sekolah di kampong-kampong atau pemberian subsidi gigi palsu kepada makcik-makcik di kampong itu untuk mendapatkan sokongan di dalam pilihanraya. Apa sangatlah subsidi gigi kepada orang tua di desa-desa jika dibandingkan dengan jumlah ketirisan yang beratus billion ringgit yang berlaku di dalam kerajaan serta subsidi-subsidi yang amat besar kepada kroni dan mereka yang telah sedia kala menjadi orang kaya-kaya.

Ini merupakan contoh-contoh perubahan yang sedang berlaku di dalam politik tanah air kita sekarang ini. Apabila rakyat tidak lagi menerima cara berkempen yang saya sebutkan tadi, yang tinggal bagi kerajaan atau mana-mana pihak yang ingin mendapatkan dokongan rakyat ialah samada kita memimpin tanpa rasuah, beretika serta bertanggung jawab sebenarnya kepada rakyat seperti yang di akui oleh pemimpin-pemimpin kita.

Rakyat sebenarnya sangat benci dengan pemimpin yang rasuah tetapi mereka tidak dapat membuktikan kerja rasuah itu berlaku kerana perlindungan yang diberikan oleh OSA serta akta Polis dan banyak lagi akta yang disalah gunakan seperti ISA. Rakyat tahu yang sipolan dan sipolan itu ialah perasuah besar tetapi mereka akhirnya tidak mampu untuk membuktikannya kerana sebab yang baru saya sebut tadi.

Maka mereka bertindak untuk memberikan sokongan kepada pihak lain dan mereka ini tidak wajar dipersalahkan. Rakyat bertambah marah lagi dengan pimpinan rasuah yang menggunakan isu rasuah itu juga kepada pembangkang semata-mata untuk mengelakan isu itu difokuskan kepada mereka yang sediakala rasuah. Perubahan persepsi rakyat ini amat payah untuk dihilangkan.

BN terutamanya UMNO wajib berubah jika tidak mahu diubah oleh rakyat. Perubahan itu melibatkan imej parti secara total. Imej sebagai parti yang dikuasai oleh pemimpin yang tidak boleh dipercayai seperti sekarang kepada imej baru yang bersih dan memberi harapan kepada rakyat untuk menyambung mandat mereka. Jika ini tidak dapat dilakukan maka rakyat mempunyai hak untuk mengharapkan keadaan yang baru yang boleh memberi harapan kepada mereka kepada kerajaan alternatif yang mempunyai hak untuk diberikan mandate itu.

Kita tidak boleh terus-terusan memaksa rakyat untuk tidak berubah kepada parti alternatif jika kita sendiri tidak berubah. Bagi saya keseluruhan ahli dan kepimpinan UMNO wajar melakukan tindakan drastik dalam membina imej dan persepsi baru…pimpinan baru, barisan kepimpinan yang baru, kabinet yang baru serta semuanya baru.

Banyak yang mengatakan saya ini bermimpi di siang hari kerana pemimpin kita yang sedang berkuasa tidak akan berkorban dan berpisah dengan kuasa yang ada di tangan mereka. Jawapan saya kepada pandangan ini mudah. Saya hanya memberikan pandangan. Mahu tidak mahu itu bab lain. Setidak-tidaknya saya boleh membuktikan apa yang saya perkatakan ini akan terbukti kebenarannya. Saya berharap pandangan saya ini tidak ada kebenarannya tetapi saya tidak boleh mengelak dari memberikan pandangan seperti ini.

Tetapi apabila kebenaran itu sampai, masa itu sudah terlambat untuk membetulkannya. Takut-takut UMNO tidak mampu menjadi parti pembangkang. Tengok sahaja di Selangor dan P Pinang, UMNO tidak berupaya menjadi pembangkang kerana UMNO hanya pandai melakukan satu kegiatan sahaja….iaitu berdemonstrasi. Itu pun tidak berani secara terbuka tetapi menggunakan NGO yang di namakan GAPS.

Di empat buah negeri UMNO telah terbukti tidak mampu menjadi kerajaan lagi lantaran ditolak oleh rakyat dan juga tidak mampu untuk menjadi pembangkang yang baik. Justru itu kita ingin bertanya terutamanya kepada empat buah negeri ini, apa yang UMNO mampu lakukan dengan baik? Jadi kerajaan telah pun ditolak rakyat dan apabila jadi pembangkang pun tidak menunjukan prestasi sebagai pembangkang yang baik.

Sebab itulah banyak pihak yang selalu mengingatkan kita…berubah jika tidak mahu diubah. Berikanlah kepada pemimpin yang mampu memimpin rakyat yang berbilang kaum ini. Jika kita tidak mampu memimpin dengan baik, jadilah penyokong yang baik pula.

aspanaliasnet.blogspot.com

DD


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

ELEKTRIK HIDRO BAKUN UNTUK SIAPA?

Posted: 02 Jun 2011 05:00 AM PDT


Oleh: MUTALIB M.D
KETIKA rakyat Sabah berperang psikologi dengan Perdana Menteri Malaysia yang memaksa mereka untuk menerima Loji Arang Batu di Sinakut, Tungku; Kerajaan Persekutuan menyatakan tidak bercadang untuk memasarkan elektrik yang dijanakan oleh Elektrik Hidro Bakun ke Sabah kerana kos tinggi; sebaliknya untuk pasaran Semenanjung Malaysia dan Kalimantan, Indonesia.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon, berkata kos yang tinggi itu disebabkan permintaan bekalan elektrik yang rendah di Sabah iaitu dalam lingkungan 300 megawatt sahaja.

Bagaimanapun, kelmarin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohd Noh berkata Tenaga Nasional Bhd (TNB) tidak memerlukan sumber tenaga dari Projek Hidro Bakun buat masa ini kerana dua loji arang batu berkapasiti 2,000 megaWatt (mW) sudah memadai.

Pendedahan Che Khalib bahawa sehingga 2016, dua loji arang batu dengan kapasiti itu mencukupi untuk memenuhi semua keperluan amat mengejutkan rakyat Sabah, terutama Aktivis Masyarakat dan Hak Asasi Manusia, Datuk Patrick Sindu.

Memandangkan Stesen Hidro Elektrik Bakun dijangka memulakan penjanaan dari turbin pertamanya mulai Ogos 2011 diikuti turbin seterusnya bagi setiap tiga bulan sehinggalah turbin yang kelapan pada 2013; maka Patrick bertanya, siapa yang akan mendapat manfaat daripada penjanaan elektrik daripada Bakun jika Projek Kabel Bawah Laut dibatalkan.

"Sebelum ini kita dimaklumkan bahawa 1,600 megawatt elektrik dari Bakun akan dieksport ke Semenanjung Malaysia, tetapi setelah TNB kata tidak perlu, ke mana mahu disalurkan bekalan berkenaan?," soal Patrick yang kebingungan dengan penjelasan TNB dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Menurut Patrick, pada 2008, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan dan Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun (JBIC) sedang berunding mengenai pinjaman bagi membiayai kabel dasar laut untuk menyalurkan kuasa dari projek hidro Bakun ke Semenanjung Malaysia.

"Bukankah empangan Bakun yang berharga RM3.2 bilion itu merupakan projek kuasa hidro terbesar negara dengan kapasiti 2,400 megawat itu dijangka siap menjelang Jun 2010. Apa sudah jadi dengan kontrak yang bernilai RM10.9 bilion yang dimaterai untuk membeli dan merentang lebih 676 kilometer kabel dasar laut di Laut China Selatan?," tanya Patrick lagi yang mendesak agar Ahli Parlimen daripada Sabah membangkitkan isu penting ini pada persidangan Parlimen, 13 Jun hingga 28 Jun akan datang.

sabahkini


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Ada Tangan-Tangan Ghaib Umno Di Dalam Kerajaan Kedah?

Posted: 02 Jun 2011 01:00 AM PDT


Belum selesai isu perobohan gerai pulut udang di Stadium Darul Aman oleh Majlis Bandaraya Alor Setar, muncul cerita baru mengenai roboh gerai di Sungai Petani. Kali ini 12 buah gerai yang berderetan di hadapan Kelab Cinta Sayang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Gerai tersebut bukan gerai roda tiga atau pemegang lesen penjaja mudah alih yang hanya bertenggek di situ pada waktu tertentu, tetapi gerai yang dibina seolah-olah mahu berniaga kekal di situ. Sebahagian gerai makanan itu sudah beroperasi lebih 10 tahun.

Ia memang menyalahi peraturan dan para peniaga juga sedar mereka telah melakukan kesalahan. Tetapi dalam dunia ini 'kesalahan' disahkan hanya apabila terdapat penguatkuasaan terhadap peraturan atau undang-undang.

Terdapat di kalangan rakyat negara ini yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal namun mereka tidak dianggap melakukan kesalahan sehingga polis menahan dan mengeluarkan notis saman.

Dalam suasana yang tidak ada penguatkuasaan, ramai yang tidak ambil peduli tentang kesalahan. Apatah lagi jika apa yang hendak dilakukan itu adalah perkara baik; berniaga barang yang halal untuk menyara keluarga.

Timbul persoalan mengapa penguatkuasaan tidak dibuat sewaktu tiang mula dipacak oleh peniaga untuk mendirikan gerai? Selepas mereka berniaga dengan maju, sehingga berbelas tahun baru MPSPK berfikir untuk bertindak.

Para penguatkuasa MPSPK dikatakan datang 'ala gengstar' beroperasi sewaktu pelanggan sedang menjamu selera di waktu pagi, sewaktu hidangan lauk pauk tersusun rapi di atas meja. Adakah ini cara bertindak yang rasional?

ADUN kawasan terbabit yang juga merupakan Exco kerajaan negeri, S. Manikumar berkejar ke tempat kejadian. Beliau cuba mempertahankan peniaga, menghalang gerai dari dirobohkan. Tapi pihak penguatkuasa tidak hiraukan Exco kerana kononnya hanya mahu mengikut arahan 'dari atas'. Siapakah yang lebih atas dari Exco itu? Manikumar tidak berputus asa terus cuba menghalang tetapi dia ditolak ke tepi macam polis bertindak terhadap peserta demonstrasi. Sungguh biadap.

Akhirnya gerai-gerai tersebut dirobohkan. Para peniaga mula menghala persoalan kepada kerajaan negeri yang sedang giat memperkasa visi 'Kedah Sejahtera'. Rupanya ahli-ahli MPSPK juga tidak tahu menahu mengenai operasi tersebut. Menteri Besar, Exco dan ADUN jauh sekali dari diberitahu. Tindakan penguatkuasa lebih sudu dari garpu, menggambarkan seolah-olah ada dalang di belakang mereka.

Ahli-ahli MPSPK menjelaskan bahawa mereka telah membuat satu ketetapan dalam mesyuarat kerajaan tempatan iaitu tindakan pencegahan atau perobohan hanyalah untuk geri-gerai baru yang sedang dibina.

Manakala bagi gerai-gerai yang sudah lama beroperasi, ruang niaga alternatif mesti disediakan terlebih dahulu kepada mereka sebelum bertindak. Itu cara berfikir dan bertindak orang politik. Sekarang waktu yang hampir dengan pilihanraya.

Kerajaan yang memerintah harus mengambil langkah terbaik untuk mengelak kontroversi. Meroboh dan mengusir adalah istilah yang sangat buruk di mata rakyat terhadap sesebuah kerajaan.

Kerajaan Pakatan Rakyat di mana-mana negeri pun terpaksa berhadapan dengan manipulasi media.
Kekuatan BN masih pada penguasaan media-media utama. Mereka hanya mengambil aspek yang 'nampak zalim' untuk dimomokkan kepada rakyat, sedangkan scenario asal terhadap tindakan tidak diceritakan. Inilah yang mahu dielakkan oleh kerajaan PR.

Malangnya ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli majlis tersebut dicabul oleh pihak penguatkuasa. Mereka seolah-olah dipaksa untuk mendengar satu arahan lain. Ia memberi dua andaian; pertama pegawai yang berkuasa yang mengarahkan kepada tindakan betul-betul bertindak secara professional berdasarkan peraturan.

Aspek lain, selain peraturan, bukan menjadi kriteria langsung untuk dipertimbangkan termasuklah aspek untung rugi politik.

"Kerana kami pentadbir, bukan orang politik," mungkin hujah mereka.

Andaian kedua, ialah terdapat 'grand design' untuk mencipta isu-isu yang boleh boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

Kita berharap semoga apa yang berlaku bukannya kerana andaian yang kedua tersebut kerana di Kedah, zahirnya para pegawai tiada yang menikam kerajaan dari belakang. Justeru kepimpinan kerajaan negeri perlu berbincang dan membuat keputusan terbaik dengan para pegawai yang merancang penguatkuasaan. Jangan beri ruang langsung pada musuh mengeksploit isu.

UO



SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Polis bersungguh siasat sumpah laknat, tapi lepas tangan video lucah-Shamsul

Posted: 01 Jun 2011 09:00 PM PDT


PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin kesal dengan sikap polis yang bersungguh-sungguh menyiasat acara sumpah laknat, tetapi tidak mengambil tindakan terhadap penyebaran video lucah.
Shamsul berkata demikian selepas memberi keterangan polis, berhubung kononnya berlaku insiden kekecohan di Masjid Al Amru As, Bandar Sentul pada 19 April lalu.
Siasatan itu berhubung tindakan beliau menghalang salah seorang trio Datuk T- Datuk Shazryl Eskay Abdullah- dalang yang menyebarkan video fitnah mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, melakukan sumpah laknat.
"Pada umumnya saya lihat polis bersungguh-sungguh untuk melakukan siasatan dalam kes sumpah laknat ini yang kononnya berlaku kekecohan di mana kita ingin tegaskan bahawa kita rasa kesal dengan tindakan polis yang bersungguh-sungguh di dalam menyiasat majlis angkat sumpah Datuk T.
"Tetapi tidak bersungguh menyiasat puluhan laporan polis yang dibuat oleh AMK, pemimpin parti dan NGO terhadap penyebaran CD lucah yang dilakukan secara terang-terangan," ujarnya.
Buktinya kata Shamsul, pihaknya berjaya merampas kira-kira enam ribu cakera padat lucah tersebut yang diedar pada satu majlis di Selayang baru-baru ini.
"Dalam satu majlis yang membabitkan Dr Wahba Al zuhaili di Stadium Selayang baru-baru ini kita berjaya kumpulkan lebih enam ribu keping CD yang diedarkan kepada mereka yang hadir dalam majlis tersebut.
"Ekoran itu, kita akan tetapkan satu hari khas bagi melupuskan CD tersebut secara besar-besaran. Ini membuktikan polis bersikap lepas tangan dalam isu yang melibatkan jenayah lebih besar berhubung pengedaran CD lucah," katanya.
Sementara itu, keterangan lebih kurang 30 minit itu dibuat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Petaling Jaya oleh pegawai penyiasat Asp Ramlan Mat Derus dari Ibu Pejabat Daerah Polis Sentul.
Shamsul dimaklumkan kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 296 Kanun Keseksaan iaitu mengganggu gugat majlis agama di mana hukuman penjara setahun atau denda jika sabit kesalahan.
Menurut Shamsul, ketika soalan bertubi-tubi ditujukan kepadanya, beliau menegaskan sumpah laknat bersabitkan dengan pertuduhan seseorang melakukan kesalahan jenayah syariah, tiada dalam Islam.
"Saya nyatakan dengan tegas bahawa sumpah laknat bersabit dengan pertuduhan seseorang melakukan kesalahan jenayah syariah memang tiada di dalam peruntukan agama Islam apatah lagi dilakukan oleh orang yang menuduh kerana prinsip kita dalam syariah Islam itu jelas.
"Mereka yang menuduh melakukan jenayah perlu memberikan bukti dan bukannya melalui angkat sumpah laknat ini.-KD

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pekerja Western Digital masih dikurung?

Posted: 01 Jun 2011 04:32 PM PDT



Beberapa pekerja firma gergasi elektronik Western Digital dipercayai masih ditahan di pusat tahanan imigresen di Shah Alam kerana majikan mereka gagal mengemukakan permit kerja.

western digital indonesian workers 1Ini di sebalik kenyataan bahawa semua mereka itu telah bekerja dengan firma yang pernah memenangi anugerah 'Majikan Terbaik Asia 2009' selama dua tahun.

Menurut seorang pegawai imigresen yang terbabit dalam operasi minggu lalu, pekerja berkenaan dicekup di sebuah pasar tani yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari asrama mereka dengan kilang di Sungai Way, Selangor.

“Saya boleh sahkan bahawa ada kumpulan yang ditahan dan ada yang telah dibebaskan tetapi bukan semua,” katanya ketika dihubungi tetapi tidak mahu identitinya didedahkan.

Pegawai penyiasat yang dihubungi pula enggan memberikan butiran dan hanya berkata perkara itu agak 'sensitif'.

“Kami hanya boleh mengeluarkan maklumat seumpama itu kepada pegawai berkuasa di Western Digital,” katanya.

western digital indonesian workersMalaysiakini sebelum ini dimaklumkan oleh seorang pekerja Western Digital, Ully Suryana (nama ditukar bagi melindungi identiti) bahawa lima rakannya ditangkap ketika keluar membeli sarapan di sebuah pasar tani dan kemudiannya dibebaskan beberapa hari tanpa diberikan sebarang alasan.

Katanya, tidak seorang daripada mereka yang mempunyai permit kerja dan sepanjang dua tahun lalu mereka diberitahu permit itu sedang diproses oleh pihak imigresen.-MK


SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: